Majistret dalam membenarkan tuntutan Plaintif telah membuat penemuan sebagimana dalam Alasan Penghakimannya seperti berikut: a) Plaintif telah dengan sempurna menjalakan tugas mereka menyediakan dokumentasi bagi jual beli hartanah tersebut dan pastinya perlu dibayar atas kerja dan perkhidmatan mereka tersebut. Adalah menjadi pendirian plaintif bahawa kerja yang mereka bukanlah percuma. b) Defendan pula, mempunyai asas yang kukuh untuk menyatakan bahawa mereka tiada apa-apa hubungan dan ikatan kontraktual dengan plaintif yang membuatkan mereka bertanggungjawab untuk membayar kerja yang dijalankan plaintif. Malah, perjanjian jual beli hartanah tersebut menyatakan dengan jelas bahawa pembeli lah yang perlu membayar yuran guaman bagi perkhidmatan yang disediakan plaintif. c) Pembeli-pembeli tersebut tidak dijadikan pihak kerana dokumen defendan di muka surat 5 IDB telah menyatakan bahawa yuran guaman dan duti setem adalah percuma. 10) Mahkamah telah memutuskan pada 10.1.023 yang lalu bahawa tuntutan plaintif adalah dibenarkan dengan kos. 11) Menimbang keterangan saksi kedua-dua pihak serta bukti-bukti yang dikemukakan, alasan mengapa mahkamah memutuskan sedemikian adalah seperti berikut: a) Mahkamah merujuk kepada dokumen di muka surat 5 IDB, yang menjadi antara sandaran utama pihak plaintif, namun ditegaskan pihak defendan hanyalah untuk kegunaan dalaman mereka, menunjukkan bahawa defendan sendiri yang telah memberi pengecualian yuran guaman bagi pembelian hartanah tersebut. Malah pembeli-pembeli tersebut menyatakan di dalam keterangan mereka bawa antara factor yang menarik mereka membeli hartanah tersebut ialah pengecualian bayaran yuran guaman. b) Tidak dapat dinafikan bahawa penyediaan dokumen ini tidak melibatkan plaintif mahupun pembeli-pembeli tersebut. Namun, dokumen ini telah diletak di dalam bahagian B Ikatan Dokumen Bersama dan boleh dipertimbangkan sebagai bukti. c) Mahkamah, menimbang dokumen ini bersama dokumen-dokumen lain antaranya di muka surat 1, 56, 57, 261 dan 262 IDB, beserta keterangan saksi defendan khususnya pada soalan dan jawapan 6, 7 dan 11, 12, 13, 14, 15 dan 16 mendapati bahawa defendan sememangnya bertanggungjawab untuk membayar yuran guaman kepada plaintif bagi kerja yang telah dilakukan plaintif dalam menyedikan segala bentuk dokumentasi jual beli hartanah tersebut. 8 d) Pengecualian pembayaran yuran guaman serta duti setem yang disebut di dokumen muka surat 5 IDB ini telah sama sekali mengeluarkan pembeli-pembeli tersebut dari tanggungjawab membayar yuran guaman plaintif meskipun perjanjian jual beli menyebut sebaliknya. e) Melihat kepada dokumen dan keterangan saksi defendan yang dirujuk mahkamah sepertimana di para (c) di atas, di atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati ianya menunjukkan kepada pengakuan kebertanggungjawaban oleh defendan untuk membayar yuran guaman kepada plaintif, Cuma yang dipertikaikan hanyalah jumlah. f) Defendan hanya bersetuju untuk membayar kepada plaintif jumlah sepertimana skala di soalan dan jawapan 6 penyata saksi satu-satunya saksi defendan. g) Sedangkan, plaintif menuntut berdasarkan skala yang diperuntukkan di bawah Solicitor Remuneration Order 2005 (SRO 2005). h) Mahkamah merujuk kepada otoriti undang-undang yang dikemukakan defendan sendiri di dalam hujahan mereka iaitu kes SCORE OPTIONS SDN BHD v. MEXALAND DEVELOPMENT SDN BHD [2012] 7 CLJ 802 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “ A contract cannot override a statute by inventing a right which is not recognised by statute. The court could not give recognition to such a right”. i) Maka adalah suatu undang-undang yang mantap bahawa peruntukan statutori mengatasi terma-terma yang dipersetujui pihak-pihak. Kesimpulan 12) Jelas terdapat persetujuan di pihak defendan untuk membayar yuran guaman kepada plaintif. Namun, yang dipertikaikan ialah jumlah yang boleh dituntut oleh plaintif di mana defendan berpendirian jumlah yang layak dituntut plaintif dari mereka adalah sepertimana di email di muka surat 1 IDB dan diulangi di dalam soalan dan jawapan 6 penyata saksi defendan. 13) Namun, berdasarkan otoriti SCORE OPTIONS SDN BHD (supra), plaintif sememangnya layak untuk menuntut jumlah yuran guaman berdasarkan SRO 2005 dan itulah jumlah yang mereka tuntut di dalam kes ini