Subsection
(2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. Section 102 - On whom burden of proof lies --- The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [36] This was explained by Arifin Zakaria CJ in Hong Yik Trading v. Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 8 CLJ 491, in the following words: It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (section 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence. [37] Reference is made also to the Court of Appeal of Gerard Jude Timothy Pereira v. Kasi a/l KL Palaniappan [2017] 1 LNS 889;; [2017] 6 MLJ 54, it was stated by Lim Yee Lan (JCA): As rightly pointed out by the learned trial judge himself, in a civil case the plaintiff bears both the legal and evidential burden of proof (see ss. 101 and 103 Evidence Act 1950). It is also trite law that legal burden is imposed by law and remains with the plaintiff throughout the trial and never shifts to the defendant. On the other hand, evidential burden moves to and fro between the plaintiff and the defendant depending on the state of the evidence introduced at any one stage of the trial, and unless and until the plaintiff discharges his evidential burden by establishing a prima facie case, there is no burden on the defendant to prove his defence, no matter how weak his defence might be. [9] Dalam tuntutan sivil, beban pembuktian adalah berdasarkan imbangan kebarangkalian. Perkara yang sama dinyatakan dalam kes Ali Baba (Supra) diatas sebagaimana yang berikut :- [38] It is also trite that the standard of proof on the Plaintiff to prove its claim, and for the Defendant to prove its counterclaim, is on a balance of probabilities. [39] The term 'balance of probabilities' was described in Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 by Denning J (as he then was) as 'more probable than not' and which is 'not so high as required in a criminal case...but if the probabilities are equal, it is not discharged'. The standard, therefore, does not allow for any guesswork, speculation, surmise or conjecture. Miller v Minister of Pensions has been assimilated into Malaysian jurisprudence through several cases including Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1. [40] I found instructive also the case of Unsung Rasad v. PP [2019] 1 LNS 662, where the concept of balance of probabilities was explained by Abang Iskandar Abang Hashim JCA (now FCJ), adopting the English case of Re B [2008] UKHL 35: In the celebrated case of Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372, Denning J (as he then was) said: If the evidence is such that the tribunal can say 'we think it more probable than not' the burden is discharged, but if the probabilities are equal it is not. [17] That would invariably require that party involved having to lead or adduce affirmative evidence to prove his case, as the court shall presume the absence of those circumstances, to reach a level of proof of at least 51% probability against his adverse party. We would cite the English case of Re B [2008] UKHL 35, where Lord Hoffman had used a mathematical analogy to illustrate what needed to be proven by a party desirous of having judgment entered in his favour, like so: If a legal rule requires a fact to be proved (a 'fact in issue'), a judge or jury must decide whether or not it happened. There is no room for a finding that it might have happened. The law operates a binary system in which the only values are 0 and 1. The fact either happened or it did not. If the tribunal is left in doubt, the doubt is resolved by a rule that one party or the other carries the burden of proof. If the party who bears the burden of proof fails to discharge it, a value of 0 is returned and the fact is treated as not having happened. If he does discharge it, a value of 1 is returned and the fact is treated as having happened. [10] Maka, berdasarkan prinsip undang-undang di atas, adalah jelas bahawa Plaintif selaku pihak yang memulakan tindakan ini memikul beban pembuktian untuk membuktikan tuntutannya sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950. Beban tersebut kekal terletak pada Plaintif sepanjang perbicaraan. [11] Dalam tindakan civil, standard pembuktian yang terpakai ialah imbangan kebarangkalian (balance of probabilities). Oleh itu, Plaintif hendaklah membuktikan bahawa tuntutannya adalah lebih berkemungkinan benar daripada tidak, dan tidak boleh bergantung kepada andaian atau spekulasi semata-mata. [12] Ini bermakna, pada peringkat awal ini, Plaintif perlu membuktikan bahawa wang tersebut bukan suatu hadiah atau hibah mutlak. [13] Namun, setelah Defendan mengakui penerimaan wang dan mendakwa kewujudan hibah, beban pembuktian beralih kepada Defendan untuk membuktikan bahawa suatu hibah yang sah, lengkap dan tidak bersyarat telah wujud. [14] Mahkamah ini menegaskan bahawa label yang diberikan oleh pihak-pihak bukanlah penentu, sebaliknya Mahkamah perlu menilai niat sebenar, kelakuan pihak-pihak, serta keseluruhan keadaan kes. ANALISIS ISU 1: DAKWAAN HIBAH & KESAN KEPUTUSAN MAHKAMAH SYARIAH [15] Mahkamah mengambil perhatian bahawa Defendan sendiri telah memfailkan suatu permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka bagi mendapatkan pengesahan bahawa wang RM1,500,000.00 tersebut merupakan hibah yang sah. [16] Melalui keputusan bertarikh 19 Disember 2024, Mahkamah Tinggi Syariah Melaka telah menolak permohonan pengesahan hibah tersebut, selepas mendapati bahawa elemen-elemen hibah yang sah menurut hukum syarak tidak dibuktikan. [17] Pada pandangan Mahkamah ini, keputusan tersebut mempunyai nilai substantif yang signifikan. Defendan tidak boleh, setelah gagal membuktikan hibah di Mahkamah Syariah, terus bergantung kepada hujahan yang sama di Mahkamah Civil. [18] Pendekatan sedemikian bercanggah dengan prinsip approbate and reprobate kerana Defendan tidak boleh mengambil pendirian yang saling bercanggah dalam prosiding ini. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa tiada hibah yang sah wujud antara Plaintif dan Defendan.. ANALISIS ISU 2: ILLEGALITY [19] Defendan berhujah bahawa sekiranya transaksi tersebut dianggap sebagai pinjaman atau urusan tidak rasmi, maka tuntutan Plaintif terhalang oleh prinsip ex turpi causa non oritur actio. [20] Mahkamah ini menerima bahawa prinsip illegality adalah sebahagian daripada undang-undang. Namun, prinsip tersebut bukanlah mutlak dan tidak boleh digunakan sebagai perisai untuk menghalalkan pengkayaan tidak sah. [21] Defendan gagal menunjukkan bahawa menolak tuntutan Plaintif akan memajukan objektif mana-mana undang-undang yang dilanggar. Sebaliknya, ia hanya akan membolehkan Defendan mengekalkan suatu manfaat kewangan yang besar tanpa asas yang sah. [22] Undang-undang tidak boleh ditafsirkan dengan cara yang membenarkan seseorang mendapat keuntungan daripada keadaan yang secara asasnya tidak adil. ANALISIS ISU 3: KEUNTUNGAN TIDAK BERPATUTAN (UNJUST ENRICHMENT) & MONEY HAD AND RECEIVED [23] Setelah Mahkamah mendapati bahawa: a) Wang RM1,500,000.00 telah diterima oleh Defendan; b) Tiada hibah yang sah; dan c) Tiada asas kontrak yang sah untuk Defendan mengekalkan wang tersebut. Mahkamah mendapati prinsip keuntungan tidak berpatutan (unjust enrichment) terpakai sepenuhnya. [24] Defendan telah diperkaya secara tidak adil dengan mengekalkan wang Plaintif tanpa pembayaran semula, dan ketidakseimbangan ini menuntut campur tangan Mahkamah bagi memulihkan keadilan. [25] Tuntutan Plaintif adalah selari dengan tuntutan klasik "money had and received", yang bertujuan mengembalikan pihak-pihak kepada kedudukan yang adil. ANALISIS ISU 4: BIDANG KUASA MAHKAMAH [26] Mahkamah menolak bantahan bidang kuasa Defendan. Tuntutan ini pada sifatnya ialah tuntutan civil bagi pemulangan wang, dan tidak melibatkan penentuan status peribadi atau hukum syarak. [27] Sepertimana ditegaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Indira Gandhi a/p Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors and other appeals [2018] 1 MLJ 545, bidang kuasa Mahkamah Sivil tidak terhapus hanya kerana sesuatu isu cuba disandarkan dengan konsep undang-undang Islam. DAPATAN MAHKAMAH [28] Berdasarkan keseluruhan bukti dan hujahan, Mahkamah ini mendapatkan bahawa: a) Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian; b) Wang RM1,500,000.00 bukan suatu hibah atau hadiah mutlak; c) Defendan telah menerima dan mengekalkan wang tersebut tanpa asas undang-undang yang wajar. KEPUTUSAN [29] Oleh itu, Mahkamah ini dengan ini membenarkan tuntutan Plaintif sepenuhnya, memerintahkan Defendan membayar kepada Plaintif jumlah RM1,500,000.00 bersama faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh pemfailan sehingga penyelesaian penuh dan kos RM 40,000.00 diberikan kepada Plaintif tertakluk kepada alokatur. PENUTUP [30] Penghakiman ini tidak dibuat atas dasar simpati atau hubungan peribadi pihak-pihak, tetapi berasaskan undang-undang yang mantap, keadilan substantif, dan dasar awam. [31] Mahkamah ini tidak boleh membenarkan keadaan di mana seseorang Defendan mengekalkan suatu jumlah wang yang besar tanpa asas undang-undang yang sah, setelah gagal membuktikan haknya di mana-mana forum kehakiman. BERTARIKH PADA 14 MEI 2026 YA DATUK ZAMRI BIN BAKAR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (1) MUAR Bagi pihak Plaintif TETUAN A. RENGGANATHAN & CO. Bagi pihak Defendan TETUAN YUSOF RAHMAT & CO.