Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO. DA-A72-4-05/2025 ANTARA AZARTINI BINTI YUSOF (No. KP: 76-815-03-5370) …PLAINTIF
DA-A72-4-05/2025
Magistrates Court of Malaysia4 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO. DA-A72-4-05/2025 ANTARA AZARTINI BINTI YUSOF (No. KP: 76-815-03-5370) …PLAINTIF
1
LEE JIT HONG (No. KP: 800309-03-5177)
2
LOO SUNH HONG (No. KP: 540507-09-5104) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Defendan-Defendan telah merayu mengenai Keputusan Majistret yang diberikan pada 4.06.2025 dimana tuntutan Plaintif ke atas Defendan-Defendan dibatalkan. Latar belakang kes [2] Plaintif adalah penyewa premis di tingkat atas milik Defendan-Defendan yang berlamat di Lot No. F11, PT No. 1233, HS(M) No. 971, Mukim Baung, Dearah Panji, Jajahan Kota Bharu, Kelantan selepas ini dirujuk sebagai “Tingkat Atas” bermula pada Oktober 2022 dengan kadar sewa sebulan adalah RM800.00. [3] Plaintif telah menyerahkan deposit berjumlah RM800 kepada Defendan-Defendan pada atau sebelum Januari 2023. [4] Satu perintah bertarikh 15.04.2025 bemombor DA-76-4-03/2025 telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah untuk mengosongkan premis Lot No. F11, PT No. 1233, HS(M) No. 971, Mukim Baung, Dearah Panji, Jajahan Kota Bharu, Kelantan tanpa pengetahuan pihak Plantif. [5] Tindakan Defendan-Defendan mendapatkan
para
Mahkamah mengosongkan premis telah memberikan kesan kepada perniagaan Plaintif yang menyewa Tingkat Atas. [6] Plaintif juga telah menghantar surat kepada Defendan-Defendan bertarikh 25.04.2025 yang menyatakan bahawa tindakan Defendan-Defendan adalah salah kerana tiada notis penamatan sewa ataupun penyataan bahawa Plaintif mempunyai tunggakan sewa. [7] Plaintif telah membuat laporan polis bertarikh 30.04.2025 tentang hasratnya untuk mengambil semua harta miliknya di Tingkat Atas pada 01.05.2025 pada pukul 10.00 pagi dan telah dihalang oleh Defendan-Defendan menyebabkan beliau mengalami kerugian harta benda. [8] Plaintif menuntut ke atas Defendan-Defendan bagi kerugian yang dialaminya. Isu:
a
Adakah wujud kontrak yang mengikat antara Plaintif dan Defendan-Defendan?
b
Adakah Plaintif merupakan privi kepada kontrak tersebut? [9] Kes yang berkait bagi kes ini adalah kes DA-A72NCvC-332-11/2024 dimana tuntutan Defendan-Defendan dalam kes ini ke atas Farmasi Ehsan Marketing yang mana pemilik perniagaan tersebut adalah suami kepada Plaintif dalam tindakan ini. [10] Kes DA-A72NCvC-332-11/2024 telahpun diberikan Penghakiman Ingkar Kehadiran akibat tiada kehadiran pihak Defendan-Defendan di dalam kes tersebut. Dengan Penghakiman tersebut, suatu pelaksanaan Writ Sita dan Jualan telah dilaksanakan ke atas premis tersebut. Urusniaga Plaintif dan Defendan-Defendan dalam tindakan ini adalah secara tidak langsung melalui kontrak Defendan-Defendan dan juga perniagaan milik suami Plaintif. Tiada sebarang kontrak khusus melibatkan nama Plaintif dan Defendan-Defendan dalam kes ini. [11] Suami Plaintif melalui perniagaannya telah mengabaikan pembayaran sewa bulanan menyebabkan Defendan-Defendan telah mengambil tindakan. Kontrak sewaan tersebut telahpun tamat pada Januari 2023. Pihak Defendan-Defendan tidak berhasrat meneruskan sewaan ke atas perniagaan milik suami Plaintif akibat keengganan untuk mengikat urusniaga dengan kontrak yang sah. [12] Apabila tindakan pelaksanaan tersebut dilaksanakan, maka Tingkat Atas yang dijadikan bilik sewa oleh Plaintif juga terjejas kerana itu merupakan premis milik Defendan-Defendan. Plaintif tidak mempunyai locus standi ataupun hak untuk membawa sesuatu kes ke Mahkamah kerana Plaintif dalam tindakan ini bukanlah privi kepada kontrak yang wujud. Keputusan [13] Setelah merujuk kepada keseluruhan kertas kausa, hujahan pihak-pihak sewaktu pendengaran dan analisa kepada kes-kes berkait, Mahkamah memutuskan untuk membatalkan tuntutan Plaintif ke atas Defendan-Defendan dalam tindakan ini atas sebab tiada kontrak yang mengikat dan Plaintif bukanlah privi kepada kontrak. Disediakan oleh: Amin Rashidi Bin Ramli Majistret, Mahkamah Majistret Sivil 1, Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Bertarikh 20 Ogos 2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.