4.2017 43673 RM 265,530.00 30.6.2017 44041 RM 118,720.00 30.6.2017 44042 RM 69,960.00 JUMLAH TUNTUTAN RM 454,210.00 11 [25] Seperti fakta diatas mengikut Surat Tawaran bertarikh 9.10.2015 Defendan telah dilantik oleh Pembinaan Sahabatjaya Sdn Bhd (PSSB) utk “Construction And Completion Of Bridge Structure Works For Ramp 2A, Ramp 2B, Ramp 2D, and Ramp 2M at Segambut Interchange (Projek tersebut). [26] Perjanjian Utama Kontrak adalah diantara Ekovest Construction Sdn Bhd (Kontraktor Utama) dan Pembinaan Sahabatjaya Sdn Bhd (Kontraktor). Kontraktor telah melantik Worthy Builders Sdn Bhd (Defendan) sebagai Sub kontraktor untuk menjalankan projek tersebut dan memasuki Sub kontrak diantara keduanya.( Rujuk RR-C ms 391-407) [27] Plaintif telah gagal untuk melaksanakan kerja mengikut masa yang ditetapkan seperti yang diperuntukkan dalam Pesanan Belian . [28] Plaintif juga telah gagal untuk melancarkan 19 T Beam seperti Pesanan Belian No 12640 bertarikh 25.3.2016 walaupun beberapa ingatan telah diberikan oleh Defendan seperti dalam keterangan SP3 . 12 [29] Dari keterangan SP3 pihak Plaintif tidak siapkan atau membuat T Beam tersebut. [30] Ini telah menyebabkan Defendan terpaksa melantik pihak Ketiga untuk menyiapkan kerja-kerja Plaintif. [31] Plaintif juga telah mengeluarkan invois dan tuntutan yang tidak mematuhi terma Sub kontrak dan telah memungkiri Sub kontrak tersebut apabila telah gagal untuk melancarkan 19 T Beams dibawah PO No. 12640 yang menyebabkan Defendan mengalami kerugian sebanyak RM 126,882.00. [32] Hujahan Plaintif adalah, Letter of Understanding bertarikh 24.3 .18 yang ditandatangani oleh Plaintif dan Defendan sepatutnya diberi pertimbangan oleh Mahkamah. (RR-C muka surat 431) begitu juga dengan Surat memberikuasa oleh Defendan bertarikh 26.3.2018 .(RR-C muka surat 435-438) 13 [33] Defendan telah mempertikaikan Tax Invois (RR-C Muka surat 416,420 dan 423). Pengarah Urusan Kumpulan Plaintif En. Steven Poh telah memanggil SD1 untuk mesyuarat bagi penyelesaian Tax Invois tersebut. [34] Dari keterangan SD1 mesyuarat diadakan atas permintaan En. Steven Poh ( wakil Plaintif) berkenaan Tax Invois tersebut yang diadakan pada 24.3.2018. En Steven Poh mencadangkan bahawa Tax Invois berjumlah RM 428,028.00 yang dituntut oleh Plaintif dibawah Tax Invois tersebut dibuat secara Pembayaran Secara Terus oleh PSSB kepada Plaintif. ( RR-B muka surat 103) [35] Mengikut keterangan apabila Defendan memberikuasa dan bersetuju supaya PSSB membuat Pembayaran Secara Terus kepada Plaintif, dan dipersetujui oleh pihak-pihak bahawa dengan pembayaran tersebut tiada lagi apa-apa tuntutan terhadap Defendan. [36] Berpandukan kepada perjanjian lisan dengan Steven Poh tersebut Defendan telah bersetuju untuk membuat Pembayaran Secara Terus melalui surat memberikuasa ( Letter of Authorization) bertarikh 26.3.2018 14 dari Defendan kepada PSSB dan salinan kepada Plaintif. Plaintif telah akui terima surat tersebut pada 27.3 2018. [37] Setelah mesyuarat tersebut Plaintif tidak lagi mengadu tentang Tax Invois tersebut dan pihak-pihak telah bersetuju pembayaran Secara Terus akan dibuat oleh PSSB kepada Plaintif. [38] Walaubagaimanapun Plaintif telah mengenepikan persetujuan Pembayaran Secara Terus dan seterusnya telah memfailkan tuntutan ini terhadap Defendan. [39] SPI juga ada menyatakan dalam keterangan bahawa Letter of Authorisation dan Pembayaran Secara Terus kepada Plaintif telah dipersetujui oleh pihak-pihak . [40] Jumlah yang dipersetujui dalam Letter of Authorization adalah RM428,028.00 (RR-C muka surat 435-436) dan jumlah yang di tuntut adalah sebanyak RM454,210.00 .(RR-A muka surat 22-23). 