(3), terteranya papan tanda/banner yang ditulis dalam bahasa Myammar (Burma) yang mana antara perkataan yang terdapat di papan tanda tersebut adalah perkataan “restoran” jika diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia. Perkara ini juga diambil kira oleh Mahkamah kerana papan tanda/banner tersebut ditulis dalam Bahasa Myanmar (Burma) dan OKT juga adalah seorang warga negara Myanmar, oleh itu Mahkamah membuat dapatan bahawa OKT sememangnya mempunyai kaitan dengan premis tersebut dan keadaan ini adalah merupakan satu bentuk “circumstantial evidence” yang menyokong kes pendakwaan dan gagal diterangkan oleh OKT ketika kes pembelaan. [68] Mahkamah juga telah memperhalusi setiap satu keterangan OKT dan mendapati terdapat percanggahan dan keraguan material dalam keterangan OKT sebagai saksi tunggal kes pembelaan tersebut yang menyebabkan keterangan OKT S/N rfzqxq1jFE2rohPBhRzxw di peringkat pembelaan ini adalah merupakan satu penafian kosong semata-mata. Mahkamah merujuk kepada dapatan Mahkamah Rayuan dalam kes Ali Tan bin Abdullah v. PP [2013] 4 CLJ 757 apabila Mahkamah dalam kes ini memutuskan seperti berikut: “Indeed, mere denial or presenting a bare story of innocence, such in the circumstances of the present case, cannot amount to reasonable doubts. The court’s acceptance of explanation offered by an accused person must be based upon reason and common sense, and cannot be illogical or irrational. The existence of reasonable doubt is dependent upon the totality of evidence and on as examination of all the evidence in a fair and reasonable manner and not in isolation.” [69] Seperti yang dinyatakan dalam kes ini keterangan OKT untuk menimbulkan keraguan yang munasabah kepada kes pendakwaan perlulah satu keterangan yang berasakan kepada “reason and common sense, and cannot be illogical or irrational”. Namun begitu sepertimana yang telah dinyatakan, keterangan OKT adalah tidak munasabah dan tidak rasional berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi pendakwaan, dokumen dan keterangan keadaan (circumstantial evidence) dalam kes ini. [70] Seterusnya memandangkan terdapat dua versi cerita di antara saksi-saksi pendakwaan terutamanya pasukan serbuan iaitu SP1,SP2 dan SP3 dan versi cerita OKT, Mahkamah mengguna pakai ujian yang ditetapkan dalam Mat v. PP (supra) untuk mengesahkan versi mana yang lebih dipercayai. Prinsip dalam kes tersebut juga diguna pakai dalam kes Amri Ibrahim & Anor v. PP (supra) apabila Yang Arif Hasan Lah menyatakan sebagaimana berikut: “At the end of a trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on a trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt...Whenever a criminal case is decided on the basis of the truth of the prosecution’s case as against the falsity of the defence story, a trial judge must in accordance with the principle laid down in Mat v. PP [1963] SMCU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263 go one step further before convicting an accused by giving due consideration as to why the defence story, though S/N rfzqxq1jFE2rohPBhRzxw could not be believed, did not raise any reasonable doubt in the prosecution case (see Mohamad Radhi Yaakob v. PP [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311; [1991] 3 MLJ 169).” [71] Oleh itu, maka wajarlah dalam kes ini Mahkamah menerima keterangan saksi pendakwaan sebagai benar berbanding keterangan yang dinyatakan oleh OKT. Tambahan pula saksi-saksi pendakwaan tidak mengenali OKT dan tiada motif untuk menganiaya OKT. Dalam isu ini, Mahkamah mengguna pakai pendekatan yang diambil dalam kes PP v. Mohamed Ali [1962] SMCU 129; [1962] 1 LNS 129 di mana Thomson CJ menyatakan: “When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent improbability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted.” [72] Mahkamah ini juga merujuk kepada prinsip di dalam kes PP v. Zahid Alwi [2017] SMCU 2048; [2017] 1 LNS 2048, dimana Yang Arif Hakim memberi pertimbangan kepada motif “”to weigh the evidence” di antara saksi pihak pendakwaan dan pembelaan seperti berikut: “In this case, ASP Saravanan was merely discharging his duties. He and his raiding team had come to the place of incident on information received. ASP Saravanan had no reason to falsely allege that the sling bag that contained the drugs was recovered from the front passenger seat. The accused on the other hand, had every reason to distance himself from the drugs.” S/N rfzqxq1jFE2rohPBhRzxw [73] Mahkamah percaya oleh kerana saksi-saksi pendakwaan tidak mempunyai sebarang motif untuk menganiaya OKT dalam kes ini maka keterangan saksi pendakwaan semasa perbicaraan adalah berdasarkan apa yang mereka lihat dan lakukan ketika kejadian tanpa sebarang penambahan. Yang Arif Vazeer Alam Mydin Meera dalam kes Ong Swee An v. PP [2023] SMCU 1101; [2023] 1 LNS 1101 dipetik sebagai berkata: “SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related what he actually saw and did on that day. SP2’s evidence is credible and ought to be believed.” [74] Dalam kes Nachilongo Doreen (W/Zimbabwe) v. PP [2014] 2 MLJ 597, Mahkamah Persekutuan mengesahkan dapatan Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan ketiadaan motif dari saksi pendakwaan dalam menyabitkan OKT dengan kesalahan mengedar dadah. Yang Amat Arif Tengku Maimun meratifikasi dapatan Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan perkara berikut: “… There is no reason as to why the prosecution witnesses or anybody should go all out to fix the accused merely to get the accused convicted”. [75] Mahkamah turut membuat analisa berkenaan keterangan tentang perlakuan OKT sejurus ditahan oleh SP1, SP2 dan SP3 yang mana ketiga-tiga saksi pendakwaan ini menyatakan OKT yang berada di dalam premis tempat serbuan tersebut dilihat dalam keadaan cemas dan gelisah. Reaksi OKT ini adalah fakta yang relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 dimana Mahkamah membuat dapatan bahawa OKT berada di dalam keadaan cemas dan gelisah ini kerana beliau tahu dan sedar bahawa beliau memiliki barang-barang kes tersebut secara salah. Ketika di peringkat pembelaan juga OKT gagal untuk memberikan penerangan yang munasabah kepada Mahkamah kenapa pada waktu tersebut OKT berada dalam ketakutan dan gelisah. Mahkamah percaya jika OKT hanya berperanan sebagai orang yang membukakan pintu sahaja, OKT sepatutnya tidak akan berasa cemas atau gelisah. [76] Mahkamah juga merujuk kepada Borang Bongkar (P3) yang memperincikan setiap barang rampasan daripada OKT ditempat kejadian yang mana OKT ada menurunkan tanda tangan di dalam borang bongkar ini. Mahkamah amat jelas dengan fakta bahawa apabila OKT menurunkan tanda tangan dalam borang bongkar tidak S/N rfzqxq1jFE2rohPBhRzxw boleh diambil sebagai pengakuan bersalah OKT, namun pada masa yang sama perkara ini dapat membuktikan bahawa barang yang disenaraikan ditemui di tempat di mana OKT ditahan. Yang Arif Abdul Wahab Patail dalam PP lwn. Kesavan Petchayo @ Balakrishnan [2000] SMCU 235; [2000] 1 LNS 235 menyatakan: “Senarai geledah ialah pengesahan barang yang dijumpai oleh pegawai polis semasa pencarian ke atas OKT” (rujuk juga San Soo Ha v. Public Prosecutor [1967] SMCU 155; [1967] 1 LNS 155 (HC); PP v. Vinod Raj Uthayakumar [2019] SMCU 845; [2019] 1 LNS 845 (HC). Justeru, apabila OKT mengesahkan tandatangannya di P2, dia mengesahkan barang larangan ada dirampas di tempat kejadian.” [77] Walau bagaimanapun, Mahkamah harus memberi peringatan bahawa bagi tujuan menilai sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah, Mahkamah tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada barang rampasan yang disenaraikan dalam senarai bongkar disebabkan ia bersifat corroborative in nature (rujuk: Ekwe Sampson Odii v. PP [2016] 2 CLJ 387). Dalam kes ini Mahkamah hanya membuat dapatan bahawa tindakan OKT menurunkan tanda tangan dalam borang bongkar P3 tersebut adalah perbuatan yang relevan dan menunjukan pengesahan bahawa barang-barang tersebut sememangnya di rampas di dalam premis tempat OKT berada ketika serbuan dibuat. [78] Dalam permbelaan OKT juga tidak pernah diterangkan kenapa OKT menurunkan tanda tangan dalam borang bongkar tersebut jika benar OKT menafikan bahawa barang-barang tersebut adalah miliknya. Di peringkat pembelaan, Mahkamah masih lagi memberikan peluang kepada OKT untuk memberikan penjelasan kepada segala perbuatan OKT dan juga keterangan keadaan dalam kes ini. Perkara ini adalah ihsan terakhir yang dapat diberikan oleh Mahkamah kepada OKT berpandukan penulisan dalam Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes, 25th edn, pp 1326 yang menyatakan: “The accused is not also compelled to lead evidence to satisfy the court that the case was brought within (the exceptions). All that may be necessary for the accused is to offer some explanation of the prosecution evidence, and if this appears to be reasonable, even S/N rfzqxq1jFE2rohPBhRzxw though not beyond doubt, and to be consistent with the innocence of the accused, he should be given the benefit of it.” [79] Namun dalam kes ini Mahkamah mendapati OKT gagal untuk memberikan satu penjelasan yang munasabah yang boleh dipertimbangkan Mahkamah untuk memihak kepada OKT. Dapatan Mahkamah di atas turut diperkukuhkan dengan penghakiman oleh Yang Arif Arifin Zakaria dalam kes PP v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 yang menyatakan tanpa penjelasan munasabah dari OKT, ia akan memberi inferens kuat bahawa OKT juga mempunyai pengetahuan berkenaan kesalahan yang dilakukannya. [80] Oleh itu, Mahkamah dalam kes ini membuat dapatan bahawa keterangan OKT adalah bersifat mere denial, after thought dan fictitiously embellished explanation. Mahkamah turut membuat dapatan di akhir kes pembelaan setelah menilai semula keterangan kes secara keseluruhan bahawa keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah lebih munasabah dan atas sebab itu Mahkamah lebih mempercayai versi cerita yang dinyatakan oleh saksi-saksi pendakwaan. Oleh itu, selepas kes diperingkat pembelaan OKT didapati telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. OKT dengan ini didapati bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan disabitkan salah di atas setiap satu pertuduhan tersebut. HUKUMAN [81] Dalam rayuan mitigasi bagi peringanan hukumannya, Peguam bela OKT memohon supaya OKT dikenakan hukuman ringan kerana ini adalah merupakan kesalahan pertama OKT. Peguam bela OKT turut menyatakan bahawa sepanjang berada di negara ini OKT tidak pernah melakukan kesalahan jenayah. OKT hanya datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. OKT ini dikatakan bekerja sebagai tukang masak untuk menampung isteri dan anaknya. Isteri OKT adalah warganegara Malaysia. OKT menerima pendapatan sebanyak RM 2600 sebulan. Peguambela menyatakan bahawa barang rampasan bukanlah melibatkan kes dadah dan kesalahan OKT ini bukan kesalahan yang melibatkan jenayah berat. Oleh itu, satu hukuman minima pohon dijatuhkan terhadap OKT. [82] Dari pandangan yang berbeza, pihak pendakwaan memohon hukuman berat dijatuhkan terhadap OKT. Pihak Pendakwaan menyatakan kes ini adalah kes diperingkat pembelaan dan telah dibicarakan sejak tahun 2021 sehingga tahun 2024. S/N rfzqxq1jFE2rohPBhRzxw Pihak pendakwaan memohon supaya hukuman berat dijatuhkan kerana kesalahan OKT ini melibatkan ketirisan cukai dan duti yang tidak dipunggut daripada barang yang dibawa masuk secara haram yang sebenarnya memberi kesan yang besar kepada ekonomi negara. Malah kes-kes tidak membayar cukai dan duti ini telah berleluasa saban hari di Malaysia. Pihak Pendakwaan memohon satu hukuman yang dapat memberikan pengajaran kepada OKT dan masyarakat. Pihak Pendakwaan juga memohon barang kes untuk dilucuthakan dan dilupuskan oleh Jabatan Kastam. [83] Dalam memutuskan hukuman yang bersesuaian, Mahkamah perlu mempertimbangkan sifat (nature) dan keseriusan kesalahan yang disabitkan dengan OKT selain melihat kepada kepentingan OKT serta yang paling utama adalah kepentingan masyarakat. Mahkamah juga mengambil maklum akan tujuan utama hukuman yang bersifat pembalasan, pencegahan, pengajaran dan pemulihan. [84] Berkenaan prinsip hukuman, Mahkamah ini ingin memetik penghakiman oleh Yang Arif Hakim Hashim Yeop A. Sani dalam kes Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 1 MLRH 23 yang menyatakan sebagaimana berikut: “Presidents and magistrates are often inclined quite naturally to be over sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused.” [85] Pada hemat Mahkamah, hukuman yang dijatuhkan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan mengikut kepada tahap serius sesuatu kesalahan tersebut. Ini adalah prinsip yang didukung dalam kes PP v. Chong Tze Jun [2023] SMCU 810; [2023] 1 LNS 810 dimana Yang Arif Hakim dalam kes ini menyatakan hukuman sewajarnya dijatuhkan setimpal dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan OKT. [86] Dalam kes PP v. Ashfakur [2022] MLJU 573 menyatakan pindaan terbaharu kepada seksyen 135 Akta Kastam 1967 di buat bertujuan memperkasakan undang-S/N rfzqxq1jFE2rohPBhRzxw undang dalam mencegah aktiviti penyeludupan oleh sindiket-sindiket yang menjual rokok dan arak tiruan serta tidak bercukai dari berleluasa. Di samping itu, tujuan lain adalah untuk memastikan kerajaan dapat mengutip semula cukai yang sepatutnya menjadi hak Kerajaan dan mengelakkan ketirisan cukai yang merugikan Kerajaan. [87] Mahkamah ini mengambil maklum niat dan objektif Parlimen dalam penggubalan Rang Undang-Undang untuk meminda Seksyen 135 Akta Kastam yang jelas bertujuan untuk menghalang penyeludupan barang larangan Kastam dan nilai duti kastam yang perlu dibayar. Pindaan ini juga menunjukan bahawa kesalahan OKT ini adalah merupakan satu kesalahan yang serius dan semakin berleluasa. Mahkamah telah memastikan hukuman yang dijatuh terhadap OKT ini bukanlah satu hukuman yang terlalu berat atau terlalu ringan. [88] Dalam menjatuhkan hukuman dalam kes ini juga Mahkamah telah mengambil kira bahawa OKT telah tidak mengaku bersalah dan mohon untuk dibicarakan. Perkara ini menyebabkan OKT tidak layak diberikan sebarang pengurangan seperti mana kes-kes lain yang mana tertuduh mengaku bersalah ketika kali pertama pertuduhan dibacakan. Oleh itu, setelah mempertimbangkan kesemua prinsip-prinsip undang-undang dalam menjatuhkan hukuman, Mahkamah percaya hukuman yang dijatuhkan terhadap OKT dalam kes ini bagi kedua-dua pertuduhan tersebut adalah satu hukuman yang setimpal dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh OKT. Bertarikh: 7 Julai 2024 S/N rfzqxq1jFE2rohPBhRzxw