Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KLUANG PERBICARAAN JENAYAH NO. JG-82-2-03/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN AZIRIN BIN SUHOT
JG-82-2-03/2021
Magistrates Court of Malaysia6 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“osecutor [2001] 1 SLR 633 elemen milikan telah dinyatakan seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [21] 17 of the Misuse of Drugs Act) to be established, it must not only be shown that the accused had physical control of the drugs at the relevant”
“**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal polis. Mahkamah merujuk kepada penghakiman Thompson CJ di dalam kes Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257: When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first inst”
“officers in this case to frame up the appellant with the impugned drugs, as they were just performing their duty. (See the cases of Mohd Ali Jaafar v. PP [1998] 4 CLJ Supp 208 and Goh Han Heng v. PP [2003] SGHC 226 [2003] 4 SLR 374). [48] In Goh Han Heng v. Public Prosecutor (supra ), Yong Pung How CJ (Singapore) had t”
“n oleh SP 4, tetapi keterangan ini tidak pernah ditimbulkan semasa kes pendakwaan dan oleh itu merupakan satu afterthought yang harus ditolak oleh Mahkamah (Megat Halim bin Megat Omar v Pendakwa Raya [2008] MLJU 647). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KLUANG PERBICARAAN JENAYAH NO. JG-82-2-03/2021 PENDAKWA RAYA LAWAN AZIRIN BIN SUHOT
1
PENGENALAN [1] OKT telah dituduh di Mahkamah Majistret Kluang dengan pertuduhan berikut: Bahawa kamu pada 10/03/2021 jam lebih kurang 0310 hrs di tepi Jalan Cahaya Pelangi 10, Taman Cahaya Pelangi di dalam daerah Kluang, di dalam Negeri Johor telah ada dalam milikan kamu berat bersih 0.15 gram yang mengandungi Methamphetamine dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) Akta yang sama.
2
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG [2] Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan: Section 12. Restriction on import and export of certain dangerous drugs.
1
No person shall except under the authorization of the Minister
a
import into Malaysia any dangerous drug specified in Parts III, IV and V of the First Schedule; or
b
export from Malaysia any dangerous drug specified in Parts III and IV of the First Schedule.
2
No person shall have in his possession, custody or control any dangerous drug to which this Part applies unless he is authorized to be in possession, custody or control of such drug or is deemed to be so authorized under this Act or the regulations made thereunder.
3
Any person who contravenes subsection (2) of this section shall be guilty of an offence against this Act and shall be liable on conviction to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.
4
Any person who is a public officer employed at any prison, rehabilitation centre, police lock-up or place of detention shall, on his conviction under subsection (3) for contravening subsection (2), be liable to whipping of not more than three strokes in addition to the punishment to which he is liable under subsection (3).
3
FAKTA KES [3] Ringkasan kes pendakwaan adalah sepertimana yang dinyatakan pada muka surat 3 & 4 Hujahan Pendakwaan Di Akhir Kes
a
Pada 10/03/2021 jam lebih kurang 0310 hrs, semasa SP4 bersama anggota CRT (Lejang) dari Balai Polis Ibu Pejabat melakukan rondaan di sekitar kawasan pentadbiran Kluang, telah melihat OKT dalam keadaan yang mencurigakan sedang berdiri di tepi Jalan Cahaya Pelangi 10, Taman Pelangi, 86000 Kluang, Johor (Eksibit P6 A-F). SP4 telah memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis kepada OKT.
b
SP4 kemudian telah menjalankan pemeriksaan tubuh badan terhadap OKT dan telah menjumpai dari dalam genggaman tangan kanan OKT satu (1) paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki Syabu (ABK: 0.27) gram (Eksibit P4 dan P7 A-B). SP4 kemudian telah menahan OKT untuk di bawa ke Pejabat BSJN IPD Kluang bagi tindakan lanjut dan seterusnya merampas barang kes (Eksibit P4) yang pada setiap masa dalam kawalan SP4.
c
Seterusnya pada jam lebih kurang 0500 hrs, SP4 telah menyerahkan OKT beserta dokumen berkaitan seperti laporan polis Kluang/3356/21 (Eksibit P8), borang senarai geledah (Eksibit P9), borang serah-menyerah (Eksibit P10) dan barang kes (Eksibit P4) kepada SP6. SP6 seterusnya menyimpan barang kes (Eksibit P4) tersebut ke dalam sampul surat yang disediakan oleh SP6 (Eksibit P1) yang telah dimeterai dengan cop PDRM 722 yang kemudiannya telah disimpan di dalam peti simpanan yang berkunci di dalam bilik SP6 dimana hanya SP6 sahaja yang mempunyai akses terhadap peti simpanan berkunci tersebut.
d
Pada 11.03.2021 jam lebih kurang 1015 hrs, SP6 telah mengeluarkan barang kes (Eksibit P4) dari peti simpanan berkunci di dalam bilik SP6 untuk diserahkan kepada SP1 untuk dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, Johor Bahru bagi tujuan analisa. SP3 telah mengesahkan bahawa beliau menerima barang kes (Eksibit P4) daripada SP1 pada 11.03.2021 jam 1205 hrs dalam keadaan bermeterai, baik dan sempurna. Seterusnya, SP3 telah mengeluarkan resit kimia (Eksibit P2) kepada SP1 yang kemudiannya diserahkan kepada SP6.
e
Hasil analisa oleh SP3 mendapati barang kes (Eksibit P4) mengandungi berat bersih 0.15 gram Methamphetamine yang disenaraikan di dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB
1952
Pada 21.04.2021 jam 1010 hrs, SP3 telah menyerahkan barang kes (Eksibit P1, P4 dan P5) beserta laporan kimia (Eksibit P3) kepada SP2 yang kemudiannya diserahkan kepada SP6.
4
PENELITIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [4] Di dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, Thomson J menafsirkan milikan sebagai: "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edition, page 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. [5] Di dalam kes Zulfikar Bin Mustaffah v Public Prosecutor [2001] 1 SLR 633 elemen milikan telah dinyatakan seperti berikut: [21] 17 of the Misuse of Drugs Act) to be established, it must not only be shown that the accused had physical control of the drugs at the relevant time; the prosecution must also prove that the accused possessed the requisite knowledge as to the contents of what he was carrying: see Warner v Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 AC 256; Tan Ah Tee & Anor v PP [1978-1979] SLR 211; [1980] 1 MLJ 49 Milikan Fizikal [6] Mahkamah mendapati bahawa OKT mempunyai milikan fizikal ke atas dadah menerusi keterangan-keterangan berikut:
a
SP 4 mengesahkan dadah dijumpai di dalam genggaman tangan kanan OKT;
b
semasa kejadian OKT berseorangan;
c
keterangan SP 4 disokong oleh keterangan SP 5; [7] Mahkamah merujuk kepada kes Law Sie Hoe v The Public Prosecutor [2014] 6 MLJ 714, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan milikan berjaya dibuktikan dengan keberadaan OKT yang begitu hampir dengan dadah dan perbuatan OKT yang berdiri di atas beg biru di mana dadah ditemui yang menunjukkan nexus OKT dengan dadah: [32] From the above, the appellant clearly had physical possession of the dark blue bag from inside which the impugned drugs were found. The physical nexus was clearly established by the evidence led by the prosecution. In the case of R v Warner [1969] 2 AC 256 this is what Lord Wilberforce had said, as found at p 312: 'In all such cases, the starting point will be the accused had physical control of something a package, a bottle, a container found to contain the substance. This is evidence generally strong evidence of possession. It calls for an explanation: the explanation will be heard and the jury must decide whether there is a genuine ignorance of the presence of the substance, or such an acceptance of the package with all that it might contain, or with such opportunity to ascertain what it did contain, or such guilty knowledge with regard to it as to make up the statutory possession.' In other words, the appellant in this case being so situated in relation to the dark blue bag owes an explanation to show that it was all innocent, and that there was nothing sinister about it, as far as he was concerned. It is noted that the appellant never denied categorically the assertion by the PW2 that he was seen standing on the dark blue bag while the police was doing a search in the room. At the same time, there was no explanation coming from him why he had stood on the dark blue bag the way he did. If indeed the dark blue bag had contained his laptop, why did he have to step on it? As Lord Wilberforce had said in Warner's case a person so situated would need to come up with an explanation. No explanation was forthcoming from the appellant in this case. [8] Adalah tidak menjadi pertikaian bahawa SP 4 dan SP 5 merupakan anggota polis yang bertugas pada malam berkenaan dan memberi keterangan di Mahkamah atas kapasiti mereka sebagai anggota polis. Mahkamah merujuk kepada penghakiman Thompson CJ di dalam kes Public Prosecutor v Mohamed Ali [1962] MLJ 257: When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted, but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes the business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, however, and in the absence of any element of inherent probability the evidence of any witness, whether a Police witness or not, who gives evidence on affirmation, should normally be accepted. [9] Pada masa yang sama, Mahkamah juga mengambil kira tiada sebarang cadangan atau keterangan untuk menunjukkan SP 4 dan SP 5 mengenali OKT sebelum kejadian lantas mempunyai sebab untuk mengenakan OKT atau mereka-reka cerita terhadap OKT. Di dalam kes Mahkamah Rayuan Khee Tuan Giap v PP [2019] 1 LNS 568 telah diputuskan: [49] The evidence revealed that SP-5, SP-6 and D/Kpl. Yusrizal bin Yahya were total strangers in relation to the appellant. The burden is always upon the appellant to prove their motive or motives in fixing the appellant with the commission of the said offence. In our view, the appellant had miserably failed to show that they have an axe to grind against the appellant to propel them to fabricate and manufacture evidence and to testify adversely against the appellant in the trial. The appellant had equally failed to show that the said prosecution witnesses had harboured a motive to falsely implicate the appellant with the commission of the offence. [50] This court in Dickson Levy Maria George v. PP [2018] 1 LNS 135 had reiterated that: "[47] Also, there was no rhyme nor reason for the police officers in this case to frame up the appellant with the impugned drugs, as they were just performing their duty. (See the cases of Mohd Ali Jaafar v. PP [1998] 4 CLJ Supp 208 and Goh Han Heng v. PP [2003] SGHC 226 [2003] 4 SLR 374). [48] In Goh Han Heng v. Public Prosecutor (supra ), Yong Pung How CJ (Singapore) had this to say "I disagreed with counsel. All that the passage means is that where the accused can show that the complainant has a motive to falsely implicate him, then the burden must fall on the prosecution to disprove that motive. This does not mean that the accused merely needs to allege that the complainant has a motive to falsely implicate him. Instead, the accused must adduce sufficient evidence of this motive so as to raise a reasonable doubt in the prosecution's case. Only then would the burden of proof shift to the prosecution to prove that there was no such motive. To hold otherwise would mean that the prosecution would have the burden of proving a lack of motive to falsely implicate the accused in literally every case, thereby practically instilling a lack of such a motive as a constituent element of every offence". [49] The appellant failed to demonstrate to us any evidence to show that the police had harboured a motive to falsely implicate the appellant". [10] Mahkamah juga mendapati keterangan SP 5 bahawa OKT telah mengeluarkan dadah dan menyerahkan kepada SP 4 apabila ditanya adakah OKT ada menyimpan barang salah menunjukkan OKT mempunyai pengetahuan ke atas dadah yang berada dalam milikannya. [11] Berdasarkan kepada keterangan di atas, Mahkamah Yang Mulia ini setelah membuat penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan yang dikemukakan telah mendapati suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Kes Pembelaan [12] OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Secara ringkasnya keterangan OKT adalah seperti berikut:
a
Pada sekitar masa kejadian pada bulan Mac 2021 OKT tinggal seorang diri di alamat No. 11, Jalan Cahaya Pelangi 10, Taman Cahaya Pelangi yang merupakan alamat tempat kejadian.
b
Pada 10/3/2021 jam lebih kurang 3.10 pagi, OKT ketika itu sedang berada di garaj rumahnya sedang menampal nombor plat belakang kereta miliknya. Tiba-tiba, ada sebuah kereta Proton Wira berhenti di jalan rumah OKT dan telah menahan satu motosikal untuk pemeriksaan.
c
OKT telah bertanya kepada pemilik kereta berkenaan ada apa. Orang tersebut telah memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan meminta OKT untuk mengemukakan kad pengenalan. Selepas kad pengenalan OKT diperiksa, OKT telah ditahan dan diperiksa badannya secara rambang oleh seorang anggota polis di dalam kawasan garaj rumahnya.
d
(d)
Preamble
Menurut OKT, anggota polis yang memeriksanya bukanlah SP 4 mahupun SP 5.
e
Selain kereta Wira, terdapat sebuah lagi kereta Nissan Almera yang dipandu oleh SP 5 di mana SP 4 turut berada di dalam kereta tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Selain 2 buah kereta, OKT mendakwa terdapat lagi 2-3 buah motosikal.
f
OKT kemudian telah dibawa ke Balai Polis Batu 2, Kg Paya dan hanya selepas itu baru dibawa ke IPD Kluang.
g
OKT mengatakan semasa tangkapan tiada sebarang rampasan dilakukan ke atas OKT. OKT juga hanya menandatangani P9 kerana disuruh oleh anggota polis yang mengambil butiran maklumat OKT.
h
OKT sendiri tidak pasti mengapakah dia ditangkap sedangkan pihak polis ketika itu sedang mencari Syamil yang merupakan jiran bersebelahan dengan rumah OKT dan turut mempunyai kereta Myvi hitam seperti OKT. [13] Daripada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan, Mahkamah mendapati seperti berikut:
a
OKT tidak menafikan pada tarikh dan masa kejadian, SP 4 berada di tempat kejadian dan polis telah melakukan pemeriksaan ke atas OKT.
b
OKT menyatakan polis mencari Syamil, tetapi selepas polis memeriksa OKT, pihak polis telah bertindak menangkap OKT.
c
OKT juga memberi keterangan penunggang motosikal yang mula-mula ditahan telah dilepaskan oleh SP 4, tetapi keterangan ini tidak pernah ditimbulkan semasa kes pendakwaan dan oleh itu merupakan satu afterthought yang harus ditolak oleh Mahkamah (Megat Halim bin Megat Omar v Pendakwa Raya [2008] MLJU 647).
d
Nama Syamil juga tidak pernah ditimbulkan semasa pemeriksaan utama SP 4, nama yang ditimbulkan sebelum ini ialah Kecil.
e
Adalah tidak munasabah untuk pihak polis mencari jiran OKT bernama Syamil, tetapi selepas memeriksa kad pengenalan OKT yang pastinya tidak mengandungi nama Syamil, polis telah menangkap OKT dan langsung mengabaikan pencarian mereka ke atas Syamil padahal penama tersebut dikatakan hanya tinggal di rumah sebelah sahaja. [14] Adalah diakui mengikut keterangan SP 4 di dalam kes ini terdapat 2 barang kes yang dirampas iaitu daripada OKT dan Ahmad Fadli Bin Ahmad Daud, SD 4. SD 4 semasa pemeriksaan balas telah mengesahkan bahawa SD 4 telah dituduh dan mengaku salah atas pemilikan barang dadahnya. Mahkamah telah membuat semakan dan mendapati keterangan SD 4 adalah benar sepertimana nota prosiding JG-83D-166-03/2021. Nota prosiding menyatakan: TPR: Kemukakan:- KLUANG/3355/2021 - P3 (dalam kes ini telah ditandakan D12) 1 senarai geledah - P4 1 gambar barang kes - P5 4 keping gambar botol urine - P6A-D 1 laporan kimia - P7 1 sampul surat AN - P8 Mah: Kesemua dokumen diakui benar Mah: TPR boleh buka P8 TPR: P8 mengandungi:- 1 plastik lutsinar bertanda R - P9 1 plastik kimia LC - P10 dan kandungan - P11 Mah: Kesemua eksibit diakui benar Mah: Pengakuan salah OKT diterima dan OKT didapati bersalah atas 1 kesalahan di bawah sek.12(2) ADB 1952 dan OKT telah dijatuhkan hukuman denda RM 2000 gagal bayar 6 bulan penjara. [15] Sepertimana yang tercatat di dalam rekod Mahkamah, SD 4 telah mengakui gambar dan paling pentingnya barang kes P9 iaitu 1 plastik lutsinar bertanda R yang dikemukakan di Mahkamah pada bagi kes tersebut ialah dadah miliknya yang dirampas oleh polis pada 10/3/2021 jam lebih kurang 2.30 pagi di tepi Jalan Niyor, Kluang Oleh itu memandangkan hanya terdapat 2 barang kes dadah yang dirampas oleh SP 4, dan salah satunya telah diakui oleh saksi pembelaan sendiri SD 4 sebagai miliknya, jadi tiada sebarang keraguan di minda Mahkamah bahawa satu lagi barang kes dadah yang tinggal kini hanyalah barang kes dadah yang dirampas oleh SP 4 daripada OKT. [16] Berkenaan dengan perbezaan-perbezaan masa tidak menimbulkan sebarang keraguan memandangkan OKT sendiri mengesahkan kehadiran SP 4 dan SP 5 di tempat kejadian. KESIMPULAN [17] Setelah Mahkamah Yang Mulia ini membuat pertimbangan yang maksima dan teliti ke atas keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan sepanjang perbicaraan kes termasuk pembelaan OKT serta hujahan-hujahan yang telah difailkan kedua-dua belah pihak yang terpelajar, Mahkamah Yang Mulia ini, di akhir kes pembelaan, mendapati bahawa OKT telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan, sekaligus pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya terhadap OKT melampaui keraguan yang munasabah. OKT didapati salah dan sabit atas pertuduhan. HUKUMAN [18] Semasa mitigasi pengurangan hukuman, Puan Peguambela Yang Terpelajar telah mengemukakan fakta bahawa OKT berumur 39 tahun yang berpendapatan RM 1200 sebulan setelah dikenakan pengurangan gaji. OKT turut menanggung ibu yang telah tua berusia 60 tahun yang tidak bekerja. Ini merupakan kesalahan OKT yang pertama dan OKT tidak mempunyai sebarang rekod sabitan sebelum ini. [19] Puan TPR Yang Bijaksana pula memohon agar hukuman yang setimpal supaya ianya menjadi pengajaran kepada OKT. Puan TPR Yang Bijaksana telah menggesa Mahkamah Yang Mulia ini untuk mengambil kira 3 faktor berikut:
a
kepentingan awam dengan mengambil kira dadah adalah musuh negara (rujukan dibuat kepada kes Rex v Kenneth
b
hukuman berbentuk deteren untuk mecegah OKT daripada mengulangi kesalahan sama;
c
OKT sebagai penjawat awam seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. [20] Prinsp-prinsip berkenaan dengan hukuman telah disenaraikan oleh Lord Justice Lawton di dalam kes R v Sargeant (James Henry)
1974
60 Cr. App. R. 74: What ought the proper penalty to be? We have thought it necessary not only to analyse the facts, but to apply to those facts the classical principles of sentencing. Those classical principles are summed up in four words: retribution, deterrence, prevention and rehabilitation. Any judge who comes to sentence ought always to have those four classical principles in mind and to apply them to the facts of the case to see which of them has the greatest importance in the case with which he is dealing. [21] Hasil penelitian Mahkamah Yang Mulia ini, prinsip penghukuman yang sering ditekankan di dalam kes pemilikan dadah adalah prinsip (rujuk Pendakwa Raya lwn Yap Sooi Long [2016] 3 MLJ 467, Tia Ah Leng v Public Prosecutor [2004] 4 MLJ 249, PP v. Ling Leh Hoe [2015] 4 CLJ 869). [22] Mahkamah perlu memberikan hukuman yang menekankan elemen kecaman dan kutukan sebagai perlindungan kepada masyarakat umum daripada bahaya dadah (rujuk Public Prosecutor v Abdul Halim Ishak & satu lagi [2013] 9 CLJ 559, Adam Atan v. PP [2009] 1 CLJ 33). [23] Mengambil kira keseluruhan fakta kes, rayuan pemberatan dan hujahan mitigasi yang dikemukakan, Mahkamah Yang Mulia ini berpendapat hukuman 1 tahun penjara dari tarikh sabitan adalah wajar. [24] Akhir sekali, Mahkamah juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas bantuan dan kendalian professional kedua-dua pihak Puan TPR Yang Bijaksana dan Puan Peguambela Yang Terpelajar sehingga kes dapat diselesaikan oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Disediakan oleh: MUSTAQIM BIN SUKARNO Majistret Mahkamah Majistret Kluang Johor Bertarikh: 1 Disember 2024 Bagi Pihak Pendakwaan: TPR Siti Nurfara Fazilun Izilyn Binti Ahmad Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Bagi Pihak Pembelaan: Puan Mariammah a/p Bharathan En Muhammad Fadzly Bin Abu Bakar Tetuan B. Mariammah & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.