(i) If the Court finds that a prima facie case has been made out against the accused on the offence charged, the Court shall call upon the accused to enter on his defence [37] OKT telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan mengemukakan dirinya sebagai saksi tunggal pembelaan. Pada mulanya, peguambela berhasrat memanggil saksi yang ditawarkan pihak pendakwaan iaitu Kelvin Raj. Namun, sapina gagal diserahkan kerana Kelvin Raj tidak dapat dihubungi Pegawai Penyiasat. Oleh itu pembelaan menutup kesnya tanpa memanggil Kelvin Raj. KES PEMBELAAN [38] Pada peringkat ini, sebagaimana kehendak di bawah Seksyen 173(m)(l) KTJ, Mahkamah bertanggungjawab menentukan sama ada keterangan yang dikemukakan pihak Pembelaan menimbulkan keraguan munasabah ke atas keseluruhan kes Pendakwaan terhadap OKT dan sama ada pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. [Rujukan kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang merujuk kes Mahkamah Tinggi, Mat v PP [1963] MLJ 263]. Mahkamah juga akan melihat semula kepada keterangan pihak pendakwaan bagi menentukan jika keterangan pembelaan menimbulkan keraguan. Dengan kata lain, Mahkamah akan menimbangkan kesemua keterangan serta bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pihak pembelaan untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Tertuduh melampaui keraguan munasabah. Pembuktian kes kekal di tangan pihak pendakwaan dan pihak pembelaan tidak perlu membuktikan bahawa Tertuduh tidak bersalah. Mahkamah akan membebaskan dan melepaskan Tertuduh daripada pertuduhan sekiranya pembelaan membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan sebagaimana prinsip undang-undang mapan yang disebut dalam Mat v Public Prosecutor [1963] 1 MLJ 263. [39] Dalam membangkitkan keraguan yang munasabah tersebut, pembelaan hendaklah tidak diselaputi oleh elemen-elemen fictitious, mere denials ataupun afterthought kerana Keterangan-keterangan pembelaan yang sedemikian tidak seharusnya diterima oleh Mahkamah, sebagaimana dijelaskan dalam Liew Kaling v PP (1960) 26 MLJ 306 – “That degree is well settled. It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable,' the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice… You will not, I am sure, allow yourselves to be bewildered or troubled by such a phrase. What it means is not some whimsical or fanciful doubt, which a person might conjure up for the purpose of creating a difficulty but such a doubt as would govern a man's course of action in some private affair of moment of his own.” [40] Tertuduh pada peringkat ini hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sepertimana diputuskan dalam kes PP v. Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ - “Although the burden of proof in criminal trial lies throughout in bringing home a conclusion that it had proven its case beyond reasonable doubt, the accused, if called upon to his defence bears the evidential burden of casting that doubt”. [41] Selanjutnya di dalam kes Chan Chwen Kong [1962] MLJ 307 mahkamah menyatakan – “ In most criminal cases, there is at some stage an onus of a sort upon the accused person. Once the prosecution produces evidence which if believed would support a conviction, there is a tactical onus on the accused person either to produce evidence of his own or to point to something in the prosecution evidence that at the very lowest make the trier of the fact less than sure of any conclusions he might otherwise be prepared to base upon the prosecution evidence. If he fails to discharge that tactical onus he will be convicted. That is very true”. FAKTA KES PEMBELAAN [42] Dalam pembelaannya (penyata saksi pembelaan pertama ditandakan PSD1), OKT telah menyatakan pada malam kejadian sememangnya dia ada bertanya kepada mangsa tentang hubungan mangsa dengan Kelvin Raj. Apabila tidak berpuas hati dengan jawapan mangsa, OKT merasa telah diprovokasi dan telah menampar mangsa secara spontan. SD1 (rujuka kepada OKT dan SD1 akan digunakan secara berganti-ganti selepas ini) telah menceritakan apa yang telah berlaku pada 26.4.2022 pada jam lebih kurang 7.30 hingga 8.00 malam. : Boleh kamu ceritakan apa yang terjadi dalam kes ini? : Pada tarikh 26.04.2022 jam lebih kurang 7.30 hingga 8.00 malam, saya dapat tahu bahawa isteri saya bernama Jothi mempunyai hubungan curang dengan seorang pekerja saya bernama Kelvinraj. Sebaik sahaja saya dapat tahu tentang hal ini saya terus ke bilik tidur untuk bercakap dengan Jothi dengan niat untuk mendengar penjelasannya. : Apa yang berlaku dalam bilik tidur tersebut? : Saya tanya kepada Jothi sama ada dia berkelakuan tidak senonoh dengan pekerja saya Kelvinraj dan Jothi menjawab dia mengakui kesilapannya. Jothi memberitahu ada bercakap dengan Kelvinraj tentang hal rumah tangga kami dan juga ada berbincang dengan Kelvinraj tentang hal-hal peribadi dan hal-hal intim yang melibatkan hubungan kelamin dengan Kelvinraj. : Selepas itu apa yang terjadi? : Saya berasa marah kerana telah diprovok oleh Jothi lalu saya menampar Jothi tanpa menggunakan apa-apa senjata lain yang berbahaya terhadapnya. Perbuatan saya menampar Jothi ketika itu adalah tidak dirancang langsung dan ianya terjadi secara spontan akibat provokasi Jothi. Saya langsung tidak berniat untuk mencederakan Jothi sepanjang kehidupan kami bersama. [43] Selain itu, OKT juga telah mengemukakan surat berhenti kerja yang menurutnya telah ditulis oleh Kelvin Raj kepadanya bertarikh 26.4.2022 (IDD20). Namun Kelvin Raj tidak dipanggil memberi keterangan tentang surat ini. [44] OKT juga telah merujuk P13 laporan perubatan oleh SP4 kepada seorang doktor lain yang bernama Associate Professor Dato' Seri Dr Bhupinder Singh, Lead Forensic and Legal Medicine RCSI & UCD Malaysia Campus Penang yang mengeluarkan Laporan Perubatannya bertarikh 2.11.2024 (IDD21). Namun Dr Bhupindar Singh ini juga tidak dipanggil memberi keterangan. Laporan perubatan IDD21 ini menyatakan bahawa Dr. Bhupindar Singh telah melihat semula laporan P13 dan berpendapat bahawa kecederaan tidak serius dan tidak ada bukti yang menunjukkan tali pinggang adalah penyebabnya. [45] Secara keseluruhannya, pembelaan OKT adalah menafikan yang dia telah memukul mangsa dengan menggunakan tali pinggang hingga menyebabkan kecederaan sebagaimana dalam pertuduhan. DAPATAN MAHKAMAH [46] Apabila melihat kepada keseluruhan keterangan SD1, jelas menunjukkan sememangnya OKT telah memukul dan menyebabkan kecederaan kepada mangsa akibat kemarahannya yang tidak dapat dibendung kerana mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan Kelvin Raj, namun, mangsa telah menafikannya. Semasa disoal balas pendakwaan, OKT telah mengakui hal ini. : Masih di Para 4. Saya katakan kamu sememangnya ada menampar Jothi, setuju? : Benar : Saya katakan kamu tahu perbuatan kamu menampar Jothi boleh menyebabkan kecederaan kepada Jothi, setuju? : Setuju : Saya katakan kamu telah mencederakan Jothi, setuju? : Setuju. Ya saya ada menampar beliau. [47] Selain itu, OKT juga mengakui tali pinggang P10A yang dirampas adalah daripadanya, seterusnya mengesahkan lagi kebenaran kenyataan SP1 tentang tali pinggang OKT adalah senjata yang digunakan untuk memukulnya. : Rujuk P5 gambar barang kes. saya cadangkan tali pinggang ini dirampas daripada kamu sendiri, setuju? : Benar [48] Mahkamah berpendapat, tidak ada keterangan yang menunjukkan provokasi oleh mangsa. Oleh itu Mahkamah membuat inferens, jika OKT sendiri telah mengakui telah memukul isterinya dengan serta merta akibat kemarahan, jadi tidak mustahil OKT boleh memukul dengan menggunakan senjata seperti tali pinggang demi untuk memuaskan kemarahannya. Apabila melihat kepada keseluruhan keterangan oleh pihak pendakwaan sebelum ini, maka Mahkamah membuat kesimpulan bahawa keterangan pendakwaan adalah boleh dipercayai dan telah dibuktikan. [49] Seterusnya mengenai laporan perubatan IDD21, Dr. Bhupindar Singh menyatakan, On reviewing of the report, I am of the opinion that:- - No abrasions or tramline injuries were seen. There appears to be no evidence of injuries where a belt had been used. - No grievous injuries were noted during the examination. - She only went to the hospital on the following day indicating that injuries were not serious. - She was not given any follow up date for review showing that the injuries were minor. -She was only given oral analgesics. The doctor who examined her was unable to identify the type of weapon used. [50] Mahkamah melihat, IDD21 ini dikemukakan pembelaan untuk membuktikan kewujudan provokasi oleh mangsa yang menyebabkan kemarahan yang tidak terkawal di pihak OKT sehingga menyebabkan tindakannya mencederakan mangsa. Justeru pertuduhan seharusnya dibuat di bawah S.334KK dan bukannya S.324KK. Dalam perenggan akhir laporannya menyatakan, Looking at the spread of the injuries on the body it appears to have been caused by someone in a rage. In view of the above finding, I am of the opinion that the injuries were trivial in nature and did not cause any residual harm or damage. [51] Walau bagaimanapun, IDD21 ini pada keadaan fizikalnya saja telah menimbulkan tanda tanya. Mengapa format laporan perubatan ini seumpama kertas kausa mahkamah, tiada letterhead Hospital dan hanya ditandatangani doktor berkenaan. Dr. Bhupindar Singh juga telah tidak dipanggil memberi keterangan atas alasan terlalu sibuk dan tidak dapat meluangkan masa. Oleh itu Mahkamah tidak dapat memastikan siapakah yang menyediakan IDD21 dan apakah kandungannya benar. Pihak pendakwaan juga tidak dapat menyoal balas kandungan IDD21. Oleh itu Mahkamah hanya menandakan IDD21 sebagai identifikasi dokumen kerana dikemukakan tetapi tidak akan menerimanya sebagai keterangan yang dapat memberikan apa-apa faedah kepada kes pembelaan. [52] Berkenaan kuasa Mahkamah dalam menentukan keboleh terimaan keterangan yang relevan, Mahkamah Rayuan di dalam kes Haji Husam Haji Musa v. Mohd Faisal Rohbab Ahmad [2015] 1 CLJ 787; [2015] 2 MLRA 492 telah memutuskan seperti berikut; “[10] Even though relevancy is one of law it is no easy task for trial court to rule on the subject on hotly contested facts as s. 5 places the task on the courts to deal with various concepts (as well as difficult concepts) like re gestae, hearsay evidence, dying declaration, admission, confession, opinion evidence, character evidence similar fact, evidence, etc. It has to be taken by at least a three step approach. First stage, the court must prima facie consider whether the fact is relevant. This is more of a common sense approach taken by any person with the most basic legal qualification. The second stage is whether by saying it as relevant, related provisions of the Act are infringed; or to put it in another way whether the person introducing the fact has satisfied the criteria of the Act. If he does not satisfy the criteria that evidence is not relevant. Once this two stage procedure has been satisfactorily dealt with, then the third stage is the admissibility stage which is procedural in nature. Here the court has to look at whether the litigant has satisfied the rules of admissibility. If the litigant has not, the relevant evidence can be rejected, for example, not producing the original document or satisfying the criteria for introducing secondary evidence. In civil cases once the court decides that the evidence is relevant and have allowed the exhibits to be marked as exhibit with no objection by the respondent, it cannot be subsequently expunged on the ground that it has failed the admissibility test unless it has been marked as ID only for purpose to determine admissibility. [11] However, if the relevancy and/or admissibility has been challenged throughout the trial, the court may deal with the issue at the end of the trial marking it first as ID and subsequently as exhibit. There is no discretion vested in the trial court to exclude relevant and admissible evidence marked as exhibit and/or ID or whatever label it may have been given, that too when there was no objection taken by the parties when the exhibit or ID is marked. This is not the position in criminal cases. In criminal cases, the court has wide discretion to exclude relevant and admissible evidence under the fairness rule. This jurisprudence has been captured in the case of Liang Weng Hen v. PP [2014] 3 MLRA 293, where the quorum consisted of Azahar Mohamed, Mohtarudin Baki and Hamid Sultan Abu Backer, and we do not wish to repeat the same.” [53] Dengan kata lain yang lebih ringkas, Mahkamah ini boleh menolak keterangan yang dikemukakan pembelaan dalam IDD21 kerana orang yang menyediakan IDD21 tidak dipanggil memberi keterangan tanpa alasan yang wajar sedangkan pihak pendakwaan membantah ketidakhadirannya kerana ia menyebabkan pihak pendakwaan kehilangan peluang untuk menyoal balas saksi ini. [54] Begitu juga halnya dengan surat berhenti kerja Kelvin Raj (IDD20). Tidak dapat dipastikan siapakah yang membuat surat tersebut dan kenapa ia baru ditimbulkan di peringkat ini. Oleh itu IDD20 tidak diterima sebagai keterangan dan tidak akan memberi apa-apa faedah kepada kes pembelaan walaupun cerita mengenai Kelvin Raj terdapat dalam keterangan SD1. [55] Dalam pemeriksaan balas oleh pendakwaan, SD1 ada memberitahu tentang apa lagi yang berlaku pada malam 26.4.2022 selain daripada yang dinyatakan dalam PSD1. OKT menceritakan selanjutnya seperti berikut. : Rujuk Para 2. Jelaskan macam mana kamu dapat tahu isteri kamu curang dengan Kelvin Raj? : Pada 26/04/2022 jam lebih kurang 07.30 hingga 8 malam, selepas saya makan malam, saya sedang duduk, Kelvin Raj ada datang untuk bercakap dengan saya, beliau beritahu beliau ingin berhenti kerja dan balik ke Ipoh, beliau memberikan surat ini kepada saya yang menyatakan ingin meletak jawatan. Saya ada tanya kenapa. Pada masa itu saya ada naikkan gaji beliau, jadi saya tanya kenapa dia berhenti kerja. Ada apa-apa sebab, adakah sebabnya pekerjaan? Beliau cakap, di sini, apa yang berlaku semua salah dan saya memberitahu dia cuba jelaskan apa masalah dan beliau memberitahu bahawa isteri kamu bercakap dengan saya perkara yang tak betul, selepas itu, saya tanya apa yang isteri saya cakap dengan dia? Beliau kata bahawa isteri saya beritahu beliau bahawa kamu tidak bagus di katil. Selepas itu saya cakap dengan Kelvin Raj, sampai sini, apa lagi yang dia beritahu kamu. Selepas itu Kelvin Raj ada beritahu banyak perkara berkenaan Jothi kepada saya. Kelvin Raj kata Jothi ada offer Kelvin Raj untuk bersama dengan Jothi dan dia ada bagi saya offer ini banyak kali, semasa abang tiada di rumah. (Abang merujuk kepada OKT). Kalau perkara ini berlanjutan akan ada masalah di masa depan, jadi saya ingin berhenti kerja dan balik ke Ipoh. Selepas saya mengetahui perkara ini, saya berasa sangat marah. Saya terus ke bilik dan saya ada bertanya kepada Jothi. Selepas saya tanya, sambil menangis, beliau mengaku ya, saya ada buat kesilapan. [56] Namun, keterangan SD1 ini tidak disokong dengan apa-apa keterangan lain dan tidak terdapat dalam mana-mana keterangan saksi pendakwaan. Oleh itu kebenarannya tidak dapat dipastikan. Seterusnya pendakwaan juga menyoal balas SD1 tentang provokasi yang dikatakannya menjadi penyebab kepada tindakannya mencederakan mangsa. : Rujuk para 4. Nyatakan apa yang Jothi provoke kamu? : Beliau mengaku mereka ada cuba untuk mengadakan hubungan yang tidak betul dengan Kelvin Raj, juga ada mengaku di Mahkamah terbuka semasa memberi keterangan. : Jadi kamu katakan provokasi adalah dia mengaku ada cuba membuat hubungan yang tak betul dengan Kelvin Raj? : Benar [52] Namun sekali lagi keterangan ini tidak disokong oleh mana-mana keterangan lain. Ini menjadikan keterangan pembelaan SD1 sebagai pemikiran semula yang mana, ia bukanlah suatu pembelaan bermerit dan boleh menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan. Malahan daripada keterangan SD1 di atas, Mahkamah membuat kesimpulan bahawa provokasi yang dimaksudkan oleh OKT adalah perasaan syak wasangkanya kepada mangsa dan Kelvin Raj diikuti dengan jawapan penafian mangsa, yang seterusnya mendorong kepada perbuatannya mencederakan mangsa. “Provokasi” ini bukanlah provokasi sebenar yang dilakukan oleh mangsa. Oleh itu, Mahkamah berpendapat sebenarnya tidak ada provokasi oleh mangsa yang mendorong perbuatan OKT mencederakan mangsa. Tetapi hanyalah rasa curiga OKT tentang wujudnya hubungan sulit antara isterinya dengan Kevin Raj. Sedangkan curiga dan sangsi OKT ini belum disiasat mahupun dibuktikan. [53] Tetapi keterangan tentang OKT curiga adanya hubungan sulit antara mangsa dengan Kelvin Raj ini tidak disokong oleh apa-apa keterangan lain kerana Kelvin Raj tidak hadir di Mahkamah untuk memberi keterangan. Akan tetapi Mahkamah juga berpendapat, jika Kelvin Raj dipanggil sekali pun, keterangan Kelvin Raj tidak akan dapat membantu OKT mematahkan kes pendakwaan kerana menurut SP5, rakaman percakapan Kelvin Raj telah diambil dan Kelvin Raj hanya memaklumkan yang dia tidak mendengar apa-apa kejadian pada malam 26.4.2022 kerana sedang tidur. Kelvin Raj tidak tahu apa yang berlaku dalam bilik tempat kejadian, oleh sebab itu ia tiada peranan untuk dipanggil sebagai saksi pendakwaan. Namun sebaliknya, jika Kelvin Raj hadir memberi keterangan sekalipun, ia mungkin hanya akan mengesahkan sama ada terdapat hubungan sulit antara Kelvin Raj dengan mangsa yang menyebabkan kemarahan OKT. Jika ya, maka ia akan menjadi motif mengapa OKT mencederakan mangsa, seterusnya menafikan pembelaan kepada OKT. Keterangan Kelvin Raj tidak akan memberi manfaat kepada kes pembelaan. Kesimpulannya, Mahkamah tidak melihat situasi OKT mengesyakki wujudnya hubungan sulit antara mangsa dengan Kelvin Raj sebagai satu bentuk provokasi yang dibuat oleh mangsa yang mewajarkan OKT mencederakannya sebagaimana dalam pertuduhan. [54] Kini, apa yang tinggal pada pembelaan OKT adalah penafiannya saja sedangkan perundangan mapan telah menetapkan penafian bukanlah suatu pembelaan bermerit. Terdapat banyak kes-kes terdahulu yang membincangkan tentang penafian bukanlah pembelaan bermerit dan boleh membangkitkan keraguan kepada kes pendakwaan. Penafian tanpa sokongan keterangan lain tidak dapat mematahkan kes pendakwaan. Mahkamah Persekutuan dalam Mohd Asmadi bin Yusof v PP [2011] 1 CLJ 41, telah menyatakan – “…. It is our view that he has made the correct decision under the circumstances of this case. The defence was one of denial. There was no other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence.” Sepertimana juga yang telah diputuskan dalam kes-kes terdahulu seperti Public Prosecutor v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 – ”A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient” Juga dalam kes PP v Ku Lip See [1981] 1 MLJ 258 – “.....the defence in its endeavour to create a reasonable doubt in the mind of the learned President offered an outright denial and nothing more. It was surprising to find the learned President entertaining what to him was reasonable doubt based entirely on the demeanour and denial of the respondent.” Juga dalam kes D.A Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195 – “… The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, The High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant. [55] Kesimpulannya, penafian OKT ini hanyalah sekadar bare denial yang tidak disokong keterangan lain, justeru tidak mendatangkan keraguan kepada kes pendakwaan. [56] Memandangkan kesemua elemen dalam pertuduhan telah kekal dibuktikan oleh pihak pendakwaan, maka Mahkamah tidak akan membincangkan isu-isu sampingan yang lain kerana fakta asas pertuduhan telah dibuktikan. Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Maka dengan ini, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKT. Oleh itu OKT didapati bersalah dan disabitkan sepertimana pertuduhan dalam kes ini. RAYUAN OKT TERHADAP HUKUMAN DAN MITIGASI PENDAKWAAN [57] Peguambela telah berhujjah tentang latar belakang OKT bagi mendapatkan mitigasi hukuman. OKT berumur 39 tahun, bekerja sebagai tukang cuci karpet di syarikat sendiri dengan gaji RM4000-RM5000 sebulan, merupakan pesalah pertama, tiada rekod jenayah lampau. OKT telah melalui perbicaraan yang panjang, oleh itu dipohon hukuman yang ringan dalam bentuk tiada hukuman penjara dan dilepaskan dengan bon di bawah Seksyen 294 jika diizinkan. [58] Sementara itu, pihak pendakwaan telah berhujjah ringkas seperti berikut. Mangsa dalam kes ini adalah seorang wanita, dan wanita adalah insan yang lemah. OKT sebagai suami sepatutnya melindungi mangsa dan bukan mencederakannya. Tambahan pula, kini kes keganasan rumahtangga semakin meningkat, oleh itu dipohon hukuman yang berat sebagai pengajaran kepada OKT dan sebagai mesej kepada masyarakat agar kesalahan yang sama tidak dilakukan. HUKUMAN [59] Setelah mendengar rayuan mitigasi peguambela OKT dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah memerintahkan hukuman seperti berikut. Mahkamah berpendapat hukuman ini adalah wajar selepas mengambil kira masa yang telah dihabiskan untuk perbicaraan kes ini iaitu sejak 29.4.2022 sehingga tarikh keputusan ini iaitu 2 tahun 10 bulan untuk selesai sedangkan OKT pada akhirnya tidak ada pembelaan bermerit dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Tempoh yang panjang ini sepatutnya memberikan OKT banyak masa untuk menukar pengakuannya kerana sememangnya OKT bersalah terhadap isterinya. Jika tidak menukar pengakuan bersalah sekalipun, OKT mempunyai banyak peluang untuk cuba menyelesaikan kes di luar mahkamah seperti memohon keampunan daripada mangsa dan membayar gantirugi, memandangkan mangsa bukanlah orang lain, tetapi isterinya, iaitu ibu kepada anak lelakinya. Namun OKT masih bersikap keras hati dan mahu perbicaraan diteruskan hingga selesai. Masa perbicaraan ini juga telah membelanjakan kos yang banyak untuk persediaan saksi dan pengemukaan eksibit. [60] Mahkamah juga memberi perhatian yang khusus kepada kes-kes begini yang merupakan kes keganasan rumah tangga di mana mangsa adalah seorang isteri yang sepatutnya dilindungi oleh suaminya, bukannya menjadi tempat suami melepaskan kemarahan sesuka hati. Mahkamah berpesan kepada OKT dan orang awam yang berada dalam mahkamah terbuka semasa keputusan ini dibacakan, jika suami sudah tidak suka dengan isterinya untuk apa juga alasan, undang-undang membolehkan suami menceraikan isterinya. Jangan dicederakan isteri sesuka hati kerana dia juga adalah seorang manusia yang dulunya dilahirkan, dijaga, dibesarkan dan disayangi keluarganya. Isteri adalah manusia yang mempunyai insan lain yang mengambil berat dan menyayanginya. Tidak ada manusia yang dilahirkan sia-sia dan boleh diperlakukan sesuka hati. [61] Dalam kes ini, kecederaan yang dialami mangsa, walaupun telah sembuh namun akan meninggalkan kesan trauma yang berpanjangan dan boleh mempengaruhi kesihatan mentalnya untuk jangka masa yang panjang. Mahkamah telah melihat keterangan semasa kes pendakwaan yang dikemukakan melalui soal balas peguambela terhadap SP1 dan SP4 bahawa terdapat insiden di mana mangsa telah mengelar tangannya sendiri kerana menghadapi tekanan akibat cuba bertahan tinggal bersama suaminya yang dikatakannya seolah-olah “living in prison” atau “living in hell”. Pada masa itu tujuan peguambela adalah untuk mengaitkan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa adalah kerana perbuatannya sendiri, kerana mangsa telah pernah mencederakan dirinya sendiri pada suatu masa dahulu, jadi tidak mustahil mangsa mencederakan dirinya sendiri dalam kes ini. Namun, tujuan peguambela ini tidak kesampaian kerana bukti yang dikemukakan oleh SP4 adalah kukuh menyatakan kecederaan mangsa bukan disebabkan oleh dirinya sendiri tetapi oleh pihak ketiga. Manakala keseluruhan keterangan pendakwaan telah membuktikan OKT adalah orang yang mencederakannya sebagaimana pertuduhan. Sebaliknya, Mahkamah melihat senario yang dikemukakan peguambela ini adalah inferens bahawa mangsa juga ada mengalami trauma dalam perkahwinan ini, apatah lagi dengan tindakan OKT mencederakannya. [62] Mahkamah juga mengambilkira kelakuan OKT yang telah memilih untuk ke luar negara pada masa kes ini telah ditetapkan untuk keputusan sebagai suatu tindakan tidak menghormati proses Mahkamah. Walaupun Mahkamah tidak mengimpaun passport OKT sepanjang kes berjalan, seharusnya OKT bertanggungjawab dan akur, bahawa selagi mana kes di Mahkamah belum selesai, OKT tidak wajar meninggalkan negara ini, apatah lagi apabila kes telah ditetapkan untuk keputusan selepas kes pembelaan pada 26.2.2025. Sebaliknya, OKT telah membeli tiket penerbangan ke luar negara untuk berlepas pada 15.2.2025. Ini dimaklumkan melalui peguambelanya dalam surat bertarikh 2.1.2025 kepada Mahkamah (Lampiran 48 cms) dengan melampirkan tiket penerbangan ke Doha dan Frankfurt pada 15.2.2025 jam 2.25 pagi dan tiket kembali pada 1.3.2025. Tindakan OKT ini adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri sedangkan ia masih berdepan dengan proses Mahkamah yang belum selesai. Oleh kerana Mahkamah tidak mahu sebarang kemungkinan berlaku, tarikh keputusan telah diawalkan kepada 14.2.2025. [63] Selain itu, Mahkamah juga telah merujuk kes-kes terdahulu tentang prinsip penghukuman dalam menentukan kadar hukuman yang sesuai untuk OKT. Oleh itu Mahkamah memutuskan hukuman yang sesuai sebagaimana Seksyen 324 KK adalah penjara 8 tahun. Oleh kerana kesalahan ini melibatkan ahli keluarga, menurut Seksyen 326A KK, hukuman penjara ini wajib digandakan iaitu menjadi 16 tahun. Oleh itu keseluruhannya, hukuman terhadap OKT adalah penjara 16 tahun bermula tarikh hukuman iaitu 14.02.2025 dan 3 kali sebatan. [64] Selanjutnya diperintahkan wang jaminan dikembalikan kepada penjamin dan barang kes untuk dikembalikan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya selepas selesai rayuan (jika ada). PERMOHONAN PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN HUKUMAN [65] Peguambela telah membuat permohonan di bawah Seksyen 311 KTJ untuk penangguhan hukuman penjara dan sebatan. Peguambela berakujanji akan memfailkan notis rayuan secepat mungkin ke Mahkamah Tinggi. Alasan permohonan ini adalah kerana terdapat isu-isu perundangan sepertimana yang dibangkitkan dalam hujahan. Keadaan khas adalah merujuk kepada isu undang-undang yang dibangkitkan dalam hujahan iaitu isu pertuduhan cacat kerana OKT dalam keadaan marah akibat provokasi dan saksi yang penting tidak dipanggil, saksi ini iaitu Kelvin Raj telah ditawarkan kepada pembelaan tetapi tidak hadir di Mahkamah dan tidak ada apa-apa tindakan pihak pendakwaan untuk mengemukakan saksi tersebut manakala rakaman percakapan saksi tersebut juga tak diberikan. [66] Mahkamah tidak membenarkan peguambela berhujah semula kerana ia akan menjadi ulangan kepada hujahan di akhir kes pembelaan. Manakala pihak pendakwaan pula membantah permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman kerana peguambela tidak membuktikan keadaan khas yang memerlukan penangguhan hukuman. [67] Mahkamah berpendapat permohonan peguambela OKT adalah pra-matang kerana notis rayuan belum difailkan dan peguambela tidak membuktikan apakah situasi istimewa yang memerlukan penggantungan pelaksanaan hukuman terhadap OKT kerana isu undang-undang yang dikemukakan telah dinilai oleh Mahkamah ini dan tidak dipersetujui. Oleh itu permohonan peguambela ditolak. Alasan penghakiman ini disediakan oleh, Norazlin binti Othman Hakim Mahkamah Sesyen 3 Shah Alam Disediakan pada 7.3.2025 Pihak Pendakwaan: Timbalan Pendakwaraya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Tingkat 4 Podium Utara, Bangunan Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40512 Shah Alam, Selangor Pihak Pembelaan: Tetuan Ranjit Singh Sandhu & Co. yang beralamat di No. 87, Jalan Istana, Taman Istana, 30000 Ipoh, Perak. No. Tel : 05 253 5625, E-mail : ranjit_sandhu71@yahoo.com