Pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT adalah seperti yang berikut: Bagi kes KA-45-4-05/2021: “Bahawa kamu pada 28 Februari 2020 jam lebih kurang 4.50 pagi di sebuah rumah beralamat 9, Kampung Dusun Mukim Ayer Hangat, di dalam daerah Langkawi, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 53.71 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama.”. Bagi kes KA-45-5-05/2021: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 28 Februari 2020 jam lebih kurang 4.50 pagi di sebuah rumah beralamat 9, Kampung Dusun Mukim Ayer Hangat, di dalam daerah Langkawi, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 2.09 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.”. Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 28 Februari 2020 jam lebih kurang 4.50 pagi di sebuah rumah beralamat 9, Kampung Dusun Mukim Ayer Hangat, di dalam daerah Langkawi, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 18.57 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.”. Pertuduhan Ketiga “Bahawa kamu pada 28 Februari 2020 jam lebih kurang 4.50 pagi di sebuah rumah beralamat 9, Kampung Dusun Mukim Ayer Hangat, di dalam daerah Langkawi, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 42.62 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta yang sama.”. Bagi kes KA-45A-22-05/2021: Pertuduhan Pertama “Bahawa kamu pada 28 Februari 2020 jam lebih kurang 4.50 pagi di sebuah rumah beralamat 9, Kampung Dusun Mukim Ayer Hangat, di dalam daerah Langkawi, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Heroin dan Monoacetylmorphines seberat 19.10 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”. Pertuduhan Kedua “Bahawa kamu pada 28 Februari 2020 jam lebih kurang 4.50 pagi di sebuah rumah beralamat 9, Kampung Dusun Mukim Ayer Hangat, di dalam daerah Langkawi, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 65.71 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.”.