SP2 - Majikan Plaintiff (Khairul Suhardi bin Abd Kadir); C. HUJAHAN PIHAK-PIHAK KUANTUM GANTIRUGI AM [8]Peguam Plaintif menghujahkan bahawa Plaintif dari golongan Muslim Rohingya dari satu kaum yang paling 'persecuted' di dunia yang telah lari di Malaysia untuk membuat satu hidup yang baru dan berada di bawah lindungan UNHCR dan Plaintif adalah seorang yang muda di mana Laporan Pakar Ortopedik Defendan sendiri menyatakan "He will benefit from a corrective osteonomy, bone grafting and internal fixation to address the malunion of the left radius as he is still young. It will cost RM25,000 in private hospital and RM1,000 in government hospitals." [9] Peguam Plaintif juga merujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Award 2018. Bagi Fracture distal $ 3^{rd} $ of left radius with DRUJ disruption and 1cm shortening and malunited fracture of the ulna styloid, kes Muhammad Khairul Asraf bin Mohd Thoha v Hasmida bt Hamzah [2019] I PIR [49] dirujuk dan memohon awad RM40,000.00. [10] Bagi kecederaan bone grafting, Peguam Plaintif berhujah untuk jumlah RM10,000.00 manakala bagi abrasion scar, jumlah RM4,000.00 dihujahkan. Bagi pain and suffering future operation, Peguam Plaintif menghujahkan untuk jumlah RM10,000.00 kerana walaupun mungkin satu 'major operation' yang boleh dijalankan 'at one go' tetapi melibatkan beberapa perkara yang perlu dirawat melalui beberapa pembedahan. [11] Peguam Defendan pula berhujah bahawa bagi kecederaan Close fracture of the left radius with DRUJ disruption and fracture Ulna styloid, awad RM30,000.00 adalah adil dan munasabah kerana julat pergerakan di pergelangan tangan kiri, siku kiri dan bahu kiri adalah penuh dan Plaintif sendiri yang enggan melakukan sebarang pembedahan terhadap kecederaannya dan mencadangkan agar Mahkamah mengambilkira prinsip kecederaan di bahagian yang sama yang mana perlu diawad secara global dan overlapped. [12] Peguam Defendan juga menghujahkan bahawa Plaintif telah gagal hadir bagi memberikan keterangan berkenaan tuntutannya tentang isu kuantum. KUANTUM GANTIRUGI KHAS [13] Bagi Item a), b), c), d), j), m) & n) ditarik balik oleh Plaintif manalakala bagi Item f), g), h) dan i) Peguam Plaintif menyatakan di dalam hujahan bahawa tuntutan tersebut telah dipersetujui dengan jumlah RM1,084.00. [14] Bagi item e) Bil-bil hospital berjumlah RM390.00 Peguam Plaintif menghujahkan bahawa dokumen-dokumen sokongan telah difailkan. Bagi item k) Kos pembedahan masa depan untuk corrective osteotormy, bone grafting and locking plate fixation of left radius, memohon sepenuhnya RM25,000.00 dan menghujahkan bahawa Mahkamah untuk mengambil 'judicial notice' bahawa seorang warganegara asing tidak akan berhak kepada apa-apa subsidi kos pembedahan di hospital Kerajaan dan menyatakan 'The point is a victim of a tort is entitled to the full cost of the future operation'. Manakala bagi item I) Kehilangan pendapatan bagi 6 bulan RM10,500.00, yang mana saksi Plaintif yang kedua (PSP2) telah memberi keterangan yang konsisten bahawa Plaintif memang bekerja di ladangnya. [15] Peguam Defendan berhujah bahawa bagi tuntutan Gantirugi Khas di Item g) Laporan Perubatan Pakar Ortopedik Plaintif RM664.50 adalah dipersetujui untuk dibenarkan manakala bagi tuntutan di Item f), h) dan i) memohon untuk tuntutan tersebut ditolak kerana tiada bukti dokumen resit. [16] Peguam Plaintif turut berhujah bahawa Plaintif telah gagal untuk hadir ke Mahkamah walaupun Gantirugi Khas telah diplidkan, pihak Defendan tidak dapat memeriksa balas Plaintif tentang item item yang