Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-12B-71-10/2023 ANTARA BERJAYA SOMPO INSURANCE BERHAD …PERAYU (NO. SYARIKAT: 62605-U)
BA-12B-71-10/2023
High Court of Malaysia20 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ecision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence” (see Chow Yee Wah & Anor v Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v Thomas [1947] AC 484; and Gan Yook Chin & Anor v Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309) ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama”
“i kemalangan tersebut berlaku tidak menghubungkan satu tempat dengan satu tempat yang lain. [32] Hakim Mahkamah Sesyen turut merujuk kes Pelita Rasa Sdn Bhd & Ors v Theevban Vengadesh a/l Govintarau [2015] MLJU 110 yang menyatakan bahawa – [31] It seems to me that the interpretation of road must be given a broad contex”
“oalan berkaitan dengan takrifan jalan turut disentuh dalam kes Amgeneral Insurance Bhd (juga dikenali Kurnia Insurans (M) Bhd) v Wakil Diri kepada Harta Pusaka Amir Farris Ahmad, Simati dan Satu lagi [2019] MLRHU 2003. Mahkamah memutuskan bahawa tempat kemalangan tidak memenuhi sifat definable way between two points ov”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-12B-71-10/2023 ANTARA BERJAYA SOMPO INSURANCE BERHAD …PERAYU (NO. SYARIKAT: 62605-U)
1
LEE CHIN TECK …RESPONDEN-RESPONDEN
2
2.
3
HONG MA CIVIL ENGINEERING [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SELAYANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO.: BD-A53KJ-14-01/2021] ANTARA LEE CHIN TECK … PLAINTIF
1
RAMAN A/L BATTAMALAI … DEFENDAN-DEFENDAN
2
2.
3
BERJAYA SOMPO INSURANCE BERHAD (NO. SYARIKAT: 62605-U) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Ini adalah rayuan No. BA-12B-71-10/2023 (Rayuan 71) oleh Berjaya Sompo Insurance Berhad terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Selayang bertarikh 2 Oktober 2023 berhubung isu liabiliti, kuantum dan tuntutan balas. [2] Pada 20.2.2025, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan plaintif. Melalui Notis Rayuan, plaintif telah memperoleh kebenaran merayu pada 24.9.2025. Bagi tujuan alasan penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana di Mahkamah Sesyen. LATAR BELAKANG [3]
2
Rayuan 71 pada asalnya didengar di Mahkamah Tinggi NCVC Pada 19.9.2024, atas permohonan Berjaya Sompo Insurance Berhad, Rayuan 71 telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi NCVC10 dan didengar bersama dengan Rayuan No. BA-12NNCVC-48-10/2023 (Rayuan 48). [4] Rayuan 48 dan Rayuan 71 berbangkit dari Guaman BD-A53KJ-14-01/2021. Rayuan 48 difailkan oleh Raman a/l Battamalai, Hong Ma Civil Engineering dan Berjaya Sompo Insurance Berhad terhadap plaintif, Lee Chin Teck. Manakala Rayuan 71difailkan oleh Berjaya Sompo Insurance Berhad terhadap Lee Chin Teck, Raman a/l Battamalai dan Hong Ma Civil Engineering. [5] Plaintif telah menyaman defendan pertama dan kedua berikutan kecederaan yang dialami oleh plaintif akibat kecuaian defendan pertama. Defendan ketiga selaku syarikat insurans yang menanggungrugi defendan kedua telah mencelah. FAKTA MATERIAL [6] Plaintif ialah mekanik yang bertugas di syarikat MK Speed Lorry Body Builder yang terletak di Jalan Batu Arang, Kg Sungai Bakau Tambahan, Rawang. [7] Defendan pertama ialah pemandu motorlori No. Pendaftaran WEQ2794 dan defendan kedua merupakan pemilik berdaftar motorlori tersebut. [8] Pada 17.7.2018, defendan pertama telah pergi ke bengkel plaintif untuk memeriksa brek motorlori atas arahan majikan. Semasa plaintif berada di bawah motorlori WEQ2794 dan sedang membuat kerja membaik pulih brek motorlori tersebut, defendan pertama yang berada di dalam motorlori telah menggerakkan motorlori tersebut dan mengakibatkan tayar motorlori naik ke badan plaintif. [9] Defendan pertama dan kedua memplidkan pembelaan bahawa kemalangan berlaku di kawasan bengkel tertutup dan bukan di atas jalan raya sebagaimanan diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan. Menurut defendan pertama dan kedua, kemalangan diakibatkan oleh kecuaian plaintif. [10] Pembelaan defendan pertama dan kedua, khasnya butir-butir kecuaian plaintif menunjukkan defendan pertama dan kedua meletakkan mindanya bahawa kemalangan berlaku di kawasan parkir dalam kawasan bengkel di Jalan Batu Arang Sungai Bakau Rawang. [11] Defendan ketiga adalah penanggung insuran defendan kedua. Defendan ketiga telah mengeluarkan perlindungan insurans untuk motorlori tersebut bagi tempoh 20.5.2018 sehingga 19.5.2019 melalui polisi MA075291. Menurut defendan ketiga, polisi tersebut tidak boleh dikuatkuasakan terhadap kemalangan yang berlaku pada 17.7.2018 tersebut. [12] Alasan defendan ketiga adalah kemalangan tersebut berlaku di kawasan persendirian iaitu kawasan bengkel dan