Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-61RS-5-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
WA-62RS-182-12/2023
Sessions Court of Malaysia4 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tatements have been taken is to prevent the defence from commenting upon the honesty of the prosecution and thus invoking the often-quoted presumption of adverse inference under section 114(g) of the Evidence Act. But where the prosecution evidence falls short of proving a prima facie case at the end of its case, the r”
“(iv) that he acted as in (E) voluntarily.” [35] Dengan merujuk kepada peruntukan seksyen 390 dan 391 Kanun Keseksaan, serta komentar dalam Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes: A Commentary on the Indian Penal Code, 1860 (Edisi ke-26, muka surat 2214), di samping buku teks bertajuk Pendakwaan Jenayah di Mahkamah Rendah”
“amount to two or more, every person so committing, attempting, or aiding, is said to commit “gangrobbery”. [33] Saya merujuk kepada buku teks Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes A Commentary on The The Indian Penal Code 1860 26th Edition di muka surat 2205, pengarang menjelaskan seperti berikut: “Robbery is a special”
“ng dengan OKT-OKT dalam kejadian ini dan kedudukannya adalah sebagai seorang “accomplice”. [46] Untuk memutuskan permohonan di bawah Seksyen 32 ini, saya merujuk kepada kes Ganesh Arunasalam lwn. PP [2017] CLJU 1279 sebagai panduan. Dalam kes tersebut, OKT telah merayu terhadap sabitan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta D”
“di undang-undang mantap keterangan daripada percakapan tersebut, tanpa saksi disoalbalas tidak membawa nilai probatif.” [47] Saya juga merujuk kepada kes PP lwn. Mohd Nor Shabani Sheriff & Satu Lagi [2017] CLJU 2169. Dalam kes tersebut, pihak Pendakwaan telah membuat permohonan di bawah Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan”
“g (muka surat 540), maka dapatlah dirumuskan bahawa intipati kesalahan rompakan di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut (rujuk juga kes Mohd Idris Mohd Shafiai & Satu Lagi lwn. PP [2024] CLJU 280):”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-61RS-5-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
MUHAMAD HAFFIZ BIN MOHD RADZI
2
MOHD FAHMEE BIN MOHAMAD NOR (NO. K/P: 821014-14-5947) DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO: WA-62RS-182-12/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN AZWAN BIN ASLI (NO. K/P: 851212-12-5311) ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Dalam kes WA-61RS-5-12/2023, Muhamad Haffiz bin Mohd Radzi (selepas ini dirujuk sebagai “OKT-1”) dan Mohd Fahmee bin Mohamad Nor (selepas ini dirujuk sebagai “OKT-2”) telah didakwa dengan pertuduhan seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 10.12.2021 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di 42-05 Ritz Carlton Residence, Jalan Ampang dalam Daerah Dang Wangi, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan rompak berkumpulan ke atas harta kepunyaan Kun Gao, Nombor Pasport: EA 5932678 dengan merompak iaitu wang tunai RM 952,690, Yuan 1225 satu bagasi warna silver dan satu beg jenama “LV” warna hitam. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan.” [2] Sementara itu, dalam kes WA-62RS-182-12/2023, Azwan Bin Asli (selepas ini dirujuk sebagai "OKT-3") telah didakwa dengan pertuduhan berikut: “Bahawa kamu bersama-sama dengan yang lain pada 10.12.2021 jam lebih kurang 12.00 tengah hari bertempat di 42-05 Ritz Carlton Residence, Jalan Ampang dalam Daerah Dang Wangi, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan rompak berkumpulan ke atas harta kepunyaan Kun Gao, Nombor Pasport: EA 5932678 dengan merompak iaitu wang tunai RM 952,690, Yuan 1225 satu bagasi warna silver dan satu beg jenama “LV” warna hitam. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan.” [3] OKT-OKT telah dituduh di Mahkamah ini pada 13.12.2023. OKT-OKT mengaku tidak bersalah atas pertuduhan masing-masing dan memohon dibicarakan. Pihak Pendakwaan kemudiannya memanggil seramai tujuh belas (17) orang saksi bagi membuktikan kes pendakwaan. FAKTA KES [4] Pada tarikh yang dinyatakan di dalam pertuduhan, iaitu 10.12.2021, OKT-1, OKT-2 dan OKT-3 masing-masing merupakan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, ketiga-tiga OKT bertugas di SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya. [5] Pengadu dalam kes ini ialah Kun Gao (SP-1), seorang warganegara China. SP-1 telah menetap di Malaysia sejak Disember 2017 dan memegang visa Malaysia My Second Home (MM2H). SP-1 tinggal di Malaysia bersama dengan isterinya dan seorang anak perempuan. SP-1 menetap di sebuah unit kondominium yang beralamat di 42-05, Ritz-Carlton Residence, Jalan Ampang, Kuala Lumpur (“unit tersebut”). [6] Pada 10.12.2021, kira-kira jam 11.00 pagi, SP-1 telah menjemput anaknya, rakan anaknya bernama Mimi serta guru anaknya, Sivamalai a/p Ramasamy, di Sekolah Garden International, Mont Kiara. SP-1 bersama mereka tiba di lobi Ritz-Carlton Residence pada kira-kira jam 12.00 tengah hari. Selepas itu, mereka menaiki lif dan SP-1 menyedari kehadiran dua orang lelaki yang turut berada di dalam lif tersebut. [7] Sebaik tiba di tingkat 42, SP-1 terus keluar dari lif dan membuka pintu unit tersebut. Ketika SP-1 bersama anaknya, Mimi, dan Sivamalai memasuki unit tersebut, secara tiba-tiba dua orang lelaki yang turut berada di dalam lif tadi telah menyerbu masuk ke rumah SP-1 serta memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa SPRM. Kedua-dua lelaki tersebut telah dicam oleh SP-1 sebagai OKT-2 dan OKT-3. [8] Ketika OKT-2 dan OKT-3 memasuki unit berkenaan, isteri SP-1, kakak ipar SP-1, dan rakan SP-1 bernama Zhang Chengqi berada di dalam unit tersebut. Selepas itu, OKT-2 dan OKT-3 telah menjelaskan kepada SP-1 bahawa tujuan kedatangan mereka adalah untuk melaksanakan penggeledahan di rumah SP-1 bagi mendapatkan bahan bukti yang berkaitan dengan siasatan penggubahan wang haram terhadap SP-1. [9] SP-1 dan semua penghuni unit tersebut telah diarahkan supaya berkumpul dan duduk di ruang tamu. Selepas itu, OKT-2 dan OKT-3 telah merampas telefon bimbit, pasport milik SP-1, pasport isteri SP-1, pasport anak SP-1 serta pasport pembantu rumah. Selepas itu, SP-1 telah diarahkan turun semula ke lobi bersama OKT-3 untuk membawa naik seorang lagi pegawai penguat kuasa SPRM yang kemudiannya dicam oleh SP-1 sebagai OKT-1. [10] Setelah OKT-1 dan OKT-3 bersama-sama dengan SP-1 memasuki unit tersebut, OKT-1 terus menuju ke bilik utama dan memanggil SP-1. Di dalam bilik tersebut, OKT-1 meminta SP-1 membuka kunci peti besi milik SP-1. Walaupun SP-1 menyatakan bahawa beliau tidak mengingati kata laluan peti besi itu, OKT-1 tetap berkeras supaya SP-1 membukanya. SP- 1 kemudian berpura-pura memasukkan kata laluan yang salah sehingga peti besi tersebut gagal dibuka. Tindakan itu menyebabkan OKT-1 kelihatan marah, lalu menunjukkan gari kepada SP-1 seolah-olah ingin menakut-nakutkan dan menggarinya. Namun demikian, SP-1 telah menghulurkan tangannya secara sukarela untuk digari, tetapi OKT-1 akhirnya menyimpan semula gari tersebut dan SP-1 kemudiannya diminta bertenang. [11] Selepas itu, OKT-OKT telah melakukan penggeledahan dan mengambil sebuah beg bagasi berwarna perak (ekshibit P7) yang berisi wang tunai dalam wang kertas RM100 dengan anggaran berjumlah RM700,000.00. OKT-OKT