Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR RAYUAN JENAYAH NO: BA-42R(A)-8-12/2024 ANTARA
BA-42R(A)-8-12/2024
High Court of Malaysia11 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“6(2) of the SIA which allows prosecution to be conducted by the Registrar of Companies or by any officer authorized by the Registrar or the Chairman of the commission is ultra vires art 145(3) of the Federal Constitution. [26] Begitu juga kes-kes Syarikat Tekala (supra) yang dirujuk oleh Perayu, membincangkan kuasa pen”
“ed authority to do so under s 28B(3) of the Act, which was clearly in contravention of art 145(3) of the FC. Begitu juga kes Lee Ming (supra) memutuskan seperti berikut:- Held: (1) Section 92A of the Forests Ordinance and s 39 of the Wild Life Protection Ordinance are unconstitutional, null and void as they allow perso”
“3) of the Act, which was clearly in contravention of art 145(3) of the FC. Begitu juga kes Lee Ming (supra) memutuskan seperti berikut:- Held: (1) Section 92A of the Forests Ordinance and s 39 of the Wild Life Protection Ordinance are unconstitutional, null and void as they allow persons other than the Federal Attorney”
“ia eFILING portal 11 kes Repco Holdings Bhd v PP [1997] 3 MLJ 681; PP v Syarikat Tekala Sdn Bhd. [2007] 6 MLJ 500; Nguang Chan Sdn Bhd v Public Prosecutor [2001] 2 MLJ 129; dan PP v Lee Ming & Anor [1998] MLJ 113 [20] Responden pula menghujahkan tiada keperluan untuk Pegawai Pendakwa mengemukakan surat kuasa tersebut s”
“ditet have been established, the presumption under section 50(1) of the MACC applies and the accused must rebut probabilities... that presumption on the balance of Dalam kes PP vs Md Nor Hamid (2003) [2003] CLJU 591; 1 LNS 591 yang merujuk pada kes Thavanathan Mahkamah Tinggi memutuskan: Once it was proved that the mon”
“iada keperluan untuk menunjukkan surat kuasa tersebut di peringkat Mahkamah Sesyen. [24] Keputusan kes Lew Koy telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Dato' Sri Mohd Najib Hj Abdul Razak v. PP [2019] CLJU 1837; [2019] 1 LNS 1837 yang memutuskan perkara yang sama:- [48] In addition, the principle distilled from PP”
“n kes Mahkamah Rayuan yang telah membincangkan secara panjang lebar Azahar Haji Abdul Aziz v **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21 PP [2019] CLJU 2032; [2019] 1 LNS 2032 , ia telah memutuskan seperti berikut:- [13] The etymology of the word "intercept" also”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR RAYUAN JENAYAH NO: BA-42R(A)-8-12/2024 ANTARA
1
Ini adalah rayuan oleh Perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam (HMS) pada 27.11.2024 yang telah mensabitkan Perayu bersalah dengan pertuduhan utama iaitu kesalahan di bawah subseksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) (selepas ini dirujuk sebagai ASPRM) dan Perayu telah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dari tarikh sabitan 27.11.2024 dan denda RM80,000.00 dan jika gagal bayar 1 tahun penjara. [2] Pertuduhan yang dihadapi oleh Perayu adalah seperti berikut:- Pertuduhan Utama Bahawa kamu, pada 7 Februari 2022 bertempat di Restoran Nas Bistro yang beralamat di G86, Jalan Prima SG3, Taman Prima, Sri Gombak, 68100 Batu Caves, dalam Daerah Gombak, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah secara rasuah menerima untuk diri kamu suatu suapan wang tunai berjumlah RM16,000.00 secara tunai daripada Mohd Azli Bin Abu Bakar (No. KP: 720502-06-5513) sebagai dorongan untuk kamu selaku pegawai badan awam iaitu anggota Polis DiRaja Malaysia meIakukan atau tidak meIakukan apa-apa perkara yang dengannya badan awam itu terlibat, iaitu menutup kes jenayah komersil terhadap Mohd Azli Bin Abu Bakar yang sedang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Selangor dan dengan itu, kamu telah meIakukan kesalahan dibawah Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), dan boleh dihukum of bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama. Hukuman : a) Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan b) Didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang, 3 atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. Pertuduhan Pilihan Bahawa kamu, pada 7 Februari 2022 bertempat di Restoran Nas Bistro yang beralamat di G86, Jalan Prima SG3, Taman Prima, Sri Gombak, 68100 Batu Caves, dalam Daerah Gombak, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, sebagai seorang Penjawat Awam iaitu anggota Polis DiRaja Malaysia yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Batu Caves, Selangor telah menerima untuk diri kamu suatu barang berharga iaitu wang tunai sebanyak RM16,000.00 dengan tiada balasan daripada Mohd Azli Bin Abu Bakar (No. KP: 720502-06-5573), yang mana kamu ketahui ianya ada kaitan dengan tugas-tugas rasmi kamu sebagai anggota Polis DiRaja Malaysia dan dengan ini, kamu telah meIakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum of bawah Seksyen yang sama. Hukuman: Hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua (2) tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. Ringkasan Fakta Kes [3] Semasa kejadian, Perayu adalah anggota Polis DiRaja Malaysia berpangkat Koperal, dan mula berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Daerah Gombak, Selangor bermula 21.06.2021 dan menjalankan tugas-tugas risikan operasi kes-kes jenayah komersil. (Fakta ini tidak dipertikaikan oleh Perayu.) [4] Pada 26.01.2022, Pengadu iaitu Mohd Azli bin Abu Bakar (selepas ini dirujuk sebaga SP14) telah ditangkap atas kesalahan bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana disyaki bersubahat dalam kes penipuan melibatkan penyewaan rumah di Taman Selayang Permata, Gombak. SP14 telah direman sehingga dilepaskan dengan jaminan polis pada 31.01.2022. [5] Pada 31.01.2022, melalui pesanan WhatsApp, Perayu telah meminta wang berjumlah RM20,000 daripada SP14 sebagai balasan menutup kes yang sedang disiasat terhadapnya. Pada 04.02.2022 jam Iebih kurang 11.15 pagi, SP14 telah membuat satu aduan kepada pihak SPRM Selangor berhubung permintaan wang rasuah oleh Perayu. [6] Suatu rakaman perbualan telefon diantara SP14 dan Perayu telah telah dirakam oleh PkPs Mohd Redzuan Bin Mohamad (SP6) pada 4.2.2022. Dari rakaman percakapan tersebut transkripsi P18 telah disediakan oleh SP6. Hasil rakaman perbualan telefon mendapati Perayu menyatakan bahawa kes terhadap SP14 masih berjalan dan akan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 7.2.2022. Terdapat juga rundingan untuk menurunkan jumlah RM20,000 tersebut kepada RM16,000. Jumlah RM20,000 kemudiannya telah dikurangkan oleh Perayu kepada RM16,000. [7] Pihak SPRM telah mengadakan satu taklimat untuk melakukan operasi perangkap terhadap Perayu. Pada 7.2.2022, satu pertemuan telah diadakan antara Perayu dengan SP14 dan SP13 iaitu PkPs. Virawan Suthin A/L Boon Aik (pegawai pengiring SP14) di Restoran Nas Bistro di Taman Prima, Sri Gombak, Batu Caves, Selangor dengan wang bertanda sebanyak RM16,000. Wang yang dibawa telah diserahkan oleh SP14 kepada Perayu yang terus memasukkannya ke dalam bajunya. Kejadian penerimaan wang bertanda oleh Perayu ini telah dirakamkan daripada pinhole camera yang diletakkan pada SP13. Terdapat juga rakaman CCTV yang merakam kejadian tersebut. [8] Semakan oleh Pegawai Penyedia Senarai Wang Bertanda iaitu PRs. Mohammad Hafizaizad Bin Abdul Rahim (SP4) menunjukkan senarai wang bertanda adalah sama dengan wang perangkap yang ada dalam millkan Perayu pada ketika itu. [9] Di akhir kes pendakwaan HMS terpelajar telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes 6 prima facie terhadap Perayu bagi pertuduhan utama dan anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM adalah terpakai. [10] Perayu adalah saksi tunggal pembelaan dan telah memberikan keterangan bahawa Sarjan Sanjaav Seelan (SP11) telah menyuruhnya meminta wang bagi pihaknya daripada SP14 untuk menutup kes yang sedang disiasat keatasnya. Perayu juga mengatakan SP14 telah cuba tawar menawar namun Perayu tidak berkata banyak memandangkan perkara tersebut datang daripada SP11 selaku Penolong Pegawai Penyiasat yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripadanya dan permintaan wang tersebut tiada kaitan dengan Perayu. [11] Setelah dibebaskan dengan jaminan polis, SP14 telah bertanya kepada Perayu bagaimana hendak selesaikan masalah ini dengan mudah dan telah dijelaskan oleh Perayu bahawa pengakuan salah di Mahkamah adalah lebih mudah. Namun demikian, SP14 dikatakan enggan kes tersebut dipanjangkan hingga ke Mahkamah dan mendesak Perayu untuk memberikan jumlah bagi tujuan penyelesaian kes. Perayu telah memberitahu SP14 terdapat lebih kurang 4 orang dan jika hendak selesaikan agak-agak paling selamat adalah lebih kurang RM5,000 satu kepala kerana jumlah RM20,000 itulah yang diminta oleh SP11. SP14 kemudian 7 mengatakan dia akan mengusahakan jumlah tersebut dan beredar dari balai polis. [12] Berkenaan rakaman perbualan antara Perayu dengan SP14, Perayu mengatakan rakaman itu langsung tidak menunjukkan bahawa Perayu memaksa atau mengugut SP14 untuk membuat bayaran tersebut. Malah, SP14 yang berterusan cuba untuk memerangkap Perayu. [13] Perayu mengatakan duit sebanyak RM16,000 adalah untuk SP11, untuk dibahagikan dengan pegawai-pegawai lain. Perayu hanyalah anggota yang bertindak mengikut arahan sahaja dan tiada kuasa untuk mengubah sebarang pertuduhan berkenaan kes yang disiasat ke atas SP14. Kuasa untuk menurunkan seksyen pertuduhan adalah di bawah kuasa SP11 yang merupakan pegawai atasan Perayu. Kuasa Mahkamah Untuk Campur Tangan [14] Undang-undang berkenaan kuasa mahkamah dalam bidang kuasa rayuannya untuk campur tangan berkenaan dapatan fakta hakim bicara adalah nyata dan matan. Mahkamah ini hanya boleh campur tangan sekiranya terdapat kekhilafan atau salah arah dari Hakim Bicara dalam menilai dan menentukan keterangan yang material setelah melalui perbicaraan penuh. Saya merujuk kepada kes Mohd Zulkifli Bin Md Ridwan v Public Prosecutor [2014] 1 MLJ 257 dimana Mahkamah Rayuan Malaysia telah memutuskan:- "Adalah di dalam tangan pencuba fakta untuk menilai kualiti keterangan untuk menentukan samada keterangan atas rekod menjustifikasikan sabitan. Jika Mahkamah memerintahkan pembebasan atau sabitan ia tidak dapat diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kecuali ia merekodkan dapatan bahawa pandangan yang diambil oleh Mahkamah Perbicaraan bukan pandangan yang munasabah terhadap keterangan atas rekod. Sekiranya Mahkamah Perbicaraan mencerminkan pandangan yang munasabah keterangan atas rekod maka Mahkamah Rayuan tidak wajar campur tangan dan Rayuan tidak mempunyai merit. [15] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang memutuskan:- "It is settled law that it is no part or function of an appelate Court in criminal case or indeed any case to make its own findings of fact. That is a function exclusively reserved by the law to the trial court. An appelate court necessarily fettered because it lacks the audio visual advantage enjoyed by the trial court
16
Di dalam kes Sivalingam a/l Periasamy v Periasamy & Anor[1996]4 CLJ 545 telah memutuskan berkenaan peranan Mahkamah ini dalam menjalankan bidang kuasa rayuannya seperti berikut: findings of fact arrived at by the Court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But we are under a duty to intervene in a case where, as here, the trial Court has so fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable Court which had properly directed itself and asked the correct questions would
17
Berdasarkan kepada kes-kes yang telah diputuskan, dalam menjalankan bidang kuasa rayuannya, Mahkamah ini hendaklah bertindak perlahan dalam mengusik apa-apa dapatan fakta oleh Hakim Bicara kecuali ia merekodkan dapatan bahawa pandangan yang diambil oleh Mahkamah Perbicaraan bukan pandangan yang munasabah terhadap keterangan atas rekod. Isu-Isu Yang Ditimbulkan [18] Mahkamah ini akan menangani Isu Tambahan yang ditimbulkan oleh Perayu terlebih dahulu. Isu tambahan tersebut adalah seperti berikut: Yang Bijaksana Hakim Mahkamah Sesyen khilaf dari segi undang-undang apabila gagal untuk memutuskan bahawa pengendalian perbicaraan jenayah terhadap Perayu adalah disebabkan pegawai pendakwa yang mengendalikan prosiding perbicaraan di dalam kes ini tidak mempunyai surat pemberian kuasa dari Pendakwa Raya di bawah seksyen 377(b)(3) Kanun Tatacara Jenayah [19] Permohonan Perayu untuk menambah petisyen rayuan dengan memasukkan Isu Tambahan ini, tidak dibantah oleh pihak Responden. Perayu mengatakan isu ini hanya disedari setelah Rekod Rayuan telah siap. Perayu mengatakan semakan atas Rekod Rayuan dan semua dokumen dan eksibit-eksibit yang telah dikemukakan semasa perbicaraan kes ini, mendapati kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM sepenuhnya. Bagi membolehkan perbicaraan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM satu surat pemberian kuasa dari Pendakwa Raya bawah seksyen 377(b)(3) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) (selepas ini dirujuk sebagai surat kuasa) hendaklah ditunjukkan kepada Mahkamah. Daripada semakan yang dibuat, mendapati Pegawai Pendakwa SPRM tidak menunjukkan surat kuasa tersebut semasa perbicaraan. Dengan itu, Perayu menghujahkan perbicaraan yang dijalankan sebagai tidak sah dan terbatal. Perayu merujuk kepada 11 kes Repco Holdings Bhd v PP [1997] 3 MLJ 681; PP v Syarikat Tekala Sdn Bhd. [2007] 6 MLJ 500; Nguang Chan Sdn Bhd v Public Prosecutor [2001] 2 MLJ 129; dan PP v Lee Ming & Anor [1998] MLJ 113 [20] Responden pula menghujahkan tiada keperluan untuk Pegawai Pendakwa mengemukakan surat kuasa tersebut sebagai eksibit kepada Mahkamah melainkan terdapatnya cabaran bahawa Pegawai Pendakwa tersebut tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan pendakwaan dan perbicaraan. Apabila terdapat cabaran tersebut, barulah pada ketika itu terdapat keperluan untuk Pegawai Pendakwa menunjukkan surat kuasa tersebut kepada Mahkamah. Responden merujuk kepada kes Public Prosecutor V Lew Koy [2001] 4 MLJ 655 [21] Seksyen 377 (b) (3) KTJ menyatakan seperti berikut:- Every criminal prosecution before any court and every inquiry before a Magistrate shall, subject to the following sections, be conducted-
a
by the Public Prosecutor, a Senior Deputy Public Prosecutor, a Deputy Public Prosecutor or an Assistant Public
b
subject to the control and direction of the Public Prosecutor, by the following persons who are authorised in writing by the Public Prosecutor:
3
