Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-B52M-163-10/2025 ANTARA BANK MUALAMAT MALAYSIA BERHAD (6175-W) ... PLAINTIF
DA-B52M-163-10/2025
Sessions Court of Malaysia7 May 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“r irregular judgment. If it is an irregular judgment, then the default judgment ought to be set aside ex debitio justitae. If it is regularly obtained, then the principle expounded in Evans v Bartlam [1937] AC 473 applies - see the judgment of the Federal Court in Hasil Bumi Perumahan Sdn. Bhd. & 5 Ors v United Malayan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU DI DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-B52M-163-10/2025 ANTARA BANK MUALAMAT MALAYSIA BERHAD (6175-W) ... PLAINTIF
1
MOHD ZAID BIN IBRAHIM (No. K/P: 510410-03-5071/4158114)
2
IZAD KAZRAN BIN MOHD ZAID (No. K/P: 810306-14-6091) ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Kertas kausa berkaitan dalam prosiding ini ialah sep berikut: i. Notis Permohonan Defendan-Defendan – Lampiran 9 ii. Afidavit Sokongan Defendan – Lampiran 10 iii. Afidavit Jawapan Plaintif – Lampiran 11 iv. Afidavit Balasan Defendan – Lampiran 12 v. Hujahan Bertulis Defendan – Lampiran 15 vi. Hujahan Plaintif – Lampiran 13 vi. Hujahan Balas Plaintif – Lampiran 17 [2] Di atas permohonan Defendan-Defendan pada [Lampiran 9] untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut, saya telah menolaknya dengan kos RM 2000.00. Defendan-Defendan telah menfailkan rayuan (Lampiran 20) terhadap keputusan saya tersebut [3] Secara ringkasnya tuntutan Plaintif ke atas Defendan-Defendan adalah berkaitan satu kemudahan pembiyaan perumahan dikenali sebagai Property Financing-I (Tawarruq) berjumlah RM 1,009,380.00. Kemudahan pembiyaan tersebut adalah bagi membiayai satu unit rumah berkembar dua tingkat dan dua unit rumah berkembar satu tingkat yang terletak di No 1268, Kampung Kenali, Jalan Pasir Hor, 15350 Kota Bharu, Kelantan yang dipegang dibawah GM 2565, Lot 3205, Mukim Kenali, Jajahan Kota Bharu, Kelantan [4] Di atas kegagalan Defendan-Defendan mematuhi terma-terma pembiayaan tersebut, tindakan ini telah dimulakan oleh Plaintif. Selanjutnya satu penghakiman ingkar kehadiran keingkaran telah dimasukkan terhadap Defendan-Defendan. Oleh itu Defendan telah menfailkan Notis Permohonan sebagaimana Lampiran 9 untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran tersebut Alasan Keputusan
Lampiran
Lampiran 9 - Notis Permohonan Defendan di bawah Aturan 13 k 8 KKM 2012 [5] Di dalam menimbangkan permohonan ini, saya perlu memutuskan dua perkara iaitu samada Penghakiman Ingkar bertarikh 17. 11.2025 adalah satu Penghakiman yang teratur dibawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Dan seterusnya menimbangkan samada Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit atau isu yang harus dibicarakan. Prinsip Undang-Undang [6] Prinsip undang-undang berkaitan pengenepian penghakiman ingkar adalah mantap. Sebagaimana dirujuk oleh kedua-dua peguam bijaksana, di dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v. Chin Teck Kwee & Anor [1997] 1 MLRA 284, Yang Arif Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Held No 1: A default judgment is not a judgment on the merits. When such a judgment was obtained irregularly, such irregularity would be a sufficient ground by itself for setting it aside. But when the default judgment had been obtained regularly, in order to succeed the defendant must file an affidavit of merits, which must disclose that he had a defence on the merits and that he had or traible issue on the merits [7] Seterusnya saya merujuk kepada kes Yap Ke Huat & Ors v Pembangunan Warisan Murni Sejahtera Sdn. Bhd. & Anor [2008] 4 CLJ 175 yang memberikan memberikan panduan tentang prinsip untuk mengenepikan penghakiman ingkar, iaitu seperti berikut:- "It is trite that when considering an application to set aside a judgment in default, the first task is to ascertain whether it is a regular or irregular judgment. If it is an irregular judgment, then the default judgment ought to be set aside ex debitio justitae. If it is regularly obtained, then the principle expounded in Evans v Bartlam [1937] AC 473 applies - see the judgment of the Federal Court in Hasil Bumi Perumahan Sdn. Bhd. & 5 Ors v United Malayan Banking Berhad [1994] 1 CLJ 328. This requires the Defendant to show that he has a defence on merits. Delay in making such application is a factor to be considered by the Court in deciding whether to grant or refuse the application - see Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v Arab-Malaysian Finance Bhd. [1996] 1 CLJ 241." [8] Saya juga merujuk kepada kes berikut mengenai prinsip bahawa cadangan pembelaan mestilah mempunyai merit. Di dalam kes Bank Bumiputra Malaysia Bhd. v Majlis Amanah Rakyat [1979] 1 MLJ 23 diputuskan:- "It is axiomatic that if the judgment is regular, then it is an inflexible rule that there must be an affidavit of merits, that is an affidavit stating facts showing a Defence on the merits." [9] Manakala di dalam kes in Hasil Bumi Perumahan Sdn. Bhd. & 5 Ors v United Malayan Banking Corp. Bhd. [1994] 1 MLJ 312, dinyatakan:- "When the judgment is a regular judgment, this Defendant: must show to the Court that he has a defence that has some merits of which the Court should try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as a bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence, there is no defence and the application must fail." Dapatan dan Keputusan Mahkamah Berkenaan bantahan Defendan atas kelewatan Plaintif menfailkan Afidavit [10] Peguam Defendan di dalam hujahannya membantah penfailan Afidavit Jawapan Plaintif (Lampiran 12) kerana kelewatan penfailan 3 hari berdasarkan Aturan 32 k 13(2)(b) KKM 2012 dan tiada permohonan perlanjutan masa dibuat. [11] Peguam Plaintif berhujah bahawa Afidavit tersebut boleh digunapakai di bawah Aturan 1A dan Aturan 2 k 3 KKM 2012 [12] Di dalam menimbangkan isu ini, saya berpendapat dan memutuskan bahawa kelewatan tersebut tidak memprejudiskan pihak Defendan. Oleh itu Afidavit Lampiran 12 diterima pakai. Berkenaan sama ada penghakiman ingkar dimasukkan teratur [13] Peguam Defendan berhujah bahawa penyampaian Writ Saman dan Penyata Tuntutan kepada Defendan-Defendan adalah tidak teratur [14] Pada asasnya pihak Defendan tidak mempertikaikan bahawa penyerahan Writ Saman(WS) dan Penyata Tuntutan(PT) ke alamat penyerahan seperti mana dinyatakan dalam afidavit penyampaian dan pengindorsan. [15] Namun begitu alasan utama Defendan ialah bahawa WS dan PT tidak diserahkan kepada peguam defendan yang telah dilantik iaitu Tetuan Zaid Ibrahim Suflan T H Liew & Partners (Tetuan ZISTL). Peguam Plaintif berhujah bahawa Tetuan ZISTL telah menyatakan secara jelas bahawa mereka telah dilantik menguruskan perkara ini dan segala urusan koresponden hendaklah dihantar kepada mereka. Hujahan Defendan ini berasaskan surat Tetuan ZISTL kepada Peguam Plaintif bertarikh 20.06.2026 (eksibit pada muka surat 139 -140, Afidavit Sokongan Defendan). Dalam bahasa asal surat yang dirujuk oleh peguam Defendan ialah sebagaimana berikut: 2. We act for Mohd Zaid Bin Ibrahim and Izad Kazran Bin Mohd Zaid, the account holder in respect of the facility ("our client") 3. As we now been appointed to deal with this matter, please direct all correspondence to us as our clients soicitors [16] Adalah menjadi hujahan Peguam Defendan bahawa WS dan PT hendaklah diserahkan melalui Tetuan ZISTL atau setidak-tidaknya Peguam Plaintif bertanya terlebih dahulu samada Tetuan ZISTL mempunyai arahan untuk menerima proses penyerahan WS dan PT. Di dalam menyokong hujahan ini Peguam Defendan telah merujuk kepada otoriti-otoriti iaitu kes Mokhtar bin Amin v Mohamed Moktar bin Omar [2001] 4 MLJ 329, Leung Kai Fook Medical Co Pte Ltd & Anor v Ninso Global Sdn Bhd [2023] 1 LNS 1531 dan Lau Pick Huong Soh Huang Siah [2014] 8 CLJ 488 [17] Fakta di dalam kes kita sekarang ialah Peguam Plaintif dalam tindakan ini telah menyerahkan WS dan PT secara pos berdaftar kepada Defendan-Defendan di ketiga-tiga alamat Defendan termasuk ke alamat No 10, Jalan TR 8/3, Jalan Tropicana Golf & Country Resort,47410 Petaling Jaya, Selangor. Ini adalah alamat yang digunapakai semasa surat tawaran pembaiyaan dikeluarkan oleh Plaintif kepada Defendan-Defendan dan juga alamat yang digunakan di dalam Perjanjian Kemudahan pada Bahagian 3, Jadual Pertama Perjanjian Kemudahan (rujuk muka surat 105, Afidavit Sokongan Defendan). [18] Adalah menjadi hujahan Peguam Plaintif bahawa penyampaian ke alamat tersebut adalah selaras dengan Seksyen 12.1(b) (i) Perjanjian Kemudahan tersebut (rujuk ms 84 Afidavit Defendan). Defendan-Defendan tidak menafikan telah menerima WS dan PT di alamat tersebut. [19] Di dalam menimbangkan fakta di atas dan hujahan kedua-dua pihak berkenaan surat Tetuan ZISTL bertarikh 20 Jun 2025 yang telah dihantar kepada peguam Plaintif, saya berpendapat surat tersebut tidak menyatakan dengan jelas dan terang bahawa Tetuan ZISTL diarahkan untuk menerima proses penyampaian (instruction to accept service of process). Pada pendapat saya arahan untuk menerima proses penyampaian (instruction to accept service of process) adalah merujuk kepada arahan menerima WS dan PT atau lain-lain kertas kausa mahkamah. Pada hemat saya juga ini berbeza dengan ayat yang digunakan di dalam surat Tetuan ZITSL yang menyatakan "As we now been appointed to deal with this matter, please direct all correspondence to us as our clients solicitors", yang mana pada hemah saya ia membawa maksud untuk tujuan koresponden biasa. [20] Oleh itu adalah menjadi dapatan dan keputusan saya bahawa penghakiman ingkar yang dimasukkan adalah teratur. Penyampaian writ dan penyataan tuntutan telah sempurna penyampaiannya apabila dibuat mengikut kontrak di bawah A 10 k 3(1)(b) KKM 2012 yang dibaca bersama dengan Seksyen 12.1(b) (i) Perjanjian Kemudahan tersebut. Pada pendapat saya juga penyampaian ke alamat sebagaimana dalam kontrak adalah mengatasi amalan WS dan PT dihantar kepada peguam yang dilantik apabila wujud keadaan di mana tiada arahan jelas oleh Tetuan ZITSL untuk menerima proses servis seperti mana di dalam kes kita sekarang. Pada hemah saya juga Defendan-Defendan tidak diprejudiskan apabila alamat yang digunakan semasa berkontrak digunapakai semasa penyerahan WS dan PT yang mana tidak dinafikan oleh Defendan bahawa beliau tiada atau tidak tinggal di alamat tersebut. Berkenaan sama ada Defendan mempunyai pembelaan bermerit [21] Adalah menjadi cabaran Defendan bahawa permohonan ini adalah bermerit. Antara isu-isu yang diutarakan oleh Defendan ialah notis tuntutan dan penamatan adalah tidak sah, wujud repudiasi salah kepada Perjanjian Kemudahan tersebut, Plaintif tidak memiliki hak percepatan(acceleration right), pencirian yang salah, isu pengiraan ibra' dan ta'widh yang akhirnya membawa kepada isu ketepatan jumlah tuntutan sebenar Plaintif. [22] Penjelasan maksud pembelaan bermerit telah dinyatakan dalam kes Hasil Bumi Perumahan Sdn. Bhd. & 5 Ors v United Malayan Banking Corp. Bhd. [1994] 1 MLJ 312:- [2] In order to succeed in his application under O.13 r.8 and O.19 r.9 the applicant must show that he has a defence which has some merits and which the Court should try. To use common and plain language, the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence there is no defence and the application must fail." [23] Secara keseluruhannya saya mendapati isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan telah gagal menimbulkan pembelaan bermerit. Isuisu pembelaan bermerit yang dibangkitkan di dalam Afidavit dan dihujahkan hanyalah secara umum sahaja. Pada hemah saya Defendan telah gagal menunjukkan secara spesifik merit kes pembelaan yang memerlukan ia dibicarakan [24] Oleh itu permohonan Defendan pada Lampiran [9] wajar ditolak. Dazuki bin Ali Hakim Mahkamah Sesyen 1 Kota Bharu Kelantan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.