It was completely irrelevant to the borrower's liability to pay the outstanding sums pursuant to the facilities documents. The transactions between the bank and the borrower and the guarantors arose from a banker-customer relationship. The disputes, if any, between the borrower and other parties have nothing to do with the bank. Those disputes could not affect the liability of the borrower and the guarantors to repay the facilities. These disputes were raised as red herrings and were not triable issues [25] Jika benar Defendan telah menjadi mangsa sindiket penipuan Defendan tetap perlu membayar baki jumlah pembiayaan tersebut berdasarkan kes autoriti NEMONIA INVESTMENTS LTD V. AMBANK ISLAMIC BHD & ORS [2023] 9 CLJ 281. [26] Defendan bukanlah seorang rakyat biasa yang tidak mempunyai tahap intelektual yang tinggi memandangkan Defendan adalah seorang pegawai perubatan. Oleh itu, kegagalan Defendan untuk bertindak dengan sewajarnya bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan adalah merupakan kecuaian dan kesilapan Defendan sendiri. [27] Sekiranya berlaku paksaan atau penipuan, Defendan mempunyai masa, ruang dan kemampuan untuk mengesahkan perkara tersebut kerana walau bagaimanapun juga Defendan telah dibekalkan dengan salinan perintah tersebut dan paksaan sekiranya berlaku adalah dalam bentuk lisan dan bukannya fizikal yang menghalang Defendan daripada mendapatkan nasihat daripada luar [28] Selepas pinjaman diberikan, wang pinjaman menjadi hak mutlak defendan di mana defendan bebas menggunakan wang tersebut mengikut cara yang dikehendaki beliau tanpa ada apa-apa sekatan atau arahan dari plaintif . [29] Defendan harus bertanggungjawab atas perbuatannya. Plaintif tidak boleh dipersalahkan kerana telah memberikan pinjaman kepada defendan [30] Defendan mempunyai pilihan untuk tidak memohon pinjaman. Defendan mempunyai pilihan untuk tidak melakukan pindahan wang tersebut ke akaun yang diarahkan oleh pihak ketiga. Defendan mempunyai pilihan untuk membuat verifikasi ke atas pihak ketiga dan arahan yang diberikan. Namun defendan memilih untuk tidak berbuat demikian. [31] Apa yang terjadi di antara defendan dan pihak ketiga tidak melepaskan defendan dari tanggungjawabnya untuk membayar hutang pinjaman. [32] Defendan ada pilihan untuk membuat tuntutan terhadap pihak ketiga dan pemilik-pemilik akaun yang mana didakwa defendan telah membuat pindahan wang . DEFENDAN TERIKAT DENGAN PERJANJIAN PINJAMAN YANG TELAH DITANDATANGANI [34] Mahkamah Tinggi dalam kes WAN SALIMAH WAN JAFFAR V. MAHMOOD OMAR; ANIM ABDUL AZIZ (INTERVERNER) [1998] 1 CLJ 480 di muka surat 488 telah memutuskan adalah seperti berikut: "It is trite law that when a party signs a contract knowing it to be a contract which governs the relations between them, like the present case, then, to use the words of Denning J (as he then was) in Curtis v. Chemical Cleaning and Dyeing Co Ltd [1951] 1 All ER 631 "his signature is irrefragable evidence of his assent to the whole contract, including the exempting clauses, unless the signature is shown to be obtained by fraud or misrepresentation". [35] Apabila satu pihak menandatangani Perjanjian dan diketahui bahawa Perjanjian itu mengikat perhubungan antara mereka dan tandatangannya adalah keterangan yang tidak boleh dipertikaikan berkaitan persetujuan kepada keseluruhan Perjanjian. [36] Di dalam kes CHEOW HOCK KEE DAN CHAN YOK LIN [2025] CLJU 1023 Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa seseorang adalah terikat dengan kontraknya walaupun dia tidak faham bahasa yang digunakan dalam kontrak tersebut. Diperturunkan di bawah ini petikan yang berkaitan di perenggan 51 seperti berikut: [51] Seseorang adalah terikat dengan kontraknya walaupun dia tidak faham bahasa yang digunakan dalam kontrak tersebut. Mahkamah Tinggi dalam kes Subramaniam v. Retnam [1966] 1 MLJ 172 di ms 173 yang membuat rujukan kepada kes Ismail bin Savoosah & Ors v. Hajee Ismail [1889] 4 Ky di mukasurat 453, 458 seperti berikut: “It was argued that the defendant being ignorant of the English language he is to be excused on that account from the performance of his contract, but it is to my mind clear that in the common principles which govern the law of contract, the person who contracts by a written document, whether or not he understands the language in which it is written, is bound, in the absence of fraud or misrepresentation, by the terms of that contract, as to which proposition no objection was authoritatively sustained.” Polygram Records Sdn Bhd v. The Search & Anor [1994] 3 CLJ 806; [1994] 3 MLJ 127 (HC) dan Capital Stitch Industry Sdn Bhd & Anor v. Jubileei Sdn Bhd [2018] CLJU 1850; [2018] 1 LNS 1850; [2018] MLJU 1703 (HC) dan SERANGOON GARDEN ESTATE LTD v MARIAN CHYE [1959] 1 MLJ 113: when a document containing contractual terms is signed, then in the absence of fraud, or, misrepresentation, the party signing it is bound, and it is wholly immaterial whether he has read the document or not; KESIMPULAN [37] Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, saya mendapati defendan telah membuat permohonan pinjaman, telah diberikan pinjaman yang dipohon dan telah menikmati wang pinjaman tersebut tetapi gagal membayar sebarang ansuran kepada plaintif. [38] Saya mendapati tiada isu untuk dibicarakan di dalam kes ini. Oleh yang demikian, permohonan plaintif untuk suatu Penghakiman Terus dibenarkan dengan kos. Bertarikh pada hari ini 9/9/2025. Zaman bin Mohd Noor Mahkamah Sesyen Sivil 1 Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur