Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN NO. D4-22A-537-2009 ANTARA BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (NO. SYARIKAT: 6175-W) … PLAINTIF
D4-22A-537-2009
High Court of Malaysia23 May 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN NO. D4-22A-537-2009 ANTARA BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD (NO. SYARIKAT: 6175-W) … PLAINTIF
1
HAIRUL LAIL BIN ISMAIL
2
SITI RAHAYU BINTI YAHAYA
3
HAIRUL HISHAM BIN ISMAIL (NO. K/P: 800626-01-5825) … DEFENDAN-DEFENDAN DI HADAPAN YA KHADIJAH BINTI IDRIS PESURUHJAYA KEHAKIMAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Alasan Penghakiman ini adalah berkaitan dengan keputusan saya pada 23 Mei 2018 yang membenarkan rayuan yang difailkan oleh Defendan-defendan terhadap keputusan yang diberikan oleh Timbalan Pendaftar bertarikh 21 Februari 2018. [2] Berdasarkan keputusan Timbalan Pendaftar, Notis Permohonan Plaintif untuk suatu kebenaran mengeluarkan pelaksanaan terhadap Defendan-defendan ke atas Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 22 Disember 2009 dibenarkan walaupun tempoh enam (6) tahun telah luput sejak penghakiman tersebut diperoleh. Pihak-pihak [3] Plaintif adalah sebuah institusi kewangan yang telah didaftarkan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di Tingkat 28, Menara Bumiputera, Jalan Melaka, P.O. Box 10407, 50913 Kuala Lumpur. 3 [4] Defendan Pertama, adalah pada setiap masa material, seorang individu yang merupakan pelanggan pertama kepada Plaintif dan mempunyai alamat penyampaian di DMS Lab Program Pengajian Diploma UTM, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. [5] Defendan Kedua, pada setiap masa material, seorang individu yang merupakan pelanggan kedua kepada Plaintif dan mempunyai alamat penyampaian DMS Lab Program Pengajian Diploma UTM, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. [6] Defendan Ketiga, pada setiap masa material, seorang individu yang merupakan pelanggan ketiga kepada Plaintif dan mempunyai alamat penyampaian DMS Lab Program Pengajian Diploma UTM, Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Fakta dan Latar Belakang [7] Atas permintaan Defendan-defendan dan melalui Surat Tawaran bertarikh 6 Mac 2006, Plaintif telah bersetuju untuk menawarkan kepada Defendan-defendan pembiayaan pinjaman di bawah konsep Al Bai Bithaman Ajil kepada Defendan-defendan bagi membiayai pembelian sebuah unit rumah kedai beralamat di Unit 120, Tingkat 1, Blok 4 Summer, Season Square Retail, Damansara Damai, 47000, Petaling Jaya, Selangor (selepas ini dirujuk sebagai “Hartanah Tersebut”) bernilai RM188,086.05. Defendan-defendan telah menerima tawaran Plaintif serta terma-terma Surat Tawaran tersebut dengan menandatangani Memorandum Penerima Tawaran bertarikh 22 Mac 2006. [8] Selaras dengan terma kemudahan pembiayaan Hartanah tersebut, Plaintif dan Defendan-defendan telah menandatangani dokumen-dokumen perjanjian sepertimana berikut:
a
Perjanjian Pembelian Hartanah bertarikh 15 Mei 2006 (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Belian Hartanah”) di mana Defendan-defendan telah bersetuju untuk menjual Hartanah tersebut kepada Plaintif dan Plaintif bersetuju untuk membeli Hartanah tersebut daripada Defendan-defendan pada harga berjumlah RM188, 086.05 (selepas ini dirujuk sebagai “Wang Pembiayaan Tersebut”);
b
Perjanjian Jualan Hartanah bertarikh 15 Mei 2006 (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Jualan Hartanah”) di mana Plaintif telah bersetuju untuk menjual Hartanah tersebut kepada Defendan-defendan dan Defendan-defendan telah 5 bersetuju untuk membeli Hartanah tersebut daripada Plaintif pada harga jualan berjumlah RM423,342.84 (selepas ini dirujuk sebagai “Harga Jualan Hartanah”). [9] Berdasarkan terma dan syarat dalam Perjanjian Jualan Hartanah tersebut Defenda-defendan bersetuju membuat bayaran secara ansuran seperti berikut:-
a
dalam tempoh dua belas (12) bulan yang pertama, Defendan-defendan dikehendaki membayar ansuran sebanyak RM705.32 setiap bulan dan bayaran ansuran yang pertama hendak dibayar pada atau sebelum hari pertama selepas sebulan dari pengeluaran/pembayaran pembiayaan yang pertama dikeluarkan oleh Plaintif;
b
bagi tempoh daripada bulan yang ke tiga belas (13) sehingga bulan ke dua puluh empat (24), Defendan-defendan dikehendaki membayar ansuran sebanyak RM940.43; dan 6
c
untuk tempoh bulan yang ke dua puluh lima hingga ke bulan yang ke dua ratus empat puluh (240), Defendan-defendan dikehendaki membayar ansuran sebanyak RM1, 594.87. [10] Walau bagaimanapun, Defendan-defendan telah memungkiri terma dan syarat Perjanjian Jualan Hartanah apabila ingkar membuat pembayaran ansuran bulanan ke atas Harga Jualan tersebut. [11] Plaintif telah mengambil tindakan undang-undang sehingga memperolehi Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap Defendan-defendan pada 22 Disember 2009 (selepas ini dirujuk sebagai “Penghakiman Ingkar Kehadiran”). [12] Rentetan daripada Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut, suatu Lelongan Awam ke atas Hartanah tersebut telah dilaksanakan dan Hartanah tersebut telah berjaya dijual pada 13 Oktober 2012 pada nilai RM70, 000.00. Hartanah tersebut dilupuskan sekitar dua (2) tahun, sembilan (9) bulan selepas tarikh Penghakiman Ingkar Kehadiran diperoleh. [13] Walaupun Hartanah tersebut telah berjaya dijual, namun jumlah tuntutan Plaintif masih tertunggak dan perlu dibayar oleh Defendan- 7 defendan. Memandangkan Defendan-defendan gagal melangsaikan jumlah tertunggak selepas lelongan awam tersebut, Plaintif berhasrat meneruskan pelaksanaan penghakiman terhadap Defendan-defendan. [14] Plaintif menyatakan bahawa Plaintif telah berusaha mencari jalan untuk menghubungi Defendan-defendan bagi menuntut jumlah yang masih terhutang tersebut, namun gagal sehinggalah carian alamat terkini dibuat melalui Jabatan Pendaftaran Negara dan hasil carian tersebut telah diperolehi pada 25 Oktober 2015 untuk Defendan Pertama dan pada 11 November 2016 bagi Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. [15] Seterusnya, Plaintif menyatakan bahawa Plaintif telah mengeluarkan arahan kepada peguam caranya untuk meneruskan tindakan kebankrapan terhadap Defendan-defendan pada 2 Jun 2017 iaitu sekitar tujuh (7) tahun, tarikh selepas Penghakiman Ingkar tersebut dan sekitar satu (1) tahun lima (5) bulan selepas tarikh tamat enam (6) tahun pelaksanaan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut. [16] Memandangkan tempoh enam tahun bagi pelaksanaan Penghakiman Ingkar Kehadiran telah luput maka Plaintif telah memfailkan Notis Permohonan Untuk Kebenaran (selepas ini dirujuk 8 sebagai “Permohonan Untuk Kebenaran”) untuk menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut. Permohonan Untuk Kebenaran (Kandungan 8) tersebut telah dibenarkan oleh Timbalan Pedaftar pada 21 Februari 2018. Rayuan Hakim Dalam Kamar [17] Defendan-defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Timbalan Pendaftar memfailkan Notis Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar Kandungan 12. Hujahan Plaintif [18] Hujahan yang dikemukakan oleh Plaintif untuk menyokong Permohonan Untuk Kebenaran adalah seperti berikut:
i
Plaintif telah berusaha dan mencari jalan untuk menghubungi Defendan-defendan bagi menuntut jumlah terhutang tersebut namun gagal. Carian di Jabatan Pendaftaran Negara telah dibuat dan diperolehi sekitan bulan Oktober 2015 dan November 2016 (Eksibit-C Kandungan 9). 9
II
(ii) Walaupun lelongan awam telah berjaya dilaksanakan, namun Defendan-defendan masih terhutang kepada Plaintif sebanyak RM301, 770.34 setakat 5 hb Jun 2017 dan jumlah tersebut masih belum dilangsaikan oleh Defendan-defendan sehingga kini.
