Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-20-01/2022 ANTARA BEARD JUGGLING (M) SDN. BHD. (No. Syarikat: 513707-W) − PLAINTIF
BA-22NCvC-20-01/2022
High Court of Malaysia1 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“had a winnable **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 case. The legal burden is imposed on the plaintiff as prescribed by s 101 of the Evidence Act, which reads: Section 101 - burden of proof (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal rig”
“med Khan (as a representative for the estate of Sardar Mohd Roshan Khan, deceased) v. Perwira Affin Bank Bhd (previously known as Perwira Habib Bank Malaysia Bhd) [2018] 1 CLJ 415; [2017] 1 LNS 1702; [2017] MLJU 1765 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... In a case where the matter or material facts are not plea”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-20-01/2022 ANTARA BEARD JUGGLING (M) SDN. BHD. (No. Syarikat: 513707-W) − PLAINTIF
1
MOHAMAD BIN SULONG (No. K/P: 560502-11-5357)
2
SITI KHADIJAH BINTI HAZANAN (No. K/P: 850506-02-5944) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif ialah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan menjalankan perniagaan perdagangan, pengimportan, pengeksportan, pemprosesan dan kitar semula getah, sekerap getah, sekerap tayar dan produk yang berkaitan. Plaintif mempunyai pejabat utama di U5,Shah Alam dan 2 pejabat operasi di Mergong, Kedah dan Sungai Chanding, Klang. [2] Defendan Pertama ialah pengarah dan pemegang saham Plaintif. Manakala Defendan Kedua ialah individu yang diambil kerja oleh Defendan Pertama. 12/02/2023 12:15:21 BA-22NCvC-20-01/2022 Kand. 125 [3] Plaintif mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan Pertama kerana Defendan Pertama telah menyeleweng wang Plaintif, mengumpul stok dan/atau produk daripada pembekal Plaintif secara frod, menjual stok yang dibeli dan/atau produk kepada pelanggan Plaintif tanpa pengetahuan Plaintif, menyalahgunakan aset, komputer, menyalahgunakan maklumat sulit Plaintif untuk kepentingan sendiri dan telah gagal melaksanakan semua kewajipan, kuasa, tanggungjawab, obligasi dan fungsi yang diberikan kepadanya sebagai pengarah Plaintif. [4] Plaintif mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan Kedua kerana Defendan Kedua sebagai pekerja telah cuba mengalihkan dan/atau memindahkan sebahagian daripada tugas pentadbiran dan kewangan dari pejabat utama Plaintif di Shah Alam ke pejabat Plaintif di Mergong, Kedah. Plaintif memplidkan bahawa tindakan Defendan Kedua ialah suatu salah laku, bertindak bukan untuk kepentingan Plaintif, berlaku tidak jujur, menggunakan maklumat sulit perniagaan Plaintif dan mengambil langkah persediaan untuk bersaing dengan perniagaan Plaintif. [5] Akibat daripada tindakan Defendan-Defendan, Plaintif telah mengalami kerugian dan menuntut terhadap Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan untuk –
a
deklarasi bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua melanggar kewajipan fidusiari dan/atau kesetiaan.
b
ganti rugi khas sebanyak RM537,487.43.
c
bertanggungjawab membayar ganti rugi bagi keuntungan rahsia.
d
injunksi untuk menghalang Defendan Pertama dan Defendan Kedua sama ada dengan sendirinya atau bertindak melalui ejen dan/atau penama dan/atau kenderaan korporat mereka, melibatkan diri dalam perniagaan persendirian yang secara langsung atau tidak langsung bercanggah dengan perniagaan Plaintif.
e
injunksi untuk menghalang Defendan Pertama dan Defendan Kedua sama ada dengan sendirinya atau bertindak melalui ejen dan/atau penama dan/atau kenderaan korporat mereka, daripada menerbitkan atau mengedar atau menggunakan maklumat hak milik Plaintif.
f
injunksi mandatori untuk menuntut Defendan-Defendan menyerahkan kepada Plaintif senarai pelanggan kepunyaan Plaintif, senarai pembekal kepunyaan Plaintif, semua wang yang dipegang atas amanah untuk dan bagi pihak Plaintif serta akaun keuntungan.
g
ganti rugi am yang akan dinilai terhadap Defendan-Defendan.
h
ganti rugi teladan yang akan dinilai terhadap Defendan-Defendan.
i
ganti rugi am yang akan dinilai berkenaan dengan sebarang perlanggaran selanjutnya kewajipan fidusiari masing-masing dan/atau kewajipan kesetiaan dan/atau amanah yang ditemui terhadap Defendan-Defendan.
j
faedah pada kadar 5% setahun ke atas apa-apa jumlah yang diperintahkan supaya dibayar oleh Mahkamah ini.
k
kos.
l
apa-apa relief lanjutan atau lain-lain yang difikirkan patut dan wajar oleh Mahkamah ini. Pihak-Pihak [6] Defendan Pertama telah menubuhkan Plaintif iaitu pada 9-5-2000. [7] Pemegang saham dan jumlah peritus pegangan saham Plaintif ialah –
a
Mohamad Noor bin Abd Malik = 50%
b
Mohamad bin Sulong (Defendan Pertama) = 50% [8] Pengarah-pengarah Plaintif ialah − • Mohamad Noor bin Abd Malik (selepas ini disebut sebagai “Mohamad Noor”). • Mohamad bin Sulong (Defendan Pertama). • Sarimah binti Abdul Malik (selepas ini disebut sebagai “Sarimah”). [9] Mohamad Noor dan Sarimah ialah adik beradik (Mohamad Noor ialah abang manakala Sarimah ialah adik). Defendan Pertama berkahwin dengan kakak kepada Sarimah. Oleh itu hubungan antara Defendan Pertama dengan Sarimah ialah abang ipar dan adik ipar. [10] Mohamad Noor tidak terlibat dalam perniagaan atau operasi harian Plaintif. [11] Sarimah dilantik sebagai penagarah kewangan Plaintif sekitar tahun 2010. Sarimah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dan menguruskan bahagian pentadbiran operasi Plaintif. Sarimah bertindak atas arahan Defendan Pertama. Tugas Sarimah ialah untuk menyediakan dan mengeluarkan invois sebagaimana arahan Defendan Pertama dan menghantar pesanan, mengatur urusan perjalanan Defendan Pertama, merekodkan wang tunai yang disimpan di dalam peti keselamatan dan bank serta membayar bil utiliti. [12] Defendan Pertama sebagai pengarah urusan Plaintif menguruskan perniagaan dan operasi harian Plaintif yang bertanggungjawab seperti yang berikut:
a
untuk berurusan dengan pembekal, memperoleh pelanggan baharu dan menguruskan pelanggan sedia ada Plaintif.
b
untuk membeli barang dan/atau stok daripada pembekal.
c
berdagang dan/atau menjual barang dan/atau stok kepada pelanggan.
d
untuk menguruskan penghantaran barang dan/atau stok kepada pelanggan.
e
untuk mengutip wang dan hutang daripada pelanggan.
f
bertanggungjawab sepenuhnya dan menentukan terma dan syarat bagi setiap transaksi dengan pembekal dan pelanggan termasuk terma pembayaran tanpa melalui Sarimah dan Mohamad Noor. [13] Defendan Kedua ialah pekerja yang dilantik oleh Defendan Pertama dan menjadi pembantu peribadi kepada Defendan Pertama. Defendan Pertama dan Defendan Kedua kemudiannya berkahwin pada bulan Mei 2022. Saman terhadap Defendan-Defendan difailkan pada 13- 1-2022. [14] Dalam pemeriksaan balas kepada Defendan Kedua, Defendan Kedua menafikan telah berkahwin dengan Defendan Pertama pada bulan Oktober 2021. Defendan Kedua menyatakan bahawa tiada sijil nikah. [15] Plaintif memplidkan bahawa hasil penemuan siasatan dalaman yang dijalankan adalah didapati Defendan Pertama −
a
menuntut bayaran tunai daripada pelanggan Plaintif dan menyimpan keuntungan rahsia. Kejadian tersebut ialah seperti yang berikut: i. En Chew daripada Matreco Sdn Bhd telah membayar sebanyak RM96,800.00 kepada Defendan Pertama bagi penjualan rubber friction, nylon cords dan renovation works bagi tyre hub di Tanjung Malim dan telah membayar sebanyak RM100,000.00 bagi 50 ton scrap rubber. ii. En. Kamal bin Ariff dari Greenbank Environmental Enterprise telah membayar secara tunai kepada Defendan Pertama jumlah sebanyak RM3,500.00 pada 27-10-2021 dan RM4,600.00 pada 4-11-2021. iii. Multichoice Trading telah membayar deposit sebanyak RM20,000.00 secara tunai kepada Defendan Pertama bagi rubber friction. iv. wang dan/atau wang tunai dan/atau keuntungan yang diterima oleh Defendan Pertama.
b
menjual stok yang diambil daripada Continental dengan menggunakan akaun sedia ada dan tanpa pengetahuan Plaintif dan bersekongkol merancang dengan Continental mengeluarkan suatu surat tuntutan kepada Plaintif.
c
menyalahgunakan aset, laptop, komputer dan/atau stok dan/atau wang tunai dan/atau kereta kepunyaan Plaintif dan telah menyalahgunakan maklumat sulit Plaintif.
d
pada atau sekitar 31-12-2021, Defendan-Defendan bersama-sama dengan sekumpulan lelaki dan peguam yang dikenali sebagai Mohd Asnawi bin Mohd Yusof dan Tajul Anuar bin Zubairi telah secara paksaan memasuki Gudang Plaintif di No. 55, Jalan U5/22 Mah Sing Industrial Park, Shah Alam dan secara menyalahi undang-undang menyerbu premis Plaintif dan merampas harta, dokumen, komputer, laptop Plaintif, dan wang tunai sebanyak RM13,000.00 dari tas tangan Sarimah dan menyerang Sarimah serta suaminya di premis tersebut.
e
apabila memperoleh kawalan dan milikan pejabat Plaintif di Shah Alam dan Mergong telah cuba menjual barang Plaintif bernilai lebih daripada RM200,000.00 dan telah mengganggu pelanggan Plaintif.
f
tindakan Defendan-Defendan adalah suatu perlanggaran kewajipan fidusiari dan/atau pecah amanah dan/atau perlanggaran kewajipan kesetiaan kepada Plaintif. Defendan-Defendan juga bertindak bersesama untuk mencederakan Plaintif dan menyebabkan kerugian kepada Plaintif. [16] Plaintif telah memanggil Sarimah (SP1), En Khawari bin Idris (SP2) yang merakam video pada tarikh 31-12-2021 semasa Defendan-Defendan datang ke premis pejabat Plaintif di Shah Alam, Cik Siti Syarah binti Baharuddin, pegawai pengurusan eksekutif Plaintif (SP3) dan En Shahrul Azmi bin Mohamad (SP4) yang juga ialah anak Defendan Pertama serta pengarah pengurusan Plaintif. [17] Kedua-dua Defendan hadir menjadi saksi. Pembelaan [18] Defendan-Defendan memplidkan dalam pembelaan pernyataan fakta yang berikut:
a
Mohamad Noor dan Sarimah sebagai pengarah Plaintif mempunyai tanggungjawab fidusiari ke atas Plaintif dan turut mempunyai pengetahuan berkenaan dengan maklumat hakmilik Plaintif (proprietory information). Mereka juga mempunyai pengetahuan berkenaan dengan transaksi perniagaan yang dilakukan oleh Defendan Pertama bagi pihak Plaintif.
b
Sarimah (SP1) sebagai pengarah kewangan Plaintif, mempunyai akses penuh kepada semua transaksi kewangan Plaintif dan bertanggungjawab untuk menjaga aset, akaun dan wang tunai milik Plaintif.
c
sekitar Oktober 2021, Defendan Pertama mendapati bahawa beberapa transaksi perniagaan adalah tidak selari dengan jumlah transaksi kewangan dan terdapat transaksi perbankan yang tidak dibenarkan (unauthorized) dengan seorang bernama Mohamad Famirul, invois yang meragukan dan ketidakaturan rekod kewangan.
d
Sarimah tidak memberikan apa-apa jawapan munasabah bagi persoalan yang ditanya oleh Defendan Pertama. Defendan Pertama meminta Sarimah untuk mengemukakan semua rekod dan dokumen berkaitan dengan kewangan Plaintif dari tahun 2017 hingga tahun 2021. Defendan Pertama menyatakan bahawa Sarimah gagal mengemukakannya atas alasan yang remeh.
e
Sejak Defendan Pertama dan Defendan Kedua berkahwin dan isu kewangan yang dipersoalkan oleh Defendan Pertama, sejak 26-10-2021 Sarimah melarang Defendan Pertama memasuki pejabat Plaintif di Shah Alam dan telah menukar kunci pejabat.
f
Sarimah telah mengeluarkan notis penggantungan jawatan Defendan Pertama sebagai pengarah urusan dan melarang Defendan Pertama memasuki pejabat Plaintif.
g
Oleh yang demikian, atas kekhuatiran Defendan Pertama bahawa dokumen berkenaan dengan transaksi perniagaan dan kewangan yang dalam milikan Sarimah, maka pada 31- 12-2021 Defendan-Defendan telah hadir di pejabat Plaintif di Shah Alam untuk mendapatkan beberapa dokumen dan memeriksa jumlah wang tunai di dalam peti besi demi memastikan kepentingan Plaintif terjaga.
h
Defendan Pertama telah memberhentikan khidmat Sarimah sebagai pengarah kewangan melalui surat bertarikh 31-12-
2021
Isu untuk dibicarakan [19] Plaintif dan Defendan-Defendan memfailkan isu untuk dibicarakan secara berasingan di mana Plaintif menyatakan terdapat 12 isu untuk dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah ini terhadap Defendan-Defendan. [20] Manakala Defendan-Defendan menyatakan terdapat 29 isu untuk dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah ini terhadap Plaintif. Keputusan Mahkamah pada 1-12-2022 [21] Pada 1-12-2022, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif dan menghakimi sseperti yang berikut: “Mahkamah telah meneliti keterangan saksi-saksi, dokumen dan keseluruhan pliding dan atas imbangan kebarangkalian, Plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap Defendan-Defendan – a) dalam kes ini wujud prima facie a fiduciary relationship. Elemen trust dan confidence serta obligation of loyalty wujud di antara Defendan Pertama dengan Plaintif. b) Defendan Pertama telah mengingkari kewajipan dan tanggungjawab fidusiari dengan menyalahguna dan/atau menyeleweng wang dan/atau aset milik Plaintif. Tingkah laku Defendan Pertama telah mendatangkan kecederaan dan/atau kerugian kepada Plaintif. c) Ganti rugi khas yang dibenarkan oleh Mahkamah ialah seperti yang berikut: i. RM96,800.00 paid by Matreco; ii. RM8,100.00 paid by Greenbank Environmental Enterprise; iii. RM20,000.00 paid by Multichoice Trading Sdn Bhd; dan iv. RM10,000.00 being petty cash that was missing from the Plaintiff’s Shah Alam Office. Oleh yang demikian Mahkamah ini memutuskan bahawa – a) perintah bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara bersesama membayar kepada Plaintif jumlah sebanyak RM134,900.00 dan faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh keputusan ini sehingga penyelesaian penuh. b) injunksi untuk menghalang Defendan Pertama dan Defendan Kedua sama ada secara dengan sendiri atau melalui ejen atau penama atau kenderaan korporat mereka daripada melanggar kewajipan fidusiari dan kesetiaan yang terhutang oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua kepada Plaintif khususnya melibatkan diri dalam mana-mana perniagaan persendirian sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan perniagaan Plaintif, menerbitkan atau mengedar atau menggunakan maklumat yang menjadi hak milik Plaintif. c) injunksi mandatori untuk Defendan Pertama dan Defendan Kedua menyerahkan kepada Plaintif senarai pelanggan kepunyaan Plaintif, senarai pembekal kepunyaan Plaintif, semua wang yang dipegang atas amanah untuk dan bagi pihak Plaintif, dan akaun keuntungan. d) kos sebanyak RM20,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur).”. [22] Defendan-Defendan merayu terhadap keseluruhan ini. Isu untuk dibicarakan [23] Isu untuk dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah ini adalah –
a
sama ada Defendan Pertama sebagai pengarah Plaintif mempunyai kewajipan fidusiari terhadap Plaintif?
b
sama ada Defendan Kedua ialah pekerja Plaintif? Jika ya, sama ada Defendan Kedua mempunyai kewajipan fidusiari dan/atau kewajipan kesetiaan terhadap Plaintif?
c
sama ada perbuatan dan tindakan Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah suatu perbuatan dan tindakan yang melanggar dan mengingkari kewajipan kewajipan fidusiari dan/atau kewajipan kesetiaan terhadap Plaintif?
d
sama ada Defendan Pertama telah menyelewengkan aset (wang tunai daripada pelanggan Plaintif, aset dan stok) milik Plaintif?
e
sama ada Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah berkonspirasi untuk mendatangkan kecederaan dan/atau menipu Plaintif?
f
sama ada Plaintif mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini terhadap Defendan-Defendan?
g
sama ada Plaintif mempunyai kausa tindakan munasabah terhadap Defendan-Defendan?
h
sama ada Plaintif mempunyai pengetahuan dan/atau akses berkenaan dengan maklumat hakmilik Plaintif (proprietary information)?
i
sama ada penggantungan jawatan Defendan Pertama sebagai pengarah urusan Plaintif adalah sah? Dan sama ada Defendan Pertama telah dihalang daripada menjalankan tugasnya sebagai pengarah urusan oleh Plaintif dan/atau pengarah Plaintif?
j
sama ada Defendan Pertama mempunyai kuasa untuk membawa pentadbiran Plaintif ke pejabat operasi Plaintif di Mergong, Kedah?
k
sama ada Sarimah telah mengendalikan urusan kewangan Plaintif dengan teratur dan baik?
l
sama ada wujud transaksi yang tidak dibenarkan (unauthorized) kepada seorang bernama Mohd Famirul yang bukan pelanggan Plaintif yang dibuat oleh Sarimah?
m
sama ada kerugian Plaintif berjumlah RM537,487.43 adalah disebabkan oleh keingkaran/perlanggaran kewajipan fidusiari oleh Defendan Pertama? Analisis dan Dapatan Mahkamah [24] Beban pembuktian adalah terletak kepada Plaintif untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. peruntukan undang-undang dan nas undang-undang kes adalah mantap mengenai beban pembuktian dalam kes sivil iaitu − • seksyen 101, 102 dan 106 Akta Keterangan 1950 (Akta 56). •
1139
• Berjaya Development Sdn Bhd v. Keretaapi Tanah Melayu Berhad [2012] 4 CLJ 35. • Juta Damai Sdn Bhd v. Permodalan Negeri Selangor Bhd [2014] 5 CLJ 318. • Heritage Grand Vacation Club Bhd V. Pacific Fantasy Vacation Sdn Bhd [2016] 7 CLJ 679. • Ineax Engineering Sdn Bhd v. Ineax Process Sdn Bhd And Ng Wee Keat [2017] 1 LNS 1187. • Cahaya Berlian Sdn Bhd (Company No: 742437-K) v. Datuk Bandar Kuala Lumpur [2020] 1 LNS 396. [25] Mahkamah ingin merujuk keputusan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, YA Puan Evrol Mariette Peters, JC memutuskan (pada muka surat 654) dalam kes, Techcrew Sdn Bhd v. Nurhamizah Hamzah & Ors [2020] 4 MLRH 635 – Whether the plaintiff had proved Its Loss? Regardless of the 1st defendant’s liability, in the final analysis, the question was whether the plaintiff had proved, on a balance of probabilities, that it had suffered loss as a result of the 1st defendant’s negligence, bearing in mind that this court had to consider the probability of the Court of Appeal overruling the High Court in the MAB Suit. After considering all the relevant evidence, both oral and documentary, I found that the plaintiff had failed to do so, and the following are my reasons: According to the case of Mount v. Barker Austin (a fire) f1998J PNLR 493, the plaintiff must prove that it had a real and substantial prospect of success, rather than a mere negligible one. In other words, to show that it had a winnable case, based upon the evidence adduced by the plaintiff the Court would be required to assess the outcome of the case, had there been no negligence on the part of the 1st defendant. Based on the Latin maxim ei incumbit probatis qui dicit, non qui negat, which means that the burden of proof is on the one who declares, not on the one who denies, the plaintiff had the legal burden to prove on a balance of probabilities that it had a winnable case. The legal burden is imposed on the plaintiff as prescribed by s 101 of the Evidence Act, which reads: Section 101 - burden of proof (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which lie asserts, must prove that those facts exist. (2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. This was explained in the case of Hong Yik Trading v. Liziz Plantation Sdn Bhd [2017J 4 MLRA 89, [2017] 5 MLJ 398; [2017J 8 CLJ 491 by Arifin Zakaria CJ in the following words: It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burdens then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence. Kedudukan Defendan Pertama dan Defendan Kedua dalam syarikat Plaintif: [26] Keterangan Sarimah (SP1) sebagai pengarah syarikat di Plaintif menyatakan bahawa –
a
Plaintif ditubuhkan pada 9-5-2000 dan En. Mohamad Noor yang juga abang kandung Sarimah menjadi pengarah syarikat.
b
ketika penubuhan Plaintif, Defendan berada di luar negara (United Kingdom) dan anak lelaki Defendan bernama Shahrul Azmi yang juga anak saudara Sarimah telah memulakan perniagaan syarikat Plaintif sekitar tahun 2002 selepas Shahrul Azmi pulang dari United Kingdom.
c
Sarimah menyertai syarikat Plaintif pada sekitar tahun 2002/2003 dan Sarimah menguruskan & skop kerjanya ialah mengenai pentadbiran starikat seperti pengeluaran invois dan pengurusan dokumen.
d
Shahrul Azmi kembali semula ke United Kingdom untuk menyambung pengajiannya dan tidak lama selepas itu Defendan Pertama kembali ke Malaysia dan menyertai syarikat Plaintif.
e
sejak Defendan Pertama menyertai syarikat Plaintif, Sarimah telah mengikut arahan daripada Defendan Pertama dalam pentadbiran syarikat seperti pengeluaran invois dsbnya.
f
akibat daripada pengurusan syarikat Plaintif yang lemah dan tidak efisyen, sekitar tahun 2015 Defendan Pertama meninggalkan syarikat Plaintif. Defendan Pertama juga pernah meninggalkan syarikat Plaintif pada sekitar tahun 2006 sehingga 2008 untuk bekerja dengan Permodalan Nasional Berhad yang terletak di Italy atas alasan Defendan Pertama ingin mencuba pengalaman baharu.
g
Shahrul Azmi kembali ke Malaysia pada tahun 2016 untuk membantu menaikkan semula perniagaan syarikat Plaintif. Atas usaha Shahrul Azmi, Plaintif berjaya untuk menjadi vendor kepada Continental.
h
atas jemputan Shahrul Azmi (anak Defendan Pertama), Defendan Pertama kembali bekerja dengan Plaintif.
i
skop kerja Defendan Pertama ialah berurusan dengan pembekal, memperoleh pelanggan baharu, pembelian barang dan stok daripada pembekal, berdagang dan menjual barang dan stok kepada pelanggan, menguruskan penghantaran barang dan stok kepada pelaanggan dan mengutip wang dan hutang daripada pelanggan Plaintif. [27] Defendan Kedua diambil kerja oleh Defendan Pertama sebagai “cleaner” dan kemudiannya menjadi pembantu peribadi. Defendan-Defendan mengakui bahawa mereka telah berkahwin dan Defendan Kedua itu ialah isteri kedua Defendan Pertama. Kakak kepada Sarimah ialah isteri pertama Defendan Pertama. Defendan Kedua masih bekerja dengan Plaintif selepas dan walaupun telah berkahwin dengan Defendan Pertama. Perkara ini tidak dipertikaikan. [28] Plaintif menuntut terhadap Defendan Pertama atas perlanggaran fidusiari sebagai pengarah Plaintif. Plaintif memplidkan bahawa Defendan Pertama telah menyalahgunakan aset Plaintif yang melibatkan beberapa pelanggan Plaintif dan pembekal Plaintif. Kewajipan fidusiari dan Kewajipan Kesetiaan: [29] Berkenaan dengan penafian Defendan-Defendan mengenai kewajipan fidusiari dan kewajipan kesetiaan, Mahkamah ini mendapati kedudukan dan jawatan Defendan Pertama dalam syarikat Plaintif adalah tidak dipertikaikan. Defendan Pertama mengakui bahawa beliau ialah individu yang mewujudkan syarikat Plaintif, Defendan Pertama menjalankan urusan perniagaan Plaintif dan memberikan arahan bukan sahaja kepada Sarimah tetapi juga kepada Defendan Kedua. Defendan Pertama tidak boleh mempersoalkan dan membangkitkan isu “sama ada Defendan Pertama sebagai pengarah syarikat Plaintif mempunyai tanggungjawab fidusiari terhadap syarikat Plaintif?”. [30] Dalam buku Legal Aspects of Fiduciary Duties in Malaysia, Wan Azlan Ahmad dan Mohsin Hingun, Sweet & Maxwell, 2022 – “[1.004] The word “fiduciary” for the purposes of fiduciary law denotes the duties of a person (a fiduciary) to ascribe paramountcy to serve the interest of the person or persons to whom the duty is owed. These duties come into being in relationships between parties that are characterized by the elements of trust and confidence. [1.005] The word “fiduciary” can also be understood in a related sense to the above, that is, as related to the nature of the obligations of a person in a fiduciary relationship which imposes on that person a duty of loyalty, or fidelity. A fiduciary owes that duty to the principal (or to beneficiaries in case of trustees), and certain specific duties (commonly referred to as fiduciaries duties) are imposed on the fiduciary in consequence thereof. [1.006] Fiduciary relationship is thus a legal relationship, creating obligations on the fiduciaries involved. It is a prominent feature in many areas of civil law. Its contemporary importance has been put in this manner (The Principles of equity and Trusts, para [15.1.4]): … the significance of the law of fiduciaries is not confined to imposing additional duties on trustees. The categories of fiduciary relationship are much wider and encompass a wide variety of commercial relationships, all of which can be characterized as relationship of trust and confidence. It follows that the law of fiduciaries is particularly relevant in the commercial world in imposing onerous duties on fiduciaries and significant remedies if the duties are breached. [1.044] A breach of fiduciary duty, it has been explained (The Principles of equity and Trusts, para [17.2.1]): … involves a breach of those negative duties that arise from the fundamental obligation of loyalty to the principal, namely the no-conflict and the no-profit rules. But a fiduciary may breach other non-fiduciary duties, triggering liability for breach of contract, or for the commission of a tort, or for unjust enrichment.”. [31] Keterangan SP4 iaitu pengarah urusan Plaintif yang juga anak Defendan Pertama dalam keterangannya di hadapan Mahkamah ini menyatakan (SP4 memberikan keterangan dalam Bahasa Inggeris) bahawa – • the 1st Defendant is the only person who has full knowledge and control of the sales. • he is also the person who collects and takes payments from the customers who mostly pay by cash because the 1st Defendant always request to transact in cash. • there is no mechanism to verify and account for the sales done by the 1st Defendant. There was no need to in the past because we trusted him. But it turns out that the 1st Defendant abused his position and betrayed our trust by making secret profits behind our back. • it was only by chance that he did came to light when a customer called Pn Sarimah on 4-11-2021 that apparently, he had paid a sum of RM96,800.00 to the 1st Defendant but no products were delivered to him. • then around November 2021, the Plaintiff was informed by another customer, Encik Kamal bin Ariff from Greenbank Environmental Enterprise that he had paid a total sum of RM8,100.00 in cash to the 1st Defendant. • another customer known as Multichoice Trading also paid RM20,000.00 in cash to the 1st Defendant for rubber friction. [32] Mahkamah ini juga telah menganalisa keterangan Defendan Pertama dan Defendan Kedua sepanjang perbicaraan penuh ini. Dalam penyata saksi Defendan Pertama (SD1), Defendan Pertama menyatakan bahawa –
a
kesemua pengarah Plaintif bersama-sama bertanggungjawab dan mempunyai tanggungjawab fidusiari ke atas syarikat Plaintif.
b
hanya Defendan Pertama sahaja yang arif dengan selok belok perniagaan Plaintif khususnya Defendan Pertama pakar dalam pemprosesan bahan mentah getah.
c
Defendan Pertama mengenali semua pelanggan dan pembekal Plaintif. Defendan Pertama berurusan secara terus dengan pelanggan dan pembekal Plaintif.
d
pembayaran oleh pelanggan dibuat kepada syarikat Plaintif melalui transaksi perbankan internet, cek dan bayaran tunai.
e
Sarimah sebagai pengarah kewangan syarikat Plaintif dan beberapa pekerja syarikat Plaintif boleh menerima bayaran daripada pelanggan Plaintif. Wang tunai yang diterima daripada pelanggan diberikan kepada Sarimah dan dimasukkan ke dalam peti besi syarikat Plaintif.
f
Defendan Pertama dan Sarimah mempunyai akses kepada peti besi syarikat Plaintif tetapi hanya Sarimah boleh menyimpan dan mengeluarkan wang tunai dari peti besi tersebut. Pada 26-10-2021, Defendan Pertama dihalang oleh Sarimah daripada memasuki pejabat utama Plaintif di U5 Shah Alam. [33] Selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak isu sama ada Defendan Pertama sebagai pengarah syarikat mempunyai kewajipan fidusiari terhadap Plaintif atau tidak, Mahkamah mendapati dan merumuskan bahawa Defendan Pertama mempunyai kewajipan fidusiari terhadap Plaintif. Tindak tanduk dan kelakuan Defendan Pertama hendaklah mematuhi kewajipan yang digalasnya. Sebagai sebuah syarikat yang digalas dalam “paying” kekeluargaan Defendan Pertama tidak boleh “mencederakan” perniagaan Plaintif khususnya mengenai kewangan dan apa-apa bayaran yang diterima oleh Defendan Pertama. [34] Manakala bagi Defendan Kedua, perkara bahawa Defendan Kedua diambil kerja oleh Defendan Pertama sendiri dan selepas itu menjadi isteri kedua kepada Defendan Pertama, tindakan Defendan Kedua dalam perniagaan Plaintif bukan setakat menjadi pembantu peribadi kepada Defendan Pertama. Pembayaran wang oleh pelanggan kepada akaun Defendan Kedua menunjukkan bahawa Defendan Kedua terlibat secara langsung dalam perniagaan Plaintif. Mahkamah mendapati dan merumuskan bahawa Defendan Pertama mempunyai kewajipan kesetiaan/fidelity terhadap Plaintif. Tuntutan Ganti rugi Khas: [35] Selepas selesai perbicaraan, Mahkamah mengarahkan pihak-pihak menjelaskan mengenai kerugian dan tuntutan ganti rugi mengenai kehilangan aset Plaintif. Hanya peguam cara Plaintif terpelajar sahaja memfailkan hujahan bertulis tambahan/lanjutan iaitu – DAMAGES PLEADED IN THE STATEMENT OF CLAIM
2
In paragraph 74 of the Statement of Claim, the Plaintiff has pleaded that it has suffered loos and damages for the misappropriation of cash, stocks and products for the sum of approximately RM537,487.43 (and such other sums that may be discovered and/or traced upon discovery and/or interrogatories)’ due to the Defendants’ breaches. The sum of RM537,487.43 pleaded came from a computation of ascertainable amounts at the time which took into account the following matters:
a
RM96,800.00 paid by Matreco;
b
RM8,100.00 paid by Greenbank Environmental
c
RM20,000.00 paid by Multichoice Trading Sdn Bhd;
d
RM402,587.43 as the estimated worth of stock from Continental that was misappropriated by the Defendants; and (Bundle B2 page 375)
e
RM10,000.00 being petty cash that was missing from the Plaintiff’s Shah Alam Office when the place was illegaly raided and seized by the Defendants. (Bundle B1 page 219)
4
It is respectfully submitted that the above amounts ought to be part of the general damages suffered by the Plaintiff as it falls within the particulars of damages as pleaded in paragraph 73 of the Statement of Claim.
5
The term ‘special damages’ was used in prayer (c) to indicate that the amount was ascertainable. The Plaintiff apologizes for the confusion caused.
6
In so far as the sum of RM841,876.40 as submitted under the heading of ‘special damages’ is concerned, the Plaintiff submits that the computation of that amount was based on similar matters as stated in paragraph 3 above with the following revisions:
a
an additional RM105,000.00 from Matreco; and
b
the sum of RM611,976.40 being the amount actually paid by the Plaintiff to Continental replacing the the estimated value of stock.
7
The Plaintiff respectfully submits that the amounts stated therein ought to be part of the general damages to be assessed as opposed to ‘special damages’ which term was incorrectly used in this context and we apologise for the confusion caused.
8
We further wish to respectfully state that the Plaintiff is prepared to be bound by the pleadings and will rely on the evidence led and adduced in support of the sum RM537,487.43 as prayed for and pleaded in the Statement of Claim.
9
In the premises, the Plaintiff prays for order in terms of the Statement of Claim. [36] Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif dan menghakimi mengenai jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Defendan-Defendan kerana atas imbangan Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. Keterangan SP1, SP 4 dan dokumen-dokumen mengenai kehilangan dan kerugian yang dialami oleh Plaintif adalah dibuktikan terhadap Defendan-Defendan. [37] Kerugian yang dialami oleh Plaintif dan dituntut terhadap Defendan-Defendan sebagaimana dalam pernyataan tuntutan ialah berkenaan dengan pelanggan dan/atau pembekal Plaintif iaitu Matreco, Greenbanks Environmental Sdn Bhd, Continental Sdn Bhd, Multichoice Trading Sdn Bhd yang dijumlahkan sebanyak RM841,876.40. Manakala dalam pernyataan tuntutan pada prayer (C) Plaintif memplidkan jumlah ganti rugi khas ialah sebanyak RM537,487.43. [38] Berdasarkan kepada dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan penuh yang menyokong tuntutan ganti rugi yang dituntut itu, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini hanya membenarkan ganti rugi sebagaimana yang berikut: • Ganti rugi khas yang dibenarkan oleh Mahkamah ialah seperti yang berikut:
a
RM96,800.00 paid by Matreco (dokumen yang dirujuk ialah Bundle B page 74 – 75).
b
RM8,100.00 paid by Greenbank Environmental Enterprise (Notes of Proceedings dated 29.09.2022, m/s 39-40, Encl.103 adalah dirujuk).
c
RM20,000.00 paid by Multichoice Trading Sdn Bhd (dokumen yang dirujuk ialah Bundle B3, page 73 to 74).
d
RM10,000.00 being petty cash that was missing from the Plaintiff’s Shah Alam Office. • Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara bersesama membayar kepada Plaintif jumlah sebanyak RM134,900.00 dan faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh keputusan ini sehingga penyelesaian penuh. [39] Keputusan Mahkamah ini adalah selaras dengan keputusan dalam kes Chang Hang Guan & Ors. V. Perumahan Falim (Penang) Sdn Bhd [1994] 1 CLJ 19, Edgar Joseph Jr memutuskan− “When a plaintiff claims damages from a defendant, he has to show that the loss in respect of which he claims damages was caused by the defendant’s wrong and also that the damages are not too remote to be recoverable. Where precise evidence is obtainable, the court naturally expects to have it, where it is not, the court must do the best it can. General difficulty of proof does not dispense with the necessity for proof.”. [40] Mahkamah juga memetik suatu perenggan dalam buku Mc Gregor on Damages (16th Ed, 1997) at page 287− “The primary object of an award of damages is to compensate the plaintiff for the harm done to him; a possible secondary object is to punish the defendant for his conduct in inflicting that harm. Such a secondary object can be achieved by awarding, in addition to the normal compensatory damages, damaged which are variously called exemplary damages, punitive damages, vindictive damages or even retributory damages, and comes into play whenever the defendant’s conduct is sufficiently outrageous to merit punishment as where it discloses malice, fraud, cruelty, insolence or the like.”. [41] Kerugian yang dialami oleh Plaintif sebagaimana keterangan saksinya adalah selaras dengan dokumen sokongan dan hujahan tambahan/lanjutan yang difailkan oleh peguam cara Plaintif terpelajar (atas arahan Mahkamah). Plaintif berjaya membuktikan tuntutan ganti rugi khas ini dan dengan itu berhak mendapatkan ganti rugi khas ini. Ketidakaturan rekod kewangan Plaintif: [42] Berkenaan dengan perkara ini, Defendan Pertama meragui mengenai pengeluaran invois dan ketidakaturan rekod kewangan Plaintif. Defendan Pertama merujuk kepada Ikatan Dokumen B4 pada muka surat 1 hingga 11 di mana terdapat transaksi perbankan yang tidak dibenarkan dengan Mohamad Famirul. Defendan Pertama menegaskan bahawa Mohamad Famirul itu bukanlah pembekal mahupun pelanggan Plaintif. [43] Berkenaan dengan Defendan Pertama yang memplidkan mengenai perkara/insiden “sekitar Oktober 2021, Defendan Pertama mendapati bahawa beberapa transaksi perniagaan adalah tidak selari dengan jumlah transaksi kewangan dan terdapat transaksi perbankan yang tidak dibenarkan (unauthorized) dengan seorang bernama Mohamad Famirul, invois yang meragukan dan ketidakaturan rekod kewangan.”. [44] Keterangan Sarimah (SP1) yang menjadi pengarah kewangan dan mengakui serta menjelaskan bahawa Mohamad Famirul ialah owner syarikat Beston (perniagaan getah) yang merupakan pelanggan Plaintif di mana syarikat Beston membeli stok daripada Plaintif. Rekod perbankan yang dirujuk kepada SP1 dengan jelas menunjukkan wang masuk oleh pelanggan Plaintif itu kepada Plaintif. Plaintif tidak mengalami kerugian akibat daripada transaksi “in” dan “out” akaun dengan pelanggan Plaintif ini. [45] Mahkamah ini mendapati “assertion” dan “aduan” Defendan Pertama mengenai “terdapat transaksi perbankan yang tidak dibenarkan (unauthorized) dengan seorang bernama Mohamad Famirul, invois yang meragukan dan ketidakaturan rekod kewangan” hanya sekadar terkandung dalam perenggan 18 Isu Untuk Dibicarakan Defendan-Defendan sebagaimana dalam Lampiran 88 (C2). [46] Dalam pembelaan, tiada perkara mengenai terdapat transaksi perbankan yang tidak dibenarkan (unauthorized) dengan seorang bernama Mohamad Famirul, invois yang meragukan dan ketidakaturan rekod kewangan” ini dinyatakan. Defendan-Defendan adalah terikat dengan plidingnya. Defendan-Defendan gagal membuktikan “tuduhan” dan “aduan” terhadap Plaintif. [47] Peguam cara Plaintif dalam hujahannya –
101
The 1st Defendant further pleads that his actions taken on the Shah Alam office is premised on the fact of Financial Discrepancies. The Plaintiff refutes this allegation and submits that this is far from the truth.
102
Moreover, the 1st Defendant himself admitted that there were no documents that have been produced in this Honourable Court to prove his baseless claim.
103
Furthermore, the Plaintiff refutes the Defendant’s statement justifying that the entry made into the Plaintiff’s Shah Alam premises is to verify the financial discrepancies and to ensure that the interest of the Plaintiff is protected is an afterthought by the Defendants. (Bundle A, Page 71, Para22(g)).
104
The two Letter of Demand made by Messrs JK Lim dated 18.11.2021 was addressed to Puan Sarimah devoid from any accusation of financial discrepancies. (Refer to Notes of Proceedings dated 29.9.2022, m/s 8-9, Encl.104).
105
Having stated the above, it is obvious that the 1st Defendant’s action in seizing and/or raiding the Shah Alam premise was premised on the financial discrepancies is simply an afterthought justification made by the 1st Defendant’s as he had failed to produce any evidence to support his baseless allegations. [48] Dalam kes Ranjan Paramalingam & 1 Lg v. Persatuan Penduduk Taman Bangsar Kuala Lumpur [2023] 1 LNS 29, Mahkamah Rayuan dalam keputusannya menyatakan − “Our Analysis and Decision [13] First and foremost, we have to emphasize that parties are bound by their pleadings. The law on pleadings is well settled. Generally, parties are bound by their pleadings and the court should not decide on the issue that was not pleaded. Federal Court in the case of Anjalai Ammal & Anor v. Abdul Kareem [1969] 1 MLJ 22 had made the following observation and had opined that: There is considerable authority in regard to the purpose and effect of particulars filed pursuant to O. 19, r. 7A of the Rules of the Supreme Court. At p. 31 of Halsbury (3rd Edn.) Vol. 3, the learned commentator has this to say:- A party is bound by his pleadings unless he is allowed to amend them, and he is therefore bound by his particulars, which are, in effect, part of the pleadings under which they are delivered. In Thomson v. Birkley (1883) 47 LTR p. 700 Watkin Williams J says:- The object of particulars is to prevent surprise, and to limit and particularise events in order that both parties should come to trial fully prepared for the issues. In Spedding v. Fitzpatrick (1888) 38 Ch. D 410 at 413 Cotton LJ says:- The object of particulars is to enable the party asking for them to know what case he has to meet at the trial, and so to save unnecessary expense, and avoid allowing parties to be taken by surprise. In Thorp v. Holdsworth (1876) Ch. 637 at 639 Jessel Mr. says:- The whole object of pleadings is to bring the parties to an issue, and the meaning of the rules of R XIX was to prevent the issue being enlarged, which would prevent either party from knowing when the cause came on for trial, what the real point to be discussed and decided was. In fact, the whole meaning of the system is to narrow the parties to definite issues, and thereby to diminish expense and delay, especially as regards the amount of testimony required on either side at the hearing. Finally, in Yorkshire Provident Life Assurance Co. v. Gilbert & Rivington [1895] 2 QB 114 at 152 Lindley LJ says:- On the same principle of law related to the rule of pleadings, this court in the case of Pembinaan SPK Sdn Bhd v. Jalinan Waja Sdn Bhd [2014] 2 MLJ 322 has made the following observation: That classic, authoritative text on the rules of pleadings - Sir Jack Jacob & Ian S Goldrein, Pleadings: Principles and Practice - provides four ‘objects’ Pleadings - their dual object in summary. Pleadings serve a two-fold purpose:
a
first To inform each party what is the case of the opposite party which he will have to meet before and at the trial; and
b
secondly concurrently to appraise the court what are the issues. The identity of the issues is crucial, not only for the purposes of trial, but also for the purposes of all the pre-trial interlocutory proceedings. The object of pleadings - in detail (a) first To define with clarity and precision the issues or questions which are in dispute between the parties and fall to be determined by the court... (b) secondly To require each party to give fair and proper notice to his opponent of the case he has to meet to enable him to frame and prepare his own case for trial... (c) thirdly To inform the court what are the precise matters in issue between the parties which alone the Court may determine, since they set the limits of the action which may not be extended without due amendment properly made ...”. [49] Dalam kes Iftikar Ahmed Khan (as a representative for the estate of Sardar Mohd Roshan Khan, deceased) v. Perwira Affin Bank Bhd (previously known as Perwira Habib Bank Malaysia Bhd) [2018] 1 CLJ 415; [2017] 1 LNS 1702; [2017] MLJU 1765 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... In a case where the matter or material facts are not pleaded but evidence is led without objections at trial, the court is duty bound to consider such evidence although it may be a departure from the pleading. It has the effect of curing defect in the pleading. In such a case the opposite party is not taken by surprise, prejudiced, embarrassed or misled. The exception is where the evidence represents a radical departure from the pleading and is not just a variation, modification or development of what has been alleged in the pleading.”. [50] Dalam hujahan bertulis pihak Defendan-Defendan, peguam cara Defendan-Defendan terpelajar berhujah bahawa Plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan atas alasan yang berikut:
a
Plaintif gagal memanggil saksi-saksi ialitu pelanggan dan/atau pembekal Plaintif dalam perbicaraan ini. “Oleh kerana saksi-saksi tersebut adalah saksi material, kami menghujahkan bahawa inferens memudaratkan (adverse inference) di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah terpakai di sini.”.
b
Adalah dihujahkan bahawa yang kegagalan Plaintif untuk mengemukakan saksi-saksi tersebut mewajarkan Mahkamah membuat suatu inferens bahawa Plaintif secara sengaja tidak memanggil saksi-saksi material tersebut kerana sekiranya dipanggil, keterangan saksi-saksi material tersebut akan memudaratkan kes Plaintif.
c
Adalah turut dihujahkan bahawa apa-apa dokumen yang kononnya datang dari individu-individu/klien-klien seperti Surat Akuan Chew Kah Yong tidak dapat diperiksa balas kerana Chew Kah Yong tersebut tidak dikemukakan sebagai saksi semasa perbicaraan. 5.23 Defendan Pertama turut telah menjelaskan bahawa wang yang diterima oleh pelanggan-pelanggan Plaintif tersebut adalah pinjaman peribadi dan/atau digunakan untuk operasi syarikat Plaintif sendiri.
d
Adalah dihujahkan bahawa tiada keterangan saksi lain yang boleh menyangkal keterangan Defendan Pertama tersebut bahawa wang yang diterima dari Chew adalah wang pinjaman peribadi, wang dari Kamal digunakan untuk operasi premis Plaintif di Mergong dan tidak menerima wang dari Kok Mun Multichoice, adalah dihujahkan bahawa keterangan Defendan Pertama tersebut wajar diambilkira oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
e
Berdasarkan bukti dokumentar dan keterangan Defendan Pertama, adalah jelas bahawa pinjaman tersebut adalah pinjaman peribadi di antara Defendan Pertama dan Chew Kah Yong sebagai individu-individu yang merupakan entiti yang berasingan dari syarikat masing-masing iaitu syarikat Plaintif dan syarikat Matreco.
f
Adalah dihujahkan bahawa memandangkan pinjaman itu adalah di antara dua individu tersebut, ianya adalah merupakan transaksi yang berasingan dari dan/atau tidak mempunyai kaitan dengan syarikat Plaintif. Oleh itu, Plaintif adalah tidak bertanggungan untuk menjelaskan hutang peribadi Defendan Pertama.
g
Defendan Pertama selanjutnya menyatakan bahawa Defendan Pertama tidak mempunyai pengetahuan berkenaan jumlah lain selain dari jumlah pinjaman peribadi tersebut. Defendan Pertama turut membangkitkan isu bahawa nota di mukasurat 75 tersebut adalah di luar pengetahuan beliau dan bukan merupakan tulisan tangan beliau.
h
Adalah dihujahkan bahawa wang tunai yang diterima oleh Defendan Pertama daripada Kamal Greenbank secara tunai adalah bukan merupakan satu penyelewengan wang milik Plaintif. Defendan Pertama telah menerangkan kepada Mahkamah Yang Mulia ini bahawa wang tunai dari Kamal Greenbank telah digunakan untuk membiaya kos-kos operasi perniagaan dan bayaran kepada pemandu lori di premis Plaintif di Mergong kerana pejabat pentadbiran Plaintif di Shah Alam sudah mula memberhentikan bayaran untuk operasi premis Plaintif di Mergong.
i
Berdasarkan keterangan Defendan Pertama, adalah dihujahkan bahawa wang sejumlah RM8,100.00 yang diterima oleh Defendan Pertama dari Kamal Greenbank telah digunakan untuk kegunaan operasi syarikat Plaintif sendiri dan oleh itu tidak diseleweng dan/atau disalahgunakan oleh Defendan Pertama.
j
Plaintif mendakwa bahawa Defendan-Defendan telah mengambil dan/atau menyalahgunakan wang milik Plaintif yang diperolehi dari Kok Mun Multichoice Trading sejumlah RM20,000.00. Namun begitu, keterangan yang diberi oleh SP1 dan SP4 menunjukkan bahawa sumber dakwaan mereka adalah seratus-peratus dari makluman yang mereka perolehi dari Kok Mun Multichoice Trading tersebut yang mana adalah keterangan dengar cakap (hearsay) seperti yang dihujahkan di atas. Bukti dokumentar yang dikemukakan oleh Plaintif sendiri hanyalah sekadar perbualan Whatsapp di antara SP4 dengan Kok Mun Multichoice dan slip bank yang disyaki kononnya merupakan wang yang diperolehi dari Kok Mun Multichoice. Keterangan SP1 yang menunjukkan bahawa dakwaan berkenaan wang Plaintif yang kononnya dibayar dari Kok Mun Multichoice kepada Defendan Pertama adalah dibuat berasaskan sangkaan/anggapan (suspicion). Semasa pemeriksaan balas, SP-4 menyatakan asas kepada sangkaan (suspicion) beliau adalah kerana tarikh slip bank adalah hampir dengan tarikh kononnya pemberian wang dari Kok Mun Multichoice kepada DefendanDefendan dan jumlah pada slip bank adalah hampir dengan jumlah RM20,000.00 yang kononnya dibayar oleh Kok Mun Multichoice kepada Defendan Pertama.
k
Adalah dihujahkan bahawa sangkaan (suspicion) dari SP1 dan SP4 tersebut adalah bukan merupakan bukti munasabah dan konklusif untuk menunjukkan bahawa Defendan-Defendan ada menerima wang milik Plaintif dari Kok Mun Multichoice. Kok Mun tersebut turut tidak dipanggil sebagai saksi sewaktu perbicaraan untuk mengesahkan kononnya pembayaran wang sejumlah RM20,000.00 kepada Defendan-Defendan. [51] Mahkamah ini mendapati hujahan pihak Defendan-Defendan berjaya dibidas dan berjaya disangkal oleh Plaintif. Rujukan kepada dokumen yang dikemukakan oleh pihak Plaintif membolehkan Mahkamah ini meyakini bahawa pelanggan Plaintif telah membuat bayaran kepada Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua tetapi pelanggan tersebut tidak menerima produk yang telah dibayar itu. Kegagalan memanggil saksi-saksi sebagaimana yang dibangkitkan oleh pihak Defendan-Defendan tidak memprejudiskan kes Plaintif. Pelanggan tersebut tidak mengambil tindakan terhadap Plaintif. [52] Mahkamah memutuskan bahawa hal perkara bahawa wang yang dibayar oleh pelanggan kepada Defendan Pertama itu ialah suatu pinjaman peribadi semata-mata oleh Defendan Pertama dan bertujuan untuk membayar kos pengoperasian pejabat di Mergong adalah suatu isu yang dibangkitkan oleh pihak Defendan-Defendan tanpa bukti. Tiada apa-apa perjanjian, saksi, surat dan apa-apa komunikasi mengenai perkara ini dikemukakan oleh pihak Defendan-Defendan. Isu yang dibangkitkan oleh pihak Defendan-Defendan adalah tidak berasas umpama “menjirus air ke daun keladi”. Kausa tindakan dan locus standi: [53] Isu kausa tindakan dan locus standi dibangkitkan oleh Defendan-Defendan seperti yang dhujahkan oleh peguam cara Defendan-Defendan terpelajar adalah – “Sesuatu pihak yang ingin membawa tindakan (Plaintif) terhadap pihak lagi satu (Defendan) perlu mempunyai kausa tindakan yang munasabah untuk membawa tindakan tersebut. Sekiranya Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan, Plaintif tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan terhadap Defendan sama sekali. Adalah dihujahkan bahawa tindakan yang dibawa oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah merupakan satu tindakan pramatang. Plaintif sebenarnya tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah untuk membawa tindakan ini terhadap Defendan-Defendan. Saksi-saksi Plaintif sendiri memberi keterangan kepada Mahkamah Yang Mulia ini bahawa SP1 dan SP4 sedang melakukan siasatan ke atas kononnya keingkaran tanggungjawab fidusiari oleh Defendan Pertama yang mana siasatan tersebut masih dalam proses dan masih belum selesai. Berdasarkan kepada keterangan-keterangan dan pengakuan-pengakuan SP1 dan SP4 seperti yang dirujuk di atas, adalah dihujahkan bahawa kononnya siasatan dalaman yang dijalankan oleh syarikat Plaintif adalah dibuat seperti berikut: a. Masih sedang berjalan; b. Tiada kesimpulan dan tiada hasil siasatan; c. Tidak memberi peluang kepada Defendan Pertama untuk memberi penjelasan akan tuduhan terhadap beliau; dan d. Tidak mengambil kira versi dan/atau keterangan orang yang disiasat iaitu Defendan Pertama. Adalah dihujahkan bahawa sesuatu siasatan yang dijalankan perlu mendapatkan keterangan individu yang disiasat bagi membantu siasatan tersebut. Tanpa keterangan orang yang disiasat, adalah mustahil untuk memuktamadkan sesuatu siasatan. Oleh itu, keterangan Defendan Pertama iaitu orang yang disiasat akibat kononnya keingkaran tanggungjawab fidusiari adalah material dalam membantu kononnya siasatan dalaman tersebut. Selain itu, Defendan Pertama juga adalah merupakan Pengarah Urusan yang yang meneliti (oversee) transaksi perniagaan syarikat Plaintif serta mengetahui selok-belok perniagaan syarikat Plaintif. Segala penjelasan dan/atau keterangan Defendan Pertama adalah material dalam membantu kononnya siasatan tersebut sebelum Plaintif memulakan tindakan ini. Adalah dihujahkan bahawa tindakan undang-undang ini yang dimulakan oleh Plaintif tanpa melengkapkan siasatan dan tanpa mengambil keterangan Defendan adalah merupakan satu tindakan pramatang tanpa kausa tindakan yang munasabah. Adalah selanjutnya dihujahkan bahawa tanpa kausa tindakan munasabah terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua seperti yang dihujahkan di atas, Plaintif sebenarnya tidak mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini terhadap Defendan-Defendan. Kami berhujah bahawa memandangkan tiada resolusi diluluskan oleh syarikat Plaintif dan ketiadaan locus standi di pihak Plaintif, Mahkamah Yang Mulia ini tidak boleh dan/atau perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan bidang kuasa untuk memutuskan isu-isu tanggungjawab fidusiari Defendan Pertama.”. [54] Berdasarkan pengamatan kes ini dari kausa tindakan, Mankamah berpuas hati bahawa wujud kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan. Perniagaan Plaintif sedang beroperasi dan tindakan undang-undang terhadap Defendan-Defendan adalah langkah terbaik untuk menyelamatkan perniagaan Plaintif dan urusan pembayaran oleh pelanggan dan/atau pembekal kepada Plaintif sahaja dan bukan lagi secara terus kepada Defendan-Defendan. [55] Hanya selepas selesai perbicaraan penuh isu bahawa Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan munasabah terhadap Defendan-Defendan dan Plaintif tiada locus standi untuk membawa tindakan ini terhadap Defendan-Defendan diumpil oleh Defendan-Defendan. [56] Pernyataan Defendan Pertama bahawa terdapat pelanggan Plaintif yang akan mengambil tindakan terhadap Plaintif dan ketiadaan pemuktamadan siastan dalaman terhadap Defendan Pertama bukanlah suatu halangan di sisi undang-undang untuk Plaintif memulakan tindakan undang-undang terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [57] Peguam cara Plaintif terpelajar berhujah seperti yang berikut: “It is also noteworthy that if at all ‘locus’ or not having a cause of action against the Defendants were indeed true or legally tenable, theDefendants ought to have or would have applied to strike out the Plaintiff’s claim at the outset, which they didn’t.”. Mahkamah ini bersetuju. Kesimpulan [58] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini selepas meneliti semua dokumen dan keterangan lisan dan dokumentar yang dibentangkan oleh pihak-pihak di hadapan Mahkamah ini, dan hujahan bertulis serta hujahan balasan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati atas imbangan kebarangkalian, Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. [59] Ganti rugi yang diawardkan dan perintah yang dihakimi oleh Mahkamah ini adalah selaras dengan kejayaan Plaintif membuktikan tuntutannya setakat apa yang telah dibuktikan. Keputusan mahkamah ini adalah tidak melampau dan bukannya tidak adil kepada Defendan-Defendan. [60] Oleh yang demikian Mahkamah ini memutuskan tuntutan Plaintif dibenarkan dan dihakimi seperti yang berikut: a) perintah bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua secara bersesama membayar kepada Plaintif jumlah sebanyak RM134,900.00 dan faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh keputusan ini sehingga penyelesaian penuh. b) injunksi untuk menghalang Defendan Pertama dan Defendan Kedua sama ada secara dengan sendiri atau melalui ejen atau penama atau kenderaan korporat mereka daripada melanggar kewajipan fidusiari dan kewajipan kesetiaan yang terhutang oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua kepada Plaintif khususnya melibatkan diri dalam mana-mana perniagaan persendirian sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan perniagaan Plaintif, menerbitkan atau mengedar atau menggunakan maklumat yang menjadi hak milik Plaintif. c) injunksi mandatori untuk Defendan Pertama dan Defendan Kedua menyerahkan kepada Plaintif senarai pelanggan kepunyaan Plaintif, senarai pembekal kepunyaan Plaintif, semua wang yang dipegang atas amanah untuk dan bagi pihak Plaintif, dan akaun keuntungan. d) kos sebanyak RM20,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur). Bertarikh: 12 Februari 2023. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCvC12 Shah Alam Peguam cara: Bagi pihak Plaintif: Puan LL Woon bersama-samanya En. John Kan, Cik Khairina Malik & En Jared Tee Wei Jin Tetuan Magnus & Han, Petaling Jaya, Selangor Bagi pihak Defendan-Defendan: En. Tajul Anuar bersama-samanya Pn Nur Khairunnisa Mohd Rosni Tetuan Ramli Shahrir & Tajul, Petaling Jaya, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.