dituntut terutamanya di item e) yang mana Defendan tiada pengetahuan samada Plaintif telah membayar bil sendiri. Bagi item k) walaupun Pakar pihak Defendan mencadangkan untuk Plaintif menjalani pembedahan untuk corrective osteotormy, bone grafting and internal fixation, Laporan perubatan awal bertarikh 22.4.2022 dari Jabatan Ortopedik Hospital Banting menyatakan bahawa Plaintif sendiri enggan untuk mendapatkan intervensi pembedahan ketika dirawat di hospital tersebut selepas kemalangan, maka tuntutan tidak wajar dibenarkan memandangkan di peringkat awal Plaintif enggan mendapatkan intervensi pembedahan dan tiada keterangan daripada Plaintif berkenaan tuntutan ini. [17] Bagi tuntutan item I) kehilangan pendapatan untuk 6 bulan RM15,000.00, Peguam Defendan menghujahkan bahawa daripada keterangan SP2, SP2 telah gagal membuktikan bahawa beliau merupakan Majikan Plaintif dan tidak mempunyai bukti bahawa Plaintif bekerja dengannya dan tidak mempunyai data dan rekod kerja Plaintif dan tidak dapat membuktikan gaji Plaintif dan tiada bukti dokumen sokongan. Maka tuntutan bagi jumlah RM15,000.00 tidak wajar dibenarkan kerana Plaintif gagal membuktikan bahawa beliau bekerja pada masa kemalangan. D. DAPATAN MAHKAMAH KUANTUM GANTIRUGI AM [18] Bagi kecederaan Close fracture of the left radius with DRUJ disruption and fracture Ulna styloid, Mahkamah membenarkan RM 35,000.00 secara global dengan merujuk kepada Revised Compendium 2018 yang mencadangkan jumlah awad bagi radius and ulna dari RM21,500.00 hingga RM36,000.00. [19] Manakala permohonan awad bagi kecederaan Bone Grafting dan Abrasion scar measuring 3x2cm adalah ditolak kerana kecederaan tersebut tidak diplidkan di dalam Penyata Tuntutan dan tidak dinyatakan di dalam Laporan Perubatan Plaintif bertarikh 22.4.2022 mahupun di dalam Laporan Pakar Defendan dari UM Specialist Centre bertarikh 6.1.2024 namun hanya dinyatakan 'no obvious scar'. [20] Bagi tuntutan Pain and suffering future operation adalah ditolak kerana tidak diplidkan di dalam Penyata Tuntutan dan tiada sebarang keterangan daripada Plaintif yang menyokong tuntutan tersebut di mana Plaintif tidak hadir memberi keterangan semasa perbicaraan dan pihak Defendan tidak berpeluang untuk memeriksa balas Plaintif berkenaan tuntutan tersebut. Seperti yang telah dinyatakan di dalam Laporan Perubatan Plaintif bertarikh 22.4.2022 di mana Plaintif refused surgical intervention. Oleh yang demikian, tidak dapat dipastikan samada Plaintif memerlukan pembedahan pada masa akan datang. Oleh itu, Plaintif tidak dapat membuktikan bahawa terdapat keperluan untuk tuntutan bagi pain and suffering future operation bagi jumlah RM10,000.00. KUANTUM GANTIRUGI KHAS [21] Bagi tuntutan Gantirugi Khas yang dinyatakan di Item a), b), c), d), j), m) dan n) di dalam Penyata Tuntutan adalah dibatalkan kerana tuntutan-tuntutan tersebut telah ditarik balik oleh Plaintif melalui hujahannya. [22] Bagi tuntutan di Item e) Bil-bil Hospital RM390.00 adalah dibenarkan. Manakala bagi tuntutan di Item f) kos Laporan Perubatan dari Hospital Banting RM120.00 adalah ditolak kerana tiada bukti dokumen. Bagi tuntutan di Item g) Laporan Perubatan Pakar Ortopedik RM664.50 adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun bagi tuntutan di Item h) Laporan JPJ RM20.00 dan Item i) Laporan Polis dan Rajah Kasar RM200.00 adalah ditolak kerana tiada bukti dokumen. [23] Bagi tuntutan di Item k) Kos pembedahan masa depan untuk corrective osteotormy RM25,000.00 adalah ditolak kerana Plaintif tidak hadir semasa Perbicaraan untuk