Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO.: JH-82D-1-01/2021 PENDAKWA RAYA VS
JH-82D-1-01/2021
Magistrates Court of Malaysia21 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“45. Mahkamah ini turut merujuk kes MOHAMED JUSOH ABDULLAH & ANOR V. PP [1947] CLJU 73; [1947] 1 LNS 73; [1947] 1 MLJ 130 di ms. 131 yang menyatakan: mathematical formula. Many factors must be taken into account according to the circumstances of each individual case. In that respect w”
“16. Pihak Pembelaan telah merujuk kes PP LWN SITI BAINUN BINTI AHD RAZALI [2023] MLJU 1423, Mahkamah ini berpandangkan kes tersebut hendaklah dibezakan dengan kes semasa. Dalam kes tersebut terdapat pertuduhan pindan yang dikemukakan justeru pemanggilan semula saksi adalah wajar demi kepen”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO.: JH-82D-1-01/2021 PENDAKWA RAYA VS
940211065331
ALASAN PENGHAKIMAN S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg A. PENGENALAN
1
Tertuduh seorang penjawat awam telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) sebagaimana di bawah: Pertuduhan: Bahawa kamu pada 03/12/2020 jam lebih kurang 1100 malam di Dewan Orkid IPD Kota Tinggi, dalam Daerah Kota Tinggi, dalam Negeri Johor, telah memberikan kepada diri kamu sendiri dadah berbahaya iaitu Methamphetamine ke dalam badan kamu dan oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (akta 234) dan boleh di hukum di bawah seksyen yang sama Hukuman: Denda tidak lebih RM5000.00 atau penjara tidak lebih
2
tahun. Hukuman Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952
2
Sepanjang masa material tertuduh diwakili Peguam.
3
Diperingkat kes pendakwaan Mahkamah telah melepaskan dan membebaskan tertuduh dari pertuduhan dan pihak pendakwaan telah merayu keputusan tersebut. Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah mengakas keputusan tersebut dan memanggil tertuduh membela diri.
4
Memandangkan Puan Majistret terdahulu telah mendapat arahan pertukaran ke Bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, justeru Puan Majistret terdahulu tidak boleh menyambung S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg pendengaran atas faktor konflik kepentingan. Selanjutnya saya diarahkan untuk menyambung pendengaran bagi kes ini di peringkat kes Pembelaan.
5
Diakhir kes pembelaan, Mahkamah memutuskan pembelaan telah gagal gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB 1952 di tahap imbangan kebarangkalian selanjutnya gagal menimbulkan keraguan munasabah keatas kes pendakwaan dan pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah.
6
Setelah mendengar mitigasi pembelaan dan pemberatan pendakwaan Mahkamah menjatuhkan hukuman seperti berikut: a. Denda RM4,000.00 gagal bayar 12 bulan penjara; b. Perintah pengawasan bagi tempoh 2 tahun; dan c. Tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Kota Tinggi sepanjang tempoh pengawasan tersebut.
7
Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, tertuduh telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman manakala pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap hukuman.
8
Dalam Alasan Penghakiman ini diperturunkan dapatan Mahkamah. S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg
9
Sebelum Mahkamah ini menyentuh versi Pembelaan tertuduh, terdapat permohonan dari pihak Pembelaan untuk memanggil semula Saksi Pendakwaan yang telah selesai memberi keterangan. Permohonan ini dizahirkan melalui Notis Permohonan di Kandungan 87.
10
Walaupun permohonan pihak Pembelaan telah merujuk peruntukan yang kurang tepat, Mahkamah memutuskan untuk mendengar permohonan tersebut bagi dalam melaksanakan budibicara keadilan.
11
Secara ringkasnya pihak Pembelaan memohon memanggil semula saksi dibawah: a. Konstabel Muhammad Syawalludin bin bin Moslim (SP1) pengiring semasa proses ujian saringan air kencing; dan b. Inspektor Siti Shamsiah binti Md Nor (SP6) Pegawai Penyiasat kes
12
Pembelaan memohon untuk memanggil semula SP1 bagi menentusahkan perjalanan pengambilan sampel air kencing tertuduh dan pemanggilan semula SP6 bagi mengemukan dokumen tambahan iaitu Lakaran Rajah Kasar.
13
Dalam memutuskan isu pemanggilan semula saksi ini Mahkamah telah dipimpin dengan kes RAMLI BIN KECHIK v. PUBLIC PROSECUTOR [1986] 2 MLJ 33 dan PUBLIC PROSECUTOR S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg v. PHON NAM [1989] 1 CLJ 142 (Rep); [1989] 1 CLJ 7; [1988]
14
Tujuan utama pemanggilan semula saksi adalah untuk membolehkan mahkamah mendapatkan keputusan yang adil bagi sesuatu kes.
15
Ditekankan disini pemanggilan semula saksi yang telah dilepas dan dibebaskan dari kandang saksi adalah kuasa budibicara Mahkamah. Namun sejauh manakah kuasa budibicara tersebut terpakai? Mahkamah ini berpandangan kuasa budibicara tersebut hendaklah dinilai berdasarkan fakta kes semasa.
16
Pihak Pembelaan telah merujuk kes PP LWN SITI BAINUN BINTI AHD RAZALI [2023] MLJU 1423, Mahkamah ini berpandangkan kes tersebut hendaklah dibezakan dengan kes semasa. Dalam kes tersebut terdapat pertuduhan pindan yang dikemukakan justeru pemanggilan semula saksi adalah wajar demi kepentingan keadilan terhadap tertuduh. Namun dalam kes semasa ini tiada sebarang pertuduhan pindan dikemukakan.
17
Mahkamah Bicara tidak pernah menafikan hak pembelaan untuk meletakkan Pembelaan seawal mungkin semasa SP1 dan SP6 ini dipanggil memberi keterangan. Bahkah berdasarkan rekod, pihak Pembelaan telah diberi peluang memeriksa balas SP1 dalam 2 sesi yang berbeza oleh dua Peguam yang berbeza.
18
Selanjutnya ditekankan juga, kes ini merupakan kes Remit dari Mahkamah Tinggi Johor Bahru dimana Mahkamah Tinggi telah S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg meneliti semula kes di peringkat kes Prima Facie dan tertuduh dipanggil untuk membela diri.
19
Cubaan pihak Pembelaan memanggil semula saksi ini jelas second bite of the cherry seumpama ini, ia akan membuka ruang untuk penyalahgunaan proses Mahkamah.
20
Mahkamah memutuskan, permohonan yang dikemukakan oleh Pembelaan adalah bersifat remeh dan melengahkan perjalanan keadilan bagi kes ini, permohonan Pembelaan kandungan 87 adalah ditolak.
21
Bagi kes pembelaan, pihak pembelaan telah memanggil 4 orang saksi; SAKSI SD Azrul Asyraff bin Azalan sebagai (tertuduh) SD1 L/KPL. Muhammad Farid bin Zainal SD2 L/KPL. Muhammad Zulfaqar bin Waziruddin SD3 Insp. Shahrizan bin Jaafar SD4 S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg
22
Versi Pembelaan tertumpu kepada 3 isu utama; a. Terputusnya rantaian keterangan kes; b. Kegagalan siasatan lengkap dilakukan oleh Pegawai Penyiasat; dan c. Pembelaan adalah konsisten.
23
Pembelaan tertuduh di dalam kes ini bolehlah disimpulkan sebagaimana berikut: a. Ujian saringan air kencing tersebut dihadiri oleh ramai anggota polis dari seluruh daerah Kota Tinggi; b. SD3 adalah orang yang ditugaskan untuk mengedarkan botol-botol kosong yang tidak bertutup kepada tertuduh dan anggota-anggota polis yang lainya; c. Botol-botol tersebut adalah botol kosong tanpa penutup dan tanpa seal dan botol ini digunakan bagi proses saringan ujian air kencing; d. Tertuduh telah memilih sendiri botol-botol kosong tersebut dan memasukan air kencing tertuduh ke dalam botol tersebut; e. Tertuduh seterusnya meletakan botol yang mengandungi air kencing tertuduh di atas meja bagi ujian pengesanan dadah yang dijalankan oleh SP3; f. Diatas meja saringan terdapat botol-botol air kencing yang didakwa milik anggota-anggota yang lain; g. Wujud ketidakpatuhan prosedur semasa pengambilan air kencing dan saringan dilakukan; h. Tertuduh tidak pernah mengambil dadah berbahaya dan tertuduh tidak pernah merokok; dan S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg i. Setelah selesai ujian saringan air kencing, tertuduh di bawa ke rumah dan botol urin ditinggalkan di tempat saringan, tertuduh hanya melihat kembali botol urin tersebut semasa di bilik pegawai penyiasat.
24
Dalam keadaan kes ini telah dipanggil membela diri oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, tugas Mahkamah semasa mendengar kes Pembelaan adalah hanya memutuskan samada pembelaan tertuduh berjaya mematahkan anggapan di bawah Seskyen 37(k) ADB 1952 dan menimbulkan keraguan terhadap kes Pendakwaan.
25
Mahkamah ini meneliti semula keterangan di peringkat kes pendakwaan dan meletakkan ia sebelah menyebelah dengan keterangan di peringkat kes pembelaan. (Rujuk kes PP V ISKANDAR MOHAMAD YUSOF [2006] 6 CLJ 379]
26
Setelah Mahkamah menilai keseluruhan keterangan Pendakwaan dan Pembelaan Mahkamah mendapati pihak Pembelaan telah gagal untuk mengemukan versi pembelaan seawal mungkin semasa pembetangan kes Pendakwaan.
