Content
DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET DI SUNGAI BESAR DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA WRIT SAMAN NO: BE-A73KJ-66-11/2021 ANTARA ASHOK KUMAR MUTHU RAMAN (NO. K/P: 770511755079) …PLANTIF DAN KANNAN A/L SALWOM (NO. K/P: 940124085721) …DEFENDAN PERTAMA PUVANASWARAN A/L MUNUSAMY (NO. K/P: 870612435603) …DEFENDAN KEDUA PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD …DEFENDAN KETIGA (NO. Syarikat: 12557-W) ALASAN PENGHAKIMAN MUKKADIMAH [1] Ini adalah alasan penghakiman terhadap keputusan Mahkamah ini yang telah menolak tuntutan Plantif dengan kos mengikut skala pada 16.1.2024. Sekadar makluman, pada masa alasan penghakiman ini selesai ditulis, tiada notis rayuan difailkan oleh mana-mana pihak. S/N gkjpusU7A0yB7yUgvVsFw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal A. LIABILITI [2] Versi Plantif yang dibentangkan adalah pada 8.6.2020 jam lebih kurang 4.00 petang, ketika plantif sedang berjalan kaki di sekitar Taman Kenangan Sabak Bernam dari rumah Plantif di No.49 Taman Kenangan untuk mencari buah kelo, sebuah motorkar yang dipandu oleh Defendan(1) yang mempunyai no. plet BFT 3079 yang telah datang dari arah belakang Plantif telah melanggar Plantif di bahagian kaki kanan sehingga menyebabkan Plantif jatuh ke dalam longkang. [3] Mahkamah mendapati terdapat satu sahaja versi kemalangan iaitu versi pihak Plantif. Ini disebabkan, pihak defendan gagal dan/atau tidak mengemukakan saksi (tiada saksi pihak defendan yang hadir). Kendatipun, Defendan(3) menegaskan bahawa Plantif tidak dilanggar oleh Defendan(1) pada bila-bila masa sekaligus Defendan(3) tidak bertanggungan untuk membayar sebarang gantirugi kepada Plantif. Terdapat isu yang meragukan dan melibatkan penipuan (frod) yang mana Defendan(3) mendakwa tuntutan Plantif terhadap Defendan-Defendan adalah tuntutan palsu demi menuntut gantirugi daripada Defendan(3). [4] Tiada keterangan daripada saksi bebas di tempat kejadian ketika kemalangan dikatakan berlaku. Mahkamah bergantung kepada keterangan saksi bebas lain iaitu Pegawai Penyiasat (SP1) di samping keterangan senyap seperti gambar kejadian, rajah kasar dan laporan polis. Analisa & Dapatan Mahkamah [5] Sungguhpun Defendan-Defendan tidak megemukakan sebarang saksi atau membentangkan kesnya di hadapan Mahkamah ini, prinsip undang-undang mantap menyatakan beban pembuktian kecuaian pada tahap imbangan kebarangkalian adalah kekal di atas bahu Plantif. Ini juga sejajar dengan kehendak Seksyen 101 dan Seksyen 102 Akta Keterangan 1950. [6] Dalam memahami pekara ini, kes-kes duluan berikut adalah dirujuk; WONG THIN YIT V. MOHAMAD ALI [1971] 2 MLJ 175: In a negligence action, the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence and the plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence. Mahkamah juga merujuk kepada kes KUNASEGARAN MANICKAM V. BAULA SINGH KIPA SINGH & ANOR & ANOTHER CASE [1982] CLJ (REP) 506: S/N gkjpusU7A0yB7yUgvVsFw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal The fact that the defendants had not been called to rebut the plaintiff's case did not mean judgment must be entered in favour of the plaintiff. The question of tilting the balance of probabilities in the plaintiff's favour would only arise where the plaintiff has proved his case. Prinsip tersebut juga telah dirujuk dalam kes CHE PAH BINTI ITAM V. CHANG BEK LEE [1998] 4 CLJ 517: Although the defendant had not adduced any evidence he had nevertheless filed his statement of defence denying any liability whatsoever for the said accident. In the absence of the defendant's evidence is the court compelled to accept in toto the plaintiff's version? It is trite law that the onus of proving negligence lies on the plaintiff. In Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151 Ong CJ (as he then was) held: In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence.The plaintiff cannot succeed without proof of defendant's negligence. [7] Sehubungan itu, adalah amat penting bagi Mahkamah untuk menentukan sama ada kemalangan sebenarnya telah berlaku antara Plantif dan Defendan(1) memandangkan Defendan(3) mempertikaikan berlakunya kemalangan tersebut. Mahkamah ini perlu menimbang beban pembuktian penipuan dalam kes ini atas imbangan kebarangkalian bagi menentukan sama ada kemalangan sebenarnya berlaku seperti yang telah diputuskan dalam kes SINNAIYAH & SONS SDN BHD V. DAMAI SETIA SDN BHD [2015] 7 CLJ 584 seperti berikut: We therefore reiterate that we agree and accept the rationale in re B (Children) (supra) that in a civil claim even when fraud is alleged the civil standard of proof, that, is, on the balance of probabilities, should apply. [8] Terlebih dahulu Mahkamah membincangkan keterangan SP3 yang merupakan adik ipar Plantif. Pada masa kejadian, beliau tidak melihat kemalangan berlaku. SP3 mengakui bahawa Laporan Polis – P2B yang dibuat pada 9/6/2020 adalah hasil daripada percakapan antara beliau dan kakaknya. Pada setiap masa yang material, kakaknya juga tidak menyaksikan kemalangan kerana berada di rumah ibu mereka dan tidak dipanggil di Mahkamah sebagai saksi. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat keterangan SP3 adalah suatu keterangan dengar cakap (hearsay). Segala keterangan berkenaan kemalangan yang didakwa berlaku ke atas Plantif bukan berasal daripada pengetahuan peribadi SP3 berdasarkan pengalaman yang dialami sendiri. Maka, keterangan beliau dan isi kandungan Laporan Polis – P2B tersebut tidak akan dipertimbangkan dan diambilkira oleh Mahkamah ini kerana bercanggah dengan Seksyen 60 (1) Akta Keterangan 1950. S/N gkjpusU7A0yB7yUgvVsFw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal