Dalam kes Muhibbah Teguh v Yaacob Mat Yim [2005] 4 CLJ 853, [2005] 7 MLJ 270, [2005] MLJU 267 Mahkamamh Tinggi menegaskan – It is axiomatic that one or two moneylending transactions (even in consideration of a larger sum) does not make the lender a moneylender within the purview of the definition of 'moneylender' in s 2 of the Act. It is also axiomatic that the Act is intended to apply to moneylenders exclusively and not to moneylending transaction or transactions per se. This statement of law was again affirmed by Federal Court in Yeep Mooi v Chu Chin Chua & Ors [1981] 1 MLJ 14… (penekanan ditambah) [19] Berdasarkan kes-kes di atas adalah jelas isu sama ada seseorang itu pemberi pinjam wang dan sama ada sesuatu transaksi peminjaman wang terjatuh dalam konteks Akta PPW adalah merupakan suatu persoalan yang semestinya diputuskan berdasarkan fakta setiap kes. 16 [20] Dalam kes di hadapan mahkamah ini, mahkamah ini berpendapat tidak ada keterangan yang mencukupi yang boleh dipercayai yang dikemukakan bagi menunjukkan Plaintif menjalankan perniagaan sebagai seorang pemberi pinjam wang dalam ertikata Akta PPW. Plaintif mengaku bahawa dia ada memberi pinjaman persahabatan (friendly loan) kepada sebuah syarikat bernama Izu One Enterprise dan pinjaman tersebut belum habis dibayar. Selain daripada keterangan itu, tidak ada keterangan lanjut dikemukakan untuk menyokong dakwaan Defendan bahawa transaksi peminjaman wang antara Plaintif dan Defendan menyalahi Akta PPW. [21] Pengataan HMS bahawa Plaintif memberi pinjaman kepada sebuah lagi syarikat iaitu E Zain Enterprise adalah tidak tepat kerana testimoni Plaintif jelas mengatakan dia tidak ada memberi pinjaman kepada E Zain Enterprise dan ini tidak dicabar oleh peguam Defendan (lihat keterangan Plaintif di muka surat 88 Rekod Rayuan Jilid 1). [22] Walau apapun, perlu diingat satu atau dua transaksi pinjaman tidak semestinya bermakna seseorang itu menjalankan perniagaan memberi pinjam wang dan seterusnya menjadikannya pemberi pinjam wang dalam konteks Akta PPW. Ini adalah kerana memberi pinjam wang tidak sama dengan menjalankan perniagaan memberi pinjam 17 wang (Sardhan Singh v Sellathurai [1955] MLJ 117). Malahan dalam kes Ngui Mui Khin & Anor v Gillespie Bros & Company Ltd [1980] 2 MLJ 9 mahkamah memutuskan tidak salah bagi seseorang yang memberi pinjam wang untuk mengenakan faedah ke atas wang yang dipinjamkan asalkan dia tidak menjalankan perniagaan memberi pinjam wang. Selanjutnya mahkamah dalam kes Ngui Mui Khin & Anor memutuskan bagi membuktikan perniagaan memberi pinjam wang, perlu ada unsur kesinambungan (continuity), sistem atau pengulangan transaksi yang sama (Chow Yoong Hong v Choong Fah Rubber Manufactory [1962] AC 209, [1962] MLJ 74). Tidak ada keterangan yang dikemukakan oleh Defendan yang membuktikan bahawa Plaintif telah menjalankan transaksi memberi pinjam wang secara bersinambungan dan berulang-ulang dan melibatkan mana-mana pihak lain. [23] Selain itu, dakwaan Defendan bahawa dia dimaklumkan oleh kawannya Zalina bahawa Plaintif menjalankan perniagaan meminjamkan wang tidak disokong dengan apa-apa keterangan. Mahkamah ini juga berpendapat fakta bahawa Plaintif dan Defendan tidak mengenali satu sama lain dan setelah berjumpa pada malam 6 Mac 2011 Plaintif terus memberikan pinjaman tidaklah dengan sendirinya menjadikan Plaintif seorang peminjam wang dalam konteks Akta PPW. Berdasarkan keterangan adalah tidak dipertikaikan bahawa 18 Plaintif telah membayar amaun RM 150,000.00 kepada Shell pada keesokan harinya (7 Mac 2011). Ini bagi membantu Defendan yang terdesak untuk mendapatkan wang sejumlah itu untuk membayar hutang tertunggak dengan pihak Shell pada keesokan harinya bagi mengelakkan lesennya sebagai pengedar ditarik balik oleh pihak Shell. Defendan sendiri mengaku bahawa lesennya akan ditarik balik jika dia tidak menyelesaikan bayaran RM 150,000.00 kepada Defendan. [24] Dalam memutuskan Perjanjian Pinjaman tidak sah kerana menyalahi Akta PPW, HMS telah membandingkan fakta kes di hadapan mahkamah ini dengan fakta dalam kes Sundaram Subramaniam. Dalam kes tersebut plaintif telah, atas permintaan defendan kedua, memberi pinjam wang kepada defendan pertama iaitu sebuah syarikat di mana defendan kedua adalah ketua pegawai eksekutif. Untuk membolehkan plaintif memberi pinjaman tersebut, plaintif telah mendapatkan kemudahan overdraf. Sebagai balasan, defendan kedua hingga defendan kelima telah bersetuju memberi jaminan yang tidak boleh dibatalkan dan tanpa syarat dengan menjamin bayaran balik pinjaman berserta faedah yang telah dipersetujui. Berdasarkan fakta kes, plaintif dan defendan-defendan adalah kawan. Dalam memutuskan plaintif bukan seorang pemberi pinjam wang di bawah Akta PPW mahkamah dalam kes Sundaram Subramaniam telah menimbangkan 19 keterangan yang dikemukakan termasuklah hubungan persahabatan pihak-pihak dan kemudahan overdraf yang terpaksa diperoleh plaintif bagi memberi bantuan kewangan kepada defendan pertama. Selain daripada itu mahkamah dalam kes Sundaram Subramaniam juga telah merujuk pada kes Chow Yoong Hong dan memutuskan bahawa tidak ada keterangan yang membuktikan adanya suatu sistem dan kesinambungan transaksi pinjam wang yang dijalankan oleh plaintif. [25] Dalam kes di hadapan mahkamah ini, HMS khilaf apabila mengatakan Plaintif telah memberi pinjam wang kepada 2 syarikat lain (lihat perenggan 27 Alasan Penghakiman) sedangkan keterangan SP 1 menunjukkan dia hanya memberi pinjam wang kepada satu syarikat sahaja iaitu Izu One Enterprise. Berdasarkan perenggan 26 Alasan Penghakimannya, HMS nampaknya memutuskan bagi membuktikan Plaintif bukan seorang pemberi pinjam wang, wang yang digunakan oleh Plaintif untuk dipinjamkan kepada Defendan mestilah dipinjam dari pihak lain (seperti dalam kes Sundaram Subramaniam) dan bukan wang Plaintif sendiri. Mahkamah ini berpendapat pendirian sedemikian adalah tidak tepat dan tersalah arah. Walaupun perbandingan fakta boleh dibuat bagi membantu dalam memutuskan sesuatu kes, setiap satu kes seharusnya diadili berdasarkan fakta kes masing-masing yang dinilai secara keseluruhan. 20 [26] Beban adalah di atas Defendan untuk membuktikan Plaintif adalah pemberi pinjam wang yang tidak berlesen yang bertentangan dengan Akta PPW (seksyen 101 Akta Keterangan 1950). Dalam hal ini Defendan gagal, atas imbangan kebarangkalian, membuktikan Tuntutan Balasnya bahawa Perjanjian Pinjaman menyalahi Akta PPW kerana Plaintif seorang pemberi pinjam wang yang tidak berlesen. Oleh itu HMS telah khilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila memutuskan Perjanjian Pinjaman tidak sah kerana menyalahi Akta PPW. Sehubungan itu mahkamah ini terpaksa mengenepikan keputusan HMS dan membenarkan rayuan Plaintif. [27] Memandangkan Plaintif dan Defendan telah menandatangani Perjanjian Pinjaman, kedua-dua pihak adalah terikat dengan terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian tersebut. Dakwaan Defendan bahawa terma dan syarat Perjanjian Pinjaman bersifat menindas, tidak munasabah dan berat sebelah adalah tidak relevan. Adalah undang-undang mantap bahawa seseorang yang menandatangani sesuatu perjanjian / kontrak adalah terikat dengan perjanjian / kontrak tersebut melainkan dapat dibuktikan terdapat frod atau misrepresentasi dan adalah tidak relevan sama ada seseorang itu membaca atau tidak perjanjian itu (Small Holder Corp Sdn Bhd v Utusan Transport Sdn Bhd [1995] 1 LNS 223). Dalam hal ini, diperhatikan Defendan adalah 21 seorang ahli perniagaan yang berkelulusan tinggi dan telah menjalankan perniagaan mengusahakan Perniagaan Sentral SDK sejak tahun 2002. Sekiranya benar dia ditindas, diugut atau dipaksa menandatangani Perjanjian Pinjaman adalah munasabah baginya untuk berbuat sesuatu mengenainya seperti melaporkan kepada polis atau mengambil tindakan sivil ke atas Plaintif. Namun tidak ada keterangan sedemikian di hadapan mahkamah ini. [28] Hanya apabila Plaintif memfailkan tindakan undang-undang terhadap Defendan dalam tahun 2016 (iaitu selepas 5 tahun Perjanjian Pinjaman ditandatangani), barulah Defendan menimbulkan isu menindas, tidak munasabah dan berat sebelah. Tidak cukup dengan dakwaan tersebut, Defendan juga memplidkan frod dengan mengatakan dalam tahun 2014 (3 tahun selepas Perjanjian Pinjaman ditandatangani) dia dipaksa oleh pekerja Plaintiff, iatu SP 3, untuk menandatangani Surat Pengakuan Hutang. Menurut Defendan, SP 3 telah memberikan kepadanya butir untuk dimasukkan dalam Surat Pengakuan Hutang tersebut. Cara dia dipaksa oleh SP 3 adalah – SP 3 berkeras tidak akan keluar dari stesen jika dia tidak menandatangani surat tersebut (lihat keterangan Defendan di muka surat 210 hingga 211 Rekod Rayuan Jilid 1). Manakala dalam plidingnya di perenggan 7 Penyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas, Defendan mengatakan jika dia tidak 22 menandatangani Surat tersebut “beliau akan dipaksa memberikan milikan kosong dan beredar daripada Stesen Minyak Shell tersebut.” Isu mengenai Defendan dipaksa memberi milikan kosong tidak pula ada dalam keterangan Defendan semasa perbicaraan. [29] Apabila Defendan disoal balas, dia mengesahkan dia tidak membuat laporan polis terhadap Plaintif dan / atau SP 3. Alasan tidak membuat laporan polis adalah kerana dia takut Plaintif akan mendatangkan bahaya (harm) kepada perniagaannya yang satu-satunya punca pendapatannya. Diperhatikan Surat Pengakuan Hutang tersebut ditandatangani selepas 3 tahun Perjanjian Pinjaman ditandatangani. Sekali lagi, Defendan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Plaintif walaupun dikatakan diugut dan dipaksa menandatangani Surat Pengakuan Hutang. Dakwaan ugut dan paksa adalah serius kerana melibatkan unsur jenayah dan keselamatan fizikal Defendan dan perniagaannya. Sungguhpun demikian Defendan memilih untuk tidak bertindak terhadap Plaintif sama ada mengambil tindakan sivil atau membuat laporan polis. Oleh itu inferens yang munasabah di sini adalah kebimbangan Defendan bahawa Plaintif mendatangkan bahaya pada perniagaannya bukanlah sesuatu yang betul (real) malahan kebimbangan sedemikian adalah sesuatu yang tidak berasas. 23 [30] Selain daripada itu, mahkamah ini mendapati adalah pelik dan membingungkan Defendan mengatakan dia dipaksa menulis Surat Pengakuan Hutang sedangkan apa yang dikatakan dalam surat tersebut iaitu dia telah menerima sejumlah RM 369,000.00 sebagai pinjaman daripada Plaintif diakui benar oleh Defendan dalam keterangannya. Mengambil kira perlakuan Defendan mahkamah ini tidak dapat mengelak daripada membuat “irresistible inference” bahawa dakwaan-dakwaan Defendan bahawa dia dipaksa, ditindas dan diugut hanyalah satu pemikiran semula. [31] Memandangkan mahkamah ini berpendapat Perjanjian Pinjaman tidak menyalahi Akta PPW, maka isu selanjutnya adalah mengenai persetujuan kedua-dua pihak sepertimana terkandung dalam Perjanjian Pinjaman, khususnya mengenai amaun pinjaman dan bayaran balik pinjaman. [32] Menurut Plaintif, telah dipersetujui bahawa Defendan akan membayar balik pinjaman selepas 5 tahun dan dalam tempoh 5 tahun tersebut Defendan membayar kepadanya amaun sebanyak RM 10,000.00 sebulan yang merupakan perkongsian keuntungan daripada Perniagaan SKD. Menuurt Plaintif peruntukan mengenai 24 perkongsian keuntungan terkandung dalam Artikel 4.5 Perjanjian Pinjaman. [33] Walau bagaimanapun Defendan mendakwa amaun bulanan sebanyak RM 10,000.00 adalah sebagai pembayaran balik pinjaman kepada Plaintif dan bukan perkongsian keuntungan. Defendan menafikan yang dia telah mencadangkan kepada Plaintif keuntungan perkongsian sebanyak RM 10,000.00 sebulan. Sebalikanya kata Defendan, Plaintif yang menetapkan RM 10,000.00 tersebut. [34] Jelas terdapat percanggahan yang nyata antara keterangan Plaintif dan Defendan. Dalam mengendalikan perkara seumpama ini, rujukan dibuat kepada kes Ce Resources Sdn Bhd v Owners of Ship 'Tanga 01' [2016] MLJU 878 yang membincangkan percanggahan keterangan saksi-saksi. Hakim bijaksana mengatakan seperti berikut – [34] There is a clear conflict between the evidence of the witnesses for the Plaintiff and the Defendant. To resolve such a conflict and to decide the credibility of witnesses and what weight (if any) to be attached to their evidence, I am guided by the following considerations: