Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO: BA-23NCvC-38-08/2023 ANTARA ASPALELA BINTI RAMLY (NO. K/P: 730708-10-5524) − PLAINTIF
BA-23NCvC-38-08/2023
High Court of Malaysia18 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO: BA-23NCvC-38-08/2023 ANTARA ASPALELA BINTI RAMLY (NO. K/P: 730708-10-5524) − PLAINTIF
1
AZAINE MOHAMMED (didakwa sebagai individu dan pekongsi firma guaman Tetuan & Fakhrul)
2
FAKHRUL AZMAN BIN ABU HASAN (didakwa sebagai individu dan pekongsi firma guaman Tetuan & Fakhrul)
3
NOORON AINI BINTI ZAKARIA (didakwa sebagai individu dan pekongsi firma guaman Tetuan & Fakhrul)
4
TETUAN AZAINE & FAKHRUL (didakwa sebagai Firma Guaman) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif memfailkan tindakan undang-undang ini terhadap peguam-peguam yang beramal di Tetuan Azaine & Fakhrul dan terhadap Tetuan Azaine & Fakhrul atas kausa tindakan perlanggaran tanggungjawab/kewajipan berjaga-jaga (“duty of care”) dan kod etika professional serta tanggungjawab di bawah undang-undang serta 05/03/2024 12:09:49 BA-23NCvC-38-08/2023 Kand. 46 kecuaian Defendan-Defendan yang telah berkongsikan maklumat rahsia Plaintif. [2] Oleh yang demikian, dalam relief yang dipohon, Plaintif menuntut terhadap Defendan-Defendan bagi ganti rugi am bersama-sama faedah, ganti rugi teladan dan/atau ganti rugi teruk, faedah, dan kos. [3] Dalam pernyataan tuntutannya, Plaintif memplidkan bahawa –
a
pada atau sekitar bulan Oktober 2020, Plaintif ditawarkan pekerjaan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) secara kontrak di Andorra Women and Children Hospital. Hospital tersebut dimiliki oleh BWFW Medic Sdn Bhd.
b
sebelum bekerja dengan Andorra Women and Children Hospital, Plaintif bekerja dengan ZAR Consultancy Services Sdn Bhd dan telah memberi perkhidmatan perundingan dan penyediaan laporan audit kepada BWFW Medic Sdn Bhd.
c
melalui suatu guaman No.: WA-22NCC-397-08/2020 (selepas ini disebut “Guaman No. 397”), salah seorang pengarah eksekutif di BWFW Medic Sdn Bhd telah menyaman Plaintif dan beberapa individu dan syarikat atas tuntutan konspirasi kononnya untuk menyingkirkan pengarah eksekutif tersebut.
d
dalam GuamanNo. 397 itu, − i. Plaintif beserta firmanya diwakili oleh Defendan Keempat (firma guaman/Tetuan Azaine & Fakhrul) dan peguam-peguam utama yang mengendalikan Suit No. 397 ialah Defendan Kedua (Fakhrul Azman bin Abu Hasan) dan Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria). BWFW Medic Sdn Bhd juga mengambil khidmat peguam daripada Defendan Keempat (firma guaman/Tetuan Azaine & Fakhrul). ii. kos bagi fi kepeguaman untuk mewakili Plaintif beserta firmanya dibayar oleh BWFW Medic Sdn Bhd. iii. berkenaan dengan apa-apa arahan kepada barisan peguam bagi Guaman No. 397 itu, Plaintif sendiri atas kapasiti peribadinya memberikan arahan kepada Defendan Keempat (firma guaman/Tetuan Azaine & Fakhrul). iv. selepas perbicaraan, Mahkamah Tinggi (Kuala Lumpur) memutuskan untuk menolak Guaman No. 397 itu. Rayuan ke Mahkamah Rayuan kemudiannya dihentikan. v. walau pun Guaman No. 397 itu telah berakhir, Plaintif tidak pernah discharge atau menamatkan perkhidmatan Defendan Keempat (firma guaman/Tetuan Azaine & Fakhrul) dari tugas mewakili dan/atau menasihati Plaintif dalam kapasiti peribadi Plaintif dan firma Plaintif atas isu yang mungkin melibatkan suatu keadaan konflik.
e
terdapat beberapa isu yang mengakibatkan Plaintif menggunakan khidmat nasihat perundangan dan memberikan maklumat kepada Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria) untuk membolehkan Plaintif memberikan nasihat kepada Lembaga Pengarah BWFW Medic Sdn Bhd supaya mematuhi undang-undang syarikat, aspek kemungkiran tugas fidusiari pengarah BWFW Medic Sdn Bhd. Plaintif berkongsikan maklumat tersebut kepada Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria) menurut seksyen 126 Akta Keterangan 1950.
f
Defendan-Defendan terutamanya Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria) gagal dan/atau sengaja tidak menasihati Plaintif bahawa Defendan-Defendan tidak lagi boleh mewakili Plaintif dalam kapasiti peribadi Plaintif dan/atau memberikan apa-apa nasihat perundangan kepada Plaintif dan/atau menerima apa-apa maklumat daripada Plaintif yang mungkin menimbulkan isu dengan Lembaga Pengarah BWFW Medic Sdn Bhd.
g
Plaintif dalam kapasiti peribadinya telah banyak berkongsi maklumat sulit (confidential) kepada Defendan-Defendan atas hubungan sebagai “client-solicitor”. Maklumat sulit (confidential) yang dikongsi oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan: [4] Perenggan 15 pernyataan tuntutan memberikan butir-butir/isu berkenaan dengan maklumat sulit (confidential) iaitu –
a
terdapat representasi daripada seorang pengarah dan pemegang saham majoriti BWFW Medic Sdn Bhd bernama Dr Khamsiah yang telah mempelawa Plaintif untuk menerajui Andorra Women and Children Hospital sebagai CEO untuk tempoh lebih 4 tahun;
b
seorang pengarah dan pemegang saham majoriti BWFW Medic Sdn Bhd bernama Dr Khamsiah telah melakukan perlanggaran tugas fidusiari sebagai ahli pengarah kerana telah menubuhkan beberapa syarikat pesaing tanpa memperoleh izin atau mendedahkan kepada pemegang saham lain di BWFW Medic Sdn Bhd;
c
kesangsian Plaintif terhadap kegaiatan dan tindak tanduk Lembaga Pengarah BWFW Medic Sdn Bhd dalam mengendalikan dan menguruskan Andorra Women and
d
Plaintif mendapati bahawa sebenarnya representasi oleh Dr Khamsiah adalah palsu dan tidak benar; dan
e
terdapat konspirasi dalam Lembaga Pengarah BWFW Medic Sdn Bhd untuk memecat Plaintif apabila nasihat yang diberikan oleh Plaintif adalah berdasarkan kepada nasihat yang diterimanya. [5] Plaintif memplidkan dan menegaskan bahawa perkongsian maklumat yang dinyatakan dalam butir-butir maklumat tersebut sama ada melalui perjumpaan, mesyuarat, percakapan telefon serta mesej ringkas sepanjang menggunakan khidmat kepeguaman Defendan-Defendan adalah tidak sama sekali menjadi “waiver” dan/atau “abandoning Plaintiff’s privileges”. [6] Ketika Plaintif berkongsikan maklumat sulit terutamanya kepada Defendan Ketiga, Defendan Keempat itu masih mewakili BWFW Medic Sdn Bhd. Maka dengan sebab itu, Plaintif menyatakan bahawa Defendan-Defendan telah meletakkan firma guaman mereka dan juga barisan peguam mereka dalam keadaan berkonflik dan telah membongkarkan maklumat sulit yang Plaintif berikan itu kepada BWFW Medic Sdn Bhd. [7] Berdasarkan itu, dalam perenggan 18 pernyataan tuntutan, Plaintif memplidkan bahawa – • BWFW Medic Sdn Bhd memutuskan untuk menamatkan kontrak pekerjaan Plaintif lebih awal setelah lanjutan kontrak diberikan. • selepas penamatan kontrak pekerjaan Plaintif, Plaintif mendapati bahawa Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria) telah memaklumkan Plaintif supaya menasihatkan Lembaga Pengarah BWFW Medic Sdn Bhd supaya tidak menubuhkan syarikat pesaing juga dengan sendirinya melabur dalam syarikat pesaing yang ditubuhkan oleh seorang pengarah BWFW Medic Sdn Bhd. [8] Plaintif telah mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya terhadap BWFW Medic Sdn Bhd dan beberapa ahli Lembaga Pengarah BWFW Medic Sdn Bhd untuk menuntut pampasan atas penamatan kontrak pekerjaan/perkhidmatan Plaintif. Bagi tindakan undang-undang di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya itu, BWFW Medic Sdn Bhd dan beberapa ahli Lembaga Pengarah BWFW Medic Sdn Bhd diwakili oleh Defendan-Defendan, terutamanya Defendan Ketiga. Plaintif telah membantah pelantikan Defendan Ketiga dan memohon agar Defendan Ketiga tidak menjadi peguam kepada BWFW Medic Sdn Bhd dan beberapa ahli Lembaga Pengarah BWFW Medic Sdn Bhd. Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya tersebut telah membenarkan permohonan Plaintif. [9] Plaintif memplidkan pada perenggan-perenggan 20 hingga 23 pernyataan tuntutannya mengenai perlanggaran tugas/kewajipan berjaga-jaga dan kecuaian Defendan-Defendan dalam memelihara maklumat sulit dan istimewa kepunyaan Plaintif. Defendan-Defendan yang menerima lantikan untuk mewakili BWFW Medic Sdn Bhd dan beberapa ahli Lembaga Pengarah BWFW Medic Sdn Bhd adalah bercanggah dan bertentangan dengan peruntukan seksyen 126 Akta Keterangan 1950. Notis Permohonan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan (Lampiran 13) [10] Mahkamah ini telah membuat keputusan dan menyediakan alasan penghakiman bagi Lampiran 15 di mana Azaine bin Mohamed (Defendan Pertama) ialah peguam dan juga rakan kongsi dalam firma guaman Tetuan Azaine & Fakhrul (Defendan Keempat) memfailkan notis permohonan untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a) dan/atau kaedah 19 (1)(b) dan/atau kaedah 19 (1)(d) serta Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Peguam cara bagi Defendan Pertama dan Defendan Keempat yang mewakili kes di hadapan Mahkamah ini ialah Tetuan Zahiah Nasir & Co., Pandan Indah, Kuala Lumpur. [11] Maka, ini ialah alasan penghakiman untuk menjelaskan mengapa Mahkamah ini membenarkan permohonan interlokutori yang difailkan oleh Fakhrul Azman bin Abu Hasan (Defendan Kedua) dan Nooron Aini binti Zakaria (Defendan Ketiga), yang mana kedua-dua mereka ialah peguam di Tetuan Azaine & Fakhrul (Defendan Keempat). [12] Tetuan Azaine & Fakhrul mewakili Fakhrul Azman bin Abu Hasan (Defendan Kedua) dan Nooron Aini binti Zakaria (Defendan Ketiga) dalam tindakan ini. [13] Alasan permohonan pembatalan ini adalah kerana Plaintif tiada kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga; pliding Plaintif adalah aib, remeh dan menyusahkan dan/atau tindakan Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Defendan Kedua dan Defendan Ketiga juga memohon agar semua prosiding dalam tindakan di hadapan Mahkamah ini digantung sehingga pelupusan Lampiran 13 ini. [14] Secara ringkasnya, sebagaimana dalam Lampiran 15, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menyatakan dalam Lampiran 13 ini bahawa –
a
Plaintif tiada kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga: Pada masa writ saman dan pernyataan tuntutan ini difailkan di Mahkamah ini, Plaintif telah memperoleh Perintah Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya yang memerintahkan Defendan-Defendan daripada tidak menjadi peguam kepada defendan-defendan dalam kes di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya.
b
pliding Plaintif adalah aib, remeh dan menyusahkan: Defendan-Defendan tiada maklumat sulit Plaintif sebagaimana Plaintif memplidkan dalam tindakan di Mahkamah ini. Plaintif tiada bukti bahawa maklumat sulit Plaintif telah dikongsi oleh Defendan-Defendan dengan defendan-defendan dalam kes di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya. Jikalau pun ada maklumat sulit (yang mana dinafikan), Plaintif sendiri yang mendesak Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria yang juga adalah pekongsi di firma guaman Tetuan Azaine & Fakhrul/Defendan Keempat) untuk menasihati pengarah-pengarah BWFW Medic Sdn Bhd. Oleh itu, Defendan-Defendan tiada tanggungjawab undang-undang terhadap Plaintif berdasarkan seksyen 126 Akta Keterangan 1950 dan jika ada (yang mana dinafikan), pengecualian di bawah seksyen yang sama adalah terpakai.
c
tindakan Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah: Selepas Perintah bagi recusal diperoleh daripada Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya, yang mana pada masa itu Defendan-Defendan belum memfailkan pembelaan untuk defendan-defendan bagi kes di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya. Oleh itu, tiada ganti rugi perlu ditanggung oleh Defendan-Defendan. Afidavit sokongan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga: [15] Afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria) iaitu peguam dan rakan kongsi di firma guaman Defendan Keempat menyokong permohonan bagi pembatalan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan. [16] Defendan Ketiga menyatakan mengenai fakta yang membolehkan Mahkamah ini membatalkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan atas alasan Plaintif tiada kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan; pliding Plaintif mengaibkan, remeh atau menyusahkan; dan pliding Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Fakta menurut pengetahuan dan rekod Defendan-Defendan: [17] Tetuan Azaine & Fakhrul ialah firma guaman yang dilantik dalam 4 kes dalam tahun 2020 yang berikut untuk mewakili defendan-defendan:
1
397-08/2020 Tawfique Hasan Chowdhury v.
i
BWFW Medic Sdn Bhd • 20-4-2022: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusannya (Y.A
II
(ii) Khamsiah binti Muda
III
(iii) Sulong bin Muda
IV
(iv) Mohamad Husain bin Mohamad Dawoed
v
Khairil Annuar bin
VI
(vi) Asfazian bin Che Ramli
VII
(vii) ZAR Consultancy Services Sdn Bhd
VIII
(viii) Aspalela binti Ramly
IX
(ix) Yusri Kamarudin & Associates (disaman sebagai Firma)
x
Sheikh Ghazali Abod Pn Liza Chan Sow Keng, Pesuruhjaya Kehakiman). • 20-9-2022: Mahkamah Rayuan, Notis Pemberhentian Rayuan (Tarik balik rayuan) oleh peguam cara perayu (plaintif) terhadap kesemua defendan/responden.
2
WA-B52NCvC- 217-07/2020 Kes antara Tawfique Hasan Chowdhury v. BWFW Medic Sdn Bhd • Kes di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur. • Kes ini tidak melibatkan Plaintif (Aspalela binti Ramly).
3
287-06/2021 Kes antara Tawfique Hasan Chowdhury & Anor v. BWFW Medic Sdn Bhd & Ors. • Kes ini tidak melibatkan Plaintif (Aspalela binti Ramly).
4
287-06/2021 Kes antara Tawfique Hasan Chowdhury v. BWFW Medic Sdn Bhd. • Kes ini tidak melibatkan Plaintif (Aspalela binti Ramly). [18] Defendan Ketiga menyatakan bahawa dengan penarikan balik rayuan di Mahkamah Rayuan, maka tindakan undang-undang oleh Tawfique Hasan Chowdhury terhadap semua defendan (termasuk Plaintif/Aspalela binti Ramly) telah selesai. Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) bukan menjadi peguam kepada Plaintif/Aspalela binti Ramly. [19] Setelah kontrak kerja Plaintif/Aspalela binti Ramly tamat sebagai CEO BWFW Medic Sdn Bhd pada 30-9-2022, Plaintif tidak lagi menjadi CEO BWFW Medic Sdn Bhd. [20] BWFW Medic Sdn Bhd telah melantik Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) sebagai penasihat undang-undangnya. [21] Pada 19-12-2022, Plaintif menyaman BWFW Medic Sdn Bhd dan pengarah-pengarah BWFW Medic Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Sivil Shah Alam dan kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya atas kausa penamatan kontraknya sebagai CEO BWFW Medic Sdn Bhd. [22] Sebagai penasihat undang-undang kepada BWFW Medic Sdn Bhd, Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) mengambil tindakan pemfailan kehadiran bagi pihak BWFW Medic Sdn Bhd dan pengarah-pengarah BWFW Medic Sdn Bhd di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya. [23] Peguam cara Plaintif dalam Guaman di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya membantah Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) untuk menjadi peguam cara dan mewakili pihak BWFW Medic Sdn Bhd dan pengarah-pengarah BWFW Medic Sdn Bhd, i.e. permohonan recusal oleh Plaintif. Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya membenarkan permohonan recusal oleh Plaintif dengan kos. Dengan Perintah Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya, Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) bukan menjadi peguam cara dan mewakili pihak BWFW Medic Sdn Bhd dan pengarah-pengarah BWFW Medic Sdn Bhd. [24] Tindakan undang-undang di hadapan Mahkamah Tinggi ini ialah suatu saman oleh Plaintif terhadap Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) dan peguam-peguam dan rakan-rakan kongsi Defendan Keempat atas kausa tindakan kecuaian Defendan-Defendan dalam menerima pelantikan sebagai peguam Defendan-Defendan dalam Guaman di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya. [25] Oleh sebab itu, Defendan Kedua (Fakhrul Azman bin Abu Hasan) dan Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria), peguam dan rakan kongsi di Defendan Keempat) memfailkan Lampiran 13 ini bagi permohonan pembatalan writ saman dan pernyataan tuntutan. [26] Pada 18-1-2024, Mahkamah ini membenarkan permohonan pembatalan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. [27] Penghakiman ini mengandungi alasan mengapa saya membenarkan permohonan pembatalan writ saman dan tuntutan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga (Lampiran 13). Undang-undang mengenai pembatalan pliding [28] Bagi isu sama ada tuntutan Plaintif mempunyai kausa tindakan yang munasabah atau tidak; sama ada pliding Plaintif mengaibkan, remeh atau menyusahkan; dan sama ada pliding Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah, Order 18 rule 19 Rules of Court 2012 memperuntukkan – Striking out pleadings and endorsements (O. 18, r. 19) “19. (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that—
a
it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;
b
it is scandalous, frivolous or vexatious;
c
it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or
d
it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be.”. [29] Prinsip bagi sesuatu striking out application termaktub dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd v. United Malayan Banking Corporation Berhad [1993] 4 CLJ 7− “The principles upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O 18 r 19(1) of the RHC are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley MR in Hubbuck & Sons Ltd v. Wilkinson, Heywood & Clark Ltd 7, and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it ‘obviously unsustainable’ (see AG of Duchy of Lancaster v. L & NW Rly Co 8). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (see Wenlock v. Moloney & Ors 9). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O 33 r 3 (which is in pari materia with our O 33 r 2 of the RHC) (see Hubbuck & Sons Ltd v. Wilkinson, Heywood & Clark Ltd 7). The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.” [30] Selain daripada kes Bandar Builder Sdn Bhd (supra), kes Honan Plantations Sdn Bhd v. Kerajaan Negeri Johor & Anor [1998] 3 CLJ 253 dan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v. Kerajaan Neger Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 4 CLJ 100; [2016] 2 MLRA 263 juga menyebut prinsip undang-undang bagi pembatalan pliding. [31] Plaintif dalam afidavit jawapan menyatakan mengenai perkara yang berikut khususnya yang melibatkan Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria) yang mengendalikan fail bagi kesnya: “13. Saya merujuk kepada perenggan 16 bersamaan dengan
Schedule
Jadual B didalam Afidavit Sokongan dan menafikan kandungan perenggan tersebut. Saya seterusnya menegaskan seperti berikut: 13.1 Saya menafikan bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tidak mempunyai maklumat sulit. Saya telah kebanyakkan masa berkomunikasi dengan Puan Noorun sebagai peguam yang telah mengendalikan kes saya dan juga kes-kes lain bagi pihak majikan saya pada masa itu. Komunikasi kami tidak terhad kepada perbualan telefon atau pesanan mesej yang ringkas sahaja. 13.2 Saya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya ianya benar bahawa kesemua komunikasi WhatsApp yang dirujuk dalam Afidavit Sokongan tersebut adalah interpretasi yang dibuat oleh deponen. Perbualan di antara saya dengan Defendan Ketiga jelas menunjukkan terdapat banyak isu-isu yang telah dibincangkan di antara kedua-dua pihak dalam kapasiti sebagai seorang peguam cara dan anakguam. 13.3 Isu mengenai kononnya tiada representasi yang saya bincang dengan Defendan Ketiga adalah satu pengataan yang tidak benar sama sekali. Saya telah banyak berbincang dengan Defendan Ketiga secara telefon, mesyuarat dan juga perjumpaan di antara kami. 13.4 Saya juga dinasihati oleh peguamcara saya dan seterusnya saya percaya ianya benar bahawa saya tidak perlu mendedahkan kesemua perbicangan sulit saya dengan Defendan Ketiga di sini. Isu mengenai sama ada kewujudan maklumat sulit ataupun tidak adalah satu isu untuk dibicara dan iannya tidak sesuai diputuskan secara “summary proceedings”. 14. Saya merujuk kepada perenggan 17 bersamaan dengan kesemua subperenggannya dan menafikan kandungan perenggan-perenggan tersebut. Saya menegaskan seperti berikut: 14.1 Saya menegaskan bahawa perbualan WhatsApp di antara saya dan Defendan Ketiga bukanlah perbualan di antara kenalan dan perbualan biasa. Defendan Ketiga tidak dapat membezakan perbualan berbentuk komunikasi yang terikat di bawah perhubungan sebagai “client and solicitors”. 14.2 Isu mengenai sama ada perbualan tersebut adalah sulit ataupun tidak hanya dapat diputuskan oleh Defendan-Defendan sepihak sahaja. Saya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya ia adalah satu isu undang-undang yang harus diputuskan dengan perbicaraan penuh; 14.3 Saya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya bahawa aplikasi Seksyen 126 Akta Keterangan adalah satu isu undang-undang yang juga harus diputuskan secara bicara penuh. 14.4 Saya menafikan kononnya saya tidak membayar Defendan Keempat secara professional oleh itu tiada hubungan “solicitor and client basis” di antara saya dan Defendan-Defendan. 