Kegagalan dalam mempertimbangkan pembelaan Perayu. [32] Peguam Perayu Pertama menghujahkan bahawa tiada keterangan yang menunjukkan dadah-dadah yang dijumpai tersebut berada di dalam kereta sepanjang perjalanan Perayu-Perayu dari Kuala Lumpur ke Seremban. Perayu-Perayu menghujahkan bahawa dadah-dadah tersebut merupakan kepunyaan individu lain bernama Eddy. [33] Dalam membuat keputusan mengenai pemilikan, YA Hakim Mahkamah Tinggi tidak menggunakan anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952. Beliau berpendapat bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa Perayu-Perayu berada dalam "pemilikan sebenar". Namun, tiada bukti bahawa SP5 mengekori atau memerhati kenderaan tersebut dari Kuala Lumpur ke Seremban. Selain itu, dadah-dadah yang dijumpai juga ditemui tersembunyi dalam beg, bungkusan atau paket plastik. Tiada bukti forensik bebas seperti DNA, cap jari, CCTV atau analisis telefon yang mengaitkan Perayu Pertama dengan dadah tersebut. Maka, berdasarkan keadaan ini, Peguam Perayu Pertama menghujahkan bahawa Perayu Pertama hanya memegang dadah itu secara sementara (momentary possession). Peguam Perayu Pertama telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Romi Amora bin Amir v PP [2011] 4 MLJ 571 dan kes Ahmad Azhari bin Ahmad Zaini v PP [2015] 3 MLJ 435. Di dalam kes Ahmad Azhari bin Ahmad Zaini (supra), YAA Tengku Maimun (Hakim Mahkamah Rayuan pada masa itu) memutuskan sebagaimana berikut: "[24] On the first charge, apart from the fact that immediately prior to the arrests, the first appellant was seen driving the Mercedes with the second appellant as the passenger and the fact that both of them later went to the boot of the Mercedes from the Kelisa, there was no other evidence or circumstances from which knowledge of the drugs in the boot of the Mercedes could be inferred against the appellants... [26] In our view, the case of Ibrahim Mohamad & Anor applies to the facts of the present case. The mere fact that the appellants were in the Mercedes was insufficient to prove knowledge, custody and control and to constitute possession of the drugs... [35] ... We agree with learned counsel that the momentary driving cannot be equated with having possession of the drugs (see Public Prosecutor v Lin Lian Chen [1992] 2 MLJ 561)." [34] Selanjutnya, berhubung dengan isu pengedaran, peguam Perayu Pertama yang terpelajar menghujahkan bahawa adalah prinsip asas bahawa sebelum kesalahan mengedar dapat dibuktikan, pemilikan mestidibuktikan terlebih dahulu. Maka, sebagaimana hujahan hujahan mengenai pemilikan di atas, kegagalan membuktikan pemilikan terhadap Perayu Pertama bermakna unsur pengedaran langsung tidak wujud. Selain itu, tiada bukti pengedaran yang menyokong dapatan Mahkamah Tinggi bahawa terdapat pengedaran sebenar. Untuk membuktikan pengedaran di bawah seksyen 2 ADB 1952, perbuatan nyata hendaklah dibuktikan dan bukan sekadar pemilikan pasif. Dalam hal ini, peguam Perayu Pertama merujuk kepada keputusan mahkamah Rayuan di dalam kes Sia Swee Siong v PP [2018] 1 CLJ 647 dan kes Ooi Hock Kheng v PP [2014] 5 MLJ 585. [35] Tambahan pula, berat dadah yang ditemui hanyalah seberat 264.36 gram. Peguam Perayu merujuk kepada kes Sia Swee Siong v PP (supra) yang memutuskan seperti berikut: [32] Coming back to the instant case, the facts and circumstances reveal no overt act on the part of the appellant. The primary facts show that the appellant was merely seated in the Toyota car when he was arrested. There was nothing beyond that. There was no conduct of flight or attempted flight, no conduct of struggle or attempted bribe. The amount of drugs involved was not unusually large. In short, there was no overt act to show trafficking." [36] Selain itu, Peguam Perayu Pertama juga menghujahkan bahawa Pegawai Penyiasat (SP8) sendiri mengakui bahawa siasatannya cuai kerana gagal mendapatkan bukti forensik bebas yang boleh membebaskan Perayu Pertama. Akibat kecuaian siasatan tersebut, Perayu Pertama telah dinafikan hak kepada perbicaraan yang adil. Sebagaimana dinyatakan sebelumnya, peguam Perayu Pertama terpelajar menghujahkan bahawa tiada bukti forensik bebas seperti DNA, cap jari, CCTV atau analisis telefon yang mengaitkan Perayu Pertama dengan dadah tersebut. Berhubung perkara ini, peguam Perayu Pertama merujuk Mahkamah ini kepada kes Abdul Subhan vs State (Nct of Delhi) 2007 CriLJ 1089 sebagaimana berikut: "Proper investigation of such accidents would go a long way in aiding the criminal justice system in convicting those who are guilty and acquitting those who are innocent. A shoddy investigation will only point in one direction and that is in the acquittal of all whether they are guilty or whether they are innocent. Because, no criminal court would (and ought not to) convict any person merely on the basis of conjectures, assumptions, probabilities. All elements of subjectivity need to be eliminated and the investigation should be such that, when a charge sheet is filed, the court is presented with a case which when taken objectively would lead to the inescapable conclusion that a conviction is maintainable." [37] Berhubung dengan unsur niat bersama, Perayu Pertama menghujahkan bahawa keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi dibuat semata-mata berdasarkan kehadiran kedua-dua Perayu di dalam kereta, sedangkan fakta itu sahaja tidak mencukupi untuk membuktikan niat bersama. Tiada keterangan yang membuktikan elemen niat bersama. Sebagaimana keterangan SP5 bahawa apabila SP5 bertanya kepada Perayu-Perayu keberadaan dadah semasa tangkapan, hanya Perayu Kedua yang menunjukkan terdapat dadah dan peralatan bagi menghisap dadah. Sedangkan Perayu Pertama tidak menyatakan apa-apa. Mahkamah Rayuan di dalam kes Okeke Nwabunike Christopher v PP [2016] 4 CLJ 407 menyatakan bahawa "proximity and visibility are insufficient to prove joint possession especially when there is no physical evidence like DNA or fingerprints found on the drug exhibits". [38] Peguam Perayu turut menghujahkan bahawa memandangkan dadah yang ditemui berada di tiga bahagian berlainan dalam kereta, SP8 mengakui yang beliau tidak tahu dadah itu milik siapa. Tanpa bukti DNA, SP8 tidak dapat menolak kemungkinan bahawa dadah tersebut diletakkan oleh pihak ketiga. Dalam keadaan ini, prinsip dalam Rv Abbott [1955] 2 All ER 899 adalah terpakai dan kedua-dua Perayu sepatutnya dibebaskan. Mahkamah di dalam kes tersebut menyatakan seperti berikut: "... If two people are jointly indicted for the commission of a crime and the evidence does not point to one rather than the other, and there is no evidence that they were acting in concert, the jury ought to return a verdict of not guilty against both because the prosecution have not proved the case..." [39] Peguam Perayu Pertama juga pada akhir hujahannya telah menghujahkan bahawa YA Hakim Mahkamah Tinggi juga khilaf apabila gagal mempertimbangkan pembelaan Perayu. Hal ini kerana YA Hakim Mahkamah Tinggi di dalam alasannya menyatakan yang pembelaan Perayu-Perayu tidak dapat diterima kerana tiada bukti yang dikemukakan oleh Perayu-Perayu. Oleh itu, peguam Perayu Pertama menghujahkan bahawa berdasarkan prinsip undang-undang, tiada keperluan untuk Perayu-Perayu memanggil saksi dan mengemukakan keterangan. Perayu-Perayu di dalam pembelaan hanya perlu membangkitkan keraguan yang munasabah. Maka, YA Hakim Mahkamah Tinggi telah meletakkan beban tambahan kepada Perayu-Perayu apabila menghendaki Perayu-Perayu mengemukakan saksi dan keterangan dalam menyokong pembelaan. Peguam Perayu Pertama telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Sepideh Golrokhfar Abdollah v PP [2016] 3 CLJ 895 yang berikut: "It is trite law that there is no burden placed on the appellant to call witnesses to corroborate her defence in court. By disbelieving the appellant's version of the story for failure to call Abbas as a witness, the trial judge had clearly placed a duty on the defence which is clearly erroneous and a misdirection. That is not the position in law." [40] Peguam Perayu Pertama juga tidak bersetuju dengan dapatan YA Hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa pembelaan Perayu Pertama hanya merupakan bare denial. Peguam terpelajar juga menghujahkan bahawa kenyataan yang Perayu-Perayu bukanlah orang tempatan di kawasan Seremban tidak dapat menolak kemungkinan bahawa dadah-dadah tersebut adalah milik individu lain bernama Eddy. [41] Seterusnya, hujahan peguam Perayu Kedua berhubung rayuanrayuan ini boleh dikatakan hampir sama dengan hujahan yang dibangkitkan oleh Perayu Pertama. [42] Peguam Perayu Kedua ada menyentuh mengenai perlakuan dan tindakan Perayu-Perayu yang takut dan cemas semasa serbuan dan mereka menghujahkan bahawa mana-mana orang biasa juga boleh berasa takut apabila ditahan. Perasaan takut ini tidak cukup untuk membuktikan yang Perayu-Perayu mempunyai pengetahuan berkenaan dadah-dadah yang dijumpai tersebut. [43] Berhubung dengan pembelaan Perayu-Perayu bahawa dadah-dadah tersebut merupakan milik individu lain bernama Eddy, Peguam Perayu Kedua menghujahkan bahawa Notis Alcontara telah diberikan kepada pihak pendakwaan. Maklumat berkenaan nombor telefon Eddy yang berada dalam telefon Perayu Kedua juga telah dimaklumkan kepada pihak polis dan telefon tersebut berada dalam simpanan pihak polis apabila Perayu Kedua ditahan. Maka, Eddy merukapan saksi penting yang seharusnya disiasat dan dikemukakan oleh pihak Pendakwaan semasa perbicaraan. [44] Maka, peguam Perayu Kedua yang bijaksana menghujahkan bahawa kes Perayu-Perayu tidak disiasat dengan adil dan YA Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal mempertimbangkan pembelaan Perayu-Perayu. Dalam hal ini, peguam merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Norashikin Yusof & Anor [2018] CLJU 1592; [2019] 7 MLJ 277 yang memutuskan sebagaimana berikut: "In our jurisprudence an accused is entitled to fairness and true investigation and fair trial and the prosecution is expected to play balanced role in the trial of crime. The investigation should be judicious, fair, transparent and expeditious to ensure compliance with the basic rule of law. These are the fundamental canons of our criminal jurisprudence and they are quite in conformity with the constitutional mandate contained in Arts 20 and 21 of the Constitution of India." [45] Peguam Perayu Kedua turut menghujahkan bahawa pihak Pendakwaan gagal memngemukakan keterangan cap jari, rakaman CCTV serta bukti DNA yang boleh mengaikan Perayu-Perayu dengan dadah-dadah yang dijumpai. [46] Sebagaimana hujahan Perayu Pertama, peguam Perayu Kedua juga menghujahkan bahawa elemen niat bersama juga telah gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. Peguam Perayu Kedua turut merujuk kes yang sama iaitu Okeke Nwabunike Christoper v PP (supra). [47] Peguam Perayu Kedua menambah di dalam hujahannya bahawa kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan Eddy sebagai saksi telah mewujudkan kelompangan di dalam kes pendakwaan dan membangkitkan anggapan bertentangan di bawak seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Dalam hal ini, Peguam Perayu Kedua merujuk kepada kes Hoe Tze Kean v PP (2018) 3 CLJ 71 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagaimana berikut: [39] It is trite that when witnesses are not called or produced in court, the court would be obliged to invoke the adverse inference under s.114g. Only if the witness is a material witness which forms part of the narrative of the prosecution's case and that there was evidence of suppression or withholding of evidence only then that adverse inference under section 114g of the Evidence Act 1950 can be invoked against the prosecution." [48] Peguam Perayu Kedua turut berhujah bahawa Perayu-Perayu tidak mempunyai milikan fizikal terhadap dadah-dadah yang dijumpai tersebut kerana ianya milik individu lain bernama Eddy. Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan bahawa Perayu-Perayu membawa masuk dadah-dadah tersebut ke dalam kereta. Pembelaan Perayu Kedua juga dihujahkan sebagai bukan penafian semata-mata. [49] Pihak pendakwaan pula, sebagai membalas hujahan Perayu Perayu, telah menghujahkan sebagaimana berikut: