Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM RAYUAN SIVIL NO.: BA-12B-70-10/2023 ARZANNA BINTI ABDULLAH … PERAYU [NO. K/P: 710116-07-5554]
BA-12B-70-10/2023
High Court of Malaysia25 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an beliau ataupun/dan kawasan persekitaran tempat tugas beliau. Pembelaan volenti non fit injuria oleh defendan pertama diterima. Kes yang relevan adalah Joseph Smith (Pauper) v Charles Baker & Sons [1891] AC 325. 35. Mahkamah ini sehaluan dengan dapatan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen bahawa plaintif secara nyata ata”
“ument via eFILING portal 14 Mahkamah. Seksyen 59 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 relevan berhubung isu ini. Kes yang relevan adalah Rajani Ponnan v Perbadanan Pengurusan Terminal Satu [2021] MLJU 175 dan kes Mahkamah Rayuan Lai Soon Onn v Chew Fei Meng [2018] 10 CLJ 48. 33. Defendan pertama merupakan indu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM RAYUAN SIVIL NO.: BA-12B-70-10/2023 ARZANNA BINTI ABDULLAH … PERAYU [NO. K/P: 710116-07-5554]
1
AMBANK (M) SDN BHD …
3
LA ODE ARDI RASILA DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM RAYUAN SIVIL NO: BA-12B-73-11/2023 AMBANK (M) BERHAD …
1
ARZANNA BINTI ABDULLAH … RESPONDEN-RESPONDEN [NO. K/P: 710116-07-5554]
2
KASHA PARKING SDN BHD [DIGABUNGKAN MELALUI PERINTAH MAHKAMAH BERTARIKH
20
20.2.2024] DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM GUAMAN NO: BA-B53-5-03/2019 ARZANNA BINTI ABDULLAH … PLAINTIF [NO K/P: 710116-07-5554]
1
AMBANK (M) BERHAD …
3
LA ODE ARDI RASILA ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan 1. Rayuan No.BA-12B-70-10/2023 difailkan plaintif terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen bertarikh 12-10-2023 seperti berikut:
i
Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan adalah ditolak dengan kos yang perlu dibayar oleh defendan pertama dan kedua sebanyak RM5,000.00 masing-masing. Tiada perintah kos terhadap defendan ketiga.
II
(ii) Tuntutan balas defendan pertama terhadap plaintif ditolak tanpa perintah kos.
2
Rayuan No. BA-12B-73-11-2023 difailkan oleh defendan pertama terhadap sebahagian keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang gagal memutuskan perintah berhubung tuntutan defendan pertama untuk indemniti/sumbangan daripada defendan kedua.
3
Setelah mengkaji kesemua keterangan dalam bentuk nota keterangan, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan juga hujahan-hujahan pihak perayu dan pihak responden dalam kes ini, maka Mahkamah telah memutuskan seperti:
3
3.1. Perintah Hakim Mahkamah Sesyen terhadap defendan pertama (responden pertama) adalah dikekalkan dan rayuan plaintif (perayu) ditolak dengan kos sebanyak RM10,000.00. Rayuan plaintif (perayu) terhadap defendan kedua (responden kedua) dibenarkan dengan kos sebanyak RM10,000.00. Defendan kedua didapati bertanggungan liabiliti 100%.
3
3.2. Atas dasar liabiliti 100% adalah diperintahkan seperti berikut:
i
Post-Traumatic Stress Disorder dan Major Depression Disorder (severe) dibenarkan awad sebanyak RM250,000.00.
II
(ii) Tiada awad bagi “Nervous Shock”.
III
(iii) Tiada awad dibenarkan bagi gantirugi teruk dan gantirugi teladan.
IV
(iv) Bagi gantirugi khas dibenarkan seperti berikut: • Kos laporan pakar-RM3,500.00 • Kos pengangkutan-RM1,000.00
v
Kehilangan pendapatan plaintif (perayu) masa hadapan • Tarikh tamat perkhidmatan 14-3-2017 • Tarikh lahir plaintif (perayu) 16-1-1971 Pengiraan pendarab adalah dibuat berpandukan Seksyen 28A(2)(d) (ii) Akta Undang-Undang Sivil 1956: Tarikh kejadian: 23-10-2013 “Purchase years”: 55 tahun 55 tahun x 12 bulan = 660 bulan Tarikh tamat perkhidmatan - tarikh lahir plaintif (perayu) (14-3-2017) – (16-1-1971) = 46 tahun 2 bulan = 554 bulan 660-554 = 106 bahagi 2 = 53 bulan. Gaji bersih = RM4900.00 RM4900.00 X 53 bulan = RM259,700.00
VI
(vi) Faedah sebanyak 5% setahun terhadap gantirugi am dari tarikh pemfailan saman sehingga tarikh penghakiman.
VII
(vii) Faedah sebanyak 2.5% setahun terhadap gantirugi khas dari tarikh kejadian sehingga tarikh penghakiman.
VIII
(viii) Faedah sebanyak 5% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian muktamad.
3
3.3. Tiada perintah terhadap defendan ketiga.
3
3.4. Mahkamah juga memutuskan rayuan defendan pertama (perayu) bagi rayuan No.BA-12B-73-11/2023 ditolak dengan kos RM10,000.00 dibayar kepada plaintif dan defendan kedua masing-masing.
3
3.5. Tidak ada rayuan difailkan terhadap kes rayuan No. BA-12B-73-11/2023.
3
3.6. Pihak defendan kedua (responden kedua) tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah bagi kes No.BA-12B-70-10/2023, yang mengakibatkan rayuan ini difailkan.
3
3.7. Pihak plaintif (perayu) tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah bagi kes No. BA-12B-70-10/2023 yang mengekalkan perintah Hakim Mahkamah Sesyen terhadap defendan pertama (responden pertama). Ini mengakibatkan rayuan ini difailkan.
4
Undang-undang berhubung campur tangan Mahkamah dalam menjalankan kuasa rayuan adalah mapan. Pendekatan yang digunakan adalah Mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mengganggu keputusan hakim bicara melainkan hakim bicara ternyata khilaf dalam mencapai keputusan.
5
Mahkamah ini terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased & Ors [2020]12 MLJ 67, yang menetapkan garis panduan dalam pelaksanaan bidang kuasa rayuan. Latar belakang Kes
6
Plaintif merupakan bekas pekerja di bank defendan pertama. Beliau telah berkhidmat selama lebih kurang 16 tahun di bank. Plaintif pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Bahagian Perkhidmatan di cawangan USJ Sentral pada atau sekitar 1-4-
2019
2019.
7
Defendan kedua merupakan sebuah syarikat yang membekalkan pengawal keselamatan bagi setiap cawangan defendan pertama di seluruh Malaysia.
8
Defendan ketiga merupakan pengawal keselamatan yang berkhidmat dengan defendan kedua. Beliau telah ditugaskan oleh defendan kedua untuk berkhidmat di cawangan Ambank USJ Sentral pada 23-10-2013 sebagai pengawal gantian yang bersenjatakan senapang pam.
9
Selepas waktu perbankan, ketika plaintif dan rakan sejawat beliau Norazita binti Abu Talib, simati, sedang dalam proses memindahkan kutipan wang ke dalam “vault”, defendan ketiga secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah simati yang mengakibatkan kematian Norazita binti Abu Talib. Defendan ketiga selepas itu telah merompak wang tunai sebanyak RM450,000.00 dari bilik kebal bank dan terus melarikan diri sehingga ditangkap oleh pihak polis.
10
Defendan ketiga telah dibicarakan atas kes di bawah pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan tersebut. Hukuman terhadap beliau adalah digantung sampai mati.
11
Selepas kejadian tersebut, plaintif telah berada dalam cuti sakit akibat mengalami tekanan yang berterusan, kemurungan dan tekanan emosi. Plaintif telah didapati menghidap Post-Traumatic Stress Disorder dan Major Depressive Disorder. Plaintif telah menerima penilaian psikiatri, kaunseling, rawatan dan perubatan yang ditanggung dan dibiayai oleh defendan pertama sepenuhnya.
12
Pada 27-10-2016, defendan pertama telah meminta plaintif untuk menghadiri satu Mesyuarat Lembaga Perubatan di Hospital Pantai, Kuala Lumpur, bertujuan memeriksa status kesihatan plaintif ketika itu dan juga untuk menentusahkan sama ada plaintif layak meneruskan tugasan beliau sebagai Ketua Bahagian Perkhidmatan di cawangan USJ Sentral.
13
Lanjutan daripada mesyuarat pada 27-10-2016, pihak Hospital Pantai, Kuala Lumpur, telah menyediakan satu laporan perubatan bertarikh 27-10-2016 yang mengiktirafkan bahawa plaintif tidak berupaya secara psikologi untuk meneruskan kerjanya di bank defendan pertama.
14
Plaintif telah diberhentikan kerja di atas dasar perubatan oleh defendan pertama pada 14-3-2017. Kehilangan kerja plaintif turut menjejaskan penikmatan segala manfaat pekerja yang diterima oleh plaintif turut ditamatkan pada 14-3-2017.
15
Plaintif telah memulakan tindakan guaman sivil terhadap defendan pertama, defendan kedua dan defendan ketiga pada 4-3-2019 di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
16
Mahkamah ini akan menghuraikan alasan-alasan berkaitan dengan perintah Hakim Mahkamah Sesyen terhadap defendan pertama yang dikekalkan terlebih dulu sebelum meninjau alasan-alasan perintah Hakim Mahkamah Sesyen diketepikan terhadap defendan kedua.
17
Mahkamah ini memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat keputusan yang tepat bahawa plaintif tidak mempunyai tuntutan yang sah terhadap defendan pertama.
18
Apabila dikaji alasan penghakiman beserta semua dokumen yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini, terbukti defendan pertama bukan merupakan penyebab langsung terhadap kecederaan dan kerugian yang dialami oleh plaintif.
19
Plaintif gagal membuktikan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan pertama bertindak secara salah atau cuai sehingga mengakibatkan kecederaan mental yang dialami oleh plaintif. Otoriti yang relevan adalah kes Alcock and Others v
907
907.
20
Dalam mengaplikasikan prinsip Kes Alcock (supra), ternyata bahawa defendan pertama tidak menyebabkan kematian kepada mangsa Norazita binti Abu Talib.
21
Adalah fakta sedia ada bahawa kematian Norazita binti Abu Talib dan keadaan kesihatan plaintif disebabkan oleh tindakan defendan ketiga yang melepaskan tembakan yang meragut nyawa Norazita binti Abu Talib. Keterangan ini disokong oleh saksi plaintif, Dr Muhammad Muhsin bin Ahmad. (sila rujuk Lampiran 6, muka surat 31-32 & 45). Kes yang relevan ialah keputusan Mahkamah Persekutuan Majlis Perbandaran Ampang Jaya v Steven Phoa Cheng Loon & Ors [2006] 2 MLJ 389.
22
Defendan ketiga yang bertugas di bank pada hari kejadian bukanlah pekerja defendan pertama. Beliau merupakan pekerja defendan kedua. Pihak plaintif gagal membuktikan sebarang nexus di antara kejadian penembakan tersebut dengan tanggungjawab defendan pertama terhadap plaintif selaku majikan.
23
Peristiwa tidak diingini yang berlaku pada 23-10-2013 adalah satu insiden di luar kawalan mahupun jangkaan defendan pertama. Adalah tidak munasabah bagi defendan pertama menjangkakan pekerja defendan kedua akan melakukan perbuatan keji yang meragut nyawa seorang insan dan juga membawa kemudaratan kepada kesihatan mental dan psikologi plaintif.
24
Seterusnya plaintif di dalam plidingnya membutirkan kecuaian defendan kedua dan defendan ketiga dengan sebegitu terperinci yang membawa kesimpulan fakta bahawa kecuaian mereka adalah punca kejadian yang mengakibatkan keadaan mental dan psikologi plaintif terjejas sebegitu teruk. Seksyen 58 Akta Keterangan 1950 digunapakai.
25
Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat penemuan tepat bahawa tindakan defendan ketiga menembak mati Norazita binti Abu Talib bukanlah satu perkara yang munasabah untuk dijangkakan akan berlaku oleh defendan pertama.
