Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. WA-22C-58-07/2024 ANTARA AZMAN BIN ABDUL GHANI (No. K/P: 731013-11-5077) …PLAINTIF
WA-22C-58-07/2024
High Court of Malaysia26 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. WA-22C-58-07/2024 ANTARA AZMAN BIN ABDUL GHANI (No. K/P: 731013-11-5077) …PLAINTIF
1
RANHILL UTILITIES BERHAD (No. pendaftaran Syarikat: 378993-D)
2
RANHILL WATER SERVICES SDN BHD (No. pendaftaran Syarikat: 651858-H) …DEFENDAN-DEFENDAN GROUNDS OF JUDGMENT (Enclosure 15 & 17) [1] Pihak Defendan Pertama telah melalui kandungan 15 (Kandungan 15), memohon untuk membatalkan Writ dan Penyataan Tuntutan bertarikh 19.7.2024 terhadap Defendan Pertama mengikut Aturan 18 Kaedah 19 (1)(a), dan/atau (b), dan/atau (c) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan untuk perkara yang sama terhadap Defendan Kedua dalam kandungan 17 (Kandungan 17). [2] Kandungan 15 dan Kandungan 17 di sokong oleh alasan-alasan yang sama yang mana adalah seperti berikut berikut:- i. tuntutan Plaintif berasaskan kononnya satu kontrak yang dikatakan telah perbuat diperbuat diantara Plaintif dengan Defendan Kedua dimana beliau telah dilantik oleh Defendan Kedua sebagai “Perundingnya” berkenaan satu projek daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia (“JKR”) berkaitan Surat Niat bertarikh 10.12.2021 bagi perlaksanaan Projek Peningkatan Sistem Perpaipan Bekalan Air Tawar di Pangkalan TLDM Lumut (Reka & Bina) (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Projek tersebut”; ii.
Preamble
Mengikut Plainitf, JKR pada masa yang matan telah membatalkan hasrat melantik Defendan Kedua sebagai kontraktor Projek terse ut berasaskan Penutupan Laporan Ketidakpatuhan NCR bertarikh 3.1.2022 (“Tender Asal”); iii.
Preamble
Mengikut Pliding Plaintif, perlantikannya sebagai Perunding Projek tersebut telah dilakukan melalui agen Defenan Kedua iaitu IR Arif Hakim Bin Abdul Rahim yang merupakan Pengarah Hajara Consultant Sdn Bhd dimana Plaintif dikehendaki mengemukakan rayuan ke atas Pembatalan Surat Niat tersebut; iv.
Preamble
Mengikut Pliding Plaintif, Plaintif juga telah membuat bayaran-bayaran tertentu bagi maksud memperolehi Projek tersebut; v.
Preamble
Mengikut Pliding Plaintif, beliau telah kemudiannya berjaya memperolehi tender Projek tersebut bagi faedah Defendan-defendan berasaskan kepakaran beliau; vi.
Preamble
Mengikut Plaintif, Defendan Kedua telah berjanji akan membayar beliau sebanyak 5% daripada nilai RM38,507,067.70 bagi Projek tersebut iaitu sebanyak RM1,925,203.38 sebagai fi Plaintif; vii. Maka Plantif telah memfailkan tuntutan ini dengan menuntut untuk fi dan lain-lain relif terhadap Defendan Pertama;
3
Defendan Kedua dalam hujahnya menafikan telah melantik Plantif sebagaimana yang dituntut.
4
Defendan Kedua juga berhujah bahawa
4
4.1 mereka tidak pernah melantik IR Arif Hakim Bin Abdul Rahim tersebut dan/atau Hajara Consultant Sdn Bhd bagi maksud melantik Plaintif sebagai Perunding sepertimana yang diplidkan dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif;
4
4.2 tiada apa-apa perjanjian bertulis yang wujud diantara Plaintif dengan Defenan Pertama mahupun Defendan Kedua yang mengesahkan perlantikan Plaintif sebagaimana yang diplidkan;
4
4.3 Tiada apa-apa perjanjian bertulis yang mengesahkan skop Plaintif, fi Plaintif dan/atau terma-terma terperinci berkenaan Projek tersebut;
4
4.4 Defendan Kedua mempertikaikan pembayaran-pembayaran yang kononnya dilakukan pleh Plaintif;
4
4.5 Pembayaran-pembayarn yang dikatakan telah diperbuat oleh Plaintif tidak diarahkan dan/atau dipersetujui dan/atau diluluskan oleh Defendan-defendan dan menimbulkan isu dan/atau menunjukkan unsur-unsur yang melanggari undang-undang;
4
4.6 Defendan Kedua sama-sekali tidak ketahui tentang pembayaran-pembayaran yang dikatakan;
4
4.7 Tender Asal yang bersangkutpaut Surat Niat bertarikh 10.12/2021 tidak diteruskan dan telah luput pada 28.2.2022;
4
4.8 Pada 21.7.2022, Defendan Kedua telah menerima maklumat menerusi Bahagian Bekalan Air (“BBA”) bahawa pihak JKR telah memanggil tender semula bagi Projek tersebut di
4
4.9 Menerusi surat bertarikh 24.7.2022, Defendan Kedua telah menghantar rayuannya kepada Pengarah, Cawangan Kerja Keselamatan dan Salinan surat tersebut kepada Timbakan KPKR (Bangunan) untuk menyertak Tender Semula di Projek Peningkatan Air Pangkalan TLDM, Lumut;
4
4.10 Pada 24.8.2022, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, JKR telah memberi maklum balas dan menghantar Surat Pelawaan Tender dan Pembayaran Harga Dokumen Pra Bida bagi Projek Peningkatan Air di Pangkalan kepada Denfendan Kedua;
4
4.11 Pada 14.9.2022 Komander Pengkalan Lumut telah menghantar Surat Permohonan Kebenaran Masuk Kontraktor Untuk Lawatan Tapak dan Tender Semula di Pangkalan TLDM Lumut kepada Markas Pangkalan Lumut;
4
4.12 Pada 13.10.2022, penyerahan Tender ke JKP pada Tarikh tutup;
4
4.13 Pada 14.12.2022, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) bagi pihak Ketua Pengarah Kerja Raya telah mengeluarkan Surat Niat kepada Defendan Kedua menyatakan hasrat untuk menerima tender dari Defendan Kedua tertakluk kepada persetujuan terhadap syarat-syarat tertentu;
4
4.14 Pada 15.12.2022, pihak JKR telah mengemukakan Surat Niat berserta Lampiran A dan Lampiran B oleh Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan dengan menghendaki Defendan Keuda mengemukakan persetujuan secara rasmi dengan mengembalikan surat yang ditandatangani beserta saksi dalam tempoh 7 hari daripada surat tersebut pada 15.12.2022;
4
4.15 Pada 18.12.2022, Defendan Kedua telah memulangkan semula Surat Niat lengkap ditandatangani kepada pengarah
4
4.16 Pada 23.12.2022, Defendan Kedua telah menerima Jemputan Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek TLDM Luut bersama-sama Projek Pangkalan Udara Subang; Majlis Penyerahan telah ditetapkan pada 2.30pm pada 4.1.2023 bertempat di Dewan Emerald, Tingkat 18, Maju Tower Cawangan Kerja Keselamatan, JKR;
4
4.17 Pada 28.12.2022, Defendan Kedua telah memulang Surat Setuju Terima (“SST”) yang telah ditandatangani kepada Pengarah Perkhidmatan Ukur Bahan, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, JKR;
