(vii) Kes rujukan: Antara kes yang dirujuk adalah See Kek Chuan v PP [2013] 6 CLJ 98 dimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan bahawa rakaman CCTV adalah penting jika terdapat versi yang bertentangan antara versi pendakwaan dan pembelaan dan berhujah bahawa imej CCTV perlu diperiksa 1125 secara langsung oleh mahkamah, bukan sekadar dicadangkan oleh pihak-pihak. Kesimpulan: Pembelaan menegaskan bahawa pengendalian bukti CCTV adalah cacat, yang menjejaskan keadilan perbicaraan dan keupayaan mahkamah untuk melihat semua bukti yang relevan. 1130 [51] Pihak responden pula berhujah bahawa, setelah ditanya oleh SP4, SP3 memaklumkan kepada SP4 bahawa dia menyaksikan kejadian dengan mata sendiri dan melihat polis menangkap seorang lelaki India dan hanya terdapat seorang sahaja lelaki India di tempat kejadian. SP3 1135 juga mengesahkan hanya satu sahaja rakaman CCTV yang menghala pintu hadapan kedai. SP4 telah melihat rakaman CCTV ini bersama-sama SP3 dan mendapati tiada sebarang rakaman atau fokus tempat tangkapan tertuduh telah dibuat. Pada masa tersebut hanya kedai Serbaneka NT sahaja yang beroperasi. SD5 telah mengambil gambar 1140 CCTV dan terdapat CCTV di sebelah kanan premis (D15). Pihak responden menghujahkan bahawa gambar-gambar ini hanya diambil setelah 2 bulan kejadian tangkap tertuduh berlaku. Oleh itu responden berhujah bahawa s.114(g) Akata Keterangan tidak terpakai dan tiada terdapat keterangan di dalam kes ini kewujudan CCTV tersebut pada 1145 waktu material. Keterangan SP3 merupakan seorang saksi awam yang berkecuali di dalam kes hari ini jelas mengatakan tiada rakaman CCTV yang “tempat” tempat tangkapan/kejadian. [52] Berkenaan isu CCTV, HMT di para 25 alasan penghakiman 1150 memutuskan: “[25] Selanjutnya, berkenaan isu tentang tiadanya keterangan rakaman CCTV, Mahkamah telah meneliti keterangan SP3 dan SP4 yang mana Mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada rakaman yang dapat membantu dalam menunjukkan tangkapan 1155 yang telah berlaku. Adalah menjadi prinsip keterangan di dalam perbicaraan jenayah bahawa rakaman CCTV hanyalah keterangan koroboratif yang mana ketiadaannya tidak semestinya mencacatkan pembuktian kes prima facie. Begitu juga dengan ketiadaan cap jari. Mahkamah ini merujuk kepada 1160 Keputusan dalam Public Prosecutor v. Mansor Md. Rashid & Anor. [1997] 1 CLJ 233. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, tidak ada keraguan mengenai keberadaan Tertuduh di tempat kejadian dan dadah yang dilihat dalam genggaman tangannya.” 1165 [53] Kami merujuk kepada soal utama SP2 seperti berikut (L.8 PDF 23- 28): “TPR: Pada 27hb. Julai 2021? SP2: YA, pada 27hb. Julai 2021, saya telah dimaklumkan berkenaan satu 1170 maklumat penglibatan seorang lelaki India, pengedaran dadah jenis Syabu di tepi Jalan, maaf, saya tidak ingat jalan, YA. TPR: Tempat ingat atapun tidak? SP2: Tempat di Sungai Udang, YAf di Pusat Perdagangan Taming Sari, Sungai Udang, Melaka. 1175 TPR: Tadi kamu cakap kamu ada terima maklumat, maklumat itu daripada siapa? SP2: Maklumat daripada pengadu, YA. TPR: Siapa pengadu itu? SP2: Saya tidak dapat dedahkan pengadu, YA. 1180 TPR:Semasa taklimat itu, apa yang kamu taklimatkan kepada anggota-anggota kamu? SP2: Berkenaan mendapat satu maklumat pengedaran dadah di Kawasan perniagaan Taming Sari, Sungai Udang, melibatkan pengedaran dadah jenis syabu oleh seorang suspek lelaki berbangsa India, YA. 1185 TPR:Sampai ke lokasi jam lebih kurang 12.10 tengah hari, apa yang kamu boleh lihat di lokasi itu? SP2: YA, sampai di lokasi, saya telah membuat pemerhatian di Lokasi iaitu tempat pengedaran suspek. Di lokasi tersebut terdapat kedai, tetapi waktu itu banyak lagi kedai yang masih kosong. Seingat saya hanya ada satu sahaja 1190 Kedai Serbaneka, NT di kawasan tersebut. Sebelum itu, bagaimana keadaan lalulintas pada ketika itu? SP2: Pada ketika itu, kawasan tersebut agak lengang, YA, kerana pada waktu itu Perintah Kawalan Pergerakan masih lagi ada. Jadi tidak terdapat ramai orang yang lalu lalang, YA 1195 TPR: Keadaan cuaca pada ketika itu macam mana? SP2:Cuaca pada waktu itu terang dan panas, pada waktu itu, YA. Gambar tempat kejadian P10(1-10) TPR: Boleh kamu tandakan dahulukah di mana kamu buat pemerhatian. Tanda ‘X’? 1200 SP2: Boleh, YA. Mahkamah: SP2 tandakan ‘X’ tempat beliau sampai dan buat pemerhatiannya di gambar nombor 8. (penekanan kami) TPR:Jadi di tempat penandaan ‘X’ ini kamu buat pemerhatian. Berapa lama kamu buat pemerhatian di situ? 1205 SP2: Pemerhatian lebih kurang 10 minit, YA. TPR: Sepanjang pemerhatian 10 minit itu, apa yang dapat kamu lihat? SP2: Sepanjang pemerhatian 10 minit itu YA, saya dapat lihat, tidak ada banyak pergerakan di kawasan tersebut, YA kerana pada waktu itu tidak ada ramai lagi orang yang keluar, YA. 1210 TPR: Seterusnya apa yang berlaku selepas pemerhatian selama 10 minit itu? SP2: Seterusnya saya dan anggota telah nampak satu lelaki India disyaki suspek, YA, telah lalu melalui jalan di hadapan Kedai Serbaneka NT menghala ke arah tempat saya buat pemerhatian, YA dan saya dapat lihat 1215 dengan jelas suspek India tersebut membawa satu sampul surat berwarna coklat. Dipegang dengan tangan kanan suspek, YA. TPR: Sebelum itu, pada ketika itu, berapakah jarak kamu dengan suspek ini? SP2: Lebih kurang 5 meter ke 6 meter, YA. 1220 TPR: Kamu tadi kata suspek lalu di hadapan kamu? SP2: Ya, lalu di hadapan saya. TPR: Lalu itu maksudnya dia berjalan kaki atau menaiki kenderaan? SP2: Berjalan kaki, YA. Seterusnya, apa yang berlaku? 1225 SP2: Seterusnya saya bersama anggota iaitu Koperal Herman, terus berlari ke arah suspek dan kenalkan diri sebagai Polis. Suspek pada waktu ituagak terkejut dan cuba melarikan diri ke arah hadapan pintu masuk Kedai Serbaneka NT. Suspek telah terjatuh dan berjaya ditahan, YA. TPR: Sila rujuk kembali gambar-gambar tadi iaitu ID10 (P10). Boleh kamu 1230 tunjukkan pada gambar mana suspek berjaya ditahan? SP2:Pada gambar nombor 10, YA. (penekanan kami) Mahkamah: Saksi tanda ‘X1’ sebagai tempat pertama kali dilihat dan ‘X2’ tempat di mana suspek dikatakan terjatuh.”. 1235 Kami juga merujuk kepada rajah kasar, dan tandaan X dan X1 ini selari dengan tandaan SP2 buat pada gambar tempat kejadian P8 dan P10. [54] Pegawai serbuan SP2 telah disoal bertubi-tubi dengan soalan yang sama dan antara soalan yang berkaitan (L.8 PDF 80-81) dimana 1240 SP2 konsisten mengatakan dadah ditemui dengan tertuduh dah bukan di ruang belakang kereta. “PB OKT: Saya cadangkan kepada Tuan juga, dalam kes ini, tiada maklumat diterima oleh Tuan, setuju? SP2: Tidak setuju, YA. 1245 PB OKT: Pemeriksaan badan ke atas OKT, tiada barang salah, betul? SP2: Betul, YA. PB OKT: Saya cadangkan barang salah dijumpai di dalam boot kereta? SP2: Minta maaf Tuan, ulang sekali lagi. PB OKT: Saya mencadangkan kepada Tuan Mohamed Yazid, iaitu barang 1250 salah, sebenarnya dijumpai di dalam ruangan belakang kereta, setuju? SP2: Saya tidak setuju, YA. PB OKT: Saya mencadangkan kepada Tuan bahawa Tertuduh tidak ada kaitan dengan sampul surat P9, setuju? SP2: Tidak setuju, YA. 1255 PB OKT: Tertuduh tiada pengetahuan mengenai kewujudan sampul surat tersebut? SP2: Saya tidak setuju, Yang Arif.” Semasa soal semula, SP2 menjawab seperti berikut (L.8 PDF 85: 1260 “TPR: Soalan saya ada dua tadi. Satu berkenaan dengan kereta dan satu lagi berkenaan dengan kedudukan barang kes yang dirampas. Kita pergi satu persatu. Berkenaan kereta dahulu, kenapa tidak ditulis di dalam report kamu di P12 itu? SP2: Berkenaan kereta saya tidak masukkan kerana tidak menjumpai barang 1265 salah ataupun dadah di dalam kereta dan rampasan barang kes dan sitaan adalah dua perkara yang berbeza. Untuk kes ini saya sita kereta untuk siasatan F.O.P sahaja, YA. TPR: Bagaimana pula dengan kedudukan barang kes itu? SP2: Kedudukan barang kes, YA, sebab semasa saya buat pemerhatian 1270 dalam jarak 5 meter, saya dengan jelas nampak Tertuduh pegang sampul surat berwarna coklat dan apabila saya cuba mendekati Tertuduh cuba berlari dan sampul surat itu terjatuh, YA, daripada tangan kanan Tertuduh sendiri dan saya tidak masukkan di dalam Report Polis saya, YA. TPR: Kenapa kamu tidak masukkan di dalam report ini? 1275 SP2: Kerana memang pada awalnya saya nampak sendiri Tertuduh pegang sampul surat berwarna coklat itu menggunakan tangan kanan Tertuduh dan saya tidak masukkan yang Tertuduh ini berlari dan terjatuh daripada tangan kanannya, sampul surat tersebut. TPR: Kamu juga ada ditanya oleh rakan bijaksana saya yang mana rakan 1280 bijaksana saya mencadangkan yang barang kes ini dijumpai di dalam kereta dan tidak pada masa pemeriksaan terhadap Tertuduh di tempat kejadian. Boleh jelaskan kepada Mahkamah, di mana sebenarnya barang kes ini dijumpai? SP2: Barang kes dijumpai di atas lantai, tempat Tertuduh ditangkap, YA, 1285 kerana barang kes ini terjatuh semasa Tertuduh mahu melarikan diri, dan bukan di dalam kereta, YA.” [55] Kami sekarang merujuk keterangan relevan SP3 berkenaan CCTV ini (L.10 PDF 98-105) seperti berikut: 1290 “PB OKT: Cik Nur bukan pakar CCTV, kepakaran dalam CCTV tidak ada, betul? SP3: Ya, tidak ada. PB OKT: Ada berapa kamera di luar NT Shop? SP3: Dalam 3 macam itu. 1295 PB OKT: Saya pun setuju, di sana ada 4 kamera CCTV dan 4 kamera CCTV ini menghala ke beberapa tempat, betul? SP3: Ya, betul. PB OKT: Menurut Cik Nur, halanya tidak menghala ke tempat tangkapan? SP3: Ya, betul. 1300 PB OKT: Ada CCTV yang menunjukkan laluan pejalan di hadapan kedai? SP3: Ada. PB OKT: Sejauh mana dia cover, berapa radius meter yang dicover oleh CCTV, itu Puan tidak tahu secara tepat, betul? SP3: Ya, tidak tahu. 1305 PB OKT: Sekiranya mana-mana orang berjalan melalui kedai kamu, hadapan kedai kamu, akan ada dalam rakaman CCTV kedai kamu, betul? SP3: Ya, betul. PB OKT: Persoalan yang kamu checked, persoalan yang kamu tengok nampak insiden tangkapan ataupun tidak, itu yang hendak ditengok, ada 1310 insiden tangkapan ataupun tidak, itu yang hendak difokus di sini, betul? SP3: Betul. PB OKT:Samada orang ada lalu hadapan kedai kamu sebelum itu, itu bukan fokus yang ditanya kepada kamu, betul? SP3: Ya, betul. 1315 PB OKT: Siapa nama Pegawai yang datang pada hari yang sama waktu tengah hari itu? SP3: Inspektor Azri. (kami rujuk sebagai SP4) PB OKT: Dia datang pada hari yang sama, betul? SP3: Ya, betul. 1320 PB OKT: Ada dia dapatkan sesalinan rakaman CCTV. Bukankah ada rakaman CCTV, adakah dia diberikan sesalinan rakaman CCTV? SP3: Tidak ada. PB OKT: Dia tidak minta dan tidak dapatkan? SP3: Dia suruh saya tengok dan dia suruh saya buka, tetapi yang dia 1325 hendak itu, tidak ada. PB OKT: Dia suruh Puan buka, dia suruh Puan tengok, dan apa yang dia hendak tidak ada, jadi dia tidak ambil? SP3: Tidak, dia cuma tanya saya nampak atau tidak kejadian itu, itu sahaja. 1330 PB OKT: Apabila dia tanya nampak atau tidak itu, nampak secara mata atau secara CCTV? SP3: Secara mata. (penekanan oleh kami) PB OKT: Secara mata dia sudah tanya Puan, melalui CCTV kesimpulannya dia tidak ada dapatkan salinan rakaman daripada Puan, 1335 betul? SP3: Ya, tidak ada. Cuma adakah dia menonton CCTV itu bersama? PB OKT: Fokus dia, apa yang dia minta, tempat tangkapan itu ada 1340 CCTV ataupun tidak, betul? SP3: Ya, betul. (penekanan oleh kami) PB OKT: Sekarang ini, boleh saya katakan yang Cik Nur ini selepas berlaku tangkapan, kecoh di luar itu, baharulah Cik Nur sedar mengenai tangkapan? 1345 SP3: Ya, betul. PB OKT: Apabila Cik Nur keluar itu, ada berkumpul ramai-ramai dan nampak mereka menggari satu lelaki India? SP3: Ya, betul. PB OKT: Berapa orang yang ramai-ramai ini? 1350 SP3: Saya tidak pasti. PB OKT: Apabila kita hendak mendefinasikan ramai, ramai pada saya lain. Ramai pada Cik Nur lain, jadi kita nampak ramai, pada Cik Nur ramai itu dua orang atau berapa orang? SP3: Lebih daripada dua orang. 1355 PB OKT: Adakah lebih dari 20 orang? SP3: Tidak. PB OKT: Anggaran sahaja saya hendak tahu? SP3: Bawah 5 orang berkumpul. …. 1360 PB OKT: Dan nampak satu lelaki India? PB OKT: Dikenakan gari? SP3: Ya, betul. PB OKT: Dia dibawa ke mana? 1365 SP3: Bawa ke mana itu saya tidak pasti. PB OKT: Daripada sana, Cik Nur nampak mereka berkumpul beramai-ramai dan Cik Nur masuk ke dalam kedai semula? SP3 : Ya, betul. PB OKT: Tidak memerhati selanjutnya? 1370 SP3: Ya, tidak ada. PB OKT: Ditanya berapa ramai yang digari, jawapan pertama, saya tidak pasti, yang kemudian Cik Nur kata nampak seorang yang digari? SP3: Saya tidak pasti, cumanya nampak macam seorang. (penekanan kami) 1375 … PB OKT: Siapa pasang CCTV ini, vendor atau orang luar, betul? PB OKT: Rujuk gambar 9, di hujung gambar 9 ini, jarak jauh, tetapi ini di hadapan kedai, betul? 1380 SP3: Ya, betul. PB OKT: Di hujungnya nampak kamera CCTV? PB OKT: Tetapi rujuk gambar 10, atasnya ada CCTV, betul? 1385 PB OKT: Laluan paling hujung pun ada nampak CCTV, betul? PB OKT: Sekarang kita rujuk gambar 11, gambar 11 dan 12 menunjukkan kamera CCTV tersebut dalam jarak dekat? SP3: Ya, betul. 1390 PB OKT: Kesemua kamera ini berfungsi pada hari tersebut, betul? SP3: Ya, betul. PB OKT: Ada rakaman masing-masing, betul? SP3: Ya, betul. PB OKT: Gambar 13 merupakan kamera dalam kedai menghala ke luar 1395 kedai, betul? SP3: Ya, betul. PB OKT: Dan itu merupakan peralatan-peralatan CCTV yang berfungsi? SP3: Ya, betul. Keping Gambar CCTV - D15. 1400 Soal semula TPR TPR: Cik Erysha, tadi rakan bijaksana saya ada tanya beberapa soalan balas berkenaan dengan apa yang saya tanya sebelum ini. Soalan saya, berdasarkan gambar yang baharu dikemukakan dan baharu ditunjukkan kepada Cik Erysha, melalui gambar kamera yang 1405 kamu lihat ini, adakah kamera-kamera ini dapat memaparkan insiden semasa kejadian, pada masa, adakah semua CCTV ini, unit-unit CCTV ini dapat memaparkan insiden yang kamu ceritakan tadi? SP3 : Tidak. (penekanan oleh kami) 1410 [56] Kami sekarang merujuk keterangan relevan SP4 berkenaan CCTV ini (L.10 PDF 124-) seperti berikut: “TPR:: Rujuk kembali kepada para 16, Penyata Saksi kamu. Di sini di para 16; amu telah arahkan Jurugambar untuk ambil gambar tempat kejadian berpandukan kepada Pengadu. Hasil tinjauan, saya dapati tidak terdapat 1415 CCTV di tempat B1 melarikan diri dan ditahan. Untuk CCTV ini, ada atau tidak kamu buat siasatan lanjut, di kawasan tersebut ada berapa banyak CCTV, ada buat siasatan lanjut ataupun tidak? SP4: Ya, saya ada keliling kawasan itu. Tetapi most of the buildings di situ kedai kosong, jadi semasa ini, seingat saya, hanya NT ini Sahaja 1420 bangunan yang beroperasi dekat kawasan situ. Jadi kalau hendak dapat CCTV di bangunan lain, memang kita tidak boleh hendak dapatkan sebab kosong bangunan itu. TPR: Jadi dalam banyak-banyak bangunan di situ, bangunan mana yang ada CCTV? 1425 SP4: NT sahaja. Itupun apabila saya siasat lanjut, hanya di kawasan luar tembak di kawasan pintu masuk sahaja. TPR: Ada berapa banyak CCTV di Kedai NT ini? SP4: Dekat luar satu itu sahaja. TPR: Di luar satu sahaja? 1430 TPR: Sekiranya saya rujuk kamu kepada Eksibit D15, Eksibit daripada pihak Pembelaan. Sila lihat gambar ini. Ini adalah gambar yang diambil oleh pasukan peribadi rakan bijaksana saya. Sila lihat gambar 8, 9, 10, 11, 12 dan 13. Nampak atau tidak ada beberapa unit CCTV d situ? 1435 SP4: Ya, ada. TPR: Soalan saya, pada ketika tarikh kejadian itu, ada atau tidak kamu nampak CCTV ini pada ketika itu? SP4: Tidak ada. (penekanan kami) TPR: Maksudnya pada tahun 2021 itu? 1440 SP4: Tidak ada. Ada kamu semak. Kalau diikutkan daripada gambar 5 ini, daripada siasatan kamu, mana CCTV yang hanya ada satu sahaja di bahagian luar kedai itu, gambar yang mana? SP4: Yang masuk ini, di gambar nombor 8 dan nombor 10. 1445 TPR: Maksudnya yang di atas itu? TPR: Itu sahaja? SP4: Ya, betul. TPR: Bagaimana pula dengan gambar 11 dan 12, CCTV di hujung itu? 1450 SP4: Gambar 11 dan 12 saya tidak jumpa CCTV masa itu, semasa saya siasat. TPR: Ada kamu tanya atau tidak kepada Supervisor kedai ini ada berapa banyak CCTV di situ? SP4: Saya tidak ada tanya. Tetapi saya ada tanya yang CCTV di bahagian 1455 luar ini tembak di bahagian mana sahaja. TPR: Tetapi kamu ada tanya berapa banyak CCTV yang ada dekat Kedai Serbaneka NT itu? SP4: Ada tanya dekat Pengurus dia. TPR: Jadi, ada berapa? 1460 SP4: Dia cakap dekat saya hanya ada satu sahaja di luar kedai itu dan dia tembak di kawasan pintu masuk sahaja. Ada atau tidak kamu ambil salinan rakaman CCTV ini pada tarikh kejadian itu? SP4: Tidak ada. Kenapa? 1465 SP4: Sebab tidak ada keperluan dan tidak menjurus kepada arah siasatan saya.” [57] Kami merujuk kes rujukan peguam iaitu See Kek Chuan v PP (supra). Di dalam kes ini, Perayu telah disabitkan oleh Mahkamah 1470 Tinggi atas kesalahan mengedar 8,253.7g ketamin di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhkan hukuman mati. Perayu telah membuat rayuan terhadap sabitan tersebut dengan mendakwa bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah tersilap kerana tidak menggunakan Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 apabila pihak 1475 pendakwaan gagal mengemukakan rakaman CCTV yang boleh mengesahkan kejadian yang membawa kepada penangkapannya. Isu utama di dalam kes ini adalah atas kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan rakaman CCTV, yang sangat penting untuk mengesahkan keterangan saksi-saksi yang bercanggah mengenai 1480 kejadian di lobi hotel. Keterangan bercanggah daripada saksi (PW4 dan PW9) sama ada pihak polis telah meminta dan menerima rakaman CCTV tersebut. Kebergantungan Hakim Mahkamah Tinggi kepada versi pihak pendakwaan walaupun rakaman CCTV tidak dikemukakan dan terdapat keterangan yang bercanggah. Pihak pembelaan berhujah 1485 bahawa kegagalan untuk mengemukakan rakaman CCTV adalah satu bentuk penindasan bukti, yang sepatutnya membolehkan penggunaan Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa rakaman CCTV adalah bukti material yang boleh menjelaskan percanggahan sama ada perayu atau individu lain (Ah Fatt) 1490 yang membawa beg hitam berisi dadah dan kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan rakaman CCTV dianggap sebagai menahan atau menindas bukti, yang membenarkan penggunaan Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Hakim Mahkamah Tinggi telah tersilap apabila menerima versi pihak pendakwaan tanpa mengambil 1495 kira inferens buruk terhadap pihak pendakwaan akibat ketiadaan rakaman CCTV. Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah, dan ketiadaan bukti material telah menjejaskan pembelaan. Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan perayu, mengetepikan sabitan dan hukuman 1500 mati, serta memerintahkan pembebasan perayu. Mahkamah menekankan kepentingan keadilan dalam perbicaraan jenayah dan perlunya undang-undang diterapkan secara saksama kepada semua individu. 1505 [58] Pada hemat kami, kes See Kek Chuan ini boleh dibezakan dengan kes di hadapan Mahkamah hari ini dimana tiada sebarang keterangan bercanggah oleh saksi pendakwaan. Saksi-saksi pendakwaan SP2, SP3 dan SP4 konsisten mengatakan tertuduh ditangkap berhampiran Kedai Serbaneka NT. Pada pendapat kami 1510 tidak mustahil apabila semasa ditangkap, bungkusan berisi dadah telah jatuh di lantai bersama-sama tertuduh yang tergelincir jatuh ke lantai. Di dalam kes hari ini saksi-saksi diatas juga mengesahkan bahawa rakaman CCTV tidak “tembak” pada kawasan tangkapan dan pada pendapat Mahkamah SP2 dan SP4 adalah munasabah di 1515 dalam membuat keputusan tidak mendapatkan rakaman CCTV tersebut kerana ia tidak material. Pada hemat kami, HMT adalah betul apabila memutuskan bahawa rakaman CCTV hanyalah keterangan sokongan dan tiada sebarang keraguan tentang keberadaan Tertuduh di tempat kejadian dan dadah yang dilihat dalam 1520 genggaman tangannya. [59] Kami merujuk kes Azhar Lazim v. PP [2012] CLJU 262; [2012] 1 LNS 262 CA; [2012] 5 MLJ 1; [2012] 3 MLRA 484; [2012] AMEJ 0081, ada menerangkan seperti berikut: 1525 "[27] A credible defence is a defence that answers the evidence of the prosecution. It is purely a question of fact whether the explanation of the defence is capable of raising a reasonable doubt.". Adalah undang-undang mantap bahawa Mahkamah Rayuan “should be 1530 slow in disturbing such finding of fact arrived at by the Judge”. Di dalam kes: - Herchun Singh & Ors v. PP [1969] MLRA 382, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti yang berikut : " An appellate Court should be slow in disturbing such finding of 1535 fact arrived at by the Judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding. “ - Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, Mahkamah 1540 Persekutuan menyatakan seperti yang berikut: “[51] It is trite law that the view of the trial judge as to the credibility of a witness must be given proper weight and consideration. An appellate court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the trial judge, who had the 1545 advantage of seeing and hearing the witness, unless there were substantial and compelling reasons for disagreeing.” (see Herchun Singh & Ors v. PP [1969] CLJU 52; [1969] 1 LNS 52; [1969] 2 MLJ 209).- 1550 - Sam Hong Choy v. PP [ 2000] 1 CLJ 105, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti yang berikut : “ As the finding of the learned judge on this issue is based on finding of facts and credibility of witnesses, the appellate court should be slow to disturb such finding as credibility of a witness is 1555 primarily a matter for the trial judge unless the decision was plainly wrong and was against the weight of the evidence (Dato' Mokhtar bin Hashim v. Public Prosecutor /1983] 2 CLJ 10; [ 1983] 2 MLJ 232). In the circumstances we were not convinced that the learned judge was wrong.” 1560 [60] Berhubung pemakaian s.114(g) Akta Keterangan, kami merujuk kes Yusri Pialmi v. PP [ 2010] 6 CLJ 878, Mahkamah Persekutuan memutuskan berikut : “[6] We are of the view even without the calling or offering as 1565 witnesses from amongst the other members of the police raiding party, the prosecution's case is complete with the evidence of SP2. The learned trial judge and the majority of the Court of Appeal had found SP2 to be a witness of truth. SP2 was not an interested witness, but a police officer performing his duties. He had related 1570 what he actually saw and did on that day. SP2's evidence is credible and ought to be believed. (See the cases of PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] 1 LNS 129 and PP v. Teh Cheng Poh [1979] CLJU 82; [1979] 1 LNS 82). [7] We also find there is no withholding or suppression of material 1575 evidence by the prosecution so as to invoke the application of s. 114(g) of the Evidence Act against the prosecution's case. In fact SP2's evidence has revealed the names of the other members of the police raiding party. There was no concealment whatsoever. It is also to be noted that there is no challenge by the defence on the 1580 evidence of SP2 of any ulterior motive that he might have to concoct evidence against the appellant. On this point there is a principle of law which states that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness' testimony. (See the case of Wong Swee Chin v. Public 1585 Prosecutor [1980] CLJU 138; [1980] 1 LNS 138). We therefore hold there is no merit in the arguments of learned counsel for the appellant on this ground.” [61] Isu mengenai kegagalan pihak pendakwaan untuk menyiasat dan 1590 mengemukakan keterangan dokumentar material seperti rakaman CCTV. pada hemat kami, kegagalan berbuat demikian tidak meruntuhkan kes pendakwaan. Sewajarnya diulangi bahawa pihak pendakwaan bersandarkan kepada kekuatan kesnya kepada keterangan langsung SP2, SP3 dan SP4. Keterangan-keterangan 1595 dokumentari yang lain hanyalah sebagai keterangan sokongan sahaja. Tanpanya tiada kecacatan yang akan menjelma di pihak kes pendakwaan. Dapatan yang kami capai ini adalah berpaksikan kepada beberapa nas undang-undang yang berikut : - PP v. Ebrahim Mirzaie Hj Ebrahim Deh Mokhtar [2017] 1 CLJ 575, 1600 Mahkamah Rayuan memutuskan seperti yang berikut : “ [38] The evidential value of CCTV evidence. DNA profiles and fingerprint impressions as decided by high authority is only corroborative. The learned trial judge correctly appreciated the position. In PP v Mansor Md Rashid & Anor [1997] 1 CLJ 233, the 1605 Federal Court stated that: Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charge alleged trafficking in the form of sale and there is evidence 1610 indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumes little value or significance. [39] Now, having scrutinised the evidence, we were with the 1615 learned DPP that even without the CCTV evidence, DNA profiles and fingerprint impressions, there are sufficient evidence to prove the prosecution's case. [40] The evidence of both PW2 and PW3 (DSM Hairudin bin Abdullah) were uncontroverted that they saw the respondent 1620 pulling the bag, exh. P10, before and at the time they approached the respondent. The bag they saw and seized was a brown coloured bag carrying the “Sphere” brand name, exh. P10. It was the respondent himself who had put the said bag in the scanning machine and it was equally the respondent himself who had 1625 carried the said bag to the narcotics office. Both testified that the examination of the said bag was done in the presence of the respondent. These are uncontroverted direct evidence which needs no further support for its sustenance.” (Penekanan ditambah) 1630 - Mikail Safari Ali v. PP [2015] CLJU 405; [2015] 1 LNS 405, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: "[24] On CCTV recording, SP5 testified (pg 137, Appeal Record Vol. (2) that "beberapa hari selepas report dibuat,saya hantar surat 1635 ke bahagian keselamatan CCTV tetapi saya tiada dapat maklumblas hingga hari ini untuk bantu saya dalam siasatan ini". The mere failure to obtain and to produce the CCTV recording without element of with holding or suppression of evidence did not warrant the invocation of an adverse inference under section 1640 114(g) of the Evidence Act 1950 (see Munusamy v. PP [1936] CLJU 32; [1936] 1 LNS 32; [1987] 1 CLJ 492)". - Loh Fung Hian v PP [2024] CLJU 1078 Mahkamah Rayuan memutuskan: 1645 “[44] In the present case, the prosecution had clearly established that the accused as caught red-handed with the dangerous drugs in his possession, hence what else could the accused do apart from saying that he had no knowledge of the said drugs. From the totality of the evidence, there is ample evidence established by the 1650 prosecution that the accused had the necessary knowledge of the dangerous drugs in question found on his very person. Thus, fingerprint lifting/DNA/CCTV evidence, would therefore assumed little value of significance unless of course the testimony of SP3 is wholly discredited (see Yeo Kwee Huat v. Public Prosecutor [2011] 1655 5 CLJ 630). The evidential status of such evidence is merely of corroborative value. Fingerprints/DNA/CCTV evidence is relevant and of great significance when identity is in doubt which is not the case here. [45] From the evidence which we have endeavoured, we find that 1660 the absence of such forensic evidence before the court was only a minor issue. We find no necessity for us to deliberate at length on this issue raised, safe to say that the direct evidence i.e. testimonies of the prosecution material witnesses clearly shows beyond doubt that the accused had possession and knowledge of 1665 the impugned drugs. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1955] 1 LNS 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237). 1670 [62] Adalah dapatan kami di dalam kes ini, pihak pendakwaan telah dengan jelas membuktikan bahawa tertuduh telah ditangkap secara “red-handed” dengan dadah berbahaya tersebut dalam milikannya. Maka, tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh tertuduh selain daripada menyatakan bahawa tertuduh tidak mengetahui tentang kewujudan 1675 dadah tersebut. Berdasarkan keseluruhan keterangan, terdapat bukti yang mencukupi daripada pihak pendakwaan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan yang diperlukan mengenai dadah berbahaya yang ditemui pada dirinya sendiri. Oleh itu, bukti seperti CCTV hanya dianggap sebagai bukti sokongan dan tidak begitu signifikan kecuali jika 1680 keterangan SP2 dan SP4 benar-benar disangkal sepenuhnya (lihat Yeo Kwee Huat v. Public Prosecutor [2011] 5 CLJ 630). Status keterangan CCTV hanyalah sebagai nilai sokongan dan hanya relevan dan sangat penting apabila terdapat keraguan tentang identiti, yang mana tidak berlaku dalam kes ini. Berdasarkan bukti yang telah dikemukakan, kami 1685 mendapati bahawa ketiadaan bukti dokumentari tersebut di mahkamah hanyalah isu kecil. Pada hemat kami, bukti langsung iaitu keterangan saksi utama pihak pendakwaan dengan jelas menunjukkan tanpa keraguan bahawa tertuduh mempunyai pemilikan dan pengetahuan terhadap dadah yang dipertikaikan. 