Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA DALAM PASCA KEBANKRAPAN NO.JA-29PB-58-02/2024 BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD … PEMOHON
JA-29PB-58-02/2024
High Court of Malaysia10 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“CLJ 1001; [2015] MLRHU 1107 memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19 “[19] From my reading of ss. 33A and 33B of the Bankruptcy Act 1967, the DGI does not have the absolute discretion to issue the certificate of discharge. The DGI's exercis”
“resumption is that it is retrospective in operation in the absence of a contrary intention, unless, the application of such legislation deprives a person of a vested right and offends art.7(1) of the Federal Constitution."”
“(M) Bhd v Bassanio Teo Yang [2009] MLJU 313; [2009] 9 CLJ 413; [2009] 2 MLRH 668; [2009] AMEJ 0407 memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 “To my mind, the court could certainly delay the issuance of the certificate”
“(M) Bhd v Bassanio Teo Yang [2009] MLJU 313; [2009] 9 CLJ 413; [2009] 2 MLRH 668; [2009] AMEJ 0407 memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 “To my mind, the cour”
“17. JC juga merujuk kepada kes Re Goh Wai Kah; Ex P Tan Lay Lee [2014] MLJU 1880; [2015] 10 CLJ 724; [2014] MLRHU 1367 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[20] The legislative intent of the legislators is clear; in deciding whether to grant or refuse an order of discharge, the”
“17. JC juga merujuk kepada kes Re Goh Wai Kah; Ex P Tan Lay Lee [2014] MLJU 1880; [2015] 10 CLJ 724; [2014] MLRHU 1367 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[20] The legislative intent of the legislators is clear; in deciding whether to grant or refuse an order of discharge, the court shall take into consideration a”
“an bahawa JD adalah layak untuk pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut. Dalam hal ini, JC merujuk kepada kes Dato’ Lim Huah Leong v Engtex Marketing Sdn Bhd [2015] 9 MLJ 639; [2014] 1 LNS 1401; [2014] MLRHU 948 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “In an application for a discharge, each case has to depend upon i”
“ang diperuntukkan seksyen 33C Akta Tersebut dengan sewajarnya. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Re Benny Ong Swee Siang; Ex P United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2016] 8 MLJ 805; [2016] 3 CLJ 1001; [2015] MLRHU 1107 memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via”
“gan dengan kehendak seksyen 33C Akta Tersebut, malah telah mengabaikan sepenuhnya hak JC untuk menuntut kembali hutang JC. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Ting Pek Khing v Ketua Pengarah Insolvensi [2020] CLJU 1138 memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via”
“am mana-mana statut yang lain. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes JMB Kelana Square v Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya & Anor [2022] MLJU 1703; [2022] 1 LNS 1718; [2022] MLRHU 1509; [2022] AMEJ 1116 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[9] What is the principle when there is a specific rule? T”
“ebut perlulah digunapakai berbanding peruntukan umum dalam mana-mana statut yang lain. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes JMB Kelana Square v Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya & Anor [2022] MLJU 1703; [2022] 1 LNS 1718; [2022] MLRHU 1509; [2022] AMEJ 1116 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[9”
“peruntukan umum dalam mana-mana statut yang lain. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes JMB Kelana Square v Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya & Anor [2022] MLJU 1703; [2022] 1 LNS 1718; [2022] MLRHU 1509; [2022] AMEJ 1116 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[9] What is the principle when there is”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA DALAM PASCA KEBANKRAPAN NO.JA-29PB-58-02/2024 BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD … PEMOHON
2
NURSARAH BINTI AHMAD RAAIBI … RESPONDEN-RESPONDEN ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ ALASAN PENGHAKIMAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------
1
Pada 9.7.2019, satu Perintah Kebankrapan telah direkodkan terhadap Responden Kedua (selepas ini dirujuk sebagai “JD”) atas permohonan Pemohon (selepas ini dirujuk sebagai “JC”).
2
JD telah hadir sesi Temu Kenal pada 22.08.2019 dan JD telah memfailkan Pernyataan Hal Ehwal (selepas ini dirujuk sebagai “PHE”) pada tarikh yang sama. JD telah bersetuju untuk membuat ansuran bulanan sebanyak RM1,800.00 bermula 1.9.2019. Jumlah keseluruhan yang terkumpul bagi bayaran ansuran yang telah dibuat JD adalah sebanyak RM90,200.00.
3
Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai “KPI”) telah isytihar 9.87% dividen dan membayar 4 pemiutang yang telah memfailkan Borang Bukti Hutang sebanyak RM30,556.25.
4
Pada 7.1.2024, KPI telah mengeluarkan Notis Pelepasan di bawah subseksyen 33C(3) Akta Insolvensi 1967(selepas ini dirujuk sebagai “Akta Tersebut”) kepada empat pemiutang dalam kes kebankrapan ini untuk memaklumkan bahawa JD akan dilepaskan dari kebankrapannya pada 7.6.2024. Notis tersebut juga menyatakan bahawa sekiranya pihak pemiutang ingin membantah, mereka boleh membuat permohonan kepada Mahkamah dengan menyatakan alasan bantahan dalam tempoh 21 hari dari tarikh penyampaian notis tersebut kepada Pemiutang.
5
Pada 5.2.2024, JC telah memfailkan Permohonan untuk Perintah Menggantung Pelepasan di bawah subseksyen 33C(4) Akta Tersebut yang menjadi subjek pertikaian untuk diputuskan oleh Mahkamah. Analisis dan keputusan Mahkamah:- Bantahan Awal: Sama ada Afidavit yang difailkan KPI adalah di luar masa dan dengan demikian wajar ditolak?
6
JC telah menimbulkan bantahan awal dalam Afidavit Balasan JC (lampiran 9) bahawa Afidavit Jawapan KPI telah difailkan di luar tempoh masa 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan dalam lampiran 1 dan Afidavit Sokongan Pemohon. JC berhujah bahawa memandangkan penyampaian kertas kausa ke atas KPI telah disempurnakan penyampaian melalui kurier pada 7.2.2024, tindakan KPI dalam memfailkan Afidavit Jawapan KPI setelah tempoh 35 hari menunjukkan bahawa Afidavit tersebut adalah di luar tempoh masa pemfailan dan dengan demikian, tidak wajar dipertimbangkan oleh Mahkamah ini.
7
Mahkamah percaya bahawa JC merujuk kepada Aturan 32 Kaedah 13(2)(b) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “KKM”) sebagai sandaran dalam mengusulkan bantahan berkenaan kelewatan pemfailan Afidavit oleh KPI. Penelitian Mahkamah kepada hujahan JC menunjukkan bahawa JC tidak berhujah lanjut berkenaan isu ini.
8
Undang-undang adalah mantap bahawa apabila terdapat peruntukan khusus berkenaan sesuatu perkara, peruntukan khusus tersebut perlulah digunapakai berbanding peruntukan umum dalam mana-mana statut yang lain. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes JMB Kelana Square v Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya & Anor [2022] MLJU 1703; [2022] 1 LNS 1718; [2022] MLRHU 1509; [2022] AMEJ 1116 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- “[9] What is the principle when there is a specific rule? This court alluded to the maxim of interpretation generalia specialibus non derogant. Generalia specialibus non derogant is a principle of statutory interpretation. It means that where a special provision is made in a special statute, that special provision excludes the operation of a general provision in the general law.”
9
Malah, Kaedah-kaedah Insolvensi 2017 (selepas ini dirujuk sebagai “Kaedah Tersebut”) hanya memberi ruang untuk penggunaan KKM sekiranya terdapat sebarang lakuna berkenaan apa-apa isu dalam kaedah-kaedah Insolvensi tersebut. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada Kaedah 284 Kaedah Tersebut yang memperuntukkan bahawa:- “In the absence of any rule regulating any proceeding under the Act or these Rules, the Rules of the Court 2012 shall apply, mutatis mutandis.”
10
Dalam hal ini, Mahkamah berpendapat bahawa terdapat peruntukan khusus dalam Kaedah Tersebut berkenaan pemfailan Afidavit bagi sesuatu permohonan. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada Kaedah 24 Kaedah Tersebut yang memperuntukkan bahawa:- “Filing affidavits on application Affidavits supporting or opposing any application shall be filed with the Registrar not less than three days before the day appointed for the hearing.”
11
Dalam hal ini, Pemohon mengusulkan bantahan pada Pengurusan Kes Pertama secara e-review pada 5.3.2024, dan turut mengulangi bantahan tersebut dalam Afidavit Balasan Pemohon. Memandangkan semasa bantahan-bantahan ini dikemukakan, tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan lagi, maka secara teknikal pemfailan Afidavit Jawapan KPI pada 14.3.2024 adalah pemfailan yang sempurna menurut Kaedah 24 Kaedah Tersebut, memandangkan tarikh bicara bagi kes ini pada 10.7.2024 hanya ditetapkan pada tarikh Pengurusan Kes pada 14.5.2024.
12
Dengan demikian, Mahkamah menolak bantahan awal yang diusulkan JC dalam kes ini. Merit permohonan JC
13
Dalam hujahan JC, JC berhujah bahawa walaupun terdapat pembayaran dividen oleh KPI, namun setakat 22.1.2024 masih terdapat baki tunggakan hutang sebanyak RM186,244.77 yang masih belum dijelaskan JD kepada JC.