III
(iii) Dalam melaksanakan Penghakiman Ingkar tersebut, Plaintif berhak untuk meneruskan dengan tindakan Lelongan Awam terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan tindakan Kebankrapan terhadap Defendan-defendan. Dalam tindakan ini, Lelongan Awan Hartanah tersebut telah dilaksanakan. Sungguhpun begitu, jumlah terhutang Defendan-defendan masih tertunggak;
IV
(iv) Ekoran kegagalan Defendan-defendan untuk melangsaikan keseluruhan jumlah tertunggak dan terhutang selepas lelongan awam, Plaintif masih berhak untuk meneruskan dengan tindakan Kebankrapan ke atas Defendan-defendan; dan
v
Permohonan kebenaran melaksanakan Penghakiman Ingkar tersebut tidak memprejudiskan Defendan-defendan, 10 sebaliknya Plaintif adalah pihak yang diprejudiskan oleh Defendan-defendan di atas keengganan Defendan-defendan membuat bayaran jumlah tuntutan yang masih tertunggak. Hujahan Defendan-defendan [19] Hujahan Defendan-defendan bagi membantah permohonan Plaintif tersebut boleh diringkaskan seperti berikut:-
i
Tempoh enam (6) tahun untuk Plaintif melaksanakan Penghakiman Ingkar tersebut telah tamat pada 22 Disember
2015
Kelengahan pemfailan Permohonan Untuk Kebenaran tidak disokong sebarang alasan kukuh oleh Plaintif;
II
(ii) Mengenai kelengahan melaksanakan Penghakiman Ingkar tersebut Plaintif gagal mengemukakan sebarang alasan-alasan dan/atau sebab-sebab yang mencukupi dan/atau memenuhi kriteria perundangan sepertimana yang ditetapkan;
III
(iii) Plaintif gagal mengemukakan sebarang fakta berkaitan tindakan pelaksanaan yang telah diambil oleh Plaintf dalam 11 tempoh enam (6) tahun tersebut. Oleh itu, Plaintif telah berdiam diri di atas haknya tanpa mengambil tindakan sewajarnya selain daripada tindakan Lelongan Awam tersebut; dan
IV
(iv) Dalam tempoh enam
6
tahun tersebut, tindakan Kebankrapan boleh dimulakan serta merta selepas Penghakiman Ingkar tersebut tanpa sebarang halangan. Namun, Plaintif gagal berbuat demikian di dalam tempoh tersebut. Undang-undang yang relevan [20] Aturan 46 Kedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai “KKM 2012”) – Permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan writ (A. 46, k. 3) 3 (1) Suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran untuk mengeluarkan suatu writ pelaksanaan bolehlah dibuat secara ex parte melalui notis permohonan dalam Borang 88.
2
Suatu permohonan yang sedemikian hendaklah disokong dengan suatu affidavit – 12
a
yang mengenal pasti penghakiman atau perintah yang berhubung dengan permohonan itu dan, sekiranya penghakiman atau perintah itu ialah untuk pembayaran wang, menyatakan amaun asalnya yang kena dibayar di bawahnya dan amaun yang kena dibayar di bawahnya pada tarikh permohonan itu;
b
menyatakan, jika hal itu termasuk di dalam kaedah 2(1)(a), sebab kelengahan untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu;
c
menyatakan, jika hal itu termasuk di dalam kaedah 291)9b0, perubahan yang telah berlaku pada pihak-pihak yang berhak atau yang boleh dikenakan perlaksanaan sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;
d
menyatakan, jika hal itu termasuk di dalam kaedah 2(1)(c) atau (d), bahawa suatu tuntutan untuk menunaikan penghakiman atau perintah itu telah dibuat terhadap orang yang bertanggungan untuk menunaikannya dan bahawa dia telah enggan atau gagal untuk berbuat demikian; dan
e
memberi apa-apa maklumat lain sebagaimana yang perlu untuk memuaskan hati Mahkamah bahawa pemohon adalah berhak untuk meneruskan pelaksanaan penghakiman atau perintah dalam persoalan dan bahawa orang yang terhadapnya pelaksanaan itu diminta dikeluarkan adalah bertanggungan atas pelaksanaannya.
3
Mahkamah yang mendengar permohonan sedemikian boleh memberi kebenaran mengikut permohonan itu atau boleh memerintahkan bahawa apa-apa isu ataupersoalan, yang keputusan mengenainya adalah perlu untuk menentukan hak pihak-pihak, dibicarakan mengikut apa-apa cara yang bila apa-apa persoalan fakta 13 atau undang-undang berbangkit dalam suatu tindakan boleh dibicarakan dan, dalam salah satu hal itu, boleh mengenakan apa-apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang difikirkannya adil. [21] Aturan 46 Kedah 2 KKM 2012, jelas memperuntukkan budibicara kepada mahkamah untuk memberikan kebenaran untuk mengeluarkan perlaksanaan sesuatu perintah mahupun penghakiman selepas tamatnya tempoh enam (6) tahun tarikh perintah dan/atau penghakiman itu. [22] Prinsip undang-undang bagi permohonan seumpama ini jelas memperuntukkan beban pembuktian adalah di pihak Plaintif untuk menyatakan dan/atau mengemukakan alasan-alasan dan/atau sebab-sebab yang mencukupi dan munasabah bagi membolehkan Mahkamah ini menggunakan budibicaranya dalam membenarkan permohonan ini. Dalam kes Affin Bank Bhd v Wan Abdul Rahman Wan Ibrahim [2003] 1 MLRA 41 Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut:- It is trite that the grant of leave under O46 r2 is in the court’s discretion… an application under O46 r2(1) must be supported by an affidavit stating, when the case falls within r2(1)(a), the reasons for the delay in enforcing the judgment or order. Therefore, it is incumbent upon the applicant to furnish the court with sufficient reason in support of such application. 14 Keputusan Sama ada Plaintif telah melepaskan beban mengemukakan kepada mahkamah sebab yang mencukupi bagi menerangkan kelengahan untuk menguatkuasakan Penghakiman Terus [23] Isu kelengahan tersebut di atas boleh diteliti di dua (2) peringkat iaitu –
a
Kelengahan Plaintif memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran; dan
b
Kelengahan Plaintif melaksanakan Penghakiman Ingkar Kehadiran. [24] Kelengahan Plaintif memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran
a
Sememangnya Aturan 46 Kedah 2 KKM 2012 tidak memperuntukkan tempoh masa yang spesifik bagi Plaintif memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran. Sungguhpun demikian memandangkan pemberian kebenaran di bawah Aturan 46 kaedah 2 KKM 2012 melibatkan kuasa budibicara mahkamah maka isu kelengahan adalah suatu isu yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah. Terutamanya dalam 15 kes ini, Plaintif sedar bahawa peruntukan undang-undang menetapkan pelaksanaan perlu dibuat dalam masa enam tahun dari tarikh sesuatu penghakiman atau perintah diperoleh. Sungguhpun di bawah Akta Had Masa 1953 penghakiman boleh dilaksanakan dalam tempoh dua belas
12
tahun, namun ini tidak bermakna Plaintif boleh membiarkan tempoh tersebut berlalu tanpa berusaha sewajarnya untuk melaksanakan penghakiman. Oleh yang demikian adalah pruden bagi permohonan untuk kebenaran di bawah Aturan 46 kaedah 3 dibuat dalam tempoh masa yang munasabah. Sama ada sesuatu permohonan seumpama itu difailkan dalam tempoh masa yang munasabah adalah melibatkan persoalan fakta sesuatu kes berkenaan. Sekiranya terdapat kelengahan yang terlampau maka pemohon perlu memberikan alasan yang munasabah.
b
Fakta jelas menunjukkan Penghakiman Ingkar Kehadiran diperoleh pada 22 Disember 2009 (Eksibit-A Kandungan 9). Manakala Permohonan Untuk Kebenaran Kandungan 8 difailkan pada 27 September 2017. Terdapat jarak selama 1 tahun 9 bulan antara kedua-dua tarikh tersebut. Pihak Defendan menghujahkan terdapat kelengahan di pihak 16 Plaintif dalam memfailkan permohonan tersebut. Dalam hal ini saya berpandangan adalah tidak munasabah bagi Plaintif mengambil suatu tempoh yang lama iaitu 1 tahun 9 bulan untuk memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran terutamanya mengambil kira permohonan untuk kebenaran di bawah Aturan 46 (2) dan (3) bukanlah melibatkan perkara atau isu undang-undang yang rumit dan permohonan tersebut boleh dibuat secara ex-parte.
c
Diperhatikan Plaintif tidak langsung menyebut apatah lagi memberikan penjelasan mengenai kelengahan mereka memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran dalam afidavit mereka Kandungan 9 yang menyokong permohonan tersebut. Isu kelengahan ini telah dibangkitkan oleh
10
Defendan-Defendan di perenggan 12.7 afidavit Kandungan Namun semasa menjawab Kandungan 10, Plaintif tidak memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut dalam afidavit mereka Kandungan 11. Di perenggan 14 Kandungan 11, Plaintif sekadar menafikan secara umum pengataan Defendan-defendan mengenai kelengahan mereka memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran dan hanya membalas dengan mengulangi pengataan mereka di 17 perenggan 14 afidavit Kandungan 9 di mana Plaintif mengatakan seperti berikut –
14
Justeru itu, saya telah dinasihati oleh Peguamcara saya dan mengatakan bahawa kelewatan melaksanakan Penghakiman tersebut adalah suatu kelewatan yang munasabah (delay justified) dan bukanlah bertujaun disengajakan. Dengan emikian kebenaran daripoada mahkamah amatlah diperlukanuntuk kami melaksanakan Penghakiman tersebut terhadap Defendan-Defendan bagi menuntut jumlah yang tertunggak tersebut.
d
Tempoh bagi Penghakiman Ingkar Kehadiran dilaksanakan berakhir pada 21 Disember 2015. Antara tarikh tersebut dengan tarikh Permohonan Untuk Kebenaran difailkan pada 27 September 2017 terdapat transaksi berikut –
i
Pada 11 November 2016 Plaintif mendapat maklum balas dari Jabatan Pendaftaran Negara mengenai alamat Defendan Kedua dan Ketiga;
II
(ii) Pada 1 Jun 2017 (Eksibit-D Kandungan 9) Plaintif memberikan arahan pada peguam mereka untuk memfailkan prosiding kebankrapan terhadap Defendan-defendan. 18
e
Berdasarkan fakta di atas, saya berpendapat kelengahan Plaintif selama satu (1) tahun sembilan (9) bulan memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran adalah terlampau dan tidak ada alasan yang jelas dan boleh dipercayai yang dikemukakan oleh Plaintif untuk menjelaskan/menerangkan kelengahan terlampau Plaintif dalam memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran. Diperhatikan walaupun pada November 2016 pihak Plaintif telahpun mempunyai alamat kesemua Defendan-defendan, namun Plaintif mengambil masa selama hampir 6 bulan untuk memberi arahan kepada peguamnya untuk memulakan prosiding kebankrapan. Selanjutnya pihak Plaintif mengambil masa selama hampir 5 bulan untuk memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran bagi mendapat kebenaran mahkamah sebelum mengambil tindakan menguatkuasakan Penghakiman Ingkar Kehadiran.
f
Nampaknya Plaintif menggunakan alasan mendapatkan terlebih dahulu alamat Defendan-defendan untuk memulakan prosing kebankrapan dan kemudiannya diikuti dengan memfailkan Permohonan Untuk Kebenaran. Mahkamah tidak dapat menerima alasan tersebut kerana 19 Plaintif tidak seharusnya menunggu untuk mendapatkan alamat terkini Defendan-defendan untuk memfailkan prosiding kebankrapan kerana serahan notis kebankrapan dan petisyen pemiutang kelak boleh dibuat melalui serahan gentian jika serahan kediri tidak berjaya. Dalam hal ini perlu ditekankan bahawa alamat yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran tidak semestinya merupakan alamat terkini seseorang individu. [25] Kelengahan Plaintif melaksanakan Penghakiman Ingkar Kehadiran
a
Alasan-alasan yang dikemukakan oleh Plaintif untuk meyakinkan mahkamah bahawa kebenaran wajar diberikan kepada mereka untuk membolehkan mereka melaksanakan Penghakiman Ingkar Kehadiran melalui prosiding kebankrapan terhadap Defendan-defendan dibincangkan di bawah –
i
Plaintif mengatakan mereka tidak dapat menuntut jumlah yang masih tertunggak daripada Defendan-defendan kerana mereka tidak dapat menghubungi Defendan-defendan. Plaintif juga mengatakan mereka 20 telah berusaha mencari jalan untuk menghubungi Defendan-defendan tetapi gagal. Hanya pada bulan Oktober dan November 2015 mereka mendapat daripada Jabatan Pendaftaran Negara alamat terkini Defendan-defendan.
II
(ii) Saya berpendapat alasan yang dikemukakan tidak munasabah kerana seperti dinyatakan di atas Plaintif tidak perlu menunggu untuk mendapatkan alamat terkini Defendan-defendan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Defendan-defendan. Plaintif seharusnya menggunakan alamat yang diberikan oleh Defendan-defendan dalam Perjanjian Pembelian Hartanah dan Perjanjian Jualan Hartanah kerana lazimnya dalam perjanjian seumpama ini mempunyai peruntukan yang membolehkan Plaintif menghantar apa-apa notis, surat-menyurat atau menyampaikan proses perundangan di alamat yang diberikan oleh pelanggannya. Selain daripada itu undang-undang juga membolehkan serahan dibuat melalui penyampain gentian sekiranya usaha untuk menyampaikan kertas kausa secara kediri gagal. 21
III
(iii) Walau apa pun, pengataan Plaintif bahawa mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan mencari jalan untuk menghubungi Defendan-defendan adalah pengataan kosong semata-mata. Ini adalah kerana tidak ada keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif untuk menyokong pengataan tersebut kecuali usaha mereka untuk mendapatkan alamat Defendan-defendan dari Jabatan Pendaftaran. Seperti dinyatakan di atas, Plaintif tidak perlu mendapatkan alamat Defendan-defendan dari Jabatan Pendaftaran Negara untuk memulakan tindakan penguatkuasaan terhadap Defendan-defendan. Plaintif juga gagal menunjukkan, selepas Hartanah tersebut berjaya dijual pada 13 Oktober 2012 sehingga 21 Disember 2015, apakah tindakan yang telah diambil oleh mereka untuk menuntut jumlah yang masih tertunggak.
IV
(iv) Seperti dibincangkan di atas Plaintif mengambil masa selama enam (6) bulan daripada tarikh mereka mendapat alamat Defendan-defendan (November 2015) untuk mengarahkan prosiding kebankrapan 22 diambil dan 3 bulan untuk Permohonan Untuk Kebenaran difailkan. Bagi saya perlakuan pihak Plaintif menunjukkan Plaintif tidak memberikan perhatian serius dan tidak berminat untuk menuntut daripada Defendan-defendan. Sama ada Plaintif berhak meneruskan tindakan Lelongan Awam terlebih dahulu sebelum memulakan prosiding kebankrapan terhadap Defendan-defendan [26] Kedudukan undang-undang mengenai hak Plaintiff selaku pemegang gadaian dan juga selaku pemberi pembiayaan telah ditetapkan dalam kes Low Lee Lian v Ban Hin Lee Bank [1997] 2 CLJ 36 di mana Mahkamah Agung memutuskan - Now, it is trite that a chargee/creditor may pursue any or all remedies to recover monies lent by him. He may enforce his statutory charge against the chargor by way of proceedings in rem under s. 256 of the Code. He may sue the principal debtor (who may or may not be the chargor) upon the personal covenant contained in any loan agreement that was entered into between the parties. He may proceed against the surety who has guaranteed the loan. And he may pursue all of these courses simultaneously, contemporaneously or successively. See, China and South Sea Bank Ltd. v. Tan [1989] 3 All ER 839, 842. 23 [27] Sehubungan itu Plaintif selaku pemegang gadaian boleh menguatkuasakan haknya di bawah Gadaian Hartanah melalui prosiding halang tebus tersebut serentak dengan prosiding kebankrapan terhadap Defendan-defendan. Dalam hal ini Plaintif mempunyai budibicara untuk menentukan dan memilih tindakan yang hendak diambil selagi tidak terdapat peruntukan dalam perjanjian antara kedua-dua pihak yang menghalang Plaintif daripada menguatkuasakan budibicara tersebut (Southern Bank Bhd v Shin Huat Joo Enterprise Sdn Bhd & Ors [1998] 3 CLJ 941). [28] Sungguhpun demikian dalam membuat pilihan sama ada mengambil tindakan halang tebus terlebih dahulu atau kemudiannya tindakan kebankrapan atau serentak, Plaintif perlu memberi perhatian pada tempoh enam (6) tahun yang diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk menguatkuasakan/melaksanakan sesuatu penghakiman atau perintah. Oleh itu adalah wajar bagi Plaintif mengambil semua langkah yang perlu dan munasabah untuk melaksanakan Penghakiman Ingkar Kehadiran dalam tempoh enam (6) tahun selepas penghakiman diperoleh. 24 Kesimpulan [29] Berdasarkan alasan-alasan tersebut di atas saya berpendapat tidak terdapat keterangan yang jelas dan kredibel yang dikemukakan oleh Plaintif bagi membolehkan mahkamah ini melaksanakan kuasa budibicaranya untuk membenarkan Plaintif melaksanakan Penghakiman Ingkar Persetujuan selepas 6 tahun berlalu. [30] Sungguhpun di bawah Akta Had Masa 1953 Plaintif mempunyai tempoh dua belas (12) tahun untuk melaksanakan penghakiman yang diperoleh namun undang-undang juga menetapkan bahawa pelaksanaan penghakiman yang hendak dibuat selepas enam tahun dari tarikh penghakiman perlu mendapat kebenaran mahkamah. Sepertimana dibincangkan di atas beban adalah di atas Plaintif untuk mengemukakan alasan yang mencukupi sebelum mahkamah berpendapat wajar untuk melaksanakan kuasa budibicaranya memberi kebenaran. Memandangkan Plaintif gagal melepasi beban tersebut, tidak wajar bagi mahkamah ini menggunakan kuasa budibicaranya untuk memberi kebenaran untuk Plaintif meneruskan prosiding kebankrapan terhadap Defendan-defendan. Sehubungan itu perintah Timbalan Pendaftar bertarikh 21 Februari 2018 diketepikan dan Notis 25 Rayuan Kepada Hakim Dalam Kamar Kandungan 12 yang difailkan oleh Defendan-defendan dibenarkan dengan kos. ( KHADIJAH BINTI IDRIS ) PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI (BAHAGIAN DAGANG) BERTARIKH 31 OGOS 2018 Peguam: Plaintif : Naili Mohd Hilmi dari Tetuan Norasmadi & Noraini Defendan-Defendan : Hazim Nasruddin dan Ahmad Syateer dari Tetuan Azzat & Izzat
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.