Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KAJANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BH-A52NCC-18-03/2025 ANTARA AZMAN BIN AHMAD (NO. K/P : 610613-01-5933) …PLAINTIFF
BH-B52NCC-18-03/2025
Sessions Court of Malaysia8 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“melihara aset syarikat supaya pengagihan yang adil boleh dilaksanakan di kalangan pemiutang dan untuk melindungi kepentingan pemiutang dan orang ramai. Lihat Shencourt Sdn Bhd v Perumahan NCK Sdn Bhd [2005] MLJU 571; Neptune Asia Services Sdn Bhd & Anor v Trans Fame Offshore Sdn Bhd (formerly known as S/N 0yjcpyY/0Cbgh”
“yjcpyY/0CbghYGaL8zbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 Transfame Sdn Bhd)) (Awgku Mohd Reza Farzak bin Awg Daud & Ors, interveners) [2021] MLJU 3118 D. Analisa & Dapatan Mahkamah 15. Adalah suatu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa permohonan penggantu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KAJANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO. BH-A52NCC-18-03/2025 ANTARA AZMAN BIN AHMAD (NO. K/P : 610613-01-5933) …PLAINTIFF
1
QUANTUM METAL SDN BHD (NO. SYARIKAT: 201201102417 [1011907-U])
2
LIM KHONG SOON @ LIM HOCK SENG (NO. K/P: 630824-07-6013) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [Permohonan Interlokutori Lampiran 9]
1
1.
Lampiran
Lampiran 9 adalah permohonan Defendan-Defendan menurut Seksyen 410 Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk perintah-perintah, antara lain, seperti berikut: (1) Mana-mana dan kesemua prosiding dalam tindakan ini digantung sementara menunggu pelupusan permohonan ini; (2) Mana-mana dan kesemua prosiding dalam tindakan ini digantung sementara menunggu pelupusan dan keputusan S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg penuh permohonan Defendan Pertama bagi Pengurusan Kehakiman menurut Seksyen 404 Akta 777 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Saman Pemula No. WA-28JM- 5-04/2025 (‘permohonan PK tersebut’); dan (3) Kos dalam permohonan kos dalam kausa. 2. Bagi menyokong permohonan tersebut, Defendan-Defendan melalui afidavit sokongan Lim Khong Soon bertarikh 19.05.2025 (Lampiran 10) telah mengemukakan alasan-alasan, antara lain, seperti berikut: a) Pada 12.04.2025, Defendan Pertama (D1) telah memfailkan permohonan PK tersebut di MTKL; b) Selaras dengan Seksyen 410 Akta 777, tiada sebarang resolusi, langkah atau prosiding boleh dibuat terhadap D1 bermula dari pemfailan permohonan PK tersebut sehinggalah perintah terhadap permohonan PK tersebut diberikan; c) Sekiranya prosiding ini tidak digantung sebelum pelupusan permohonan PK tersebut diputuskan, ia akan melanggar hak statutori D1 di bawah seksyen 410 Akta tersebut; d) Prosiding terhadap Defendan Kedua (D2) juga tidak boleh diteruskan kerana liabiliti D2 (yang mana dipertikaikan) tidak boleh dipisahkan atau dibuktikan secara peribadi terhadap D2; dan e) Tiada prejudis terhadap Plaintif kerana tindakan ini masih lagi berada pada peringkat awal untuk pemfailan pliding yang seterusnya diikuti dengan peringkat permohonan interlokutori, sekiranya pihak-pihak memilih memfaikannya. Dalam apa jua keadaan, permohonan PK tersebut telah ditetapkan untuk S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg didengar dan dilupuskan dalam tempoh beberapa minggu pada 27.05.2025. 3. Melalui Afidavit Azman bin Mohamad bertarikh 5.06.2025 (Lampiran 11), Plaintif membantah permohonan Defendan-Defendan atas alasan-alasan, antara lain, seperti berikut: a) Perlindungan moratorium statutori di bawah Seksyen 410 Akta 777 hanyalah terpakai kepada D1 sahaja sebagai sebuah syarikat dan bukannya D2 yang merupakan seorang individu; b) Tuntutan Plaintif terhadap D2 adalah berbeza dengan tuntutan terhadap D1. D2 sebagai satu-satunya Pengarah D1 yang mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap D1 telah membuat representasi salah dan janji palsu; c) Kesemua penipuan, representasi dan kemungkiran janji D1 adalah dalam pengetahuan penuh serta atas arahan dan kawalan D2. Atas sebab itu, D2 menanggung tanggungjawab dan liability secara personal; d) Tiada ‘special circumstances’ serta elemen ‘nugatory’ dalam keadaan kes ini untuk tindakan ini digantung terhadap D2; dan e) Setakat ini, pelupusan pemohonan PK tersebut masih tidak dapat dipastikan. B. Latar Belakang Kes 4. Dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 27.03.2025, Plaintif memplidkan, antara lain, seperti berikut: S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg a) D1 adalah sebuah syarikat berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 yang menjalankan perniagaan jual dan beli produk emas dan perniagaan yang berkaitan dengannya, termasuk pelaburan emas; b) D2 adalah merupakan satu-satunya Pengarah, Pengurus dan Pengasas D1 yang mempunyai kawalan, penguasaan dan autoriti ke atas operasi D1 sepenuhnya, termasuk kesemua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh D1 pada masa yang material; c) Defendan-Defendan telah memperkenalkan satu platform pembelian dan pelaburan emas yang dikenali sebagai produk Gold Convert Account (GCA) dan Gold Asset Enhance (GAE) (‘Pelaburan tersebut’); d) Atas representasi dan janji Defendan-Defendan melalui wakil atau ejennya, Plaintif telah membeli emas digital daripada Defendan-Defendan melalui pelaburan tersebut; e) Representasi atau janji Defendan-Defendan melalui wakil atau ejennya, antara lain, pelaburan tersebut boleh ditamatkan pada bila-bila masa melalui sistem penamatan dan modal pelaburan juga akan dipulangkan semula bersama dengan keuntungan hasil daripada pelaburan terebut dalam tempoh 24 sehingga 48 jam daripada tarikh permohonan penamatan; f) Plaintif telah membuat permohonan penamatan tersebut dan Defendan-Defendan telah memulangkan sebahagian modal Plaintif beserta pulangan keuntungan pelaburan dalam tempoh tidak melebihi satu minggu dari tarikh penamatan; S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg g) Plaintif telah membuat permohonan penamatan untuk sebahagian lagi modal dan keuntungan pelaburan Plaintif dan Defendan-Defendan telah memberikan representasi dan berjanji untuk memulangkannya dengan mengeluarkan beberapa dokumen rasmi seperti Baucar Pembayaran, Sijil Emas (Penamatan) dan Baucar Pembeliaan (Dokumen-Dokumen Rasmi tersebut); h) Defendan-Defendan telah bertindak menipu dan memperdaya Plaintif dengan mengeluarkan dokumen-dokumen rasmi tersebut dan sehingga kini masih gagal, enggan, abai dan cuai untuk memulangkan dan memindahkan modal dan keuntungan yang dijanjikan; i) Defendan melalui D2 telah memberi akujanji secara lisan melalui rakaman video bahawa modal Plaintif akan dipulangkan dan pulangan keuntungan Plaintif akan dibayar; j) D2 mempunyai pengetahuan penuh serta telah memberikan kerelaan dan kebenaran untuk pemungkiran janji dan representasi yang salah sehingga merugikan Plaintif. Representasi salah tersebut di akui sendiri oleh D2 melalui rakaman video; dan k) Plaintif menuntut supaya Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan membayar dan mendepositkan modal Plaintif yang disumbangkan dan keuntungan yang dijanjikan beserta gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan untuk ditaksirkan beserta faedah dan kos. 5. Pada 12.04.2025, D1 telah memfailkan permohonan PK tersebut. S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg 6. Pada 16.04.2025, Defendan-Defendan telah memfailkan Memorandum Kehadiran. 7. Pada 13.05.2025, Defendan-Defendan memfailkan permohonan di Lampiran 9 tersebut. 8. Sehingga kini, Defendan-Defendan masih belum lagi memfailkan Pernyataan Pembelaan. C. Prinsip Undang-Undang Penggantungan Prosiding 9. Prinsip undang-undang mengenai penggantungan prosiding adalah kukuh dan mantap. Prinsip amnya adalah sesuatu prosiding hanya boleh digantung sekiranya terdapat hal keadaan khas. 10. Beban adalah terletak kepada pihak yang memohon penggantungan untuk memuaskan hati mahkamah melalui keterangan afidavit bahawa terdapat hal keadaan khas yang mewajarkan atau menjustifikasikan untuk perintah penggantungan prosiding diberikan. Lihat: Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors lwn Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4 CLJ 1 FC. 11. Beban untuk menunjukkan wujudnya keadaan khas tersebut adalah lebih berat kepada pemohon yang memohon penggantungan prosiding berbanding dengan pemohon bagi penggantungan pelaksanaan kerana permohonan untuk penangguhan prosiding akan menghalang sesuatu tindakan yang telah difailkan di Mahkamah untuk diselesaikan/dilupuskan dengan cepat. Lihat Universal Trustee (M) Bhd v Lambang Pertama Sdn Bhd & Anor [2015] 7 MLJ 305 S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg 12. Merit rayuan adalah suatu perkara yang tidak relevan untuk dipertimbangkan dalam permohonan penggantungan. Lihat Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors lwn Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2003] 4 CLJ 1 FC dan Abd Rahim Abd Rahman v DMD Industries Sdn Bhd; Kamariyah Hamdan (Third Parties) [2010] 9 CLJ 724 13. Berbeza dengan prinsip undang-undang penggantungan seperti yang dinyatakan di atas, seksyen 410(c) Akta 777 memperuntukkan penggantungan statutori secara automatik selepas permohonan untuk perintah PK difailkan. Dalam keadaan ini, moratorium mengenai prosiding undang-undang terhadap syarikat yang memfailkan permohonan PK tersebut akan tercetus (triggered) secara automatik menyebabkan sebarang prosiding mahkamah yang sedang berjalan atau diteruskan terhadap syarikat tersebut akan digantung tertakluk kepada kebenaran Mahkamah atas apa-apa terma yang boleh dikenakan oleh Mahkamah. Lihat Seksyen 410 (c) Akta 777; CIMB Islamic Bank Bhd v Wellcom Communications (NS) Sdn Bhd & Anor [2019] 4 CLJ 1. 14. Regim PK diperkenalkan untuk memulihkan syarikat di mana terdapat prospek yang munasabah untuk menghidupkan semula syarikat sebagai usaha berterusan berbanding dengan prosedur penggulungan syarikat adalah untuk memelihara aset syarikat supaya pengagihan yang adil boleh dilaksanakan di kalangan pemiutang dan untuk melindungi kepentingan pemiutang dan orang ramai. Lihat Shencourt Sdn Bhd v Perumahan NCK Sdn Bhd [2005] MLJU 571; Neptune Asia Services Sdn Bhd & Anor v Trans Fame Offshore Sdn Bhd (formerly known as S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg Transfame Sdn Bhd)) (Awgku Mohd Reza Farzak bin Awg Daud & Ors, interveners) [2021] MLJU 3118 D. Analisa & Dapatan Mahkamah 15. Adalah suatu fakta yang tidak dipertikaikan bahawa permohonan penggantungan Defendan-Defendan di Lampiran 9 ini bersandarkan kepada Seksyen 410(c) Akta 777 tersebut. 16. Adalah suatu fakta yang tidak dipertikaikan juga bahawa D1 telah memfailkan permohonan PK di bawah Seksyen 404 Akta 777 dan moratorium statutori terhadap D1 sebagai sebuah syarikat di bawah seksyen 410(c) Akta 777 adalah terpakai secara automatik. 17. Atas sebab itu, isu utama yang perlu diputuskan bagi maksud permohonan ini adalah sama ada penggantungan statutori secara automatik tersebut terpakai kepada D2 sebagai Pengarah kepada D1, yang mempunyai kuasa, membuat keputusan, mengarah dan menguruskan D1 dalam keadaan kes ini. 18. Berdasarkan pernyataan di perenggan 4 di atas, secara ringkasnya tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah, antara lain, seperti berikut: a) kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah berasaskan kepada salah representasi, penipuan dan S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg pemungkiran janji oleh Defendan-Defendan untuk urusan pembelian dan pelaburan emas Plaintif melalui produk yang diperkenalkan oleh Defendan-Defendan; b) Plaintif mendakwa antara lain, bahawa Defendan-Defendan melalui wakil atau agennya telah memberikan representasi dan janji bahawa pelaburan yang disertai oleh Plaintif boleh ditamatkan pada bila-bila masa dan Defendan-Defendan akan memulangkan semula modal pelaburan Plaintif bersama dengan keuntungan hasil dari pelaburan tersebut; c) Plaintif juga mendakwa bahawa representasi salah dan penipuan Defendan-Defendan tersebut dibuat melalui pengeluaran dokumen-dokumen rasmi tersebut dan rakaman video; dan d) Walau bagaimanapun, apabila Plaintif menamatkan pelaburan tersebut, Defendan-Defendan telah gagal, enggan dan/atau cuai memulangkan dan memindahkan modal dan keuntungan yang dijanjikan. 19. Dalam mempertimbangkan latar belakang kes ini, Mahkamah bergantung kepada Pernyataan Tuntutan Plaintif kerana semasa Lampiran 9 difailkan, Defendan-Defendan masih belum memfailkan Pernyataan Pembelaan. 20. Hasil penelitian terhadap tuntutan Plaintif tersebut, Mahkamah mendapati bahawa asas tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah berbangkit daripada tindakan atau perbuatan D2 yang telah membuat representasi dan janji sebagai Pengarah D1 dengan memberikan representasi dan janji melalui pengeluaran dokumen-S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg dokumen rasmi serta rakaman video D2 kepada Plaintif mengenai hal pelaburan yang berkenaan. 21. Dalam hal ini, Mahkamah berpandangan bahawa penentuan obligasi dan/atau liabiliti D1 adalah bersifat sekundar kerana obligasi dan/atau liabiliti D1 tersebut bergantung sepenuhnya kepada pembuktian liabiliti D2 melalui kelakuan dan/atau tindakan D2 terhadap Plaintif sepertimana yang diplidkan. 22. Keadaan kes ini perlu dibezakan dengan keadaan kes yang dirujuk oleh peguam Defendan-Defendan yang juga melibatkan D1 iaitu MT Georgetown Guaman Sivil No: PA-22M-51-03/2025, Maybank Islamic Berhad v Quantum Metal Sdn Bhd & 3 Yang Lain. Dalam kes Maybank ini, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan penggantungan prosiding pihak Defendan-Defendan atas alasan moratorium di bawah Seksyen 410 Akta 777 adalah terpakai secara automatik. Biarpun begitu, setelah meneliti fakta kes Maybank tersebut, Mahkamah mendapati bahawa asas tuntutan Plaintif di dalam kes Maybank adalah berbeza dengan asas tuntuan Plaintif di dalam kes ini. Plaintif di dalam kes Maybank telah memfailkan tuntutan terhadap Quantum Metal Sdn Bhd iaitu D1 sebagai peminjam utama dan Defendan Kedua hingga Keempat sebagai penjamin bagi suatu kemudahan kewangan yang diberikan oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan. 23. Mahkamah berpandangan bahawa dalam kes Maybank ini, obligasi/liabiliti D1 sebagai peminjam utama dalam kemudahan kewangan tersebut perlu dibuktikan terlebih dahulu kerana tidak ada S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg tuntutan yang sah terhadap penjamin melainkan dan sehingga liabiliti peminjam utama jelas dibuktikan. Lihat seksyen 79 Akta kontrak 1950. Senario ini adalah berbeza dengan keadaan kes ini sepertimana yang telah diterangkan di perenggan 20 dan 21 di atas. 24. Selain itu, penggantungan prosiding tuntutan Plaintif terhadap D2 atas dasar moratorium statutori yang terpakai terhadap D1 adalah memprejudiskan Plaintif kerana Mahkamah mengambil Notis Kehakiman bahawa permohonan PK tersebut itu tidak dapat dipastikan lagi bila ia akan didengar dan dilupuskan sepenuhnya. 25. Biarpun Defendan-Defendan di dalam afidavit sokongan mereka menyatakan permohonan PK tersebut telah ditetapkan untuk didengar dan dilupuskan dalam tempoh beberapa minggu pada 27.05.2025 tetapi sehingga ke tarikh alasan penghakiman ini disediakan, permohonan PK tersebut masih pending dan belum dilupuskan sepenuhnya. Selain itu, adalah suatu yang tidak adil untuk menangguhkan prosiding tuntutan Plaintif terhadap D2 bilamana permohonan PK tersebut difailkan bagi memulihkan dan menghidupkan semula D1. 26. Atas alasan ini, Mahkamah berpandangan bahawa penggantungan statutori di bawah Seksyen 410(c) Akta 777 tersebut tidak terpakai bagi tuntutan Plaintif terhadap D2. 27. Selanjutnya, Mahkamah berpandangan bahawa adalah suatu tindakan yang sia-sia untuk Mahkamah mengeluarkan perintah S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg penggantungan prosiding terhadap D1 dalam keadaan di mana kesan yang sama telah diperolehi dan diberikan melalui pemakaian moratorium secara automatik di bawah Seksyen 410 (c) Akta 777 tersebut. 28. Dalam hal ini, Mahkamah menggunapakai prinsip undang-undang bahawa ‘the court does not make orders in vain’ di mana budi bicara Mahkamah untuk menolak remedi boleh dilaksanakan apabila berdasarkan penilaian mahkamah, pemberian remedi tersebut tidak akan mengubah atau menimbulkan sebarang perbezaan atau tidak memberikan sebarang kesan prejudis. Lihat Tanjong Jaga Sdn Bhd v Minister of Labour and Manpower & Anor [1987] 1 MLJ 124; Merdeka University Berhad v Government of Malaysia [1981] 2 MLJ 356. E. Keputusan 29. Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah menolak permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 9 dengan kos sebanyak RM1,500.00 kepada pihak Plaintif untuk dibayar oleh pihak Defendan-Defendan. Bertarikh: 24 Disember 2025 t.t (NORMASTURA BINTI AYUB) Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen Kajang Selangor S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg Peguamcara Plaintif Tetuan Asiah & Hisam, Peguambela & Peguamcara No. 221, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, 53650 Bandar Baru Bangi Selangor Peguamcara Defendan-Defendan Tetuan How & Partners Peguamcara & Peguambela G4, 1st Floor, The Stories of Taman Tunku, Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku 50480 Kuala Lumpur S/N 0yjcpyY/0CbghYGaL8zbg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.