Berdasarkan kepada Penyata Tuntutan plaintif di dalam guaman di Mahkamah Sesyen, peminjam telah membuat pinjaman bayaran bulanan Sinking Fund bagi maksud bayaran prinsipal sebanyak RM60,000. Ini bermakna, jumlah prinsipal yang berbaki ialah RM90,000 dan bukannya RM150,000. [11] Oleh kerana pengiraan jumlah terhutang di dalam BN adalah tidak diasaskan kepada penghakiman tersebut, adalah menjadi hujah peguam terpelajar bahawa adalah menjadi tanggungjawab JC untuk menyatakan dengan jelas jumlah yang kena di bayar oleh JD di dalam BN berdasarkan kepada penghakiman yang diperolehi; Low Mun v Chung Khiaw Bank Ltd [1987] CLJ (Rep) 172 MA. 6 [12] Kedudukan undang-undang yang sama telah diulangi oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes J Raju a/l M Kerpaya v Commerce Internasional Merchant Bankers Bhd [2000] 3 CLJ 104 MR. Kes tersebut adalah autoriti kepada kedudukan undang-undang bahawa adalah syarat terdahulu kepada pelaksanaan bidang kuasa kebankrapan sesuatu BN memerlukan JD untuk membayar hutang penghakiman menurut terma-terma penghakiman di mana ia diasaskan. Respon dari Pemiutang Penghakiman [13] Pada menjawab isu ini, peguam terpelajar JC menghujahkan bahawa jumlah RM181,024.11 yang dinyatakan di dalam BN ialah jumlah yang dituntut semasa BN dikeluarkan. Menurut peguam terpelajar jumlah yang dinyatakan di dalam BN tersebut adalah menepati keperluan s 3(1)(i) Akta Insolvensi 167 di mana sesuatu BN itu hendaklah: … a bankruptcy notice under this Act requiring him to pay the judgment debt or sum ordered to be paid in accordance with the terms of the judgment or order with interest quantified up to the date of issue of the bankruptcy notice. [14] Berhubung dengan perkara ini, peguam terpelajar JC telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan di dalam P Mukundan a/l PK Kunchu Kurup v Daniel a/l Anthony [2018] 4 MLJ 249 MR. Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut memutuskan bahawa BN yang dikeluarkan oleh JC adalah tidak cacat. Ini adalah kerana pada tarikh BN dikeluarkan, faedah boleh dikira malah telah dinyatakan 7 jumlahnya oleh JC. Oleh itu, jumlah yang dituntut daripada JD telah dinyatakan jumlahnya, boleh dikuatkuasakan dan selaras dengan penghakiman. Jumlah yang dinyatakan dalam BN adalah jumlah yang betul pada tarikh notis. [15] Berhubung dengan isu pengiraan ta’widh, Julie Lee di dalam para 5(3) AIR telah menerangkan bahawa jumlah RM3,052.22 adalah sebenarnya dikira dari 5.9.2018 iaitu tarikh notis penamatan sehingga 21.5.2020 iaitu tarikh BN. Julie Lee juga menjelaskan bahawa tarikh 28.2.2018 yang disalahertikan oleh JD adalah satu kesilapan perkeranian. [16] Lagipun menurut Julie Lee lagi, asas kepada pengiraan ta’widh adalah kepada jumlah prinsip RM90,000 bermula dari 17.10.2018 hingga dan bukannya RM150,000. Ini adalah kerana hanya satu pembayaran berjumlah sebanyak RM60,000 daripada JD pada 17.10.2018. Analisa [17] Di dalam kes P Mukundan yang dirujuk oleh peguam terpelajar JC, BN telah dikeluarkan oleh JC menuntut bayaran RM165,934.25. Melalui satu afidavit, JD memohon untuk mengetepikan NK atas alasan NK berasaskan penghakiman yang tidak muktamad dan jumlah terhutang pada JC belum ditentukan atau dinyatakan jumlahnya. Permohonan JD ditolak oleh penolong kanan pendaftar. Walau bagaimanapun, melalui rayuan pada hakim dalam kamar, hakim Mahkamah Tinggi (‘HMT’) membenarkan permohonan 8 tersebut dan mengetepikan BN tersebut. Antara alasan yang dinyatakan oleh HMT tersebut ialah BN terhadap JD adalah pra-matang kerana berasaskan penghakiman yang tidak muktamad kerana jumlah faedah tidak boleh ditentukan dengan melihat pada penghakiman tersebut. [18] Di dalam kes tersebut semasa di peringkat rayuan, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa butiran yang dinyatakan di dalam BN adalah memadai. Butiran tersebut adalah seperti berikut: Jumlah penghakiman bertarikh 19.9.2011 RM1,250,000.00 Tolak: Bayaran pada 4.12.2012 RM1,250,000.00 Tambah: Faedah ke atas RM1,250,000/= pada kadar 8% setahun RM157,534.25 Dari 9.5.2011 hingga 4.12.2012 (575 hari) Kos RM8,400.00 JUMLAH SEPERTI PADA 15.5.2015 RM165,934.25 Daripada butiran ini ternyata bahawa BN yang dikeluarkan oleh JC di dalam kes P Mukundan adalah jelas atau boleh diperjelaskan – certain or capable of being made certain. [19] Dibandingkan dengan BN di dalam kes P Mukundan dan BN di dalam kes ini, satu perkara yang jelas ialah, jumlah yang dikatakan terhutang oleh JC ialah RM181,024.11 setakat 21.5.2020. Malangnya, butiran penghakiman bermeterai yang bertarikh 9 25.6.2019 tidak diperincikan di dalam BN apakah jumlah penghakiman utama dan berapakah jumlah pampasan ta’widh. Tidak juga dinyatakan di dalam BM apakah jumlah RM181,024.11 itu termasuk ta’widh? [20] Di dalam kes J Raju, BN menyatakan, antara lain, bahawa terdapat jumlah RM3,013,221.07 yang kena dibayar oleh perayu pada 31.10.1989. Ia kemudiannya membentangkan butir-butir tuntutan responden kepada jumlah ini yang termasuk jumlah prinsipal yang kena dibayar di atas penghakiman yang diperolehi terhadap perayu dan beberapa jumlah faedah penalti yang dikira pada kadar berbeza. Juga terdapat tuntutan sebanyak RM80 untuk duti setem. Penghakiman yang diperoleh oleh responden, namun, tidak menyatakan apa-apa pun faedah penalti atau duti setem. [21] Mahkamah Rayuan melihat isu ini sebagai satu isu bidangkuasa dan bukan isu kesilapan semata-mata. Ketika menyampaikan penghakiman Mahkamah, Gopal Sri Ram HMR (kemudiannya HMP) memutuskan: That is because it is a condition precedent to the exercise of bankruptcy jurisdiction that a bankruptcy notice shall require the debtor to pay the judgment debt in accordance with the terms of the judgment on which it is founded. [22] Oleh itu pada hemat saya, kegagalan untuk mematuhi satu jumlah di dalam BN yang tidak mencerminkan penghakiman yang diperolehi tidak terjumlah kepada satu perbuatan kebankrapan. Di dalam dapatan Mahkamah ini, BN yang betul adalah satu yang 10 menyatakan jumlah penghakiman utama dan jumlah ta’widh. Di dalam kata-kata lain jumlah yang dinyatakan di dalam ini adalah tidak jelas dan tidak boleh dijelaskan. Sebagai penghutang, JD adalah berhak untuk mengetahui berapakah amaun ta’widh yang perlu dibayar berasaskan kepada penghakiman yang diperolehi. [23] Malangnya BN tidak menyatakan jumlah pampasan ta’widh yang perlu dibayar oleh JC. Lebih malang lagi, BN tidak langsung menyebut atau merujuk kepada pampasan ta’widh yang nyata menyimpang dari penghakiman yang diperolehi di Mahkamah Sesyen. [24] BN tersebut adalah defektif dan oleh itu adalah diketepikan. [25] Atas alasan-alasan tersebut rayuan ini, yang merupakan satu pendengaran semula seolah-olah ianya didengar buat pertama kali, adalah dibenarkan; lihat Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v Arab Malaysian Finance Bhd [1996] 1 CLJ 241 MP. [26] Oleh kerana rayuan dibenarkan atas alasan-alasan yang dinyatakan, saya tidak akan mengulas isu-isu yang dibangkitkan oleh JD. [27] Kos ditetapkan sebanyak RM3,000 tertakluk kepada alokatur. 11 Tarikh: 24 Jun 2021. (DATO’ WAN AHMAD FARID BIN WAN SALLEH) Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam.