Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO. BL-42JSKH-8-02/2022 [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG] KES TANGKAP: BL -62JSK-426-06/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA PERAYU DAN ASHLEY ROLAND ROBERN RESPONDEN RAYUAN SILANG NO. BL-42JSKH-9-02/2022 ASHLEY ROLAND ROBERN PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan daripada pihak Pendakwaan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 8.2.2022 yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap kepada Tertuduh di bawah seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu penjara 5 tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara bagi kes No. BL-62JSK- 425-06/2021 dan 1 sebatan. Tertuduh juga diperintahkan menjalani kaunseling dibawah seksyen 26 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 selama tempoh pemenjaraan dan Tertuduh juga diletakkan dibawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas menjalani hukuman pemenjaraan sebagaimana yang diperuntukkan dibawah seksyen 27 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Perayu juga dikenakan 1 kali sebatan. Tertuduh juga telah memfailkan satu rayuan silang ke atas hukuman yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dalam kes yang sama di bawah kes NO. BL-42JSKH-9-02/2022 dan kedua-dua rayuan ini telah didengar bersekali.