14.5 Saya mengulangi kesemua perenggan-perenggan lain di dalam Afidavit saya dan juga merujuk pakai segala penegasan didalam pliding saya di Mahkamah Yang Mulia ini. 15. Saya merujuk kepada perenggan 18 dan Jadual C yang dirujuk dan menafikan kesemua perenggan-perenggan yang dirujuk. Sebaliknya saya menegaskan seperti berikut: 15.1 Saya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya ianya benar bahawa saya tidak perlu memplidkan secara jelas butir-butir pemecahan tugas fidusiari yang dilanggar oleh Dr Khamsiah Muda dalam tuntutan ini. Tuntutan ini adalah berkenaan dengan pemecahan tugas kewajipan berjaga-jaga dan “breach of confidentiality” oleh Defendan-Defendan; 15.2 Saya menegaskan bahawa kesemua pengataan Defendan-Defendan didalam perenggan-perenggan tersebut bahawa komunikasi di antara Plaintif dengan Defendan Ketiga adalah tidak sulit adalah tidak benar sama sekali. Saya menegaskan bahawa pendedahan komunikasi WhatsApp di dalam tuntutan Mahkamah merupakan sebahagian daripada elemen-elemen maklumat sulit yang telah dikongsikan dengan Defendan-Defendan. Saya tidak pernah mengatakan bahawa hanya komunikasi WhatsApp tersebut adalah menjadi maklumat sulit. Komunikasi tersebut terpaksa didedahkan kepada Mahkamah sewaktu permohon “recusal” dibuat kerana Defendan-Defendan enggan mengundurkan diri mereka. 15.3 Saya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya iannya benar bahawa, isu sama ada maklumat tersebut sulit ataupun tidak adalah dapat diputuskan secara bicara penuh sahaja. Saya juga menegaskan bahawa kesemua perbualan WhatsApp tersebut harus diteliti dan dibaca dalam konteks yang sebenar dan bukannya menerusi tafsiran Defendan-Defendan semata-mata. 15.4 Namun begitu sekiranya dilihat dalam perenggan 18.10 dan 18.14 Afidavit Sokongan tersebut, saya ada berbincang dengan Defendan Ketiga mengenai isu fidusiari dan juga isu perolehan kebenaran daripada pemegang saham BFWW Medic Sdn Bhd. Ini jelas menunjukkan terdapatnya komunikasi sulit antara saya dan Defendan Ketiga. 16. Saya merujuk kepada perenggan 19 bersamaan dengan subperenggannya dan perenggan 20 di dalam Afidavit Sokongan di mana iannya dinafikan. Saya menegaskan seperti berikut: 16.1 Saya dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya ia benar, bahawa isu sama ada sesuatu maklumat yang dikongsikan oleh saya selaku anakguam Defendan-Defendan adalah satu isu yang harus dibicarakan; 16.2 Saya seterusnya menegaskan bahawa isu yang harus ditentukan oleh Mahkamah Yang Mulia ini adalah bukannya sama ada maklumat yang dikongsikan dengan Defendan-Defendan tersebut melibatkan saya. Tetapi sama ada terdapat perhubungan “solicitor-client” dan sama ada Defendan-Defendan telah melanggari tanggungjawab mereka dalam memelihara maklumat sulit dan istimewa saya. 16.3 Saya seterusnya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya bahawa, pengecualian kepada Sekyen 126 Akta Keterangan tidak terpakai dalam kes ini semata-mata jika saya sendiri yang memberikan maklumat tersebut. 16.4 Berkenaan dengan isu bahawa kononnya saya berasa sangsi terhadap Lembaga Pengarah BWFW dan isu tersebut bukanlah isu sulit, iannya dinafikan. Jelas daripada pengataan Defendan-Defendan sendiri, mengakui bahawa saya ada berbincang dengan Defendan Ketiga berkenaan dengan tindak tanduk ahli Lembaga pengarah BWFW kepada Defendan Ketiga. 16.5 Oleh yang demikian, kini setelah saya menfailkan tuntutan saya terhadap beberapa ahli Lembaga Pengarah BWFW dan BWFW Medic Sdn Bhd sendiri, adalah jelas bahawa Defendan-Defendan harus tidak mewakili ahli Lembaga Pengarah BWFW dan BWFW Medic Sdn Bhd. Ia jelas menunjukkan keadaan konflik. 17. Saya merujuk kepada perenggan 21 didalam Afidavit Sokongan tersebut dan menafikan kandungan perenggan tersebut. Saya menegaskan bahawa nasihat undang-undang yang telah diberikan kepada saya adalah dalam kapasiti sebagai “solicitor & client basis”. Isu mengenai kononnya saya telah gagal memberikan sesalinan minit mesyuarat pengarah BWFW adalah satu pengataan yang tidak berasas dan bermerit. Isu ini bukan satu isu yang aib, remeh dan menyusahkan. 18. Saya merujuk kepada perenggan 22 bersama kesemua subperenggannya dan sekaligus menafikan kandungannya. Saya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya bahawa ianya tidak perlu bagi saya untuk memplidkan butir-butir maklumat sulit seperti tarikh, masa dan tempat iannya dikongsikan. Ini kerana kedudukan perhubungan saya sebagai “client-solicitor” tidak memerlukan saya untuk memplidkan butiran maklumat sulit di dalam mana-mana kertas kausa saya. Saya percaya ini adalah isu undang-undang yang akan diperbahaskan sewaktu bicara kelak. 19. Saya merujuk kepada perenggan 23 dan 24 bersamaan dengan subperenggannya dan menafikan kandungan perenggan tersebut. Saya menegaskan seperti berikut: 19.1 Saya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya bahawa seksyen 126 Akta Keterangan bukan asas tuntutan saya terhadap Defendan-Defendan. Seksyen 126 Akta Keterangan tersebut terpakai dalam situasi fakta kes ini dan saya telah memplidkan dengan jelas bahawa Akta tersebut terpakai. 19.2 Isu sama ada Defendan-Defendan tidak menfailkan sebarang pembelaan di dalam Guaman PJ tidak melepaskan mereka dari tanggungjawab memelihara maklumat sulit anakguam ataupun bekas anakguam mereka. 19.3 Isu kewujudan maklumat sulit tidak menjadi akademik semata-mata kerana permohonan “recusal” saya telah dibenarkan oleh Mahkamah. 19.4 Isu mengenai terdapatnya keadaan konflik, “embarrassing” dan tanggungjawab berjaga-jaga adalah satu isu untuk dibicarakan dan ianya tidak dapat dilupuskan secara “summary”. 20. Saya merujuk kepada perenggan-perenggan 25 dan 26 bersama kesemua subperenggan didalam Afidavit Sokongan tersebut dan menafikan kandungan perenggan-perenggan tersebut. Sebaliknya saya mendeposkan seperti berikut: 20.1 Saya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya ia adalah benar bahawa saya telah memplidkan butiran tanggungjawab kewajipan berjaga-jaga Defendan-Defendan di dalam tuntutan saya. Saya hairan mengapa kononnya tanpa sebarang butiran (dimana ianya dinafikan oleh saya) Defendan-Defendan telah menfailkan satu pembelaan yang terperinci. Oleh yang demikian, saya menyangkal kononnya tanpa butiran tersebut Defendan-Defendan dikejutkan dan dihalang dari membela kes mereka. 20.2 Saya seterusnya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya bahawa pliding saya tidak berdasarkan spekulasi, tuduhan ataupun ketiadaan bukti. Segala bukti dan keterangan mengenai isu akan dikemukakan semasa bicara kelak. Adalah menjadi “rule of pleading” bahawa hanya fakta yang relevan sahaja akan diplidkan dan bukannya bukti atau keterangan. 20.3 Saya juga memplidkan bahawa tiada percanggahan alasan yang kononnya mengatakan bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga akan menjadi saksi di Guaman PJ dan oleh itu tiada maklumat rahsia yang dikongsikan. Saya dinasihati oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya bahawa tindakan di Guaman PJ adalah satu tindakan berkenaan kemungkiran kontrak saya dan juga isu konspirasi oleh beberapa individu untuk menamatkan kontrak saya. Jika Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dipanggil memberikan keterangan, keterangan mereka adalah hanya akan berdasarkan kepada kronologi dan isu mengenai penamatan kontrak sahaja dan bukannya isu mengenai maklumat sulit. Sekirannya terdapat sebarang soalan ataupun keterangan yang mendedahkan maklumat sulit, sudah tentu peguam cara saya atau peguamcara pihak Defendan (sewaktu bicara) akan membantah kerana ianya bertentangan dengan prinsip seksyen 126 Akta Keterangan. Saya mengulangi kesemua perenggan-perenggan saya diatas dan menafikan bahawa isu pecah rahsia adalah isu aib, remeh dan menyusahkan. 21. Saya merujuk kepada perenggan-perenggan 27 bersamaan dengan sub perenggan, 28 bersamaan dengan sub perenggan dan 29 didalam Afidavit Sokongan dan menafikan kandungan perenggan-perenggan tersebut. Sekali lagi saya mengulangi kesemua perenggan-perenggan yang saya telah deposkan sebelum ini dalam Afidavit Jawapan ini. 22. Saya dinasihati oleh peguamcara saya dan sesungguhnya percaya bahawa permohonan Defendan-Defendan harus ditolak dengan kos kerana isu-isu yang dibangkitkan oleh saya adalah jelas, bermerit dan harus dibicarakan.”. Penilaian dan Dapatan Mahkamah [32] Saya telah meneliti – • afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Puan Nooron Aini binti Zakaria, peguam dan rakan kongsi di Tetuan Azaine & Fakhrul (Defendan Keempat) bagi pihak semua Defendan. • afidavit jawapan yang diikrarkan oleh Plaintif (Aspalela binti Ramly). • afidavit balasan yang diikrarkan oleh Puan Nooron Aini binti Zakaria, peguam dan rakan kongsi di Tetuan Azaine & Fakhrul (Defendan Keempat) bagi pihak semua Defendan. • hujahan bertulis pihak-pihak. [33] Dalam pernyataan tuntutan, Plaintif memplidkan bahawa Defendan-Defendan mempunyai tanggungjawab undang-undang untuk memelihara segala maklumat yang telah dikongsikan olehnya (Plaintif) kepada peguam-peguamnya, khususnya Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria) menurut peruntukan seksyen 126 Akta Keterangan 1950. [34] Sebagai peguam yang mengendalikan file Plaintif dan semua defendan-defendan dalam tindakan undang-undang di Mahkamah, baik Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya dan Mahkamah Tinggi ini, peguam Nooron Ain binti Zakaria (Defendan Ketiga) dengan jelas telah menyatakan dalam afidavitnya berkenaan dengan alegasi dan isu yang dibangkitkan oleh anakguamnya iaitu Pn Aspalela binti Ramly (Plaintif). Mahkamah mendapati setiap perenggan dalam tuntutan dan afidavit Plaintif telah dijawab oleh peguam Nooron Ain binti Zakaria (Defendan Ketiga) bagi pihak dirinya yang disaman oleh Plaintif dan juga bagi pihak peguam-peguam (rakan kongsi di Defendan Keempat) yang dinamakan oleh Plaintif. [35] Mahkamah ini mendapati pemeliharaan segala maklumat sulit yang diplidkan oleh Plaintif diperihalkan dalam “Butir-butir/Isu Berkenaan Maklumat Sulit” dalam perenggan 15 (a) hingga (e) pernyataan tuntutan. Segala maklumat sulit yang diplidkan oleh Plaintif adalah berkenaan dengan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan di Mahkamah Rendah (Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya). Penegasan Plaintif mengenai pemeliharaan maklumat sulit ini berbangkit apabila defendan yang disaman oleh Palintif ialah “opponent” Plaintif yang juga pihak yang bersama-sama Plaintif disaman sebagai defendan-defendan dalam 4 Guaman terdahulu. [36] Permohonan Plaintif agar peguam-peguam yang mewakili “opponent” Plaintif yang juga pihak yang bersama-sama Plaintif disaman sebagai defendan-defendan dalam 4 Guaman terdahulu mengundur diri telahpun dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya. [37] Kini, Plaintif “berhasrat” untuk mendapatkan Ganti rugi Am, Ganti rugi Teladan dan/atau Ganti rugi Teruk daripada Defendan-Defendan atas kausa peguam-peguam yang pernah mewakili “opponent” Plaintif yang juga pihak yang bersama-sama Plaintif disaman sebagai defendan-defendan dalam 4 Guaman terdahulu telah – • berkongsikan maklumat Plaintif dengan “opponent” Plaintif yang juga pihak yang bersama-sama Plaintif disaman sebagai defendan-defendan dalam 4 Guaman terdahulu. • melakukan dan/atau mencetuskan keadaan konflik apabila Defendan-Defendan bersetuju untuk dilantik sebagai peguam-peguam kepada “opponent” Plaintif. • dengan cuai dan/atau gagal dan/atau enggan memelihara kewajipan berjaga-jaga untuk memelihara maklumat sulit dan istimewa (privileged information) kepunyaan Plaintif apabila menerima pelantikan sebagai peguam untuk mewakili syarikat BWFW Medic Sdn Bhd dan beberapa individu yang lain walaupun telah menerima bantahan daripada peguam cara Plaintif. [38] Plaintif mengakui sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 22 “Plaintif memplidkan bahawa walau pun tuntutan Plaintif terhadap syarikat BWFW Medic Sdn Bhd masih di tahap awal, namun perlantikan Defendan-Defendan sebagai peguam cara kepada syarikat BWFW Medic Sdn Bhd dan beberapa individu yang lain dengan jelas menunjukkan bahawa Defendan-Defendan tidak menghiraukan kewajipan undang-undangnya kepada Plaintif. Plaintif memplidkan terdapat kemungkinan besar dan/atau ianya adalah satu fakta bahawa Defendan-Defendan telahpun berkongsikan maklumat rahsia Plaintif kepada syarikat BWFW Medic Sdn Bhd dan beberapa individu yang lain.”. Berdasarkan pengakuan Plaintif, Mahkamah mendapati “kegusaran/kebimbangan/kerisauan” Plaintif telah didengar oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya tersebut dan memerintahkan agar Defendan-Defendan mengundur diri dan tidak menjadi peguam kepada syarikat BWFW Medic Sdn Bhd dan beberapa individu yang lain. [39] Perintah Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya tersebut adalah memihak kepada Plaintif dan kini, tuntutan Ganti rugi untuk mengenakan “penalty” kepada mantan peguam-peguam Plaintif terdahulu difailkan di hadapan Mahkamah Tinggi ini. [40] Oleh itu, Mahkamah Tinggi ini perlu meneliti permohonan Defendan-Defendan (peguam-peguam) dan menyelesaikan isu sama ada Plaintif mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan atau tidak? [41] Plaintif yang menentang/membantah permohonan interlokutori untuk membatalkan tuntutannya menyatakan dalam afidavit yang diikrarkan oleh Plaintif sendiri bahawa atas nasihat peguam cara terpelajar Plaintif, Plaintif mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan dan tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah sungguh jelas dan ianya mempunyai satu kausa tindakan yang bermerit. Ini kerana fakta kes dan tindakan yang Plaintif bawa terhadap semua Defendan adalah jauh daripada itu. Selebihnya, peguam cara Plaintif akan berhujah mengenai isu undang-undang sewaktu bicara nanti. [42] Seterusnya, Plaintif memplidkan fakta dan perkara yang berikut: (a) Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) telah dilantik bagi Plaintif sendiri dan juga bagi pihak ZAR Consultancy Services Sdn Bhd untuk bertindak membela terhadap tuntutan seorang ahli pemegang saham bernama Tawfique Hasan Chowdhury dalam kes WA-22NCC-397-08/2020 (Guaman No. 397 di MTKL). Defendan Keempat telah menfailkan pembelaan untuk Plaintif dan ZAR Consultancy Services Sdn Bhd dalam Guaman No. 397. (b) pembelaan Plaintif dan ZAR Consultancy Services Sdn Bhd dalam Guaman No. 397adalah pembelaan yang berasingan dari defendan-defendan lain. (c) Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) pada masa yang sama juga telah bertindak membela BWFW Medic Sdn Bhd, Dr Khamsiah Muda, Husain Daewod dan beberapa individu yang lain. (d) Oleh kerana tuntutan terhadap Plaintif sendiri secara peribadi atas laporan audit undang-undang yang Plaintif telah kemukakan kepada BWFW Medic Sdn Bhd, maka suatu keputusan sejagat telah diambil untuk melantik Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) untuk mewakili kesemua defendan-defendan. Ini kerana dengan menggunakan peguam cara yang sama akan menyenangkan proses pembelaan bagi kesemua defendan-defendan. (e) kes/tuntutan lain iaitu kes WA-B52NCVC-217-07/2020 (Guaman No. 217), WA-22NCC-287-06/2021 (Guaman No. 287 di MTKL) dan WA-22NCC-287-06/2021 (Guaman No. 287 di Mahkamah Perusahaan) walau pun tidak melibatkan Plaintif tetapi Plaintif menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada ketika itu. Segala interaksi di antara Plaintif dengan peguam caranya iaitu Defendan-Defendan adalah dalam kapasiti Plaintif sebagai CEO dan juga sebagai individu. (f) Plaintif menafikan bahawa kononnya untuk Guaman No. 397, Plaintif tidak membayar Defendan Keempat apa-apa fi guaman untuk bertindak bagi pihak Plaintif dan ZAR Consultancy Services Sdn Bhd. Perkara ini telahpun diperbincangkan beberapa kali bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah BWFW Medic Sdn Bhd dan Defendan-Defandan. Kesemua fi guaman oleh Defendan-Defendan yang disaman akan ditanggung oleh BWFW Medic Sdn Bhd. Lagipun Defendan Keempat tidak pernah memberikan sebarang sebutharga atau bil kepada defendan-defendan lain melainkan kepada BWFW Medic Sdn Bhd. (g) atas nasihati oleh peguam cara Plaintif, Plaintif sesungguhnya percaya bahawa walau pun Guaman No. 397 tersebut telah selesai, namun, Defendan-Defendan mempunyai tanggungjawab fidusiari untuk memelihara fakta dan maklumat sulit dan istimewa klien. (h) isu bahawa kononnya Plaintif telah melantik Tetuan Mood & Co. untuk menuntut kos adalah benar setakat mana ianya menunjukkan perlantikan tersebut dibuat. Plaintif terpaksa membuat perlantikan tersebut kerana Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) melalui surat bertarikh 28.9.2022 memaklumkan bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang tindakan untuk menuntut kos. (i) Plaintif mengakui fakta bahawa Plaintif hanya dilantik sebagai CEO pada 1.10.2020 dan telah diberhentikan secara tiba-tiba pada 30.09.2022 setelah Lembaga Pengarah bersetuju melanjutkan kontrak saya. Berkenaan dengan isu bahawa Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) telah dilantik sebagai penasihat undang-undang kepada Syarikat BWFW Medic Sdn Bhd, Plaintif tiada pengetahuan mengenainya. (j) Plaintif mengakui bahawa Memorandum Kehadiran telah difailkan oleh Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) bagi Syarikat BWFW dan pengarah-pengarah dalam Guaman No. 397. (k) Plaintif mengakui bahawa permohonan telah dibuatnya untuk Defendan-Defendan mengundurkan diri dari mewakili anakguam mereka di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya. (l) walau pun peguam cara Plaintif memfailkan notis permohonan “for recusal”, Defendan-Defendan masih enggan menggundurkan diri mereka dan menentang permohonan Plaintif. Saya terpaksa memberikan butiran-butiran komunikasi dan membawa ke perhatian Mahkamah kepada isu konflik yang wujud. (m) Plaintif menegaskan sikap mala fide Defendan-Defendan dalam tidak mengundurkan diri mereka atau membalas notis bantahan jelas menunjukkan Defendan-Defendan lalai dan cuai dalam tanggungjawab mereka apabila wujud keadaan konflik. [43] Plaintif memplidkan bahawa adalah jelas daripada relief yang dipohon olehnya dan juga tindakannya terhadap Defendan-Defendan dalam tuntutan di Mahkamah Tinggi ini adalah sangat berbeza dan berlainan. Kausa tindakan saya didalam tuntutan ini adalah amat jelas sekali dan bermerit. [44] Plaintif juga menegaskan seperti yang berikut: (a) Plaintif mengakui bahawa Defendan Pertama hingga Defendan Ketiga adalah peguam cara dan peguam bela dan rakan kongsi dalam firma guaman Defendan Keempat. Akan tetapi Plaintif sangsi bahawa tindakan Defendan-Defendan dalam mewakili syarikat BWFW Medic Sdn Bhd dan defendan lain dalam tindakan Guaman di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya jelas menunjukkan keadaan konflik. Plaintif terkilan akan tindakan Defendan-Defendan. (b) Plaintif mengakui adalah benar bahawa walau pun pada masa tindakan Guaman di Mahkamah Tinggi ini difailkan Defendan-Defendan tidak lagi bertindak sebagai peguam cara dalam Guaman di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya, tetapi Plaintif memplidkan bahawa Defendan-Defendan telah memungkiri kewajipan berjaga-jaga mereka terhadap Plaintif. (c) Defendan Kedua (Fakhrul Azman bin Abu Hasan) dan Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria) mempunyai maklumat sulit Plaintif di mana Plaintif telah banyak berkomunikasi dengan Defendan Ketiga sebagai peguam yang mengendalikan kes Plaintif dan juga kes-kes lain bagi pihak majikan Plaintif pada masa itu. Komunikasi Plaintif tidak terhad kepada perbualan telefon atau pesanan mesej yang ringkas sahaja. (d) kesemua komunikasi WhatsApp yang dirujuk dalam Afidavit Sokongan Defendan-Defendan adalah interpretasi yang dibuat oleh deponen. Perbualan di antara Plaintif dan Defendan Ketiga jelas menunjukkan terdapat banyak isu yang telah dibincangkan di antara kedua-dua pihak dalam kapasiti sebagai seorang peguam cara dan anakguam. (e) isu mengenai kononnya tiada representasi yang Plaintif bincang dengan Defendan Ketiga adalah satu pengataan yang tidak benar. Plaintif telah banyak berbincang dengan Defendan Ketiga secara telefon, mesyuarat dan juga perjumpaan. (f) atas nasihat peguam cara Plaintif dan seterusnya Plaintif percaya ianya benar bahawa Plaintif tidak perlu mendedahkan kesemua perbicangan sulit Plaintif dengan Defendan Ketiga di sini. Isu mengenai sama ada kewujudan maklumat sulit ataupun tidak adalah satu isu untuk dibicara dan ianya tidak sesuai diputuskan secara “summary proceedings”. (g) Plaintif menegaskan bahawa perbualan WhatsApp di antara Plaintif dengan Defendan Ketiga bukanlah perbualan di antara kenalan dan perbualan biasa. Defendan Ketiga tidak dapat membezakan perbualan berbentuk komunikasi yang terikat di bawah perhubungan sebagai “client and solicitors”. (h) isu mengenai sama ada perbualan tersebut adalah sulit ataupun tidak, hanya dapat diputuskan oleh Defendan-Defendan sepihak sahaja. Atas nasihat peguam cara Plaintif, Plaintif percaya ia adalah satu isu undang-undang yang harus diputuskan dengan perbicaraan penuh. (i) atas nasihat peguam cara Plaintif, Plaintif percaya bahawa pemakaian seksyen 126 Akta Keterangan 1950 adalah satu isu undang-undang yang juga harus diputuskan secara bicara penuh. (j) Plaintif menafikan kononnya Plaintif tidak membayar Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) secara professional oleh itu tiada hubungan “solicitor and client basis” di antara Plaintif dengan Defendan-Defendan. (k) atas nasihat peguam cara Plaintif, Plaintif percaya bahawa Plaintif tidak perlu memplidkan secara jelas butir-butir pemecahan tugas fidusiari yang dilanggar oleh Dr Khamsiah Muda dalam tuntutan ini. Tuntutan ini adalah berkenaan dengan pemecahan tugas kewajipan berjaga-jaga dan “breach of confidentiality” oleh Defendan-Defendan. (l) komunikasi di antara Plaintif dengan Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria) adalah sulit. Pendedahan komunikasi WhatsApp di dalam tuntutan Mahkamah merupakan sebahagian daripada elemen-elemen maklumat sulit yang telah dikongsikan dengan Defendan-Defendan. Plaintif tidak pernah mengatakan bahawa hanya komunikasi WhatsApp tersebut adalah menjadi maklumat sulit. Komunikasi tersebut terpaksa didedahkan kepada Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya sewaktu permohonan “recusal” dibuat kerana Defendan-Defendan enggan mengundurkan diri mereka. (m) isu sama ada maklumat tersebut sulit ataupun tidak adalah dapat diputuskan secara bicara penuh sahaja. Plaintif menegaskan bahawa kesemua perbualan WhatsApp tersebut harus diteliti dan dibaca dalam konteks yang sebenar dan bukannya menerusi tafsiran Defendan-Defendan semata-mata. (n) Plaintif ada berbincang dengan Defendan Ketiga mengenai isu fiduasiri dan juga isu perolehan kebenaran daripada pemegang saham syarikat BFWW Medic Sdn Bhd. Ini jelas menunjukkan terdapatnya komunikasi sulit antara Plaintif dan Defendan Ketiga. (o) isu yang berikut perlu dibicarakan dalam perbicaraan penuh iaitu sama ada sesuatu maklumat yang dikongsikan oleh Plaintif selaku anakguam Defendan-Defendan adalah satu isu yang harus dibicarakan; isu yang harus ditentukan oleh Mahkamah ini adalah bukannya sama ada maklumat yang dikongsikan dengan Defendan-Defendan tersebut melibatkan Plaintif atau tidak, tetapi sama ada terdapat perhubungan “solicitor-client”; dan sama ada Defendan-Defendan telah melanggari tanggungjawab mereka dalam memelihara maklumat sulit dan istimewa Plaintif. (p) isu bahawa kononnya Plaintif berasa sangsi terhadap Lembaga Pengarah BWFW dan isu tersebut bukanlah isu sulit, ianya dinafikan oleh Plaintif. Jelas daripada pengataan Defendan-Defendan sendiri, mengakui bahawa Plaintif ada berbincang dengan Defendan Ketiga berkenaan dengan tindak tanduk ahli Lembaga Pengarah syarikat BWFW kepada Defendan Ketiga. (q) pemfailan tuntutan Plaintif terhadap beberapa ahli Lembaga Pengarah BWFW dan syarikat BWFW Medic Sdn Bhd sendiri, adalah jelas menunjukkan bahawa Defendan-Defendan harus tidak mewakili ahli Lembaga Pengarah BWFW dan syarikat BWFW Medic Sdn Bhd. Ia jelas menunjukkan keadaan konflik. (r) nasihat undang-undang yang telah diberikan kepada Plaintif adalah dalam kapasiti sebagai “solicitor & client basis”. Isu mengenai kononnya Plaintif gagal memberikan sesalinan minit mesyuarat pengarah BWFW adalah satu pengataan yang tidak berasas dan bermerit. Isu ini bukan satu isu yang aib, remeh dan menyusahkan. (s) atas nasihat peguam cara Plaintif, Plaintif percaya bahawa adalah tidak perlu bagi Plaintif untuk memplidkan butir-butir maklumat sulit seperti tarikh, masa dan tempat ianya dikongsikan. Ini kerana kedudukan perhubungan Plaintif dan Defendan-Defendan sebagai “client-solicitor” tidak memerlukan Plaintif untuk memplidkan butiran maklumat sulit di dalam mana-mana kertas kausa Plaintif. Plaintif percaya ini adalah isu undang-undang yang akan diperbahaskan sewaktu bicara kelak. (t) isu sama