the insurance was arranged after the accident but purported to be effected at the time of the accident...” (Penekanan ditambah) [18] Defendan 1 juga bergantung kepada kes Perdana Cigna Insurance Bhd v Kalsom bt Mat Abu [2009] 7 MLJ 585, di mana tafsiran bagi nota pelindung iaitu cover note adalah seperti berikut: “[23] A cover note is a document issues by the insurer prior to the issuance of an insurance policy. It provides evidence of the existence of insurance coverage for a temporary period. A cover note serves the dual purpose of providing the insured with immediate cover whilst giving the insurer the opportunity to consider and make final decision on whether or not to issue a policy and thereafter if necessary, to prepare the policy.” (Penekanan ditambah) [19] Dengan menganalisa kes tersebut, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada polisi insurans wajar dikeluarkan apabila polisi insurans tersebut diperbaharui memandangkan cover note adalah bersifat sementara sahaja. Plaintif harus mengamalkan prinsip due diligence semasa memutuskan sebarang pembaharuan insurans dan pengeluaran sesuatu polisi insurans. [20] Jelas, Plaintif gagal mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan sama ada polisi insurans wajar dikeluarkan. Malah, polisi insurans tersebut telah diperbaharui dan tidak memperuntukkan masa perlindungan. Hanya tempoh perlindungan yang dinyatakan dengan terang dan jelas dalam polisi insurans tersebut iaitu dari 18.8.2019 sehingga 17.8.2020 dengan merujuk kepada ekshibit NA-1 dalam afidavit balasan Plaintif dalam k.4). Sekiranya nota pelindung (cover note) yang mengandungi masa perlindungan adalah penting untuk menunjukkan masa pembaharuan dibuat, sewajarnya penanggung insurans memastikan masa perlindungan dinyatakan semasa pengeluaran polisi insurans motokar. [21] Mahkamah merujuk kepada carian maklumat insurans kenderaan (ekshibit NH-1 dalam afidavit Jawapan k.3) beserta surat daripada Plaintif (ekshibit NH-2 dalam afidavit jawapan k.3) di mana maklumat Plaintif adalah tertera sebagai penanggung insurans dan Plaintif sendiri telah mengesahkan bahawa motokar persendirian DBP 8706 adalah dilindungi oleh Plaintif pada masa kemalangan. [22] Surat pengesahan perlindungan insurans tersebut adalah jelas dan memadai untuk mengesahkan bahawa motokar DBP 8706 adalah dilindung pada masa kemalangan. Surat tersebut dikeluarkan oleh Plaintif sendiri. Adalah mustahil bagi Plaintif mengeluarkan surat tersebut tanpa sebarang pengesahan dan semakan yang mantap setelah notis berasaskan Seksyen 96(2) Akta 333 diberikan kepada Plaintif. [23] Maka, jelas bahawa Plaintif yang gagal menjalankan due diligence sebelum mengeluarkan polisi insurans motokar tersebut dan tidak melaksanakan apa-apa untuk melindungi kepentingan sebagai pelindung insurans, maka tidak terbuka kepada Plaintif sebagai pelindung insurans untuk mendapatkan deklarasi di bawah seksyen 96(3) Akta 333. Seksyen 96(3) Akta 333 akan dianalisa dengan lebih lanjut dalam isu ketiga. [24] Oleh yang demikian, Mahkamah bersetuju dengan Defendan 1 bahawa Polisi Insurans tersebut adalah sah dan berkuatkuasa semasa hari kejadian sepertimana tertera dalam cover note dan Polisi Insurans tersebut pun telah menyatakan tempoh perlindungan diberi pada 18.8.2019 hingga 17.8.2020 tanpa had masa dinyatakan. Isu ketiga: Sama ada kelewatan masa dalam memfailkan permohonan ini adalah penyalahgunaan proses Mahkamah. [25] Berkenaan dengan isu sama ada permohonan ini dibuat lewat, Plaintif berhujah dengan merujuk kepada peruntukan Aturan 15 kaedah 6 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: “Misjoinder and non-joinder of parties (O. 15, r. 6) …(2)Subject to this rule, at any stage of the proceedings in any cause or matter, the Court may on such terms as it thinks just and either of its own motion or on application…” [26] Plaintif hanya merujuk terutamanya kepada perkataan “at any stage of proceedings” dan tidak mengemukakan apa-apa hujahan lanjut berkenaan kelewatan memfailkan permohonan ini. [27] Defendan 1 berhujah dengan merujuk kepada kes Balamoney Asoriah v MMIP Services Sdn Bhd [2020] 1 CLJ 476, Mahkamah memutuskan bahawa: “(3)…Where the insurer is in itself in breach either by not pursuing or safeguarding its own interest and obligations, it would not be open to the insurer to approach the court for a declaration under section 96(3) of the Road Transport Act to void the insurance contract..” [28] Seksyen 96(3) Akta 333 memperuntukkan seperti berikut: “(3) No sum shall be payable by an insurer under subsection (1) if before the date the liability was incurred, the insurer had obtained a declaration from a court that the insurance was void or unenforceable: Provided that an insurer who has obtained such a declaration as aforesaid in an action shall not thereby become entitled to the benefit of this subsection as respects any judgement obtained in proceedings commenced before the commencement of that action unless, before or within seven days after the commencement of that action, he has given notice thereof to the person who is the plaintiff in the said proceedings specifying the grounds on which he proposes to rely, and any person to whom notice of such an action is so given shall be entitled if he thinks fit to be made a party thereto.” [29] Adalah jelas bahawa berkenaan dengan kemalangan jalanraya, Akta 333 terpakai khususnya seksyen 96(3) Akta 333 di mana Plaintif harus memberikan notis kepada pemilik kenderaan bahawa Plantif akan memfailkan permohonan deklarasi. Plaintif gagal berbuat demikian. Tanpa sebarang notis, permohonan ini pula difailkan pada 2.7.2023 iaitu lingkungan 11 bulan selepas tindakan saman sivil difailkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu iaitu pada 10.8.2022 dan tarikh bicara telahpun ditetapkan. [30] Mahkamah dapati bahawa Plaintif bukan sahaja telah gagal untuk mengambil tindakan secepat mungkin untuk satu deklarasi malah gagal memberikan sebarang alasan yang relevan dan munasabah. [31] Justeru, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan 1 bahawa tiada alasan munasabah langsung yang dikemukakan yang mewajarkan Mahkamah untuk mempertimbangkan permohonan ini dan jelas permohonan deklarasi ini adalah penyalahgunaan proses Mahkamah.