Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES: KA-83-527-05/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA
KA-83-527-05/2025
Magistrates Court of Malaysia15 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“pihak-pihak. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 [17] Prinsip ini telah diperjelaskan di dalam kes SAU SOO KIM v. PUBLIC PROSECUTOR [1975] CLJU 158, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: ‘Whether a person is a hardened criminal or not, I feel th”
“ak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Pendakwaraya [2000] 3 CLJ 302; [2000] 3 AMR 2621.’’ [15] Mahkamah i”
“gadu, ini tidak membolehkan OKT untuk membuat apa-apa kesalahan jenayah ke atas pengadu. [22] Mahkamah ini turut merujuk kepada kes yang diputuskan Mahkamah Tinggi iaitu PP v. Muhammad Azzan Talderi [2022] CLJU 62, yang mana Mahkamah Tinggi telah mengenepikan hukuman Majistret iaitu denda RM2500 gagal bayar 1 bulan pen”
“kkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. [14] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Tanabalan Nagarajah & Satu Lagi [2024] CLJU 1216, yang menyatakan bahawa: “Kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkamah yang membicarakan s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NOMBOR KES: KA-83-527-05/2025 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
Pada 27.05.2025, OKT telah dituduh atas kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan. Pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 06/05/2025 jam lebih kurang 11.30 malam bertempat di Plaza Tol Alor Setar, Selatan Alor Setar, Kedah di dalam daerah Kota Setar di Negeri Kedah telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Naim Bin Azizan (KP: 910222-02-5469) dengan ugutan hendak menyebabkan kematian dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan. Hukuman: Penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
2
Selepas pertuduhan dibacakan kepada OKT dalam Bahasa Melayu, OKT mengesahkan faham akan pertuduhan, dan OKT telah minta bicara. Mahkamah telah menangguhkan kes ke tarikh 15.6.2025 bagi sebutan penyerahan dokumen oleh pihak pendakwaan dan untuk OKT melantik peguam.
3
Pada tarikh sebutan 15.6.2025, OKT telah menyatakan bahawa OKT mahu mengaku salah dan Mahkamah ini telah mengarahkan agar pertuduhan dibacakan semula kepada OKT.
4
OKT telah mengaku salah dan faham sebab dan akibat pengakuan bagi pertuduhan tersebut. Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT telah memahami pertuduhan dan hukuman serta mengaku salah tanpa syarat dan telah menerima pengakuan bersalah OKT.
5
Pihak pendakwaan kemudiannya telah mengemukakan fakta kes untuk dibacakan kepada OKT. Fakta kes telah dibacakan kepada OKT dalam Bahasa Melayu dan OKT telah akui benar ke atas fakta kes tersebut. Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan ekshibit-ekshibit dan OKT telah mengesahkan dan mengakui benar bagi ekshibit-ekshibit yang dirujuk.
6
Mahkamah telah berpuas hati dengan pengakuan salah OKS selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 173(a) dan (b) Kanun Prosedur Jenayah dan seterusnya mendengar rayuan daripada pihak peguam bela yang mewakili OKT dan juga pemberatan dari pihak pendakwaan.
7
Semasa rayuan mitigasi, OKT melalui peguam belanya sendiri telah memohon kepada Mahkamah ini agar hukuman penjara diberikan. Mahkamah kemudiannya telah menjatuhkan hukuman 14 bulan penjara dari tarikh tangkap ke atas OKT.
8
Tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut, OKT telah memfailkan notis rayuan ke atas sabitan dan hukuman.
9
Sebelum membincangkan mengenai hukuman yang telah dijatuhkan ke atas OKT, adalah wajar untuk mahkamah ini meneliti fakta kes bagi pertuduhan yang telah dipertuduhkan ke atas OKT.
10
Pada 6.5.2025 jam lebih kurang 11.30 malam, semasa pengadu bernama Mohd Naim bin Azizan yang merupakan anak Tertuduh berada di Plaza Tol Alor Setar Selatan, Tertuduh mahu membunuh pengadu dan ingin merosakkan kenderaan pengadu. Tertuduh telah mengatakan ‘biaq pi aku nak kata apa dan aku nak bunuh hang, aku nak buat hang dalam diam’.
11
Kemudian, pada 8.5.2025 jam 9.30 pagi, pegawai tangkapan dan sepasukan polis dari IPD Kota Setar telah menahan Tertuduh di alamat di tepi jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah. Tertuduh telah dibawa bersama tangkapan ke IPD Kota Setar bagi tindakan lanjut sebagaimana Report Alor Setar 12569/25. Hubungan pengadu dengan Tertuduh adalah anak dan bapa. ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH [12] Dalam mempertimbangkan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT, Mahkamah ini telah mempertimbangkan beberapa faktor yang diperjelaskan seperti berikut: a. Hukuman berdasarkan peruntukan undang-undang [13] Dalam kes ini pertuduhan terhadap OKT adalah di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi limb kedua iaitu ugutan jenayah untuk menyebabkan kematian yang mana memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
14
Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Tanabalan Nagarajah & Satu Lagi [2024] CLJU 1216, yang menyatakan bahawa: “Kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkamah yang membicarakan sesuatu kes. Mahkamah bicara mempunyai hak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsip-prinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] CLJU 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v. Pendakwaraya [2000] 3 CLJ 302; [2000] 3 AMR 2621.’’
15
Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT bagi kesalahan seksyen 506 Kanun Keseksaan adalah mengikut peruntukan undang-undang di bawah kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKT. b. Pengakuan salah dapat menjimatkan masa dan kos [16] Mahkamah ini juga mengambil kira faktor bahawa OKT telah mengaku salah ke atas pertuduhan pada sebutan kali kedua dan tidak menafikan bahawa pengakuan salah OKT telah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak.
