(iv) Tertuduh mempunyai milikan fizikal ke atas dadah tersebut. YA PKMT menerima keterangan SP4 berkaitan tangkapan dan rampasan dadah/barang kes daripada Tertuduh. YA PKMT mendapati SP4 seorang saksi yang bercakap benar. [28] Berdasarkan dapatan-dapatan di atas, kami mendapati YA PKMT tidak terkhilaf dalam mendapati/memutuskan bahawa di akhir kes Pendakwaan satu kes prima facie di bawah seksyen 180 KTJ telah berjaya dibuktikan, sepertimana Pertuduhan dan YA PKMT tidak terkhilaf dalam memanggil Tertuduh untuk membela diri. S/N Ofenn9D1pEaspjMrQb/DZQ Isu (ii) - Adakah YA PKMT terkhilaf dalam mendapati bahawa anggapan seksyen 37(da) ADB 1952 gagal disangkal oleh Tertuduh? Isu (iii) - Adakah YA PKMT terkhilaf dalam mendapati bahawa Pendakwaan berjaya membuktikan Pertuduhan terhadap Tertuduh melampaui keraguan yang munasabah? [29] Kedua-dua Isu (ii) dan (iii) diputuskan bersekali kerana ianya adalah berkaitan. [30] Pembelaan Tertuduh adalah sepertimana yang dinyatakan di perenggan [13] di atas sebelum ini. Secara ringkas, pembelaan Tertuduh adalah penafian kosong. Beliau menafikan keterangan SP7 bahawa barang kes dadah di ambil oleh beliau daripada lelaki Cina (Tan Seng Kuan) di Kondominium Pandan Perdana. Beliau menafikan mengetahui tentang beg (Ekshibit P7) dan tentang kandungan beg (Ekshibit P5A) tersebut. Secara ringkasnya, beliau mendakwa dadah yang dirampas dari dalam kereta adalah hasil kegiatan antara SP7 dengan lelaki Cina tersebut. Tertuduh mendakwa keterangan SP7 adalah bercanggah dengan dokumen Pendakwaan iaitu, peta perjalanan kereta tersebut (Ekshibit P23) yang tidak menunjukkan bahawa kereta tersebut telah pergi dan berhenti di kawasan Pandan Perdana sepertimana yang dinyatakan oleh SP7. [31] YA PKMT tidak menerima cerita/versi Tertuduh tersebut. Bagi pencerahan, analisa dan dapatan YA PKMT berhubung Pembelaan yang ditimbulkan oleh Tertuduh dinyatakan di perenggan [41] hingga [46] AP sepertimana berikut: S/N Ofenn9D1pEaspjMrQb/DZQ “[41] Pembelaan penafian ini tidak mengubah dapatan mahkamah seperti di para [28] (supra) bahawa P23 adalah dokumen yang mempunyai lompang masa dan bersifat neutral berkaitan isu persinggahan kereta Mazda dalam perjalanan ke Seri Kembangan kerana P23 tidak menunjukkan perincian time stamp antara 09:38:37 pagi hingga 16:59:49 petang perjalanan kenderaan sebelum mereka selepas Tertuduh dan SP7 bergerak dari Saujana Utama, Sungai Buloh dan sebelum mereka sampai di Seri Kembangan. Justeru, penafian Tertuduh sahaja tidak mengganggu penerimaan mahkamah kepada keterangan SP7 tentang kejadian singgah di Pandan Perdana atau di kondominium biru/putih tersebut. [42] Setakat penafian Tertuduh sahaja pada pendapat mahkamah tidak mencukupi untuk mencabar keterangan SP7 tentang persinggahan itu terutama kerana telah dibuktikan bahawa tiada beg kertas yang ditinggalkan oleh SP6 penyewa kereta Mazda sebelum Tertuduh. Selain itu juga tiada cadangan dari pihak pembelaan kepada SP7 yang dia telah meletakkan beg kertas P7 itu dalam kereta Mazda. Mahkamah tidak mempercayai penafian Tertuduh dalam isu ini. [43] Penafian Tertuduh tentang pengucapan kata-kata “matilah, habislah” semasa diserbu tidak dapat menyangkal keterangan SP7 kerana bukan itu sahaja kata-kata yang Tertuduh ucapkan. Tertuduh turut menyuruh SP7 keluar sahaja apabila ditanya “ada masalah ke?”. Soalan lanjut SP7 menunjukkan reaksi seorang yang memang tiada pengetahuan berkaitan serbuan itu. Sedangkan kata-kata Tertuduh menunjukkan pengetahuannya tentang dadah yang dibawa dan mahu SP7 menurut arahan polis sahaja kerana telah dikepung. [44] Tertuduh mendakwa mendengar nama Tan Seng Kuan di balai polis, tetapi tiada dinyatakan dalam konteks apa nama itu disebut sama ada dikaitkan dengan tangkapan Tertuduh. Tidak dikenal pasti siapa anggota polis yang menyebut nama itu dan pihak pembelaan juga tidak memanggil S/N Ofenn9D1pEaspjMrQb/DZQ mana-mana anggota serbuan yang ditawarkan. Mahkamah mendapati tiada langsung asas kepada cadangan keujudan ‘sumber’ dalam kes ini. [45] Dakwaan Tertuduh tertidur semasa SP7 memandu kereta Mazda juga tidak munasabah dan keterangan SP7 yang Tertuduh menunjukkan jalan ke lokasi kejadian lebih dipercayai kerana SP7 tidak mahir dengan kawasan Seri Kembangan itu (tidak dicabar oleh pihak pembelaan). Dakwaan Tertuduh terlalu letih dan mengantuk juga tidak menyakinkan kerana Tertuduh mempunyai masa untuk berehat dari waktu sampai ke rumahnya di Saujana Utama (lebih kurang 10.30 pagi berdasarkan keterangan perjalanan dari Sungai Besar mengambil masa satu jam) sehingga waktu mereka keluar pada jam 3.30 – 4.00 petang. [46] Berdasarkan analisa di atas, mahkamah mendapati pembelaan Tertuduh telah gagal membangkitkan apa-apa keraguan ke atas kes pendakwaan berkaitan elemen milikan mens rea.” [32] Setelah meneliti keterangan dalam Pembelaan Tertuduh secara menyeluruh, kami mendapati YA PKMT tidak terkhilaf dalam mendapati Pembelaan gagal mematahkan anggapan seksyen 37(da) ADB 1952, sepertimana yang dinyatakan di atas. PKMT telah mempertimbangkan keseluruhan Pembelaan Tertuduh dengan mendalam. Beliau juga telah menimbang semula keterangan saksi-saksi Pendakwaan sebelum mendapati Pembelaan Tertuduh yang pada dasarnya merupakan penafian, telah gagal memimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan dan gagal mematahkan anggapan seksyen 37(da) ADB 1952 terhadap beliau. [33] Kami bersetuju dengan dapatan YA PKMT tersebut. Kami dapati tiada sebarang kekhilafan undang-undang di pihak beliau. Dapatan fakta S/N Ofenn9D1pEaspjMrQb/DZQ dan undang-undang YA PKMT kami dapati adalah selari dengan keterangan yang dikemukakan. Dalam keadaan tersebut kami mendapati sabitan ke atas Tertuduh adalah selamat. [34] Susulan dapatan kami di atas, kami mendapati bahawa Pendakwaan berjaya membuktikan Pertuduhan terhadap Tertuduh melampaui keraguan yang munasabah. Oleh itu, pada hemat kami, YA PKMT juga tidak terkhilaf dalam dapatan/keputusan beliau berhubung lsu