26
Mahkamah ini juga mendapati penemuan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa defendan pertama telah memastikan syarikat defendan kedua adalah layak untuk memberi perkhidmatan keselamatan adalah wajar dan patut diterima. Ini kerana pihak defendan pertama telah melantik syarikat defendan kedua yang diiktirafkan oleh Kementerian Dalam Negeri atas hasrat untuk mendapatkan perkhidmatan yang baik dan berupaya menjamin keselamatan kepada pihak bank.
27
Dalam setiap masa, pihak defendan pertama telah bergantung kepada representasi pihak defendan kedua bahawa pengawal keselamatan yang dibekalkan oleh defendan kedua kepada defendan pertama telah melalui proses tapisan dan memenuhi semua syarat kelayakan. Rujukan kes yang relevan adalah kes Mahkamah Persekutuan, Majlis Perbandaran Ampang Jaya v Steven Phoa Cheng Loon & Ors [2006] 2 MLJ 389.
28
Defendan pertama telah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja-pekerjanya. Ia tidak masuk akal bagi defendan pertama untuk menjalankan sebarang tapisan terhadap pengawal keselamatan yang bertugas di premisnya. Tanggungjawab tersebut seharusnya terletak kepada defendan kedua, menurut perjanjian perolehan perkhidmatan bertarikh 2-9-2013. (sila rujuk
Lampiran
Lampiran 9, muka surat 122-163). 29. Justeru penemuan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen bahawa defendan pertama telah melaksanakan tanggungjawab kontraknya dengan plaintif dalam menyediakan persekitaran kerja yang sesuai mengikut piawaian keselamatan yang munasabah adalah tepat. 30. Hujahan plaintif berhubung fakta “failed to provide a secure area for the Appellant to privately count and deposit money into the vault, thereby exposing her to the very risk of robbery they should have mitigated” dan “layout of the bank, especially the positioning of the vault, is dangerously flawed, practically inviting criminal acts. With two doors leading to the vault, the first provides open access to all staff, including the security guard and even the tea lady, as it leads to the toilet. The second door is the vault itself … the glaring flaw in the vault’s placement …this design not only invites danger but also betrays a shocking disregard for security and practicality”, iaitu fakta material tidak diplid oleh plaintif. Ianya juga tidak dibuktikan sebagai keterangan sama ada dalam bentuk cctv atau yang lain. Justeru, ianya tidak boleh dikemukakan hanya dalam peringkat hujahan kerana Mahkamah ini dinafikan penganalisisan fakta dan keterangan untuk menentukan isu yang dihujahkan oleh plaintif. Oleh yang demikian, Mahkamah menolak hujahan plaintif berhubung hal perkara ini. 31. Selanjutnya, plaintif telah bergantung kepada Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Dakwaan plaintif adalah defendan pertama gagal menyediakan tempat dan persekitaran yang selamat bagi beliau untuk bekerja di bank defendan pertama. Ini mengakibatkan plaintif terdedah kepada risiko-risiko yang membahayakan beliau. 32. Tidak ada sebarang pengemukaan bahan bukti berhubung dengan dakwaan plaintif. Lagipun, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 tidak memberikan plaintif hak untuk mendakwa defendan pertama di bawah satu tuntutan sivil di Mahkamah. Seksyen 59 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 relevan berhubung isu ini. Kes yang relevan adalah Rajani Ponnan v Perbadanan Pengurusan Terminal Satu [2021] MLJU 175 dan kes Mahkamah Rayuan Lai Soon Onn v Chew Fei Meng [2018] 10 CLJ 48. 33. Defendan pertama merupakan industri perbankan dan tidak mempunyai kemahiran khusus dalam bidang keselamatan. Oleh itu, telah melantik defendan kedua yang merupakan syarikat yang diiktirafkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan perkhidmatan keselamatan yang baik kepada bank. Defendan kedua merupakan kontraktor bebas. Kes yang relevan adalah Desiree Couture Sdn Bhd & Anor v Anne F Co Ltd & Ors [2016] 10 MLJ 315. 