turut mengambil sebuah beg berwarna hitam jenama Louis Vuitton (ekshibit P9) dan memasukkan ke dalamnya pasport-pasport, telefon bimbit serta wang tunai dengan anggaran berjumlah RM50,000.00. [12] OKT-OKT kemudiannya membawa keluar beg-beg berisi wang tunai dari unit tersebut dan mengarahkan SP-1 untuk membawanya turun ke lobi sehingga ke kenderaan mereka, iaitu sebuah Toyota Hilux bernombor pendaftaran RAK 811 berwarna perak. Beg-beg berkenaan telah diambil oleh OKT-OKT dan dimasukkan ke dalam kenderaan tersebut yang berada di kawasan lobi Ritz-Carlton Residence. Semasa berada di lobi, OKT-2 telah menyerahkan semula telefon bimbit milik SP- 1 serta memberikan nombor telefon peribadinya (017-8860910) dengan menyatakan bahawa beliau akan menghubungi SP-1 semula. [13] Lanjutan daripada insiden tersebut, pada 10.12.2021 kira-kira jam 3.51 petang, SP-1 telah membuat laporan polis (ekshibit P1) di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung kejadian rompakan melibatkan wang tunai dianggarkan antara RM600,000.00 hingga RM700,000.00. [14] Pada 11.12.2021, OKT-1 telah ditahan oleh ASP Muniswaran a/l Rajendran (SP-13) di perkarangan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. SP-13 kemudian membawa OKT-1 ke kediamannya, namun tiada sebarang rampasan dilakukan. Pemeriksaan turut dijalankan oleh SP-13 di pejabat OKT-1. Setelah itu, OKT-1 telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut. . [15] Pada 13.12.2021, lebih kurang jam 9.30 malam, SP-13 bersama sepasukan anggota polis telah menjalankan siasatan lanjut di kawasan sebuah pangsapuri di Beranang, Selangor, dan telah menjumpai sebuah kereta jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran RAK 811. Kenderaan tersebut kemudiannya telah dirampas oleh pihak polis. [16] Pada 15.12.2021, OKT-2 telah ditahan di perkarangan IPD Putrajaya oleh Inspektor Mohamad Syaifuddin bin Johari (SP-11). SP-11 turut merampas beberapa barang kes, iaitu telefon bimbit OKT-2, pemegang kad (card holder) dan kad kuasa OKT-2. Selepas itu, SP-11 telah membuat laporan polis berkaitan tangkapan dan rampasan tersebut (ekshibit P148). [17] Pada 15.12.2021, kira-kira jam 11.30 malam, OKT-3 telah ditahan oleh Inspektor Afrizal Aizat bin Md Ariff (SP-6) di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Presint 7, Putrajaya. SP-6 turut merampas kad kuasa dan kereta jenama Perodua Myvi milik OKT-3. Laporan polis berhubung tangkapan dan rampasan tersebut juga telah dibuat oleh SP-6 (ekshibit P129). [18] Pada 17.12.2021, SP-13 telah menjalankan serbuan di sebuah unit apartmen beralamat di 0-1-24, Persiaran Tasik Kesuma, Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor Darul Ehsan. Hasil pemeriksaan di rumah tersebut, SP-13 telah menjumpai satu kunci berwarna hitam bertulis “Hilux”. Pemeriksaan lanjut di bilik kedua menemukan satu beg bagasi berwarna perak (ekshibit P7) dan satu beg bagasi berwarna hitam berjenama Louis Vuitton (ekshibit P9). [19] Pada 18.12.2021, kira-kira jam 11.00 malam, ASP Rosnani binti Ramli (SP-15) bersama pasukannya berada di Tingkat 10, Pejabat Siasatan Jenayah, IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Pada ketika itu, seorang lelaki bernama Sofan Harizal bin Mohd Yusup telah hadir dan menyerahkan sebuah beg pakaian berwarna biru hitam, dua telefon bimbit jenama Vivo serta sebuah telefon bimbit jenama Samsung. Pemeriksaan terhadap beg pakaian tersebut menemui satu bungkusan plastik berwarna hitam yang mengandungi sejumlah wang tunai yang diikat dengan getah. Jumlah wang tunai tersebut dianggarkan ketika itu sebanyak RM900,000.00. Susulan penemuan itu, SP-15 telah menahan Sofan Harizal sebagai suspek serta merampas wang tunai berkenaan bersama barang-barang kes yang lain. SP-15 seterusnya membuat satu laporan polis berkaitan dengan tangkapan dan rampasan tersebut (ekshibit P210). [20] Pada 20.12.2021, kira-kira jam 6.00 petang, SP-15 bersama pegawai penyiasat, ACP Junainah binti M Kasbollah (SP-17) telah membuat pengiraan semula wang yang dirampas daripada Sofan Harizal dengan menggunakan mesin pengira wang. Jumlah keseluruhan wang yang dikira adalah RM952,690.00 dan 1,225 Yuan. Laporan polis berhubung pengiraan wang tunai tersebut juga telah dibuat oleh SP-15 (ekshibit P212). Selepas itu, SP-17 telah menghantar sampel wang berkaitan ke Bank Negara bagi semakan ketulenan wang tersebut. [21] Pejabat Timbalan Pendakwa Raya telah mengeluarkan arahan untuk menuduh OKT-1, OKT-2 dan OKT-3 di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Ketiga-tiga OKT telah dituduh di Mahkamah ini pada 13.12.2023, iaitu kira-kira dua tahun selepas kejadian yang dikaitkan dengan pertuduhan ini berlaku. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG - KES PRIMA FACIE [22] Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa pada akhir kes Pendakwaan, saya hendaklah menilai secara maksimum keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan dan menentukan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT-OKT sebelum mereka dipanggil membela diri. [23] Bahagian XX Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”) menjelaskan prosedur berkaitan perbicaraan dan juga menerangkan apakah maksud prima facie. Seksyen 180 KTJ menerangkan berkaitan beban pembuktian yang perlu dipenuhi oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan. [24] Penjelasan mengenai kes Prima Facie dinyatakan di bawah Seksyen 180 (4) Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan: "suatu kes prima facie adalah dibuat terhadap OKT di mana pendakwa telah mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu faktor kesalahan yang jika tidak di jawab atau di terangkan akan mewajarkan satu sabitan ". [25] Mahkamah Rayuan di dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 1 CLJ 734 telah menjelaskan mengenai maksud prima facie seperti yang berikut: "It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silence, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal." [26] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 85 menyatakan maksud prima facie adalah seperti yang berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal.” [27] Saya seterusnya merujuk kepada peruntukan di bawah Seksyen 173 (h) (iii) KTJ yang menyatakan seperti yang berikut:
III
(iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction; [28] Merujuk kes Balachandran v. Public Prosecutor (supra), Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa “In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.". Maka, untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT atau tidak, saya akan merujuk kepada elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. INTIPATI PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 395 KANUN KESEKSAAN [29] OKT-1, OKT-2 dan OKT-3 telah dituduh dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan. Seksyen 395 Kanun Keseksaan memperuntukkan seperti yang berikut: “Section 395. Punishment for gang-robbery. Whoever commits gang-robbery shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to whipping”. [30] Peruntukan berkenaan jenayah rompak di bawah Seksyen 390 Kanun Keseksaan dan juga rompak berkumpulan di bawah Seksyen 391 Kanun Keseksaan perlu dirujuk untuk membuktikan pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. [31] Seksyen 390 Kanun Keseksaan menjelaskan maksud “rompak” sebagaimana yang berikut: Robbery 390.
1
In all robbery there is either theft or extortion.
2
Theft is “robbery”, if, in order to commit theft, or in committing the theft, or in carrying away or attempting to carry away property obtained by the theft, the offender, for that end, voluntarily causes or attempts to cause to any person death, or hurt, or wrongful restraint, or fear of instant death, or of instant hurt, or of instant wrongful restraint.
3
Extortion is “robbery”, if the offender, at the time of committing the extortion, is in the presence of the person put in fear and commits the extortion by putting that person in fear of instant death, of instant hurt, or of instant wrongful restraint to that person or to some other person, and, by so putting in fear, induces the person so put in fear then and there to deliver up the thing extorted [32] Seksyen 391 Kanun Keseksaan mendefinisikan rompak berkumpulan sebagaimana berikut:
391
Gang-robbery When two or more persons conjointly commit or attempt to commit a robbery, or where the whole number of persons conjointly committing or attempting to commit a robbery, and of persons present and aiding such commission or attempt, amount to two or more, every person so committing, attempting, or aiding, is said to commit “gangrobbery”. [33] Saya merujuk kepada buku teks Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes A Commentary on The The Indian Penal Code 1860 26th Edition di muka surat 2205, pengarang menjelaskan seperti berikut: “Robbery is a special and aggravated form of either theft or extortion. Robbery means a felonious taking from the person of another or in his presence against his will, by violence or putting in him fear. The chief distinguishing element in robbery is the presence of imminent fear of violence.” [34] Saya juga merujuk muka surat 2214 buku yang sama, Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes A Commentary on The Indian Penal Code 1860 26th Edition yang menjelaskan tentang elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan bagi kesalahan merompak adalah dinyatakan seperti berikut:
2
"PRACTICE Evidence-The prosecution must prove
i
that the accused committed theft (vide section 379 for the points to be proved);
II
(ii) that he caused or attempted to cause to some person (a) death, hurt or wrongful restraint; or (b) fear of instant death, or of instant hurt, or of instant wrongful;
III
(iii) that he did as above (a) in committing such theft; or (b) in order to commit such theft, or (c) in carrying away, or attempting to carry away, the property obtained by such theft;
IV
(iv) that he acted as in (E) voluntarily.” [35] Dengan merujuk kepada peruntukan seksyen 390 dan 391 Kanun Keseksaan, serta komentar dalam Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes: A Commentary on the Indian Penal Code, 1860 (Edisi ke-26, muka surat 2214), di samping buku teks bertajuk Pendakwaan Jenayah di Mahkamah Rendah, Edisi Kedua oleh Teo Say Eng (muka surat 540), maka dapatlah dirumuskan bahawa intipati kesalahan rompakan di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut (rujuk juga kes Mohd Idris Mohd Shafiai & Satu Lagi lwn. PP [2024] CLJU 280):
a
Bahawa OKT-OKT telah melakukan rompak atau telah cuba melakukan rompak
b
Jumlah orang yang bersama-sama melakukan rompak atau telah cuba melakukan rompak tersebut hendaklah sekurang-kurangnya 2 orang ANALISIS DAN DAPATAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [36] Sebelum menimbang keseluruhan keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah bagi memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie, saya terlebih dahulu perlu menangani isu berhubung penerimaan ID-223 sebagai keterangan. Sama ada Pernyataan Sofan Harizal bin Mohd Yusuf di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah (ID-223) boleh diterima masuk sebagai keterangan di bawah seksyen 32(1) Akta Keterangan 1950 [37] Sofan Harizal Bin Mohd Yusuf (Sofan Harizal) merupakan individu yang telah menyerahkan sebuah beg pakaian berisi wang tunai berjumlah RM952,690.00 dan 1,225 Yuan kepada SP-15. Susulan itu, SP-15 telah menahan Sofan Harizal kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian wang tunai tersebut. Walau bagaimanapun, Sofan Harizal kemudiannya dilepaskan dan dijadikan saksi pendakwaan. [38] Pada tarikh perbicaraan 16.04.2025, saya telah merekodkan kehadiran Sofan Harizal sebagai saksi. Walau bagaimanapun, beliau tidak sempat memberikan keterangan kerana saksi-saksi keutamaan lain dipanggil terlebih dahulu. Saya kemudiannya telah menetapkan beberapa tarikh perbicaraan lanjut, iaitu pada 22.04.2025, 23.04.2025,
25
25.04.2025, 25.06.2025 dan 26.06.2025, bagi membolehkan beliau memberikan keterangan. Namun, beliau tetap gagal hadir pada tarikh-tarikh tersebut. [39] Tarikh 26.06.2025 merupakan tarikh akhir perbicaraan bagi kes pendakwaan. Pada tarikh tersebut, saksi terakhir pendakwaan, iaitu pegawai penyiasat (SP-17), telah selesai memberikan keterangan. Namun demikian, pihak Pendakwaan masih gagal mengesan dan membawa Sofan Harizal untuk memberi keterangan. Pihak Pendakwaan kemudiannya memohon satu peluang terakhir untuk mengesan beliau. Setelah menimbangkan permohonan tersebut, saya membenarkannya dan menetapkan 14.07.2025 sebagai tarikh akhir perbicaraan bagi kehadiran saksi Sofan Harizal. [40] Pada tarikh perbicaraan 14.07.2025, Sofan Harizal masih gagal hadir di Mahkamah ini walaupun sapina telah berjaya diserahkan kepadanya. Atas permohonan pihak Pendakwaan, Mahkamah telah mengeluarkan Waran Tangkap terhadap beliau, meskipun dibantah oleh pihak Pembelaan. Saya kemudiannya memberikan peluang terakhir kepada pihak Pendakwaan untuk menguatkuasakan Waran Tangkap tersebut dan mengemukakan Sofan Harizal pada 16.07.2025. [41] Pada tarikh 16.07.2025, pihak Pendakwaan telah memaklumkan bahawa Sofan Harizal masih gagal dikesan dan seterusnya memohon lanjutan masa untuk menangkap serta mengemukakannya ke Mahkamah. Namun, permohonan tersebut telah saya tolak memandangkan tarikh-tarikh perbicaraan khusus bagi kehadiran Sofan Harizal telah pun diberikan dengan secukupnya, dan pihak Pendakwaan masih gagal mengemukakannya. [42] Setelah permohonan lanjutan ditolak, pihak Pendakwaan memohon kepada Mahkamah agar membenarkan penggunaan penyataan Sofan Harizal yang dirakam di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah, dirujuk sebagai ID-223, sebagai keterangan, berlandaskan peruntukan Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950. Permohonan itu dikemukakan atas alasan ‘whose attendance cannot be procured without an amount of delay or expense’. Pihak Pembelaan telah mengemukakan bantahan terhadap permohonan tersebut. Saya kini perlu menilai kebolehterimaan ID-223 dengan rujukan kepada peruntukan undang-undang yang relevan serta otoriti yang berkaitan. [43] Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 memperuntukan seperti berikut: “(1) Statements, written or verbal, of relevant facts made by a person who is dead or who cannot be found, or who has become incapable of giving evidence, or whose attendance cannot be procured without an amount of delay or expense which under the circumstances of the case appears to the court unreasonable, are themselves relevant facts in the following cases:
a
...
b
...
c
...
d
...
e
...
f
...
g
...
h
...
i
when the statement was made in the course of, or for the purposes of, an investigation or inquiry into an offence under or by virtue of any written law; and
j
...” [44] Aplikasi Seksyen 32 Akta Keterangan 1950 merupakan satu pengecualian kepada kaedah umum larangan keterangan dengar cakap. Pengecualian ini hanya terpakai sekiranya pra-syarat yang ditetapkan di bawah subseksyen berkenaan dipenuhi, iaitu apabila pembuat kenyataan telah meninggal dunia, tidak dapat dijumpai, berada dalam keadaan yang menjadikannya tidak berupaya memberikan keterangan, atau kehadirannya tidak dapat diperoleh tanpa menyebabkan kelewatan yang tidak munasabah atau perbelanjaan yang besar. [45] Sofan Harizal telah ditahan oleh SP-15 sebagai suspek dalam kes ini. Peranan beliau adalah signifikan dan diperincikan dalam ID-223. Berdasarkan ID-223, Sofan Harizal berada bersama OKT-OKT di dalam kereta Toyota Hilux bernombor pendaftaran RAK 811 pada hari kejadian. Beliau juga mendakwa telah menyimpan wang tunai yang dirampas oleh OKT-OKT daripada SP-1, sebelum menyerahkannya kepada SP-15. Walaupun ditangkap, Sofan Harizal kemudiannya dilepaskan untuk dijadikan saksi pendakwaan. Daripada keterangan tersebut, adalah jelas bahawa Sofan Harizal terlibat secara langsung dengan OKT-OKT dalam kejadian ini dan kedudukannya adalah sebagai seorang “accomplice”. [46] Untuk memutuskan permohonan di bawah Seksyen 32 ini, saya merujuk kepada kes Ganesh Arunasalam lwn. PP [2017] CLJU 1279 sebagai panduan. Dalam kes tersebut, OKT telah merayu terhadap sabitan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman mati mandatori di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Fakta kes menunjukkan bahawa OKT telah ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta bersama seorang penumpang hadapan bernama Abdul Rashid bin Abdul Rahman (Rashid). Rashid dibebaskan untuk dijadikan saksi Pendakwaan, namun kemudiannya gagal dikesan. Percakapan Rashid di bawah seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah telah diterima masuk sebagai eksibit P42 oleh Hakim Mahkamah Tinggi (HMT). Walau bagaimanapun, di peringkat rayuan, Mahkamah Rayuan telah mengakas keputusan HMT tersebut dan menjelaskan seperti berikut: “[15] Seterusnya Hakim bicara jelas telah terkhilaf apabila menerima fakta daripada Percakapan Saksi "Rashid" di bawah seksyen 112 Kanun Acara Jenayah untuk menolak kemungkinan penglibatan Rashid. Adalah menjadi undang-undang mantap keterangan daripada percakapan tersebut, tanpa saksi disoalbalas tidak membawa nilai probatif.” [47] Saya juga merujuk kepada kes PP lwn. Mohd Nor Shabani Sheriff & Satu Lagi [2017] CLJU 2169. Dalam kes tersebut, pihak Pendakwaan telah membuat permohonan di bawah Seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 melalui keterangan Inspektor Tharumaseelan untuk mengemukakan kenyataan beramaran Raimi bin Kathiman (si mati), yang telah meninggal dunia sebelum perbicaraan bermula. Berpandukan kepada keputusan dalam kes Ganesh a/l Arunasalam lwn. Pendakwa Raya (supra), Mahkamah telah menolak permohonan tersebut memandangkan Raimi merupakan ‘accomplice’ kepada OKT Mohd Nor Shabani dalam kes tersebut. Mahkamah menegaskan seperti berikut: “Adalah menjadi undang-undang mantap keterangan daripada percakapan tersebut, tanpa saksi disoalbalas tidak membawa nilai probatif.” [48] Memandangkan terdapat keterangan yang menunjukkan Sofan Harizal terlibat secara langsung dengan OKT-OKT dalam insiden seperti yang dipertuduhkan dan kedudukannya adalah sebagai seorang ‘accomplice’, maka berdasarkan panduan dan prinsip yang digariskan dalam kes PP lwn. Mohd Nor Shabani Sheriff & Satu Lagi (supra) serta Ganesh a/l Arunasalam lwn. Pendakwa Raya (supra), saya menolak permohonan pihak Pendakwaan untuk mengemukakan ID-223 sebagai keterangan di bawah subseksyen 32(1) Akta Keterangan 1950. Adalah prinsip undang-undang yang kukuh bahawa keterangan daripada ID-223 tersebut, tanpa peluang untuk Sofan Harizal disoal balas oleh pihak Pembelaan, tidak membawa sebarang nilai probatif yang boleh menyokong kes Pendakwaan. Dapatan Mahkamah di Akhir Kes Pendakwaan Intipati Pertama: (a) Bahawa OKT-OKT telah melakukan rompak atau telah cuba melakukan rompak [49] Untuk memutuskan pembuktian intipati pertama ini, pertama sekali saya perlu membuat dapatan mengenai penglibatan OKT-OKT dalam jenayah yang dipertuduhkan serta pengecaman saksi-saksi ke atas mereka. Berdasarkan keterangan SP-1, adalah jelas bahawa OKT-1, OKT-2 dan OKT-3 telah memasuki rumah SP-1 pada 10.12.2021 dan mengambil dua buah beg bagasi berisi wang tunai. Pengecaman ke atas ketiga-tiga OKT di dalam Mahkamah telah dibuat secara positif oleh SP- 1, dan kualiti pengecaman tersebut adalah kukuh serta tiada alasan untuk Mahkamah mempertikaikannya. Prinsip undang-undang yang mantap menetapkan bahawa keterangan substantif adalah pengecaman saksi di dalam Mahkamah terhadap OKT sebagai orang yang didakwa melakukan kesalahan semasa perbicaraan. Prinsip ini telah diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Suthakar Sivakumar lwn. PP & Rayuan Yang Lain [2024] 10 CLJ 3350: “[57] Berkenaan isu ini, kami bersetuju dengan MT dan MR bahawa kawad cam hanyalah bersifat sebagai keterangan sokongan (corroborative evidence) dan keterangan substantif ialah pengecaman di dalam mahkamah.” [50] Saya juga mendapati bahawa wujud keterangan sokongan melalui saksi awam iaitu Mohd Ekhwan bin Abdullah (SP-4) dan Ammar Raziq bin Abd Rahman @ Ragam (SP-5), yang telah melihat tindakan OKT-1, OKT-2 dan OKT-3 ketika mereka berada di lobi tempat kejadian bersama-sama dengan SP-1. Selain itu, hasil siasatan pihak polis yang disokong oleh rakaman Closed-Circuit Television atau Televisyen Litar Tertutup (CCTV), ekshibit P139, jelas menunjukkan bahawa ketiga-tiga OKT telah pergi ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah Toyota Hilux berwarna perak bernombor pendaftaran RAK 811 (ekshibit P125[1]-[29]). Oleh itu, saya mendapati SP-1 dapat mengecam OKT-1, OKT-2, OKT-3 secara positif, dan keterangan beliau telah diperkukuhkan oleh bukti-bukti sokongan yang relevan. [51] Setelah saya memutuskan bahawa pengecaman SP-1 terhadap OKT-1, OKT-2 dan OKT-3 adalah positif, saya perlu seterusnya menganalisis perbuatan yang telah dilakukan oleh mereka, dan sama ada perbuatan tersebut terjumlah kepada kesalahan rompakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang. [52] Dalam kes ini, SP-1 selaku pengadu telah memberi keterangan bahawa OKT-OKT telah merompak wang tunai berjumlah RM952,690 dan 1,225 Yuan China, serta dua (2) buah beg iaitu satu bagasi berwarna perak tanpa jenama (P7) dan satu lagi bagasi berwarna hitam berjenama Louis Vuitton ‘LV’ (P9), semasa mereka berada di rumahnya. Merujuk kepada seksyen 390 Kanun Keseksaan, Pihak Pendakwaan bertanggungjawab membuktikan sama ada rompakan berkumpulan seperti yang dipertuduhkan itu dilakukan melalui perbuatan mencuri atau melalui perbuatan memeras. Hujahan Pihak Pendakwaan [53] Pihak Pendakwaan menghujahkan bahawa OKT-1, OKT-2 dan OKT-3 telah mengambil harta alih yang dinyatakan di dalam pertuduhan melalui perbuatan mencuri daripada milikan SP-1. Tindakan tersebut memenuhi elemen kesalahan mencuri yang terjumlah kepada rompakan sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang. Keterangan sepanjang perbicaraan menunjukkan bahawa beberapa tindakan telah dilakukan oleh OKT-OKT. Antara tindakan yang terbukti adalah seperti berikut:
