The Appellant was charged as follows: Pertuduhan Pindaan Pertama Bahawa kamu pada 18.02.2014 jam lebih kurang 1230 hours, di pejabat Jabatan Perhutanan Pulau Pinang, Tingkat 20, KOMTAR, dalam Daerah Timur Laut, dalam Negeri Pulau Pinang, sebagai pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) yang bertugas di Jabatan Perhutanan Pulau Pinang, Daerah Timur Laut , Pulau Pinang, telah secara rasuah meminta suatu suapan untuk diri kamu sendiri iaitu wang tunai sebanyak RM4,000.00 daripada Dazari bin Jalan @ Darus sebagai dorongan untuk memberikan Projek Bio Teknologi Hutan 17, Tumbuhan Ubat-Ubatan dan 3 Herba di Hutan Lipur Teluk Bahang Pulau Pinang dan dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Kedua Bahawa kamu pada 18.02.2014 jam lebih kurang 1.00 petang, di lobi tingkat 3, KOMTAR, dalam Daerah Timur Laut, dalam Negeri Pulau Pinang, sebagai pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) yang bertugas di Jabatan Perhutanan Pulau Pinang, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, telah secara rasuah memperoleh suatu suapan untuk diri kamu sendiri iaitu wang tunai sebanyak RM200.00 daripada Dazari bin Jalan @ Darus, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perkara yang berhubungan dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu memberikan Projek Bio Teknologi Hutan 17, Tumbuhan Ubat-Ubatan dan Herba di Hutan Lipur Teluk Bahang Pulau Pinang dan dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya 4 Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Ketiga Bahawa kamu pada 24.02.2014 jam lebih kurang 1805 hours, di Restoran Nasi Kandar Pelita Bayan Baru, Jalan Tengah Bayan Baru, Bayan Lepas, dalam Daerah Barat Daya, dalam Negeri Pulau Pinang, sebagai pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) yang bertugas di Jabatan Perhutanan Pulau Pinang, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu sendiri suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM1,000.00 iaitu sebahagian dari jumlah suapan RM4,000.00 yang diminta daripada Dazari bin Jalan @ Darus sebagai dorongan untuk melakukan suatu perkara yang berhubungan dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu memberikan Projek Bio Teknologi Hutan 17, Tumbuhan Ubat-Ubatan dan Herba di Hutan Lipur Teluk Bahang Pulau Pinang dan dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya 5 Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. Pertuduhan Pindaan Keempat Bahawa kamu pada 24.02.2014 jam lebih kurang 1805 hours, di Restoran Nasi Kandar Pelita Bayan Baru, Jalan Tengah Bayan Baru, Bayan Lepas dalam Daerah Barat Daya, dalam Negeri Pulau Pinang, sebagai pegawai badan awam iaitu Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) yang bertugas di Jabatan Perhutanan Pulau Pinang, Daerah Timur Laut , Pulau Pinang telah secara rasuah meminta suatu suapan untuk diri kamu sendiri iaitu wang tunai sebanyak RM4,500.00 daripada Dazari bin Jalan @ Darus sebagai dorongan untuk memberikan Projek Bio Teknologi Hutan 17, Tumbuhan Ubat-Ubatan dan Herba di Hutan Lipur Teluk Bahang Pulau Pinang dan dengan ini kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. 6