- Court
- High Court of Malaysia
- Decision date
- 14 Feb 2023
- Case number
- PA-22NCvC-106-04/2019
- Coram
- YA Dato' Sri Tun Abd Majid Bin Dato' Hj Tun Hamzah
- Practice area
- Peguam terpelajar bagi My City dan Sentuhan Budiman menghujahkan kedua-dua syarikat ini bukan pihak dalam tuntutan plaintif selain itu defendan juga gagal memenuhi kehendak Aturan 24 kaedah 7A KKM 2012. Menurut beliau dokumen-dokumen tersebut tidak relevan dan tidak perlu bagi tuntutan plaintif terhadap defendan di mana Cayman Sale bukan sebahagian kes yang diplidkan oleh plaintif. Manakala untuk menjawab kes defendan, peguam terpelajar menghujahkan syarikat-syarikat ini adalah entiti yang berasingan dan bukan pihak atau terlibat dalam perjanjian kolateral yang dikatakan wujud oleh defendan. Rujukan dibuat kepada Tenaga Nasional Bhd v Irham Niaga Sdn Bhd & Anor [2011] 1 CLJ 491 dan Suwiri Sdn Bhd v Government of the State of Sabah [2008] 1 MLJ 743. Kedua-dua syarikat ini juga tidak memiliki apa-apa saham berkenaan tanah-tanah tersebut dan Cayman Sale adalah penjualan saham dalam My City kepada Silk Road dan bukannya penjualan tanah-tanah yang dimiliki oleh plaintif. Selanjutnya peguam terpelajar menghujahkan perjanjian kolateral yang dikatakan oleh defendan tidak wujud dan SPA serta MA tidak menunjukkan terdapatnya apa-apa perjanjian kolateral. Merujuk kepada kes Malaysia Debt Ventures Bhd v. Platinum Techsolve Sdn Bhd [2020] 1 LNS 1252, beliau menghujahkan relevansi sahaja tidak mencukupi dan defendan perlu menunjukkan permohonan mereka akan dapat melupuskan kes dengan adil dan jimatkan kos. Sebaliknya jika kedua-dua permohonan ini dibenarkan lebih banyak saksi akan dipanggil dan melibatkan isu-isu yang tidak relevan dibicarakan. Rujukan dibuat kepada kes Bayerischie Hypo-und Vereinsbank AG v. Asia Pacific Breweries (Singapore) Pte Ltd and other applications, HC (Singapore) [2004] SGHC 155
- Version
- Alasan Penghakiman 1
- Published
- 20 Jul 2023
- Source ID
- 36340cd4-d52d-42b2-95ce-1a6b3c9b6173