Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO. BL-12A-18-11/2021 ANTARA AZHANI BIN MARLAN PERAYU
/akn/my/judgment/high-court/2022/67932521-648c-4c67-87c7-ae82dd74ecee
High Court of Malaysia13 Jan 2022BL-12A-18-11/2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ar [18] Penahanan salah (unlawful or wrongful detention) perlu diplidkan seperti yang diputuskan didalam R (on the application of Jalloh (formerly Jollah) v Secretary of State for the Home Department [2020] UKSC 4 dan Bird v Jones [1845] 7QB 742 . [19] Penahanan salah ini perlu diplidkan dimana Plaintif mendakwa ianya”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO. BL-12A-18-11/2021 ANTARA AZHANI BIN MARLAN PERAYU
1
1.
2
2.
3
3.
4
KERAJAAN MALAYSIA RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG] GUAMAN SIVIL NO. BJ-B51-3-06/2021 AZHANI BIN MARLAN @ ABD HALIM PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
3.
4
KERAJAAN MALAYSIA DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg Ini adalah rayuan oleh Perayu-perayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 21.10.2021 yang membenarkan permohonan Responden-responden untuk membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan Perayu-perayu bertarikh 3.2.2021 dibawah Aturan 18 kaedah 19 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai KKM 2012). Untuk memudahkan rujukan pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan seperti dalam tindakan di Mahkamah Sesyen. A. LATAR BELAKANG [1] Plaintif adalah pemilik berdaftar sebuah kereta jenis Nissan fairlady dengan nombor pendaftaran WKN 688. [2] Pada 4.2.2018, Plaintif telah meletakkan keretanya dalam keadaan bonet terbuka di parkir milik Majlis Daerah Sabak Bernam yang berhadapan dengan kedai pomen kereta iaitu ST Used Car and Auto Services di Sungai Besar dalam keadaan tidak dihidupkan enjin. [3] Plaintif sedang menunggu pomen untuk membaiki keretanya yang mengalami masalah kepanasan enjin. [4] Pada ketika inilah, Plaintif didatangi oleh Defendan 1 dan Defendan 2 (selepas ini dirujuk sebagai D1 dan D2). Mereka kemudian mengeluarkan 3 saman trafik iaitu: -
i
(i) tidak mempunyai lesen kenderaan motor (LKM) yang sah;
Subparagraph
(ii) memandu secara berbahaya;
Subparagraph
(iii) Nombor plet yang ‘fancy’. S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg [5] Walaupun Plaintif telah memberikan penjelasan bahawa kereta beliau tidak boleh berjalan kerana masalah kepanasan enjin dan perlu dibaiki, D1 dan D2 tetap mengarahkan Plaintif membawa kereta tersebut ke Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam di Sungai Besar atas alasan tidak mempunyai cukai jalan yang sah. Plaintif mendakwa D1 dan D2 mendapat arahan dari Defendan 3 (selepas ini dirujuk sebagai D3) untuk membawa Plaintif dan keretanya ke balai. [6] Di Balai Polis Sungai Besar, Plaintif mendakwa beliau tidak dibenarkan kemana-mana selama lebih kurang 1 jam walaupun saman telah dikeluarkan terhadapnya. [7] Melalui peguamnya, Plaintif memohon supaya keretanya yang ditahan di Balai Polis Sungai Besar dilepaskan dan ketiga-tiga saman yang dikeluarkan terhadapnya ditarik balik kerana pada waktu saman-saman itu dikeluarkan, kereta tersebut dalam proses pembaikan di bengkel dan bukan berada diatas jalan raya. Defendan-defendan tidak memberi sebarang jawapan kepada permohonan Plaintif ini. [8] Plaintif telah hadir ke Mahkamah untuk dibicarakan dan pada 8.9.2020 Mahkamah Masjistret telah melepas tanpa membebaskan Plaintif kerana kegagalan saksi ketiga pendakwaan hadir untuk perbicaraan. S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg [9] Tuntutan Plaintif yang difailkan di Mahkamah Sesyen adalah berkisarkan: -
i
(i) Tahanan salah lebih dari 1 jam di Balai Polis Sungai Besar;
Subparagraph
(ii) Tort pencerobohan terhadap harta Plaintif dan penyalahgunaan senarai hitam terhadap Plaintif oleh Defendan-defendan hingga menjejaskan pembelajaran PHD Plaintif dan kehidupan harian Plaintif;
Subparagraph
(iii) Pendakwaan berniat jahat (malicious prosecution)
Subparagraph
(iv) Melanggar tugas statutory kerana gagal mematuhi seksyen 24(4) Akta Polis 1967, seksyen 413 Kanun Tatacara Jenayah dan seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987. VERSI DEFENDAN [10] Pada 4.2.2018, jam lebih kurang 1 tengahari, D3 telah berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Abu Samah, Sungai Besar; beliau melihat sebuah kereta dengan No WKN 688 gagal berhenti di lampu isyarat dan telah menyeberang laluan ke Jalan Lama Kuala Selangor tanpa laluan yang sah. [11] D3 kemudiannya menghubungi D1 yang sedang dalam tugasan Bersama D2 untuk ke Jalan Padu Permai 2. Setibanya di lokasi, D1 telah diarahkan oleh D3 untuk membuat pemeriksaan ke atas pemandu kereta No. WKN 688. [12] Hasil pemeriksaan didapati lesen kenderaan telah tamat tempoh pada 25.1.2018 dan semakan melalui aplikasi MCOPS mendapati tarikh tamat Lesen Kenderaan Motor (LKM) adalah pada 21.1.2018 dan terdapat kesalahan lain iaitu menggunakan nombor pendaftaran yang ‘fancy’. S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg [13] D3 mengarahkan D1 untuk mengeluarkan saman atas kesalahan memotong laluan secara berbahaya mengikut masa kesalahan dilakukan iaitu pada jam 1 tengahari di Simpang 3, Jalan Lama Kuala Selangor (berhampiran Pasaraya TF) dan 2 saman lain atas kesalahan nombor pendaftaran ‘fancy’ dan LKM tamat tempoh. [14] D3 kemudian mengarahkan D1 untuk membawa kereta itu ke IPD Sabak Bernam untuk pemeriksaan lanjut. Oleh kerana kereta itu tidak mempunyai cukai jalan yang dah dan bagi mengelakkan kesalahan tersebut berulang, kereta itu diarahkan untuk disita. [15] Defendan-defendan menafikan tuduhan Plaintif bahawa wujudnya penahanan salah terhadap Plaintif. B. KEPUTUSAN MAHKAMAH [16] Undang-undang mantap berkaitan pembatalan tindakan dan/atau tuntutan Plaintif dibawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 adalah jelas iaitu ianya hanya boleh dilakukan didalam keadaan jelas dan nyata bahawa tuntutan Plaintif tidak boleh dipertahankan, ianya satu kausa tindakan yang sia-sia, dan juga satu penyalahgunaan proses Mahkamah. Jika sekalipun tuntutan Plaintif adalah lemah dan tidak akan berjaya jika dibawa ke perbicaraan penuh asalkan ia mendedahkan suatu kausa tindakan dan/atau membangkitkan beberapa persoalan yang sesuai untuk diputuskan, maka ianya seharusnya ditetapkan untuk pendengaran. Lihat Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; Sivakumar a/l Varatharaju Naidu v Ganesan a/l Retanam [2011] 6 MLJ 72; S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg [17] Isu-isu yang dibangkitkan oleh Plaintif didalam tuntutannya adalah:-
i
(i) Penahanan salah lebih dari 1 jam di Balai Polis Sungai Besar
Subparagraph
(ii) Pendakwaan berniat jahat (malicious prosecution)
Subparagraph
(iii) Melanggar tugas statutori kerana gagal mematuhi Seksyen 24(4) Akta Polis 1967, seksyen 413 Kanun Prosedur Jenayah dan seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 I. Penahanan salah lebih dari 1 jam di Balai Polis Sungai Besar [18] Penahanan salah (unlawful or wrongful detention) perlu diplidkan seperti yang diputuskan didalam R (on the application of Jalloh (formerly Jollah) v Secretary of State for the Home Department [2020] UKSC 4 dan Bird v Jones [1845] 7QB 742 . [19] Penahanan salah ini perlu diplidkan dimana Plaintif mendakwa ianya bukan penahanan salah secara terus atau ‘actual’. [20] Mahkamah telah meneliti penyata tuntutan Plaintif dan mendapati Plaintif tidak ditahan atau ditangkap dalam konteks sebenarnya. Plaintif mendakwa beliau disalah tahan untuk tempoh 1 jam di Balai Polis Sungai Besar tetapi gagal memplidkan fakta bagaimana pergerakannya dihalang atau dikekang oleh Defendan-defendan hingga ianya boleh dikategorikan sebagai satu penahanan salah. [21] Jelas dari fakta yang diplidkan bahawa Plaintif hanya diarahkan membawa keretanya ke Balai Polis Sungai Besar. Tiada sebarang fakta material berkaitan penahanan beliau yang diplidkan di penyata tuntutan seperti beliau dihalang, diancam atau dipaksa kekal berada di Balai Polis Sungai Besar selama 1 jam. Ini adalah pra syarat yang penting bagi dakwaan untuk penahanan salah bagi Plaintif S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg membutirkan didalam tuntutannya fakta-fakta yang membawa dan/atau menjurus kepada penahanan salah tersebut. Ini gagal dilakukan oleh Plaintif. II. Pendakwaan berniat jahat (malicious prosecution) [22] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan YA Hakim Vazeer Alam Mydin Meera (ketika YA Hakim Mahkamah Tinggi) didalam kes Rosli Dahlan v Tan Sri Abdul Gani Patail & Ors [2014] 9 CLJ yang memutuskan: - “[46] The essential elements of the tort of malicious prosecution that the plaintiff needs to plead and prove are: -
i
(i) The defendants set the criminal motion against the plaintiff;
Subparagraph
(ii) That the defendants did not have any reasonable or probable cause for setting the law in motion against the plaintiff;
Subparagraph
(iii) That the defendants were actuated by malice in the sense that they had a motive other than to carry the law into effect;
Subparagraph
(iv) That the proceedings terminated in the plaintiff’s favour; and
v
(v) That the plaintiff had suffered damages (See Rawther v Abdul Kareem [1966] 1 LNS 154; [1966] 2 MLJ 201 FC for the elements necessary to found a cause of action in malicious prosecution) [23] 3 saman trafik telah dikeluarkan terhadap Plaintif pada 4.2.2018. Ketiga-tiga saman ini telah dibawa kepada perbicaraan penuh dan Plaintif telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Majistret keranan kegagalan D3 untuk hadir ketika kes sambung bicara. Kes ini belum dimuktamadkan kerana Plaintif tidak disabitkan oleh Mahkamah atas ketiga-tiga saman tersebut dan salah satu elemen yang dinyatakan didalam kes Rosli Dahlan tidak berlaku iaitu S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg “proceedings terminated in the plaintiff’s favour”. Oleh itu, tidak wujud pendakwaan berniat jahat kerana merit ketiga-tiga pertuduhan ini belum diputuskan oleh mahkamah secara muktamad dan Plaintif boleh dituduh semula atas kesalahan yang sama. III. Melanggar tugas statutori kerana gagal mematuhi Seksyen 24(4) Akta Polis 1967, seksyen 413 Kanun Prosedur Jenayah dan seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [24] Plaintif menghujjahkan Defendan-defendan gagal memebri notis seberapa segera dibawah seksyen 64(4) Akta Pengangkutan Jalanraya dan hanya Majistret mempunyai kuasa untuk memerintahkan penyerahan harta selepas siasatan dibawah Seksyen 413 Kanun Prosedur Jenayah dan gagal memulakan apa-apa siasatan dalam tempoh 48 jam selaras dengan Seksyen 24(4) Akta Polis 1967. [25] Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan: - Section 64. Power to seize motor vehicle.
Subsection
(1) When any person is found or is reasonably believed to be using a motor vehicle in contravention of this Act or any order or prohibition made thereunder, or in contravention of the terms of the license for such motor vehicle, any police officer, any road transport officer authorized in writing in that behalf by the Director General, or the Dato’ Bandar may, whenever it appears that such motor vehicle or its driver cannot be sufficiently identified or that such action is necessary to cause a discontinuance of the offence, take or cause to be taken or require the person in charge of a motor vehicle to take such motor vehicle to a place of safety, there to be kept until released by order of a Magistrate, Chief Police Officer, a Director , S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg a deputy Director authorized in writing in that behalf by the Director General , or the Dato Bandar , provided and subject to subsection
Subsection
(3), such motor vehicle shall not be detained longer than is necessary to ascertain the identity of the driver or to secure the discontinuance of the offence, and if any person refuses or neglects to comply with any such requirement , he shall be guilty of an offence. [26] Seksyen 64 APJ memberi kuasa kepada pihak polis untuk menyita kenderaan dan seterusnya memaklumkan kepada pemilik akan kenderaan yang disita. Didalam kes ini, Plaintif mengetahui sebab akan keretanya disita adalah kerana ketiadaan LKM dan mengelak dari dia mengulangi kesalahan yang sama. [27] Plaintif didalam Penyata Tuntutannya gagal memplidkan akibat ketiadaan notis beliau mengalami kerugian dan/ atau kerosakan. [28] Plaintif gagal memplidkan bagaimana kedudukan beliau sebagai pelajar Doktor Falsafah telah diprejudiskan akibat tindakan Defendan-defendan disini. [29] Apa yang dihujah oleh Peguam Plaintif adalah diluar skop pliding beliau dan undang-undang adalah jelas dan mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding mereka. Keterangan affidavit tidak boleh dan/ atau berupaya membaiki pliding yang cacat. S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg C. KESIMPULAN [30] Mahkamah ini telah meneliti hujah pihak-pihak, alasan penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen dan juga Penyata Tuntutan Plaintif dan mendapati tiada sebarang kekhilafan atas dapatan fakta yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen apabila mendapati tuntutan Plaintif disini adalah tidak boleh dipertahankan (obviously unsustainable) dan ianya juga bersifat mengaibkan, remeh dan/atau menyusahkan serta satu penyalahgunaan proses mahkamah. [31] Mahkamah ini tidak mendapati tuntutan Plaintif lemah kerana tuntutan yang lemah masih boleh dipertimbangkan untuk dibawa ke perbicaraan penuh namun tuntutan Plaintif disini adalah tidak boleh dipertahankan kerana ia lebih kepada satu dakwaan kosong tanpa butiran yang diplidkan dan ia lebih terjumlah kepada satu tuntutan yang remeh, menyusahkan dan penyalahgunaan proses mahkamah. [32] Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan Perayu-perayu dan mengekalan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen pada 21.10.2021 yang membenarkan permohonan Responden-responden dibawah Aturan 18 kaedah 19 (1) (b), (c) dan (d) KKM 2012. Kos rayuan ini adalah RM 3000.00 S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg Bertarikh 13 Januari 2022 t.t (NORLIZA BINTI OTHMAN) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG S/N o6VMEmTA7kqoyJlB9rLeqg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.