In essence the learned DPP’s case was based on the complaint lodged by the complainant (SP2). Produced below is the DPP’s case: “Pada 6 Disember 2016, jam lebih kurang 3.43 petang, SP2 telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina yang diperkenalkan diri sebagai 4 Mr. Goh dari Aeon Credit Service mengatakan SP2 mempunyai hutang kad kredit berjumlah RM3,999. Pada jam lebihi kurang 3.49 petang, SP2 dihubungi oleh seseorang dari Bank Negara Malaysia melalui telefon mengatakan maklumat diri SP2 telah digunakan oleh pihak lain. Pada jam lebih kurang 3.56 petang, SP2 dihubungi oleh seorang bernama Tan Boon Keong dari Bahagian laporan Bank Negara Malaysia meminta maklummat diri SP2 untuk menjalankan siasatan. Seterusnya SP2 dihubungi oleh seorang lelaki Melayu dikenali sebagai Tuan Mohd Ismail dari Bank Negara Malaysia meminta SP2 pergi ke mesin ATM untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan untuk tujuan siasatan dan keselamatan wang SP2. Pada jam lebih kurang 6.19 petang, SP2 telah pergi ke mesin ATM Maybank SS25/2 Petaling Jaya dan memindahkan wang sebanyak RM3,251.01 ke dalam akaun CIMB No. 7063455148 milik Lee Choon Kit. Pada hari yang sama, SP2 sekali lagi telah memasukkan wang sebanyak 3 kali masing-masing berjumlah RM999.87, RM799.87 dan RM751.01 ke dalam akaun CIMB No.7063455148 milik Lee Choon Kit. SP2 merasa curiga selepas menghubungi pihak Bank Maybank dan dinasihatkan untuk membuat laporan polis kerana SP2 berasa ditipu.