Schedule
Jadual VI – Permohonan Bagi Penggunaan Bebas Dan Tak Berhubungan Dengan Stratum Tanah Bawah Tanah Di Bawah Tanah Rizab Yang Dipajakkan Di Bawah Seksyen 92G. S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w [26] Penelitian kepada sulur galur berkenaan dengan peruntukan-peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara berkaitan dengan tanah bawah tanah di bawah seksyen 92A sehingga 92I itu wajar dibuat bagi memahami bagaimanakah urusan berkaitan tanah bawah tanah dilaksanakan di bawah Kanun Tanah Negara dan hubung kaitnya dengan Akta Pengambilan Tanah 1960. [27] Penelitian kepada peruntukan undang-undang berkaitan dengan tanah bawah tanah dengan membuat rujukan kepada Kanun Tanah Negara dan Akta Pengambilan Tanah 1960 menunjukkan terdapatnya satu anjakan paradigma kepada undang-undang tanah dan pengambilan tanah dalam menangani perkembangan pembangunan tanah terutamanya yang melibatkan tanah di bawah tanah. Ia mengiktiraf hakmilik tanah bawah tanah dan sekiranya terdapat pengambilan tanah di bawah tanah tersebut pampasan yang sewajarnya perlu dipertimbangkan. [28] Pada umumnya dapat dilihat bahawa pemberian ataupun jenis pemilikan stratum tanah bawah tanah boleh dibahagikan kepada empat, iaitu: (i) pemberi milikan di bawah seksyen 92C, seksyen 92B(1) (a), seksyen 92B(4), seksyen 92(1) (b) dan seksyen 92B(1) (a); (ii) penggunaan bebas dan tak berhubungan dengan stratum tanah bawah tanah di bawah seksyen 92D(1)(a); S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w (iii) pemberi milikan stratum tanah bawah tanah bermilik di bawah seksyen 92D(1)(b); (iv) pajakan stratum tanah bawah tanah di bawah seksyen 92E(3) atau perenggan 92F(1) (a). [29] Apa yang jelas ialah pemilikan-pemilikan tersebut hendaklah dicatatkan di dalam suratan hakmilik. Selain daripada itu permohonan perlu dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi memperolehi hakmilik tanah bawah tanah tersebut. Dalam erti kata lain ia bukannya secara automatik seorang pemilik tanah mempunyai hak kepada kawasan tanah bawah tanah. Dalam erti kata lain pemakaian seksyen 44 KTN masih terpakai yang memperuntukkan seperti yang berikut: “44 Extent of disposal: general (1) Subject to the provisions of this Act and of any other written law for the time being in force, any person or body to whom (under this Act or a previous land law) land has been alienated, reserved land has been leased or a temporary occupation licence (including a licence so styled under a previous land law) has been granted in respect of any land, shall be entitled to— (a) the exclusive use and enjoyment of so much of the column of airspace above the surface of the land, and so much of the land below that surface, as is reasonably necessary to the lawful use and enjoyment of the land; S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w (b) the right to the support of the land in its natural state by any adjacent land, and all other natural rights subsisting in respect thereof; and (c) where the land abuts on the foreshore or any river or public place, but subject to any express provision in the document of title, lease or licence, a right of access thereto. (2) For the purposes of paragraph (1)(c), land shall be taken to abut on a river or road notwithstanding that it is separated therefrom by land retained by the State Authority for use in conjunction therewith, or for purposes connected with the maintenance or preservation thereof.” [30] Ini bermakna pemilik tanah yang mana terdapatnya pengambilan tanah seperti dalam kes ini untuk tujuan pembinaan terowong di bawah tanah Pemohon tidak secara automatik akan menyebabkan pampasan perlu diberikan. Mahkamah ini berpendapat ia akan hanya boleh diberikan sekiranya terdapat catatan di dalam suratan hakmilik Pemohon yang menjelaskan berkenaan dengan hakmilik tanah di bawah tanah Pemohon. Ini seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 92B(2) KTN seperti yang berikut: “(2) The matters specified by the State Authority under subsection (1) shall be endorsed on the document of title to the alienated land, and shall, for all purposes under this Act, operate as express S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w conditions, and the provisions of this Act relating to express conditions shall accordingly apply thereto.” [31] Begitu juga peruntukan di bawah seksyen 92C(3) dan 92D (6) KTN. Ia hendaklah dicatatkan di dalam suratan hakmilik Pemohon. Ini tidak berlaku dalam kes ini. Oleh itu syarat yang pertama untuk Pemohon dipertimbangkan pampasan terhadap tanah yang dikatakan diambil tanah di bawah tanahnya sudah tidak dapat dipenuhi. [32] Apa yang jelas bagi penentuan kadar pengambilan tanah yang melibatkan tanah bawah tanah Mahkamah perlu meneliti sama ada terdapatnya kepatuhan kepada seksyen 92A hingga 92I KTN dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya. [33] Setelah meneliti peruntukan undang-undang berkaitan dengan tanah bawah tanah dan Akta Pengambilan Tanah 1960 dapatlah dirumuskan bahawa untuk dipertimbangkan pampasan untuk pengambilan tanah bawah tanah, perkara-perkara berikut perlu diambil kira, iaitu: (a) pemilik tanah telah diberikan pemilikan tanah bawah tanah seperti yang diperuntukkan di bawah sekseyen 92A hingga 92I KTN dan peraturan-peraturan berkaitan dengannya; (b) catatan berkenaan dengan pemilikan tanah bawah tanah tersebut dinyatakan di dalam suratan hakmilik seperti yang S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w diperuntukkan di bawah seksyen 92B(2), 92C(3) dan 92D (6) KTN; (c) kedalaman tanah bawah tanah itu dinyatakan di dalam suratan hakmilik tersebut, tertakluk kepada kedalaman minimum yang dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Kanun Tanah Negara (Tanah Bawah Tanah) (Kedalaman Minimum) 2017; dan (d) pengemukaan pelan berkenaan dengan tanah bawah tanah yang akan diambil seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 7(2) Akta Pengambilan Tanah 1960. [34] Pada hemat Mahkamah perkara-perkara di atas perlu diteliti dengan sewajarnya sebelum mempertimbangkan sama ada wajar atau tidak pampasan diberikan kepada pengambilan tanah bawah tanah. Ini dapat difahami berdasarkan kerangka Sistem Undang-undang Torrens yang menjadi asas kepada Kanun Tanah Negara yang menitikberatkan peranan pendaftaran dan catatan di dalam suratan hakmilik. Ia dikenali sebagai Prinsip Cermin (Mirror Principle) dan Prinsip Jendela (Curtain Principle). Ini telah ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Malayan Banking Bhd v. Mohd Affandi Ahmad & Anor [2024] 10 CLJ 501 seperti yang berikut: “[60] There are two distinctive critical features in the Torrens system of land registration, upon which our NLC was premised on, namely: S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w (v) all major dealings concerning any land as to ownership, transfer of ownership, lease, charge, easement, etc, must be registered in a central register kept by the State Authority; and (vi) such a registered dealing is conferred, by law, the status of indefeasibility. [61] The intended effect of these two features is to ensure that the public has access to this register. From this, derived the two principles, namely the "mirror principle" and the "curtain principle". By the "mirror principle", anyone who inspects the register for the status of the land will be able to rely on the integrity of the register, namely what is recorded in the register are the correct particulars concerning the land and what is not recorded in the register cannot affect the land, legally. By the "curtain principle", the dispensation of the need to look beyond the register, as the register itself provides all relevant information reflecting the validity of the same.” [35] Penjelasan yang menarik berkenaan dengan prinsip ini telah dijelaskan oleh Dr Ainul Jaria Maidin dalam Historical Development of Land Law in Malaysia yang menjadi sebahagian daripada bab buku berjudul Principles of Malaysian Land Law, LexisNexis 2008 di halaman 48 seperti yang berikut: S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w “a) Mirror Principle Under the Torrens System, the register reflects all the facts material to the proprietor's title in the land. These material facts consists of the following: 1) name of the proprietor of the land; 2) the particulars of the alienated land; 3) the area and location of the land; 4) the survey plan and boundary limits of the land. b) Curtain Principle This principle emphasises that the intending purchaser or interest acquirer need not look "behind" or beyond the register. It is sufficient if the Purchaser examines the Register Document of Title in order to obtain particulars related to the land.” [36] Oleh itu adalah didapati bahawa hatta kepada pemilikan tanah di bawah tanah sekalipun, catatan-catatan perlu dizahirkan di dalam suratan hakmilik. Ia akan menjadi rujukan bagi sebarang pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. [37] Pada masa yang sama Mahkamah juga perlu menimbangkan hujahan pihak Pemohon yang menyatakan pindaan kepada Kanun Tanah Negara yang memperihalkan berkenaan dengan tanah di bawah tanah adalah terpakai kepada Pemohon. Mahkamah ini berpendapat Mahkamah ini perlu meneliti kepada pemakaian pindaan tersebut S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w kepada Pemohon dengan merujuk kepada seksyen 19 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 seperti yang berikut: “19 Commencement (1) The commencement of an Act or subsidiary legislation shall be the date provided in or under the Act or subsidiary legislation or, where no date is so provided, the date immediately following the date of its publication in pursuance of section 18. (2) Acts and subsidiary legislation shall come into operation immediately on the expiration of the day preceding their commencement. (3) Notwithstanding subsection 2(1) and (2) and subsection 65(2), subsections (1) and (2) shall apply- (a) to all Acts enacted after the 31 December 1968 including Acts which amend laws enacted before the commencement of Part I of this Act; and (b) to all subsidiary legislation made after the 31 December 1968, whether made under a law enacted before or after the commencement of Part I of this Act whether or not that law has been revised under the Revision of Laws Act 1968.” S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w [38] Mahkamah juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ireka Engineering & Construction Sdn Bhd v. PWC Corporation Sdn Bhd & Other Appeals [2020] 1 CLJ 193 yang memberi panduan kepada Mahkamah bagi melihat sama ada undang-undang yang diluluskan itu mempunyai kesan kebelakang atau sebaliknya. Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti yang berikut: “[71] From the above authorities, it is clear to us that in the absence of express words to such effect, a statute, notwithstanding whether it is procedural or substantive, cannot be applied retrospectively to impair a substantive right. This settled legal position, we would say, accords well with and further amplifies those statutory provisions of the interpretation statute namely Act 388. To reiterate our point, what is important to note is that the CIPAA in itself does not contain any provision stating that it has retrospective application. Parliament therefore clearly does not exercise its legislative power pursuant to art. 66 cl. (5) of the Federal Constitution and sub-ss. 2(3), 19(1) and 43(a) of Act 388 to enact the CIPAA with retrospective effect.” [39] Penelitian kepada pindaan Kanun Tanah Negara berkaitan dengan seksyen 92A sehingga 92I melalui Akta A752 dan pindaan seksyen 92C KTN pada tahun 2016 tiada sebarang petanda yang menunjukkan ia mempunyai kuatkuasa kebelakang. Ini bermakna fakta bahawa suatu hakmilik telah diberikan sebelum pengenalan pindaan tersebut tidak menyebabkan pindaan seksyen 92A hingga 92I KTN tersebut terpakai kepada Pemohon. Di samping itu sebarang kelulusan S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w hakmilik tanah bawah tanah adalah perlu dibuat selepas permohonan dikemukakan seperti yang dikehendaki di dalam Peraturan-Peraturan Kanun Tanah Negara (Tanah Bawah Tanah) (Borang-Borang Permohonan) (Pindaan) 2021 [P.U.(A) 129/2021]. Ini tidak berlaku dalam kes ini. Oleh itu Mahkamah ini berpendapat tidak timbul isu berkenaan dengan pampasan yang perlu diberikan terhadap hartanah tanah bawah tanah yang dikatakan telah diambil untuk tujuan Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link-ECRL). [40] Pada hemat Mahkamah bayaran pampasan nominal RM 1,000.00 adalah dibuat atas ehsan dan pertimbangan yang sewajarnya oleh Pentadbir Tanah Bentong yang pada hemat Mahkamah ini tiada alasan untuk Mahkamah ini mengubah pampasan tersebut. [41] Selain dari itu peguam Pemohon yang bijaksana telah mengemukakan kedudukan undang-undang di United Kingdom di bawah Acquisition of Land Act 1981 dan Land Compensation Act 1961. Beliau telah merujuk kepada seksyen 4 Acquisition of Land Act 1981 berkenaan dengan penilaian gantirugi. Begitu juga kedudukan undang-undang di India di bawah The Right of Fair Compensation And Transparency In Land Acquisition, Rehabilitation and Resettlement Act 2013. [42] Rujukan juga dibuat kepada Land Acquisition Act 1966 di Singapura yang merujuk seksyen 33 berkenaan dengan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian di dalam penentuan pampasan S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w termasuklah di bawah seksyen 33(1A), dan (b). Seksyen 33(b) Akta tersebut memperuntukkan seperti yang berikut: “(b) any increase in the value of any other land (such as contiguous, adjacent or surface land, as the case may be) of the person interested likely to accrue from the use to which the airspace or subterranean space acquired will be put.” [43] Mahkamah ini juga ditarik perhatian kepada Land Administration Act 1997, Land Acquisition Act 1969 dan Land Acquisation Act (Just Terms Compensation) Act 1991 di Australia dan merujuk khusus kepada seksyen 62. Rujukan-rujukan tersebut pada hemat Mahkamah ini dapat memberi asas kepada pertimbangan untuk penentuan kadar pampasan bagi pengambilan tanah bawah tanah. [44] Namun dalam konteks kes ini isu berkenaan dengan pampasan tanah bawah tanah tersebut tidak timbul ekoran daripada dapatan Mahkamah bahawa tiada sebarang hakmilik harta tanah bawah tanah yang telah diperolehi oleh Pemohon dalam kes ini. Oleh itu adalah tidak wajar untuk Mahkamah ini memutuskan berkenaan dengan kaedah atau formula yang boleh digunakan bagi memberikan pampasan tanah bawah tanah tersebut. Ia harus diputuskan sedemikian sekiranya terdapat asas untuk pampasan tanah bawah tanah tersebut. [45] Walau bagaimanapun pada hemat Mahkamah tatacara penentuan pampasan tanah bawah tanah tersebut hendaklah terikat S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w kepada Peraturan-peraturan Kanun Tanah Negara (Tanah Bawah Tanah) (Kedalaman Minimum) 2017 dan Akta Pengambilan Tanah 1960. Pada hemat Mahkamah ini dalam menentukan pampasan yang wajar diberikan berkenaan dengan pengambilan tanah di bawah tanah adalah tertakluk kepada Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960, seperti juga terpakai kepada pengambilan tanah. Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 tersebut telah menjelaskan perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam menentukan pampasan yang sewajarnya seperti yang berikut: “ FIRST SCHEDULE [Sections 12, 35 and 47] PRINCIPLES RELATING TO THE DETERMINATION OF COMPENSATION 1. … 2. Matters to be considered in determining compensation In determining the amount of compensation to be awarded for any scheduled land acquired under this Act there shall be taken into consideration the following matters and no others: (a) the market value as determined in accordance with section 1 of this Schedule; S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w (b) any increase, which shall be deducted from the total compensation, in the value of the other land of the person interested likely to accrue from the use to which the land acquired will be put; (c) the damage, if any, sustained or likely to be sustained by the person interested at the time of the Land Administrator's taking possession of the land by reason of severing such land from his other land; (d) the damage, if any, sustained or likely to be sustained by the person interested at the time of the Land Administrator's taking possession of the land by reason of the acquisition injuriously affecting his other property, whether movable or immovable, in any other manner; (e) if, in consequence of the acquisition, he is or will be compelled to change his residence or place of business, the reasonable expenses, if any, incidental to such change; and (f) where only part of the land is to be acquired, any undertaking by the State Authority or by the Government, person or corporation on whose behalf the land is to be acquired, for the construction or erection of roads, drains, walls, fences or other facilities benefiting any part of the land left unacquired, provided that the undertaking is clear and enforceable. S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w (3) … ” [46] Apa yang menarik dalam Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 tersebut yang perlu diberikan perhatian oleh Mahkamah ini ialah frasa “schedulued land acquired”. Frasa “land” telah ditafsirkan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 seperti yang berikut: “ "land" means alienated land within the meaning of the State land law, land occupied under customary right and land occupied in expectation of title. ” [47] Rujukan silang frasa “land” juga dibuat kepada di bawah KTN yang terdapat di bawah seksyen 5 yang menyatakan seperti yang berikut: "land" includes— (a) that surface of the earth and all substances forming that surface; (b) the earth below the surface and all substances therein; (c) all vegetation and other natural products, whether or not requiring the periodical application of labour to their production, and whether on or below the surface; S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w (d) all things attached to the earth or permanently fastened to anything attached to the earth, whether on or below the surface; and (e) land covered by water.” [48] Penelitian lebih mendalam kepada seksyen 92A hingga 92I KTN adalah berkaitan dengan pelupusan tanah (disposal of land). Ia tidak memberikan takrifan baharu kepada “land” di bawah seksyen 5 KTN tersebut. Apa yang ada ialah takrifan berkenaan dengan “stratum”, “underground land” serta “adjoining underground land” bagi tujuan penggunaan di bawah Bahagian Lima (A) KTN. Istilah stratum telah ditakrifkan sebagai: “stratum” means a cubic layer of underground land. Manakala “underground land” ditakrifkan seperti yang berikut: "underground land" means land which lies below the surface of the earth” Frasa “adjoining underground land” membawa maksud seperti yang berikut: "adjoining underground land" means underground land adjoining a stratum above, below, and on the sides of, the stratum. S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w [49] Perbezaan di antara “underground land” dan “stratum” telah dijelaskan dengan menarik di dalam artikel bertarujuk Review of the Underground Land Ownership in Malaysia, Jurnal Pentadbiran Tanah, 3(1), 2013, di halaman 39 hingga 52 oleh Farah Zaini, Khadijah Hussin, Robiah Suratman, Kamaruzaman Abd Rashid seperti yang berikut: “… Based on both definitions, it can be concluded that there is a slight difference in defining what is a stratum and an underground land. The underground land refers to anything that is below the surface to the centre of the earth; meanwhile, stratum is an underground land that has been measured in the cubic form. Currently, the related legislation on the underground land in Malaysia is focusing more on how stratum can be alienated but not on the underground land development respectively …” [50] Oleh yang demikian adalah wajar untuk pemahaman yang jelas berkenaan dengan konsep tanah bawah tanah dan stratum difahami bagi menimbangkan bagaimana pampasan ditentukan bagi pengambilan tanah dengan tidak mengenepikan Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960. Isu (b) [51] Pemohon menyatakan bahawa ekoran daripada pengambilan tanah Pemohon ia telah memberi kesan kepada penggunaan tanah oleh Pemohon. Dalam erti kata lain ia telah menyebabkan kesan S/N 9PbK3Kcyn0Kyv70T3Oiq2w kemudaratan kepada Pemohon. Ini disebabkan Pemohon tidak dapat menggunakan tanah tersebut yang telah dibina terowong keretapi. Ini disebabkan tindakan Pemohon itu tertakluk kepada peraturan-peraturan di bawah Railways (Railway Protection Zone) Regulation 1998 [P.U.(A) 367/1998]. [52] Penelitian kepada Railways (Railway Protection Zone) Regulation 1998 [P.U.(A) 367/1998] menunjukkan terdapatnya beberapa sekatan dan standard yang perlu dipatuhi oleh Pemohon di dalam penggunaan tanahnya ekoran daripada peraturan tersebut. Hal ini perlu diambil perhatian oleh Mahkamah dalam menentukan jumlah pampasan yang sewajarnya di atas kesan kemudaratan yang dihadapi oleh Pemohon berikutan pengambilan tanah tersebut. Ini dapat dilihat dalam Jadual Kedua dan Jadual Ketiga Railways (Railway Protection Zone) Regulation 1998 [P.U.(A) 367/1998]. [53] Mahkamah ini berpendapat berdasarkan kepada laporan-laporan penilaian dan fakta di dalam kes ini pengambilan tanah bawah tanah tersebut telah menyebabkan Pemohon mempunyai kesan kemudaratan terhadap tanah milik Pemohon. Ia termasuk di dalam Perkara 2 (d)