Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: 22NCVC-197-11/2014 ANTARA BANDARI SIMMA REALTY SDN BHD [No. Syarikat: 936685-H] … PLAINTIF
22NCVC-197-11/2014
High Court of Malaysia7 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“beliau menunjukkan tiada prejudis sebenarnya terhadap R. Kepentingan untuk mengesan kesan prejudis sebegini boleh dirujuk dalam kes Vijayan S Chinnasami v Advanced Optronics Devices (Asia) Co Limited [2024] CLJU 1816 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut:- **Note : Serial number will be used to verif”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: 22NCVC-197-11/2014 ANTARA BANDARI SIMMA REALTY SDN BHD [No. Syarikat: 936685-H] … PLAINTIF
1
TAN BOON KIAT [NO K/P: 480521-01-5685]
2
BADAN PENGURUSAN BERSAMA PELITA INDAH [MBJB: JMB 0038] … DEFENDAN-DEFENDAN Dalam perkara mengenai Perintah Bertarikh 28-12-2016 ke atas Defendan [dalam Tuntutan Balas] RAVICHANTHIRAN A/L GANESAN [NO K/P: 621221-05-5649] PEMOHON SUBRAMANIAM A/L PAIDATHALLY 06/03/2026 09:35:41 22NCVC-197-11/2014 Kand. 355 [NO K/P: 611127-01-5147] RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 325) Pengenalan [1]
Lampiran
Lampiran 325 di hadapan Mahkamah ini merupakan Notis Permohonan bertarikh 08.05.2025 yang difailkan oleh Responden (“R”) iaitu Subramaniam A/L Paidathally untuk membatalkan atau mengenepikan Notis Permohonan Pengkomitan bertarikh 30.10.2023 (Lampiran 267) yang difailkan oleh Ravichanthiran A/L Ganesan sebagai Pemohon (“P”). [2] Lampiran 325 ditentang oleh P. [3] Selepas mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah telah menolak Lampiran 325 tanpa perintah dibuat mengenai kos. [4] R yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini kini telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. [5] Maka berikut merupakan alasan penghakiman Mahkamah ini bagi keputusan tersebut. Latar Belakang Kes [6] Pada 22.10.2023, Mahkamah ini telah memberikan kebenaran (leave) kepada D1 untuk memulakan prosiding pengkomitan terhadap R. Notis Permohonan D1 dan Perintah kebenaran tersebut adalah masing-masingnya di Lampiran 188 dan Lampiran 270. [7] Susulan daripada perintah kebenaran tersebut, maka Lampiran 267 telah difailkan pada 30.10.2023. Secara ringkasnya Lampiran 267 adalah untuk R menunjuk sebab kenapa perintah pengkomitan tidak boleh dibuat ke atasnya. [8] Akan tetapi, pemohon yang dinamakan di dalam Lampiran 267 adalah Ravichanthiran a/l Ganesan yang merupakan peguam D1. [9] Oleh yang demikian, melalui Lampiran 325 sekarang, R mendakwa Lampiran 267 adalah tidak sah dan terbatal kerana ianya difailkan oleh P yang hanyalah merupakan peguam Defendan Pertama (D1). [10] Menurut R lagi, P tidak mempunyai hak dan locus standi untuk bertindak sebagai pemohon dalam Lampiran 267 kerana perintah kebenaran (leave) untuk memulakan prosiding pengkomitan yang diberikan oleh Mahkamah ini adalah kepada D1 dan bukannya P. [11] Bagi menjawab dakwaan ini, P menyatakan kemasukan nama P dan bukannya D1 sebagai pemohon di dalam Lampiran 325 merupakan satu kesilapan menaip (“typographical error”). [12] P turut menyatakan kesilapan menaip tersebut telah pun diperjelaskan dan dibetulkan melalui pemfailan Afidavit Pembetulan yang diikrarkan oleh D1 pada 09.05.2025 iaitu dalam masa satu (1) hari selepas pemfailan Lampiran 325. Keputusan [13] Kedudukan undang-undang mengenai keperluan pematuhan ketat prosedur dalam prosiding pengkomitan adalah mantap mengambil kira ianya mempunyai kesan signifikan yang boleh membawa kepada hukuman berbentuk penal in nature jika dibuktikan. Rujuk Tan Sri Dato’ (Dr) Rozali Ismail & Ors v Lim Pong Cheong @ George Lim [2012] 2 CLJ 649 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan di muka surat 864 seperti berikut:- “We wish to state in clear term that the alleged act of contempt must be adequately described and particularized in detail in the statement itself. The accompanying affidavit is only to verify the facts relied in that statement. It cannot add facts to it. Any deficiency in the statement cannot be supplemented or cured by any further affidavit at a later time. The alleged contemnor must at once be given full knowledge of what charge he is facing so as to enable him to meet the charge. This must be done within the four walls of the statement itself. The same approach was taken by the Supreme Court in Arthur Lee Meng Kwang case, supra. (See also Sykt M Mohamed v. Mahindapal Singh Joginder Singh & Ors [1991] 1 CLJ 582; [1991] 4 CLJ (Rep) 16.)” [14] Dalam perkara semasa, Mahkamah mendapati isu berkenaan nama pemohon yang sepatutnya dimasukkan sebagai D1 dan bukannya P merupakan satu isu yang bersifat teknikal sahaja. [15] Ianya juga bukan isu substantif yang boleh mengugat keseluruhan prosiding pengkomitan. Selain itu, mengambil kira bahawa ianya tidak pula dibangkitkan R dalam afidavit jawapan beliau menunjukkan tiada prejudis sebenarnya terhadap R. Kepentingan untuk mengesan kesan prejudis sebegini boleh dirujuk dalam kes Vijayan S Chinnasami v Advanced Optronics Devices (Asia) Co Limited [2024] CLJU 1816 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut:- “It is hence not a radical departure of the First Respondent's pleaded defence. Nevertheless, the Appellant had the opportunity and actually dealt with the evidence of the aforesaid underlying relevant facts at the trial; hence there was no prejudice caused either.” [16] Selain itu, Mahkamah ini juga merujuk dan bersetuju untuk menerima pakai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes Class One Video Distributors Sdn Bhd & Anor v Chanan Singh Sher Singh & Anor [1997] 3 CLJ 694 yang memutuskan seperti berikut:- “It has been brought to my attention recently of the English Court of Appeal case of Nicholls v. Nicholls (147 NLJ 61, The Times 21 January 1997) where the English Court of Appeal reviewed the previous authorities on the subject of procedural irregularities either in the application to commit or in the committal order. Under the caption "The Result of the Appeal", the said Court of Appeal provided the guidance for future cases as follows: 1. As committal orders involve the liberty of the subject it is particularly important that the relevant rules are duly complied with. It remains the responsibility of the Judge when signing the committal order to ensure that it is properly drawn and that it adequately particularises the breaches which have been proved and for which the sentence has been imposed. 2. As long as the contemnor had a fair trial and the order has been made on valid grounds the existence of a defect either in the application to commit or in the committal order served will not result in the order being set aside except insofar as the interests of justice require this to be done. 3. Interests of justice will not require an order to be set aside where there is no prejudice caused as a result of errors in the application to commit or in the order to commit. When necessary the order can be amended. 4. When considering whether to set aside the order, the Court should have regard to the interests of any other party and the need to uphold the reputation of the justice system.” [17] Bahkan, semenjak kebenaran untuk memulakan prosiding pengkomitan diberikan oleh Mahkamah ini pada tahun 2023, pihak R telahpun memfailkan beberapa afidavit dan berkomunikasi dengan pihak D1. Akan tetapi, tidak ada timbul apa-apa keraguan mahupun kekeliruan di pihak R berkenaan identiti pemohon dalam prosiding pengkomitan. [18] Sebaliknya, isu identiti pemohon dalam prosiding pengkomitan hanya dibangkitkan pada tahun 2025 selepas lebih dua (2) tahun semenjak kebenaran (leave) untuk memulakan prosiding pengkomitan diberikan kepada D1. [19] Apa yang jelas di sini, tidak timbul apa-apa prejudis yang diakibatkan kepada R yang masih berupaya untuk menjawab pertuduhan-pertuduhan serta pengataan-pengataan yang dibuat kepadanya. [20] Lagipun, R juga tidak memperincikan bagaimana beliau dikatakan diprejudiskan akibat kesilapan pada nama pemohon dalam prosiding pengkomitan. [21] Pada masa yang sama, jika diperhatikan kepada kebenaran memulakan prosiding pengkomitan (Lampiran 186) yang difailkan oleh D1 jelas menunjukkan pemohon ialah D1. Pernyataan di bawah Aturan 52 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Lampiran 188) dan Afidavit Sokongan yang diikrarkan D1 juga jelas berkenaan D1 sebagai pemohon. Sesudah Mahkamah Tinggi memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding pengkomitan pada 22.10.2023, jelas pihak yang diniatkan untuk dikomitkan ialah R. [22] D1 juga telah menjelaskan yang kesilapan nama hanya kesilapan menaip yang dilakukan peguam beliau iaitu P. Mahkamah tidak cenderung untuk membenarkan kesilapan teknikal yang tidak serius ini digunakan untuk menganggu gugat perjalanan keseluruhan kes ini. Dalam hal ini, Mahkamah Rayuan dalam kes Jagdis Singh Banta Singh v Outlenk Rank (M) Sdn Bhd [2013] 3 CLJ 47 menyatakan seperti berikut:- “[14] We were of the considered opinion that in the circumstances of this instant case, the requirement of rr. 5(3) and 18(3) of Rules of the Court of Appeal 1994 should be liberally construed and that mere technicalities should not stand in the way of consideration of a case on the merits. Striking out a notice of appeal where a party inadvertently failed to date and sign it will produce a hash result. Rule of procedure should not be taken as a game of skill in which one oversight by counsel shall be decisive to the outcome of the case. The purpose of procedure is to facilitate a proper decision on the merits. [23] Seterusnya, Mahkamah ini juga mengambil panduan daripada dikta Mahkamah Rayuan Inggeris dalam kes Doyle v Olby (Ironmongers) Ltd [1969] 2 QB 158 yang menyatakan seperti berikut:- “... We never allow a client to suffer for the mistake of his Counsel if we can possibly help it. We will always seek to rectify it as far as we can. We will correct it whenever we are able to do so without injustice to the other side...” [24] Selanjutnya, isu salah laksana keadilan juga tidak timbul kerana R tidak ada mengambil apa-apa langkah baharu selepas menyedari kesilapan pada nama tersebut sehingga mendatangkan prejudis kepada dirinya ataupun salah laksana keadilan yang substantial. Dalam hal ini A.2, k.2(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut:- “(1) Suatu permohonan untuk mengetepikan apa-apa prosiding, apa-apa langkah yang diambil dalam mana-mana prosiding atau apa-apa dokumen, penghakiman atau perintah di dalamnya kerana ketidakpatuhan dengan Kaedah-Kaedah ini tidak boleh dibenarkan melainkan jika permohonan itu dibuat dalam suatu masa yang munasabah dan sebelum pihak yang memohon itu telah mengambil apa-apa langkah baru selepas menyedari ketidakteraturan dan ketidakpatuhan itu telah menyebabkan salah laksana keadilan yang substansial atau menyebabkan prejudis yang tidak boleh dibetulkan sama ada melalui pindaan atau suatu perintah yang bersesuaian bagi kos. (2) Suatu permohonan di bawah kaedah ini boleh, selepas notis ketidakteraturan diberikan kepada pihak yang satu lagi, dibuat melalui notis permohonan dan alasan bantahan hendaklah dinyatakan di dalamnya.” [25] Sekiranya diteliti kepada semua kertas kausa relevan, nama P hanya muncul sekali sahaja iaitu dalam Lampiran 267. Akan tetapi, R jelas tahu berkenaan siapa pemohon yang mahu mengkomitkan beliau berdasarkan komunikasi beliau dengan P (rujuk Afidavit Balas D1 di muka 190 dan 200). [26] R juga telah memfailkan afidavit beliau dalam prosiding pengkomitan pada 04.12.2023 tanpa isu nama D1 dibangkitkan. [27] Dalam hal ini juga, Mahkamah ini turut berpandangan yang A.1A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 adalah terpakai untuk membetulkan (“cure”) kesilapan pada nama yang dibangkitkan oleh R yang bersifat teknikal semata-mata. Peruntukan tersebut berbunyi seperti berikut:- “Dalam mentadbir Kaedah-Kaedah ini, Mahkamah atau seorang Hakim hendaklah memberi perhatian pada kepentingan utama keadilan dan tidak hanya kepada ketidakpatuhan teknikal dengan Kaedah-Kaedah ini.” [28] Mahkamah dengan ini membenarkan pembetulan kepada nama D1 seperti mana yang dinyatakan dalam Afidavit Pembetulan D1. Rujuk A.2, k.1(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012:- “(3) Mahkamah atau Hakim boleh, atas alasan bahawa telah berlakunya suatu ketidakpatuhan yang sedemikian sebagaimana yang disebut dalam perenggan (1), dan atas apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang difikirkan adil oleh Mahkamah atau Hakim, dengan mengambil kira objektif utama Kaedah-Kaedah ini, menjalankan budi bicaranya di bawah Kaedah-Kaedah ini untuk membenarkan apa-apa pindaan, sekiranya ada, untuk dibuat dan membuat apa-apa perintah, sekiranya ada, dalam menguruskan prosiding itu secara umum sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah atau Hakim untuk membetulkan ketidakteraturan itu.” [29] Rujukan juga dibuat kepada A.2, k.3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan kuasa-kuasa Mahkamah untuk menangani perkara mengenai apa-apa ketidakaturan kaedah-kaedah mahkamah seperti berikut:- “Mahkamah atau Hakim tidak boleh membenarkan apa-apa bantahan awal oleh mana-mana pihak kepada apa-apa kausa atau perkara atau prosiding hanya atas alasan ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Kaedah-Kaedah ini melainkan jika Mahkamah atau Hakim berpendapat bahawa ketidakpatuhan itu telah menyebabkan suatu salah laksana keadilan yang substansial atau menyebabkan prejudis yang tidak boleh dibetulkan sama ada melalui pindaan atau suatu perintah yang bersesuaian bagi kos atau kedua-duanya. [30] Selanjutnya, Mahkamah ini juga merujuk kapada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj v Datuk Captain Hamzah Mohd Noor & Another Appeal [2009] 4 CLJ 329 yang mana diputuskan seperti berikut:- [46] The technical non-compliance of any rule may be remedied where there is an accidental omission or oversight by a party. A general provision such as O. 1A RHC is for the court or judge to give heed to justice over technical non-compliance. It must not supersede a mandatory requirement of the Rules. O. 1A RHC cannot be invoked when a party intentionally disregards in complying with the Rules. Otherwise, parties would be encouraged to ignore the Rules. Thus in this case, O. 1A RHC does not apply as the respondents had intentionally disregarded O. 6 r. 7(2A) RHC for their own reasons. [31] Akhir sekali, Mahkamah ini juga mengambil panduan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Redang Paradise Vacation Sdn Bhd v Yap Chuan Bin & Other Appeals [2017] 10 CLJ 296 yang mana telah diputuskan seperti berikut:- “[6] In the light of O. 1A and O. 2 of RC 2012, it is not an option anymore for the courts to strike out a matter for non-compliance of the rules without giving an opportunity to the litigant to regularise the proceedings or to condone the irregularity by the fiat of the court. It is only in extremely rare cases where the non-compliance cannot be condoned at all, the court will be obliged to strike out the matter. Those are the cases where the respondent can demonstrate prejudice as well as can establish that the breach cannot be compensated by costs.” [32] Melalui nas-nas yang dirujuk di atas, Mahkamah ini berpuashati untuk memutuskan bahawa ketidakaturan nama pemohon dalam Lampiran 267 bukanlah satu kes ekstrem di mana permohonan pembatalan seperti dipohon R wajar dibenarkan kerana kesilapan nama tersebut masih boleh dibetulkan dengan kebenaran Mahkamah ini. Penutup [33] Berdasarkan alasan-alasan dikemukakan di atas, Mahkamah menolak Lampiran 325 tanpa perintah mengenai kos. Bertarikh: 5.3.2026 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam Pemohon : Tetuan Ravi G No 193, Tingkat 1 Jalan Sutera, Taman Sentosa 80150 Johor Bahru Peguam Responden : Tetuan Azri, Lee Swee Seng & Co Unit 210, Block A, Level 2, Pusat Dagangan Phileo Damansara 2 Jalan 16/11, Off Jalan Damansara 46350, Petaling Jaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.