Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCVC-71-06/2024 ANTARA AUNG HLAING WIN (No. Pasport Republik Kesatuan Myanmar: MF335909) . .…… PLAINTIF
JA-22NCvC-71-06/2024
High Court of Malaysia4 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCVC-71-06/2024 ANTARA AUNG HLAING WIN (No. Pasport Republik Kesatuan Myanmar: MF335909) . .…… PLAINTIF
1
XUANDE MINING SDN. BHD. [No. Syarikat: 202301043068 (1536984-V)]
2
STEPHEN LIM SIN CHYE (No. K/P: 721019-10-5129). ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [Lampiran 9 – Permohonan Mengenepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan]
1
Ini ialah permohonan oleh Defendan-Defendan, iaitu Xuande Mining Sdn Bhd dan Stephen Lim Sin Chye (selepas ini dirujuk sebagai “Defendan”), untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan bertarikh 30.08.2024 di bawah Aturan 19 Kaedah 9 17/12/2025 14:43:15 JA-22NCvC-71-06/2024 Kand. 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang telah diperoleh oleh Plaintif dibawah Aturan 19 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
2
Minit Mahkamah menunjukkan bahawa semasa pengurusan kes pada 31.07.2024, Mahkamah telah memberikan arahan yang jelas dan khusus, antaranya:
a
Defendan-Defendan memfailkan Pembelaan pada atau sebelum 14.08.2024;
b
Plaintif memfailkan Jawapan kepada Pembelaan atau Tuntutan Balas (jika ada) pada atau sebelum 28.08.2024;
c
Defendan memfailkan Pembelaan kepada Tuntutan Balas (jika ada) pada atau sebelum 11.09.2024; dan
d
Semua permohonan interlokutori difailkan pada atau sebelum 25.09.2024.
3
Defendan-Defendan gagal mematuhi arahan Mahkamah tersebut. Plaintif, walaupun tidak diwajibkan, telah memberikan satu notis tujuh (7) hari bertarikh 22.08.2024 kepada Defendan-Defendan sebagai langkah berhati-hati dan adil memandangkan Defendan tidak memfailkan Pembelaannya pada tarikh 14.08.2024 sebagaimana arahan Mahkamah semasa Pengurusan kes pada 31.07.2024.
4
Namun demikian, Defendan-Defendan masih gagal memfailkan Pembelaan. Akibatnya, Plaintif telah memohon dan memperoleh Penghakiman Ingkar Pembelaan secara teratur pada 30.08.2024.
5
Pembelaan Defendan hanya difailkan pada 22.11.2024, iaitu hampir tiga (3) bulan selepas penghakiman ingkar dimasukkan, dan permohonan mengetepikan penghakiman hanya difailkan selepas itu.
6
Melalui Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Lim Boon Kong, Defendan menyatakan bahawa kelewatan berlaku kerana masa yang diambil untuk mendapatkan arahan anak guam. Tiada alasan lain yang dikemukakan, dan tiada sebarang bukti sokongan dikemukakan bagi menjelaskan kegagalan mematuhi arahan Mahkamah.
7
Berdasarkan afidavit dan hujahan bertulis pihak-pihak, Mahkamah perlu menentukan isu-isu berikut:
i
Sama ada terdapat alasan munasabah atas kelewatan Defendan memfailkan Pembelaan;
II
(ii) Sama ada Pembelaan yang dikemukakan mempunyai merit atau menimbulkan isu boleh dibicarakan (‘triable issue’);
III
(iii) Sama ada permohonan mengetepikan penghakiman ini telah difailkan dengan segera; dan (iv Sama ada tindakan mengetepikan penghakiman akan mempengaruhi atau memprejudiskan Plaintif. PRINSIP UNDANG-UNDANG TERPAKAI
8
Prinsip undang-undang berkaitan permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar pembelaan adalah mantap. Dalam kes Universiti Sains Malaysia v Ku Zilati bt Ku Shaari & Ors [2023] 8 MLJ 270, Mahkamah Tinggi menegaskan bahawa apabila sesuatu penghakiman ingkar diperoleh secara teratur, beban terletak ke atas defendan untuk menunjukkan bahawa:
a
terdapat pembelaan bermerit; dan
b
pembelaan tersebut bukan sekadar penafian kosong (‘bare denials’).
