Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: KB-12B-8-11/2024 ANTARA BERJAYA SOMPO INSURANCE (M) SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 62605-U) … PERAYU
KB-12B-8-11/2024
High Court of Malaysia30 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“41. Mahkamah Rayuan di dalam kes RHB Bank Berhad v. J Raju a/l M. Kerpaya [2009] MLJU 616 telah memutuskan seperti berikut: “It is also significant to state that the defendant chose not to adduce any evidence in rebuttal. It is trite law that once defendant in civil proceedings elects no”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: KB-12B-8-11/2024 ANTARA BERJAYA SOMPO INSURANCE (M) SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 62605-U) … PERAYU
1
ADAM AKASHAH BIN ZULHARDI
2
ZULHARDI BIN AWANG
3
ZULKIFLI BIN AWANG (NO. KP: 840516-02-5017) … RESPONDEN-RESPONDEN DIBICARAKAN BERSAMA DI DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: KB-12B-9-11/2024 ANTARA 1. ZULHARDI BIN AWANG
2
ZULKIFLI BIN AWANG (NO. KP: 840516-02-5017) … PERAYU-PERAYU
1
ADAM AKASHAH BIN ZULHARDI
2
BERJAYA SOMPO INSURANCE (M) SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 62605-U) … RESPONDEN-RESPONDEN
1
Mahkamah Sesyen pada 13.02.2025 telah memutuskan Defendan Pertama bertanggungan 100% dan menolak tuntutan balas Defendan Ketiga.
2
Perayu/Defendan Ketiga telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tersebut berkaitan liabiliti dan tuntutan balas mereka yang telah ditolak dan rayuan telah didaftarkan sebagai
3
Manakala Perayu-Perayu/Defendan Pertama dan Defendan Kedua juga telah merayu terhadap isu liabiliti dan rayuan telah didaftarkan sebagai KB-12B-9-11/2024.
4
Kedua-dua rayuan ini telah dipersetujui pihak-pihak untuk dibicarakan bersama.
5
Mahkamah ini telah membenarkan rayuan-rayuan tersebut dengan mengenepikan dapatan Mahkamah Sesyen yang memutuskan Defendan-Defendan bertanggungan 100% dan menggantikan dengan Plaintif bertanggungan 100% manakala rayuan terhadap tuntutan balas oleh Defendan Ketiga ditolak.
6
Bagi kemudahan rujukan, pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana rujukan di Mahkamah Sesyen.
7
Asalnya tindakan ini dimulakan di Mahkamah Majistret No. KE-A73KJ-37-08/2021.
8
Setelah permohonan Defendan Ketiga untuk mencelah dibenarkan, tindakan ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani dan didaftarkan sebagai No. KB-A53KJ-58- 03/2023.
9
Plaintif menuntut gantirugi am dan khas berikutan kemalangan jalan raya yang berlaku pada 02.08.2020, jam 12.30 malam di Batu 5 Jeniang-Gurun semasa Plaintif hendak balik ke rumah di Jalan Padang Lembu, Gurun.
10
Pada masa tersebut, Plaintif menunggang motosikal No. KBC 4241 dengan motosikal No. MCU 3601 yang ditunggang oleh Defendan Pertama kepunyaan Defendan Kedua.
11
Manakala Defendan Ketiga telah membuat tuntutan balas terhadap Plaintif, Defendan Pertama dan Defendan Kedua dan memohon perintah deklarasi bahawa laporan-laporan polis Trafik Kuala Muda 007371/20, 007374/20 dan 007373/20 merupakan kenyataan yang palsu.
12
Berdasarkan keterangan-keterangan saksi-saksi, Plaintif merupakan anak kepada Defendan Pertama.
13
Mahkamah Atasan yang mendengar rayuan daripada Mahkamah Bicara (dalam kes ini, Mahkamah Sesyen) tidak akan mencampuri atau mengganggu dapatan yang telah dibuat oleh Mahkamah Bicara, melainkan jika dapat dibuktikan bahawa Mahkamah Bicara tersebut telah terkhilaf dalam mengaplikasikan kuasa budi bicaranya (Rujuk kes Jasa Keramat Sdn. Bhd. & Anor v. Monatech (M) Sdn. Bhd. [1999]
14
Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan bahawa terdapat seekor kucing yang melintas di hadapan motorsikal MCU 3601 (ditunggang Defendan pertama) secara mengejut di hadapan motorsikal tersebut dan beliau telah menge!ak ke kanan dan pada masa itulah terkena handle motorsikal Plaintif dan menyebabkan Plaintif hilang kawalan lalu terjatuh di bahu jalan.
15
Oleh kerana Defendan-Defendan telah menutup kes tanpa memanggil mana-mana saksi, maka versi Plaintif tidak dicabar dan Mahkamah mendapati versi Plaintif boleh dipercayal dan boleh diterima akal. Tambahan pula, satu laporan polis telah dlbuat dan laporan polis ini tidak boleh dianggap remeh.
16
Tiada sebab untuk Mahkamah menolak versi Plaintif kerana Defendan itu hanyalah bapa beliau. Mahkamah berpuashati versi Plaintif telah memuaskan pembuktian atas kebarangkalian. Kesan-kesan kerosakan pada motorsikal yang terlibat jelas menunjukkan perlanggaran pada motorsikal seperti dalam versi Plaintif.
17
Manakala isu fraud dibangkitkan oleh Defendan Ketiga adalah satu anggapan sahaja yang tidak dibuktikan atau disokong oleh apa-apa fakta. Fakta bahawa Plaintif dan Defendan Pertama mempunyai hubungan persaudaraan tidak dengan sendiri menimbulkan satu anggapan fraud.
18
Dakwaan fraud hanyalah bersandarkan kepada laporan asal perubatan Plaintif yang menyatakan Plaintif telah mengelak seekor kucing lalu jatuh ke tepi jalan di samping catatan pada laporan klarifikasi Doktor (ID9) yang menyatakan bahawa kemalangan Plaintif berlaku kerana perlanggaran antara dua motorsikal.
19
Kemudiannya, Mahkamah Sesyen telah membuat memutuskan seperti berikut:
i
Liabiliti – Defendan pertama bertanggungan 100%;
II
(ii) Tuntutan Balas/Deklarasi Defendan Ketiga - Ditolak;
III
(iii) Gantirugi Am – Dibenarkan; dan
IV
(iv) Gantirugi Khas (a)-(f) – Ditolak. Isu-isu rayuan
20
Defendan Pertama dan Defendan Kedua menimbulkan isu-isu berikut:
i
HMS terkhilaf apabila mendapati versi Responden Pertama/Plaintif adalah tidak dicabar, maka ianya versi yang boleh dipercayai;
II
(ii) HMS telah gagal meneliti keterangan Pegawai Penyiasat (SP1) dengan sewajarnya sebelum mencapai keputusan;
III
(iii) HMS telah gagal mengambil kira keterangan Doktor (SP2);
IV
(iv) HMS telah gagal mempertimbangkan keterangan Responden Pertama/Plaintif adalah bercanggah antara satu sama lain;
21
Manakala Defendan Ketiga menimbulkan isu-isu berikut:
i
HMS Yang Terpelajar telah terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila memutuskan versi Plaintif boleh dipercayai dan kes Plaintif tidak dicabar oleh Defendan-Defendan;
II
(ii) HMS Yang Terpelajar telah terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila mendapati versi Plaintif adalah benar memandangkan terdapatnya laporan polis Plaintif;
III
(iii) HMS Yang Terpelajar telah terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila mendapati Plaintif telah membuktikan kesnya atas kebarangkalian atas alasan tiada versi Defendan;
IV
(iv) HMS Yang Terpelajar telah terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila mendapati kerosakkan m/sikal menunjukkan perlanggaran;
v
HMS Yang Terpelajar terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila mendapati dakwaan frod tidak terbukti dengan merujuk kepada dokumen perubatan yang hanya ditandakan sebagai “ID9”; dan
VI
(vi) HMS Yang Terpelajar telah terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila menolak Tuntutan Balas. Pertimbangan Mahkamah Isu 1 - Liabiliti
22
Mahkamah ini telah meneliti keterangan tiga orang saksi Plaintif.
23
Manakala Defendan-Defendan tidak memanggil mana-mana saksi dan telah menjawab “no case to answer”.
24
Keterangan Sarjan Shuhaida Binti Karia (Penolong Pegawai Penyiasat)(SP1) menyatakan bahawa tiada kerosakan pada motosikal Defendan Pertama nombor MCU 3601. SP1 juga tidak boleh pastikan kerosakan pada motosikal Plaintif nombor KBC 4241 di sebelah kiri akibat pelanggaran dengan motosikal Defendan Pertama atau hasil dari jatuh.
25
Di tempat kemalangan juga tidak terdapat kesan-kesan komponen. SP1 juga tidak pasti lokasi kemalangan. Menurut SP1, kes telah RTM kerana hasil siasatan dijalankan didapati adalah sukar menentukan ketepatan kejadian dan kedua-dua pihak adalah mengelak binatang dan sukar untuk menentukan kecuaian lebih kepada siapa.
26
Manakala keterangan Dr. Ahmad Sheehan Bin Shuib (SP2) menyatakan bahawa pada 02.08.2020 jam 1.25 pagi beliau ada melihat dan merawat pesakit (SP3) semasa beliau berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultan Abdul Halim.
27
Terdapat Laporan Perubatan bertarikh 12.10.2020 dari Hospital Sultan Abdul Halim yang disediakan oleh Dr. Kashfullah Bin Khalid dari Jabatan Ortopedik yang menyatakan di Bahagian History ”MB skidded patient hit a cat, then fall over the left sided”.
28
Dr. Kashfullah Bin Khalid juga telah menyediakan satu klarifikasi laporan perubatan (ID9) yang menyatakan: “During my initial medical report dated 18.10.2020, it was mentioned that patient had sustained his injuries due to motorbike skidded after hitting a cat. However, after reviewing all the evidence presented, I would like to support that patient mechanism of injury was a collision between 2 motorbikes whilst trying to avoid a cat”.
29
Namun, Dr. Kashfullah Bin Khalid ini tidak dipanggil memberi keterangan mengenai klarifikasi laporan perubatan beliau tetapi telah diterangkan oleh keterangan SP2.
30
Mahkamah mendapati bahawa terdapat tiga versi keterangan Plaintif iaitu Adam Akashah Bin Zulhardi (SP3) yang tidak konsisten.
31
Di dalam pernyataan tuntutan SP3 menyatakan bahawa “ ... sebuah motorsikal No. MCU 3601 yang ditunggang oleh Defendan Pertama dari arah sama secara tiba-tiba dari arah sebelah kiri bergerak ke kanan lalu menghimpit dan melanggar motorsikal Plaintif ...”.
32
Manakala laporan polis SP3 menyatakan bahawa “ ... tiba-tiba di laluan kami seekor kucing melintas secara mengejut di hadapan laluan, dan apabila motorsikal MCU 3601 mengelak ke kanan lalu terkena pada handle kiri motorsikal saya menyebabkan motorsikal saya hilang kawalan dan saya jatuh di bahu jalan sebelah kanan ...”.
33
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Defendan Ketiga, SP3 menyatakan bahawa: A : Ayah duduk di A. saya duduk di A1. Awak ke belakang sikit. Ayah ke depan sikit. Lepas itu ada kucing lintas. Ayah daripada A ini terus masuk Lorong saya A1. Lepas itu bahagian belakang motor ayah kena handle motor saya melelong-lelong langgar kucing itu jatuh. Berlanggar dengan ayah. Nampak kucing, tak dan nak elak, langar kucing dan jatuh. Q : Perlahan-lahan. Saya tak faham. A : Sewaktu saya dengan ayah naik motor, kucing lintas. Kemudian ayah cuba elak kucing tersebut. Dia masuk ke Lorong A1 ini dan belakang badan motor dia kena handle motor saya. Lepas itu saya hilang kawalan. Lepas itu rempuh kucing itu dan jatuh. Kucing itu lintas daripada belah kiri ke kanan.
34
SP3 menyatakan kelajuan beliau pada hari itu dalam 60km/j dan jarak motosikal Defendan Pertama (ayah) dalam 3 kaki dan dekat sahaja dan ayah berada di depan.
35
Menurut SP3, beliau nampak kucing di hadapan dan cuba brek tetapi tidak sempat dan langgar kucing lalu terbabas jatuh ke kanan yang ditandakan dengan “S”.
36
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Defendan Ketiga, SP3 bersetuju kemalangan yang berlaku bukan akibat pelanggaran dengan motosikal MCU 3601 (Rekod Rayuan Tambahan (2) muka surat 76).
37
Semasa pemeriksaan semula, SP3 menyatakan bahawa “Cerita betul dia bila ayah saya elak daripada kucing itu, bergesel dengan motor saya. Memang ada perlanggaran dengan ayah. Lepas itu bila saya hilang kawalan, lelong-lelong saya langgar kucing. Baru saya jatuh. Waktu berlaga dengan ayah tak jatuh lagi. Kena kucing baru saya jatuh” (Rekod Rayuan Tambahan (2) muka surat 77).
38
Beban pembuktian dalam kes Sivil adalah terletak ke atas pihak yang menuntut walaupun pihak yang dituntut tidak memberi keterangan. Maka, Plaintif mempunyai beban bagi membuktikan kecuaian Defendan-Defendan atas imbangan kebarangkalian.
39
Mahkamah Persekutuan di dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175 yang mana Ong CJ telah menyatakan seperti berikut: “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the Plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The Plaintiff cannot succeed without proof of the Defendant’s negligence. “Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded …”.
40
Sekiranya tiada keterangan dikemukakan oleh Defendan-Defendan, maka Mahkamah tidak mempunyai pilihan selain menerima keterangan Plaintif yang ada dan menganggap keterangan Plaintif tersebut adalah benar.
41
Mahkamah Rayuan di dalam kes RHB Bank Berhad v. J Raju a/l M. Kerpaya [2009] MLJU 616 telah memutuskan seperti berikut: “It is also significant to state that the defendant chose not to adduce any evidence in rebuttal. It is trite law that once defendant in civil proceedings elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true. The judge cannot hold that the plaintiff failed to prove his case merely because judge disbelieves his evidence. Jaafar bin Shaari v Tan Lip Eng [1997] 4 CLJ 509”.
42
Berkait dengan sumbangan kecuaian Plaintif sekiranya ada boleh dinilai melalui keterangan Plaintif sendiri. Mahkamah Tinggi di dalam kes Nadarajan Muniandy v. Ayob Jauhari
2001
4 CLJ 718 telah memutuskan bahawa: “However, that did not mean that the Defendant had to give evidence before the court could find contributory negligent on the part of the Plaintiff. His contribution if any could be ascertained from his own evidence”.
43
Mahkamah berpendapat bahawa kecederaan SP3 bukan berpunca akibat pelanggaran di antara motorsikal SP3 dan motorsikal Defendan Pertama. Kemalangan yang menyebabkan kecederaan SP3 berlaku apabila terdapat kucing melintas di laluan SP3 menyebabkan SP3 tidak dapat mengelak dan seterusnya telah melanggar kucing tersebut mengakibatkan SP3 jatuh di sebelah kanan laluannya.
44
Walaupun jika berlaku pergeselan di antara bahagian belakang motorsikal Defendan Pertama dengan handle bahagian kiri hadapan motorsikal SP3, namun ia tidak menyebabkan SP3 telah jatuh dari motorsikalnya.
45
Mahkamah mendapati bahawa SP3 telah mengekori Defendan Pertama dalam jarak tiga kaki yang mana ia merupakan jarak yang tidak selamat bagi SP3. Tambahan pula, SP3 menunggang motosikal di waktu malam di laluan yang gelap.
46
Dalam jarak yang dekat tersebut adalah tidak mungkin untuk SP3 mengambil langkah-langkah keselamatan apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini sebagaimana kejadian pergeselan yang dikatakan berlaku di antara SP3 dan Defendan Pertama.
47
Sehubungan itu, Mahkamah berpendapat bahawa kemalangan yang menyebabkan kecederaan SP3 disebabkan oleh SP3 terjatuh akibat mengelak dan melanggar kucing yang melintas di hadapannya dan bukannya akibat pergeselan dengan motosikal Defendan Pertama.
48
Oleh yang demikian, dapatan Mahkamah Sesyen bahawa motorsikal Defendan Pertama telah menge!ak ke kanan dan pada masa itulah terkena handle motorsikal SP3 dan menyebabkan SP3 hilang kawalan lalu terjatuh di bahu jalan tidak dapat disokong.
49
Jelas bahawa kemalangan dialami SP3 sebenarnya tidak melibatkan Defendan Pertama.
50
Mahkamah mendapati bahawa bagi Isu konspirasi/persekongkolan ini langsung tidak dinyatakan di dalam Memorandum Rayuan Perayu/Defendan ketiga. Oleh yang demikian, adalah menjadi undang-undang mantap bahawa pihak Perayu tidak boleh membangkitkan sebarang isu yang tidak terkandung dalam Memorandum Rayuan mereka.
51
Tambahan pula, Mahkamah mendapati tiada keterangan yang menjurus kepada isu tersebut di dalam keterangan sedia ada. Mahkamah tidak melihat adanya percubaan dari SP3 bagi memberi keterangan yang tidak benar atau bersifat berbohong kepada Mahkamah.
52
Mahkamah melihat keterangan SP3 yang tidak konsisten hanya menunjukkan SP3 keliru mengenai apa yang berlaku pada awal malam tersebut ditambah pula dengan keadaan cuaca malam yang gelap.
53
SP3 kemungkinan telah keliru apakah yang menyebabkan beliau telah jatuh dari motorsikalnya sama ada akibat pergeselan dengan motorsikal Defendan Pertama pada mulanya atau akibat mengelak kucing yang melintas di hadapannya.
54
Anggapan Defendan Ketiga bahawa wujudnya konspirasi antara SP3 dan Defendan Pertama disebabkan adanya hubungan anak dan ayah tidak dapat dibuktikan. Oleh kerana tidak dibuktikan maka ianya hanya tinggal anggapan semata-mata.
55
Mahkamah berpendapat bahawa Mahkamah Bicara telah tersilap dalam mengaplikasikan fakta kes di hadapan Mahkamah.
56
Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian selaras dengan seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950. Begitu juga dengan tuntutan balas oleh Defendan Ketiga.
57
Terdapat merit dalam rayuan-rayuan ini berkaitan liabiliti yang membenarkan campur tangan Mahkamah ini.
58
Sehubungan itu, dapatan Mahkamah Bicara bahawa Defendan Pertama bertanggungan 100% diketepikan dan digantikan dengan Plaintif bertanggungan 100%, manakala tuntutan balas Defendan Ketiga ditolak.
59
Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan rayuan-rayuan ini dengan kos RM1000.00 dibayar kepada setiap Perayu-Perayu. Bertarikh 18 Jun 2026 (DARMAFIKRI BIN ABU ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Sungai Petani Kedah Darul Aman Peguamcara Perayu/Defendan Ketiga : Tetuan Imavathi & Co. Peguamcara Perayu-Perayu/Defendan Pertama dan Kedua : Tetuan Hoe & Ahmad Zaki Peguamcara Responden Pertama/Plaintif : Tetuan Sofiah Hisham & Associates
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.