17
Prinsip ini telah diperjelaskan di dalam kes SAU SOO KIM v. PUBLIC PROSECUTOR [1975] CLJU 158, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: ‘Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.”
18
Walaupun pengakuan salah OKT telah menjimatkan masa dan kos pihak-pihak, itu bukanlah alasan utama Mahkamah ini dalam pertimbangan menjatuhkan hukuman ke atas OKT. Mahkamah ini turut mengambil kira alasan-alasan serta faktor-faktor lain yang turut menyumbang dalam pertimbangan hukuman yang wajar dijatuhkan ke atas OKT. c. Kepentingan Awam [19] Kepentingan awam merupakan salah satu faktor yang dinilai oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman ke atas OKT.
20
Mahkamah ini juga memberikan penekanan yang lebih terhadap kepentingan awam berbanding kepentingan OKT sendiri. Prinsip ini dapat dilihat di dalam kes, Azwel Mohd Ali v PP [2012] 6 CLJ 809 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah mengambil kira bahawa di dalam kes ini terdapat isu kepentingan awam (public interest) dan juga isu kepentingan peribadi perayu yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah memakai prinsip bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. Di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, Hashim Yeop Sani J, pernah memutuskan: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only 6 quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest... ’
21
Di dalam kes semasa, Mahkamah mengambil kira bahawa OKT merupakan ayah kepada pengadu dan melibatkan kekeluargaan. Walaupun OKT merupakan seorang ayah kepada pengadu, ini tidak membolehkan OKT untuk membuat apa-apa kesalahan jenayah ke atas pengadu.
22
Mahkamah ini turut merujuk kepada kes yang diputuskan Mahkamah Tinggi iaitu PP v. Muhammad Azzan Talderi [2022] CLJU 62, yang mana Mahkamah Tinggi telah mengenepikan hukuman Majistret iaitu denda RM2500 gagal bayar 1 bulan penjara dan menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara ke atas perayu. Kes tersebut melibatkan ugutan yang berbunyi “Kamu memang babi laa, memang kamu kena ajar ni, kami ingat aku takut ke, sikit je lagi aku nak hapuskan kamu semua". Turut dinyatakan di dalam kes tersebut:
9
Mahkamah ini berpendapat bahawa ugutan tersebut merupakan satu ugutan yang serius yang boleh mendorong pada perbuatan membunuh terutama pada perkataan, "aku nak hapuskan kamu semua ini".
10
Perlu diambil perhatian bahawa buat masa kini kes keganasan rumah tangga kerap kali berlaku. Perayu/OKT telah mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan memberi ugutan jenayah sehingga meninggalkan kesan trauma pada mangsa. ……. [13] Setiap hukuman haruslah memberi pengajaran kepada Perayu/OKT supaya jangan sewenang-wenangnya bertindak sesuka hati. Juga untuk memberi pengajaran kepada mereka yang terdorong untuk melakukan kesalahan yang sama di masa akan datang.
23
Berbalik kepada kes semasa, OKT menyatakan dengan jelas dan terang kepada pengadu bahawa OKT ingin membunuh pengadu iaitu dengan mengatakan ‘biaq pi aku nak kata apa dan aku nak bunuh hang, aku nak buat hang dalam diam’. Uguatan ini adalah jelas akan menimbulkan kegentaran kepada pengadu, apatah lagi diucap daripada seorang bapa. Malah kejadian ini juga berlaku di kawasan luar iaitu di Plaza Tol Alor Setar Selatan yang menimbulkan pelbagai kemungkinan akan berlaku.
24
Hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah wajar dan berpatutan untuk memberikan pengajaran kepada OKT untuk tidak mengulangi tindakannnya lagi. Hukuman ini juga menjadi satu contoh dan kemaslahatan orang awam secara keseluruhannya agar tidak mudah melemparkan ugutan jenayah sewenang-wenangnya kepada individu lain. d. Latar belakang OKT dan hukuman penjara ke atas OKT [25] OKT yang diwakili peguam bela, semasa mitigasinya menyatakan bahawa OKT berusia 65 tahun dan mempunyai penyakit gout. OKT hanya bekerja kampung dan tidak mempunyai pendapatan yang menentu. OKT juga melalui peguamnya telah memohon kepada mahkamah ini agar hukuman penjara dijatuhkan kepadanya.
26
Mahkamah ini sedia maklum bahawa budi bicara mahkamah ini untuk menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan ini yang mana membolehkan hukuman denda sahaja diberikan dan hukuman penjara bukanlah hukuman wajib dikenakan ke atas OKT. Namun mahkamah ini mempertimbangkan permohonan OKT sendiri melalui peguamnya yang memohon agar diberikan hukuman penjara dan juga OKT sendiri mempunyai pendapatan yang tidak menentu. Oleh itu, mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan dari tarikh tangkap ke atas OKT. KESIMPULAN [27] Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa sabitan ke atas OKT adalah selamat dan hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah berlandaskan undang-undang, setimpal dan wajar. Bertarikh 15 Ogos 2025 NUR SYIFA BINTI MOHD HAMZAH MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET (3) ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN Pihak – Pihak Bagi Pihak Pendakwa Raya TPR Nur Sharmila binti Md Asri, Nur Huda Diyanah binti Amir Hamzah Bagi Pihak Tertuduh Anisah Ruzaila binti Yaacob Chuah Hock Aik (Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.