27
Walaupun versi pembelaan berkenaan botol kosong tanpa penutup dan seal disokong oleh SD2 dan SD3, Mahkamah dapati Pembelaan telah gagal untuk mencadangkan atau menimbulkan versi botol saringan yang diedarkan adalah botol kosong, tanpa penutup dan tanpa seal. Justeru pembelaan tersebut jelas merupakan satu pembelaan terkemudian (afterthought). S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg
28
SD4 berpangkat Inspektor dan mempunyai pengalaman 4 tahun dalam Narkotik telah mengesahkan bahawa ujian saringan tersebut menggunakan botol saringan yang diisukan oleh PDRM sama seperti kes-kes saringan urin yang dijalankan oleh SD4. Keteranagn ini diberikan berdasarkan soalan daripada Mahkamah. Pihak Pembelaan dan Pendakwaan tidak menyoal kembali keterangan ini. Justeru tiada sebab untuk Mahkamah ini menolak keterangan SD4.
29
Selanjutnya, Mahkamah juga membuat kesimpulan, bahawa tertuduh merupakan seorang anggota polis dan semestinya tertuduh lebih mengetahui prosedur pengambilan sampel air kencing. Sekiranya wujud ketidakaturan sebagaimana versi pembelaan (yang ditimbulkan diperingkat pembelaan) tertuduh mempunyai peluang yang mencukupi untuk tidak meneruskan ujian saringan tersebut.
30
Tertuduh juga menyatakan dalam versi pembelaanya, beliau hanya memasukan separuh air kencing berbeza dengan ekshibit P5A yang dikemukakan. Mahkamah mendapati versi ini juga gagal diletakan seawal mungkin semasa pembentangan kes pendakwaan.
31
Selanjutnya berkenaan kawalan botol urin semasa tertuduh di bawa ke rumah beliau, Mahkamah mendapati keterangan ini juga gagal dicadangkan dan/atau dicabar melalui saksi Pendakwaan. S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg
32
berdasarkan totality of evidence Mahkamah membuat dapatan keterangan tertuduh bersifat pemikiran semula (afterthought) dan hanyalah satu penafian semata-mata.
33
Penafian tertuduh bahawa beliau tidak pernah mengambil sebarang dadah berbahaya ini tidak menimbulkan sebarang keraguan kepada keterangan-keterangan semasa peringkat kes pendakwaan.
34
Tidak dinafikan beban pembuktian adalah terletak di bahu pendakwaan. Namun beban pembuktian bagi kesalahan yang dipertuduhkan terhadap tertuduh adalah berbeza di mana anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 telah dikenakan terhadap tertuduh.
35
Seskyen 37(k) ADB 1952 menyatakan: 37 Presumptions In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder-
k
if a person is charged for an offence of consuming a dangerous drug or administering a dangerous drug to himself or suffering any other person to administer a dangerous drug to him, and any dangerous drug is found in the urine of the person charged as a result of a urine test conducted under section 31A, the person shall be presumed, until the contrary is proved, to have consumed the drug or to have administered the drug to himself or to have suffered any other person to administer the drug to him in contravention of this Act or its regulations. S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg
36
Berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh dan anggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB 1952 telah dikenakan terhadap tertuduh, di mana tertuduh dianggap telah dengan sendirinya memasukkan dadah berbahaya Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam tubuh badannya, beban pembuktian kini telah beralih ke bahu pembelaan untuk mematahkan anggapan tersebut ditahap imbangan kebarangkalian. (rujuk kes YUVARAJ V PP [1962] 2
37
Dalam kes ini, Pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh hanyalah penafian dan pemikiran terkemudian sahaja. Oleh itu, keterangan pembelaan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan seterusnya gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB 1952 di tahap imbangan kebarangkalian.
38
Secara keseluruhannya Mahkamah mendapati tertuduh gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Pihak pembelaan juga telah gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(k) ADB 1952 di tahap imbangan kebarangkalian dan dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Tertuduh dengan ini didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB
1952
S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg
39
Setelah mengambilkira mitigasi dan pemberatan yang dihujahkan oleh kedua dua pihak, Mahkamah memutuskan hukuman berbentuk denda adalah memadai dikenakan terhadap tertuduh. Ruang lingkup hukuman 40. Bagi sabitan kesalahan yang dipertuduhkan adalah denda tidak lebih daripada RM 5,000.00 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun dan juga dikenakan perintah pengawasan sebagaimana selama tempoh dua tahun dan tidak lebih tiga tahun sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Penagih Dadah 1983. Bagi kesalahan ini, hukuman pemenjaraan adalah tidak wajib. Budi bicara Mahkamah 41. Mahkamah mempunyai budi bicara yang luas untuk menentukan hukuman yang sewajarnya untuk dijatuhkan terhadap tertuduh. Adalah suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah ini adalah terikat dengan ruang lingkup statutori dan prinsip-prinsip kehakiman dalam menjatuhkan hukuman menurut undang-undang (Rujuk kes: PP V. JAFA DAUD [1981] 1 LNS 28; TAN LAY CHEN V. PUBLIC PROSECUTOR [2000] 4 CLJ 492, [2001] 1 MLJ 135). S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg Kepentingan Tertuduh dan Kepentingan Awam 42. Mahkamah ini telah mengambilkira faktor kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh ini. (rujuk kes: PUBLIC PROSECUTOR V LOO CHOON FATT [1976] 2 MLJ 256)
43
Dalam mengambil kira kepentingan awam, Mahkamah juga mempunyai tanggungjawab untuk mengimbangi dengan kepentingan tertuduh. (rujuk kes: TAN SRI ABDUL RAHIM MOHD NOOR V. PP [2001] 4 CLJ 9; [2001] 1 MLJ 193).
44
Mahkamah ini berpendapat terdapat keadaan di mana kepentingan awam sendiri mewajarkan seseorang tertuduh itu tidak dimasukkan ke dalam penjara dalam tempoh yang panjang kerana ia akan membawa banyak keburukan daripada kebaikan.
45
Mahkamah ini turut merujuk kes MOHAMED JUSOH ABDULLAH & ANOR V. PP [1947] CLJU 73; [1947] 1 LNS 73; [1947] 1 MLJ 130 di ms. 131 yang menyatakan: mathematical formula. Many factors must be taken into account according to the circumstances of each individual case. In that respect we would draw attention to the matters which should be taken into account in fixing punishments as set out in Halsbury's Laws of England (Hailsham Edition) volume 9, para. 365: The court, in fixing the punishment for any particular crime, will take into consideration the nature of the offence, the circumstances in S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg which it was committed, the degree of deliberation shown by the offender, the provocation which he has received, if the crime is one of violence, the antecedents of the prisoner up to the time of
46
Justeru itu, Mahkamah ini telah menjalankan satu kaedah pengimbangan untuk memastikan keadilan dilaksanakan kepada mangsa/orang awam dan juga tertuduh di dalam menentukan hukuman yang berpadanan dengan kesalahan yang telah dilakukan.
47
Setelah sabitan dan hukuman dijatuhkan tertuduh juga berhadapan dengan tindakan tatatertib sebagai seorang penjawat awam dan berisiko untuk kehilangan kerja. Perkara ini secara tidak langsung memberi pengajaran dan peringatan yang tegas kepada masyarakat dan penjawat awam di luar sana agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Pesalah Kali Pertama 48. Mahkamah juga mengambilkira bahawa tertuduh merupakan pesalah kali pertama. (rujuk kes: PP V. JAFA BIN DAUD [1981] 1 MLJ 315; [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLRH 800).
49
Mahkamah ini juga berpandangan pesalah kali pertama hendaklah dihindarkan dari hukuman berbentuk pemenjaraan. S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg Hukuman yang Setimpal 50. Mahkamah juga telah mempertimbangkan pemberatan dari Pendakwaan di mana satu hukuman yang setimpal telah dimohon oleh pihak Pendakwaan. Hukuman setimpal telah di jelaskan secara terperinci didalam kes R v. lpeelee [2012] 1 SCR 433: st a sanction. First, the principles promotes justice for the victims and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, [Penekanan telah diberikan] S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg
51
Kesimpulanya, tertuduh telah gagal di atas imbangan kebarangkalian untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(k) ADB 1952 dan seterusnya gagal menimbulkan keraguan ke atas ke Pendakwaan. Hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh adalah memadai sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat diluar sana. Dapatan dan keputusan Mahkamah ni wajar dikekalkan sebagaimana alasan-alasan yang dinyatakan di atas. Disediakan oleh, MUHAMMAD FITRI BIN MOKHTAR MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KOTA TINGGI BERTARIKH: 31 DISEMBER 2024 TPR
2
FOO FANG LEONG TIMBALAN PENDAKWARAYA NEGERI JOHOR. PEGUAMBELA : LYDIANA BINTI MANSOR LYDIANA LAW CHAMBERS S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg UNDANG-UNDANG JENAYAH: Seksyen 15(1)(a) Seksye 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 ABSTRAK: Pemanggilan semula saksi yang telah memberi keterangan Pembelaan bersifat penafian dan pemikiran semula (afterthought) imbangan kebarangkalian bagi mematahkan anggapan kegagalan meletakkan pembelaan seawal mungkin semasa kes pendakwaan tugas Mahkamah di akhir kes pembelaan hukuman kepentingan awam dan kepentingan tertuduh pesalah kali pertama budibicara Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman hukuman yang setimpal. S/N o1lV0FLbK0iZg6353cuRtg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.