1690 [63] Selanjutnya, mengenai kebolehterimaan keterangan saksi-saksi pendakwaan khususnya keterangan SP2 dan SP4, pada pandangan kami satelah kami menilai keseluruhan keterangan SP2 dan SP4 secara mendalam, kami berpuashati bahawa keterangan yang diberikan SP2 1695 sebagai saksi utama dan disokong keterangan SP4, adalah benar dan boleh dipercayai. Tiada sebab untuk kami meragui dan menolak keterangan mereka di dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang pegawai polis. Dapatan ini bersandarkan kepada nas-nas berikut : - Md Zainudin Raujan v. PP [2013] 4 CLJ 21, Mahkamah Pesekutuan 1700 memutuskan seperti yang berikut: “[55] PW5 was a police witness. The learned trial judge found him to be a credible witness. It is true that the prosecution's case rested solely on the evidence on PW5. However, under the law there is no requirement for his evidence to be corroborated. The 1705 learned trial judge believed PW5 and as such his evidence was sufficient to establish the case for the prosecution. Any requirement for PW5’s evidence to be corroborated will conflict with s. 134 of the Evidence Act 1950 which provides that no particular number of witnesses shall in any case be required for 1710 proof of any fact (see Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85). (Penekanan ditambah) - PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim [2014] 4 CLJ 162, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti yang berikut : 1715 "It must be borne in mind that s. 114 illustration © of the Evidence Act 1950 provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed. In State of Punjab v. Rameshwar Dass [1975] Cri LI 1630, the Punjabi & Haryana Court held at p. 1631 as follows: 1720 It is well settled that prima facie the public servants must be assumed to act honestly and conscientiously. It would, therefore, be basically wrong, without other cogent ground to consider them as untrustworthy witness in respect of their activities in performance of their official duties merely 1725 because of their official status unless the evidence is considered to be suspicious and that the conviction of the accused cannot be sustained on the statements of the official witnesses. The presumption that a person acts honestly applied as much in favour of a police officer as of 1730 other persons,and it is not a judicial approach to distrust and suspect him without good grounds". - PP v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129; [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257, Thompson CJ menyatakan seperti yang berikut: 1735 "When a Police witness says something that is not inherently improbable his evidence must in the first instance be accepted. If he says he saw a cow jumping over the moon his evidence is, of course, not to be accepted but if he says he saw a cow wandering along one of the main streets of Kuala Lumpur (the sort of thing 1740 we all see every day of our lives) there is not the slightest justification for refusing to believe him. Of course if his evidence is contradicted by other evidence or is shaken by cross-examination then it becomes business of the Magistrate to decide whether or not it should be accepted. In the absence of contradiction, 1745 however,and in the absence of any element of inhere improbability the evidence of any witness, whether a Police witness or not who given evidence on affimation, should normally be accepted".