34. Keterangan plaintif dengan jelas membuktikan fakta bahawa beliau sedar akan skop tugasan beliau yang mempunyai elemen-elemen berisiko. (sila rujuk Lampiran 6, muka surat 45 & 81-82). Plaintif telah berkhidmat dengan bank lebih kurang 16 tahun dan tidak pernah menimbulkan sebarang bantahan terhadap skop tugasan beliau ataupun/dan kawasan persekitaran tempat tugas beliau. Pembelaan volenti non fit injuria oleh defendan pertama diterima. Kes yang relevan adalah Joseph Smith (Pauper) v Charles Baker & Sons [1891] AC 325. 35. Mahkamah ini sehaluan dengan dapatan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen bahawa plaintif secara nyata atau tersirat telah menerima skop pekerjaan beliau dan sedia maklum berhubung dengan risiko-risiko yang berkaitan dengan sukarela. 36. Pihak defendan pertama telah meneliti faktor-faktor berikut sebelum menamatkan kontrak perkhidmatan plaintif: (i) Kesakitan dan penyakit kronik yang plaintif menghidapi; (ii) Jangka masa di mana plaintif boleh pulih dari penyakit beliau; (iii) Tempoh masa yang lama di mana plaintif tidak bekerja dan kedesakan defendan pertama untuk mengisi jawatan plaintif supaya kerja-kerja perbankan dapat dilaksanakan dengan sempurna; (iv) Kesan ketiadaan plaintif kepada rakan sekerja plaintif di mana mereka terpaksa melakukan tugas plaintif; (v) Keadaan sifat perniagaan defendan pertama yang penuh dengan pertandingan dan defendan pertama wajib memastikan bank defendan pertama menyediakan perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti. Kesemua fakta ini telah dihuraikan oleh saksi defendan pertama, Fawzia Hanna Binti Mohd Salleh (sila rujuk Lampiran 8, muka surat 124-127). 37. Defendan pertama mengambil keputusan untuk memberhentikan plaintif berdasarkan alasan perubatan yang telah diputuskan oleh satu jawatankuasa khas. Pencapaian keputusan ini juga telah mengambil kira semua laporan perubatan doktor dan doktor pakar yang merawat plaintif. Plaintif didapati tidak berkeupayaan untuk terus bekerja di bank defendan pertama. Malah, plaintif sendiri telah memberi keterangan di Mahkamah bahawa beliau tidak dapat bekerja semula (sila rujuk Lampiran 5, muka surat 36). Oleh itu, defendan pertama tidak mempunyai pilihan selain terus mengekalkan plaintif di jawatan asalnya atau membuat sebarang penyesuaian terhadap skop kerja plaintif bagi membolehkan beliau terus berkhidmat di sektor perbankan. Kes yang relevan adalah Malaysian Airports Holdings Bhd v Abdul Hamid bin Mydin [2017] 7 MLJ 17. 38. Oleh itu, Mahkamah ini setuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa keputusan defendan pertama yang menamatkan perkhidmatan plaintif atas dasar perubatan oleh Lembaga Perubatan adalah tepat dan sah. 39. Mahkamah ini telah mengenepikan perintah Hakim Mahkamah Sesyen berhubung dengan defendan kedua. Mahkamah ini mendapati beliau telah khilaf apabila memutuskan defendan kedua tidak bertanggungan terhadap plaintif secara vikarius liabiliti selaku majikan defendan ketiga yang telah melakukan perbuatan yang sungguh kejam tanpa belas kasihan. 40. Percubaan defendan kedua untuk menjadikan insiden kejam tersebut sebagai satu peristiwa terpencil yang di luar jangkaan adalah tidak berasas langsung. 41. Tindakan defendan kedua yang lalai dan cuai yang mengakibatkan insiden kejam ini. 42. Defendan ketiga iaitu pekerja defendan kedua telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan membunuh dan telah dihukum gantung sampai mati. 43. Defendan kedua sepanjang perbicaraan dan di peringkat hujahan menegaskan bahawa mereka telah menjalankan tapisan keselamatan sesuai dengan Pekeliling Agensi Persendirian Bilangan 4 Tahun 2010, seperti berikut: “2.2 Tapisan Keselamatan 2.2.1. Semua peringkat pekerja dan pengawal keselamatan Hendaklah: (a) LULUS tapisan keselamatan atau