SETTING ASIDE OR VARYING JUDGMENT AND ORDERS (O 42 r 13) Save as otherwise provided in these Rules, where provisions are made in these Rules for the setting aside or varying of any order or judgment, a party intending to set aside or vary such order or judgment shall make application to the Court and serve it on the party who has obtained the order or judgment within thirty days after the receipt of the order or judgment by him.” [ 24 ] Mahkamah mendapati Plaintif telah membuat serahan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut pada 30/01/2024 secara Pos Berdaftar, namun Defendan tidak menyatakan tarikh sebenar Defendan menerima Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 16/01/2024 . Mahkamah beersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa tindakan ini bagi melayakkan Defendan untuk menfailkan Permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut dalam tempoh masa tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan serahan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 16/01/2024 tersebut. Mahkamah mendapati tidak ada apa-apa bukti penerimaan serahan disertakan oleh Defendan [ 25 ] Mahkamah dirujuk kepada kes TENAGA NASIONAL BERHAD lwn. JI LI GREEN TECHNOLOGY SDN BHD [2023] MLRHU 1124 yang mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa:- [7] Selain itu defendan juga gagal memfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar ini dalam tempoh 30 hari sepertimana yang diperuntukkan dalam Aturan 42 kaedah 13 KKM 2012. Kes Khor Cheng Wah v. Sungai Wang Leasing Sdn Bhd [1996] 2 MLRA 91; [1996] 1 MLJ 223; [1997] 1 CLJ 396; [1996] 1 AMR 846 meletakkan beban ke atas defendan untuk menjelaskan kelewatan berbuat demikian. Alasan yang dikemukakan oleh defendan tidak dapat diterima. Walau bagaimanapun Mahkamah Agung dalam kes Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking [1993] 1 MLRA 642; [1994] 1 MLJ 312; [1994] 1 CLJ 328; [1994] 1 AMR 297 Corp Bhd [1993] 1 MLRA 642 di m.s 648 Haji Mohd Jemuri bin Serjan CJ (Borneo) menyatakan: " In our view, in order to succeed in his application under these Orders the applicant must show that he has a defence which have some merit and which the Court should try. To use common and plain language the applicant must show that his defence is not a sham defence but one that is prima facie, raising serious issues as bona fide reasonable defence that ought to be tried because obviously if the defence is a sham defence there is no defence and the application must fail." [ 26 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa defendan telah gagal untuk memberikan alasan yang kukuh dan konkrit kepada Mahkamah. Tiada apa-apa bukti yang disertakan oleh Defendan berkenaan tarikh sebenar Defendan menerima serahan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 16/01/2024, maka Defendan telah gagal untuk menfailkan Permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran ini dalam tempoh tiga puluh (30) hari sepertimana yang diperuntukkan. [ 27 ] Mahkamah berpendapat bahawa Defendan telah tidak memenuhi dan telah melanggari serta mengingkari peruntukkan yang berkaitan dengan hak masa yang telah dinyatakan dengan jelas dan terang di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ini. Mahkamah tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membenarkan Notis Permohonan yang telah difailkan oleh Defendan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 16/01/2024 ini. Samada Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit? [ 28 ] Mahkamah merujuk kepada kes Hasil Bumi Perumahan Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corp Bhd [1994] 1 MLJ 312 di mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- [2] Untuk berjaya dalam permohonannya di bawah Aturan 13 Kaedah 8 dan Aturan 19 Kaedah 9 pemohon mestilah menunjukkan bahawa beliau mempunyai pembelaan yang ada merit dan yang mana Mahkamah harus bicarakan. Dalam bahasa yang lebih mudah, pemohon mestilah menunjukkan bahawa pembelaannya bukanlah sesuatu yang palsu tetapi ialah prima facie, membangkitkan isu-isu yang serius sebagai bona fide pembelaan munasabah yang harus dibicarakan dan pastinya jika pembelaan tersebut adalah palsu maka tiadalah pembelaan dan permohonan itu akan gagal. “…At any rate whether we follow Saudi Eagle or Evans v. Bartlam, both cases only lay down, not rules of law, that must be stringently complied with but merely guidelines to assist a Judge in the exercise of his discretion. So