Content
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO: BA-24-616-06/2017 Dalam Perkara Seksyen 412, Akta Kanun Tanah Negara 1965 berkenaan hakmilik hartanah geran nombor PM 12324, LOT 1050, TEMPAT SELAYANG BARU, BANDAR SELAYANG, DAERAH GOMBAK, NEGERI SELANGOR. Dan Dalam perkara kaedah 77, Kanun Tanah Negara, 1965 Dan Dalam perkara Aturan 89, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [PU(A) 205/2012] ANTARA AYU BINTI ABDULLAH (NO. K/P: 750321-11-5400) … PLAINTIF DAN ELDZUKIF BIN MOHD RAIS (NO. TENTERA : 715562) RODIAH BINTI JOYA (NO. K/P : 650915-01-5046) … DEFENDAN-DEFENDAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN (Saman Pemula – Kandungan 1) A. PENGENALAN [1] Plaintif di Saman Pemula (Kandungan 1)nya telah memohon suatu perintah untuk milikan kosong menurut Aturan 89 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012 ke atas sebahagian tanahnya yang dikatakan telah dimasuki atau dicerobohi oleh Defendan). [2] Di samping memohon suatu perintah milikan kosong atas bahagian tanahnya yang dikatakan telah dimasuki oleh Defendan menurut A.89 (1) KKM 2012, Plaintif juga menuntut perintah-perintah konsekuential yang terbit daripada pendudukan Defendan ke atas bahagian tanah kepunyaannya yang antara lain adalah seperti berikut: i. bahagian hartanah LOT 1050, PM 12324, TEMPAT SELAYANG BARU, BANDAR SELAYANG, DAERAH GOMBAK, NEGERI SELANGOR yang diceroboh oleh Defendan dikembalikan kepada Plaintif mengikut ukuran sempadan yang disahkan di dalam No Pelan Yang 3 Diperakui PA 80685 yang telah diluluskan dan geran tanah Plaintif. ii. Defendan, atas kosnya sendiri, memulangkan hak awam ke atas akses simpanan Jalan 29C yang telah digazetkan sebagai rezab jalan oleh pihak kerajaan, yang juga merupakan hak akses sah Plaintif ke hartanahnya, dengan,