an officer of any Government department; [22] Jelas dari peruntukan ini menghendaki Pegawai Pendakwa SPRM yang mengendalikan perbicaraan kes ini diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya sebelum beliau boleh mengendalikan perbicaraan tersebut. Namun begitu, adakah ia menjadi keperluan mandatori untuk semua Pegawai Pendakwa mengemukakan surat kuasa tersebut sebelum suatu kes dimulakan atau dikendalikan? Saya telah meneliti undang-undang yang terpakai dan mendapati keperluan itu hanya timbul apabila terdapat cabaran berkenaan kuasa untuk mengendalikan suatu kes oleh Pegawai Pendakwa atau mana-mana orang yang disenaraikan dalam seksyen 377 (b) KTJ. Dalam keadaan terdapatnya cabaran tersebut, surat kuasa itu hanya perlu ditunjukkan kepada Mahkamah. Saya merujuk kepada kes Lew Koy (supra) apabila Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut menyatakan seperti berikut:- On the other hand, an authorization letter refers to conduct of prosecutions in the magistrate's court where an offcer of any Government Department, an officer of any local authority, an offcer of statutory authority or body or any person employed or retained in any local authority or any statutory authority or body are authorized in writing by the Public Prosecutor to conduct prosecutions in the magistrate's court (see s 377 (b) of the CPC which came into effect on 1 April 1998 (Amendment) Act 1998). In the instant appeals an offcer from the Ministry of Health appeared at the magistrate's court and his appearance in court to conduct the prosecution was not challenged except for the preliminary objection that there was no sanction from the Public Prosecutor to institute the proceeding in court. On the issue of the written authority from the Public Prosecutor pursuant to s 377(b) of the CPC, this court is of the view that the written authority need not be tendered or filed in court but is only required to show to the court if ever there is any challenge that the prosecuting officer who is having conduct of the prosecution did not have the authority in writing of the Public Prosecutor to appear in court and conduct the proceedings. In such a situation, the prosecuting officer is only required to show to the court that he has been issued with the written authority by the Public Prosecutor or the deputy public prosecutor and it need not be tendered as an exhibit or filed in court as it is not a document shown to a witness and referred to by him in his evidence or by an affidavit (see Stroud's Judicial Dictionary of Words and Phrases (6th Ed) Vol 1 for definition of 'exhibit'). [23] Adalah menjadi fakta yang tidak dipertikaikan bahawa Perayu tidak pernah mencabar bahawa Pegawai Pendakwa dalam kes ini tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan pendakwaan di Mahkamah Sesyen. Justeru, tiada keperluan untuk menunjukkan surat kuasa tersebut di peringkat Mahkamah Sesyen. [24] Keputusan kes Lew Koy telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Dato' Sri Mohd Najib Hj Abdul Razak v. PP [2019] CLJU 1837; [2019] 1 LNS 1837 yang memutuskan perkara yang sama:- [48] In addition, the principle distilled from PP v. Lew Koy is that where a challenge is made that the counsel did not have the authority in writing appears in Court and conduct the proceedings, the Prosecution Officer need only show to the Court that he has been issued with the written authority by the Public Prosecutor. It need not be provided to the applicant/defence and neither must it be tendered as an exhibit in court. [25] Saya juga bersetuju dengan hujahan Responden bahawa kes-kes yang dirujuk oleh Perayu telah membincangkan isu yang berbeza iaitu isu kuasa Pendakwa Raya / Peguam Negara di bawah seksyen 376 Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan. Kes Repco (supra) memutuskan bahawa kuasa Peguam Negara untuk menjalankan pendakwaan adalah ekslusif. Justeru, tiada pihak berkuasa lain boleh mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk melaksanakan fungsi tersebut. Secara ringkasnya keputusan kes tersebut berbunyi begini:- Therefore, s 126(2) of the SIA which allows prosecution to be conducted by the Registrar of Companies or by any officer authorized by the Registrar or the Chairman of the commission is ultra vires art 145(3) of the Federal Constitution. [26] Begitu juga kes-kes Syarikat Tekala (supra) yang dirujuk oleh Perayu, membincangkan kuasa pendakwaan yang ekslusif kepada Peguam Negara. Kes tersebut memutuskan seperti berikut:- The entity which gave power to the EPF officer to proceed as such would be the Chairman of the EPF pursuant to s 68 of the Act (prior to its deletion by Act A1080). In following Repco Holdings Bhd v PP and Nguang Chan Sdn Bhd v PP and the other authorities referred to above, it would be our view that s 68 of the Act would be unconstitutional and invalid as being ultra vires art 145(3) of the Federal constitutionas it purports to clothe the person other than the Public Prosecutor, with the power to authorize the institution and conduct of prosecution under the Act.
3
Kes Nguang Chan Sdn Bhd (supra) juga memutuskan perkara yang sama:- In the present case, it was clear that the prosecution was conducted by an assistant controller of trade descriptions and he had his purported authority to do so under s 28B(3) of the Act, which was clearly in contravention of art 145(3) of the FC. Begitu juga kes Lee Ming (supra) memutuskan seperti berikut:- Held: (1) Section 92A of the Forests Ordinance and s 39 of the Wild Life Protection Ordinance are unconstitutional, null and void as they allow persons other than the Federal Attorney General to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence Jelas dari kes-kes yang dirujuk oleh Perayu membincangkan peruntukan undang-undang yang ultra vires Per. 145 (3) Perlembagaan Persekutuan kerana memberi kuasa kepada suatu badan untuk memulakan, menjalankan atau menamatkan sebarang prosiding walhal ia adalah kuasa dan fungsi ekslusif Pendakwa Raya. Kes-kes tersebut tidak membincangkan surat pemberian kuasa oleh Pendakwa Raya kepada Pegawai Pendakwa iaitu isu yang menjadi isu dalam kes ini. Justeru, isu yang ditimbulkan oleh Perayu adalah tanpa merit. [27] Selain itu Perayu juga menimbulkan 2 isu lain iaitu: Isu 1 Yang Bijaksana Hakim Mahkamah Sesyen (selepas ini dirujuk sebagai HMS) khilaf kerana telah mencapai keputusan mensabitkan Perayu berdasarkan kepada fakta yang tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan [28] Perayu menghujahkan semasa perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan pelbagai keterangan yang dikatakan diperolehi dari pintasan telefon dan rakaman video berhubung kejadian yang berlaku. Adalah dihujahkan juga, bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan tiga (3) jenis keterangan iaitu rakaman perbualan di antara Perayu dan SP14 bersama transkrip, perbualan telefon antara SP11 dan Perayu bersama transkrip dan rakaman pinhole camera tanpa transkrip. [29] Perayu menghujahkan, bagi membolehkan keterangan-keterangan tersebut diterima sebagai keterangan terhadap Perayu, maka peruntukan seksyen 43 ASPRM hendaklah dipatuhi. Seksyen 43 (4) ASPRM menghendaki suatu sijil dikeluarkan oleh Pendakwaraya yang menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh seorang pegawai SPRM telah diberi kuasa olehnya. Tanpa pematuhan peruntukan seksyen 43 ASPRM menjadikan perbualan pintasan telefon yang dikemukakan tidak boleh diterima sebagai keterangan. Pihak pendakwaan juga gagal memanggil Timbalan Pendakwa Raya yang membenarkan pintasan perbualan dilakukan. [30] Perayu juga menghujahkan kesemua keterangan SP6 dan saksi-saksi lain berhubung kandungan pintasan telefon perbualan antara SP14 dan Perayu dan semua eksibit-eksibit yang terhasil daripada pintasan telefon tersebut sama ada dalam bentuk rakaman suara, rakaman video dan transkrip adalah sangat prejudis dan tidak boleh diterima sebagai keterangan. Tanpa keterangan pintasan telefon terutamanya P12 (a) dan transkripsi P18 , maka tidak terdapatnya keterangan yang menunjukkan Perayu meminta wang rasuah berjumlah RM20,000 yang kemudiannya dirunding hingga turun ke RM16,000. [31] Responden pula menghujahkan tiada keperluan untuk mengemukakan sijil di bawah seksyen 43 ASPRM kerana rakaman perbualan telefon dan pin hole camera tersebut bukanlah pintasan (intercept) yang dimaksudkan di bawah seksyen 43 ASPRM. [32] Seksyen 43 menyata seperti berikut:- [43] Power to intercept communications
1
Notwithstanding the provisions of any other written law, the Public Prosecutor or an officer of the Commission of the rank of Commissioner or above as authorized by the Public Prosecutor, if he considers that it is likely to contain any information which is relevant for the purpose of any investigation into an offence under this Act, may, on the application of an officer of the Commission of the rank of Superintendent or above, authorize any officer of the Commission-
a
to intercept, detain and open any postal article in the course of transmission by post;
b
to intercept any message transmitted or received by any telecommunication; or
c
to intercept, listen to and record any conversation by any telecommunication, and listen to the recording of the intercepted conversation.
2
When any person is charged with an offence under this Act, any information obtained by an officer of the Commission in pursuance of subsection (1), whether before or after such person is charged, shall be admissible at his trial in evidence.
3
An authorization by the Public Prosecutor or an officer of the Commission of the rank of Commissioner or above as authorized by the Public Prosecutor under subsection (1) may be given either orally or in writing; but if an oral authorization is given, the Public Prosecutor or the officer of the Commission of the rank of Commissioner or above as authorized by the Public Prosecutor shall, as soon as practicable, reduce the authorization into writing.
4
A certificate by the Public Prosecutor or the officer of the Commission of the rank of Commissioner or above as authorized by the Public Prosecutor stating that the action taken by an officer of the Commission in pursuance of subsection (1) had been authorized by him under that subsection shall be conclusive evidence that it had been so authorized, and such certificate shall be admissible in evidence without proof of signature thereof. [33] Perbualan telefon antara SP14 adalah penting bagi membuktikan permintaan rasuah oleh Perayu terhadap SP14. Namun begitu adakah rakaman perbualan telefon antara SP14 dan Perayu termasuk sebagai pintasan bawah seksyen 43 ASPRM? Setelah saya meneliti undang-undang yang berkaitan, saya bersetuju dengan hujahan Responden yang merujuk kepada keputusan kes Mahkamah Rayuan yang telah membincangkan secara panjang lebar Azahar Haji Abdul Aziz v PP [2019] CLJU 2032; [2019] 1 LNS 2032 , ia telah memutuskan seperti berikut:- [13] The etymology of the word "intercept" also assists in understanding what it means. The Latin root words are "inter " which means "between" and cipere which means "to take or catch" (see etymonline.com ). Thus, the ordinary meaning of "intercept" is to stop or seize something from arriving or proceeding. In the context of communication as given in the example above, a letter that is seized when it is on its way to the intended recipient is said to be "intercepted". There is also reference to radio communication which is intercepted secretly. All the above leads us to conclude that "interception" in the context of communication refers to the clandestine act of a third party other than the sender or recipient. Similarly, in the context of a telephone conversation, it should refer to the clandestine act of a third party who listened in or recorded the said conversation without the knowledge of the participants of the said conversation. [14] We are also of the view that mere "recording" of a conversation by the MACC officers with the cooperation and consent of one of the participants cannot amount to "interception" as suggested by counsel for appellant. Such an interpretation may lead to absurd conclusions. For example, smartphones nowadays are equipped with software to digitally record telephone conversations. Thus, a participant in a smartphone conversation may record a conversation and pass it to a third party later. It would be absurd to hold that the third party had "intercepted" the communication. It may well be that in the law enforcement context, the recording of the conversation would be done at the behest of the investigating authority and in their presence as happened in this case. However, such a recording is to all intents and purposes no different from any conversation recorded by one of the participants in a telephone conversation and distributed later. In respect of interception of postal articles as provided in section 43(1)(a), can it be said that there is "interception" if the recipient hands over the letter or postal article in question to the MACC officers? The ordinary meaning of intercept would mean that the letter was stopped, read or copied before it reached the unsuspecting intended recipient. Similarly, in respect of a telephone conversation, "interception" entails listening in or recording the conversation without the knowledge and consent of the participants in the said conversation. [34] Kes ini adalah kes terkini 43 ASPRM. Ia menakrifkan erhubung dengan perbualan telefon, sebagai bermaksud - mendengar atau merakam perbualan tersebut tanpa pengetahuan dan persetujuan para peserta perbualan berkenaan. Ia merujuk kepada perbuatan intipan secara rahsia. Justeru, Mahkamah Rayuan memutuskan sekadar merakam perbualan oleh pegawai SPRM dengan kerjasama dan persetujuan salah seorang peserta tidak boleh dianggap sebagai pintasan . Saya perlu mengikut duluan dalam kes Azahar Haji Abdul Aziz (supra) berbanding kes PP lwn. Zul Hassan & Yang Lain [2013] 7 CLJ 141 [2013] 1 LNS 286 yang dirujuk oleh Perayu, memandangkan kes tersebut adalah kes terkini berkenaan isu ini. [35] Dalam kes ini, HMS yang bijaksana telah menerima rakaman-rakaman telefon tersebut sebagai keterangan terutamanya transkrip P18 dan rakaman P12(a) (rakaman perbualan antara SP14 dan Perayu pada 4.2.2022), transkrip P19 dan rakaman P12 (b) (rakaman perbualan telefon antara SP14 dengan Perayu pada 7.2.2022) dan transkrip P20 dan rakaman P14(a) (rakaman perbualan telefon antara Perayu dan SP11 pada 7.2.2022). Begitu juga HMS telah menerima sebagai keterangan rakaman pinhole camera yang dipakai oleh SP13 iaitu eksibit P16 (a) (b) dan (c). Berdasarkan keputusan kes Azahar Haji Abdul Aziz (supra), kesemua eksibit ini tidak tertakluk kepada seksyen 43 ASPRM memandangkan ia mendapat persetujuan daripada salah seorang perserta komunikasi tersebut. Justeru, penerimaan keterangan-keterangan tersebut oleh HMS yang bijaksana adalah betul tanpa kekhilafan. [36] Perayu juga mempertikaikan penerimaan oleh HMS terhadap rakaman CCTV (P32) yang dikatakan tidak dibuktikan bahawa P32 adalah sama dengan yang asal. Penelitian saya kepada Rekod Rayuan dan Alasan Penghakiman HMS mendapati HMS telah menerima keterangan rakaman CCTV iaitu eksibit P32 sebagai keterangan melalui Razrilmokrish bin Mohd Yusof (SP10) iaitu Penguasa Kanan, Bahagian Forensik Teknologi SPRM Putrajaya. Beliau adalah saksi pakar yang telah menganalisa pendrive yang mengandungi rakaman CCTV tersebut dan telah mengeluarkan Laporan Forensik Digital bagi rakaman CCTV iaitu P28. Salah satu objektif analisa adalah untuk mengesahkan ketulenan rakaman tersebut dan hasil analisa beliau di mukasurat 138 Rekod Rayuan
7
Jilid 3A mendapati:- 2 Berdasarkan metadata di atas, saya sahkan bahawa barang kes ini adalah BARANG KES ASAL yang digunakan untuk mengeluarkan rakaman asal video daripada perakam CCTV. [37] Hasil analisa berkenaan ketulenan rakaman tersebut tidak disoal balas oleh peguambela Perayu. Apatah lagi Rekod Rayuan Jilid 2B, semasa SP10 memberikan keterangan dan semasa rakaman CCTV hendak dimainkan, - terdapat penerimaan oleh peguambela Perayu berkenaan ketulenan rakaman CCTV tersebut di mukasurat 233 dan 234 seperti berikut:- PB(C): Dengan izin, Tuan. Maaf kerana mencelah. Saya telah berbincang dengan pihak pendakwaan. Mungkin kita hanya boleh fokus kepada video yang penting sahaja. Sebab bila kita tengok video ini jam 11 pagi. Ada 14 video seperti ini untuk ditonton. Mahk: The reason why saya nak video ini dimainkan secara penuh kerana saya tak nak ada isu di tengah-tengah itu tak wujud, temper kerana Mahkamah sendiri sudah view. Tapi oleh kerana Peguam sendiri yang mencadangkan dan pihak pendakwaan tiada bantahan? PO : Tiada bantahan, Tuan. Mahk : Jadi, tiada isu video ini tampered. [38] Justeru, ketulenan rakaman CCTV tersebut adalah bukan isu lagi dan HMS yang bijaksana adalah betul apabila telah sampai kepada konklusi untuk mensabitkan Perayu bersalah berdasarkan keterangan-keterangan digital yang dikemukakan. [39] Perayu juga telah menimbulkan satu lagi isu iaitu:- ISU 2 Yang Bijaksana Hakim Mahkamah Sesyen khilaf apabila berdasarkan kepada keseluruhan keterangan gagal untuk memutuskan bahawa anggapan di bawah seksyen 50 ASPRM tidak diaktifkan di dalam kes ini. [40] Perayu menghujahkan bahawa, Perayu dikesempatan yang terawal telah memaklumkan pembelaannya iaitu duit RM16,000 duit rasuah tersebut adalah untuk SP11 keseluruhannya. Ini adalah kerana SP11 adalah pegawai penyiasat kes terhadap SP14. Perayu menghujahkan bahawa Perayu hanyalah yang mana tidak mempunyai Perayu tidak secara rasuah menerima untuk diri sendiri suapan wang tunai berjumlah RM16,000 daripada SP14. [41] Perayu bergantung kepada rakaman P14(a) dan transkrip kandungan P20 iaitu perbualan antara Perayu dengan SP11 yang pada ketika itu tidak mengetahui bahawa panggilan telefon tersebut sedang dirakam. Hasil rakaman tersebut menunjukkan SP11 telah memaklumkan bahawa wang RM16,000 yang diterima oleh Perayu akan diambilnya pada pagi keesokan harinya. [42] Responden menghujahkan wang suapan RM16,000 telah diterima oleh Perayu rentetan daripada urusan yang hanya melibatkan Perayu dan SP14 tanpa penglibatan SP11. Perayu sendiri yang meminta, Perayu sendiri yang menurunkan jumlah daripada RM20,000 kepada RM16,000, Perayu sendiri yang hadir untuk menerima wang suapan tersebut dan akhirnya Perayu sendiri yang telah menerima wang suapan tersebut. [43] Kepada siapa wang tersebut akan diberikan selepas itu adalah tidak material kerana keterangan menunjukkan pada saat pemberian wang suapan RM16,000 kepada Perayu oleh SP14, wang itu adalah untuk Perayu. [44] Seksyen 50 (1) ASPRM menyatakan seperti berikut:
1
Where in any proceedings against any person for an offence under section 16, 17, 18, 20, 21, 22 or 23 it is proved that any gratification has been received or agreed to be received, accepted or agreed to be accepted, obtained or attempted to be obtained, solicited, given or agreed to be given, promised, or offered, by or to the accused, the gratification shall be presumed to have been corruptly received or agreed to be received, accepted or agreed to be accepted, obtained or attempted to be obtained, solicited, given or agreed to be given, promised, or offered as an inducement or a reward for or on account of the matters set out in the particulars of the offence, unless the contrary is proved. Jelas dari peruntukan ini mengatakan, bagi suatu pertuduhan di bawah seksyen 16 ASPRM, jika terbukti bahawa mana-mana suapan telah diterima oleh tertuduh, maka suapan itu dianggap telah diterima secara rasuah sebagai dorongan atau ganjaran untuk atau berhubung dengan perkara-perkara yang dinyatakan dalam butiran kesalahan tersebut, melainkan jika akasnya dibuktikan. [45] Dapatan HMS berkenaan isu adalah seperti berikut:-
VII
(vii) Dan tertuduh dan SP14 ada berjumpa di restoran Nas Bistro pada 7hb Februari 2022 dan perjumpaan ini dirakam pada video camera iaitu Ekshbit P 16. Mahkamah telah meneliti video berkenaan dan perjumpaan ini mula-mulanya pada awalnya membabitkan SP14 dan OKT sahaja. Ekshibit P32 juga satu lagi rakaman CCTV sama seperti kejadian yang berlaku yang dirakam dalam Ekshibit P 16. Mahkamah meneliti video berkenaan dan berpuashati yang penerimaan wang RM16,000 telah berlaku di minit ke 20:04 hingga minit 20:26 sepertimana dalam Ekshibit P16 (c).
VIII
(viii) Mahkamah juga mengambil perhatian yang SP13 seorang Pegawai SPRM juga menyaksikan SP14 iaitu pengadu membuka bag sandang menggunakan tangan kanan dan tertuduh menerima wang berkenaan dengan tangan kiri.
26
Dapatan ke lapan ialah wang rasuah RM16 ribu berkenaan telah diserahkan dan berpindah tangan daripada SP14 kepada tertuduh. Penyerahan ini dilakukan di restoran Nas Bistro dan ada dirakam di video camera seperti yang saya huraikan tadi. Oleh kerana adalah jelas yang RM16 ribu itu adalah rasuah maka satu presumption atau pun tangapan di bawah seksyen 50 Akta SPRM adalah terpakai. Dalam kes Badrul Hisham bin Hashim vs PP (2020) MLJU 358 Mahkamah memutuskan: "......once the ingreditet have been established, the presumption under section 50(1) of the MACC applies and the once the ingreditet have been established, the presumption under section 50(1) of the MACC applies and the accused must rebut probabilities... that presumption on the balance of Dalam kes PP vs Md Nor Hamid (2003) [2003] CLJU 591; 1 LNS 591 yang merujuk pada kes Thavanathan Mahkamah Tinggi memutuskan: Once it was proved that the money had been given and received by the accused, the presumption under section 14 of the 1961 Act (old Act) arose and it was for the accused to give an innocent explanation on a balance of probabilities the test applied in civil proceedings [46] Berkenaan dengan pembelaan Perayu, HMS menyatakan seperti berikut:
39
Pembelaan utama tertuduh ialah Sarjan Seelan ialah seorang rakan sepenjenayah. Ini disebabkan dikatakan yang OKT ada memberitahu Sarjan Seelan yang wang rasuah telah diterima. Mahkamah merujuk kepada seksyen 52 (1) (a) Akta SPRM yang menyatakan tentang evidence of accomplice and agent provocateur. Ia menyatakan: No witneses shall be regraded as an accomplice by reason only of such witness having - (i) accepted, received, obtained, solicited, agreed to accept or receive, or attempted to obtained from any person, (ii) given, promised, offered or agreed to give any gratification or (iii) been in any manner concerned in the commission of such offence or having knowledge of the commission of the offence.... "
40
Mahkamah amat teguh di datam pandangan ini sebab di dalam kes PP vs Mohd Jamil bin Yahya
1993
3 MLJ 702 Hakim Mahkamah Tinggi KC Vohrah menyatakan: But how does one determine whether a person is an accomplice? The point of determination appears to be whether the witness entered into the conspiracy with the sole object of detecting and betraying it or whether he is a person who concurred fully in the criminal designs of the co-conspirators for a time and joined in the execution of those till out of fear or for some reasons he withdrew from the conspiracy and gave information to the authorities, If he extends no aid to the prosecution he would be an accomplice... "
41
Daripada perbualan antara SP11 dan tertuduh ternyata tertuduh yang menekan dan mendesak SP11 untuk menerima wang berkenaan. Perbualan itu tidak menyatakan yang SP11 telah menjangka yang tertuduh akan mendapat wang berkenaan dan tidak menyatakan yang SP11 mahu wang berkenaan untuk dirinya dan seorang TPR dan Inspektor Rozita dan tidak pula SP11 menyatakan penyiasatan terhadap SP14 akan ditutup. Ia menunujukkan yang OKT membuat perbualan itu seolah-olah SP11 yang merancang semua ini. [47] Membaca Alasan Penghakiman HMS terpelajar, saya mendapati beliau telah membuat dapatan fakta berdasarkan keterangan-keterangan yang boleh diterima bahawa wang suapan RM16,000 telah pun diserahkan kepada Perayu oleh SP14. Perlu diingat bahawa wang tersebut adalah wang perangkap bertanda yang dibekalkan oleh SPRM. Terdapat juga perbualan telefon yang dirakam, perbualan WhatsApp yang telah dianalisa (P45), rakaman pinhole camera, rakaman CCTV dan saksi mata (SP13) yang menunjukkan bahawa Perayu telah melakukan kesalahan menerima suapan seperti pertuduhan yang dihadapinya. Saya enggan mengusik dapatan fakta HMS dan saya juga mendapati undang-undang yang dirujuk berkenaan pengoperasian seksyen 50 ASPRM adalah betul. Saya juga mendapati HMS terpelajar juga telah membuat dapatan fakta untuk menolak pembelaan Perayu yang gagal mematahkan anggapan atas imbangan kebarangkalian. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Krishnan & Anor. v. Public Prosecutor (1981) 2 MLJ 121 In this case the first appellant had been convicted of the offence of discharging a firearm in the commission of an offence and the second appellant with being an accomplice in the case of discharge of the firearm. The defence of the 1st appellant was an alibi, which was not accepted by the trial Judge. The appeal was purely based on facts. The defence of the second appellant was also an alibi and here too the trial judge rejected the defence. In addition the appeal of the second appellant was based (a) on an all defect in the charge
b
on the mistake of the learned judge in ruling that the notice of alibi was bad as it was given by the solicitor on behalf of the second appellant and (c) on the allegation that the statement of the second appellant was wrongly admitted to impeach his credit. Held: (I) the first appellant's appeal was based on the finding of facts and as there was no reason to disagree with the finding of the learned judge, the appeal must be dismissed;
2
the appeal of the second appellant was also based on the findings of facts and there were no merits in the attacks made on the finding of the learned judge; Kesimpulan [48] Mahkamah mendapati sabitan oleh HMS terpelajar adalah selamat dan betul selaras dengan keterangan dan rekod yang ada di hadapan Mahkamah serta undang-undang yang terpakai. Mahkamah juga mendapati hukuman yang dijatuhkan oleh HMS adalah adil dan saksama selaras dengan kesalahan yang dilakukan oleh Perayu. Justeru Mahkamah ini tidak perlu untuk campur tangan terhadap dapatan dan keputusan HMS. Rayuan Perayu ditolak dan sabitan serta hukuman terhadap Perayu dikekalkan. Bertarikh pada 11 Ogos 2025 ROSZIANAYATI AHMAD Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Peguam Perayu Hamdan Bin Hamzah Hamdan Faida & Associates Peguambela & Peguamcara C-11-1(Lot 6), Bangunan Bangi Gateway Persiaran Pekeliling Seksyen 15 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Responden / Pendakwa Raya Maziah Binti Mohaide Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Aras 18 dan 19, Blok C, No.2, Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.