14
Dalam hujahan KPI, KPI berhujah bahawa tiada keperluan untuk JD membuat penyelesaian penuh kerana seksyen 33C Akta Tersebut tidak menetapkan sebarang had bayaran dalam penyelesaian jumlah hutang oleh JD. KPI berhujah bahawa obligasi statutori untuk membayar penuh jumlah keberhutangan hanya terpakai bagi permohonan pembatalan di bawah seksyen 105 Akta Tersebut. KPI turut berhujah bahawa pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut adalah automatik selepas tempoh 3 tahun dari tarikh pemfailan PHE. KPI berhujah bahawa tiada syarat-syarat yang dinyatakan dalam seksyen 33C yang menghendaki pembayaran dividen dibuat sebelum dilepaskan, atau penyelesaian penuh dibuat sebelum dilepaskan. KPI juga berhujah lanjut bahawa walaupun JD dilepaskan dari kebankrapan, KPI masih mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas sebagai pentadbir harta JD termasuk untuk membuat pembayaran dividen kepada semua pemiutang yang diperakui.
15
Dalam hal ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan KPI bahawa seksyen 33C tidak mensyaratkan pembayaran hutang sepenuhnya atau pembayaran dividen kepada pemiutang sebagai salah satu syarat untuk pelepasan JD menurut seksyen tersebut. Dengan ketiadaan syarat nyata sedemikian, faktor ketiadaan pembayaran dividen atau pembayaran hutang secara sepenuhnya oleh JD tidak seharusnya diberi penekanan oleh Mahkamah. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Re Mohana Sundari M Subramaniam Ex P United Prime Corporation Bhd [2004] 5 MLJ 227; [2004] 1 CLJ 624; [2003] 3 MLRH 719; [2004] 2 AMR 141 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “I am also of the view that the amount of the debt still owing to the creditor is not a factor which the court should place too much reliance on when considering an application to be discharged from bankruptcy. In the case of Re Siah Ooi Choe ex p Hongkong and Shanghai Banking Corporation (supra) the court held on this point inter alia as follows: With reference to the size of the debt, the Court agreed that it was a very big one, but there was no upper limit set by the Act beyond which discharge was barred. The huge amount of debt here merely reflected the fact that a big business when it failed, tended to fail in a big way and it was in recognition of this fact that no maximum amount was stipulated in the Act. …Based on this reasoning, I take the view that as the Act does not stipulate an upper limit beyond which discharge is barred, the fact that the debt owed by the judgment debtor is a big one should not be given too much weight if any at all.”
16
JC seterusnya berhujah bahawa KPI telah gagal mengemukakan laporan Ketua Pengarah Insolvensi berkenaan hal ehwal aset dan liabiliti JD untuk membuktikan bahawa JD adalah layak untuk pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut. Dalam hal ini, JC merujuk kepada kes Dato’ Lim Huah Leong v Engtex Marketing Sdn Bhd [2015] 9 MLJ 639; [2014] 1 LNS 1401; [2014] MLRHU 948 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “In an application for a discharge, each case has to depend upon its own individual circumstances. The DGI's Report is therefore very important and is an integral piece of document to assist the Court in its consideration and determination whether a Bankrupt should be discharge. Without a proper and complete report on all the relevant issues the Court will not be able to exercise its judicial discretion. The DGI must appreciate the importance of his investigations and the report, failing which the report would be unreliable and the application by the Bankrupt for a discharge would ultimately be refused.”
17
JC juga merujuk kepada kes Re Goh Wai Kah; Ex P Tan Lay Lee [2014] MLJU 1880; [2015] 10 CLJ 724; [2014] MLRHU 1367 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[20] The legislative intent of the legislators is clear; in deciding whether to grant or refuse an order of discharge, the court shall take into consideration a report of the DGI. However, the mandatory requirement that the DGI's report is the prima facie evidence of the conduct of a bankrupt is not without exception. The courts had, from time to time decided that if indeed that the court finds that the DGI's report is incomplete and unreliable, the court can reject the usage of the DGI's report in granting or refusing the order for discharge.”
18
Mahkamah dapati kedua-dua kes yang dirujuk JC adalah diputuskan dalam konteks permohonan pelepasan oleh JD menurut seksyen 33 Akta Tersebut. Menurut seksyen 33(3) Akta Tersebut, dalam mempertimbangkan permohonan pelepasan oleh JD menurut seksyen 33 Akta Tersebut, Mahkamah perlu menimbangkan laporan yang disediakan oleh KPI sebelum membuat sebarang keputusan berkenaan permohonan tersebut. Namun, penelitian Mahkamah kepada seksyen 33C Akta Tersebut menunjukkan tiada keperluan untuk penyediaan sebarang laporan oleh KPI.
19
Mahkamah berpendapat bahawa JC telah tersalah arah apabila berhujah bahawa KPI perlu menyediakan laporan berkenaan keputusan KPI untuk mengeluarkan sijil pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut. Laporan KPI hanya relevan bagi permohonan pelepasan oleh Si Bankrap di bawah seksyen 33 Akta Tersebut yang perlu diputuskan Mahkamah setelah meneliti laporan KPI menurut seksyen 33(3) Akta yang sama. Memandangkan keputusan KPI untuk mengeluarkan Sijil Pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut setelah berpuas hati bahawa segala keperluan di bawah seksyen tersebut telah dipenuhi adalah keputusan beliau sendiri setelah meneliti kandungan dokumen-dokumen dalam fail si bankrap, maka tiada keperluan untuk penyediaan laporan tersebut. Dalam menjelaskan isu ini, Mahkamah dalam kes Asia Commercial Finance (M) Bhd v Bassanio Teo Yang [2009] MLJU 313; [2009] 9 CLJ 413; [2009] 2 MLRH 668; [2009] AMEJ 0407 memutuskan bahawa:- “To my mind, the court could certainly delay the issuance of the certificate by two years as this is clearly provided in s. 33B. However, the court should not be strictly guided by s. 33 because that is a provision where the court is vested with the power to discharge a bankrupt. Counsel for creditor's main complaint is that the DGI did not prepare an updated report on the respondent. In my opinion the DGI cannot be faulted for not preparing a report that is required under s. 33. This is because the "report" in s. 33 is prepared by the DGI for the attention of the court for the purpose of providing sufficient information to assist the decision making process. That is the reason why the report is deemed to be prima facie evidence under s. 33(8). It goes without saying that if the report contains any adverse information that is within the contemplation of s. 33(6), the court is empowered to refuse a discharge. However, under s. 33A, the decision maker is the DGI himself and therefore it is common sense that he need not "report" to himself about the status of the bankrupt. It must be assumed all the relevant information that is in the file of the bankrupt has been considered by the proper officer of the DGI before the Notice of Intention to discharge is issued. Therefore, I cannot agree with counsel for the creditor that it is fatal for the DGI not to have prepared an updated report.”
20
Maka, Mahkamah berpendapat bahawa hujahan JC dalam isu ini juga adalah tidak bermerit. Mahkamah dapati syarat untuk pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut adalah seperti berikut:- “(1) A bankrupt shall be-
a
discharged automatically from bankruptcy on the expiration of three years from the date of the submission of the statement of affairs under subsection 16(1)-
i
if the bankrupt has paid the sum of money determined by the Director General of Insolvency, for the purposes of the administration of the bankrupt's estate, having regard to the financial ability of the bankrupt; and
II
(ii) if the bankrupt has complied with the requirement to render an account of moneys and property to the Director General of Insolvency under paragraph 38(1)(b);”
21
Sebagaimana dihujahkan oleh KPI, pindaan kepada seksyen 33C Akta Tersebut yang berkuatkuasa pada 6.10.2023 tidak lagi mensyaratkan untuk JD membuat pembayaran sumbangan sasaran atas hutang yang diperakukan (targeted contribution of his provable debt), malah hanya perlu membuat pembayaran jumlah yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia mengikut kemampuan kewangan JD. Mahkamah merujuk kepada Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 23.5.2023, di mana dalam menjelaskan pindaan kepada seksyen 33C Akta Tersebut, Menteri menyatakan bahawa:- “Tuan Yang di-Pertua, keempat. Fasal 9 bertujuan untuk menambah baik peruntukan pelepasan secara automatik di bawah subseksyen 33C Akta 360 yang telah diperkenalkan melalui Akta Kebankrapan (Pindaan) 2017 (A1534). Ia membolehkan individu bankrap dilepaskan daripada kebankrapan untuk tempoh singkat tiga tahun hingga lima tahun yang dikira daripada tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal Bankrap. Namun, setakat ini tiada kes pelepasan automatik berjaya direkodkan kerana kesukaran bankrap untuk mematuhi syarat pembayaran sumbangan sasaran atas hutang yang diperakukan dengan izin amount of targeted contribution of his provable debt. Oleh yang demikian, pindaan ke atas subseksyen 33C adalah bertujuan untuk membantu bankrap dilepaskan secara automatik dalam tempoh singkat iaitu tiga tahun hingga lima tahun dengan meringankan syarat bayaran tanpa mengabaikan kepentingan pemiutang. Antara pindaan penting yang dicadangkan ke atas subseksyen 33C adalah sebagaimana berikut:-
a
syarat penyelesaian amaun sumbangan sasaran atas hutang yang diperakukan digantikan dengan syarat pembayaran jumlah yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi mengikut kemampuan kewangan bankrap;
b
peruntukan baharu diperkenalkan berkenaan kuasa KPI untuk menggantungkan pelepasan automatik untuk tempoh tidak melebihi dua tahun jika bankrap tidak mematuhi kewajipan dan obligasinya di bawah Akta 360; dan
c
peruntukan baharu diperkenalkan berkenaan kuasa Ketua Pengarah Insolvensi untuk meminta bankrap memberikan makluman lanjut mengenai pendapatan, pendapatan yang dijangka dan harta bankrap. Cadangan pindaan yang dikemukakan ke atas subseksyen 33C dapat memastikan pentadbiran kebankrapan dijalankan dengan berkesan dengan mengambil kira kepentingan awam, bankrap dan pemiutang selaras dengan dasar peluang kedua. Subseksyen 33C yang terpinda adalah terpakai secara retrospektif bagi memberikan peluang pelepasan kepada bankrap yang telah memfailkan Pernyataan Hal Ehwal sebelum tarikh kuat kuasa akta pindaan dan memenuhi syarat-syarat pelepasan automatik. Fasal 16 adalah peruntukan yang menjelaskan pelaksanaan pelepasan automatik secara retrospektif...”
22
Sebagaimana dinyatakan dalam Hansard Parlimen tersebut dan nota di akhir seksyen 33C Akta Tersebut, peruntukan pindaan seksyen 33C tersebut bersifat retrospektif di mana peruntukan tersebut juga terpakai kepada mana-mana JD yang telah dibankrapkan dan telah memfailkan PHE sebelum Akta Pindaan Tersebut berkuatkuasa. Dengan pindaan tersebut, Seksyen 33C kini telah dipinda di mana kini JD hanya dikehendaki membayar jumlah sumbangan yang telah ditentukan oleh KPI mengikut kemampuan kewangan JD. Dalam hal ini, walaupun tiada keperluan untuk penyediaan laporan KPI sebagaimana diputuskan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa KPI masih mempunyai obligasi untuk menyatakan dalam afidavit KPI berkenaan faktor-faktor yang telah beliau pertimbangkan dalam menentukan jumlah sumbangan mengikut kemampuan JD.
23
Secara analogi, Mahkamah merujuk kepada pelepasan melalui sijil pelepasan di bawah seksyen 33A Akta Tersebut yang tidak menetapkan sebarang garis panduan tertentu yang perlu diikuti KPI dalam menjalankan kuasa budi bicara beliau dalam memutuskan untuk mengeluarkan Perakuan Pelepasan Ketua Pengarah, melainkan keperluan untuk hanya memastikan pentadbiran kebankrapan telah dilaksanakan selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Bassanio (supra) memutuskan bahawa:- “[11] Very interestingly, unlike s. 33 under which a bankrupt seeks reprieve from the bankruptcy, s. 33A does not provide any guideline for the DGI to consider in granting a discharge. The only precondition is that five years must have elapsed since the commencement of the bankruptcy…”
24
Pada kebiasaannya, KPI dibimbing oleh Garis Panduan Jabatan. Perkara ini ada dijelaskan dalam kes Re Endon Tamseran; Ex P Parkash Singh Wasawa Singh [2009] 8 CLJ 379; [2009] 2 MLRH 200 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[13] In this case the KP JIM purportedly exercised his discretionary powers under s. 33A(1) of the Act to discharge the bankrupt of her bankruptcy. Here the KP's powers is also unfettered, subject only to the rights of the creditors to object. He is guided by his standard Departmental Guidelines…”
25
Berbeza dengan pelepasan di bawah seksyen 33A Akta Tersebut, di samping menetapkan syarat tempoh minima 3 tahun dari tarikh pemfailan PHE, seksyen 33C Akta Tersebut juga telah menyenaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan KPI bagi maksud menentukan sumbangan yang perlu dibayar JD mengikut kemampuan JD dalam seksyen 33C(2) Akta Tersebut seperti berikut:- “(2) For the purposes of subparagraph (1)(a)(i), in determining the sum of money to be paid by the bankrupt, the Director General of Insolvency shall take into account-
b
the current monthly income of the bankrupt;
c
the extent to which the current monthly income of the bankrupt's spouse may contribute to the maintenance of the bankrupt's family;
d
the monthly income that the bankrupt may reasonably be expected to earn over the duration of the bankruptcy, taking into account-
i
the previous and current monthly income of the bankrupt;
II
(ii) the educational and vocational qualifications, age and work experience of the bankrupt;
III
(iii) the range of monthly income earned by persons who are employed in occupations, positions or roles similar to that in which the bankrupt is, or can be expected to be, employed;
IV
(iv) the effect which the bankruptcy may have on the bankrupt's earning capacity or other income;
v
the prevailing economic conditions; and
VI
(vi) the period of time during which the bankrupt is likely to be capable of earning a meaningful income;
e
the reasonable expenses for the maintenance of the bankrupt and the bankrupt's family;
f
the property of the bankrupt under paragraph 48(1)(b) which may be realized during the period of three years; and
g
the debt provable in bankruptcy.”
26
Maka, Mahkamah berpendapat bahawa KPI hendaklah dengan jelas membutirkan dalam Afidavit KPI apakah faktor-faktor yang dibutirkan dalam seksyen 33C(2) Akta Tersebut yang telah dipertimbangkan KPI dalam menentukan sumbangan mengikut kemampuan JD. Dengan pembutiran tersebut, Mahkamah dapat menilai sama ada KPI telah melaksanakan budi bicara dengan sewajarnya dengan mengambil kira kesemua faktor yang relevan dalam mencapai keputusan KPI.
27
Penelitian Mahkamah kepada Afidavit KPI mahupun hujahan bertulis KPI menunjukkan bahawa KPI langsung tidak menyatakan telah menimbangkan sebarang faktor yang dinyatakan dalam seksyen 33C(2) Akta Tersebut untuk menentukan sumbangan yang sewajarnya dalam kes ini yang perlu dibuat oleh JD. Malah, Mahkamah dapati KPI telah bergantung sepenuhnya kepada jumlah yang dicadangkan JD untuk dibayar secara bulanan sebagai sumbangan yang perlu dibayar oleh JD. Umpamanya, dalam perenggan 6 Afidavit Jawapan KPI, KPI mendeposkan bahawa:- “Saya selanjutnya menyatakan bahawa Bankrap bersetuju untuk membuat bayaran ansuran bulanan sebanyak RM1,800.00 bermula 01.09.2019...”
28
Manakala, perkara yang sama diulangi di perenggan 14 Hujahan Bertulis KPI seperti berikut:- “Bankrap juga telah bersetuju untuk membuat pembayaran ansuran bulanan sebanyak RM1,800.00 untuk faedah pemiutangnya...”
29
Mahkamah berpendapat bahawa walaupun JD telah membuat sumbangan tersebut tanpa gagal sehingga notis pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut, namun sumbangan yang dibayar tersebut adalah bukan sumbangan yang ditetapkan oleh KPI setelah menimbangkan kesemua faktor-faktor yang dinyatakan dalam seksyen 33C(2) Akta Tersebut dan KPI hanya sekadar mengikuti cadangan JC untuk membayar RM1,800 sebulan. Dalam apa jua keadaan, persetujuan JD untuk membuat sebarang amaun sebagai sumbangan tidak merupakan salah satu faktor untuk pertimbangan KPI menurut seksyen 33C(2) Akta Tersebut sebagaimana dinyatakan di atas.
30
Mahkamah berpendapat bahawa keperluan KPI untuk membutirkan faktor-faktor yang telah dipertimbangkan beliau dalam menentukan sumbangan yang perlu dibayar JD menjadi lebih mustahak apabila JC dalam kes ini mendakwa bahawa KPI tidak pernah memanggil JC menghadiri Mesyuarat Pemiutang bagi membincangkan keupayaan kewangan dan tanggungan JD. Mahkamah sedia maklum bahawa pindaan telah dibuat kepada seksyen 15 Akta Tersebut yang tidak lagi mewajibkan pemanggilan Mesyuarat Pemiutang. Seksyen 15 (1) Akta Tersebut kini memperuntukkan bahawa:- “(1) As soon as may be after the making of a bankruptcy order against a debtor, a meeting of creditors may be held for the purpose of considering whether a proposal for a composition or scheme of arrangement shall be entertained and generally as to the mode of dealing with the bankrupt's property, and for any other purpose as may be prescribed.”
31
Perlu diperhatikan bahawa Akta Pindaan yang telah berkuatkuasa pada 6.10.2023 telah menggantikan perkataan “shall” yang mewajibkan untuk pemanggilan Mesyuarat Pemiutang Pertama kepada “may”, dan dengan demikian, keperluan sama ada memanggil mana-mana Mesyuarat Pemiutang adalah kini budi bicara KPI dan tidak lagi mandatori. Konsisten dengan pindaan ini, perenggan 1 kepada Jadual A (yang perlu dibaca bersama bagi isu Mesyurat Pemiutang menurut seksyen 15(2) Akta Tersebut) telah dipinda di mana keperluan untuk KPI mengadakan Mesyuarat Pemiutang Pertama dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Perintah Kebankrapan melalui Petisyen Pemiutang, telah kini dipadam (deleted).
32
Mahkamah sedia maklum bahawa anggapan wujud bahawa sebarang pindaan kepada peruntukan undang-undang berkuatkuasa prospektif sekiranya melibatkan isu substantif dan berkuatkuasa kebelakangan (retrospektif) sekiranya melibatkan isu prosedur, melainkan dinyatakan sebaliknya secara nyata dalam perundangan tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Dalip Bhagwan Singh v PP [1998] 1 MLJ 1; [1997] 4 CLJ 645; [1997] 1 MLRA 653; [1997] 4 AMR 4029 memutuskan bahawa:- "In respect of legislation on substantive law, there is a rule of presumption that itis not retrospective in operation in the absence of a contrary intention by express words or by necessary implication. Conversely, in respect of legislation on evidence or procedure, the presumption is that it is retrospective in operation in the absence of a contrary intention, unless, the application of such legislation deprives a person of a vested right and offends art.7(1) of the Federal Constitution."
33
Dalam hal ini, seksyen 17 Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 dengan jelas memperuntukkan bahawa:- “Notwithstanding sections 15 and 16, any proceedings, actions or other matters required to be done under the principal Act which are still pending immediately before the coming into operation of this Act shall be continued or concluded under the principal Act as if the principal Act had not been amended by this Act.”
34
Maka, Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 secara nyata memperuntukkan bahawa sebarang tindakan yang perlu dilaksanakan menurut Akta Prinsipal (yang termasuk mengadakan Mesyuarat Pemiutang menurut seksyen 15 Akta Tersebut) yang masih tertunggak semasa Akta Pindaan mula berkuatkuasa, perlu diteruskan seolah-olah Akta Prinsipal Tersebut tidak dipinda.
35
Dalam kes di hadapan Mahkamah, memandangkan Perintah Kebankrapan telah direkodkan pada 9.7.2019 iaitu sebelum berkuatkuasa Akta Pindaan tersebut pada 6.10.2023, keperluan untuk mengadakan mesyuarat pemiutang pertama dalam tempoh 3 bulan dari tarikh Perintah Kebankrapan masih terpakai. Memandangkan KPI masih belum memanggil mesyuarat pemiutang pertama dalam tempoh masa yang diperuntukkan dalam Jadual A, KPI perlu memfailkan permohonan di Mahkamah untuk mendapatkan perintah perlanjutan masa menurut Kaedah 208(4) Kaedah Tersebut.
36
Dalam hal ini, kertas-kertas kausa yang difailkan KPI adalah senyap berkenaan alasan kegagalan memanggil Mesyuarat Pemiutang Pertama dan sama ada sebarang tindakan susulan diambil untuk mendapatkan perintah lanjutan masa dari Mahkamah. Mahkamah berpendapat bahawa dengan ketiadaan Mesyuarat Pemiutang Pertama dengan JC, KPI telah menafikan hak JC untuk menyoal JD berkenaan hal ehwal JD sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen 15(1A) Akta Tersebut, dimana dalam konteks pelepasan di bawah seksyen 33C Akta Tersebut, JC dinafikan hak untuk mengenalpasti sama ada sumbangan yang dibayar JD adalah sumbangan yang konsisten dengan pendapatan, aset-aset dan liabiliti JD. Maka, memandangkan hak JC tersebut dinafikan, adalah menjadi mustahak bagi KPI menerangkan dengan jelas dalam Afidavit KPI berkenaan faktor-faktor yang telah dipertimbangkan KPI dalam penetapan sumbangan JD dalam kes ini.
37
Sebagaimana dibincangkan di atas, tindakan KPI dalam tidak menimbangkan sebarang faktor-faktor yang dinyatakan dalam seksyen 33C(2) Akta Tersebut dan hanya bergantung kepada cadangan JD semata-mata dalam memutuskan jumlah sumbangan yang perlu dibayar JD menyebabkan KPI bukan sahaja bertindak bertentangan dengan kehendak seksyen 33C Akta Tersebut, malah telah mengabaikan sepenuhnya hak JC untuk menuntut kembali hutang JC. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Ting Pek Khing v Ketua Pengarah Insolvensi [2020] CLJU 1138 memutuskan bahawa:- “[29] It is the DGI's responsibility to peruse all the material before him in deciding whether to discharge any bankrupt upon such an application being made and in so doing it is incumbent that the DGI take into account not only the material before him but also the rights of the other creditors of the bankrupt who are entitled to their rights as well and for the DGI to then strike a balance thereto in coming to his decision...”
38
Undang-undang adalah mantap bahawa dalam menjalankan budi bicara KPI, KPI seharusnya mengimbangi hak kedua-dua pihak dan bukan bertindak atas kepentingan JD semata-mata. Dalam menerangkan prinsip ini, Mahkamah dalam kes Mayban Finance Bhd v Lee Kee Sen [2014] 10 CLJ 543; [2013] MLRHU memutuskan bahawa:- “. However, this application being made by the DGI, not the bankrupt, the former bears the burden of justifying that the discharge is warranted and just in the circumstances of the case. What is just must be to achieve a delicate balance between the interests of the bankrupt to free himself from the chains of bankruptcy and the right of the judgment creditor, including his other creditors to receive the judgment sum.”
39
Memandangkan KPI telah bertindak bertentangan dengan seksyen 33C(1) dan (2) Akta Tersebut dalam penentuan jumlah sumbangan yang perlu dibuat oleh JD, Mahkamah ini berkuasa untuk menyemak sama ada KPI telah menggunakan kuasa budi bicara yang diperuntukkan seksyen 33C Akta Tersebut dengan sewajarnya. Dalam hal ini, Mahkamah dalam kes Re Benny Ong Swee Siang; Ex P United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2016] 8 MLJ 805; [2016] 3 CLJ 1001; [2015] MLRHU 1107 memutuskan bahawa:- “[19] From my reading of ss. 33A and 33B of the Bankruptcy Act 1967, the DGI does not have the absolute discretion to issue the certificate of discharge. The DGI's exercise of the discretion is plainly subjected to the provisions in s. 33B. It must be made judiciously depending on the circumstances of each case. In the Supreme Court case of Savrimuthu Sinnapan v. PP [1987] 1 CLJ 368; [1987] CLJ (Rep) 322; [1987] 2 MLJ 173, Salleh Abas LP held that public interest, reason and justice demand that any statutory power must be exercised reasonably and with due consideration.”
40
Berdasarkan analisis di atas, Mahkamah berpendapat bahawa KPI telah gagal melaksanakan budi bicara yang diperuntukkan menurut seksyen 33C Akta Tersebut dengan sewajarnya dalam mentadbir estet JD.
41
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah dengan ini membenarkan permohonan JC untuk menghalang KPI dari melepaskan JD menurut seksyen 33C Akta Tersebut selama 2 tahun menurut seksyen 33C(7)(b) Akta Tersebut, dari 10.7.2024 sehingga 9.7.2026. Mahkamah menggunakan budi bicara untuk tidak membuat sebarang perintah terhadap kos. Bertarikh: 10 Julai 2024 Disediakan oleh, ………………………………….
1
Tetuan Ana Shahrana Annuar & Co Peguambela & Peguamcara Peguam bagi Pemiutang Penghakiman No.29, Tingkat 1, Jalan Rambutan, 86000 Kluang Johor (Ruj: ASAC/KLG/SU/TS/3807/18 (BKRM-MASAI)) … Puan Nadzirah Ramlee (menyebut bagi pihak)
2
Ketua Pengarah Insolvensi Aras 12, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru, Johor [No Ruj:-] … Encik Mohd Azwan Bin Zulkifli Kes-kes yang dirujuk:
1
JMB Kelana Square v Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya & Anor [2022] MLJU 1703; [2022] 1 LNS 1718; [2022] MLRHU 1509; [2022] AMEJ 1116
2
Re Mohana Sundari M Subramaniam Ex P United Prime Corporation Bhd [2004] 5 MLJ 227; [2004] 1 CLJ 624; [2003] 3 MLRH 719; [2004] 2 AMR 141
3
Dato’ Lim Huah Leong v Engtex Marketing Sdn Bhd [2015] 9 MLJ 639; [2014] 1
4
LNS 1401; [2014] MLRHU 948
5
MLRHU 1367 Asia Commercial Finance (M) Bhd v Bassanio Teo Yang [2009] MLJU 313; [2009] 9 CLJ 413; [2009] 2 MLRH 668; [2009] AMEJ 0407
6
Re Endon Tamseran; Ex P Parkash Singh Wasawa Singh [2009] 8 CLJ 379; [2009]
7
Dalip Bhagwan Singh v PP [1998] 1 MLJ 1; [1997] 4 CLJ 645; [1997] 1 MLRA 653; [1997] 4 AMR 4029
8
Ting Pek Khing v Ketua Pengarah Insolvensi [2020] CLJU 1138
9
Mayban Finance Bhd v Lee Kee Sen [2014] 10 CLJ 543; [2013] MLRHU
10
Re Benny Ong Swee Siang; Ex P United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2016] 8 MLJ 805; [2016] 3 CLJ 1001; [2015] MLRHU 1107
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.