Content
0 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KANGAR DALAM NEGERI PERLIS MALAYSIA NO. KES JENAYAH: RA-82D-5-05/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LWN AZNAN BIN OSMAN (NO K/P: 721105026275) r ALASAN PENGHAKIMAN PERTUDUHAN TERHADAP TERTUDUH Pertuduhan: “Bahawa kamu pada 28/03/2023, jam lebih kurang 5.10 petang, bertempat di Balai Polis Mata Ayer, dalam daerah Arau, di dalam negeri Perlis, telah menggunakan dadah berbahaya iaitu 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylicacid. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh di hukum di bawah Seksyen 15(1) Akta yang sama.” Pertuduhan telah dibacakan dan diterangkan kepada Tertuduh. Tertuduh faham Pertuduhan dan Minta Bicara bagi Pertuduhan. Pembelaan Tertuduh menafikan Pertuduhan dan meminta untuk dibicarakan. ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN KES 1) Tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan-pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 2) Pertuduhan telah dibacakan dan difahami oleh Tertuduh. Tertuduh telah menafikan pertuduhan dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan tersebut. 3) Kes telah dijalankan dengan 5 orang saksi pendakwaan. Di akhir kes pihak pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh terhadap Pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama. 4) Mahkamah telah memutuskan Tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kesalahan bagi Pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 5) Pihak pendakwaan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah dan merayu terhadap keputusan. B. FAKTA KES PIHAK PENDAKWAAN 6) Pada 28/03/2023, pada jam lebih kurang 5.10 petang, SP3 bersama pasukan telah membuat telah mengarahkan Tertuduh untuk memberikan sampel air kencingnya untuk tujuan saringan air kencing di Balai Polis Mata Ayer, Perlis. SP3 telah mengambil 10 pilihan sampul yang berisi botol urin dan Tertuduh telah memilih salah satu daripada bungkusan tersebut tertera nombor siri C0080554 (P5). 7) Seterusnya, SP3 telah mengarahkan SP4 mengiringi Tertuduh dan memungut spesimen air kencing milik Tertuduh di tandas Balai Polis Mata Ayer dengan menggunakan botol yang telah dipilih oleh Tertuduh sendiri. Semasa berada di dalam tandas, SP4 telah memerhatikan Tertuduh kencing ke dalam botol urin tersebut dan paras air kencing adalah melebihi 30ml. 8) Kemudian, setelah Tertuduh kembali semula ke pejabat dengan diiringi SP4, SP1 telah mengarahkan Tertuduh meletakkan di atas meja dan penutup botol telah dibuka oleh Tertuduh sendiri untuk ujian saringan awal air kencing dijalankan oleh SP3 dengan disaksikan oleh SP4. 9) Dengan disaksikan Tertuduh, SP3 mengambil empat (6) test strip iaitu jenis Amphetamine, Methamphetamine, KET, OPI, Benzo dan THC dan mencelup kesemua test strip ke dalam sampel air kencing Tertuduh. SP3 mendapati air kencing Tertuduh mengandungi THC. Setelah mendapati sampel air kencing Tertuduh positif dadah jenis THC, SP3 menutup semula botol urin dengan kemas dan dengan diperhatikan Tertuduh, SP3 menulis butiran pada label putih. 10) SP3 kemudiannya membuat laporan polis, Mata Ayer 490/23 (P6) dan kemudiannya membuat penambahan isi kandungan di dalam laporan Mata Ayer 491/23 (P7). Seterusnya, SP3 melekatkan label keselamatan bewarna biru tertera nombor siri yang sama di bahagian penutup dan badan botol urin sambil diperhatikan Tertuduh serta label yang telah diisi butiran dan nombor laporan polis pada botol urin tersebut. 11) Seterusnya, SP3 telah menyerahkan botol urin beserta spesimen air kencing milik Tertuduh dalam keadaan bersil dan berlabel serta Tertuduh kepada Pegawai Penyiasat, SP5. SP5 kemudiannya telah sil botol urin dengan meterai sil PDRM bewarna merah ‘433’ pada bahagian atas penutup botol urin tersebut. Botol urin tersebut berada dalam simpanan SP5 sepanjang masa dan ia sentiasa disimpan di dalam peti ais yang terletak di dalam bilik yang hanya boleh diakses oleh SP5 sahaja. 12) SP5 kemudiannya pula telah menyerahkan botol urin kepada Juruteknologi Makmal, SP1 dan diserahkan kepada Pegawai Sains, SP2 untuk dianalisa. Setelah dianalisa, air kencing tersebut disahkan mengandungi 11-nor-delta-9- tetrahydrocannabinol-9-carboxylicacid melalui Laporan Patologi (P3). 13) Setelah barang kes siap dianalisa, Laporan Patologi, (P3) diserahkan kepada SP5 untuk tindakan lanjut. 14) Tertuduh kemudiannya dituduh dengan Pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama. C. SAKSI-SAKSI DAN EKSIBIT-EKSIBIT YANG DIKEMUKAKAN 15) Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi sepanjang perbicaraan di peringkat pendakwaan seperti berikut: SP1: Ahmad Ridzwan bin Dali Juruteknologi Makmal Perubatan SP2: Asmashah binti Arshad Pegawai Sains Kimia Hayat SP3: Inspektor Muhamad Taufiq bin Ibrahim Pegawai Pemungut SP4: Lans Koperal Ku Muhammad Firdaus bin Ku Azizan Anggota Pengiring SP5: Inspektor Muhamad Faridzuan bin Mohd Daud Anggota Pengiring 16) Mahkamah juga meneliti eksibit yang dikemukakan pihak pendakwaan seperti berikut: Pernyataan Saksi SP1 PWS1 Pernyataan Saksi SP2 PWS2 Pernyataan Saksi SP3 PWS3 Pernyataan Saksi SP4 PWS4 Pernyataan Saksi SP5 PWS5 Borang Permintaan Pengesanan Dadah dalam Air Kencing P1 4 Keping Gambar Botol Urin P2 A-D Laporan Patologi P3 Sampul Barang Kes PDRM P4 Satu Botol Urin P5 Mata Ayer rpt 490/23 P6 Mata Ayer rpt 491/23 P7 Borang Serah Terima Barang Kes P8 Satu Sampul PDRM ER U3/23 Botol Urin P9 Satu Sampul Botol Urin C0080554 P10 Satu Sampul Test Strip & Satu Batang Test Strip P11 Sijil Perakuan di bawah seksyen 90A Akta Keterangan P12 Sekeping CD beserta Sampul P13 D. BEBAN PEMBUKTIAN 17) Di peringkat penutupan kes pihak pendakwaan adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk membuat penilaian yang maksima keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan membuat keputusan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ke atas pertuduhan yang dihadapi oleh tertuduh. 18) Merujuk kepada seksyen 173(f)(i) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) yang memperuntukkan prosedur di akhir kes pendakwaan. Seksyen 173(f)(i) KPJ memperuntukkan seperti berikut: “Apabila kes pendakwaan berakhir Mahkamah akan mempertimbangkan sama ada pihak pendakwa telah membuat suatu kes prima facie terhadap tertuduh.” 19) Selain itu maksud bagi prima facie telahpun diputuskan dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 di mana Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul menyatakan, antara lain (dengan izinl):- “…Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case to mak out prima facie case …A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase "prima facie case" is defined in similar terms in Mozley and Whiteley's Law Dictionary, 11th edn as: A litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen… … In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established…” 20) Menurut Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan, Augustine Paul dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, persoalan yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah sama ada keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan memadai untuk mensabitkan tertuduh sekiranya beliau memutuskan untuk mendiamkan diri. Turut juga dinyatakan bahawa (dengan izin); “…The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out…” 21) Di dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734, Mahkamah Rayuan menyatakan (dengan izin): “It is therefore follows that there is only ONCE EXERCISE THAT A JUDGE SITTING ALONG UNDER Sectiom 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluation and to ask himself the question, if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in negative then no prima facie case has been made out and the Accussed would be entitled to an acquittal”… 22) Dalam kes Pendakwa Raya lwn. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, yang mana Mahkamah Persekutuan juga menerimapakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chooi di atas. Secara ringkasnya, kes di atas menyatakan dapatan seperti berikut (dengan izin):