Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BL-45JT-3-01/2026 PENDAKWA RAYA LAWAN ARVIN RAJOO A/L JOHN PENGENALAN [1] Tertuduh telah mengaku salah atas pertuduhan di bawah seksyen 130V KK dan telah dihukum dengan 5 tahun penjara dari tarikh 18 November 2025. Tertuduh tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut. PERTUDUHAN [2] Pertuduhan terhadap tertuduh adalah seperti berikut: Bahawa kamu, antara November 2019 hingga 06 Mei 2024, bertempat di Sungai Janggut Seafood Restaurant (Jeram) Sdn Bhd, No. 16 Batu 15, Jalan Bagan Sg. Janggut, Jeram S/N lDiGFuyxj0antZ5qMTYfg 45800 Jeram Selangor, dalam Daerah Kuala Selangor, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang "Geng TR" dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan [Akta 574] dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. HUKUMAN: Jika disabitkan dengan kesalahan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan untuk suatu tempoh yang tidak kurang daripada lima (5) tahun dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) tahun. FAKTA KES [3] Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, telah ditandakan sebagai eksibit P3 berbunyi seperti berikut: