Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: CB-22NCVC-14-10/2021 ANTARA BENTONG LAND SDN BHD (NO. SYARIKAT: 10292-T) … PLAINTIF
CB-22NCvC-14-10/2021
High Court of Malaysia6 Jul 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: CB-22NCVC-14-10/2021 ANTARA BENTONG LAND SDN BHD (NO. SYARIKAT: 10292-T) … PLAINTIF
1
BRP THE DRY CLEANING SHOP SDN BHD
3
PENGARAH TANAH DAN GALIAN PAHANG … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah permohonan Plaintif untuk Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 dalam tempoh 14 hari menjawab soalan-soalan di bawah A. 26 k 1 KKM 2012. Persoalan-persoalan tersebut dinyatakan 06/07/2023 12:58:34 CB-22NCvC-14-10/2021 Kand. 56 di perenggan 19 Affidavit Sokongan Plaintif bagi permohonan ini seperti berikut:
19
19.1 Apakah dokumen-dokumen sokongan yang tepat (exact) yang diperlukan dalam melaksanakan suatu pindaan kepada suatu memorial kepada suatu perserahan untuk suatu pertukaran nama penerima pindahan?
19
19.2 Apakah nama-nama pegawai-pegawai yang telah membenarkan Permohonan Pertukaran Nama dan telah menyebabkan nama pemilik berdaftar Tanah tersebut ditukarkan daripada Plaintif kepada BRP?
19
19.3 Apakah nama-nama pegawai-pegawai yang telah meminda Memorial kepada No. Perserahan: 3649/2002 dengan mengeluarkan nama Plaintif sebagai penerima pindahan dan menggantikannya dengan BRP? [2] Hak Plaintif untuk mendapatkan atau memohon perintah mahkamah untuk interogatori adalah bagi membolehkan perbicaraan dijalankan dengan lancar dan membolehkan fakta-fakta yang sewajarnya diperolehi bagi menyebabkan isu-isu boleh dikurangkan dan memendekkan tempoh perbicaraan. Hal ini telah dinyatakan dalam kes Marriot v Chamberlain [1886] 17 Q.B.D 154 seperti berikut: “The law with regard to interrogatories is now very sweeping. It is not permissible to ask the names of persons merely as being the witnesses whom the other party is going to call, and their names not forming any substantial part of the material facts; and I think we may go so far as to say that it is not permissible to ask what is mere evidence of the facts in dispute, but forms no part of the facts themselves. But with these exceptions it seems to me that pretty nearly anything that is material may now be asked. The right to interrogate is not confined to the facts directly in issue, but extends to any facts the existence or non-existence of which is relevant to the existence or non-existence of the facts directly in issue.” [3] Begitu juga dalam kes Attorney-General v Gaskill [1882] 20 Ch. D 519 menyatakan seperti berikut: “Discovery is not limited to giving the Plaintiff a knowledge of that which he does not already know, but includes the getting an admission of anything which he has to prove on any issue which is raised between him and the Defendant.” [4] Malahan Mahkamah Persekutuan dalam kes Sheikh Abdullah bin Sheikh Mohamed v Kang Kock Seng [1975] 1 MLJ 89 menyatakan seperti berikut: “The view which we took was that although interrogatories much be confined to matters which are in issue, they may under some circumstances extend to facts the existence or non-existence of which is relevant to the existence non- existence of the facts directly in issue. (See Marriott v Chamberlain (1886) 17 QBD 154; Osram Lamp Works Ltd v Gabriel Lamp Co [1914] 2 Ch 129. In considering whether the interrogatories should be allowed or not the court must consider whether they are designed to obtain admissions of facts which will reduce the issues, shorten the length of the trial and thus save costs. In our judgment the interrogatories in this case satisfied all those tests. Another reason stated by the judge for disallowing the interrogatories was that the matters to which they were directed were within the knowledge of the plaintiff. But the mere fact that the party has knowledge does not mean that interrogatories cannot be delivered, because the object of interrogatories is to enable a party to obtain admissions from the other party and so to relieve himself from the necessity of adducing evidence. (See Attorney-General v Gaskill (1882) 20 Ch 519. A further reason for disallowing the interrogatories was that, as the plaintiff was charging fraud, it was for him to prove the particulars of fraud as set out in his statement of claim and not for the first defendant to supply him with those particulars. It is to be observed that the plaintiff was not seeking particulars of fraud but particulars of facts relating to a transaction in order to relieve himself of the burden of proving them. Even if he was asking for particulars of fraud, he was entitled to do so. (See Leitch v Abbot [1886] 31 Ch 374.” [5] Dalam Affidavit Sokongan Plaintif menyatakan alasan permohonan ini dibuat ialah Plaintif memerlukan pengesahan pegawai yang melakukan pindahmilik hartanah tersebut yang menjadi asas kepada dakwaan berlaku frod di dalam pemindahan hakmilik hartanah tersebut. Ia juga melibatkan pemindaan memorial kepada Nombor Perserahan: 3649/2002. Ia penting bagi membolehkan Plaintif menentukan sama ada prosedur-prosedur yang dilakukan semasa pindahmilik tersebut mematuhi prosedur yang ditetapkan di bawah Kanun Tanah Negara. [6] Sebaliknya Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 menyatakan dalam Affidavit Jawapan bahawa dokumen-dokumen yang dipohon dalam permohonan tersebut adalah terlalu umum dan tidak jelas. Ianya boleh dikemukakan semasa perbicaraan melalui saksi-saksi yang berkenaan. Oleh yang demikian tidak timbul isu berkenaan dengan keperluan untuk permohonan ini dibenarkan. [7] Mahkamah ini harus berhati-hati dalam mempertimbangkan permohonan ini. Ia adalah untuk mengelakkan daripada permohonan ini dijadikan sebagai umpanan atau pancingan pihak Plaintif untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang tidak berkaitan dengan kes. Hal ini telah dinyatakan di dalam kes Pertubohan Berita Nasional Malaysia v Stephen Kalong Ningkan [1980] 2 MLJ 19. Umpanan atau pancingan telah diterangkan oleh Mahkamah Persekutuan seperti berikut: “The court has an undoubted discretion to grant or refuse interrogatories but in the exercise of its discretion, will give leave to such as are necessary for disposing fairly the action or for saving costs: Order 31 rule 2 Rules of the Supreme Court, 1957. The appellant objected on two grounds. First, it said it was much too late. Then it said it was merely a fishing expedition. The judge, in a reserved judgment, over-ruled these objections and allowed the application. From his order, Bernama appealed to this court. Late though it was, we do not, in the circumstances of this case, think the application too late. The defendant can always be compensated by an order for costs and where the application occasions an adjournment, by an order for all costs thrown away. Neither do we see the application as fishing. Where there is nothing in the case to show any foundation for the suggestion that a defendant has uttered any defamatory statements of the plaintiff beyond the one particularised in the statement of claim and the plaintiff is endeavouring by means of these interrogatories to find out whether the defendant has said the same thing or substantially the same thing to other persons, then an application to administer interrogatories for the purpose of ascertaining whether there are these other persons would be of a fishing character: Barham v Lord Huntingfield [1913] 2 KB
193
193.” [8] Sementara itu dalam kes Sheikh Abdullah bin Sheikh Mohamed v Kang Kock Seng (supra) umpanan atau pancingan telah dinyatakan seperti berikut: “Before us counsel for the appellant contended that none of the interrogatories could possibly be described as "fishing interrogatories." We agreed with that contention. Only such interrogatories as are designed to prove a cause of action or defence not as yet pleaded, or to establish a cause of action against a third person, can be rightly called "fishing interrogatories". In other words, they are interrogatories which do not relate to any matter in question in the cause or matter. As regards questions the answers to which may incriminate the party concerned, the rule is to allow all such questions as are material to be put and let any objection to answer them be taken on oath by the interrogated party at the stage of answering them.” [9] Pada masa yang sama mahkamah juga perlu berhati-hati dalam kes ini disebabkan Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 adalah merupakan Kerajaan Negeri Pahang yang mana sekiranya terdapat prosedur interogatari Aturan 73 k 10 KKM 2012 perlu diberikan perhatian yang menyatakan seperti berikut:
10
Penzahiran dan interogatori (A. 73 k. 10)
1
(Tiada perenggan (1))
2
Dalam apa-apa prosiding sivil yang Kerajaan adalah suatu pihak apa-apa perintah Mahkamah yang dibuat di bawah kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) Akta Prosiding Kerajaan 1956 hendaklah ditafsirkan sebagai tidak berkehendakkan pendedahan tentang kewujudan apa-apa dokumen yang kewujudannya akan, pada pendapat seorang Menteri, memudaratkan kepada kepentingan awam untuk didedahkan.
3
Jika dalam mana-mana prosiding sedemikian suatu perintah Mahkamah mengarahkan bahawa suatu senarai dokumen yang dibuat sebagai menjawab suatu perintah bagi penzahiran terhadap Kerajaan hendaklah ditentusahkan melalui affidavit, afidavit itu hendaklah dibuat oleh mana-mana pegawai Kerajaan sebagaimana yang Mahkamah boleh arahkan.
4
Jika dalam mana-mana prosiding sedemikian suatu perintah dibuat di bawah seksyen 36 Akta Prosiding Kerajaan 1956 bagi interogatori untuk dijawab oleh Kerajaan, Mahkamah hendaklah mengarahkan oleh pegawai Kerajaan yang manakah yang kena menjawab interogatori itu.
5
Dalam apa-apa prosiding oleh Kerajaan untuk menguatkuasakan apa-apa hak bagi penguatkuasaan yang prosiding melalui maklumat mungkin akan diambil sekiranya Akta Prosiding Kerajaan 1956 tidak diluluskan, Kerajaan boleh menyampaikan interogatori atau interogatori selanjutnya (kecuali apa-apa set interogatori ketiga atau berikutnya) di bawah Aturan 26 tanpa kebenaran Mahkamah. [10] Di samping itu mahkamah juga perlu peka kepada peruntukan di bawah seksyen 36 Akta Prosiding Kerajaan 1956 yang memperuntukkan seperti berikut: “36 Discovery
1
Subject to and in accordance with rules of court-
a
in any civil proceedings in the High Court or a subordinate Court to which the Government is a party, the Government may be required by the court to make discovery of documents and produce documents for inspection; and
b
in any such proceedings as aforesaid, the Government may be required by the court to answer interrogatories: Provided that this section shall be without prejudice to any other written law, or to any rule of law which authorises or requires the withholding of any document or the refusal to answer any question on the ground that the disclosure of the document or the answering of the question would be injurious to the public interest.
2
Any order of the court made under the powers conferred by paragraph (1)(b) shall direct by what officer of the Government the interrogatories are to be answered.
3
Without prejudice to the proviso to the preceding subsection (1), any rules made for the purposes of this section shall be such as to secure that the existence of a document will not be disclosed if, in the opinion of the persons hereinafter mentioned, it would be injurious to the public interest to disclose the existence thereof. Such persons are-
a
in respect of the Federal Government, a Minister;
b
in respect of the Government of a State, the Chief Minister of such State: Provided that it shall not be deemed injurious to the public interest to disclose the existence of any document by reason only of the fact that such disclosure would or might lead or tend to the success of the opposite party in the proceedings.” [11] Berdasarkan kepada autoriti-autoriti di atas dan peruntukan di bawah A. 26 KKM 2012 adalah dapat diperturunkan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah semasa pendengaran penzahiran melalui interogatori seperti berikut:
a
tujuan interogatori ialah untuk memastikan perbicaraan dapat dijalankan dengan licin dan adil;
b
interogatori tersebut akan boleh menjimatkan kos;
c
suatu interogatori tersebut hendaklah berkaitan dengan perkara yang menjadi asas kepada sesuatu kausa tindakan;
d
interogatori tidak sewajarnya dibenarkan sekiranya perkara tersebut boleh diperolehi semasa perbicaraan melalui keterangan saksi-saksi;
e
interogatori tersebut bukannya suatu taktik yang digunakan oleh Pemohon untuk memancing keterangan-keterangan atau maklumat-maklumat daripada pihak yang diinterogatorikan;
f
adakah interogatori tersebut dihalang daripada mana-mana peruntukan undang-undang seperti seksyen 36 Akta Prosiding Kerajaan 1956; dan
g
interogatori juga perlu dirujuk sama ada terdapat peruntukan khusus berkenaan dengan interogatori yang tidak dinyatakan di bawah A. 26 KKM 2012 seperti A. 73 k 10 KKM 2012. [12] Dalam kes ini permohonan interogatori adalah berkaitan dengan persoalan dokumen-dokumen yang tepat dan pengemukaan nama pegawai yang terlibat di dalam pemindahan memorial perserahan yang berkenaan. Persoalannya ialah adakah persoalan ini berkaitan dengan tindakan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. Penelitian kepada writ dan penyata tuntutan jelas menunjukkan bahawa asas kepada tindakan ini adalah terdapatnya dakwaan bahawa wujudnya frod sehingga menyebabkan berlaku pertukaran hakmilik daripada Plaintif kepada Defendan Pertama. Ia adalah berkaitan dengan urusan pemindahan hakmilik di pejabat pihak Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3. Ia melibatkan pegawai-pegawai yang khusus di pejabat Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3. Dalam erti kata lain interogatori ini memang berkaitan dengan kausa tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan. [13] Seterusnya mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada jawapan kepada interogatori tersebut dapat diperolehi melalui pemanggilan saksi-saksi semasa perbicaraan kelak atau adakah ia akan menjejaskan persediaan Plaintif untuk menyediakan keterangan terhadap Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3. Apakah dengan pendedahan maklumat berkenaan dengan tatacara prosedur pemindahan hakmilik dan penamaan pegawai akan menyebabkan kes ini dapat dipercepatkan atau menjejaskan kes Plaintif. Apa yang lebih menarik dalam kes ini ialah dalam Affidavit Jawapan Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 tidak timbul berkenaan dengan halangan untuk maklumat tersebut dikemukakan seperti yang terdapat di bawah A. k 10 KKM 2012 dibaca bersama seksyen 36 Akta Prosiding Kerajaan
1956
Ia mencadangkan bahawa pihak Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 tidak mempunyai halangan atau membantah permohonan Plaintif berdasarkan alasan dokumen-dokumen tersebut tidak boleh dikemukakan. [14] Ini bermakna bahawa dokumen-dokumen yang ingin disoal oleh Plaintif kepada Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 tersebut tidak mempunyai unsur-unsur tidak boleh didedahkan seperti yang berlaku dalam kes Norhayati Mohd Ariffin lwn. Khor Yi Shuen & Yang Lain [2021] 1 LNS 1931. [15] Pada masa yang sama mahkamah juga mengambil perhatian bahawa kes ini telah ditetapkan untuk perbicaraan pada awalnya mulai 24 hingga 27 Julai 2023. Peguam Plaintif telah memohon penangguhan melalui surat bertarikh 20.03.2023 dan ia dibenarkan. Tarikh perbicaraan baharu kes ini telah ditetapkan pada 04 hingga 07 Mac
2024
Permohonan ini dibuat pada 06.02.2023 iaitu lebih kurang 4 bulan sebelum tarikh asal perbicaraan dijalankan. Adalah tidak dapat dinafikan sekiranya permohonan ini dibenarkan maka interogatori akan dibuat di bawah Borang 47 KKM 2012 setelah perintah dalam borang Borang 45. Ia akan menyebabkan berlaku kelewatan perbicaraan ekoran daripada jawapan dalam interogatori tersebut yang memerlukan permohonan pindaan kepada penyata tuntutan atau penyata pembelaan untuk memasukkan butiran yang diperolehi daripada interogatari tersebut. Oleh yang demikian adalah satu amalan yang baik sekiranya permohonan untuk interogatori itu dibuat seawal mungkin. Sekiranya ia tidak dilakukan sedemikian matlamat interogatori iaitu untuk mempercepatkan perbicaraan dan menjimatkan kos tidak tercapai. Dalam kes ini mahkamah berpendapat tidak timbul isu kelewatan memfailkan permohonan interogatari disebabkan tarikh baharu perbicaraan telah ditetapkan pada 04 hingga 07 Mac 2024. [16] Seterusnya dalam kes ini mahkamah perlu menimbangkan sama ada soalan-soalan yang ingin dikemukakan kepada Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 melalui interogatori tidak diperolehi dalam perbicaraan atau sebaliknya. Mahkamah meneliti eksibit ‘A-9’ dalam Affidavit Encik Ahmad Azam bin Ismail iaitu surat jawapan daripada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang bertarikh 12.10.2022 yang menyatakan bahawa Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang tidak mempunyai item 7.2 seperti yang dirujuk di dalam surat peguam Plaintif bertarikh 17.09.2022. Penelitian kepada surat bertarikh 17.09.2022 dari peguam Plaintif menyatakan seperti berikut:
7
7.2 Senarai semak (checklist) atau prosedur operasi (operating procedure) Pejabat Tanah yang perlu dipatuhi sebelum pindaan dibuat kepada memorial-memorial dalam pendaftaran hakmilik, dan pengeluaran hakmilik yang dipertikaikan berkenaan dengan tanah. Ini menunjukkan bahawa pihak Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 tidak mempunyai butiran yang dipohon oleh Plaintif. Dalam hal ini mahkamah juga perlu menimbangkan hujahan peguam Plaintif disebabkan jawapan tersebutlah maka Plaintif memohon supaya interogatori dibenarkan bagi tujuan mendapat butiran tersebut atau pengesahan tiada butiran tersebut yang akan digunakan dalam perbicaraan kelak. [17] Mahkamah juga mendapati bahawa isu berkenaan sama ada terdapatnya prosedur di dalam proses pemidahan hakmilik di Pejabat Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 boleh ditimbulkan semasa perbicaraan kelak melalui keterangan saksi-saksi. Ia tidak akan menjejaskan pihak Plaintif dalam persediaan perbicaraan kes ini. Ia juga tidak akan memprejudiskan serta menimbulkan ketidakadilan kepada pihak Plaintif. [18] Oleh itu mahkamah ini berpendapat bahawa permohonan interogatori untuk soalan-soalan berkenaan dengan prosedur di Pejabat Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 adalah ditolak. [19] Mahkamah berpendapat bahawa soalan-soalan yang berkaitan dengan siapakah pegawai yang terlibat dalam proses pemindahan hakmilik juga boleh dikemukakan semasa perbicaraan kelak. Walaupun semasa hujahan lisan peguam Defendan ke-2 dan Defendan Ke-3 menyatakan bahawa sekiranya soalan tersebut dibenarkan ia akan mengambil masa untuk pihak Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 mengemukakan nama-nama pegawai tersebut yang mana peguam Plaintif tiada masalah untuk pihak Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 mengambil masa bagi mengemukakan nama-nama pegawai tersebut. Ini adalah disebabkan apa yang penting pada pihak Plaintif adalah untuk nama-nama pegawai tersebut bekalkan kepada pihak Plaintif bagi tujuan persediaan perbicaraan kelak. Namun begitu mahkamah berpendapat pengemukaan nama-nama pegawai tersebut akan boleh ditimbulkan semasa perbicaraan kelak dan tidak akan menjejaskan keadilan kepada pihak Plaintif. Ini adalah disebabkan kegagalan semasa perbicaraan kelak untuk mengemukakan nama-nama pegawai yang terlibat mungkin akan menjejaskan kes Defendan-Defendan. [20] Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas permohonan pihak Plaintif di KM 42 adalah ditolak dengan kos dalam kausa. Bertarikh: 6hb. Julai 2023 (ROSLAN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Plaintif Amber Kiew Sieh Pei Tetuan Ranjit Singh & Yeoh Peguambela & Peguamcara D3-U5-12 Solaris Dutamas No. 1, Jalan Dutamas 1 50480 Kuala Lumpur Bagi Pihak Defendan Ke-2 dan Defendan Ke-3 Intan Nazurah Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Tingkat 3, Block B, Wisma Sri Pahang 25000 Kuantan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.