whether documents are relevant to the Appellant/Plaintiff and/or to this suit. The Parties and the Outcome of the Interlocutory Application at the Sessions Court [7] The Plaintiff (Appellant here) in the Sessions Court is ATE Solution Sdn Bhd while the Defendant (Respondent here) in the Sessions Court is Pharn Kai Yee. [8] The allegations hurled by the Plaintiff against the Defendant in the main action are, inter alia, breach of trust and breach of fiduciary duties as the director of the Plaintiff. [9] In an interlocutory application, the Defendant succeeded in expunging the Plaintiff’s 51 documents on the grounds that first, the Plaintiff did not invoke the procedure in Order 24 and/or Order 26 of the Rules of Court, 2012 to obtain the said impugned documents; second, the impugned documents were irrelevant and third, the said documents were obtained illegality. [10] The learned Sessions Court Judge reasoned as follows: LATARBELAKANG KES Ini adalah rayuan Perayu/Plaintif terhadap keputusan Mahkamah ini bertarikh 3/8/2023 yang membenarkan Notis Permohonan Defendan (Lampiran 13) dengan kos dalam kausa. Mahkamah telah meneliti Notis Permohonan, Afidavit-afidavit, hujahan bertulis dan otoriti kedua-dua pihak. Alasan Mahkamah membenarkanLampiran 13 adalah seperti berikut: [1] Notis Permohonan Lampiran 13 adalah permohonan Defendan di bawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidangkuasa sedia ada Mahkamah untuk satu perintah bahawa: a) Satu perintah bahawa dokumen-dokumen di bilangan 2, 7, 11, 12,13,14, 15, 16, 17,18, 19, 20, 21, 22, 23, 24, 27,28,29,30, 31,32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 41, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 51, 53, 55, 57, 58, 59, 60, 61, 62, 63, 66, 67 dan 68 Ikatan Dokumen Plaintif dibatalkan dan/atau dikeluarkan dan/atau dibuang (expunge) daripada kertas-kertas kausa Mahkamah bagi tujuan perbicaraan Mahkamah ini; b) Kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; c) Apa-apa perintah selanjutnya atau selainnya yang difikirkan patut dan adil oleh Mahkamah yang Mulia ini. [2] Alasan permohonan Defendan adalah seperti dinyatakan dalam affidavit sokongan Lampiran 14 yang mana antara lain menyatakan bahawa: a) Defendan mendakwa Plaintif mendapatkan dokumendokumen tersebut tanpa kebenaran Defendan dan/atau mencuri dokumen-dokumen peribadi Defendan yang berkaitan dengan perniagaan yang dimilik secara tunggal oleh Defendan iaitu STP Industrial Supply yang Defendan tubuhkan sejak 2013. b) Dokumen-dokumen tersebut juga adalah merangkumi dokumen-dokumen antara STP Industrial Supply dan pembekal-pembekal perniagaan Defendan dan resit-resit perniagaan Defendan. c) Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti dalam eksibit “PKY-2”. d) Defendan telah membuat laporan polis pada 5/5/2023 sebagaimana dalam eksibit “PKY-3”. e) Defendan menyatakan bahawa dokumen-dokumen yang dinyatakan tidak berkait dengan Plaintif dan tidak releven dengan tindakan Plaintif terhadap Defendan. Defendan menyatakan bahawa STP Industrial Supply bukan pihak dalam tindakan di sini. … [14] Oleh demikian, berbalik semula kepada isu berbangkit, melalui Perenggan 6 di Lampiran 16 afidavit jawapan Plaintif, Plaintif sendiri mengakui bahawa dokumen-dokumen tersebut termasuk resit-resit yang dinyatakan adalah milik Defendan dan berkait dengan perniagaan Defendan semata. [15] Jika benar, adakah Plaintif telah mendapat persetujuan atau keizinan Defendan untuk mengemukakan dokumen tersebut? Adakah Plaintif berhak berbuat demikian walaupun tanpa kebenaran atau keizinan tuanpunya jika sekalipun dokumen-dokumen tersebut amat berguna bagi Plaintif dalam membuktikan dakwaan mereka? [16] Dalam affidavit Defendan, mereka mengaku tidak pernah memberi keizinan atau dimaklumkan tentang perkara ini. Dokumen-dokumen tersebut diperolehi tanpa izin dan tidak sah. Defendan juga mendakwa dokumen-dokumen tersebut telah dicuri daripada milikan Defendan dan oleh sebab itu, Defendan telah membuat laporan polis pada 5/5/2023 sebagaimana dalam eksibit “PKY-3”. [17] Pada peringkat ini, Mahkamah dapati bahawa Defendan merasakan hak mereka telah diprejudiskan. Jika benar sekalipun dokumendokumen tersebut adalah relevan dalam tindakan ini, pada hemat Mahkamah, ia boleh dibuat melalui cara sepatutnya seperti proses Penzahiran dan pemeriksaan dokumen (Discovery) atau Interogatori di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. … [18] Isu seterusnya – adakah dokumen-dokumen tersebut relevan dan berkait dengan tuntutan Plaintif di sini? [19] Adalah tidak dipertikaikan dan menjadi fakta dipersetujui bahawa dokumen-dokumen dan resit-resit yang dinyatakan adalah berhubung transaksi syarikat STP Industrial Supply yang dimiliki secara tunggal oleh Defendan dan ditubuhkan oleh Defendan sejak 2013. [20] Ia juga melibatkan transaksi dan urusniaga antara STP Industrial Supply dengan Pembekal-pembekal mereka. Kedua-dua STP Industrial Supply dan pembekal-pembekal bukanlah pihak dalam tindakan di sini dan tuntutan Plaintif hanya terhadap Defendan semata-mata. [21] Plaintif berhujah bahawa peruntukan seksyen 7 – 9 Akta Keterangan 1950 terpakai dalam keadaan ini dan menyatakan bahawa penerimaan sesuatu dokumen adalah isu undang-undang. Mahkamah bersetuju dengan hujahan ini. Walaupun begitu, terdapat juga peruntukan yang perlu diteliti sebagai contoh bagaimana sesuatu bukti atau dokumen diperolehi? Mahkamah akur dengan keputusan Mahkamah Atasan dalam kes DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM V PUBLIC PROSECUTOR & ANORTHER APPEAL [2015] 2 MLJ 293 sebagaimana dirujuk oleh pihak Plaintif tetapi dalam tindakan ini, Mahkamah merasakan adalah lebih tepat jika Plaintif mengemukakan dokumen-dokumen tersebut melalui prosedur yang betul dan diperuntukan dalam kaedah sebagaimana Mahkamah nyatakan sebelum ini. [22] Mahkamah merujuk kepada kes TENAGA NASIONAL BERHAD v. API-API AQUACULTURE SDN BHD [2015] 1 LNS 65 yang memutuskan perkara yang sama seperti berikut: “(c) the rule that illegally obtained evidence is admissible provided that such evidence is relevant to the case, is also applicable to civil cases. … [23] Walaupun jelas isu penerimaan dokumen yang diperolehi secara tidak sah ini diputuskan sebelum-sebelum ini, Mahkamah berpandangan bahawa dalam kes sivil terutama melibatkan kes di hadapan kita sekarang, dokumen-dokumen yang dinyatakan adalah tidak mustahil boleh diperolehi oleh Plaintif. Apa yang perlu adalah cara sepatutnya bagi mendapatkan dokumen-dokumen tersebut (sebagaimana ada diperuntukkan dalam kaedah dan aturan Mahkamah) jika Plaintif merasakan dokumen-dokumen tersebut adalah penting bagi membuktikan tuntutan mereka. [24] Mahkamah masih mempunyai budibicara dalam hal ini. Tambahan pula, walaupun keterangan yang diperolehi secara tidak sah diterima sebagai sebahagian keterangan, Mahkamah masih mempunyai kuasa samada akan menerima atau menolak keterangan tersebut (weight of such evidence) kelak. [25] Mahkamah merujuk keputusan kes MUHIBBAH ENGINEERING