Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI NEGERI SEMBILAN NO. KES: NA-22M-124-08/2023 5 ANTARA BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD …PLAINTIF 10 DAN 15
NA-22M-124-08/2023
High Court of Malaysia29 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI NEGERI SEMBILAN NO. KES: NA-22M-124-08/2023 5 ANTARA BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD …PLAINTIF 10 DAN 15
2
GUAN LIP FATT @ CHIN LIP FATT
3
CHEONG THO MOI …DEFENDAN-DEFENDAN 20 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan pihak Defendan-Defendan yang tidak berpuashati 25 dengan keseluruhan keputusan Mahkamah ini bertarikh 17 haribulan Januari 2024 di mana Mahkamah ini telah membenarkan permohonan Plaintif Lampiran 9 untuk memasukkan penghakiman terus terhadap Defendan-Defendan dan Lampiran 13 untuk membatalkan tuntutan balas Defendan-Defendan dengan kos sebanyak RM3000. 30
2
Plaintif adalah sebuah bank berlesen, manakala Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah pengarah-pengarah kepada Defendan 35 Pertama yang merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia.
3
Melalui satu perjanjian kolektif yang melibatkan Surat Tawaran Plaintif bertarikh 14.2.2007, surat-surat Plaintif bertarikh 26.7.2010 dan 40 28.3.2013, Perjanjian Pembelian aset bertarikh 4.3.2008 dan Perjanjian Penjualan Aset bertarikh 4.3.2008, Plaintif telah memberikan Defendan Pertama suatu kemudahan pembiayaan berjangka Al-Bai Bithaman yang berjumlah RM4,000,000.00 menurut prinsip-prinsip Syariah. Adalah menjadi penegasan Plaintif bahawa Defendan telah menggunakan wang 45 pembiayaan tersebut untuk faedah mereka.
4
Seterusnya, sebagai balasan kepada Plaintif memberi kemudahan tersebut kepada defendan pertama, Plaintif telah menerima sekuriti-sekuriti :- 50 i. Perjanjian Debentur; ii. Gadaian ke atas hartanah oleh Defendan kedua; iii. Perjanjian Gerenti dan Indemniti oleh Defendan kedua dan ketiga selaku penjamin. 55
5
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah bersetuju untuk membayar dan menjamin pembayaran kepada Plaintif kesemua jumlah yang terhutang oleh Defendan Pertama menurut gerenti yang dilaksanakan oleh mereka bagi pihak Plaintif.
6
Seterusnya, adalah menjadi dakwaan Plaintif bahawa Defendan Pertama telah mengingkari perjanjian tersebut apabila gagal membuat pembayaran semula sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjian berkenaan. Dalam tuntutan ini, Plaintif mendakwa bahawa Defendan 65 pertama telah gagal untuk membuat pembayaran penuh terhadap jumlah yang masih terhutang dan perlu dibayar di bawah kemudahan tersebut.
7
Oleh demikian, melalui permohonan di Lampiran 9, Plaintif memfailkan permohonan untuk penghakiman terus dimasukkan terhadap 70 Defendan-Defendan untuk jumlah seperti berikut :-
a
Jumlah sebanyak RM2,751,179-25 setakat 8 haribulan Ogos 2023;
b
Pampasan untuk bayaran lewat ke atas jumlah RM2,751,179- 75 25 dikira daripada 9 haribulan Ogos 2023 sehingga tarikh penyelesaian penuh;
c
Kos tindakan ini;
d
Kos atas dasar peguam cara dan klien; dan
e
Relief atau perintah lain atau selanjutnya yang difikir patut dan 80 adil oleh Mahkamah yang Mulia ini.
8
Melalui Lampiran 13, Plaintif turut memohon untuk membatalkan Tuntutan Balas Defendan seperti berikut :- 85 a) Bahawa Tuntutan Balas bertarikh pada 27 haribulan Oktober 2023 dibatalkan dan diketepikan; b) Bahawa Defendan-Defendan hendaklah membayar kos kepada Plaintif yang ditetapkan oleh Mahkamah yang mulia ini; c) Relief-relief lanjut atau selainnya seperti mana Mahkamah Mulia 90 ini anggap patut dan wajar.
9
Pada 17.1.2024, kes ditetapkan untuk pendengaran permohonan-permohonan Plaintif untuk penghakiman terus (lamp. 9) dan untuk membatalkan tuntutan balas Defendan-Defendan (lamp. 13). Pada tarikh 95 tersebut, hanya peguam Plaintif yang telah hadir di hadapan Mahkamah.
10
Pihak Defendan-Defendan atau peguam mereka telah gagal hadir ke Mahkamah untuk pendengaran permohonan-permohonan tersebut. Mahkamah hanya dimaklumkan mengenai ketidakhadiran peguam 100 Defendan-Defendan pada pagi perbicaraan melalui satu surat permohonan untuk menangguhkan pendengaran permohonan-permohonan tersebut.
11
Semakan ke atas dokumen-dokumen yang telah difailkan ke 105 Mahkamah juga mendapati bahawa pihak defendan-defendan gagal untuk memfailkan sebarang afidavit jawapan atau penghujahan ke atas kedua-dua permohonan di lamp. 9 dan 13.
12
Berdasarkan kegagalan Defendan-defendan untuk hadir pada 110 tarikh pendengaran permohonan-permohonan tersebut dan di atas kegagalan defendan-defendan untuk memfailkan sebarang afidavit jawapan terhadap afidavit sokongan yang telah difailkan oleh Plaintif, maka Mahkamah telah membenarkan permohonan Plaintif di lamp. 9 dan 13 tersebut dengan kos sebanyak RM1500 untuk setiap permohonan. 115 ALASAN-ALASAN TERHADAP KEPUTUSAN TERSEBUT Isu-isu yang berbangkit :- 120 i. Peguam Defendan-Defendan gagal untuk hadir pada tarikh pendengaran lampiran-lampiran tersebut. ii. Peguam Defendan-Defendan gagal mematuhi arahan-arahan Case Management yang telah diberikan oleh Mahkamah untuk memfailkan afidavit jawapan dan penghujahan bertulis untuk permohonan- 125 permohonan tersebut. iii. Peguam Defendan-defendan gagal memfailkan sebarang afidavit jawapan kepada afidavit-afidavit sokongan Plaintif sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah. Gagal untuk hadir pada tarikh pendengaran lampiran-lampiran tersebut.
13
Prinsip undang-undang adalah jelas bahawa pihak-pihak adalah dikehendaki untuk hadir pada tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan. Mahkamah merujuk kepada Aturan 35 kaedah 1(2) KKM yang berbunyi :- 135 “If, when the trial of an action is called on, one party does not appear, the Judge may proceed with the trial of the action or any counterclaim in the absence of that party, or without trial give judgment or dismiss the action, or make any other order as he thinks fit.” 140
14
Berdasarkan peruntukan di atas, pihak-pihak dikehendaki untuk hadir pada tarikh perbicaraan atau pendengaran kes. Kegagalan mana-mana pihak untuk hadir membolehkan Mahkamah menggunakan budibicaranya untuk antara lainnya, membatalkan tindakan atau 145 mengeluarkan mana-mana perintah yang difikirkan sesuai.
15
Dalam tindakan ini, mahkamah mendapati bahawa peguam defendan-defendan telah gagal menghadiri Mahkamah pada tarikh pendengaran lampiran-lampiran tersebut tanpa sebarang sebab atau 150 alasan yang kukuh. Peguam Defendan-Defendan hanya memfailkan satu surat penangguhan pendengaran atas sebab faktor kesihatan pada saat-saat akhir, iaitu pada pukul 8:51 pagi pada hari pendengaran. Surat tersebut hanya diketahui dan diproseskan oleh Mahkamah selepas kes tersebut dipanggil.
16
Adalah menjadi pandangan Mahkamah bahawa tindakan peguam defendan-defendan yang memohon penangguhan melalui surat pada saat-saat akhir, iaitu hanya beberapa minit sebelum kes tersebut dipanggil menunjukkan bahawa permohonan tersebut bukan merupakan satu 160 permohonan yang tulen dan berasas.
17
Mahkamah merujuk kepada surat daripada peguam defendan-defendan yang telah diterima oleh Mahkamah pada pada hari pendengaran tersebut iaitu pada 17 Januari 2024, jam 8.51 pagi. (Rujuk 165 Lamp. 18.) Berdasarkan surat tersebut, adalah dimaklumkan bahawa peguam defendan yang mengendalikan kes ini telah dijangkiti wabak Influenza A sejak seminggu yang lepas.
18
Berdasarkan fakta ini, Mahkamah berpandangan bahawa tindakan 170 pihak defendan yang hanya memfailkan permohonan penangguhan pada saat-saat akhir walaupun telah beliau telah dilanda dengan masalah kesihatan sejak seminggu jelas menununjukkan ketidakseriusan pihak defendan terhadap arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah.
19
Bukan itu, sahaja, tindakan pihak defendan-defendan yang hanya memaklumkan kegagalannya untuk hadir pada saat-saat akhir juga telah memprejudiskan pihak Plaintif. Sekiranya benar peguam defendan telah dilanda masalah kesihatan sejak seminggu seperti yang dinyatakan 180 dalam surat permohonannya, pihak defendan seharusnya menghantar permohonan penangguhan tersebut lebih awal agar pihak Plaintif tidak dikejutkan dengan permohonan yang dibuat terlalu lewat. Mahkamah menganggap bahawa surat permohonan penangguhan yang dibuat beberapa minit sebelum kes dipanggil adalah tidak berprotokol dan 185 melanggar tatacara dan etika kepeguaman yang perlu dipatuhi oleh setiap pengamal undang-undang.
20
Atas alasan tersebut, Mahkamah memutuskan untuk menolak surat penangguhan tersebut dan meneruskan dengan permohonan lamp. 9 dan 190 lamp. 13 dalam ketidakhadiran peguam defendan-defendan. Gagal mematuhi arahan-arahan Case Management untuk memfailkan afidavit jawapan dan penghujahan bertulis.
21
Semakan kepada minit-minit prosiding mendapati bahawa kes telah ditetapkan untuk pengurusan kes untuk Lampiran 9 dan 13 di hadapan Puan Penolong Kanan Pendaftar (PKP) pada 30.10.2023 dan 11.12.2023.
22
Arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Puan PKP pada tarikh-tarikh tersebut adalah untuk pihak-pihak memfailkan affidavit-afidavit dan 200 penghujahan bertulis untuk Lampiran 9 dan Lampiran 13. Namun, semakan Mahkamah mendapati bahawa Defendan-Defendan telah gagal mematuhi arahan pemfailan affidavit dan penghujahan bertulis seperti yang diarahkan oleh Puan PKP.
23
Setakat tarikh pendengaran pada 17.1.2024, pihak defendan-defendan gagal memfailkan sebarang afidavit dan penghujahan bertulis untuk Lampiran 9 dan Lampiran 13. Malah, seperti yang dinyatakan dia atas, peguam Defendan-Defendan atau Defendan-Defendan sendiri tidak hadir ke Mahkamah pada hari pendengaran Lampiran 9 dan Lampiran 13.
24
Dalam memutuskan perkara ini, Mahkamah merujuk kepada Aturan 34 kaedah 1 (2) dan (3) KKM yang berbunyi :- “(2) Where the Court makes orders or gives directions under 215 paragraph (1), the Court may take into account whether or not a party has complied with any relevant pre-action protocol or practice direction for the time being issued.
3
Where any party fails to comply with any order made or direction given by the Court under paragraph (1), the Court may dismiss 220 the action, strike out the defence or counterclaim or make such other order as it thinks fit.”
25
Dalam hal ini, adalah menjadi pandangan mahkamah bahawa Defendan-Defendan telah secara terang-terangan gagal mematuhi 225 arahan-arahan pemfailan afidavit dan penghujahan bertulis yang dikeluarkan oleh Mahkamah semasa sesi pengurusan kes. Tiada sebarang penjelasan telah diberikan terhadap kelewatan tersebut.
