Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: BA-32NCVC-720-07/2024 MUHAMAD FARIS BIN MOHD FATHIL …PEMOHON (NO. KAD PENGENALAN: 870805-56-5033)
BA-32NCVC-720-07/2024
High Court of Malaysia14 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“itan tersebut diperturunkan semula di sini sebagai rujukan - “[45] The point to note here is that both courts, civil and syariah, are creatures of statutes. Both owe their existence to statutes, the Federal Constitution, the Acts of Parliament and the State Enactments. Both get their jurisdictions from statutes ie, con”
“(2) This Act shall not apply to the wills of persons professing the religion of Islam whose testamentary powers shall remain unaffected by anything in this Act contained. [33] Berbeza dengan Akta Wasiat 1959, Ak”
“14. Wills not proved under section 5 of Wills Act (O. 71 r. 14) Nothing in rule 9, 10, 11 or 12 shall apply to any will which it is sought to establish otherwise than by reference to section 5 of the Wills Act 1959 but the terms and validity of any”
“ini melalui permohonannya, ia sama sekali tidak menghalang Mahkamah daripada meneliti isu teras tersebut. [89] Saya memetik alasan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Yahya Mohd Khalid v MISC Berhad [2020] MLJU 77 yang relevan untuk dinukilkan semula di sini sebagai panduan – “Judgments which tend to impose on the judg”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: BA-32NCVC-720-07/2024 MUHAMAD FARIS BIN MOHD FATHIL …PEMOHON (NO. KAD PENGENALAN: 870805-56-5033)
1
Ini adalah Saman Pemula secara ex parte oleh pemohon untuk mendapatkan perintah bahawa Geran Probet bagi Wasiat dan Kodisil Si mati Ramlah binti Ismail diberikan kepada pemohon dan perintah lain yang Mahkamah fikir adil dan suai manfaat.
2
Setelah mendengar hujahan daripada peguam cara pemohon, Mahkamah ini menolak Saman Pemula tanpa perintah terhadap kos.
3
Pemohon merupakan anak lelaki sulung kepada Si mati, Ramlah binti Ismail yang meninggal dunia pada 15.11.2023. Semasa kematiannya, Si mati meninggalkan ahli-ahli waris yang berikut –
i
Bibah binti Agam, ibu kandung Si mati;
II
(ii) Muhamad Faris bin Mohd Fathil, anak lelaki Si mati;
III
(iii) Nur Fazliyana binti Mohd Fathil, anak perempuan Si mati; dan
IV
(iv) Muhamad Farid bin Mohd Fathil, anak lelaki Si mati. 2 [4] Pemohon telah mengikrarkan Afidavit Sokongan yang antara lain mengekshibitkan dokumen yang berikut:
i
Sijil mati Si mati;
II
(ii) Senarai aset dan liabiliti Si mati berserta dokumen sokongan;
III
(iii) Dokumen yang dirujuk oleh pemohon sebagai wasiat Si mati iaitu Dokumen Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah bertarikh 27.2.2022; dan
IV
(iv) Senarai waris-waris Si mati. [5] Perenggan 3 dan 4 Afidavit Sokongan pemohon menyatakan – “3. Saya percaya tulisan atas kertas yang bersama ini ada diekshibitkan adalah salinan benar Dokumen Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah bertarikh 27.2.2022 bagi RAMLAH BINTI ISMAIL (NO. K/P: 620728-10-5946) (6847653), Si mati tersebut. Sesalinan Dokumen Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah bertarikh 27.2.2022 dilampirkan dan ditandakan sebagai Ekshibit MF-3.
4
Si mati melalui Dokumen Pelantikan Wasi tersebut telah melantik saya iaitu anak lelaki kandung Si mati sebagai wasi dan pemegang amanah bagi harta pusaka Si mati. Oleh yang demikian, saya adalah bertanggungjawab untuk menguruskan urusan pentadbiran harta pusaka Si mati tersebut.”. [6] Selain itu, pemohon turut memfailkan dokumen yang berikut untuk pertimbangan Mahkamah agar geran probet berdasarkan wasiat Si Mati dikeluarkan –
i
Afidavit Saksi (1) bernama Abdul Kodir bin Shaharudin;
II
(ii) Afidavit Saksi (2) bernama Sulaiman bin Ahmad;
III
(iii) Senarai aset dan liabiliti; dan
IV
(iv) Senarai ahli waris. 3 [7] Berdasarkan Ekshibit MF-2, Si mati meninggalkan harta tak alih iaitu enam keping tanah yang kesemuanya terletak di Negeri Selangor dan harta alih di bawah Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad. [8] Semasa hayatnya, Si mati telah menandatangani suatu dokumen yang dikenali sebagai Dokumen Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah bertarikh 27.2.2022 (dirujuk sebagai Dokumen Pelantikan Wasi). Dokumen Pelantikan Wasi tersebut disediakan oleh sebuah syarikat amanah yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 yang dikenali sebagai Wasiyyah Shoppe Berhad. [9] Dokumen Pelantikan Wasi tersebut telah menamakan pemohon untuk dilantik sebagai Wasi dan Pemegang Amanah bagi kesemua harta pusaka Si mati. Berdasarkan seksyen 3 Akta Probet dan Pentadbiran 1959, pemohon memohon supaya Mahkamah ini mengeluarkan Geran Probet bagi wasiat dan kodisil Si mati kepada Pemohon. HUJAHAN PEMOHON [10] Saman Pemula yang difailkan pada 12.7.2024 telah ditetapkan untuk pendengaran di hadapan Penolong Kanan Pendaftar pada 30.7.2024. Penolong Kanan Pendaftar selanjutnya menetapkan tarikh pendengaran di hadapan saya pada 15.8.2024 setelah peguam cara pemohon enggan mengemukakan perintah Mahkamah Syariah yang mengesahkan wasiat Si mati. [11] Semasa pendengaran di hadapan saya, peguam cara pemohon mempertikaikan tindakan Penolong Kanan Pendaftar yang meminta pemohon mengemukakan perintah pengesahan wasiat Si mati. Peguam 4 cara pemohon yang bijaksana menegaskan bahawa tanggungjawab untuk menguruskan urusan pentadbiran harta pusaka Si mati terletak pada pemohon. Oleh kerana ahli-ahli waris Si mati bersetuju dan tiada pertikaian terhadap wasiat Si mati tersebut, tiada keperluan untuk wasiat Si mati disahkan di Mahkamah Syariah. Sebaliknya menurut peguam cara pemohon, bidang kuasa Mahkamah adalah terhad setakat membuat pemeriksaan di bawah Aturan 71 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. [12] Perincian hujahan pemohon akan diketengahkan di bahagian Analisis dan Dapatan Mahkamah selepas ini. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG [13] Bagi mendapatkan suatu geran probet, Akta Probet dan Pentadbiran 1959 adalah terpakai di Malaysia tertakluk kepada tarikh permulaan kuat kuasa menurut seksyen 1. Subseksyen 3(1) Akta Probet dan Pentadbiran 1959 memperuntukkan – Grant of probet to executor 3.(1) Probet may be granted to an executor appointed by a will.
2
The appointment of an executor may be express or implied. [14] Aturan 71 Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 pula memperuntukkan tatacara pemerolehan geran probet yang tidak melibatkan pertikaian, iaitu –
1
Application (O. 71 r. 1) These Rules apply to non-contentious probet proceedings subject to the following rules of this Order. 5 [15] Selanjutnya tugas Pendaftar dalam suatu permohonan untuk mendapatkan geran probet diperuntukkan dalam Aturan 71 kaedah 4
4
Duty of Registrar on receiving application for grant (O. 71 r. 4)
1
The Registrar shall not allow any grant to be issued until all inquiries which he may see fit to make have been answered to his satisfaction.
2
The Registrar may require proof of the identity of the deceased or of the applicant for the grant beyond that contained in the affidavit in support of the originating summons. [16] Manakala bagi permohonan probet yang melibatkan pertikaian, prosedur yang perlu diikuti diperuntukkan dalam Aturan 72 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
1
Application and interpretation (O. 72 r. 1)
1
This Order applies to probate causes and matters and the other provisions of these Rules apply to those causes and matters subject to the provisions of this Order.
2
Requirements in connection with issue of writ (O. 72 r. 2)
1
A probate action shall be begun by writ, and the writ shall be issued out of the Registry.
2
Before a writ beginning a probate action is issued, it must be endorsed with a statement of the nature of the interest of the plaintiff and of the defendant in the estate of the deceased to which the action relates.
3
A writ beginning an action for the revocation of the grant of probate of the will, or letters of administration of the estate, of a deceased person shall not be issued unless a citation under rule 7 has been issued or the probate or letters of administration, as the case may be, has or have been lodged in the Registry. [17] Memandangkan dalam kes ini terdapat hal perkara yang melibatkan wasiat Si mati yang beragama Islam yang terangkum dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah, Mahkamah ini ingin merujuk kepada prinsip undang-undang mantap yang diketengahkan melalui kes Mahkamah Persekutuan Latifah Mat Zin v. Rosmawati Sharibun & Anor [2007] 5 CLJ 253, 6 (Abdul Hamid Mohamad, HMP; Ariffin Zakaria, HMP; Augustine Paul, HMP) sebagai panduan yang mengikat. Keputusan yang berkaitan tersebut diperturunkan semula di sini sebagai rujukan - “[45] The point to note here is that both courts, civil and syariah, are creatures of statutes. Both owe their existence to statutes, the Federal Constitution, the Acts of Parliament and the State Enactments. Both get their jurisdictions from statutes ie, constitution, federal law or State law, as the case may be. So, it is to the relevant statutes that they should look to determine whether they have jurisdiction or not. Even if the syariah court does not exist, the civil court will still have to look at the statutes to see whether it has jurisdiction over a matter or not. Similarly, even if the civil court does not exist, the syariah court will still have to look at the statute to see whether it has jurisdiction over a matter or not. Each court must determine for itself first whether it has jurisdiction over a particular matter in the first place, in the case of the syariah courts in the States, by referring to the relevant State laws and in the case of the syariah court in the Federal Territory, the relevant Federal laws. Just because the other court does not have jurisdiction over a matter does not mean that it has jurisdiction over it. [48] There are cases in which some of the issues fall within the jurisdiction of the civil court and there are also issues that fall within the jurisdiction of the syariah court. This problem too will have to be tackled by the legislature. Neither court can assume jurisdiction over matters that it does not have just because it has jurisdiction over some of the matters arising therein. Neither court should give a final decision in a case only on issues within its jurisdiction. [49] Until the problem is solved by the legislature, it appears that the only way out now is, if in a case in the civil court, an Islamic law issue arises, which is within the jurisdiction of the syariah court, the party raising the issue should file a case in the syariah court solely for the determination of that issue and the decision of the syariah court on that issue should then be applied by the civil court in the determination of the case. But, this is only possible if both parties are Muslims.”. [18] Bersandarkan panduan yang diberikan dalam nas otoriti di atas, Mahkamah ini perlu lebih berhati-hati dalam menilai dan memutuskan permohonan probet yang berasaskan kepada wasiat Si mati yang 7 beragama Islam. Apatah lagi setelah membaca keseluruhan Dokumen Pelantikan Wasi tersebut yang tidak sekadar bertujuan melantik pemohon sebagai wasi dan pemegang amanah. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN [19] Pada hemat saya, terdapat lima isu utama yang perlu diputuskan dalam Saman Pemula di sini sebelum Mahkamah ini membenarkan geran probet dikeluarkan kepada pemohon, iaitu –
i
Sama ada Dokumen Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah bertarikh 27.2.2022 ialah wasiat Si Mati.
II
(ii) Sama ada Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan geran probet berdasarkan wasiat Si mati yang beragama Islam.
III
(iii) Sama ada Pendaftar hanya berperanan membuat inquiry menurut Aturan 71 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dalam hal perkara berkaitan wasiat si mati yang beragama Islam sebelum geran probet dikeluarkan.
IV
(iv) Sama ada pengesahan wasiat di Mahkamah Tinggi Syariah berdasarkan subseksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999 terpakai bagi wasiat Si mati.
v
Sama ada wasiat Si mati yang beragama Islam yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad merupakan wasiat yang tidak perlu disahkan berdasarkan subkaedah 23 (4) 8 Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama ada Dokumen Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah bertarikh 27.2.2022 ialah wasiat Si Mati. [20] Melalui Saman Pemula, pemohon telah bersandarkan kepada Aturan 71 Kaedah 5 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan seksyen 3 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 untuk mendapatkan geran probet. Pada tahap ini, Dokumen Pelantikan Wasi tersebut yang dirujuk menurut pemohon adalah wasiat Si mati Ramlah binti Ismail. [21] Saya telah merujuk Arahan Amalan Bil. 6 Tahun 2013, Pengkelasan Kod Bagi Kes-kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret. Arahan Amalan ini bertujuan antara lain untuk mewujudkan satu senarai khas pengkelasan kod perihal perkara bagi mahkamah-mahkamah, menyeragamkan pengkelasan kod-kod perihal perkara selain menjelaskan kekaburan yang timbul atas Arahan-arahan Amalan yang bertindih. [22] Perenggan 11 Arahan Amalan ini menyatakan antara lain kes-kes sivil NCVC di semua Mahkamah Tinggi selain dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melibatkan perihal bagi perenggan 11.2 Pentadbiran Harta Pusaka merangkumi (a) Surat Kuasa Mentadbir; (b) Anggapan Kematian;
c
Probet; dan (d) Wasiat. 9 [23] Kod bagi kes probet ditetapkan sebagai Kod 32 NCVC dan Kod 31 NCVC merupakan kod bagi Surat Kuasa Mentadbir. Dalam kes ini, pemohon telah memfailkan Saman Pemula di bawah Kod 32 di Mahkamah Tinggi Sivil, Shah Alam Selangor. [24] Saya juga telah meneliti Dokumen Pelantikan Wasi tersebut yang diekshibitkan oleh pemohon dan saya mendapati tidak ada perkataan wasiat di bahagian tajuk muka hadapan dokumen tersebut. Muka hadapan dokumen tersebut tertera tajuk seperti berikut: “DOKUMEN PELANTIKAN WASI DAN PEMEGANG AMANAH RAMLAH BINTI ISMAIL 620728-10-5946” [25] Saya juga mendapati bahawa tiada perkataan “wasiat” diguna pakai dalam kandungan Dokumen Pelantikan Wasi tersebut. Meneliti perkataan-perkataan yang diguna pakai dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut, selain tujuannya adalah untuk melantik Wasi dan Pemegang Amanah, saya berpuas hati bahawa Dokumen Pelantikan Wasi tersebut merupakan suatu dokumen wasiat oleh Si mati Ramlah binti Ismail yang ketika kematiannya beragama Islam meskipun ia tidak secara jelas menyatakan perkataan “Wasiat Si mati, Ramlah binti Ismail”. [26] Berikut adalah antara lain kandungan dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut – “2. Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah Harta Pusaka. Maka saya dengan ini: Melantik Anak kandung saya iaitu MUHAMAD FARIS BIN MOHD FATHIL yang memegang kad pengenalan bernombor 10 870805565033 sebagai Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya bagi harta yang disenaraikan dan/atau tidak disenaraikan dalam Dokumen ini. Sekiranya Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya di atas gagal bertindak atau terdapat kekangan undang-undang dan fizikal atau tiada kapasiti untuk bertindak sebagai Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya, maka saya dengan ini melantik Anak kandung saya iaitu MUHAMAD FARID BIN MOHD FATHIL yang memegang kad pengenalan bernombor 950321105073 sebagai Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka gantian saya bagi harta yang disenaraikan dan/atau tidak disenaraikan dalam Dokumen ini. Sekiranya Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka gantian saya di atas juga gagal bertindak atau terdapat kekangan undang-undang dan fizikal atau tiada kapasiti untuk bertindak sebagai Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya, maka saya dengan ini melantik Wasiyyah Shoppe Berhad [No. Syarikat : 200401012968 (651471-T)], sebuah syarikat amanah yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 yang beralamat di A-G-07, Dataran Cascades, No. 13A, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara PJU 5, 47810, Petaling Jaya, Selangor sebagai Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya. Wasiyyah Shoppe Berhad hendaklah bertindak berdasarkan semua peruntukan undang-undang yang terikat ke atasnya untuk bertindak sebagai Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya bagi harta yang disenaraikan dan/atau tidak disenaraikan dalam Dokumen ini. Walau apa pun (notwithstanding), Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya yang terdiri dari individu-individu yang saya lantik di atas mempunyai kuasa pada bila-bila masa untuk terus menyerahkan hak dan kuasa sebagai Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya kepada Wasiyyah Shoppe Berhad tanpa tertakluk kepada situasi yang saya nyatakan di atas.
3
Tanggungjawab Wasi dan Pemegang Amanah Harta Pusaka 3.1 Menjelaskan segala belanja berkaitan pengebumian dan pengurusan jenazah 3.2 Melunaskan hutang Besarlah harapan saya agar Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya menjalankan tanggungjawab menjelaskan hutang ini dengan sebaik-baiknya kerana dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: 11 “Seseorang mukmin yang meninggal dunia itu akan tergantung rohnya kerana hutang sehinggalah hutang tersebut dibayar”
3
3.3 Memungut hutang 3.4 Mengumpulkan harta pusaka 3.5 Menjaga harta pusaka berbentuk hartanah 3.6 Agihan bahagian untuk waris tanpa hadir 3.7 Pengurusan bahagian untuk waris di bawah umur dan/atau waris tidak waras akal fikiran (unsound mind) yang menerima harta pusaka atau harta-harta lain yang telah saya peruntukkan melalui hukum syarak.
7
Kaedah agihan harta pusaka. Selepas ditolak hutang, obligasi-obligasi lain yang tertunggak ke atasnya, dan apa-apa bentuk agihan dan hak ke atas harta saya mengikut Undang-Undang Syariah, harta pusaka saya hendaklah diagihkan oleh Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya kepada waris-waris yang berhak mengikut Hukum Faraid. Walaupun demikian, sekiranya terdapat permuafakatan di antara waris-waris tentang bagaimana harta pusaka ingin diagihkan, maka kaedah agihan permuafakatan itulah yang akan digunakan.
8
Pembahagian harta pusaka. Di dalam Dokumen ini, saya memaklumkan kepada semua waris bahawa harta saya telah dirancang untuk diagihkan seperti berikut: 1) HARTA : LOT KEDAI 3 TINGKAT DI BANDAR TASIK KESUMA BERANANG SELANGOR / HABIS BAYAR ALAMAT : HAJJAH D’SHOPPE, NO 3 JALAN KESUMA 3/2 43700 BANDAR TASIK KESUMA BERANANG, SELANGOR (1/1) NO. K/P : 870805-56-5033 2) HARTA : RUMAH BANGLO DI TAMAN MERINGIN KAJANG / HABIS BAYAR ALAMAT : LOT 33911, LORONG MERINGIN 1 TAMAN BUKIT MERINGIN, JALAN SUNGAI RAMAL LUAR 43000 KAJANG SELANGOR (1/3) NO. K/P : 870805-56-5033 12 PENERIMA : MUHAMMAD FARID BIN MOHD FATHIL (1/3) NO. K/P : 950321-10-5073 PENERIMA : NUR FAZLIYANA BINTI MOHD FATHIL (1/3) 3) HARTA : RUMAH TERES 2 TINGKAT – CORNER LOT DI SG LONG KAJANG/HABIS BAYAR ALAMAT : NO 36, JALAN SL 7/2, BANDAR SUNGAI LONG, 43000 KAJANG SELANGOR PENERIMA : MUHAMMAD FARID BIN MOHD FATHIL (1/1) NO. K/P : 950321-10-5073 4) HARTA : RUMAH TERES 1 TINGKAT DI TAMAN MUHIBBAH KAJANG / HABIS BAYAR ALAMAT : NO 55 JALAN MUHIBBAH, TAMAN MUHIBBAH 43000 KAJANG SELANGOR PENERIMA : NUR FAZLIYANA BINTI MOHD FATHIL (1/1) 5) HARTA : RUANG PEJABAT DI PLAZA CITRA KAJANG / HABIS BAYAR ALAMAT : NO 303, JALAN CITRA, PLAZA CITRA KAJANG 43000 KAJANG SELANGOR PENERIMA : NUR FAZLIYANA BINTI MOHD FATHIL (1/1) 6) HARTA : SAHAM KOPERASI NO AHLI : 77-016-002304-0 (1/1) NO. K/P : 870805-56-5033.”. [27] Meskipun tiada perkataan yang menyatakan dokumen Pelantikan Wasi tersebut berkuat kuasa selepas kematian Si mati, namun isi kandungan yang dipersetujui oleh Si mati menjurus kepada satu kesimpulan iaitu Dokumen Pelantikan Wasi tersebut berkuat kuasa selepas kematian Si mati. 13 [28] Saya juga telah menemui peruntukan berikut yang dengan jelas menyatakan niat Si mati dalam perenggan 5 Dokumen Pelantikan Wasi tersebut yang menyatakan – “Wasi dan Pemegang Amanah harta pusaka saya dengan ini hendaklah mengambil tanggungjawab penuh untuk menguruskan harta pusaka saya sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau pun Mahkamah Tinggi Sivil. Harta pusaka merujuk kepada apa sahaja harta yang saya tinggalkan pada tarikh kematian saya sama ada disenaraikan dalam dokumen ini ataupun tidak.” (diberi penekanan) [29] Justeru, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Dokumen Pelantikan Wasi tersebut ialah wasiat Si Mati, Ramlah binti Ismail yang telah meninggal dunia pada 15.11.2023. Isu 2: Sama ada Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan geran probet berdasarkan wasiat Si mati yang beragama Islam. [30] Mahkamah ini merujuk perkataan “probet” dalam Seksyen 2 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97) yang bermaksud a grant under the seal of the Court authorizing the executor or executors therein named to administer the testator’s estate. [31] Manakala seksyen 3 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 (Akta 97) pula memperuntukkan – Grant of probate to executor 3.(1) Probate may be granted to an executor appointed by a will.
2
The appointment of an executor may be express or implied. [32] Mahkamah ini merujuk seksyen 2 Akta Wasiat 1959 (Akta 346) yang memperuntukkan seperti berikut – 14 Interpretation and application "will" means a declaration intended to have legal effect of the intentions of a testator with respect to his property or other matters which he desires to be carried into effect after his death and includes a testament, a codicil and an appointment by will or by writing in the nature of a will in exercise of a power and also a disposition by will or testament of the guardianship, custody and tuition of any child.
2
This Act shall not apply to the wills of persons professing the religion of Islam whose testamentary powers shall remain unaffected by anything in this Act contained. [33] Berbeza dengan Akta Wasiat 1959, Akta Probet dan Pentadbiran 1959 tidak mengandungi peruntukan yang mengehadkan pemakaian Akta ini kepada orang beragama Islam. Ini bermaksud Akta Probet dan Pentadbiran 1959 jelas terpakai bagi orang Islam. Justeru, Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mengeluarkan probet berdasarkan wasiat si mati yang beragama Islam. Isu 3: Sama ada Pendaftar hanya berperanan membuat “inquiry”
Preamble
menurut Aturan 71 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dalam hal perkara berkaitan wasiat si mati yang beragama Islam sebelum geran probet dikeluarkan. [34] Semasa pendengaran Saman Pemula di hadapan Penolong Kanan Pendaftar pada 30.7.2024 peguam cara pemohon yang bijaksana menyatakan bahawa Penolong Kanan Pendaftar tidak berpuas hati dengan permohonan untuk mendapatkan geran probet pemohon di sini. Hal ini adalah kerana bukti pengesahan wasiat Si mati yang diperoleh daripada Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa tidak dikemukakan. Begitu juga tiada apa-apa kenyataan oleh pemohon dideposkan dalam Afidavit Sokong berkaitan hal perkara tersebut. 15 [35] Menurut peguam cara pemohon, berdasarkan Aturan 71 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 Mahkamah ini hanya berbidang kuasa untuk membuat siasatan sebelum geran probet dikeluarkan dan Aturan 71 tidak memberikan syarat pengemukaan wasiat yang telah disahkan. Hujahan ini dikemukakan oleh pemohon untuk menyokong pendirian bahawa tiada keperluan untuk pemohon mengesahkan wasiat Si mati. [36] Aturan 71 Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan –
1
Application (O. 71 r. 1) These Rules apply to non-contentious probate proceedings subject to the following rules of this Order. [37] Mahkamah ini selanjutnya merujuk Aturan 71 kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 yang mendasari permohonan pemohon –
4
Duty of Registrar on receiving application for grant (O. 71 r. 4)
1
The Registrar shall not allow any grant to be issued until all inquiries which he may see fit to make have been answered to his satisfaction.
2
The Registrar may require proof of the identity of the deceased or of the applicant for the grant beyond that contained in the affidavit in support of the originating summons. [38] Pada hemat Mahkamah ini, tindakan Penolong Kanan Pendaftar meminta peguam cara pemohon mengemukakan perintah pengesahan wasiat daripada Mahkamah Tinggi Syariah adalah sebahagian daripada tugas yang diberikan kepada Penolong Kanan Pendaftar menurut Aturan 71 kaedah 4 yang hendaklah dilaksanakan sehingga beliau berpuas hati. [39] Mahkamah ini terikat dengan panduan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tebin Mostapa v Hulba-Danyal Balia & Anor 16 [2020] 7 CLJ 561 para 30 berkenaan pendekatan semasa mentafsir peruntukan undang-undang – “(i) First, effect must be given to the object and intent of the Legislature in enacting the statute. Accordingly, the duty of the court is limited to interpreting the words used and to give effect to the words used. The court will not read words into a statute unless a clear reason for it is to be found in the statute itself. The court must begin by looking at the words in the statute and applying the plain and ordinary meaning of the words.
II
(ii) Second, if, however, the words employed are not clear, then the court may adopt the purposive approach in construing the meaning of the words used. Section 17A of the Interpretation Acts 1948 and 1967 provides for a purposive approach in the interpretation of statutes.
III
(iii) Therefore, where the words of a statute are unambiguous, plain, and clear, they must be given their natural and ordinary meaning. The statute should be construed as a whole and the words used in a section must be given their plain grammatical meaning. It is not the province of the court to add or subtract any word; the duty of the court is limited to interpreting the words used by the Legislature and it has no power to fill in the gaps disclosed. Even if the words in a statute may be ambiguous, the power and duty of the court "to travel outside them on a voyage of discovery are strictly limited."
IV
(iv) Third, the relevant provisions of an enactment must be read in accordance with the legislative purpose and applies especially where the literal meaning is clear and reflects the purposes of the enactment. This is done by reference to the words used in the provision; where it becomes necessary to consider every word in each section and give its widest significance. An interpretation which would advance the object and purpose of the enactment must be the prime consideration of the court, so as to give full meaning and effect to it in the achievement to the declared objective. As such, in taking a purposive approach, the court is prepared to look at much extraneous materials that bear on the background against which the legislation was enacted. It follows that a statute has to be read in the correct context and that as such the court is permitted to read additional words into a statutory provision where clear reasons for doing so are to be found in the statute itself. 17 [40] Berpandukan kaedah tafsiran yang diputuskan dalam kes Tebin Mostapa (supra), Mahkamah hendaklah memberi tafsiran berdasarkan makna biasa perkataan yang diguna pakai kerana peruntukan dalam Aturan 71 kaedah 4 adalah jelas, nyata dan tidak kabur. Mahkamah ini juga mengambil perhatian kepada tujuan probet yang dimohon dalam kes ini adalah berkaitan wasiat si mati yang beragama Islam. [41] Pendirian Mahkamah ini turut berpandukan kepada makna perkataan “inquiry” yang diberi takrifan seperti berikut dalam Kamus Inggeris – Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka – “make inquiries”: a. more commonly make enquiries, ask questions; b. investigate. Manakala Oxford English Dictionary memberi tafisran inquiry sebagai another term for enquire. Perkataan enquire selanjutnya diberi maksud an act of asking for information (an official investigation) dan (enquire into) investgate. [42] Pada hemat saya, ruang lingkup kuasa Pendaftar telah diperuntukkan dengan jelas dalam Aturan 71 kaedah 4 (1), iaitu Pendaftar terikat untuk tidak mengeluarkan geran probet kecuali dua keperluan ini dipenuhi. Keperluan pertama ialah Pendaftar hendaklah menjalankan “inquiry” terhadap pemohon dengan menanyakan berkaitan perkara yang pada pendapat Pendaftar adalah sesuai bagi tujuan geran probet dikeluarkan. Manakala keperluan kedua ialah Pendaftar hendaklah berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh pemohon terhadap soalan-soalan yang telah dikemukakan olehnya. Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sri Bangunan Sdn Bhd v Majlis Perbandaran Pulau Pinang & Anor [2007] 5 CLJ 673 yang memutuskan, “court duty is limited to 18 interpreting the words used by the legislature and to give effect to the words used by it.” [43] Oleh kerana probet yang dimohon oleh Pemohon adalah berkaitan wasiat Si mati yang beragama Islam, tindakan Pendaftar yang bertanya soalan dan meminta perintah Mahkamah Syariah yang mengesahkan wasiat adalah soalan yang munasabah dan sesuai untuk dijawab oleh pemohon serta sebahagian dari skop ‘inquire’. [44] Saya juga berpandangan bahawa perkataan dalam Aturan 71 kaedah 4 (2) iaitu “(2) The Registrar may require proof of the identity of the deceased or of the applicant for the grant beyond that contained in the affidavit in support of the originating summons” hendaklah diberi makna yang biasa. Pada hemat saya, makna biasa bagi Aturan 71 kaedah 4(2) ialah Pendaftar mempunyai budi bicara meminta pemohon mengemukakan bukti tentang identiti Si mati atau pemohon geran probet. Bukti yang diminta oleh Pendaftar boleh melangkaui dari apa yang dideposkan oleh pemohon di dalam afidavit yang menyokong saman pemula. [45] Berdasarkan peruntukan Aturan 71 kaedah 4, Mahkamah ini tidak boleh menerima hujahan peguamcara pemohon yang bijaksana untuk mengabaikan tugas mandatori yang ditetapkan oleh undang-undang atau mengehadkan kuasa budi bicara yang dibenarkan oleh undang-undang. Penggunaan perkataan ‘shall’ dalam peruntukan undang-undang adalah mantap dan membawa maksud peruntukan tersebut bersifat mandatori. 19 [46] Selain itu, arahan supaya wasiat yang telah disahkan dikemukakan juga adalah teratur dan konsisten dengan Aturan 71 kaedah 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 yang menyatakan -
14
Wills not proved under section 5 of Wills Act (O. 71 r. 14) Nothing in rule 9, 10, 11 or 12 shall apply to any will which it is sought to establish otherwise than by reference to section 5 of the Wills Act 1959 but the terms and validity of any such will shall be established to the Registrar's satisfaction. [47] Saya merujuk kepada Seksyen 2 Akta Wasiat 1959 yang memperuntukkan seperti berikut –
2
This Act shall not apply to the wills of persons professing the religion of Islam whose testamentary powers shall remain unaffected by anything in this Act contained. [48] Pada hemat saya, hanya kerana Akta Wasiat 1959 tidak terpakai bagi wasiat orang yang beragama Islam adalah tidak tepat untuk mengecualikan wasiat Si mati yang beragama Islam daripada memenuhi keperluan agar wasiat tersebut ditentukan kesahannya. Aturan 71 Kaedah 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 ada memperuntukkan – ‘but the terms and validity of any such will shall be established to the Registrar's satisfaction.’ Bagi wasiat Si mati yang beragama Islam, anologi yang sama boleh diguna pakai. Semasa menjalankan tugas inkuiri Pendaftar boleh meminta kesahan wasiat Si mati dikemukakan sehingga beliau berpuas hati. [49] Justeru, mekanisme undang-undang yang berkuat kuasa dan terpakai dalam penentuan kesahan wasiat Si mati yang beragama Islam hendaklah diguna pakai iaitu status sama ada wasiat Si mati tersebut sah atau tidak di sisi undang-undang hendaklah ditentukan terlebih dahulu di 20 Mahkamah Tinggi Syariah yang berbidang kuasa mendengar permohonan pemohon. [50] Waima sedemikian, Mahkamah ini tidak dihalang untuk meneliti isu undang-undang yang penting berkaitan dengan merit permohonan pemohon khasnya apabila ia melibatkan isu bidang kuasa dan syarat asas kesahan wasiat yang gagal ditunjukkan oleh pemohon melalui Afidavit Sokongannya. Isu 4: Sama ada pengesahan wasiat Si mati yang beragama Islam oleh Mahkamah Tinggi Syariah perlu diperoleh terlebih dahulu sebelum geran probet boleh dikeluarkan [51] Pemohon selanjutnya menghujahkan bahawa tiada peruntukan di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Aturan 71 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan bahawa dalam hal probet bagi orang Islam, wasiat si mati hendaklah ditentukan kesahannya terlebih dahulu. [52] Menurut pemohon lagi, adalah memadai bagi Mahkamah ini menerima Afidavit saksi-saksi yang telah difailkan dan Afidavit Persetujuan waris-waris Si mati yang bersetuju dengan kandungan wasiat tersebut. Pada hemat saya, undang-undang tidak membenarkan pemohon berbuat demikian. Sekiranya Afidavit Saksi disifatkan mencukupi untuk pertimbangan Mahkamah ini sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pemohon, ia memberi inferens yang pemohon sedang mencampuradukkan kaedah pembuktian wasiat si mati yang bukan Islam dengan wasiat si mati yang beragama Islam. Hakikatnya, keperluan undang-undang dalam pembuktian kesahan wasiat orang 21 bukan Islam dan wasiat orang Islam adalah berbeza dan terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa mahkamah yang berbeza. [53] Harus juga diberi perhatian bahawa dalam Saman Pemula pemohon di sini, pemohon gagal memfailkan afidavit daripada ahli-ahli waris Si mati yang bersetuju terhadap permohonan geran probet oleh pemohon. [54] Dalam hal berkaitan dengan wasiat, Mahkamah ini hanya mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan perkara berkaitan dengan wasiat bagi orang bukan Islam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Wasiat 1959. [55] Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada wasiat Si mati yang didokumentasikan dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut yang dikemukakan oleh pemohon adalah dokumen yang sah di sisi undang-undang. [56] Merujuk kepada Saman Pemula Ex Parte dan Afidavit Sokongan, Si mati sebagai seorang yang beragama Islam telah semasa kematiannya mempunyai wasiat yang ditunjukkan dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut. Pada hemat saya, Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan geran probet melainkan status kesahan Dokumen Pelantikan Wasi tersebut ditentukan terlebih dahulu. [57] Saya merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mana bagi hal perkara melibatkan wasiat orang Islam, ia terletak di bawah bidang kuasa Negeri selaras dengan Senarai II – Senarai Negeri yang menyatakan – 22
1
Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang-orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah ….” (penekanan diberikan) [58] Mahkamah Persekutuan dalam kes Latifah Mat Zin v. Rosmawati Sharibun & Anor [2007] 5 CLJ 253 telah memutuskan - [54] Coming back to the issue of jurisdiction in the instant appeal. We have seen that item 4(e)(i) of the Federal List, inter alia, provides that "succession, testate and intestate; probate and letters of administration" are matters within the Federal jurisdiction. However, para. (ii) of item 4(e) removes "Islamic personal law relating to... gifts or succession, testate and intestate" from the Federal jurisdiction. This is followed by item 1 of the State List that, inter alia, provides that "Islamic law and personal and family law of persons professing the religion of Islam, including the Islamic law relating to succession, testate and intestate" are matters that fall within the State list.". [59] Saya juga telah merujuk Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah seperti berikut:
61
Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
1
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
2
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Hakim Syarie boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.
3
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –
a
….
b
dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan –
i
pertunangan, perkahwinan …;
II
(ii) …. 23
III
(iii) ….
IV
(iv) …..
v
Wasiat atau alang semasa marad-al-maut;
VI
(vi) ….
VII
(vii) ….
VIII
(viii) Pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tidak berwasiat. [60] Dalam hal ini, suatu permohonan sewajarnya difailkan oleh pemohon terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi Syariah bagi menentukan status kesahan wasiat Si mati di sisi undang-undang. [61] Berpandukan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, telah diperincikan bidang kuasa kehakiman Persekutuan, iaitu – Article 121
1
There shall be two High Courts of co-ordinate jurisdiction and status, namely—
a
one in the States of Malaya, which shall be known as the High Court in Malaya and shall have its principal registry at such place in the States of Malaya as the Yang di-Pertuan Agong may determine; and
b
one in the States of Sabah and Sarawak, which shall be known as the High Court in Sabah and Sarawak and shall have its principal registry at such place in the States of Sabah and Sarawak as the Yang di-Pertuan Agong may determine;
c
(Repealed) and such inferior courts as may be provided by federal law and the High Courts and inferior courts shall have such jurisdiction and powers as may be conferred by or under federal law.
1A
The courts referred to in Clause (1) shall have no jurisdiction in respect of any matter within the jurisdiction of the Syariah courts. [62] Mahkamah ini juga merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi Mutho v. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors And Other Appeals [2018] 3 CLJ 145 untuk menyokong pendirian Mahkamah ini. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa - 24 “(4) Both cls. (1) and (1A) of art. 121 of the Federal Constitution illustrates the respective regimes in which each court operates. Thus, issues of jurisdiction and conferment of powers in the civil courts and the Syariah courts are clearly drawn. Both the civil and Syariah courts co-exist in their respective spheres, even if they are dissimilar in the extent of their powers and jurisdiction, in that, the civil courts are possessed of powers, fundamental and intrinsic, as outlined in the Federal Constitution.”. [63] Berdasarkan nas undang-undang mantap di atas, jelas dan nyata isu berkaitan dengan kesahan wasiat Si mati yang dinyatakan dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. [64] Saya merujuk kepada keputusan dalam kes Siti Hasnah Vangarama Abdullah v. Tun Mahathir Mohamad (as the President of PERKIM) & ors [2012] 7 CLJ 845, berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah, iaitu – "[15] In our view, the correct position in law is that only if the subject-matter of the action is exclusively within the jurisdiction of the Syariah Courts would the subject-matter, by virtue of art. 121(1A) of the Federal Constitution, fall outside the jurisdiction of the civil courts. [16] Therefore, the pertinent question that needs to be asked is: is the subject-matter of the originating summons action exclusively within the jurisdiction of the Penang Syariah High Court?” [65] Pada hemat saya, wasiat Si mati yang menjadi asas kepada permohonan permohon di sini tidak sahaja terhad untuk pemohon dilantik sebagai wasi dan pemegang amanah bagi harta pusaka Si mati. [66] Apakah sebenarnya niat Si mati dalam wasiat ini. Dokumen Pelantikan Waris tersebut pada hemat Mahkamah ini tidak sahaja terhad dalam menterjemahkan niat Si mati untuk melantik pemohon sebagai pentadbir. Jika keseluruhan kandungan Dokumen Pelantikan Wasi tersebut dibaca, kita akan mendapati bahawa wasiat tersebut merupakan 25 kehendak Si mati tentang cara bagaimana harta-harta peninggalannya akan diurus tadbir selepas kematiannya. Ia bermula daripada perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengkebumian, urusan pembayaran hutang dan tuntutan hutang hingga pengagihan harta pusaka si mati. [67] Dalam kerangka pengurusan harta orang Islam terdapat beberapa kaedah agihan harta termasuk harta pusaka seperti hibah, faraidh dan wasiat. Dalam menentukan sama ada sesuatu kaedah pelupusan harta orang Islam itu boleh dihibahkan atau wasiatkan atau difaraidhkan kepada ahli-ahli waris, ia terangkum dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah untuk membuat penentuan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. [68] Saya berpandangan, Mahkamah ini wajar berhati-hati sebelum memerintahkan pengeluaran probet dalam konteks wasiat yang melibatkan orang Islam. Hal ini kerana isu sama ada wasiat tersebut sah atau tidak merupakan hal perkara yang mesti diputuskan terlebih dahulu. Memandangkan pemohon tidak mengemukakan sebarang dokumen atau perintah yang mengesahkan bahawa wasiat Si mati di sini iaitu Dokumen Pelantikan Waris tersebut adalah sah di sisi undang-undang, Mahkamah ini sebagai guardian of the Federal Constitution keberatan dan akhirnya enggan untuk menggunakan kuasanya mengeluarkan geran probet. [69] Saya juga berpandangan bahawa pembacaan secara harmoni terhadap peruntukan undang-undang tersebut menepati perkara 121(1) dan 121A Perlembagaan Persekutuan dan Senarai II Senarai Negeri. 26 [70] Saya juga mendapati Afidavit Sokongan pemohon samar-samar dan tidak menyatakan langsung sama ada kesemua ahli waris Si mati bersetuju dengan keseluruhan kandungan wasiat Si mati atau bersetuju setakat pemohon dilantik sebagai wasi sahaja dan baki tentang cara pengagihan harta Si mati akan dibuat sama ada secara faraidh atau permuafakatan. Ini gagal diperincikan oleh pemohon. [71] Selain itu, Afidavit Sokongan pemohon yang mengandungi 7 perenggan dalam 3 muka surat sama sekali tidak menyatakan kesemua ahli waris Si mati bersetuju dengan agihan harta pusaka sebagaimana yang dinyatakan dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut. Jika diteliti senarai ahli waris, Si mati meninggalkan seorang ibu kandung selain 3 orang anak. Perenggan 8 wasiat Si mati yang dinyatakan dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut menunjukkan ibu kandung Si mati tidak diberikan apa-apa bahagian daripada harta pusaka Si mati. [72] Sekiranya penegasan pemohon benar, tiada pertikaian dan semua ahli waris bersetuju, sepatutnya pemohon memperincikan fakta-fakta tentang persetujuan tersebut dalam Afidavit Sokongan atau menamakan ahli-ahli waris lain sebagai responden-responden dalam Saman Pemula tersebut. [73] Oleh kerana implikasi kepada perintah yang dimohon di sini berkait rapat dengan isu teras iaitu sama ada wasiat Si mati sah atau tidak, isu kesahan ini wajar diputuskan terlebih dahulu. Pada hemat Mahkamah ini, ia merupakan prasyarat yang penting dan dapat diungkap sekiranya peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, Akta Probet & Pentadbiran 1959, dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 dan kaedah di bawahnya dibaca secara harmoni. 27 [74] Saya juga telah mengingatkan diri saya untuk berhati-hati dalam menimbang perkara yang memerlukan penentuan sama ada sesuatu hal perkara berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil atau pun Mahkamah Syariah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Siti Hasnah Vangarama Abdullah v. Tun Mahathir Mohamad (as the President of PERKIM) & ors [2012] 7 CLJ 845 - "[26] In our judgment, although we are conscious of the fact that the striking out applications are not based purely on limb (a) of O. 18 r. 19(1), and hence reliance on the supporting affidavits by the defendants are permissible, nevertheless we take the view that, in determining as to whether or not the subject-matter of the action comes within the exclusive jurisdiction of the Syariah High Court, the court hearing the striking out applications must give due consideration to the nature of the relief sought and the content of the plaintiff's supporting affidavit for her originating summons. The court must not at this stage embark on an in-depth evaluation of the conflicting affidavits of both sides and then endeavour to make findings of facts or of mixed law and facts, and thereafter to make a determination as to whether or not the subject-matter falls within the exclusive jurisdiction of the Syariah High Court, as what the learned High Court judge (with respect) had done in the present case. That, in our view, with respect, besides muddling the issue, would not be the correct approach. The court must not forget that at this moment it is only hearing striking out applications. It is not yet hearing the main action. The correct approach is for the court to examine the exact nature of the relief sought and the supporting affidavit of the plaintiff's originating summons and ask itself: assuming the facts alleged in the supporting affidavit are true, and considering the exact nature of the relief sought, would not the matter fall exclusively within the jurisdiction of the Syariah High Court? If the answer is 'Yes', then (and only then) the matter falls outside the jurisdiction of the civil courts. However, if the answer is in the negative, then the court must dismiss the striking out applications.". (penekanan diberi). [75] Mahkamah Tinggi dalam otoriti di atas mendengar permohonan pembatalan. Manakala bagi permohonan di hadapan saya, ia suatu permohonan utama untuk mendapatkan geran probet. Saya telah menggunakan pendekatan dengan meneliti Saman Pemula Ex parte dan 28 Afidavit Sokongan Pemohon serta Afidavit Saksi-saksi dalam memutuskan hal perkara mengenai pengesahan wasiat tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. [76] Hakikatnya, peruntukan undang-undang yang mendasari cara tentang bagaimana ahli waris ingin memulakan prosiding pengurusan dan pengagihan harta si mati yang beragama Islam adalah lengkap. Kesyumulan mengenai peruntukan undang-undang tersebut terserlah ada di kedua-dua bidang kuasa sivil mahupun syariah. Molek dan bijaksana sekiranya pengamal undang-undang memberi perhatian kepada keperluan undang-undang tersebut yang ada di kedua-dua bidang kuasa menurut skopnya yang telah ditetapkan berdasarkan kerangka perkara 121 dan 121A Perlembagaan Persekutuan sebelum memulakan apa-apa permohonan di Mahkamah. [77] Sekali lagi saya menekankan bahawa hal perkara berkenaan dengan isu pokok sama ada wasiat itu sah atau tidak adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dan bukan Mahkamah ini. Tindakan pemohon memfailkan Afidavit oleh saksi-saksi yang menyaksikan wasiat Si mati, pada hemat Mahkamah tidak membolehkan Mahkamah ini melangkaui kuasanya untuk membuat dapatan fakta bahawa wasiat Si mati tersebut sah di sisi undang-undang. [78] Seandainya permohonan pemohon dibenarkan dan geran probet dikeluarkan, inferens yang terjelma adalah Mahkamah ini telah bertindak melangkaui kuasanya kerana mengeluarkan suatu geran probet berdasarkan dokumen wasiat orang Islam yang belum ditentukan status kesahannya. 29 [79] Amat ketara isu yang terbit dalam hal perkara Saman Pemula di Mahkamah ini adalah berkisar kepada wasiat Si mati yang beragama Islam yang terangkum dalam ‘private aspect’. Maka, berdasarkan kerangka perundangan yang berkuat kuasa di Malaysia, Mahkamah ini hendaklah mengambil peduli dan memberi perhatian kepada kesahan status wasiat Si mati yang beragama Islam iaitu dengan cara meminta pemohon mengemukakan perintah Mahkamah yang berbidang kuasa dalam mengesahkan wasiat tersebut. [80] Pendirian Mahkamah ini adalah berpandukan kes Indira Gandhi Mutho (supra), yang turut memutuskan bahawa -
5
It is not open for the Syariah courts to enlarge their own jurisdiction by agreements. Where the subject matter is within the purview of the Syariah court but the party appearing before it is not, the matter cannot be brought before the Syariah court. It is trite that the Syariah court has no jurisdiction over non-Muslim parties and non-Muslim parties have no locus before the Syariah court. The jurisdiction of the Syariah courts, in so far as the operation of Islamic law is concerned, is confined to the private aspect and does not extend to its public one. Ultimately, the subject matter is one of personal rather than constitutional law. (paras 68-72) [81] Mahkamah ini tidak boleh memejam mata dan membiarkan pemohon memperoleh geran probet berdasarkan wasiat Si mati yang masih belum ditentukan status kesahannya. [82] Jika pemohon memilih untuk meneruskan pengurusan agihan harta pusaka Si mati berdasarkan wasiat Si mati yang didokumentasikan dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut, maka suatu perintah yang memutuskan wasiat itu sah hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah ini melalui Afidavit Sokongan Pemohon bagi tujuan pengeluaran probet di bawah seksyen 3 Akta Probet dan Pentadbiran 1959. 30 [83] Sekiranya tidak dilakukan sedemikian, Mahkamah ini akan dilihat sebagai melangkaui bidang kuasa yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. [84] Mahkamah ini telah mendapati bahawa Dokumen Pelantikan Wasi tersebut bukan sekadar dipersetujui oleh Si mati untuk berkuat kuasa selepas kematiannya dan tidak terhad untuk melantik pemohon sebagai wasi. Lebih jauh dari itu, perenggan 8 Dokumen Pelantikan Wasi yang merupakan wasiat Si mati telah menyatakan kehendak Si mati untuk agihan kesemua harta tak alih kepada tiga orang ahli waris Si mati kecuali seorang iaitu ibu kandung Si mati. Justeru, isu berkaitan dengan persoalan sama ada wasiat Si mati yang terkandung dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut sah atau tidak wajar ditentukan oleh Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa. [85] Setelah isu kesahan Dokumen Pelantikan Wasi tersebut diputuskan (sama ada wasiat Si mati tersebut sah atau pun sebaliknya), baharulah pemohon boleh memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil sama ada untuk mendapatkan geran probet di bawah seksyen 3 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 sekiranya diputuskan wasiat Si mati sebagai sah dan berkuat kuasa. Sebaliknya jika diputuskan wasiat Si mati tidak sah, pemohon masih boleh memfailkan permohonan untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir di bawah Kod 31. [86] Pada hemat Mahkamah, tiada prejudis yang akan dialami oleh pemohon mahupun ahli-ahli waris Si mati jika penentuan wasiat Si mati yang didokumentasikan dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut diputuskan terlebih dahulu. Sebaliknya, ia akan lebih menjamin kepentingan semua ahli waris selain memelihara keharmonian dalam 31 konteks bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. [87] Mahkamah ini tidak sewajarnya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya secara mekanikal tanpa memberi perhatian isu teras yang berbangkit daripada permohonan telah diselesaikan terlebih dahulu sebelum Saman Pemula dibawa di hadapan Mahkamah ini. Isu teras ini perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum Mahkamah boleh membenarkan suatu geran probet dikeluarkan dalam hal perkara melibatkan wasiat si mati yang beragama Islam. [88] Meskipun Pemohon tidak membangkitkan isu teras ini melalui permohonannya, ia sama sekali tidak menghalang Mahkamah daripada meneliti isu teras tersebut. [89] Saya memetik alasan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Yahya Mohd Khalid v MISC Berhad [2020] MLJU 77 yang relevan untuk dinukilkan semula di sini sebagai panduan – “Judgments which tend to impose on the judge not to look into the law of Malaysia outside the submission of parties is not only demeaning but is a violent interference of the role of a judge. Such decisions are great dis-service to the rule of law and constitutional oath of office of a judge. Thus, in a civil or commercial matter, when there is a breach of the laws of Malaysia inclusive of the constitutional framework or even a purported breach, a judge must take due recognition and mould his decision to render justice according to the law.” [90] Berlandaskan nas undang-undang di atas dan keadaan fakta kes yang mendasarinya, Mahkamah ini memutuskan bahawa pemohon hendaklah terlebih dahulu mengesahkan wasiat Si mati yang seorang yang beragama Islam di Mahkamah yang berbidang kuasa sebelum memohon geran probet di Mahkamah ini. 32 Isu 4: Sama ada pengesahan wasiat di Mahkamah Tinggi Syariah berdasarkan subseksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999 terpakai bagi wasiat Si mati. [91] Peguam cara pemohon yang bijaksana turut berhujah bahawa berdasarkan undang-undang Syariah, tiada keperluan untuk pemohon mengesahkan wasiat Si mati. Rujukan telah dibuat oleh peguam cara pemohon secara khusus kepada subseksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999, iaitu -
2
Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar melebihi satu pertiga hendaklah tidak berkuatkuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat. [92] Afidavit Sokongan pemohon menunjukkan lima daripada enam keping harta tidak alih Si mati dibahagikan kepada tiga daripada empat waris Si mati. Pemohon turut berhujah bahawa dalam kes ini tiada pertikaian dalam kalangan waris-waris Si mati mahupun bantahan yang dibangkitkan terhadap wasiat Si mati. Bahkan menurut pemohon, kesemua ahli waris bersetuju dengan permohonan geran probet di Mahkamah ini. [93] Saya tidak dapat bersetuju dengan penghujahan peguam cara pemohon tersebut. Afidavit Pemohon sendiri tidak menyatakan apa-apa fakta berkaitan dengan persetujuan ahli-ahli waris bahkan tidak mengandungi pernyataan bahawa tiada pertikaian oleh mana-mana waris Si mati berhubung dengan wasiat Si mati tersebut. [94] Mahkamah ini tidak boleh menerima sebarang pernyataan peguam cara pemohon yang dibuat dari bar table yang jelas bertujuan untuk 33 membaik pulih kes pemohon. Mahkamah ini juga tidak boleh membuat andaian atau anggapan bahawa tiada bantahan oleh ahli-ahli waris terhadap pengeluaran geran probet berdasarkan wasiat Si mati dengan bersandarkan pernyataan lisan oleh peguam cara pemohon yag bijaksana. Mahkamah ini juga tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada benar bilangan ahli waris Si mati hanyalah setakat 4 orang tersebut sahaja berdasarkan kepada Afidavit Sokongan pemohon semata-mata. Begitu juga, Mahkamah ini tidak boleh mengandaikan tiada pertikaian dalam kalangan ahli-ahli waris Si mati apabila wasiat Si mati mengagihkan lebih 1/3 harta pusaka Si mati kepada ahli-ahli waris kecuali ibu kandung Si mati. Kesemua isu-isu asas yang menentukan kesahan wasiat Si mati sewajarnya diputuskan terlebih dahulu di Mahkamah yang berbidang kuasa. [95] Diperhatikan, Saman Pemula dan Afidavit Sokongan pemohon didraf secara amalan rutin dan sangat ringkas tanpa memberi penekanan kepada perkara-perkara asas sebagaimana yang dihujahkan sendiri oleh peguam cara pemohon. [96] Selanjutnya peguam cara pemohon yang bijaksana telah berhujah dengan mengemukakan tiga potong hadis Nabi Muhammad SAW sebagai nas yang menyokong prinsip undang-undang berhubung dengan wasiat orang Islam pada kadar 1/3 dan diwasiatkan kepada ahli-ahli waris selain nas yang membenarkan kadar melebihi 1/3 bahagian harta pusaka Si mati diberikan kepada ahli-ahli waris dengan persetujuan semua ahli waris Si mati. [97] Dengan hormatnya, Mahkamah ini enggan untuk memberi pertimbangan kepada hujahan peguam cara pemohon berhubung otoriti- 34 otoriti yang dikemukakan tersebut. Pada hemat saya, Mahkamah ini bukanlah korum yang berbidang kuasa untuk peguam cara pemohon mengemukakan hujahan-hujahan sedemikian. [98] Selain itu, peguam cara pemohon yang bijaksana telah memilih untuk memfailkan Saman Pemula secara ex parte. Afidavit Pemohon senyap terhadap hal perkara mengenai persetujuan ahli-ahli waris dan alasan kononnya tiada pertikaian yang timbul. Ketiga-tiga ahli waris yang lain tidak dinamakan sebagai responden. Ini memberi inferens bahawa permohonan probet ini tidak diserahkan kepada ahli-ahli waris Si mati yang lain. [99] Dalam meneliti peruntukan subseksyen 26(2) yang dihujahkan oleh peguam cara pemohon yang bijaksana, saya sekali lagi mengingatkan bahawa Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 yang terpakai di Negeri Selangor memperuntukkan perkataan “Mahkamah” ditafsirkan sebagai mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Negeri Selangor). [100] Pada hemat saya, cubaan oleh peguam cara pemohon yang bijaksana untuk bergantung pada subseksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Selangor 1999 tidak boleh dipertahankan. [101] Dengan ketiadaan suatu perintah Mahkamah yang berbidang kuasa dalam mengesahkan wasiat Si mati, Mahkamah ini tidak mempunyai pilihan selain menolak permohonan pemohon untuk mendapatkan geran probet. 35 Isu 5: Sama ada wasiat Si mati yang beragama Islam yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad merupakan wasiat yang tidak perlu disahkan berdasarkan kaedah 23 Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008. [102] Peguam cara pemohon yang bijaksana melalui Hujahan Bertulis merujuk kaedah 23 Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 dan berhujah bahawa tiada keperluan untuk pemohon mendapatkan pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah kerana semua ahli waris bersetuju dan tiada pertikaian tentang agihan harta pusaka Si mati. [103] Mahkamah ini merujuk peruntukan kaedah 23 Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 seperti berikut –
23
Pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah
1
Setiap permohonan pengesahan wasiat hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah melalui notis dalam Borang B yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan disokong dengan afidavit bersumpah.
2
Setiap permohonan pengesahan wasiat hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon dan mengandungi fakta yang cukup terperinci berkenaan wasiat pewasiat.
3
Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah adalah bukti kukuh pengesahan wasiat yang dibuat oleh pewasiat dan hendaklah mengikat waris, wakil persendirian, pentadbir dan pemegang amanah.
4
Subkaedah (1), (2) dan (3) hendaklah terpakai sekiranya timbul pertikaian daripada mana-mana pihak. (diberi penekanan) [104] Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 dibuat berdasarkan seksyen 29 Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 [Enakmen No. 4 tahun 1999] dan berkuat kuasa mulai 19 Jun 2008. 36 [105] Saya telah membaca keseluruhan peruntukan dalam Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 dan mendapati terdapat perbezaan yang amat ketara antara wasiat yang dibuat menurut Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 dengan wasiat Si mati yang disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. [106] Perbezaan tersebut pada hemat saya menghalang pemohon daripada bergantung pada kaedah 23 Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008. [107] Saya mendapati peguam cara pemohon yang bijaksana telah memilih-milih peruntukan undang-undang dalam Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 dan membacanya secara in isolation dengan tujuan agar Mahkamah ini membenarkan geran probet dikeluarkan tanpa perlu wasiat Si mati ditentukan kesahannya. Pembacaan yang sedemikian berupaya mendatangkan kekeliruan dan berkecenderungan untuk mewujudkan ketidaktentuan dalam pelaksanaan prosiding di Mahkamah. [108] Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 mengandungi 11 Bahagian yang meliputi Permulaan, Permohonan Wasiat, Penulisan Wasiat, Penyimpanan Wasiat, Pembatalan Wasiat, Kematian Pewasiat, Siasatan dan Penilaian Harta, Pembacaan Wasiat, Pengesahan Wasiat, Pelaksanaan Wasiat dan Pelbagai yang diperuntukkan dalam 27 Kaedah. Jadual Pertama menunjukkan Borang Permohonan untuk Wasiat iaitu Borang A dan Borang B yang merupakan Permohonan dan Bentuk Afidavit untuk permohonan di bawah subkaedah 23(1) yang akan difailkan di Mahkamah 37 manakala Jadual Kedua mengandungi Jenis Perkhidmatan Pengurusan Wasiat MAIS dan fi pendaftaran. [109] Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 memberi ruang dan pilihan kepada mana-mana orang Islam yang berkelayakan untuk membuat permohonan kepada Majlis Agama Islam Selangor (Majlis) dengan menggunakan borang yang telah ditetapkan. Setiap permohonan akan didaftarkan ke dalam Daftar Wasiat setelah fi pendaftaran dibayar. Borang Wasiat Bertulis yang telah dilengkapkan oleh pewasiat dan saksi-saksi serta disemak akan disimpan dalam keadaan selamat oleh Majlis yang bertindak sebagai Wasi. [110] Kaedah tersebut juga membenarkan pewasiat meminda, mengubah atau membatalkan wasiat dengan memberi notis bertulis kepada Majlis. Sekiranya berlaku kematian pewasiat, Bahagian VI Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 memperuntukkan seperti berikut–
15
Pemberitahuan Mana-mana saksi atau pewaris yang menjadi pihak dalam sesuatu wasiat hendaklah memberitahu kepada Majlis mengenai kematian pewasiat dengan mengemukakan sijil kematian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau apa-apa perintah mahkamah yang dibuat untuk maksud sedemikian.
16
Majlis hendaklah mengesahkan maklumat kematian pewasiat berdasarkan sijil kematian pewasiat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara atau apa-apa perintah mahkamah yang dibuat untuk maksud sedemikian. [111] Berdasarkan peruntukan yang dirujuk di atas dan keseluruhan peruntukan dalam Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 amat jelas dan ketara bahawa peranan Majlis sebagai wasi dalam pengurusan wasiat orang Islam adalah dikawal selia oleh undang-undang bertulis. 38 [112] Oleh itu, pada hemat saya, peruntukan subkaedah 23(4) mengenai pengecualian pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah yang diperuntukkan dalam Bahagian IX Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 adalah terhad kepada wasiat orang Islam yang dibuat menurut Kaedah ini dengan Majlis dijadikan sebagai wasi. [113] Melalui Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008, umat Islam di Negeri Selangor mempunyai pilihan untuk menguruskan harta pusaka selepas kematian mereka secara selamat dan mudah. [114] Namun begitu, wasiat Si mati yang dikemukakan melalui permohonan geran probet oleh pemohon bukanlah wasiat yang dibuat menurut Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008. Apabila wasiat Si mati yang terkandung dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut diteliti, Majlis bukanlah wasi yang dilantik oleh Si mati dan wasiat tersebut tidak didaftarkan dengan pihak Majlis. [115] Sebaliknya, Dokumen Pelantikan Wasi tersebut yang merupakan wasiat Si mati disediakan oleh sebuah syarikat amanah iaitu Wasiyyah Shoppe Berhad yang beralamat di A-G-07, Dataran Cascades, No. 13A, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Muka surat 11 Dokumen Pelantikan Wasi tersebut menjelaskan Dokumen Pelantikan Wasi tersebut yang telah ditandatangani oleh Si mati dan saksi-saksi disimpan dalam tiga salinan iaitu salinan pertama dan kedua disimpan oleh Wasiyyah Shoppe dan salinan ketiga disimpan oleh pewasiat. 39 [116] Rentetan dari itu, Mahkamah ini tidak dapat menerima hujahan peguam cara pemohon yang bergantung kepada subkaedah 23(4) Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 dalam menyokong pendirian pemohon bahawa perintah Mahkamah Tinggi Syariah tidak perlu diperoleh sebelum geran probet bagi wasiat Si mati dikeluarkan kepada pemohon. Menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 tidak terpakai bagi wasiat Si mati yang disediakan oleh Wassiyah Shoppe Berhad. Apatah lagi wasiat Si mati tersebut tidak didaftarkan menurut Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008. [117] Pada hemat Mahkamah ini, wasiat Si mati yang terkandung dalam Dokumen Pelantikan Wasi tersebut disediakan di luar kerangka Kaedah-kaedah Pengurusan Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 2008 dan merupakan dokumen yang perlu disahkan terlebih dahulu oleh Mahkamah yang berbidang kuasa. KESIMPULAN [118] Berdasarkan kepada analisis dan dapatan yang diperincikan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa Saman Pemula untuk mendapatkan geran probet sebagaimana Kandungan 1 ditolak tanpa perintah terhadap kos. Bertarikh pada 21 Ogos 2024 40 Ditandatangani ........................................................... HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam Keputusan dibaca pada 14 Ogos 2024. Peguam Pemohon : Rihan Naseem Binti Muhamad Izwan Jaya Seelan Tetuan Mira Sham Yong & Connie Ng (Shah Alam, Selangor)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.