Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA KEBANKRAPAN NO.: DA-29PB-97-12/2017 ANTARA BER: LIM CHAI OI (NO.K/P: 560312-05-5007) … PENGHUTANG PENGHAKIMAN (JD)/ SIBANKRAP
DA-29PB-97-12/2017
High Court of Malaysia18 Nov 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rseas Bank (Malaysia) Bhd [2016] 3 CLJ Hakim bicara telah mengulas: “[16] The DGI also relied on the Hansard in relation to the parliamentary debate during the proposed amendment of S. 33A of 5 the Bankruptcy Act 1967 on 29 July 1998. The Honorable Deputy Minister said as follows: Tujuan memasukkan Seksyen 33A ini iala”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA KEBANKRAPAN NO.: DA-29PB-97-12/2017 ANTARA BER: LIM CHAI OI (NO.K/P: 560312-05-5007) … PENGHUTANG PENGHAKIMAN (JD)/ SIBANKRAP
1
Ini merupakan rayuan Pemiutang Penghakiman (dipanggil “JC” selepas ini) terhadap keputusan Mahkamah ini yang membenarkan rayuan Penghutang Penghakiman (dipanggil “JD/Si Bankrap” selepas ini) untuk mengenepikan keputusan Penolong Kanan Pendaftar yang diberikan pada 7.1.2018, yang telah membenarkan permohohan JC untuk membantah pelepasan JD dari kebankrapan melalui Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi. 2
2
Pihak JC telah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini lalu telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan. Ini merupakan alasan-alasan terhadapnya.
3
Lim Chai Oi (selepas ini dipanggil “Si Bankrap”/Judgment Debtor “JD”) diisytiharkan bankrap apabila Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (AO/RO) dikeluarkan ke atasnya pada 4.6.2002 oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
4
Mulai daripada itu Pentadbiran kebankrapannya telah diuruskan oleh Ketua Pengarah Insolvensi (dipanggil “KPI” selepas ini).
5
Pada 22/03/2017, dengan kuasa budi bicara yang ada kepadanya di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan 1967 (selepas ini dipanggil Akta tersebut), KPI telah berhasrat untuk melepaskan Si Bankrap ini melalui Sijil Pelepasan KPI. Dengan mematuhi Sekyen 33B Akta tersebut yang menghendakki KPI memberi notis terlebih dahulu terhadap tujuannya untuk melepaskan JD/Si Bankrap, KPI telah mengeluarkan notis berkenaan (dipanggil “Notis 51B”) kepada Si Pemiutang Penghakiman (dipanggil “JC” selepas ini) pada 5.4.2017. JC pula pada 18.4.2017 telah memfailkan Borang 51C bagi membantah keputusan KPI tersebut. KPI telah menolak bantahan JC tersebut pada 14.11.2017. 3
6
Tidak berpuas hati dengan keputusan KPI tersebut, JC telah memfailkan permohonan Saman Dalam Kamar (selepas ini dipanggil “SDK”) bertarikh 7.12.2017 bagi menghalang KPI dari mengeluarkan Sijil Pelepasan KPI terhadap JD/Si Bankrap.
7
Pada 7.1.2018 Penolong Kanan Pendaftar (dipanggil PKP selepas ini) telah mendengar SDK tersebut dan telah membenarkan permohonan JC tersebut di atas kesilapan teknikal. (Lihat Perintah di Lampiran 4). Kesilapan teknikal ini ialah wakil KPI yang hadir pada hari itu (7.1.2018) telah tidak membantah. Sepatutnya beliau memohon kepada PKP satu penangguhan bagi maksud memfailkan Affidavit Jawapan KPI terhadap Affidavit Menyokong Permohonan JC yang telah diikrarkan pada 7.12.2017, serta untuk memohon tarikh pemfailan hujahan pihak-pihak.
8
Tidak berpuas hati dengan keputusan PKP tersebut, KPI telah membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mengenepikan perintah bertarikh 7.1.2018 tersebut (Lampiran 4).
9
Pada 27.5.2018 PKP telah menolak permohonan KPI tersebut.
10
Seterusnya JD (bukan KPI) telah memfailkan satu Notis Rayuan bertarikh 6.6.2018 kepada Hakim Dalam Kamar terhadap keseluruhan keputusan PKP pada 27.5.2018 tersebut. 4
11
Mahkamah ini telah mendengar rayuannya dan setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, telah membenarkan rayuan/permohonan JD, menyebabkan JC merayu ke Mahkamah Rayuan. C. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH
12
Melalui pindaan, peruntukkan Seksyen 33A telah dimasukkan kepada Akta ini yang memberi KPI kuasa budi bicara untuk melepaskan Si Bankrap yang layak. Tujuan Seksyen ini digubal adalah untuk memberi peluang kepada Si Bankrap yang layak, iaitu yang telah memenuhi kriteria tertentu, untuk dilepaskan daripada kebankrapan mereka oleh KPI supaya mereka boleh memulakan kehidupan baru dan bekerja untuk menjana pendapatan dan secara tidak langsung merancakkan ekonomi negara.
13
Kuasa ini adalah sebagai “extension” kepada kuasa sedia ada yang diberikan kepada Mahkamah (melainkan pembatalan), di bawah Seksyen 33 Akta Kebankrapan 1967 dengan bertujuan antara lain juga untuk mengurangkan jumlah orang-orang bankrap di negara ini.
14
Di dalam kes Re Benny Ong Swee Siang; Ex P United Overseas Bank (Malaysia) Bhd [2016] 3 CLJ Hakim bicara telah mengulas: “[16] The DGI also relied on the Hansard in relation to the parliamentary debate during the proposed amendment of S. 33A of 5 the Bankruptcy Act 1967 on 29 July 1998. The Honorable Deputy Minister said as follows: Tujuan memasukkan Seksyen 33A ini ialah untuk memudahkan seseorang bankrap mendapat pelepasan bagi kes-kes yang layak dan memberi peluang sekali lagi kepada bankrap berkenaan melibatkan diri dalam perniagaan dan perusahaan. Di samping itu, tujuan memasukkan Seksyen ini juga ialah untuk menghapuskan kes-kes yang tidak boleh diteruskan lagi…Tuan yang di-Pertua, Kerajaan berpendapat bahawa telah tiba masanya beberapa peruntukan di bawah Akta Kebankrapan 1967 dipinda menyesuaikan dengan perubahan semasa dan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Kerajaan dalam mentadbir kes-kes kebankrapan lama yang tidak aktif…kes-kes yang tidak aktif ini sepatutnya telah pun dilepaskan tetapi Akta Kebankrapan lama yang tidak aktif… kes-kes yang tidak aktif ini sepatutnya telah pun dilepaskan tetapi Akta Kebankrapan 1967 tiada mengandungi peruntukan untuk membolehkan pelepasan bagi kes-kes terutamanya di mana bankrap tidak boleh dikesan, ketiadaan nombor kad pengenalan si bankrap, si bankrap telah tua dan lain-lain lagi… Kerajaan berharap dengan meminda peruntukan mengenai pelepasan bankrap, kes kes lama yang tidak aktif dapat ditutup dan seterusnya dapat mengurangkan kes-kes lama yang tertunggak. Beban kerja di Jabatan Pemegang Harta juga akan dapat diringankan dan sumber manusia dapat diagih serta digunakan sepenuhnya untuk mengendalikan kes-kes aktif yang lebih penting.” 6
15
Di dalam kes ini, Mahkamah ini telah melihat laporan untuk pertimbangan KPI bagi Si Bankrap bagi maksud pelepasannya melalui Sijil Pelepasan KPI ini seperti berikut:
a
Si Bankrap/JD telah ditadbirkan kebankrapannya oleh KPI selama 16 tahun (sedangkan tempoh minima untuk kelayakan adalah 5 tahun sahaja);
b
Telah berumur iaitu 62 tahun.
c
Tiada aduan daripada Pempetisyen/Pemiutang mengenai apa-apa kesalalahan yang dilakukan Si Bankrap.
d
Telah berjaya membayar dividen dari esetnya.
e
Bankrap tidak memiliki aset yang boleh dihasilkan bagi faedah pihak Pemiutang.
f
Pentadbiran kes yang selanjutnya tidak akan mendatangkan faedah kepada aset kebankrapan serta membazirkan wang awam. [16] Sungguhpun di peringkat ini bukanlah tugas Mahkamah untuk campur tangan keputusan budi bicara KPI ini, tetapi melihat alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati KPI tidak tersilap di dalam pertimbangannya untuk melepaskan Si Bankrap melalui Sijil Pelepasan KPI. 7 [17] Malangnya pada pendengaran Permohonan JC untuk membantah keputusan KPI untuk melepaskan JD/Si Bankrap tersebut secara Saman Dalam Kamar pada 7.1.2018, Penolong Kanan Pendaftar tidak berpeluang mendengar hujahan pihak-pihak dan tidak berpeluang mempertimbangkan alasan-alasan KPI di atas (di atas merit) kerana Pegawai Insovensi yang mewakili KPI ketika itu tidak membantah kepada Permohonan JC ini. Justeru PKP telah membatalkan Sijil Pelepasan KPI tersebut. Mengikut rekod sepatutnya Pegawai Insolvensi tersebut memohon penangguhan bagi memasukkan Affidavit Jawapan KPI dan untuk memohon tarikh hujahan. Ini adalah kesilapan pertama pihak KPI melalui wakilnya. [18] Seterusnya pihak KPI telah membuat permohonan kepada PKP untuk mengenepikan Perintah bertarikh 7.1.2018 tersebut. Pada 27.5.2018 PKP telah menolak Permohonan KPI untuk mengenepikan Perintah PKP tersebut. [19] Mahkamah berpendapat ini adalah, dengan izin, kesilapan pihak KPI kali kedua. Sewajarnya KPI memfailkan rayuan terhadap Perintah PKP bertarikh 7.1.2018 tersebut kepada Hakim Dalam Kamar. PKP pula tidak sewajarnya mendengar Permohonan KPI tersebut sekali lagi kerana telahpun “functus officio”. [20] Dengan keputusan PKP tersebut, JD/Si Bankrap adalah amat terkesan kerana Perintah PKP bertarikh 7.1.2018 dan 27.5.2018 kekal kerana KPI tidak membuat apa-apa rayuan. Si Bankrap/JD 8 sendiri yang kebetulan mengetahui mengenai keputusan ini, telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah ini. Mahkamah berpendapat, dengan izin, ini kesilapan ketiga pihak KPI, kerana tidak memfailkan rayuan. [21] 3 persoalan telah ditimbulkan oleh pihak JC seperti berikut:
a
Adakah Si Bankrap/JD sebagai seorang bankrap boleh membuat tindakan tanpa mendapat sanksi daripada KPI sejajar dengan kehendak Seksyen 38(1)(a) Akta Kebankrapan 1967?
b
Ke arah itu, bolehkah Si Bankrap/JD di dalam kes ini membuat tindakan/rayuan tanpa mendapat sanksi daripada KPI?
c
Sama ada Si Bankrap/JD mempunyai Locus untuk memfailkan rayuan ini kerana kononnya beliau bukanlah pihak di dalam rayuan ini. [22] Mahkamah akan menyentuh mengenai isu pertama. Seksyen 38(1)(a) Akta tersebut berbunyi seperti berikut:
38
“Duties and disabilities of bankrupt
1
Where a bankrupt has not obtained his discharge—
a
the bankrupt shall be incompetent to maintain any action (other than an action for damages in respect 9 of an injury to his person) without the previous sanction of the Director General of Insolvency;” [23] Peruntukan ini ada rasionalnya tersendiri. Ianya bertujuan supaya KPI sebagai Pentadbir Kebankrapan Si Bankrap dapat memantau kegiatan Si Bankrap supaya Si Bankrap tidak memfailkan apa-apa tindakan terhadap sesiapa melainkan dengan kebenaran/sanksi KPI. Ini adalah untuk mengatasi situasi di mana jika keputusan tindakan yang diambilnya tidak memihak kepadanya maka KPI bagi pihak Si Bankrap terpaksa membayar pihak yang menang tersebut daripada wang yang terkumpul di dalam estet Si Bankrap, sekaligus membebankan lagi Si Bankrap. Ini akan menjejaskan keupayaan Si Bankrap untuk membayar dividen-dividen kepada kreditornya. Di dalam keadaan tertentu KPI sendiri akan mewakili Si Bankrap sebagai Peguamnya. [24] Namun, berdasarkan Seksyen tersebut, sanksi/kebenaran daripada KPI adalah tidak diperlukan jika Si Bankrap ingin mengambil apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tindakan bankrapsi Si Bankrap itu sendiri. Ini juga mempunyai rasionalnya tersendiri kerana Si Bankrap ditadbir oleh KPI dan apa-apa tindakan yang dibuat oleh Si Bankrap adalah untuk kebaikannya. Contohnya, seperti di dalam kes ini, memandangkan KPI tidak memfailkan rayuan, maka JD/Si Bankrap yang terkesan dengan keputusan PKP (Penolong Kanan Pendaftar) tersebut telah mengambil inisiatif untuk memfailkan rayuan tersebut sendiri, tanpa sanksi/kebenaran KPI. Mahkamah 10 berpendapat tindakan Si Bankrap/JD di dalam kes ini adalah dibenarkan. [25] Dapatan Mahkamah ini adalah bersandarkan kepada keputusan di dalam kes Ho Ken Seng v. Progressive Insurance Sdn Bhd [2013] 2 CLJ 601 di mana Mahkamah Persekutuan telah dikemukakan persoalan berikut: “Whether an undischarged bankrupt when exercising his right under Section 92(2) of the Bankruptcy Act 1967 to appeal any order made by the Court under its bankruptcy jurisdiction is required to obtain the previous sanction of the Director General of Insolvency pursuant to Section 38(1)(a) of the Act.” [26] Di muka surat 602, Mahkamah Persekutuan memutuskan di bahagian Held (1) bahawa: “An undischarged bankrupt when exercising his right under Section 92(2) of the Act to appeal any order made by the court under its bankruptcy jurisdiction was not required to obtain the previous sanction of the DGI pursuant to Section 38(1)(a) of the Act.” [27] Di dalam Buku LexisNexis Annotated Series on Bankruptcy terbitan Edisi 2013 menyatakan mengenai Seksyen 38(1)(a) seperti berikut: 11 “Sub-s 38(1)(a). In Re Lim Tai Nian; Ex P Kewangan Utama Bhd [2001] 4 MLJ 78, the court considered if s 38(1)(a) of the Bankruptcy Act 1967 requires prior sanction of the DG before the debtor can appeal against the order making him a bankrupt. It was decides at 82: ‘…. That section has been construed by the court in Re Khoo Kim Hock [1974] 2 MLJ 29, Re Low Kok Tuan [1997] 4 CLJ 185 and
427
Bathamani a/p Suppiah v. Southern Finance Co Bhd [2000] 6 MLJ Re Khoo Kim Hock concerns an application to have the adjudication order annulled under ss 92(1) and 105(1) o the Act and the court there held:
1
Section 38(1)(a) does not apply to an application under Sections 92(1) and 105(1) of the Bankruptcy Act, where a bankrupt is seeking the court's discretion to review, rescind or vary any order made by it, and as such no previous sanction of the Official Assignee is necessary in the present case;
2
An undischarged bankrupt in this country is entitled to engage an advocate and solicitor to represent him in any action where the provision of Section 38(1)(a) does not apply, or where the cause of action does not vest in the Official Assignee. I would respectfully agree entirely with what Muhamed Azmi J (as he then was) said in that case, at p 30, viz: 12 The first question for determination is whether the requirement of sanction of the Official Assignee under Section 38(1)(a) applies only to a bankrupt's ordinary claims, i.e. maintaining court action involving third parties, or does it extend to all actions including proceedings, as in the present case, where the bankrupt is challenging the very validity of the adjudication order by which he has been adjudged bankrupt. Having considered the provisions of the Bankruptcy Act as a whole and the section itself, it is my considered opinion that the sanction requirement does not apply to cases where the bankrupt is seeking to challenge an order in bankruptcy, or where he is applying to be discharged or where he is seeking the court's discretion to review, rescind or vary any order made by it under its bankruptcy jurisdiction. The exception contained within brackets in Section 38(1)(a) clearly indicates that the section is intended to apply only to actions for recovery of something – either real or personal – which can be turned into assets such as a claim for recovery of property or money due. Further, there is nothing in Sections 33, 92 or 105 to indicate that it is the intention of the legislature to require prior sanction of the Official Assignee before a bankrupt can seek relief under those provisions. Under Section 33(1), a bankrupt may at any time after being adjudged bankrupt apply to the court for an order of discharge, and there is no legal requirement that for this purpose he should first obtain the sanction of anyone. This is also the case where an application is made to the court under Sections 92(1) and 105(1) of the Act.” 13 [28] Isu kedua yang dibangkitkan oleh Peguam JC ialah JD/Si Bankrap tidak mempunyai locus kerana beliau bukan pihak di dalam tindakan ini, tetapi KPI. [29] Mahkamah dengan hormatnya tidak bersetuju dengan hujahan JC ini. Ke arah itu, ada baiknya Mahkamah ini terlebih dahulu menyentuh mengenai hak Si Bankrap (dan KPI) yang termaktub di bawah Seksyen 33B (4) dan (5) Akta tersebut. Kedua-dua Sub-Seksyen tersebut menghendaki Mahkamah, sebelum mendengar permohonan sedemikian (pelepasan Si Bankrap di atas Sijil KPI) perlu memastikan JC dalam masa 21 hari memaklumkan Si Bankrap dan KPI sebelum Mahkamah membuat keputusan terhadapnya. [30] Seksyen 33B (4) dan (5) Akta Kebankrapan 1967 berbunyi seperti berikut: “(4) A creditor who has furnished a notice of his objection and the grounds of his objection in accordance with subsection (2) may, within twenty-one days of being informed by the Director General of Insolvency that his objection has been rejected, make an application to the court for an order prohibiting the Director General of Insolvency from issuing a certificate of discharge.
5
Every application under subsection (4) shall be served on the Director General of Insolvency and on the bankrupt 14 and the court shall hear the Director General of Insolvency and the bankrupt before making an order on the application.” [31] Di dalam kes di depan Mahkamah ini, JC telah gagal mematuhi kedua-dua peruntukan mandatori di atas apabila gagal menyerahkan Saman Dalam Kamar dan Affidavit Sokongan JC kepada JD/Si Bankrap. Ini telah menyebabkan JD/Si Bankrap kehilangan peluang untuk didengar di depan PKP dalam prosiding permohonan JC ini untuk mengenepikan Perintah yang dikeluarkan KPI tersebut. [32] Justeru itu, Mahkamah bersetuju dengan hujahan JD bahawa prosiding pendengaran permohonan JC mulai 7 Januari 2018 di hadapan PKP adalah di luar aturan kerana di sepanjang tempoh itu, Si Bankrap/JD telah tidak mengetahui mengenai perkara ini. KPI juga tidak memaklumkan kepada JD/Si Bankrap mengenai perkara ini. [33] Isu ketiga ialah sama ada JD/Si Bankrap adalah orang ketiga atau orang yang ada nexus di dalam tindakan ini dan sama ada bolehkah dia memfailkan rayuan ini. Mahkamah berpendapat Sub-Seksyen (4) dan (5) tersebut dengan sendirinya telah mengesahkan hak Si Bankrap sebagai pihak yang ada kaitan di dalam tindakan ini kerana beliau adalah pihak yang terkesan dan sewajarnya beliau diberi peluang untuk hadir dan juga untuk memfailkan rayuan ini. Beliau bukannya stranger kepada tindakan ini. Malahan jika dilihat 15 “tajuk” kepada Saman Dalam Kamar di kandungan (1) bertarikh 7.12.2017, adalah jelas, Lim Chai Oi dinamakan sebagai Penghutang Penghakiman (JD). Ini dengan sendirinya menunjukkan JD adalah pihak yang mempunyai kepentingan yang amat sangat. Hujahan JC bahawa JD/Si Bankrap adalah pihak ketiga dan tidak mempunyai locus dan tidak boleh memfailkan rayuan adalah tidak benar. Malahan tindakan JC yang berpengetahuan penuh kehendak Seksyen 33B
5
Akta Kebankrapan 1967 tetapi telah gagal menyerahkan salinan Saman Dalam Kamar bertarikh 7.12.2017 kepada JD menyebabkan JD tidak berpengetahuan mengenai perkara ini dan tidak memasukkan Affidavit Jawapannya. Tidak pula JC dan KPI memaklumkan kepada PKP mengenai peruntukan mandatori ini. D. KESIMPULAN [34] Mahkamah mengambil maklum bahawa JC ada kemukakan otoriti-otoriti yang keputusannya adalah bertentangan. Mahkamah berpendapat kes-kes tersebut perlu dibezakan dengan fakta-fakta di dalam kes ini yang mana JD/Si Bankrap telah ditinggalkan dengan tanpa apa-apa relief kepadanya. Tambah-tambah lagi JD telah ditadbirkan selama 16 tahun dan telahpun berumur. [35]
Preamble
Mengikut hujahan Peguam JD/Si Bankrap, JD adalah seorang Penjamin sahaja. Jumlah pinjaman adalah RM150,000.00 dan jumlah amaun yang telah dibayar setakat 12.1.1999 adalah RM132,508.00 (muka surat 10 Ikatan Dokumen JD). Dari kiraan 16 yang dibuat, JC telahpun memperolehi sejumlah RM142,269.63, berbanding dengan jumlah pinjaman sebanyak RM150,000.00. Peguam JD berhujah, setakat 4.6.2002 sebanyak RM69,276.54 merupakan faedah semata-mata di atas pinjaman sebanyak RM150,000.00. [36] Mahkamah juga mendapati umurnya sudah 62 tahun dan beliau telah melalui proses kebankrapannya selama 16 tahun, telah hilang peluang untuk membela dirinya di Mahkamah apabila Pegawai Insolvensi tidak mengemukakan bantahannya sebelum Perintah berkenaan diberikan oleh PKP, pada 7.1.2018. Lebih malang lagi apabila beliau tidak mengetahui mengenai niat KPI untuk melepaskannya daripada kebankrapan menyebabkan beliau tidak mempunyai peluang untuk didengar kerana JC gagal mematuhi kehendak-kehendak mandatori Seksyen 33B (4) dan (5) Akta tersebut. [37] Di atas alasan-alasan di atas, dengan disandarkan dengan nas-nas tersohor, Mahkamah mendapati bahawa rayuan JD mempunyai merit. Dengan itu rayuan JD dibenarkan, keputusan PKP diketepikan. 17 Tarikh: 28 Jun 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Sivil NCvC 3 Kuala Lumpur Pihak-Pihak Peguam Perayu/JD - Encik Rajasegeram a/l Ramasamy Tetuan R. Rajasegeram & Co Tingkat 2, Kompleks Yakin Jalan Gajah Mati KOTA BHARU, KELANTAN (Ruj. No.: RR/29/2013) Peguam Responden/JC - Puan Nor Erini Tetuan Shukor Baljit & Partners 14-2, Wisma SBP Jalan 13/48A Sentul Raya, Boulevard Off Jalan Sentul 51000 KUALA LUMPUR (Ruj. No.: LIT/ABB/37828/17/SK(OPPOSE)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.