9
Dalam kes tersebut, Mahkamah secara jelas telah merujuk dan mengguna pakai prinsip Mahkamah Persekutuan dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 2 MLJ 565; [1997] 3 CLJ 305 (FC), yang memutuskan bahawa defendan mesti mengemukakan suatu ‘affidavit of merits’ yang mendedahkan isu substantif dan boleh dibicarakan.
10
Prinsip yang sama turut ditegaskan dalam kes Pengkalan Concrete Sdn Bhd v Chow Mooi (Guarantor of Kin Hup Seng Construction Sdn Bhd) & Anor [2003] 3 MLJ 67; [2003] 6 CLJ 326, bahawa pembelaan yang bersifat umum dan ‘evasive’ tidak mencukupi untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar yang diperoleh secara teratur.
11
Dalam kes Sri Minal Construction Sdn Bhd v Mobil Oil Malaysia Sdn Bhd [2006] 1 MLJ 746 (CA), Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa kegagalan mematuhi peraturan Mahkamah dan garis masa prosedural adalah risiko yang perlu ditanggung oleh litigant sendiri. ANALISA & DAPATAN MAHKAMAH Isu I: Sama ada terdapat alasan munasabah atas kelewatan Defendan memfailkan
12
Isu pertama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ialah sama ada Defendan telah mengemukakan alasan yang munasabah dan boleh diterima bagi menjelaskan kegagalan mereka memfailkan Pembelaan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan secara jelas oleh Mahkamah.
13
Adalah tidak dipertikaikan bahawa Mahkamah, semasa pengurusan kes pada 31.07.2024, telah memberikan arahan yang khusus dan agar Defendan memfailkan Pembelaan pada atau sebelum 14.08.2024. Arahan ini adalah perintah Mahkamah yang wajib dipatuhi dan bukan sekadar garis panduan pentadbiran.
14
Mahkamah menegaskan bahawa kegagalan mematuhi arahan Mahkamah bukanlah suatu perkara kecil atau bersifat teknikal. Ia menyentuh kepada disiplin prosiding dan kewibawaan Mahkamah dalam mengurus kes secara adil dan cekap, selaras dengan objektif Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
15
Dalam kes ini, Mahkamah meneliti Afidavit Sokongan Defendan dan mendapati bahawa satu-satunya alasan yang dikemukakan bagi kelewatan tersebut ialah bahawa Defendan memerlukan masa untuk mendapatkan arahan anak guam. Tiada butiran lanjut diberikan, tiada kronologi dijelaskan, dan tiada dokumen sokongan dikemukakan untuk menyokong alasan tersebut.
16
Mahkamah berpendapat bahawa alasan sedemikian, tanpa lebih, tidak boleh diterima sebagai alasan munasabah, khususnya dalam keadaan di mana Defendan diwakili oleh peguam dan sepenuhnya sedar akan implikasi kegagalan mematuhi garis masa Mahkamah.
17
Mahkamah juga mengambil kira bahawa Defendan tidak mengambil sebarang langkah proaktif untuk mengurangkan atau menjelaskan kelewatan tersebut. Defendan tidak memohon lanjutan masa dibawah Aturan 3 Kaedah 5 KKM 2012, tidak memfailkan sebarang permohonan interim, dan tidak memaklumkan Mahkamah atau pihak Plaintif mengenai sebarang kesukaran yang kononnya dihadapi.
18
Sebaliknya, Plaintif telah bertindak secara berhemat dan adil dengan memberikan notis tujuh (7) hari bertarikh 22.08.2024 yang telahpun melepasi tarikh sebenar yang sepatutnya Defendan memfailkan pembelaan iaitu pada 14.8.2024, walaupun Plaintif tidak diwajibkan berbuat demikian. Ini bermakna 07 hari notis yang diberikan oleh Plaintif adalah bonus bagi tambahan hari pemfailan Pembelaan iaitu dari tarikh sepatutnya 14.8.2024 atas budi bicara Palintif menunggu lagi sehingga ke tarikh 29.8.2024. Walau bagaimanapun, Defendan masih gagal bertindak balas atau memfailkan Pembelaan dalam tempoh lanjutan tersebut. Akhirnya pada 30.8.2024 Plaintif telah memasukkan Deraf Penghakiman Ingkar Pembelaan. Ironiknya bermula dari 30.8.2024 tiada permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan oleh Defendan dari tarikh 30.8.2024 tersebut sehinggalah pada saat-saat akhir sehari sebelum Pengurusan Kes seterusnya ditetapkan iaitu pada 24.11.2024 baharulah Defendan memasukkan Notis Permohonan di
Lampiran
Lampiran 9 ini iaitu lebih kurang 03 bulan setelah Plaintif memfailkan Penghakiman Ingkar Pembelaan iaitu pada 30.8.2024. 19. Tingkah laku ini, pada pandangan Mahkamah, menunjukkan suatu sikap sambil lewa serta acuh tidak acuh dan kurangnya kesungguhan (‘lack of diligence’) dalam mematuhi prosiding Mahkamah, dan tidak selari dengan prinsip bahawa litigant mesti bertindak dengan penuh kebertanggungjawaban dalam mempertahankan haknya sendiri. 20. Mahkamah menegaskan bahawa beban untuk menjelaskan kelewatan terletak sepenuhnya ke atas Defendan sebagai pihak yang ingkar. Kegagalan Defendan untuk mengemukakan penjelasan yang khusus, konsisten dan disokong bukti adalah faktor yang berat terhadap penggunaan budi bicara Mahkamah memihak kepada mereka. 21. Mahkamah juga mengambil kira bahawa Pembelaan hanya difailkan pada 22.11.2024, iaitu hampir tiga (3) bulan selepas Penghakiman Ingkar Pembelaan dimasukkan. Kelewatan yang begitu ketara ini, tanpa penjelasan yang munasabah, tidak boleh diketepikan sebagai kecuaian kecil atau kesilapan teknikal semata-mata. 22. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah berpendapat bahawa Defendan telah gagal melepasi syarat utama yang diperlukan untuk membolehkan Mahkamah mempertimbangkan pelaksanaan budi bicaranya bagi mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan. 23. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa Defendan gagal menunjukkan sebarang alasan munasabah bagi kelewatan memfailkan Pembelaan dan kegagalan mematuhi arahan Mahkamah. Kegagalan ini, dengan sendirinya, adalah faktor yang serius dan memihak kepada penolakan permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan. Kegagalan ini menunjukkan sikap sambil lewa dan ketidakpatuhan serius terhadap arahan Mahkamah. Isu II: Sama ada Pembelaan yang dikemukakan mempunyai merit atau menimbulkan isu boleh dibicarakan (‘triable issue’). 24. Isu kedua yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ialah sama ada yang dikemukakan oleh Defendan mendedahkan suatu pembelaan bermerit atau sekurang-kurangnya menimbulkan isu boleh dibicarakan (’triable issue’) yang wajar untuk dibawa ke perbicaraan penuh. 25. Prinsip undang-undang berhubung isu ini adalah mantap. Apabila sesuatu Penghakiman Ingkar Pembelaan diperoleh secara teratur, beban terletak sepenuhnya ke atas Defendan untuk menunjukkan bahawa mereka mempunyai suatu pembelaan yang bukan sahaja bersifat boleh dipertikaikan, tetapi juga substantif dan ‘bona fide’, dan bukan sekadar penafian kosong. 26. Prinsip ini telah ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee & Anor [1997] 2 MLJ 565; [1997] 3 CLJ 305 (FC), seperti yang telah dirujuk dan diaplikasikan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Universiti 270. Sains Malaysia v Ku Zilati bt Ku Shaari & Ors [2023] 8 MLJ Dalam kes tersebut, Mahkamah menegaskan bahawa Defendan mesti mengemukakan suatu affidavit of merits yang mendedahkan isu fakta atau undang-undang yang boleh dibicarakan, dan bukan sekadar penafian umum. 27. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Defendan telah memfailkan Pembelaan bertarikh 22 November 2024, iaitu selepas Penghakiman Ingkar Pembelaan diperoleh. Mahkamah telah meneliti Pembelaan tersebut secara keseluruhan dan mendapati bahawa ia tidak memenuhi syarat utama pembelaan bermerit sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang. 28. Pembelaan tersebut, pada intipatinya, hanya mengandungi penafian umum dan tidak disokong oleh fakta-fakta khusus yang menyangkal tuntutan utama Plaintif. Defendan gagal menafikan secara substantif fakta utama bahawa Plaintif telah membayar sepenuhnya jumlah RM2,400,000.00 di bawah ‘Preference Share Subscription Agreement’, manakala Defendan pula gagal mengeluarkan saham utama yang dijanjikan atau memulangkan wang tersebut. Ianya adalah seperti suatu dakwaan kosong (‘bare assertion’) yang tidak semestinya merupakan suatu isu boleh dibicarakan (‘triable issue’) yang mewajibkan sesuatu kes dibawa ke perbicaraan penuh. Ini adalah sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Mahkamah Rayuan, Abdol Mulok Awang Damit v Perdana Insustri Holdings Bhd [2003] 3 CLJ 497, Mahkamah Rayuan memutuskan di halaman 503-504 sebagaimana berikut: “…Bare assertion does not necessarily amount to a triable issue thereby compelling a case to go for a full trial. It may still be subject to curial scrutiny for its value” 29. Lebih ketara lagi, Pembelaan Defendan tidak mengemukakan sebarang fakta alternatif, dokumen sokongan atau hujahan undang-undang yang boleh menimbulkan persoalan sah mengenai kewujudan liabiliti atau hak Plaintif. Pembelaan tersebut juga tidak memperincikan sebarang isu kontrak, salah nyata, kegagalan syarat atau pembelaan undang-undang lain yang lazimnya diperlukan untuk mewujudkan suatu ‘triable issue’. 30. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah berpendapat bahawa Pembelaan Defendan adalah bersifat ‘sham’, ‘evasive’ dan tidak ‘bona fide’, serta tidak lebih daripada suatu percubaan lewat untuk mengelakkan akibat Penghakiman Ingkar Pembelaan yang telah diperoleh secara sah. Ini bersesuaian sepertimana yang diputuskan di dalam kes Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors vs United Malayan Banking Bhd [1994] 1 CLJ 328, the Supreme Court memutuskan bahawa pembelaan Defendan haruslan bukan bersifat direka-reka dan tidak munasabah dan bukan merupakan suatu pembelaan palsu (‘sham defence’), sebaliknya suatu pembelaan ‘prima facie’ yang menimbulkan isu-isu serius sebagai suatu pembelaan munasabah dan ‘bona fide’ yang wajar dibicarakan; jika tidak, permohonan tersebut hendaklah gagal. Kes Hasil Bumi (supra) di halaman 329, Mahkamah Agung memutuskan seperti berikut: “… the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence there is no defence and the application must fail.” 31. Mahkamah juga mengambil kira bahawa Pembelaan ini hanya difailkan selepas Penghakiman Ingkar Pembelaan dimasukkan, dan bukan sebagai suatu reaksi segera atau ‘bona fide’ untuk mempertahankan tindakan ini sejak awal. Keadaan ini mengukuhkan lagi dapatan Mahkamah bahawa Pembelaan tersebut bukanlah suatu pembelaan yang benar-benar ingin dibicarakan, tetapi sekadar suatu langkah taktikal. Tiada juga permohonan lanjutan masa di failkan untuk membolehkan Mahkamah ini menimbang semula akan isu pemfailan pembelaan tersebut. 