Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BA-24NCVC-559-03/2024 DALAM PERKARA MENGENAI SEKSYEN 323, 326 (1), 326 (2), 329 DAN 417 KANUN TANAH NEGARA, 1965;
BA-24NCvC-559-03/2024
High Court of Malaysia15 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“39. D1 juga telah merujuk kepada tulisan Judith Sihombing dalam National Land Code A Commentary (2021) Desk Edition Vol 2 di muka surat 1570 yang menyatakan seperti berikut: “[901] One of the effects of removal of the caveat under this section (s.326) is that the caveator is precl”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BA-24NCVC-559-03/2024 DALAM PERKARA MENGENAI SEKSYEN 323, 326 (1), 326 (2), 329 DAN 417 KANUN TANAH NEGARA, 1965;
2
AKTA MAHKAMAH KEHAKIMAN, 1964; DALAM PERKARA KAVEAT PERSENDIRIAN MELALUI NO. PERSERAHAN 001B25266/2023 TERHADAP TANAH YANG DIKENALI SEBAGAI HSD 116405 PT 231 BANDAR SULTAN SULAIMAN, DAERAH KLANG; PENYATA PERSERAHAN BERTARIKH 12 MAC 2024 DENGAN NO. RESIT
2403110088001190
17/10/2025 12:00:13 BA-24NCvC-559-03/2024 Kand. 28 ANTARA ASIAN SHIELD WAREHOUSING SDN BHD (NO. SYARIKAT: 425390-V) …PEMOHON
2
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan 1. Ini adalah permohonan Plaintif melalui satu Saman pemula untuk perintah: a) Bahawa kaveat persendirian yang dimasukkan oleh Plaintif terhadap tanah yang dikenali sebagai HSD 116405 PT 231 Bandar Sultan Sulaiman, Daerah Klang (tanah tersebut) telah dibatalkan secara tidak sah oleh Defendan Pertama (D1); dan b) Bahawa D1 diperintahkan untuk menerima dan mendaftarkan kaveat persendirian oleh Plaintif yang dikemukakan pada 12 Mac 2024.
2
D1 telah mengemukakan bantahan awal mengenai pihak yang wajar dinamakan sepatutnya adalah Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor dan bukan Pejabat Tanah dan Galian Selangor. Saya bersetuju dengan bantahan ini. Walaupun ianya satu kesilapan teknikal yang boleh dipulihkan dan Plaintif ada memohon secara lisan untuk pindaan dibuat, namun saya berpandangan isu ini bukan sesuatu yang remeh tetapi mempunyai implikasi undang-undang yang tersendiri. Oleh itu, saya dapati ini terjumlah kepada satu salah penamaan pihak (misnomer) yang mana satu justifikasi untuk Saman Pemula ini dibatalkan.
3
Walau bagaimanapun, saya juga telah menimbang merit permohonan dan berpendapat bahawa D1, dalam membatalkan kaveat Plaintif, telah melaksanakannya mengikut kehendak undang-undang, maka pemotongan kaveat (removal of caveat) tersebut adalah sah. Saya juga telah menerima hujahan yang dikemukakan oleh Defendan Kedua (D2) untuk isu-isu lain.
4
Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan di atas dan kini merayu ke Mahkamah Rayuan. Berikut adalah alasan keputusan saya. Latar Belakang Pertikaian 5. Plaintif merupakan pembeli tanah tersebut menerusi satu Perjanjian Jual Beli (PJB) dan Surat Ikatan Penyerah-Hak Mutlak kedua-duanya bertarikh 21.12.2005 dengan D2 untuk harga belian RM7,000,000.00.
6
6.
Preamble
Mengikut PJB dan Surat Ikatan Penyerah-Hak Mutlak, D2 dikatakan telah memberikan jaminan dan akujanji untuk memberikan suratan hakmilik berasingan untuk tanah tersebut kepada Plaintif selepas hakmilik individu diperolehi untuk tanah asal berkeluasan 10.2 ekar (tanah 10.2 ekar).
7
Pada 1.7.2006, suratan hakmilik berasingan bagi tanah tersebut telah diisukan oleh Kerajaan Negeri Selangor atas nama D2 dengan Suratan hakmilik berasingan telah dikeluarkan atas pegangan pajakan (leasehold title) untuk 99 tahun bermula 1.7.2006.
8
Selepas pengeluaran surat hakmilik berasingan bagi tanah 10.2 ekar atas nama D2, Plaintif telah meminta dan menuntut dari D2 untuk memberikan suratan hakmilik berasingan bagi tanah tersebut tetapi gagal diperoleh.
9
Oleh kerana suratan hakmilik berasingan tidak diisukan oleh D2 untuk tanah tersebut, Plaintif mengatakan telah kehilangan hak untuk menikmatinya secara keseluruhan sebagai pemilik hartanah tersebut.
10
Plaintif mengatakan bahawa D2 merupakan pemegang amanah secara konstruktif untuk tanah tersebut bagi pihak mereka berdasarkan akujanji yang diberikan menerusi Klausa 4 Surat Ikatan Penyerah-Hak Mutlak.
11
Maka, pada 12.6.2023, Plaintif memfailkan satu kaveat persendirian di bawah No. Perserahan 001B25266/2023 ke atas tanah tersebut.
12
Namun, Plaintiff mendapati terdapat suatu permohonan pemotongan kaveatnya telah didaftarkan pada 26.9.2023 dan Notis Borang 19C telah diwartakan No. 4623 pada 28.12.2023.
13
Pemohon mengatakan tidak pernah menerima sebarang dokumen daripada D1 ataupun D2 berkenaan perkara di atas termasuklah Borang 19C tersebut.
14
Selanjutnya Plaintif telah memfailkan Saman Pemula BA- 24NCvC-243-01/2024, bagi mendapatkan pelanjutan masa untuk mengekalkan kaveat persendiriannya.
15
Semasa kes didengar pada 20.2.2024, Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan tanpa penyerahan Borang 19C oleh pihak D1, kausa tindakan Plaintif adalah pra-matang dan atas alasan tersebut, tindakan tersebut telah ditarik balik dengan kebebasan untuk difailkan semula.
16
Seterusnya, semasa Plaintif membuat carian ke atas tanah tersebut, mereka dikejutkan dengan fakta bahawa kaveat telah dibatalkan/dipotong.
17
Bagi menjaga kepentingan, Plaintif memfailkan kaveat persendirian sekali lagi melalui No. Resit 2403110088001190, pada 12.3.2024 (pada jam 12:58:56), antaranya, atas alasan Borang 19C tidak diserah kepada Plaintif.
18
Pada 15.3.2024, semasa di pejabat D1, peguamcara telah diberitahu bahawa pemfailan kaveat tersebut telah ditolak atas alasan kaveat dimasukkan berdasarkan alasan yang sama dengan permohonan kaveat terdahulu.
19
Plaintif sekali lagi memfailkan suatu tindakan guaman terhadap D2 dibawah kes BA-22NCvC-106-03/2024 (Guaman 106) dimana guaman ini masih berada di tahap pengurusan kes.
20
Melalui Saman Pemula di hadapan Mahkamah ini, Plaintif mendakwa bahawa kaveat persendiriannya di bawah No. Perserahan 001B25266/2023 telah dibatalkan secara salah dan secara tidak sah oleh pihak D1 dan pada masa yang sama D1 secara salah telah menolak permohonan kaveat melalui No. Resit 2403110088001190, pada 12.3.2024.
21
Plaintif juga mengatakan bahawa kaveat persendirian haruslah diterima dan didaftarkan oleh D1 agar tanah tersebut yang menjadi perkara subjek dalam pertikaikan antara Plaintif dan D2 dapat dikekalkan status quo sehingga perlupusannya. Analisa dan Dapatan 22. Pada dasarnya kelihatan ini seolah satu permohonan yang ringkas dan mudah di mana Plaintif mendakwa bahawa hak untuk mengkaveat diperoleh oleh mereka lantaran satu perjanjian jual beli yang dimasuki dengan D2 bertarikh 21.12.2005 dan isu pemunyaan tanah tersebut masih dipertikai dan belum diputuskan dalam Guaman 106. Maka status quo perlu dipertahan sehingga usai pertikaian tersebut.
23
Namun, selain dari fakta yang dinaratifkan oleh Plaintif di atas, terdapat sejarah disebalik transaksi perihal tanah tersebut sebelum itu dan pelbagai isu lain yang ditimbulkan oleh Defendan-Defendan. Saya ringkaskan seperti berikut:
1
(1)
Preamble
Mengikut D2, pada 12.6.2023, Plaintif telah memasukkan kaveat persendirian ke atas tanah “Master Land” (tanah 10.2 ekar) dan mahkamah telah tidak membenarkan kaveat tersebut dilanjutkan (pada 20.2.2024).
2
Pada 12.3.2024, Plaintif sekali lagi cuba untuk mengkaveat “Master Land” dan ianya telah ditolak oleh D1.
3
Kini Plaintif mendakwa D1 telah secara tidak sah membatalkan kaveat pada 12.6.2023 dan dengan salah menolak kaveat pada 12.3.2024.
4
Terdapat satu Perjanjian Untuk Memajak bertarikh 27.2.1993 antara D2 dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk memajak tanah yang dikenali sebagai Lot 15, Lingkaran 2, Bandar Sultan Sulaiman, Selangor Darul Ehsan dengan keluasan 444,312 kaki persegi (10.2 ekar) untuk tempoh 30 tahun bermula 22.6.1992 hingga 22.6.2022.
5
Pada 1.12.1995, PNSB memohon kebenaran D2 untuk memberi pajakan kecil (sublease) kepada Port Klang Logistic Centre Sdn Bhd (PKL) dan SSL Heavy Machinery Sdn Bhd.
6
Pada 22.12.1995, PNSB telah memajakkan tanah berkeluasan 4 ekar kepada PKL untuk tempoh 26 tahun 10 bulan, mulai 1.8.1995 hingga 31.5.2022 untuk dibangunkan dengan “warehouse and/or industrial building”.
7
PKL telah mendapatkan pinjaman dari Southern Bank Berhad (SBB) untuk jumlah RM6 juta dan SBB meminta tanah 4 ekar itu dicagarkan. PNSB juga telah mendapatkan kebenaran dari D2 untuk cagaran ini. Sebagai balasan, satu Third Party Deed of Assigment dimasukki oleh SBB dan PNSB pada 5.4.1996.
8
PNSB juga memohon kebenaran D2 untuk penyewaan sebahagian tapak tanah 10.2 ekar kepada PKL, seluas 6 ekar untuk tempoh 25 tahun mulai 17.5.1996 hingga 17.5.2021.
9
Terdapat pembiayaan tambahan dibuat dengan SBB (Third Party Deed of Assignment bertarikh 23.6.1997) berjumlah RM1.66 juta oleh PKL dan tanah berkeluasan 4 ekar diserah hak kedua oleh PNSB kepada SBB.
10
Pada 16.10.2001, terdapat satu perjanjian jual beli dimeterai antara Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) dengan anak syarikat PNSB, PNSB Properties Sdn Bhd (PNSB(P)) di mana Danaharta telah menjual kepada PNSB(P) tanah 4 ekar di bawah tanah pajakan 10.2 ekar yang dikenali sebagai “Single Storey Warehouse and Double Storey Office Building upon the Master Land” selaras dengan Perjanjian Untuk Memajak bertarikh 27.2.1993. Satu Deed of Assigment (3.11.2003) juga telah dimaterai pagi tujuan tersebut.
11
Kemudian, satu perjanjian jual beli bertarikh 18.3.2005 dan Deed of Assingment bertarikh 21.12.2005 telah dibuat antara PNSB(P) dengan Plaintif dimana, PNSB(P) telah menjual dan menyerah hak dan kepentingan tanah 4 ekar kepada Plaintif tertakluk kepada hakmilik dan kepentingan, syarat-syarat dan terma yang diperuntukkan dalam Perjanjian Untuk Memajak bertarikh 27.2.1993 untuk baki tempoh pajakan yang tamat pada 17.5.2021.
24
Dari perincian sejarah transaksi antara pihak-pihak di atas, D2 menegaskan bahawa penjualan dan serah hak oleh PNSB(P) kepada Plaintif hanyalah melibatkan hak di bawah pajakan kecil untuk baki tempoh pajakan dari pajakan asal 30 tahun mengikut Perjanjian Untuk Memajak yang mana tamat pada 17.5.2021.
25
Oleh itu, D2 mengatakan tuntutan Plaintif atas hak tanah 4 ekar tersebut sebenarnya telah pun tamat pada 17.5.2021.
26
Berdasarkan fakta diatas jua, Plaintif mendakwa bahawa isu hak mereka ke atas tanah 4 ekar masih lagi belum diputuskan dalam Guaman 106, maka untuk mengekalkan status quo, mereka mempunyai kepentingan untuk mengkaveat.
27
Pada pandangan saya, bukan isu kesan dan hak yang timbul dari pelbagai perjanjian yang wujud antara pihak-pihak perlu saya putuskan dalam permohonan ini.
28
Isu yang relevan adalah samada tindakan D1 untuk tidak menerima dan membatalkan permohonan kaveat Plaintif dibuat atas pertimbangan yang sah.
29
Alasan bantahan yang dikemukakan oleh D1 adalah seperti berikut, disini saya selitkan juga bantahan awal oleh D1:
1
Pihak-pihak sewajarnya dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan mengikut Aturan 7 Kaedah 2(2) KKM (dalam kes ini, mengikut rekod kertas kausa, Plaintif menggunakan terma “Pemohon” dan “Defendan”).
2
D1 sepatutnya dinamakan sebagai “Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor” selaras dengan tafsiran dalam seksyen 5, seksyen 12(1)(a) dan seksyen 16(3) Kanun Tanah Negara (KTN). Pindaan perlu dibuat oleh Plaintif berkenaan nama pihak ini kerana seksyen 417(1) KTN dengan jelas menyatakan kuasa am Mahkamah untuk memberi perintah kepada Pentadbir Tanah sahaja dan bukannya terhadap Pejabat Tanah.
3
Kegagalan pindaan di atas, menjadikan perintah yang akan diberikan tidak boleh dikuat-kuasakan.
4
Pembatalan kaveat persendirian Plaintif oleh D1 adalah teratur dan sah kerana D2 telah memohon untuk pembatalan dibuat melalui Borang 19H mengikut 326(1) KTN and D1 telah menjalankan kuasanya di bawah seksyen 326(1A) KTN dan seterusnya mengeluarkan Borang 19C kepada Plaintif. Serahan telah dibuat secara penyampaian ganti dibawah seksyen 432(1) KTN.
5
Permohonan Plaintif pada 12.3.2024 telah ditolak kerana ia berkaitan dengan alasan yang berulang yang mana bertentangan dengan seksyen 329(2) KTN.
30
Manakala, D2 pula membantah permohonan Plaintif atas alasan di bawah:
1
D2 berpegang kepada naratif fakta bahawa penjualan dan serah hak oleh PNSB(P) kepada Plaintif hanya melibatkan hak di bawah pajakan kecil yang mana tamat pada 17.5.2021. Atas dasar ini, tuntutan atas hakmilik ke atas tanah 4 ekar adalah tidak sah.
2
Dalam apa jua keadaan, D2 juga mengatakan bahawa hak dan kepentingan Plaintif masih tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian Untuk Memajak 27.2.1993 untuk baki tempoh pajakan sahaja yang mana instrument yang wajar dan betul untuk disempurnakan adalah Borang 15B di bawah pajakan kecil yang telah tamat.
3
D2 telah memfailkan pemotongan kaveat melalui Borang 19H pada 26.9.2023 dan Notis Borang 19C telah diwartakan pada 28.12.2023.
4
Alasan Plaintif memasukan kaveat kedua tidak berasas kerana Plaintif tiada lagi kepentingan mengkaveat.
5
Tindakan Plaintif dalam Saman Pemula ini adalah satu penyalah gunaan proses mahkamah kerana prosidur yang wajar adalah dengan cara Semakan Kehakiman dibawah Aturan 53 KKM.
31
Saya telah telusuri affidavit-afidavit dan juga hujahan dari semua pihak dan saya berpandangan seperti berikut:
32
Mengenai penggunaan rujukan pihak-pihak yang sepatutnya Plaintif/Defendan dan bukan Pemohon/Defendan, saya terima hujahan Defendan tetapi berpendapat ianya boleh dipulihkan menggunakan inherent jurisdiction Mahkamah. Namun, untuk isu penamaan pihak yang salah/tidak tepat, ianya bukan satu isu yang remeh.
33
Rujukan kepada kes Shencourt Sdn Bhd v Prima Ampang Sdn Bhd (2011) CLJU 454, telah dibuat di mana Yang Arif Hakim telah menyandarkan keputusannya kepada kes Mahkamah Rayuan dalam Proton Parts Center Sdn Bhd v. Mohamed bin Zainal and another appeal [2010] 1 CLJ 348, dan memutuskan seperti berikut: Preliminary Objection: Before I proceed with the merits of the application of striking out by the Defendants herein, counsel for the Defendants raised a preliminary issue, ie, that the 1st Defendant and the 4th Defendant's names are wrongly cited. In other words they have not been properly cited as parties in the suit herein. This has been indicated to the Plaintiff's solicitors before the hearing of the striking out, however until the date of the said hearing the names of the 1st and the 4th Defendants have not been amended and are still the same. The 1st Defendant's name is Prima Ampang Sdn Bhd and the so called 4th Defendant should be Lim Kean Sheng. It is pertinent that the correct names of the parties be cited especially in this case when the Plaintiff intends to file an injunction application against all the defendants. How can such an application be maintained when the Plaintiff is not even sure of the parties’ correct name. This point has been stated by the Court of Appeal in the case of Proton Parts Center Sdn Bhd v. Mohamed bin Zainal and another appeal [2010] 1 CLJ 348; [2009] 1 LNS 925; [2010] 2 MLJ 207 at page 212 where the Court of Appeal in its judgment said that: “As for the third defendant, there is yet another reason why the action against them ought to be struck out. They have not been properly cited in the writ and statement of claim. The registered name of the third defendant, as a company is “Perusahaan Otomobil National Berhad”. But they have been wrongly cited in the writ and statement of claim as “Proton Berhad”. The Plaintiff maintains that he has amended the writ and statement of claim so as to correct the misnomer. However, the truth is that there has been no proper and legally effective amendment at all. Till the date of the hearing of this appeal... the amended writ and statement of claim filed are not even sealed and signed by the registrar of the High Court...” Similarly, in our case it has been shown that the names of the 1st and the 4th Defendant are wrong. On this issue alone, the Plaintiff's Writ and Statement of Claim and Statement of Claim ought to be struck out on the application by the 1st and the 4th Defendants.
34
Saya juga merujuk kepada kes Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor & Ors v Shaifulizam Mohd Saleh & Anor Another Appeal (2020) 5 CLJ 595 , dan Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor v Caesius Development Sdn Bhd & Ors and another Appeal (2020) 3 CLJ 327, di mana Mahkamah Rayuan menekankan kesan salah namaan pihak yang mempunyai implikasi undang-undang iaitu: Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor & Ors v Shaifulizam Mohd Saleh & Anor Another Appeal (2020) 5 CLJ 595 , [28] On whether the right parties have been named, it was not disputed that the names of the seventh defendant to the 13th defendant were supplied by the land office itself. It means that those defendants were the officers responsible for the whole transaction in questioned. We find the three authorities, that is the case of Bank Pertanian Malaysia, supra, Syarikat Raspand, supra, and Lay Kee Tee, supra, cited by the learned ALA can be distinguished. Unlike this suit, no officer had been named in those three authorities. The issue of who to be held liable and who to be sued in land matters such as in this case is not a novel issue. It has been raised from time to time. In fact the NLC itself, in particular s. 12 read together with sub-s. 16(2) of the NLC, are very clear in stating that any action relating to land in which it is sought to establish any liability on the State Authority, shall be brought against the State Director in the name of his “office”. This is the correct position as s. 12 of the NLC provides that the Registrar of Title and his officers are all under the control and supervision of the State Director. It means that he is responsible for their acts”. -penekanan ditambah Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor v Caesius Development Sdn Bhd & Ors and another Appeal (2020) 3 CLJ 327: “[31] Be that as it may, we also echo the view of this court in Tho Siew Wah, supra. In that case, this court held that the Registrar of Titles, Selangor was the correct party to be sued. In delivering the judgment of the court, Justice Abang Iskandar JCA (as he then was) had, after laying down the provisions of s. 12 of NLC, stated as follows: … [27] In view of the clear provision as contained thereunder, we are of the view that it would be sufficient, for the purpose of making a claim for damages and/or indemnity and contribution, to name the “Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor “, as the defendant. [28] Having considered the contentions of both parties, it is our view the provisions of the GPA do not apply in this case. This is because the NLC makes specific provisions as to the correct party to be sued in s. of the NLC. Looking at how the statement of claim is couched, this is an action against the officer appointed as the Registrar of Titles, an office and appointment made by the State Authority, as can be seen under s. 12(1)(a) of the NLC. According to sub-s. (4) to s. 12 of the NLC, “The State Director, the Registrar and every Land Administrator, shall each have a seal of office, and every instrument purporting to bear any such seal, and to have been signed by or on behalf of the officer in question shall, unless the contrary be proved, be deemed to have been sealed and signed by him or at his direction. (emphasis added.) [29] What that means is that any act relating to any instrument that bears the seal or signature of the Registrar or on behalf of the Registrar, is deemed unless the contrary is proven, to be attributable to the Registrar or done in his direction.” -penekanan ditambah
35
Oleh itu, kesilapan menamakan pihak yang betul adalah fatal dan merupakan satu justifikasi yang boleh diterima untuk menolak Saman Pemula ini.
36
Berkenaan dengan penolakan D1 bersandarkan peruntukkan seksyen 329(2) KTN bahawa alasan yang berulang tidak akan dibenarkan untuk mendaftarkan semula kaveat persendirian, saya dapati ianya satu tindakan yang mengikut peruntukkan undang-undang, teratur dan sah.
37
Seksyen 329(2) KTN memperuntukkan: “329 Compensation for wrongful caveats, and limitation on repeated applications
2
Where the Court has ordered the removal of any private caveat under section 327, or has refused an application under sub-section (2) of section 326 for an extension of time with respect to any such caveat, or where the Registrar has removed any caveat pursuant to sub-section (3) of section 326, the Registrar shall not entertain any application for the entry of a further caveat in respect of the land or interest in question it is based on the like claim as that on which the former one was based. - Penekanan ditambah
38
Penggunaan istilah “the Registrar shall not entertain” dalam peruntukkan di atas jelas menunjukkan bahawa D1 tidak diberikan pilihan melainkan untuk tidak lagi menerima pendaftaran atau kemasukkan kaveat yang menggunakan alasan yang sama.
39
D1 juga telah merujuk kepada tulisan Judith Sihombing dalam National Land Code A Commentary (2021) Desk Edition Vol 2 di muka surat 1570 yang menyatakan seperti berikut: “[901] One of the effects of removal of the caveat under this section (s.326) is that the caveator is precluded from entering another caveat on the same grounds as that removed. Thus, in Hong Keow Tee v Alkhared & Khoo Holdings Sdn Bhd (1982) 2 MLJ 42, the caveators obtained a court order extending the time for removal but failed to serve it on the Registrar in time to prevent removal of the caveat. As a result, they were unable to enter another caveat on the same grounds: see also Hock Hin Bros Sdn Bhd v Loe Yat Holdings Sdn Bhd (1984) 1 MLJ 92.”
40
Isu ini juga telah diputuskan dalam kes Mahkamah Rayuan Manian @ K. Balasubramaniam a/l Kandasamy v Pentadbir Tanah Daerah Raub & Kanama a/p Adkon (2009) MLJU 544 di mana diputuskan seperti berikut: “ On the facts of this case the Land Administrator had clearly acted within the powers conferred upon him by section 326(16) of the Code in removing the Appellant's 4th private caveat for failure to furnish a Court order within the time specified. The Judicial Commissioner was right in ruling that once a private caveat has been removed, the Code does not give the Court power to revive, renew/continue a private caveat which has cancelled. It is not within the inherent jurisdiction of the Court to make orders which go beyond the limit of the powers expressly given to it by statute. Once the Appellant's 4th private caveat was removed this triggered the operation of section 329(2) of the Code. According to this provision the Appellant is precluded from entering a private caveat against the said land on the same grounds as the 4th private caveat which had been cancelled. The entry of the 5th caveat by the Appellant was clearly in breach of section 329(2) of the Code.” -penekanan ditambah
41
Saya berpandangan, bersandarkan nas kes duluan di atas, D1 telah melaksanakan tugas pentadbiran mereka tanpa dibuktikan wujud apa-apa dakwaan penipuan atau frod, maka tindakan mereka dilindungi dibawah seksyen 22 KTN (juga rujuk kes Leelawathy Ratnam & Ors v Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor (2010) 1 LNS 1185).
42
Seterusnya berkaitan dengan hujahan D2 bahawa prosidur yang wajar diambil oleh Plaintif adalah dengan cara Semakan Kehakiman terhadap D1 sahaja, saya dapati, remedi atau relif yang dipohon oleh Plaintif sebenarnya mencabar tanggung jawab D1 dalam melaksanakan tugas statutori di bawah KTN. Maka ianya terjatuh dibawah tindakan terhadap lingkungan undang-undang awam (realm of public law).
43
Saya merujuk kepada kes YKK (M) Sdn Bhd v Pengarah Tanah dan Galian Johor (2021) 6 MLJ 496 dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa jika punca kuasa (source of power) satu pihak berkuasa awam (public authority) dalam membuat keputusan dicabar/dipertikai, maka “mode” yang betul adalah melalui satu Semakan Kehakiman (juga rujuk Ahmad Jefri v Pengarah Kebudayaan & Kesenian Johor
2010
5 CLJ 865).
44
D2 juga menimbulkan isu bahawa sebenarnya pendaftaran kaveat yang dipohon oleh Plaintif merangkumi keseluruhan tanah berkeluasan 10.2 ekar (Master Land) dan tidak terhad kepada tanah 4 ekar sepertimana dikatakan oleh Plaintif. Ini dilihat dari bukti carian resmi yang dibuat oleh D2 di exhibit MH-
11
Dakwaan ini juga disokong melalui fakta bahawa tanah pajakan tersebut sememangnya masih belum di pecah hakkan.
45
Saya dapati, hujahan D2 ada asasnya dan disokong dari keterangan dokumen yang dikemukakan, maka cubaan Plaintif untuk mendaftarkan/memasukkan kaveat atas Master Title tanah tersebut boleh dipertikai kerana mana-mana pihak yang ingin mengkaveatkan tanah, hanya dibenarkan untuk kepentingan yang dituntut sahaja (rujuk kes-kes Ismaga Bina Sdn Bhd v Govindasamy (1994) 1 MLJ 221 dan Fung Yuk Lien v Foong Chee Sam (as administrator of estate of Kong Muk Tei, deceased) (2000) 3 MLJ 543). Kesimpulan 46. Oleh yang demikian, dari alasan yang dibincangkan di atas, saya dengan ini menolak permohonan Saman Pemula Plaintif dengan kos kepada kedua-dua Defendan sebanyak RM5000 setiap satu. Untuk D2 tertakluk kepada alokator. Bertarikh: 16 Oktober 2025 ~signed~ (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM, SELANGOR Peguam bagi pihak Pemohon : Brian Lim Tetuan Lainah Yaacob & Zulkepli Peguam bagi pihak Defendan Pertama : Namirah Hanum bt Mohamed Albaki Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Peguam bagi pihak Defendan Kedua : Mohd Yaacob bin Bakanali bersama dengan Muhammad Uzair bin
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.