26
Mahkamah juga mendapati bahawa Defendan-Defendan tidak 230 memfailkan sebarang permohonan untuk melanjutkan tempoh pemfailan afidavit-afidavit tersebut. Perlu diingatkan bahawa arahan-arahan pemfailan dokumen-dokumen ini telah dikeluarkan lebih awal, iaitu sebelum peguam defendan telah jatuh sakit.
27
Atas alasan tersebut, Mahkamah berpandangan bahawa kegagalan pihak Defendan-Defendan dalam mematuhi arahan-arahan Mahkamah tersebut tidak boleh dipandang remeh dan bukan sekadar “mere technicality” yang boleh diperbetulkan melalui Aturan 1A KKM 2012.
28
Atas alasan tersebut juga, Mahkamah memutuskan untuk meneruskan dengan pendengaran permohonan Lamp. 9 dan 13 walaupun tanpa kehadiran peguam Defendan-Defendan dan tanpa pemfailan afidavit-afidavit jawapan serta penghujahan-penghujahan bertulis dari pihak Defendan-Defendan. 245 Gagal memfailkan sebarang afidavit jawapan kepada afidavit-afidavit sokongan Plaintif sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.
29
Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa 250 kegagalan satu pihak untuk menjawab alegasi yang dibangkitkan dalam afidavit pihak lawan bermakna pihak tersebut telah mengakui dan menerima kebenaran fakta tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes Abdul Razak bin Ahmad v Majis Bandaraya Johor Bahru [1995] 4 CLJ 339, dimana Mahkamah telah menyatakan : 255 “The defendant’s Counsel drew the Court’s attention to the failure of the Plaintiff to file an affidavit in opposition to that filed by the Dato’ Bandar in enclosure 12 and he submitted that this was fatal. ….Here, the crucial question to ask is this: was the Plaintiff obliged to file an affidavit in reply to enclosure 12 as filed by the Dato’ 260 Bandar? Obviously, the whole case had to be decided on affidavit evidence alone and thus the Plaintiff should have filed an affidavit in reply as he must have realised the importance of replying to the Dato’ Bandar’s affidavit. Consequently, the failure of the Plaintiff in filing an affidavit in opposition would mean that the Plaintiff admits 265 to what was alleged in enclosure 12 (Overseas Investment Pte. Ltd. v. Anthony William O’brien and Anor. [1988] 3 MLJ 332). Way back in 1986, Lee Hun Hoe CJ (Borneo) (as he then was) said in Alloy Automotive Sdn. Bhd. v. Perusahaan Ironfield Sdn. Bhd. [1986] 1 MLJ 382 SC: 270 There is force in the appellant’s contention that an affidavit must reply specifically to allegations, and if it does not, then those allegations not replied to must be taken to have been accepted.”
30
Bersandarkan otoriti di atas, adalah menjadi dapatan Mahkamah 275 bahawa kegagalan pihak Defendan-Defendan memfailkan afidavit-afidavit jawapan terhadap afidavit-afidavit sokongan Plaintif untuk permohonan Lamp. 9 dan 13 bermakna pihak Defendan-defendan telah gagal menyangkal dakwaan dan alegasi pihak Plaintif dalam afidavit-afidavit tersebut. Ianya juga bermakna bahawa Defendan-Defendan telah 280 mengakui apa yang telah dibangkitkan oleh Plaintif dalam afidavit mereka.
31
Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan permohonan-permohonan Plaintif 285 di Lampiran 9 dan Lampiran 13 dengan kos. Bertarikh : 2 April 2024 t.t 290 WAN FADHILAH NOR BINTI WAN IDRIS PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 295 Peguam Plaintif :- Tetuan Raja, Darryl & Loh Tingkat 26, Menara Hong Leong, No. 6, Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 300 50490 Kuala Lumpur Peguam Defendan-Defendan :- Tetuan Hee & Co 305 No. 188, First Floor, Jalan S2 B7, Seksyen B, Uptown Avenue Seremban 2, Seremban
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.