32. Prinsip bahawa pembelaan yang sekadar mengandungi penafian umum tidak mencukupi turut ditegaskan dalam kes Pengkalan Concrete Sdn Bhd v Chow Mooi (Guarantor of Kin Hup Seng Construction Sdn Bhd) & Anor [2003] 3 MLJ 67; [2003] 6 CLJ 326, di mana Mahkamah memutuskan bahawa pembelaan mesti mendedahkan isu sebenar yang memerlukan penentuan Mahkamah, dan bukannya sekadar menyangkal dakwaan secara umum. 33. Dalam menimbang pelaksanaan budi bicara untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan, Mahkamah menegaskan bahawa ia tidak boleh membenarkan prosiding ini dilanjutkan semata-mata untuk memberi peluang kedua kepada Defendan yang gagal mematuhi peraturan Mahkamah, tanpa sebarang pembelaan yang wajar untuk dipertimbangkan. 34. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa Pembelaan Defendan tidak mendedahkan sebarang isu boleh dibicarakan dan gagal menunjukkan kewujudan pembelaan bermerit. Kegagalan ini merupakan faktor yang sangat berat dan secara sendiri mencukupi untuk menolak permohonan mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan. Isu III: Sama ada permohonan mengetepikan penghakiman ini telah difailkan dengan segera. 35. Isu ketiga yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ialah sama ada Defendan telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan dengan segera, iaitu dalam tempoh masa yang munasabah selepas penghakiman tersebut diperoleh oleh Plaintif. 36. Prinsip undang-undang adalah jelas bahawa walaupun Mahkamah mempunyai budi bicara yang luas untuk mengetepikan sesuatu penghakiman ingkar, budi bicara tersebut hanya boleh dilaksanakan sekiranya pihak yang ingkar bertindak dengan segera, jujur dan ‘bona fide’ sebaik sahaja menyedari kewujudan penghakiman tersebut. 37. Keperluan untuk bertindak dengan segera bukanlah suatu formaliti kosong. Ia merupakan indikator penting sama ada Defendan benar-benar berhasrat untuk mempertahankan tindakan ini secara serius, atau sekadar bertindak secara tindak balas selepas berhadapan dengan akibat penghakiman ingkar. 38. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, fakta yang tidak dipertikaikan menunjukkan bahawa Penghakiman Ingkar Pembelaan telah diperoleh oleh Plaintif pada 30.8.2024. Walau bagaimanapun, Defendan hanya memfailkan Pembelaan dan seterusnya permohonan untuk mengetepikan penghakiman tersebut pada 22.11.2024, iaitu hampir tiga (3) bulan kemudian. 39. Mahkamah mendapati bahawa kelewatan ini adalah ketara dan signifikan, dan bukan suatu kelewatan kecil yang boleh diketepikan. Lebih penting, Defendan gagal mengemukakan sebarang penjelasan yang munasabah atau terperinci untuk menerangkan mengapa permohonan tersebut tidak difailkan dengan lebih awal. 40. Alasan yang sama dikemukakan oleh Defendan, iaitu kononnya masa diperlukan untuk mendapatkan arahan anak guam, telah pun ditolak oleh Mahkamah sebagai tidak munasabah dalam konteks Isu I. Alasan tersebut tidak boleh diterima semula untuk menjustifikasikan kelewatan dalam memfailkan permohonan ini. 41. Mahkamah juga mengambil kira bahawa sepanjang tempoh tersebut, Defendan tidak mengambil sebarang langkah interim, sama ada untuk memaklumkan Mahkamah mengenai hasrat mereka untuk mencabar penghakiman ingkar, atau untuk memohon penangguhan atau lanjutan masa secara formal. 42. Tingkah laku sedemikian, pada pandangan Mahkamah, menunjukkan bahawa Defendan tidak bertindak dengan segera atau ‘bona fide’, sebaliknya membiarkan masa berlalu tanpa sebarang tindakan bermakna sehingga kedudukan Plaintif menjadi semakin kukuh berdasarkan penghakiman yang telah diperoleh secara sah. 43. Mahkamah menegaskan bahawa kelewatan yang tidak dijelaskan dengan munasabah dalam memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar merupakan faktor yang serius dan berat terhadap pelaksanaan budi bicara Mahkamah. Kelewatan tersebut menjejaskan prinsip kepastian undang-undang dan keberkesanan pengurusan kes oleh Mahkamah. 44. Walaupun benar bahawa kelewatan semata-mata tidak secara automatik menafikan hak Defendan untuk memohon pembatalan penghakiman, kelewatan yang panjang dan tidak beralasan, apabila dibaca bersama dengan kegagalan Defendan menunjukkan pembelaan bermerit, mengukuhkan lagi kesimpulan bahawa permohonan ini tidak wajar dilayan. 45. Dalam konteks ini, Mahkamah mendapati bahawa Defendan gagal meyakinkan Mahkamah bahawa permohonan ini difailkan dalam tempoh masa yang munasabah atau dengan kesungguhan yang sewajarnya. 46. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa permohonan Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan tidak difailkan dengan segera, dan kelewatan hampir tiga (3) bulan tanpa alasan munasabah merupakan faktor tambahan yang memihak kepada penolakan permohonan ini. Isu IV: Sama ada tindakan mengetepikan penghakiman akan mempengaruhi atau memprejudiskan Plaintif. 47. Isu terakhir yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ialah sama ada tindakan mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan yang telah diperoleh oleh Plaintif secara teratur akan menimbulkan prejudis kepada Plaintif. 48. Prinsip undang-undang adalah jelas bahawa dalam menimbangkan pelaksanaan budi bicara untuk mengetepikan sesuatu penghakiman ingkar, Mahkamah bukan sahaja perlu menilai kepentingan Defendan sebagai pihak yang ingkar, tetapi juga perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada hak dan kedudukan Plaintif yang telah mematuhi peraturan Mahkamah dan memperoleh penghakiman tersebut secara sah. 49. Prejudis dalam konteks ini tidak terhad kepada isu kos semata-mata, tetapi merangkumi ketidakadilan yang timbul apabila Plaintif, yang telah bertindak dengan berhemat dan mematuhi arahan Mahkamah, dipaksa untuk mengulangi atau melanjutkan prosiding tanpa sebab yang munasabah, semata-mata untuk menampung kecuaian atau kelalaian Defendan. 50. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah bertindak secara wajar dan adil sepanjang prosiding. Plaintif bukan sahaja mematuhi semua garis masa yang ditetapkan oleh Mahkamah, malah telah memberikan notis tujuh (7) hari bertarikh 22.08.2024 kepada Defendan, walaupun Plaintif tidak diwajibkan berbuat demikian. 51. Walaupun diberikan peluang tambahan tersebut, Defendan tetap gagal memfailkan Pembelaan atau mengambil sebarang langkah bermakna untuk mematuhi arahan Mahkamah. Plaintif kemudiannya memperoleh Penghakiman Ingkar Pembelaan secara teratur pada 30.08.2024, selaras dengan Aturan 19 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 52. Mahkamah berpandangan bahawa membenarkan permohonan Defendan dalam keadaan ini akan menafikan manfaat prosedural yang sah kepada Plaintif dan akan menghantar mesej yang salah bahawa ketidakpatuhan terhadap arahan Mahkamah boleh diperbetulkan tanpa akibat yang serius. 53. Tambahan pula, Mahkamah mengambil kira bahawa kelewatan yang berpanjangan dan kegagalan Defendan menunjukkan pembelaan bermerit telah menyebabkan Plaintif berada dalam keadaan ketidakpastian yang berlarutan, sedangkan Plaintif berhak kepada penyelesaian pertikaian dalam tempoh masa yang munasabah. 54. Prejudis kepada Plaintif juga wujud dalam bentuk peningkatan kos litigasi, penggunaan masa dan sumber tambahan, serta risiko bahawa bukti atau kedudukan komersial Plaintif akan terjejas akibat kelewatan yang tidak perlu. 55. Mahkamah menegaskan bahawa walaupun dalam sesetengah keadaan, sebarang prejudis kepada Plaintif boleh diatasi melalui perintah kos, pendekatan tersebut hanya wajar sekiranya Defendan menunjukkan ‘bona fide’, bertindak dengan segera dan mengemukakan pembelaan bermerit. Dalam kes ini, ketiga-tiga elemen tersebut gagal dibuktikan. 56. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa sebarang percubaan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan dalam keadaan sedemikian akan menyebabkan ketidakadilan yang nyata kepada Plaintif dan menjejaskan prinsip keadilan prosedural. Membenarkan permohonan ini akan menyebabkan ketidakadilan kepada Plaintif, yang telah memperoleh penghakiman secara teratur dan telah menunggu penyelesaian pertikaian ini mengikut undang-undang. 57. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan yang telah diperoleh secara teratur akan memprejudiskan Plaintif, dan faktor ini merupakan satu lagi pertimbangan penting yang menyokong penolakan permohonan Defendan. DAPATAN KESELURUHAN 58. Setelah meneliti keseluruhan afidavit, hujahan bertulis pihak-pihak serta autoriti yang dirujuk oleh Plaintif, Mahkamah ini berpuas hati bahawa permohonan Defendan-Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan bertarikh 30.08.2024 gagal memenuhi keperluan undang-undang secara kumulatif. 59. Walaupun Mahkamah mempunyai budi bicara yang luas di bawah Aturan 19 Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, budi bicara tersebut bukanlah suatu hak automatik kepada pihak yang ingkar. Dalam kes ini, Defendan-Defendan telah gagal menunjukkan alasan munasabah atas kelewatan memfailkan Pembelaan, gagal mengemukakan sebarang pembelaan bermerit atau isu boleh dibicarakan, gagal bertindak dengan segera dalam memfailkan permohonan ini, dan pada masa yang sama telah meletakkan Plaintif dalam keadaan prejudis yang nyata sekiranya penghakiman tersebut diketepikan. 60. Mahkamah mendapati bahawa Penghakiman Ingkar Pembelaan telah diperoleh oleh Plaintif secara teratur dan selaras dengan peraturan Mahkamah. Untuk membenarkan permohonan Defendan-Defendan dalam keadaan ini bukan sahaja akan menjejaskan kepentingan Plaintif yang telah bertindak menurut undang-undang, malah akan menjejaskan prinsip kepastian dan disiplin prosiding yang menjadi teras kepada pentadbiran keadilan. Oleh itu, setelah mempertimbangkan kesemua faktor yang relevan secara menyeluruh, Mahkamah ini berpuas hati bahawa permohonan Defendan-Defendan wajar ditolak. 61. Berdasarkan pertimbangan keseluruhan, Mahkamah berpuas hati bahawa: (a) Penghakiman Ingkar Pembelaan diperoleh secara teratur; (b) Tiada alasan munasabah dikemukakan bagi kelewatan; (c) Pembelaan tidak mendedahkan sebarang isu boleh dibicarakan; dan (d) Permohonan ini difailkan lewat dan akan memprejudiskan Plaintif. KEPUTUSAN & PERINTAH 62. Oleh yang demikian, Mahkamah ini menolak permohonan Defendan-Defendan untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan bertarikh 30.08.2024. Defendan-Defendan diperintahkan membayar kos sebanyak RM3,000.00 kepada Plaintif. BERTARIKH: 17 DISEMBER 2025 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Bagi Pihak Plaintif Ain Nura Wanis Tetuan Chiong & Partners Johor Bahru Peguam Bagi Pihak Defendan Tetuan Lim & Keong Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.