15 [41] Plaintif dalam hujahan telah mengenepikan fakta bahawa telah adanya persetujuan Pembayaran Secara Terus diantara Ketiga-tiga pihak iaitu PSSB, Plaintif dan Defendan pada 26.3.2018. Secara tidak langsung Plaintif telah memungkiri perjanjian lisan yang dimasukki diantara ketiga-tiga pihak. [42] Ini disokong dengan keterangan yang diberikan oleh saksi Plaintif sendiri iaitu SP1 dan SP2 dalam keterangan mereka mengatakan bahawa perjanjian Pembayaran Secara Terus adalah dipersetujui dan PSSB, PSSB bersetuju untuk membuat pembayaran kepada Plaintif tetapi terhalang apabila Plaintif memfailkan tuntutan ini terhadap Defendan. [43] Tiada keterangan yang menunjukkan Defendan telah memungkiri Perjanjian Pembayaran Secara Terus terhadap Plaintif. Dari keterangan juga menunjukkan bahawa sejurus “Letter of Understanding” ditandatangani surat memberikuasa untuk Pembayaran Secara Terus telah dikeluarkan oleh Defendan kepada Plaintif bertarikh 26.3.2018 dan di terima oleh PSSB dan Plaintif pada 27.3.2018. 16 [44] Seksyen 42 Akta Kontrak memperuntukkan seperti berikut:- “ When a promise accepts performance of the promise from a third person, he cannot afterwards enforce it against the promisor.” Dalam tindakan ini pihak-pihak telah bersetuju untuk memasuki perjanjian tersebut . [45] Perlu diingat dalam Perjanjian Utama, Ekovest adalah Kontraktor Utama, PSSB adalah kontraktor dan Defendan adalah Sub kontraktor dan semestinya terdapatnya wang yang masih perlu dibayar oleh PSSB kepada Defendan dalam projek yang menelan belanja sebanyak RM 17,725,550.80. [46] Plaintif dalam kes ini juga telah gagal untuk melancarkan 19 T Beam seperti PO No.12640 bertarikh 25.3.2016 walaupun beberapa peringatan dibuat oleh Defendan kepada Plaintif ini jelas dilihat dari keterangan SP3 . [47] Dari keterangan SP3 jelas menunjukkan bahawa Plaintif tidak menyiapkan sepenuhnya 19 T Beam tersebut. (RR-C muka surat 412-413). 17 [48] Defendan berikutan kegagalan Plaintif menyiapkan T Beam tersebut terpaksa melantik pihak ketiga iaitu Syarikat Kran World melalui surat bertarikh 10.1.2017 dan surat bertarikh 18.1.2017 adalah jelas menunjukkan bahawa Defendan menyatakan bahawa PSSB tidak bersetuju dengan tarikh yang diberikan oleh Plaintif pada 19 hingga 21. Januari, 2017 untuk melancarkan T-Beam tersebut. PSSB memohon Defendan mencari Pihak Ketiga untuk pelancaran T Beam tersebut disebabkan tarikh yang diberikan oleh Plaintif adalah tidak sesuai. [49] Defendan telah mengeluarkan Pesanan Belian kepada Kran World Sdn Bhd untuk melancarkan 19 T Beam tersebut. Kran World Sdn Bhd Tax Invois berjumlah RM 126,882.00 dan telah dibayar kepada Kran World Sdn Bhd (RR-C muka surat 440- 445 adalah dirujuk). [50] Plaintif telah mengeluarkan Invois dan tuntutan tidak mengikut terma Sub kontrak dan telah memungkiri Sub kontrak tersebut apabila Plaintif gagal untuk melancarkan 19T Beam dibawah PO No.12640 yang menyebabkan Defendan kerugian dan kehilangan RM126,882.00. 18 [51] Mahkamah juga mendapati bahawa Plaintif telah menuntut lebih dari kadar yang sepatutnya untuk kerja-kerja yang dilaksanakan dan tidak berpandukan kadar dalam sebut harga yang diberikan oleh Plaintif atau mengikut Pesanan Belian seperti dalam keterangan SP1. [52] Keterangan SP1 mengatakan bahawa untuk item pertama, kadar U-Beam yang dikenakan 7800 setiap unit, dan bukan 3000 atau 3500 seperti dalam sebut harga dan bukan kadar yang dipersetujui oleh Defendan. [53] Untuk item 2, SP1 mengatakan harga U-Beam 7800 untuk 3 unit dan tidak mengikut sebut harga dan pesanan belian. Dalam keterangan SP1 beberapa Tax invois banyak yang menunjukkan Plaintif telah mengenakan harga yang lebih mahal untuk U-Beam tersebut. ( RR-C muka surat 408 sehingga 415 adalah dirujuk). [54] Adalah tidak dipertikaikan bahawa 2 Pesanan Belian Defendan adalah berjumlah RM 904,392.00. Defendan telah membayar Plaintif RM 450,182.00. 19 [55] Pelancaran 19T Beam adalah sebahagian dari kerja Plaintif dibawah PO No.12640. Walaubagaimanapun Plaintif tidak melaksanakan tugasan 19T Beam dalam PO No.12640 berjumlah RM 102,182.00 dan Defendan terpaksa melantik Syarikat Kran World pihak ketiga untuk melancarkan 19 T Beam dengan harga RM126,882.00. [56] Plaintif telah mengenakan bayaran bagi pelancaran 19 T Beam tersebut yang mana tidak dilaksanakan oleh Plaintif. SP3 dalam keterangannya bersetuju bahawa tunggakkan 2 invois RM265,530.00 dan RM 69,960.00 adalah dibawah PO No. 12640 bertarikh 25.3.2016 berjumlah RM785,672.00 walaubagaimanapun Plaintif tidak melaksanakan kerja-kerja 19 T Beam yang termasuk dalam jumlah tersebut. [57] Jika dibuat pengiraan kerugian dan kerosakan yang dialami oleh Defendan akibat pemungkiran Sub kontrak untuk kerja-kerja yang tidak dilaksanakan dibawah PO No.12640 bertarikh 25.3.2016 adalah RM102,182.00. [58] Mahkamah juga mengambil prinsip dalam kes Mahkamah Rayuan, Su Wee Lip @ Phillip Su v Hj Lassim Abdul Rahman [2009] 1 MLJ 580, 20 where the Court of Appeal held that “ In the sphere of contract law, a guilty party ought not to be permitted to take advantage of his own breach of the contract.” [59] Dalam kes Mahkamah Persekutuan dalam kes Juara Serata Sdn Bhd v Alpharich Sdn Bhd [2015] 6 MLJ 773 di putuskan bahawa “ … It is wrong to allow the appellant to resile from the agreement and benefit from its own wrong or default in failing to refer the dispute on the decision of the architect to arbitration pursuant to cl 16-17.” [60] Dalam kes ini memandangkan Plaintif gagal mengemukakan En Steven Poh sebagai saksi Mahkamah menggunapakai Seksyen 114 (g) Akta 56. Dari keterangan SD1, En Steven Poh adalah orang yang mewakili Plaintif dalam mesyuarat bertarikh 24.3.2018 diantara kedua pihak untuk membincangkan tentang Pembayaran Secara Terus dari PSSB kepada Defendan. [61] Saksi ini sangat penting untuk menjelaskan tentang perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Dengan ketidakhadiran En Steven Poh Sebagai saksi Plaintif, Mahkamah boleh membuat inferansi 21 bahawa saksi ini berkemungkinan besar tidak dipanggil disebabkan boleh merosakkan kes Plaintif. [62] Telah menjadi undang yang mantap bahawa penemuan fakta oleh Hakim yang membicarakan kes tidak seharusnya di ganggu kecuali terdapatnya kesilapan yang ketara. [63] Prinsip undang-undang ini diulangi oleh Raus Sharif FCJ dalam kes UEM Group Bhd v Genisys Integrated Engineers Pte Ltd & Anor [2018] Supp MLJ 363 YAA menyatakan seperti berikut :- “ Speaking on appellate intervention , we feel a need to remind that a trial judge has the advantage over an appellate court in hearing the witness and observing his demeanour. Thus , a finding on a witness’s credibility based on his demeanour is a personal opinion of a trial judge who had the audio-visual advantage of the performance of witnesses . It should not, ordinarily be disturbed at the appellate stage……We think in the circumstances of the reasons given by the trial judge, the findings are entitled to great respect.” 22 [64] Berdasarkan keterangan diatas Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif telah gagal membuktikan kes diatas imbangan keberangkalian, oleh itu Tuntutan Plaintif ditolak dengan kos RM25,000.00 tertakluk kepada fi allokatur dan Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. ( LATIFAH HJ MOHD TAHAR ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur Tarikh: 23 Tetuan Shui – Tai Entrance 2, Suite 1308, 13th. Floor, Blok A, Damansara Intan, No. 1, Jalan SS 20/27, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. ( Tel. : 03-77298906 Faks: 03-77298503 ) Tetuan Yee Teck Fah & Co. No. 705, Block E, Phileo Damansara 1, Jalan 16/11, Section 16, 46350 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan (Tel. : 03-76609028 Faks : 03-76609032 )