4
4.18 Defendan Kedua berdasarkan inisiatif dan kepakaran sendiri telah berjaya memperolehi Tender Semula tersebut;
4
4.19 Maka adalah jelas bahawa Plaintif tidak mempunyai apa-apa kuasa tindakan terhadap Defendan Kedua kerana:- a) Tiada apa-apa perjanjian bertulis diantara Defendan kedua dengan Plaintif yang mengesahkan pelantikannya sebagai Perunding projek Defendan Kedua sebagaimana yang diplidkan oleh Plaintif; b) Tiada apa-apa terma-terma khusus berkenaan dengan tanggungjawab yang harus dilakukan oleh Plaintif serta persetujuan berkenaan dengan fi yang harus dibayar kepada Plaintif; c) Tender Semula Projek tersebut telah diperolehi semata-matanya oleh Defendan Kedua tanpa melibatkan Plaintif; d) Apa-apa arahan yang dikatakan telah diberikan oleh Pengarah dan/atau pegawai Defendan Kedua tidak ada kaitan dengan Defendan kedua dan/atau mempunyai kesan mengikat Defendan Kedua kerana pihak-pihak tersebut tidak mempunyai mandate untuk melantik Plaintif sebagaimana yang diplidkan; e) Maka Defendan Pertama memohon agar Writ Saman serta Prnyataan Tuntutan Plaintif dibatalkan dengan kos kerana:- i. ia tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah; dan/atau ii. ia mengaibkan, remeh dan menyusahkan; dan/atau iii. ia boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan ini dengan adil; dan/atau iv. ia merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah; [3] Mahkamah telah mendengar kedua-dua Kandungan 15 dan 17 pada 26hb Mac 2025 dan membenarkan kedua permohonan tersebut dengan kos. [4] Pihak Plaintif telah mewakili diri sendiri pada hari pendengaran Kandungan 15 dan 17 pada 26hb Mac 2025 manakala pihak Defendan-defendan di wakili oleh peguam. Analisis & Keputusan Kes Terhadap Defendan Pertama [5] Saya bersetuju dengan Peguam Defendan dalam hujahan beliau bagi kedua-dua permohonan tersebut bahawa rujukan yang dibuat oleh Plaintif di perenggan 2 Pernyataan Tuntutan kepada Defendan Pertama pada hakikatnya sememangnya merujuk kepada Defendan Kedua, yakni Ranhill Water Services Sdn Bhd. Ini juga jelas boleh di lihat di Surat Niat bertarikh 10.12.2021 di eksibit C-1, surat ini dikeluarkan oleh pihak JKR kepada Ranhill Water Services dan bukannya kepada Defendan Pertama, Ranhill Utilities Berhad. [6] Maka dengan itu, sebarang rujukan oleh Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan beliau kepada Defendan Pertama sebenarnya tidak bersangkut dengan Defendan Pertama dan saya berpendapat bahawa dengan itu Defendan Pertama tiada kaitan langsung dengan tuntutan Plaintif dan tidak sepatutnya dijadikan satu pihak kepada tuntutan Plaintif tersebut. [7] Mahkamah telah juga mendapati Defendan Pertama tiada kaitan dengan Projek Peningkatan Sistem Perpaipan Bekalan Air Tawar di Pangkalan TLDM Lumut (Reka & Bina) kerana
7
7.1 Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan beliau merujuk kepada seorang individu bernama Ir Arif Hakim bin Abdul Rahim (Ir Arif Hakim) seorang Pengarah Syarikat Hajara Sdn Bhd yang kononnya merupakan perunding utama dan perunding sivil dan structural kepada Defendan Pertama. Mengikut bukti di eksibit C-2, perlantikan Syarikat Hajara Sdn Bhd sebenarnya dibuat oleh Defendan Kedua dan bukan Defendan Pertama pada 10.1.2023 (Surat 10.1.2023);
7
7.2 Mahkamah seterusnya mendapati bahawa Surat 10.1.2023 merujuk kepada tender semula Projek Peningkatan Sistem Perpaipan Bekala Air Tawar di Pengkalan TLDM Lumut (Reka & Bina) dan bukannya kepada tender asal yang telah luput. Ini juga boleh dilihat di exhibit C-3 yang merupakan surat bertarikh 23.12.202 yang dikeluarkan oleh JKR kepada Defendan Kedua berkenaan ‘tender semula’. [8] Saya telah juga meneliti dan melihat eksibit-eksibit AAG 01 sehingga AAG 04 yang kononnya Plaintif berhujah mengaitkan Defendan Pertama dengan Plaintif, tetapi dengan hormatnya atas beban keberangkalian saya mendapati bahawa a. sebarang komunikasi yang dirujuk tidak pada pandangan Mahkamah menunjukkan kewujudan apa-apa hubungan kontrak antara Defendan Pertama dengan Plaintif, malah nama yang disebut di ‘screen shot’ tersebut juga tidak menunjukkan yang ianya di antara Ir Arif Hakim dan Plaintif b. terdapat laporan polis yang dibuat oleh Defendan Kedua yang menafikan mana-mana surat telah dikeluarkan oleh Defendan Kedua dan bahawa mana-man surat tersebut telah dipalsukan c. tiada penyataan bersumpah dari Ir Arif Hakim bahawa ianya adalah penama di ‘screen shot’ tersebut [9] Atas kesemua alasan-alasan di atas saya berpendapat bahawa pihak Plaintif telah gagal membukti sebarang kes terhadap Defendn Pertama dan bahawa kes Plaintif terhadap Defendan Pertama di anggap sebagai “purely unsustainable’. Oleh it kes Plaintif terhadap Defendan Pertama harus dibatalkan dengan kos. Lihat kes Bandar builder Sdn Bhd v United Malayan Banking Corp Bhd (1993) 3 MLJ
36
Kes Terhadap Defendan Kedua [10] Berkenaan kes Plaintif terhadap Defendan Kedua, setelah Mahkamah merujuk kepada Pernyataan Tuntutan Plaintif, saya mendapati bahawa kes Plaintif adalah hanya merujuk kepada Defendan Pertama sebagai pihak yang menerima kontrak dan tiada kaitan atau rujukan kepada sebarang kes malah tiada sebarang relief dipohon terhadap Defendan Kedua. [11] Saya juga percaya setakat pendengaran permohonan Kandungan 17, pihak Plaintif tidak memfailkan apa-apa permohonan untuk meminda Pernyataan Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua walaupun Kandugan 15 difailkan pada 23.12.2024 dan pendengaran Kandungan 17 di dengar pada 26.3.2025, iaitu tempoh 3 bulan telah terlepas. [12] Ini menunjukkan Plaintif ada tempoh masa yang cukup munasabah untuk memfailkan sebarang permohonan untuk meminda Pernyataan Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua tetapi beliau gagal membuat perkara tersebut. [13] Oleh itu, saya setuju dengan peguam Defendan Kedua bahawa dalam keadaan yang dinyatakan di atas, tuntutan Plaintif tidak menunjukkan apa-apa kausa tindakan terhadap Defendan Kedua dan merupakan kes yang remeh dan menyusahkan (scandalous and frivolous) terhadap Defendan Kedua yang harus di batalkan.
para
[14] Maka, atas alasan-alasan Mahkamah yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini membatalkan kes Plaintif terhadap Defendan Pertama dan Kedua menurut mengikut Aturan 18 Kaedah 19 (1)(a), dan (b), dan (c) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dengan kos. Bertarikh: 26 hari bulan Mac 2025 sgd. NADZARIN WOK NORDIN HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI PEMBINAAN 1 BAGI PIHAK PLANTIF: Azman bin Abdul Bhani (Plaintif mewakili diri] PEGUAM CARA BAGI PIHAK DEFENDAN PERTAMA & KEDUA: C. Kumaresun (Tetuan Francis Pereira & Shan]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.