menyokong tuntutan tersebut di mana tiada sebarang keterangan oleh Plaintif yang menyatakan Plaintif mahu dan akan menjalani pembedahan masa depan. Seperti yang telah dinyatakan di dalam Laporan Perubatan Plaintif bahawa Plaintif sendiri enggan menjalani pembedahan ketika dirawat di hospital selepas kemalangan. [24] Seperti sedia maklum beban pembuktian dalam kes ini terletak sepenuhnya ke atas Plaintif untuk membuktikan, atas imbangan kebarangkalian, bahawa tuntutan tersebut adalah wajar dibenarkan oleh Mahkamah. Prinsip ini diperuntukkan secara jelas di bawah Seksyen 101 dan Seksyen 102 Akta Keterangan 1950, yang meletakkan beban membuktikan kewujudan fakta ke atas pihak yang menegaskan fakta tersebut. Kes UMW Toyota Motor Sdn Bhd & Anor v Allan Chong Teck Khin & Anor [2021] 3 MLJ 107 dirujuk yang mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: " [108] By allowing the second plaintiff's claim, the learned judge has allowed her claim without her having to testify and lead evidence and without her having to be subjected to crossexamination. To our minds, this is a serious and grave error of law on the part of the learned judge and it has greatly prejudiced the defendants who have been found liable to a party who did not even bother to appear in court to prove her case." [25] Oleh yang demikian, tanpa kehadiran Plaintif semasa perbicaraan untuk menyatakan dan menguatkan tuntutan kepada keperluan pembedahan masa depan tersebut menyebabkan tuntutan tersebut adalah fatal. Peguam Plaintif juga tidak memberikan sebarang penjelasan munasabah berkenaan ketidakhadiran Plaintif pada hari Perbicaraan dan tiada sebarang Hujahan Balas berkenaan isu yang dibangkitkan. Maka, tuntutan Gantirugi Khas bagi Kos pembedahan masa depan untuk corrective osteotormy RM25,000 tidak wajar dibenarkan. [26] Berkenaan tuntutan bagi Kehilangan pendapatan bagi 6 bulan RM10,500.00, terdapat dokumen yang difailkan oleh Plaintif yang dinamakan sebagai Surat Majikan Plaintif, Harith & Hanis Global Resources dan ditandakan sebagai ID4. ID4 merupakan surat yang tidak mempunyai kepala surat Syarikat Harith & Hanis Global Resources dan dokumen yang dilampirkan dengannya adalah tidak lengkap, maka ID4 dikekalkan sebagai ID4. Tiada sebarang dokumen lain yang difailkan bagi membuktikan bahawa Plaintif adalah pekerja kepada SP2 dan tiada sebarang dokumen sokongan berkenaan data dan rekod kerja Plaintif termasuk SSM Syarikat SP2 yang difailkan dan dikemukakan di Mahkamah. Oleh yang demikian, Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa Plaintif merupakan pekerja kepada SP2 dan telah kehilangan pendapatan bagi 6 bulan sejumlah RM10,500.00. Maka tuntutan tersebut adalah ditolak dan tak wajar dibenarkan. E. KESIMPULAN [27] Atas alasan-alasan tersebut, atas imbangan kebarangkalian, bagi kuantum atas dasar 100%, Mahkamah membenarkan sebahagian gantirugi am bagi jumlah RM35,000 dan sebahagian gantirugi khas bagi jumlah RM1,054.50 dan faedah 2.5 % setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh Penghakiman dan faedah 5% setahun ke atas gantirugi am dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh Penghakiman dan faedah 5% setahun ke atas jumlah penghakiman sehingga penyelesaian penuh dan kos mengikut skala. Manakala tuntutan awad untuk gantirugi khas bagi kos pembedahan masa depan dan awad untuk gantirugi am untuk kesakitan dan penderitaan apabila menjalani pembedahan masa depan ditolak. Bertarikh pada 20 Julai 2026 Peguam bagi pihak Perayu Tetuan Daljeet S Sachdev & Co. Peguam bagi pihak Responden :