i
ketiga-tiga OKT telah memasuki bilik utama SP-1 dan mengambil beg ekshibit P7 dan P9;
II
(ii) wujud komunikasi antara SP-1 dan OKT-OKT di mana SP-1 telah diarahkan untuk menunjukkan wang;
III
(iii) tindakan menarik keluar beg daripada rumah SP-1, diikuti arahan kepada SP-1 untuk menolak beg ekshibit P7 dan P9 ke arah lobi;
IV
(iv) ketiga-tiga OKT telah mengambil beg ekshibit P7 dan P9 beserta kandungannya daripada SP-1 ketika berada di lobi; dan:
v
beg ekshibit P7 dan P9 telah dimasukkan ke dalam kereta Toyota Hilux bernombor pendaftaran RAK 811 sebelum ketiga-tiga OKT meninggalkan lobi tempat kejadian. [54] Berdasarkan tindakan-tindakan tersebut, Pihak Pendakwaan berhujah bahawa OKT-1, OKT-2 dan OKT-3 telah melakukan perbuatan mencuri yang terjumlah kepada kesalahan merompak apabila mereka dengan tidak jujur telah mengalihkan harta milik SP-1. [55] Pihak Pendakwaan selanjutnya berhujah bahawa OKT-OKT telah menyebabkan SP-1 berasa terancam. Menurut keterangan SP-1, OKT-1 telah menunjukkan gari dengan tujuan mengancam untuk menahannya. Berdasarkan laporan polis yang dibuatnya (Ekshibit P1), SP-1 menyatakan bahawa akibat perasaan takut tersebut, beliau telah membenarkan rumahnya digeledah dan hanya mampu melihat tanpa upaya ketika OKT-OKT mengambil beg-beg berisi wang tunai tersebut. Sehubungan itu, Pihak Pendakwaan berhujah bahawa berdasarkan fakta-fakta berkenaan, kesalahan merompak telah berjaya dibuktikan. [56] Pihak Pendakwaan juga berhujah bahawa tindakan OKT-1, OKT- 2 dan OKT-3 adalah di luar tugasan rasmi mereka kerana arahan operasi tidak melalui pegawai penyelia mereka, Syed Mohd Termizi bin Syed Musa (SP-12) yang bertugas sebagai Ketua Cawangan F SPRM. Keterangan SP-12 menyatakan sebarang arahan antara pegawai cawangan mesti dimaklumkan dan mendapat kebenaran daripada beliau. Tambahan pula, kegagalan memanggil Timbalan Pengarah Sektor Swasta SPRM ketika itu, Tuan Mohd Norhaizam bin Muhammad (Tuan Buyau) yang dikatakan memberikan arahan kepada OKT-1, tidak menjejaskan kes, kerana beliau bukan saksi material yang diperlukan bagi membentuk naratif utama pendakwaan. Hujahan Pihak Pembelaan [57] Pihak Pembelaan pula menghujahkan bahawa kedua-dua takrifan perbuatan mencuri atau memeras hendaklah dibaca bersama-sama dengan Seksyen 390 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan bahawa elemen mendatangkan ketakutan yang boleh menyebabkan kematian, kecederaan atau halangan salah mestilah dibuktikan agar perbuatan OKT-OKT boleh dikategorikan sebagai kesalahan rompakan. [58] Pihak Pembelaan selanjutnya menghujahkan bahawa pertuduhan rompakan berkumpulan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan tidak pernah berlaku dalam kes ini. Hujah tersebut didasarkan kepada beberapa fakta dan keterangan yang timbul sepanjang perbicaraan. [59] Pertama, menurut laporan polis P1, pengadu (SP-1) sendiri mengakui bahawa tiga (3) lelaki yang hadir di rumahnya pada hari kejadian telah memperkenalkan diri sebagai pegawai-pegawai SPRM, dan menyatakan tujuan kedatangan mereka adalah untuk menjalankan siasatan berhubung pengubahan wang haram yang melibatkan SP-1. Malah, maklumat mengenai SP-1 dan isterinya, Qing Li, adalah berasaskan dokumen yang diperoleh oleh OKT-1 dalam bentuk sehelai kertas A4 bertajuk “Laporan Aktiviti Scammer dan Pengubahan Wang Haram” (gambar kertas A4 tersebut ditandakan sebagai ekshibit P144(17)). Dokumen ini kemudian telah dirampas oleh pihak polis melalui ASP Zulkefley bin Zainuddin pada 18.12.2021, sebagaimana direkodkan dalam laporan polis Batu 9 Cheras/016082/21 (D219) serta Borang Rampasan (D220). Namun, kertas A4 tersebut gagal dikemukakan oleh pihak pendakwaan kepada Mahkamah. [60] Kedua, pihak Pembelaan berhujah bahawa Mohd Norhaizam @ Buyau adalah saksi material kerana beliau yang mengarahkan OKT-1 untuk ke kediaman SP-1 berdasarkan maklumat dalam P144(17). Nama beliau turut tersenarai dalam senarai saksi material seperti yang disahkan oleh Pegawai Penyiasat, ACP Junainah binti M Kasbollah (SP- 17). Namun, beliau tidak dipanggil memberi keterangan dan rakaman percakapannya tidak diambil. Kegagalan ini menimbulkan ketidakadilan kepada OKT-OKT dan keterangan yang menyokong versi mereka sepatutnya diterima oleh Mahkamah. [61] Lanjutan daripada isu kertas A4 tersebut serta isu saksi material Mohd Norhaizam @ Buyau, pihak Pembelaan berhujah bahawa kegagalan pihak Pendakwaan mengemukakan dokumen asal kertas A4 yang ditunjukkan dalam gambar P144(17), serta kegagalan memanggil Mohd Norhaizam bin Muhammad (Tuan Buyau) untuk memberi keterangan, telah menimbulkan anggapan yang wajar di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Hal ini kerana laporan dalam kertas A4 tersebut mengandungi maklumat yang menjadi asas kepada versi pembelaan OKT-OKT dan boleh membantu Mahkamah dalam membuat penilaian yang menyeluruh. Manakala kegagalan memanggil Tuan Buyau pula boleh menimbulkan anggapan bahawa keterangan beliau, sekiranya dikemukakan, berkemungkinan menyebelahi pembelaan OKT-OKT. [62] Ketiga, identiti OKT-1 tidak pernah disembunyikan. Malah, kemasukan OKT-1 ke premis Ritz Carlton Residence pada hari kejadian dibuat secara terbuka dengan mengimbas aplikasi MySejahtera serta menjalani pemeriksaan suhu badan di pintu masuk. Sepanjang berada di lokasi, OKT-1 juga tidak berusaha menutup identitinya, bahkan membuka topi serta pelitup muka yang dipakai. Begitu juga dengan OKT- 2 dan OKT-3 yang tidak pernah menyembunyikan identiti mereka sebagai pegawai SPRM. Menurut Pembelaan, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kehadiran OKT-OKT ke premis berkenaan tidak mempunyai ciri-ciri perbuatan rompakan yang biasanya dilakukan secara tersembunyi, berselindung atau penuh tipu muslihat [63] Keempat, walaupun SP-1 ada menyatakan bahawa salah seorang OKT menunjukkan gari kepadanya, tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa gari tersebut digunakan terhadap sesiapa. Tambahan pula, keterangan SP-1 dan fakta kes menunjukkan bahawa peti simpanan besi yang mengandungi wang tunai berjumlah lebih kurang USD10,000 tidak pernah dibuka, walaupun berada dalam bilik tidur SP-1. Begitu juga, pelbagai jam tangan mewah yang ada di dalam rumah serta barang kemas yang dipakai oleh isteri SP-1 pada masa kejadian tidak pernah diambil oleh mana-mana OKT. [64] Kelima, keterangan SP-1 juga menunjukkan bahawa beliau dan penghuni unit tersebut tidak pernah dihalang keluar dari rumah, sebaliknya hanya diarahkan berkumpul di ruang tamu untuk tujuan memberi kerjasama. Malah, pada perenggan 18 dan 19 penyata saksinya (PS-SP1), SP-1 sendiri menyatakan bahawa beliau membawa OKT-3 turun ke lobi untuk membawa OKT-1 naik semula ke unit tersebut. Tambahan lagi, SP-1 sendiri yang menolak dan membawa bagasi berwarna perak (P7) dan hitam (P9) turun ke lobi. [65] Sepanjang pergerakan tersebut, tiada aduan dibuat kepada pihak pengurusan Ritz Carlton Residence walaupun SP-1 berpeluang untuk berbuat demikian sekiranya benar beliau berada dalam keadaan cemas akibat rompakan. Malah, semasa berada di lobi, OKT-2 menyerahkan semula telefon bimbit SP-1 dan turut memberikan nombor telefon peribadinya (017-8860910) sebagai tanda akan menghubungi SP-1 semula. [66] Akhir sekali, hujahan Pembelaan menegaskan bahawa keseluruhan pergerakan dan tindakan OKT-OKT telah dirakam sepenuhnya melalui CCTV bangunan yang kandungannya (external hardisc) dikemukakan di mahkamah melalui ekshibit P139. Rakaman tersebut jelas menunjukkan bahawa tiada unsur ugutan jenayah, tiada halangan salah, dan tiada keadaan yang menimbulkan ketakutan munasabah mengenai kemungkinan berlakunya kecederaan atau kematian kepada SP-1 mahupun ahli keluarganya. [67] Atas asas-asas tersebut, pihak Pembelaan menghujahkan bahawa elemen rompakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 390 Kanun Keseksaan tidak wujud, dan oleh itu pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan adalah tidak berasas. Analisis dan dapatan Mahkamah bagi Pembuktian Intipati Pertama [68] Saya telah meneliti secara menyeluruh keterangan saksi-saksi, hujahan pihak Pendakwaan serta hujahan pihak Pembelaan berhubung isu sama ada OKT-OKT telah melakukan kesalahan rompakan. Untuk mensabitkan kesalahan tersebut, Pendakwaan hendaklah membuktikan dua elemen utama sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 390 Kanun Keseksaan, iaitu:
i
adanya suatu perbuatan mencuri atau memeras sebagaimana ditakrifkan oleh undang-undang; dan
II
(ii) bahawa perbuatan tersebut dilakukan dengan disertai kekerasan, cubaan melakukan kekerasan, atau dengan menimbulkan ketakutan serta-merta akan kematian, kecederaan, atau sekatan salah terhadap mangsa [69] Saya mendapati bahawa meskipun terdapat keterangan bahawa OKT-OKT telah mengambil wang tunai dan dua buah bagasi dari kediaman SP-1 sebagaimana didakwa dalam pertuduhan, persoalan utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini bukanlah sekadar sama ada pengambilan tersebut berlaku, tetapi lebih penting adalah sama ada pengambilan itu dilakukan dengan cara yang memenuhi intipati kesalahan ‘rompakan’ sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang. Dengan kata lain, isu yang mendasar ialah sama ada tindakan OKT-OKT semasa mengambil harta tersebut telah melibatkan unsur pencurian atau pemerasan yang disertai dengan kekerasan atau menimbulkan ketakutan serta-merta akan kematian, kecederaan atau sekatan salah terhadap SP-1, sebagaimana dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 390 Kanun Keseksaan. Hanya dengan pembuktian kedua-dua elemen ini secara menyeluruh, barulah sabitan bagi kesalahan rompakan dapat dipertimbangkan. [70] Keterangan SP-1 menunjukkan bahawa pada peringkat awal kejadian, OKT-OKT telah memperkenalkan diri mereka sebagai pegawai SPRM serta menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk menjalankan penggeledahan berkaitan kes penggubahan wang haram. Tindakan tersebut bukanlah semata-mata alasan kosong, sebaliknya disokong oleh kewujudan sehelai kertas A4 bertajuk “Laporan Aktiviti Scammer dan Pengubahan Wang Haram” yang ditandakan sebagai Ekshibit P144(17). Dokumen ini diperoleh hasil rampasan oleh ASP Zulkefley bin Zainuddin pada 18.12.2021 dan direkodkan dalam Laporan Polis Batu 9 Cheras/016082/21 (D219) serta Borang Pemeriksaan (D220). Fakta ini memberi gambaran bahawa kehadiran OKT-OKT ke rumah SP-1 adalah berlandaskan maklumat tertentu, dan bukannya dengan niat awal untuk melakukan rompakan. Walaupun kertas A4 asal tidak dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, namun gambar dokumen tersebut yang ditandakan sebagai Ekshibit P144(17) masih boleh dirujuk sebagai bukti yang relevan dalam menilai niat dan motif kehadiran OKT-OKT ke premis unit tersebut. [71] Saya juga meneliti isu berkaitan ‘ketakutan’ atau ‘ancaman’. Saya mendapati asas utama pihak Pendakwaan untuk membuktikan bahawa SP-1 berasa takut dan terancam adalah berhubung tindakan OKT-1 yang didakwa menunjukkan gari kepada SP-1, seolah-olah sebagai isyarat bahawa beliau boleh digari (ditahan) sekiranya enggan memberikan kerjasama. Walau bagaimanapun, keterangan SP-1 sendiri menunjukkan sebaliknya. SP-1 mengakui bahawa beliau tidak merasa takut kerana beliau yakin tidak melakukan sebarang kesalahan. Malah, SP-1 dengan rela menghulurkan tangannya untuk digari, namun selepas itu gari berkenaan tidak digunakan oleh OKT-1, sebaliknya SP-1 diminta supaya bertenang. Keterangan ini jelas tidak menyokong kewujudan ketakutan yang nyata, serius, munasabah dan serta-merta sebagaimana dikehendaki oleh Seksyen 390 Kanun Keseksaan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa SP-1 masih berasa dirinya dalam keadaan terkawal dan tidak berada di bawah ugutan yang boleh menyebabkan kematian, kecederaan atau halangan salah. Berikut diturunkan petikan keterangan SP-1 dalam pernyataan saksinya (PS-SP1) yang menyokong dapatan ini: “23. Seterusnya lelaki tersebut seperti marah dan telah menunjukkan gari ke arah saya untuk menakutkan saya seperti ingin menggari saya. Saya tunjuk tangan saya merelakan diri saya di tangkap tetapi lelaki tersebut simpan semula gari.
24
Kami pergi semula ke ruang tamu dan lelaki yang tinggi meminta no telefon saya dan pada masa yang sama menggunakan google translate minta saya bertenang.” [72] Tambahan pula, SP-1 sendiri telah membantu menolak dan membawa turun bagasi-bagasi tersebut ke lobi kediaman tersebut tanpa sebarang bantahan, malah memberikan kerjasama penuh kepada OKT-OKT. Keterangan juga menunjukkan tiada cubaan melarikan diri, tiada laporan segera kepada pihak pengurusan atau pihak keselamatan bangunan, dan tiada barang kemas atau harta lain yang diambil oleh OKT-OKT walaupun ianya jelas kelihatan di rumah tersebut. [73] Saya juga meneliti keterangan SP-1 yang mendakwa bahawa beliau telah diugut untuk membawa bagasi-bagasi tersebut ke lobi dan mengesyaki terdapat sepucuk pistol di dalam beg galas yang dibawa oleh salah seorang OKT. Menurut SP-1, beliau tidak meminta pertolongan daripada pengawal keselamatan di lobi kerana tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berikut adalah keterangan SP-1 yang berkaitan semasa dalam Pemeriksaan Semula: Dicadangkan, ketika bantu bawa turun beg luggage ke lobi, ada guard di lobi, dan kamu tidak minta bantuan kepada mereka, betul kan? Ya Kenapa tidak minta bantuan kepada mereka masa itu? Pertamanya saya diugut untuk membawa beg ke lobi, dan point kedua, salah seorang OKT ada membawa beg galas, so saya syak bahawa dalam beg tersebut terdapat pistol, dan point ketiga, demi keselamatan saya terpaska ikut mereka ke lobi, point keempat disebabkan saya tidak tahu Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, maka saya tidak dapat minta tolong kepada sesiapa. [74] Saya mendapati keterangan SP-1 berhubung dakwaan beliau telah diugut adalah tidak konsisten dengan keterangan lain yang dikemukakan. Tiada butiran khusus mengenai bentuk ugutan yang jelas telah dinyatakan oleh SP-1. Satu-satunya insiden yang dirujuk hanyalah tindakan OKT-1 menunjukkan gari ketika beliau enggan memberikan kerjasama untuk membuka peti besi. Berhubung dakwaan bahawa beliau mengesyaki terdapat pistol di dalam beg galas yang dibawa oleh salah seorang OKT, saya berpendapat ia sekadar syak wasangka yang tidak berasaskan bukti nyata. Syak wasangka semata-mata tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa ketakutan SP-1 wujud akibat kebimbangan bahawa OKT-OKT mungkin membawa pistol. Tambahan pula, tiada keterangan yang menunjukkan mana-mana OKT benar-benar memiliki pistol, apatah lagi mengugut atau mengancam SP-1 dengan senjata tersebut. [75] Berhubung dakwaan SP-1 bahawa beliau tidak meminta pertolongan kerana tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, saya mendapati alasan ini sukar diterima. Hal ini kerana usaha untuk mendapatkan bantuan tidak semestinya terbatas kepada penggunaan bahasa yang difahami oleh orang lain. Sebaliknya, ia boleh dilakukan melalui pelbagai cara lain yang jelas, seperti menjerit, melambaikan tangan, atau berlari terus kepada pengawal keselamatan. Oleh itu, alasan yang diberikan oleh SP-1 ini tidak meyakinkan untuk membuktikan bahawa beliau benar-benar berada dalam keadaan ketakutan atau terancam pada ketika itu. [76] Satu persoalan penting yang turut saya pertimbangkan adalah berhubung unsur niat (mens rea). Dalam kes rompakan, Pendakwaan perlu membuktikan bahawa sejak awal kejadian, OKT-OKT mempunyai niat jenayah untuk mengambil harta dengan cara menimbulkan ketakutan atau menggunakan kekerasan. Dalam kes ini, terdapat fakta-fakta yang menunjukkan bahawa niat awal OKT-OKT adalah untuk menjalankan siasatan penggubahan wang haram, sebagaimana mereka perkenalkan diri sebagai pegawai SPRM, masuk secara terbuka ke premis, serta meminta kerjasama SP-1 untuk membuka peti besi. Malah, dokumen P144(17) yang kemudiannya disahkan dirampas oleh pihak polis boleh membuktikan bahawa tindakan mereka berpunca daripada maklumat “Laporan Aktiviti Scammer dan Pengubahan Wang Haram”, bukan dari niat jenayah untuk merompak. [77] Saya juga mendapati bahawa SP-1 sendiri mengakui tujuan OKT- 2 memberikan nombor telefon adalah supaya beliau mencari seseorang yang boleh berurusan dengan pihak SPRM bagi menyelesaikan isu rampasan wang tunai tersebut. Keterangan SP-1 ini menguatkan dapatan saya bahawa tindakan OKT-OKT mengambil wang tunai dan barang-barang lain bukanlah suatu perbuatan merompak, sebaliknya lebih menyerupai tindakan dalam konteks siasatan dan rampasan. Adalah tidak munasabah untuk perompak memberikan nombor telefonnya kepada mangsa dan meminta mangsa mencari individu yang boleh berhubung dengan SPRM bagi menyelesaikan isu rampasan serta mendapatkan semula wang tunai dan barang-barang yang dirampas. Keterangan SP-1 semasa diperiksa semula adalah seperti berikut: Ada dicadangkan, sebenarnya dia nak bagi passport, kamu tidak setuju dia nak bagi passport, kenapa kamu rasa perbuatan dia bagi nombor telefon bukan untuk pulangkan passport? Kerana dia tidak bagitahu dalam WhatsApp bahawa dia ingin pulangkan passport, dia cuma minta untuk saya cari seseorang yang boleh berurusan dengan MACC untuk selesaikan masalah itu, saya ada rekod perbualan WhatsApp tersebut. [78] Walaupun wang tunai akhirnya diambil tanpa mengikut prosedur rampasan yang betul, perbuatan tersebut lebih mencerminkan suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang boleh dikategorikan sama ada sebagai criminal misappropriation atau criminal breach of trust, dan bukannya suatu niat awal untuk melakukan rompakan. Seperti yang dihuraikan oleh Stanley Yeo, Neil Morgan dan Chan Wing Cheong dalam Criminal Law in Malaysia and Singapore (Revised 2nd Edition) pada muka surat 421: “Our earlier discussion shows that it will generally not difficult to decide whether a case involves theft, criminal misappropriation or CBT. Theft generally focuses on the initial movement of property; criminal misappropriation usually arises where there was no criminality in the original movement but there are questions over the person’s subsequent behaviour; and CBT generally comes of some form of “entrustment”.’” [79] Mahkamah juga meneliti isu kegagalan pihak Pendakwaan memanggil saksi material, iaitu Mohd Norhaizam @ Buyau, yang dikatakan telah memberikan arahan kepada OKT-1 untuk ke kediaman SP-1 berdasarkan maklumat dalam P144(17). Pihak Pembelaan berhujah bahawa beliau adalah saksi penting yang boleh melengkapkan naratif kes, namun bukan sahaja tidak dipanggil, malah rakaman percakapan beliau juga tiada dalam kertas siasatan. Pendakwaan pula berhujah bahawa keterangan SP-12 sudah memadai bagi menjelaskan skop tugasan OKT-OKT. Untuk memudahkan rujukan, berikut diturunkan keterangan SP-17 ketika diperiksa balas berkenaan isu Mohd Norhaizam @ Buyau: “S: Timbalan Pengarah Sektor Swasta tersebut bernama Mohd Norhaizam bin Muhammad, itu kamu tahu? Nama tersebut ada dalam senarai, tapi tak ada statement (rakaman percakapan) Senarai apa? Senarai saksi yang meterial Senarai saksi siapa yang sediakan? ASP Rosnani [...] ASP Rosnani (SP-15) mesti ada beritahu bahawa Timbalan Pengarah Sektor Swasta adalah Norhaizam dan Norhaizam ini adalah saksi meterial berdasarkan taklimat dari ASP Rosnani? Benar Walaupun beliau adalah saksi material, tapi Puan tidak bagi arahan kepada mana-mana pegawai untuk rakam cakap Tuan Norhaizam? Saya rasa saya ada bagi arahan kepada ASP Rosnani Puan bagi arahan kepada ASP Rosnani, tapi dia tidak ikut arahan? Saya tidak pasti Bemaksud dia tidak jalankan arahan yang diberikan kepadanya? benar Bila Puan beri arahan untuk ambik keterangan Tuan Norhaizam, maknanya Puan setuju bahawa Tuan Norhaizam adalah saksi material sebagaimana dinyatakan oleh ASP Rosnani? Ya, setuju setakat itu.” [80] Saya berpendapat bahawa kegagalan pihak Pendakwaan untuk merekodkan penyataan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah serta tidak memanggil Mohd Norhaizam @ Buyau, walaupun telah diakui oleh pegawai penyiasat (SP-17) sebagai seorang saksi material, menimbulkan jurang yang serius dalam kes ini. Keterangan beliau berpotensi menyokong atau menafikan versi Pembelaan bahawa tindakan OKT-OKT adalah atas arahan rasmi. Kegagalan tersebut bukan sahaja melemahkan kes Pendakwaan dalam membuktikan prima facie, malah juga memprejudiskan pembelaan ketiga-tiga OKT. Oleh itu, Seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah terpakai dan Mahkamah boleh membuat andaian bahawa keterangan yang tidak dikemukakan akan memberi kesan yang tidak memihak kepada Pendakwaan (rujuk kes Tan Puan Chee vs Public Prosecutor [1981] 2 MLJ 282). Dapatan saya ini adalah selaras dengan kes Abdullah Zawawi lwn Public Prosecutor [1985] 2 MLJ 16 yang memutuskan: “The practice of making available a witness or witnesses from whom statements have been taken is to prevent the defence from commenting upon the honesty of the prosecution and thus invoking the often-quoted presumption of adverse inference under section 114(g) of the Evidence Act. But where the prosecution evidence falls short of proving a prima facie case at the end of its case, the right not to call such witness/witnesses and to make him/them available to the defence will be of no avail. If the doubt consists of the gap arising out of the matters adumbrated earlier, the prosecution must close this gap. It is not for the defence to call the offered witness/witnesses to supplement the prosecution case. [81] Berdasarkan keseluruhan fakta, Mahkamah berpendapat bahawa intipati ketakutan atau kekerasan yang wajib dibuktikan bagi menyokong pertuduhan rompakan tidak berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan. Malah, ketiadaan bukti niat awal untuk merompak juga menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Apa yang berlaku lebih menunjukkan kepada suatu operasi penyiasatan (sama ada sah atau tidak) oleh OKT-OKT yang kemudiannya membawa kepada pengambilan harta, tetapi bukan dalam bentuk rompakan sebagaimana dituduh. [82] Maka, adalah jelas bahawa keterangan saksi-saksi Pendakwaan tidak dapat membuktikan intipati pertama pertuduhan ini. Memandangkan intipati pertama tersebut gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan, maka tidak timbul keperluan untuk saya mengulas berhubung intipati pertuduhan / kesalahan (di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan) yang lain. KESIMPULAN [83] Secara kesimpulannya, saya telah meneliti dan menilai keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dengan melakukan penilaian maksimum, sebagaimana panduan yang telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734, yang memutuskan: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the Code has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and ask himself the question; If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepaid to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative, then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [84] Dengan merujuk kepada prinsip yang digariskan dalam kes Looi Kow Chai & Anor v. PP (supra) tersebut, dan setelah saya membuat penilaian maksimum terhadap keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan, saya perlu bertanya kepada diri saya, sekiranya saya memutuskan untuk memanggil OKT-OKT membela diri, dan jika OKT-OKT memilih untuk berdiam diri tanpa memberikan keterangan pembelaan, adakah saya bersedia untuk mensabitkan OKT-OKT berdasarkan keseluruhan bukti yang terdapat dalam kes pendakwaan? Dalam kes ini, saya memutuskan bahawa jawapan saya adalah berbentuk negatif kerana tidak bersedia untuk mensabitkan mereka berdasarkan keterangan yang ada . Oleh itu, saya memutuskan pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT-OKT. Sehubungan itu, saya dengan ini melepas dan membebaskan OKT-1, OKT-2 dan OKT-3 daripada pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan tanpa perlu dipanggil membela diri. IZRALIZAM BIN SANUSI Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 7 Kuala Lumpur Bertarikh: 1 Oktober 2025 Pihak Pendakwaan: TPR Nor Aisyah binti Mohamed Zanyuin Timbalan Pendakwaraya Jabatan Peguam Negara Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 7, sayap Kanan Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Height 50512 Kuala Lumpur. Pihak Pembelaan: OKT-1: Encik Azizzul Shariman bin Mat Yusoff Tetuan Azizzul & Ariff B-2-3A, Ostia Bangi Business Avenue Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor 52200 Kuala Lumpur OKT-2 & OKT-3: Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tetuan The Chambers of Dzulkifli Ahmad, Suite 28-07, Wisma UOA II, No. 21, Jalan Pinang, 6150450 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.