long as the Judge exercises his discretion according to principles of law the appellate court would hesitate to interfere with the Judge’s exercise of discretion. It is for the appellants to convince us that this is a proper case for our interference with the learned Judge’s exercise of his discretion under O. r. 9.” [ 29 ] Seterusnya juga di dalam kes TENAGA NASIONAL BERHAD lwn. GOH KEAN TEONG [2022] MLRSU 304 yang mana Mahkamah menyatakan bahawa:- “[13] Tafsiran pembelaan yang bermerit dijelaskan di dalam kes Tan Chiang Brother’s Marble (S) Ptd Ltd v. Lightweight Concrete Sdn Bhd [1996] 3 MLRH 361; [1997] 4 CLJ 759 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa: "[2] A defence on the merits means a defence which disclose an arguable and triable issue. It does not have to show that there is a real prospect of success or that it has to carry some degree of conviction." [ 30 ] Berdasarkan kes di atas, permohonan Defendan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran telah ditolak kerana Defendan telah gagal menunjukkan terdapat pembelaan yang bermerit. [ 31 ] Mahkamah berpendapat dan bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa dakwaan-dakwaan Defendan dalam afidavit hanyalah penafian semata-mata (“bare denial”) dan tidak bermerit. Mahkamah dirujuk kepada kes Pasifik Idaman Sdn Bhd v Inspirasi Perkasa Sdn Bhd [2020] MLJU 2332 di mana Mahkamah telah memutuskan:- [34] Berkenaan alasan seterusnya yang dihujahkan oleh Perayu/Defendan untuk menyokong permohonan mereka bagi mengenepikan Penghakiman Ingkar iaitu mereka mempunyai pembelaan bermerit adalah sama sekali tidak berasas. Saya mendapati alasan di mana Perayu/Defendan menyatakan mereka tidak berhutang atau menerima apa-apa jumlah wang/bayaran daripada Responden/Plaintif merupakan penafian semata-mata (bare denial) tanpa disokong oleh apa-apa fakta lain atau pembuktian dokumentasi. [ 32 ] Defendan menyatakan di dalam Afidavit Sokongan kepada Notis Permohonan bahawa pembelaan Defendan secara asasnya adalah seperti berikut: 1) Defendan tidak mungkir bayaran kepada Plaintif sebagaimana rekod catatan kepunyaan Defendan; dan 2) Defendan ada membuat bayaran kepada Plaintif. [ 33 ] Berdasarkan pembelaan-pembelaan Defendan di atas, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan sememangnya telah mungkir bayaran dan mempunyai tunggakan bayaran dengan Plaintif. Mahkamah mendapati bahawa sejak awal lagi Defendan telah gagal untuk mematuhi jadual bayaran balik di dalam Surat Tawaran bertarikh 16/06/2021 . Defendan telah gagal untuk mematuhi syarat-syarat yang diperuntukkan di dalam surat tawaran tersebut untuk membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM70,000.00 kepada pihak Plaintif dalam masa 14 hari dari tarikh surat tawaran tersebut. Malahan bayaran tersebut hanya dibuat pada 12/08/2021, iaitu 2 bulan selepas surat tawaran dikeluarkan. [ 34 ] Berdasarkan Afidavit Balasan Defendan, Defendan menyatakan bahawa wujud pembayaran kepada Plaintif sebagaimana rekod catatan yang mana telah dilampirkan bersama. Berkenaan hal ini, Plaintif menghujahkan kepada Mahkamah bahawa Defendan mempunyai dua akuan pembiayaan dengan Plaintif yang mana Defendan terhutang dan mungkir bayaran kepada Plaintif terhadap kedua-kedua akaun iaitu akaun pertama (BBA 3F (Specific)) dan akaun kedua (Agro Flood i). [ 35 ] Berdasarkan hujahan Plaintif, tindakan undang-undang ini adalah terhadap akaun pembiayaan pertama (BBA 3F (Specific)) Defendan bersama Plaintif. Bayaran pertama yang dibuat oleh Defendan sebanyak RM70,000.00 pada 12/08/2021 telah dikreditkan oleh Plaintif untuk menjelaskan keseluruhan pembiayaan pada akaun kedua (Agro Flood i) sebanyak RM55,105.62, dan baki selepas kredit tersebut seterusnya telah dikreditkan ke akaun pertama (BBA 3F (Specific)) sebanyak RM14,894.38 yang mana berkenaan tindakan undang-undang ini. [ 36 ] Seterusnya Akaun kedua tersebut telah ditutup memandangkan Defendan telah menjelaskan kesemua pembiayaan. Walaubagaimanapun, bagi akaun pertama masih terdapat baki pembiayaan yang tertunggak dan fakta bahawa Defendan mungkir dan masih belum menyelesaikan pembayaran pembiayaan yang diberikan oleh Plaintif adalah masih wujud. Plaintif juga mempunyai rekod catatan berkenaan bayaran-bayaran yang dibuat oleh Defendan bermula dari bulan Jun 2021 mengikut penyusunan semula sepertimana yang telah diterima dan dipersetujui oleh Defendan sendiri. [ 37 ] Berdasarkan rekod catatan tersebut yang telah pun dikemukakan dan diekshibitkan oleh Plaintif di dalam “ZBZ-3” Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan pada 29/04/2024. Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah membuat tawaran penyusunan semula bayaran pembiayaan walaupun Defendan telah melakukan satu kemungkiran bayaran terhadap Plaintif. [ 38 ] Defendan juga telah menandatangani akuan penerimaan tawaran tersebut yang mempunyai syarat syarat tersendiri. Merujuk kepada tawaran penyusunan semula tersebut, terdapat beberapa syarat yang telah dikemukakan oleh Plaintif dan telah dipersetujui oleh Defendan sendiri. Namun, Defendan telah gagal untuk mematuhi syarat-syarat tersebut sehingga membenarkan Plaintif untuk membatalkan tawaran yang diberikan dan meneruskan dengan tindakan undang-undang terhadap Defendan, sepertimana yang telah dilakukan oleh Plaintif. [ 39 ] Mahkamah mendapati kegagalan Defendan untuk membuat bayaran pertama selepas 14 hari daripada kelulusan surat tawaran telah mengakibatkan Defendan masih mempunyai tunggakan pembayaran dengan pihak Plaintif. Oleh itu, Plaintif telah mengambil tindakan undang undang pada 04/12/2023 dengan menfailkan Writ Saman terhadap Defendan bagi menuntut keseluruhan jumlah pembiayaan. Defendan telah menghantar surat bertarikh 19/09/2023 yang menyatakan bahawa Defendan sedang menguruskan satu jual beli rumah berserta tanah untuk membantu mengurangkan baki pembiayaan terhadap Plaintif. [ 40 ] Plaintif kemudiannya melalui surat bertarikh 10/10/2023 telah mengambil maklum akan hal berkenaan dan telah menyatakan bahawa Plaintif akan mempertimbangkan permohonan tersebut dan meminta Defendan untuk mengemukakan Perjanjian Jual Beli hartanah yang berkenaan bersama Penyata Bank terkini selama 6 bulan. Namun, melalui surat Defendan bertarikh 11/10/2023, Defendan hanya melampirkan salinan Perjanjian Jual Beli hartanah tersebut [ 41 ] Seterusnya sekali lagi, melalui surat bertarikh 13/10/2023, Defendan memohon untuk penangguhan pembayaran pembiayaan. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan perlulah mengunakan proses atau prosedur yang sebetulnya untuk meneruskan hasrat berkenaan jual beli hartanah tersebut iaitu dengan mengemukakan surat kebenaran dan surat permohonan penebusan kepada Plaintif serta dokumen yang diperlukan oleh pihak Plaintif. [ 42 ] Akan tetapi, Defendan telah gagal berbuat demikian dan hanya mengemukakan cadangan penyelesaian yang lain melalui surat bertarikh 31/12/2023 sedangkan sudah terdapat penyusunan semula pembiayaan yang ditawarkan oleh Plaintif dan syarat-syaratnya juga telah dipersetujui oleh Defendan. Maka Defendan telah mungkir syarat-syarat yang dipersetujui tersebut. Malah Plaintif juga tidak pernah menerima apa-apa permohonan penebusan baki hutang daripada peguamcara pembeli, Tetuan Redzuan Mazihan & Co. [ 43 ] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa sekiranya Defendan atau peguamcara pembeli membuat permohonan penebusan baki hutang dengan teratur, semestinya Plaintif akan memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada pihak-pihak, terutamanya Defendan. Mahkamah mendapati surat-surat yang dilampirkan oleh Defendan di dalam kertas-kertas kausa yang difailkan oleh Defendan adalah mengelirukan Mahkamah. Defendan dengan sengaja tidak mengemukakan kesemua surat surat daripada kedua-dua pihak. [ 44 ] Seterusnya Mahkamah juga berpendapat bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan yang bermerit dan tiada asas walaupun ada bayaran daripada Defendan namun masih terdapat hutang yang tertunggak yang perlu dijelaskan oleh Defendan Kesimpulan [ 45 ] Setelah meneliti keseluruhan fakta dan hujahan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa Defendan telah gagal memberikan afidavit yang bermerit bagi menunjukkan asas kepada suatu isu samada fakta atau undang-undang yang melayakkan Penghakiman Ingkar diketepikan. Defendan telah gagal untuk membuktikan bahawa penghakiman ingkar yang telah dimasukkan adalah tidak teratur dan tidak selari dengan KKM 2012. [ 46 ] Oleh yang demikian, setelah membaca dan meneliti hujahan bertulis kedua-dua pihak, Mahkamah di atas imbangan kebarangkalian memutuskan untuk menolak permohonan Defendan di Kandungan 8 dengan kos RM 500.00. Bertarikh pada 22 September 2024 t.t HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH HAKIM MAHKAMAH SESYEN KOTA BHARU, KELANTAN Peguam Plaintif : T/n Azhar Wan tariq & Co Peguam Defendan : T/n Hisham fauzi & Associates