ada Defendan-Defendan tidak menfailkan sebarang pembelaan dalam Guaman di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya tidak melepaskan Defendan-Defendan daripada tanggungjawab untuk memelihara maklumat sulit anakguam ataupun bekas anakguam mereka. (u) isu kewujudan maklumat sulit tidak menjadi akademik semata-mata kerana permohonan “recusal” oleh Plaintif yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya. (v) isu mengenai terdapatnya keadaan konflik, “embarrassing” dan tanggungjawab berjaga-jaga adalah satu isu untuk dibicarakan dan ianya tidak dapat dilupuskan secara “summary”. [45] Berpegang dan berpandukan atas nasihat peguam cara Plaintif, Plaintif – • memplidkan butiran tanggungjawab kewajipan berjaga-jaga Defendan-Defendan dalam tuntutannya. Maka, Plaintif menafikan bahawa tanpa butiran tersebut bagaimanakah Defendan-Defendan boleh menfailkan pembelaan yang terperinci. • menyatakan bahawa pliding Plaintif bukannya berdasarkan spekulasi, tuduhan ataupun ketiadaan bukti. Segala bukti dan keterangan mengenai isu akan dikemukakan semasa bicara kelak. Plaintif menyatakan bahawa adalah menjadi “rule of pleading” bahawa hanya fakta yang relevan sahaja akan diplidkan dan bukannya bukti atau keterangan. • memplidkan bahawa tiada percanggahan alasan yang kononnya mengatakan bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga akan menjadi saksi dalam Guaman di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya dan oleh itu tiada maklumat rahsia yang dikongsikan. • bahawa tindakan dalam Guaman di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya adalah satu tindakan berkenaan dengan kemungkiran kontrak perkhidmatan Plaintif dan juga isu konspirasi oleh beberapa individu untuk menamatkan kontrak perkhidmatan Plaintif. Jika Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dipanggil memberikan keterangan, keterangan mereka adalah hanya akan berdasarkan kepada kronologi dan isu mengenai penamatan kontrak perkhidmatan sahaja dan bukannya isu mengenai maklumat sulit. Sekirannya terdapat sebarang soalan ataupun keterangan yang mendedahkan maklumat sulit, sudah tentu peguam cara Plaintif atau peguam cara pihak Defendan (sewaktu bicara) akan membantah kerana ianya bertentangan dengan prinsip seksyen 126 Akta Keterangan 1950. [46] Plaintif menafikan bahawa isu pecah rahsia adalah isu aib, remeh dan menyusahkan. Juga atas nasihat peguam cara Plaintif, Plaintif percaya bahawa permohonan Defendan-Defendan harus ditolak dengan kos kerana isu-isu yang dibangkitkan oleh Plaintif adalah jelas, bermerit dan harus dibicarakan. Dapatan Mahkamah: [47] Sebelum Mahkamah ini memberikan ruang dan peluang untuk peguam cara terpelajar Plaintif berhujah mengenai isu undang-undang dalam perbicaraan penuh, permohonan interlokutori oleh Defendan-Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif telah “dilayan” dahulu oleh Mahkamah ini, i.e Lampiran 13 dan Lampiran 15 yang difailkan oleh Defendan-Defendan. [48] Saya telah meneliti hujahan peguam cara terpelajar Plaintif akan berhujah mengenai isu kausa tindakan yang munasabah, ada atau tidak? [49] Peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa adalah undang-undang yang mantap bahawa untuk memutuskan isu ini, keterangan afidavit tidak mengikat Mahkamah. [50] Peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa perkara yang berikut menerangkan bahawa terdapat isu yang perlu dibicarakan di hadapan Mahkamah ini melalui keterangan saksi-saksi: (a) Plaintiff’s cause of action is premised on tort of negligence against the Defendants. The issue of negligence here is that the Defendants had breached their duty of confidentiality when they accepted the brief to act for the Plaintiff’s opponent. The cause of action premised on tort of negligence require the Court to investigate the facts surrounding the issues that has been raised. This is not a case where the facts are obviously unsustainable from the face of its pleading. (b) the fact that the Defendants have raised all the facts surrounding other legal suits which involved the Defendants as solicitor and the denial of any confidential information clearly shows that there are triable issues. These are facts which are disputed, and the affidavit evidence alone cannot be used to summarily dismissed the case. (c) the issue whether a particular information shared between a client and solicitor is or is not confidential and/or orivileged is a question of mix law and fact. This question cannot be determined by the Court through summary process but to be determined at trial. [51] Menurut hujahan peguam cara terpelajar Plaintif, Plaintif membantah permohonan pembatalan ini kerana alegasi Defendan-Defendan semata-mata spekulasi dan adalah tidak benar. Berdasarkan fakta adalah jelas bahawa Defendan-Defendan menerima untuk menjadi peguam kepada pihak yang disaman oleh Plaintif dalam guaman yang berbeza dalam tahun yang sama yang akhirnya diselesaikan. [52] Seterusnya, peguam cara terpelajar Plaintif menghujahkan bahawa sama ada Plaintif mengalami kerugian atau tidak sebagai akibat kepada perlanggaran maklumat sulit adalah isu serius yang perlu dibicarakan di hadapan Mahkamah ini. Isu ini tidak boleh ditentukan/diputuskan melalui keterangan afidavit. [53] Peguam cara terpelajar Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Plaintif sememangnya tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan. Ini kerana – (a) tindakan undang-undang di hadapan Mahkamah Tinggi ini ialah suatu saman oleh Plaintif terhadap Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) dan peguam-peguam dan rakan-rakan kongsi Defendan Keempat atas kausa tindakan kecuaian Defendan-Defendan dalam menerima pelantikan sebagai peguam Defendan-Defendan dalam Guaman di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya. (b) apabila bantahan Plaintif agar Defendan-Defendan mengundur diri daripada mewakili pihak BWFW Medic Sdn Bhd dan pengarah-pengarah BWFW Medic Sdn Bhd dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya, Defendan-Defendan mematuhi Perintah Mahkamah Sesyen Sivil tersebut. (c) alasan yang dinyatakan oleh Plaintif bahawa Plaintif terpaksa memohon agar Defendan-Defendan berhenti dari mewakili defendan-defendan dalam Guaman di Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya itu bukan suatu kausa tindakan baharu bagi writ saman dan pernyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi ini. Plaintif tidak mengalami apa-apa kerugian kerana Defendan-Defendan hanya memfailkan suatu Memorandum Kehadiran sahaja untuk defendan-defendan. Pembelaan belum difailkan oleh Defendan-Defendan untuk pihak syarikat BWFW Medic Sdn Bhd dan pengarah-pengarah BWFW Medic Sdn Bhd. [54] Berdasarkan fakta, Mahkamah ini mendapati bahawa perkara yang Plaintif ingin Mahkamah ini lakukan ialah – • dengan menyiasat hal keadaan sekeliling yang membelenggu pertikaian pihak-pihak iaitu Plaintif dan pihak syarikat BWFW Medic Sdn Bhd dan pengarah-pengarah BWFW Medic Sdn Bhd. • membenarkan tuntutan Plaintif untuk memperoleh Ganti rugi Am bersama-sama faedah pada kadar 5% setahun dari penyerahan writ sehingga tarikhg penyelesaian penuh dan mukatama; Ganti rugi Teladan dan/atau Ganti rugi Teruk; Faedah; Kos dan Perintah lain yang Mahkamah ini anggap sesuai dan adil. [55] Bagi tujuan menyiasat apakah perlanggaran tugas menyimpan maklumat sulit (confidential information) oleh Defendan-Defendan, Mahkamah ini perlu meneliti afidavit Defendan-Defendan yang diikrarkan oleh Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria) yang adalah peguam yang mengendalikan fail Plaintif khususnya yang melibatkan Defendan Kedua dan peguam Nooron Aini binti Zakaria (Defendan Ketiga). [56] Mahkamah ini mendapati bahawa fakta yang diplidkan adalah jelas bahawa Defendan Keempat merupakan firma guaman yang mewakili defendan-defendan (termasuk Plaintif dalam Guaman No. 397) manakala dalam Guaman No. 217 dan Guaman No. 287 tidak melibatkan Plaintif. Plaintif yang merupakan salah satu defendan dalam Guaman No. 397 tersebut menang dalam kes tersebut. [57] Dalam pengamatan dan penelitian Mahkamah ini kepada afidavit Plaintif dan Defendan Ketiga (Nooron Aini binti Zakaria), yang merupakan peguam ketika mewakili Plaintif, saya mendapati bahawa Guaman No. 397 tersebut adalah dimenangi oleh defendan-defendan (termasuk Plaintif). Maka, isu mengenai kos yang disebut oleh Plaintif tersebut bukanlah kos yang perlu Plaintif bayar kepada Defendan Keempat (Tetuan Azaine & Fakhrul) tetapi peguam kepada plaintif dalam Guaman No. 397 tersebut perlu membayar kos kepada defendan-defendan (termasuk Plaintif). Mahkamah ini memutuskan bahawa peguam cara terpelajar Plaintif dalam writ saman di hadapan Mahkamah ini telah keliru dengan keseluruhan fakta dan isu. [58] Walau pun peguam cara terpelajar Plaintif dalam writ saman di hadapan Mahkamah ini bebas untuk menasihati anakguamnya iaitu Plaintif, sewajarnya peguam cara terpelajar Plaintif perlu memahami kausa tindakan yang dibawa oleh Plaintif di Mahkamah Tinggi ini adalah mengenai tuntutan ganti rugi atas kemungkiran tanggungjawab fidusiari dan tanggungjawab untuk berhati-hati oleh peguam-peguam kepada anakguamnya. [59] Perkongsian maklumat sulit, maklumat rahsia dan maklumat istimewa oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan dalam tuntutan di Mahkamah amat perlu demi mempertahankan Plaintif. Hanya dengan maklumat lengkaplah peguam-peguam Plaintif iaitu Defendan-Defendan dapat membela Plaintif. [60] Perlantikan untuk mewakili syarikat BWFW Sdn Bhd oleh Defendan-Defendan apabila Plaintif menyaman bekas majikannya atas kausa pemberhentian dan/atau tidak disambung kontrak, telah ditangani oleh Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya dengan memutuskan bahawa Defendan-Defendan “recuse” themselves daripada mewakili syarikat BWFW Sdn Bhd. Keengganan Defendan-Defendan pada awal prosiding di Mahkamah Rendah tersebut tidak boleh menjadi punca kepada terkilannya Plaintif. [61] Bantahan Plaintif telah dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Sivil Petaling Jaya dengan kos sebanyak RM1000.00. Peguam cara terpelajar Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menghujahkan – “Selepas Plaintif berjaya dalam permohonan recusal tersebut, Defendan-Defendan atas perintah Mahkamah bukan lagi peguam Defendan-Defendan dalam Guaman PJ dan perintah tersebut tidak pernah dirayu. Sejak dari itu D4 tidak lagi bertindak sebagai peguam untuk Defendan-Defendan dalam Guaman PJ. Walau bagaimanapun selepas daripada itu, Plaintif telah bertindak untuk menyaman firma guaman D4 dan semua rakan kongsi D4 dalam tindakan ini pada 22.8.2023 dan Plaintif memplidkan di Jawapan Kepada Pembelaan kepada D2 dan D4 di perenggan 22.2 bahawa kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-defendan kononnya adalah “terdapatnya kecuaian defendan-defendan dalam menerima perlantikan mereka sehingga Plaintif terpaksa membuat permohonan recusal.”. [62] Mahkamah ini berpuas hati bahawa pengataan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bahawa tindakan undang-undang sejak tahun 2020 sehingga Ogos 2022 itu, Defendan Ketiga ialah peguam yang berurusan dengan Plaintif demi mengendalikan Guaman-Guaman terhadap Plaintif. [63] Mahkamah ini telah meneliti rumusan hujahan balas oleh peguam cara terpelajar Defendan Kedua dan Defendan Ketiga iaitu – “32. Defendan-defendan berhujah bahawa Maklumat sulit yang diplidkan Plaintif hanya di perenggan 15 (a) (b) (c) dan (d) PT sahaja. 32.1 Perenggan 15 (a) PT Plaintif mengatakan Plaintif ada maklumat mengenai representasi DK mengenai kontrak pekerjaannya tetapi sehingga hujahan balas ini difailkan Plaintif gagal menghujahkan isu ini dalan hujahan bertulisnya dan gagal membuktikan bila Defendan-defendan tahu mengenai representasi DK kepada Plaintif bahawa kontrak pekerjaannya sepatutnya 4 tahun bukan 3 tahun. Ini kerana D3 telah mengemukakan perbualan whatsapp yang ditulis oleh Plaintif sendiri yang kontraknya adakan tamat pada “end of Sep 2022” bermaksud kontraknya sebagai CEO hanya untuk tempoh 2 tahun di BWFW. Isu yang ditimbulkan jelas rekaan dan fitnah Plaintif semata-mata yang mana jelas aib, remeh dan menyusahkan. 32.2 Perenggan 15(b) PT Plaintif mengatakan Defendan ada maklumat DK pecah tugas fiduasiari kerana membuat syarikat pesaing dengan BWFW tetapi Defendan telah membuktikan DK membuka Andorra Healthcare Berhad dengan keizinan pemegang saham pada mesyuarat pemegang saham pada 3.3.2022 (N-13 perenggan 3.4 dan 3.5 minit EGM). Ini juga jelas tuduhan kosong untuk Plaintif menegakkan benang yang basah. 32.3 Perenggan 15 (c) PT Plaintif mengatakan beliau merasa sangsi dengan tindakan pengarah BWFW mengendalikan dan mengurus hospital dan Defendan mengatakan perasaan sangsi Plaintif bukan suatu kausa tindakan kerana tiada bukti yang kukuh. 32.4 Perenggan 15 (d) PT Plaintif mengatakan bahawa presentasi DK adalah palsu tetapi Plaintif gagal membuktikan Defendan-defendan mempunyai maklumat tersebut. 32.5 Perenggan 15 (e) PT Plaintif mengatakan ada konspirasi untuk memecat Plaintif tetapi Plaintif telah mengakui isu pemecatan tidak termasuk dalam maklumat sulit. 32.6 Dalam memplikan kononnya D2 dan D3 ada maklumat sulit, Plaintif kemudian memplidkan dalam affidavit dalam permohonan recusalnya, D2 dan D3 sepatut menjadi saksi dan bukan peguam dalam Guaman PJ. 33. Defendan berhujah bahawa segal tuduhan-tuduhan Plaintif terdiri daripada tuduhan dan dakwaan kosong yang tidak dapat dibuktkan kerana Plaintif tidak berjaya menyangkal semua bukti bertulis Plaintif melalui Whatsapp. Ia juga tidak mengambil kira permintaan Plaintif sendiri yang meminta D2 dan D3 menasihatkan DK dan HD defendan-defendan dalam Guaman 1, 2, 3 dan 4. Defendan-defendan merujuk kepada Kes Indah Desa Saujana Corporation Sdn Bhd & Ors v. James Foong Cheng Yuen & Anor (2008) 1 CLJ 651 … 35. Defendan-defendan mengatakan pernyataan Plaintif jelas blow hot and cold dan oleh itu tindakan Plaintif terhadap Defendan-defendan tidak boleh dikekalkan (obviously unsustainable). Kes-kes yang dirujuk Plaintif seperti Bandar Builder, Seruan Gemilang, Dilantha Ranjula dan Small Media Enterprise adalah terpakai untuk Mahkamah yang mulia ini membatalkan tindakan Plaintif kerana tindakan Plaintif jelas obviously unsustainable. 36. Oleh itu suatu perbicaraan penuh tidak perlu diadakan oleh mahkamah yang mulia ini kerana jelas segala pernyataan Plaintif tiada kausa tindakan, amat remeh aib dan menyusahkan dan merupakan salah satu penyalahgunaan proses mahkamah.”. [64] Mahkamah ini menyalin semula rumusan hujahan bertulis peguam cara terpelajar Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bukanlah bertujuan untuk mencari idea mengapa permohonan Aturan 18 oleh Defendan Pertama dan Defendan Keempat dibenarkan. Tetapi, penjelasan oleh peguam cara terpelajar Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah jitu dan padat untuk membuktikan bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah baseless dan tidak bermerit. Ianya adalah benar suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dan Mahkamah ini tidak perlu menyusahkan dirinya meminta Plaintif membuktikan tuntutan ganti rugi yang dipohonnya terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Sememangnya tidak wujud kausa tindakan munasabah terhadap Defendan-Defendan khususnya bagi Lampiran 13 ini terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. Kesimpulan [65] Dalam hal keadaan dan alasan yang saya nyatakan di atas, keputusan Mahkamah ini adalah permohonan yang difailkan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga terhadap keseluruhan tindakan Plaintif adalah teratur. Defendan Kedua dan Defendan Ketiga layak dan telah menepati requirements bagi pembatalan tindakan. [66] Dengan ini, Mahkamah ini membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dengan kos sebanyak RM4000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). Bertarikh: 5 Mac 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif: Komal Vijay Sheth Tetuan Preakas & Partners, Petaling Jaya Bagi Pihak Defendan Pertama dan Defendan Keempat: Zahiah Nasir Tetuan Zahiah Nasir & Co., Kuala Lumpur Bagi Pihak Defendan Kedua dan Defendan Ketiga: Nooron Aini binti Zakaria Tetuan Azaine & Fakhrul, Ampang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.