sekurang-kurangnya Telah melakukan proses tapisan keselamatan di dalam Sistem;” 44. Apabila diteliti fakta kes berhubung dengan cara pelantikan defendan ketiga oleh defendan kedua yang penuh dengan lompang, bolehlah dihuraikan seperti berikut: (i) Defendan ketiga telah melapor diri untuk bertugas pada hari yang sama beliau mengisi borang permohonan kerja, iaitu 8-5-2013. (ii) Saksi defendan kedua, SD4, telah memberi keterangan bahawa menerima butir-butir maklumat yang dikemukakan oleh defendan ketiga dalam borang permohonannya tanpa sebarang proses semakan. (Sila rujuk Lampiran 6, muka surat 63-65). (iii) Saksi SD4 juga telah memberi keterangan bahawa tidak ada sebarang penyemakan atau carian kad pengenalan defendan ketiga dilakukan atas anggapan tiada keperluan. (sila rujuk Lampiran 6, muka surat 77-78). (iv) Defendan kedua mendakwa telah menulis surat-surat kepada majikan-majikan lama defendan ketiga yang tidak dibalas oleh syarikat-syarikat berkenaan, menentusahkan perkara sebenarnya. (v) Pegawai defendan kedua, seorang bernama Nur Izyani binti Mohd Pauzan, tidak dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah. Tiada rekod bertulis berhubung maklumat yang diambil oleh Nur Izyani binti Mohd Pauzan juga dikemukakan di Mahkamah. (vi) Mengikut keterangan saksi defendan kedua, Encik Noor Selamat bin Jaharom, pihak defendan kedua dikatakan telah menjalankan proses tapisan keselamatan terhadap defendan ketiga tetapi masih belum menerima maklum balas daripada pihak berkuasa (sila rujuk Lampiran 7 soalan 6b). Keterangan beliau adalah bahawa permohonan tapisan dibuat dan ini mencukupi mengikut Pekeliling Agensi Persendirian Bilangan 4 Tahun 2010. Dokumen tersebut adalah IDD4A-G yang dikemukakan tanpa sijil perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950. (vii) Beliau juga memberi penjelasan tentang langkah-langkah yang perlu diambil berkaitan dengan kelayakan seorang pengawal untuk menjadi pengawal bersenjata. Ia perlu mengisi borang permohonan, mengisi sistem e-vetting Kementerian Dalam Negeri, kemudian baru dapat memperoleh permit “carry and use” senjata api dan menjalani latihan-latihan berhubung penggunaan senjata api. Beliau menegaskan pernyataan tersebut dengan memberi keterangan bahawa “e-vetting mesti lulus". (sila rujuk Lampiran 7 muka surat 424 dan 425). (viii) Walaupun demikian, dalam kes ini, bukti yang sedia ada ialah permohonan defendan kedua berhubung dengan defendan ketiga masih dalam semakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan fakta ini disahkan oleh Encik Noor. (Sila rujuk Lampiran 8, muka surat 490). (ix) Peraturan Tetap Operasi (PTO) No.1 Tahun 2010 yang diisukan oleh Kementerian Dalam Negeri bertujuan memberi makluman kepada semua syarikat agensi persendirian mengenai peraturan Penggunaan dan Pengendalian Senjata Api oleh syarikat yang berlesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 yang menetapkan syarat-syarat penggunaan senjata api, dipetik dari versi asal. “6. Syarat-syarat pengguna senjata api oleh syarikat agensi persendirian hendaklah: 6.1 menggunakan senjata api milik syarikat untuk tujuan kawalan; 6.2 memilik lesen senjata api dan lesen C&U terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu aktiviti kawalan bersenjata; 6.3 pengawal mesti lulus tapisan keselamatan Kementerian Dalam Negeri (KDN)” (x) Adalah fakta terbukti bahawa defendan kedua tidak mematuhi peraturan Penggunaan dan Pengendalian Senjata Api oleh syarikat yang berlesen di bawah Akta Ajensi Persendirian 1971 kerana defendan ketiga belum lulus tapisan Kementerian Dalam Negeri tetapi defendan kedua secara tergesa gesa dan cuai menjadikan defendan ketiga seorang pengawal keselamatan yang bersenjata. (xi) Ini membuktikan tindakan defendan kedua yang memang cuai dan tidak bertanggung jawab kepada pelanggan-pelanggan yang mengharapkan perkhidmatan keselamatan. Harapkan pagar, pagar makan padi adalah ungkapan yang sesuai bagi perbuatan defendan kedua yang langsung tidak menghormati atau peka terhadap keselamatan nyawa dan psikologi pelanggan-pelanggannya. (xii) Kes ini bukan berpusatkan niat suci defendan kedua menggaji defendan ketiga tetapi tindakan defendan kedua yang cuai dalam tidak membuat tapisan keselamatan akan status defendan ketiga sehingga mewujudkan situasi yang sungguh merbahaya dengan melengkapkan defendan ketiga dengan senjata api, yang mengakibatkan nyawa orang yang tidak bersalah diragut dan keadaan mental serta psikologi pemerhati, iaitu plaintif di dalam kes ini terjejas dengan teruk. (xii) Seterusnya, pendirian defendan kedua bahawa akaun defendan ketiga berjaya dibuka juga tidak menyakinkan kerana Encik Noor telah memberi keterangan bahawa SOP syarikat defendan kedua sendiri tidak dipatuhi apabila akaun defendan ketiga dibuka pada bulan Jun 2013, manakala proses tapisan keselamatan hanya dibuat pada bulan Julai 2013. Yang sewajarnya, mengikut SOP syarikat adalah tapisan keselamatan perlu dibuat sebelum akaun dibuka. Defendan kedua juga gagal mengemukakan bahan bukti berhubung pemeriksaan jari biometrik defendan ketiga di Mahkamah. 45. Setelah memperincikan lompang-lompang yang sedia ada dalam kes defendan kedua sebagaimana yang telah dihuraikan di atas, Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan GMP Kaisar Security (M) Sdn Bhd v Mohamad Amirul Amin Mohamed Amin [2022] 10 CLJ 669 yang memutuskan seperti berikut: “[31] ….. the scope of vicarious liability in a case where the employee committed an intentional wrong is underpinned by the following common denominators: (i) the intentional wrong must be committed by the employee in the course of employment;(ii)the must be connection between the wrongful act and the nature of the employment;(iii) the nature of the employment is such that the public at large are exposed to risk of physical or proprietary harm; and (iv) the risk is created by the employer, owing to the features of the business.” 46. Dalam mengaplikasikan prinsip kes Mahkamah Persekutuan GMP Kaisar, Mahkamah ini memutuskan bahawa pihak defendan kedua yang mewujudkan situasi tertentu menyebabkan defendan ketiga memperoleh senjata api tanpa memastikan tapisan keselamatan diluluskan. Keterangan yang sedia ada membuktikan bahawa pihak defendan kedua yang mewujudkan keadaan pekerjaan defendan ketiga di mana beliau boleh menggunakan senjata api di tempat kerja pada hari kejadian yang malang itu. 47. Tindakan defendan ketiga yang menembak Norazita binti Abu Talib sehingga menyebabkan maut dan kecederaan mental/psikologi kepada plaintif berkait terus dengan skop tugasan beliau pada tarikh kejadian. Tindakan beliau tidak boleh dipisahkan daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau. Justeru, adalah wajar dan berpatutan defendan kedua, selaku majikan defendan ketiga, didapati bertanggungjawab secara vikarius terhadap perbuatan defendan ketiga. 48. Dalam pada itu, Mahkamah ini memutuskan bahwa Hakim Mahkamah Sesyen telah khilaf apabila gagal meneliti keterangan-keterangan dan gagal memutuskan defendan kedua bertanggung jawab secara vikarius terhadap perbuatan defendan ketiga. 49. Mahkamah ini juga mendapati alasan defendan kedua bahawa peristiwa yang menimpa plaintif adalah satu insiden terpencil yang tidak dijangka tidak berasas dan tidak berperikemanusiaan. 50. Seterusnya defendan kedua mendakwa tindakan plaintif di dalam bank yang membenarkan defendan ketiga berada di Kawasan “vault” melanggar terma 11 Perjanjian Perolehan Keselamatan. Terma berkenaan adalah seperti berikut: “11 RESTRICTION a. Unless prior approval is obtained either from Branch Manager or Head of Services (HOS) of the respective branches, the security guard is strictly prohibited to be present in these areas (i) Customer’s sitting area; (ii) The Branch Manager office; (iii) Teller Counter; (iv) Bank Office (server room, vault room and SDB room, among others). 51. Seorang saksi yang memberi keterangan berhubung kejadian pada 23-10-2013 dengan panjang lebar ialah Encik Anuar bin Ibrahim. Keterangan beliau bergantung kepada rakaman CCTV pada tarikh kejadian. Malangnya, dalam kes ini, rakaman CCTV tidak pernah dikemukakan di Mahkamah Sesyen sebagai bahan bukti kes. 52. Menurut Encik Anuar bin Ibrahim, defendan ketiga berada di tempat itu sejak beliau bertugas sejak pagi. Defendan ketiga dikatakan berdiri dekat pintu operasi dan bukan berada di "vault room”. Defendan ketiga dikatakan telah bergerak ke “vault room” dari tempat asal beliau. (sila rujuk Lampiran 7, muka surat 316- 326). 53. Apabila dikaji terma 11, perjanjian perolehan keselamatan, ianya dikhususkan kepada "vault room” sebagai kawasan larangan. Tidak ada keterangan yang dibuktikan bahawa defendan ketiga berada di “vault room". Keterangan tidak tercabar ialah defendan ketiga telah beralih dari tempat tugasan beliau dan menuju ke arah simati dan plaintif dalam kes ini sebelum melakukan perbuatan yang kejam tersebut. Oleh itu, dakwaan defendan kedua bahawa pihak plaintif/defendan pertama telah mengizinkan defendan ketiga ke "vault room” tidak bernas. 54. Di dalam kes ini, defendan kedua tidak mengemukakan sijil perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950, dan peguam-peguam yang bertentangan telah menimbulkan bantahan terhadap penerimaan dokumen-dokumen cetakan berkomputer kerana tidak mematuhi Seksyen 90A Akta Keterangan 1950. Adalah hujahan defendan kedua bahawa prinsip kes Gnanasegaran Pararajasingam v P.P. [1995] 2 MLRA 555 harus diaplikasikan dalam kes di hadapan Mahkamah ini. Ini kerana Encik Noor Selamat Bin Jaharom dikatakan menggunakan komputer yang menjana dokumen-dokumen dan oleh itu tidak ada keperluan untuk pengemukaan sijil perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950. 55. Mahkamah ini tidak sehaluan dengan hujahan defendan kedua sebab dalam kes Gnanasegaran Pararajasingam v P.P. (supra), tiada bantahan berhubung pengemukaan dokumen tanpa sijil perakuan. Ia amat berbeza dengan kes di hadapan Mahkamah ini di mana peguam bertentangan telah membantah pengemukaan dokumen-dokumen tanpa sijil perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 sebagai ekshibit kes. Oleh itu, Mahkamah ini telah memutuskan untuk mengekalkan semua dokumen cetakan komputer tanpa sijil perakuan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 tidak diterima masuk sebagai ekshibit kes. Lagipun, defendan kedua gagal membuktikan di Mahkamah ini bahawa komputer yang menjana dokumen beroperasi dengan baik ketika cetakan dibuat. Kesimpulan 56. Adalah keputusan Mahkamah ini berdasarkan alasan-alasan yang telah dihuraikan sebagaimana di atas, maka adil dan berpatutan untuk keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap defendan pertama dikekalkan dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap defendan kedua diketepikan. 57. Mahkamah ini kekangan untuk membuat sebarang perintah terhadap defendan ketiga kerana tidak ada pembuktian serahan writ saman mahupun afidavit penyampaian writ saman telah diserah kepada defendan ketiga walaupun beliau kini berada di penjara. Bertarikh: 15 Disember 2025 (INDRA NEHRU SAVANDIAH) Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor Tarikh Keputusan: 25 September 2025 Peguam-peguam: Bagi pihak Perayu : Tan Sri Muhammad Shafee bin Md Abdullah & Effa Azuin binti Aidrul Hisham Messrs Scivetti & Associates Bagi pihak Responden 1 : Kalikumari a/p Saneisparan & Vel Mayil a/l Manohran Messrs M. Menon & Partners Bagi pihak Responden 2 : Rohaine Mohd Shim & Jeffri Jaafar Messrs Hadmin Zahar & Rohaine Shariffudin
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.