bukan di atas jalanraya. Menurut defendan ketiga, motorlori tersebut tidak digunakan di atas jalanraya. Oleh itu, tuntutan yang diusulkan oleh plaintif tidak dilindungi di bawah terma polisi tersebut dan kemalangan tersebut merupakan kemalangan di tempat kerja. [13] Selanjutnya defendan ketiga memfailkan tuntutan balas terhadap plaintif, defendan pertama dan kedua dan memohon deklarasi bahawa polisi insurans tersebut yang dikeluarkan oleh defendan ketiga bagi melindungi motorlori tersebut dari 20.5.2018 sehingga 19.5.2019 tidak boleh dikuatkuasakan untuk tuntutan yang diusulkan oleh plaintif. Defendan ketiga juga memohon defendan pertama dan kedua bertanggungjawab terhadap penghakiman yang mungkin diperolehi oleh plaintif. [14] Plaintif sebaliknya menegaskan D3 tidak boleh membatalkan polisi insurans bagi motorlori WEQ 2794 kerana tempat kemalangan iaitu bengkel MK Speed Lorry Body Builder adalah terangkum dalam definsi jalan menurut seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Keputusan Mahkamah Sesyen [15] Setelah perbicaraan penuh, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah memutuskan –
i
Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan.
II
(ii) Defendan pertama dan kedua bertanggungan 70% secara bersesama manakala plaintif cuai sumbang dan bertanggungan 30%.
III
(iii) Tuntutan balas defendan ketiga ditolak dengan kos kepada plaintif.
IV
(iv) Defendan ketiga hendaklah bertanggungan terhadap defendan pertama dan kedua untuk membayar plaintif berdasarkan liabiliti dan kos. PRINSIP UNDANG-UNDANG [16] Prinsip undang-undang berhubung campur tangan mahkamah dalam menjalankan kuasa rayuan adalah mapan. Pendekatan yang diguna pakai oleh Mahkamah ini dalam menilai keputusan Mahkamah Sesyen ialah Mahkamah ini tidak akan menganggu keputusan hakim bicara melainkan hakim bicara ternyata khilaf. [17] Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441 menjadi panduan Mahkamah ini - [60] It is now established that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is 'the plainly wrong test' principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 (at p 10) per Steve Shim CJ (Sabah & Sarawak). More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Bhd v Genisys Intergrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785 where it was held at p 800: “It is well settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence” (see Chow Yee Wah & Anor v Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v Thomas [1947] AC 484; and Gan Yook Chin & Anor v Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309) ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama ada Hakim Mahkamah Sesyen telah mengguna pakai ujian yang betul dalam membuat penilaian terhadap keterangan saksi-saksi. [18] Mahkamah ini mendapat Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah menggunapakai ujian yang betul dalam menilai keterangan saksi-saksi semasa pemeriksaan balas dengan keseluruhan keterangan yang dikemukakan khasnya dalam memutuskan isu liabiliti dan kuantum dalam tuntutan asal. Isu 2: Sama ada Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat inferens yang disokong dengan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan. [19] Mahkamah ini telah meneliti alasan penghakiman dan rekod rayuan dan mendapati bahawa tiada khilaf nyata oleh Hakim Mahkamah Sesyen dalam membuat inferens berkaitan dengan keterangan saksi-saksi. Mahkamah ini enggan menganggu dapatan fakta Hakim Mahkamah Sesyen berkaitan dengan isu liability dan kuantum. [20] Isu ketiga ini melibatkan isu yang berbangkit dari rayuan defendan ketiga. Isu 3: Sama ada kawasan tempat kejadian iaitu bengkel MK Speed Lorry Body Builder adalah terangkum dalam definsi jalan menurut seksyen 2 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). [21] Berkenaan dengan isu ini, Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan bahawa –
i
tempat kemalangan iaitu bengkel boleh diakses oleh mana-mana orang awam dengan syarat mendapat kebenaran pemilik bengkel. Defendan pertama telah mengesahkan beliau mempunyai akses masuk ke bengkel dengan kebenaran.
II
(ii) Bengkel tersebut disahkan oleh SP2 dan defendan pertama boleh dihubungi melalui jalan dari Jalan Rawang ke Batu Arang yang merupakan suatu jalan awam.
III
(iii) Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat perbandingan bengkel dengan contoh dalam seksyen 2 Akta 333 iaitu jambatan, terowong, hentian sebelah dll.
IV
(iv) Untuk mengikuti keputusan kes Tahan Insurance Malaysia Bhd v Ong Choo Tian @ Eng Choo Tian & Anor [2004] 6 MLJ 367 yang mana tempat kemalangan berlaku di kawasan hadapan sebuah rumah telah disifatkan sebagai jalan yang mana orang awam mempunyai akses. [22] Dalam memutuskan isu ini, saya berpandangan wujud keperluan untuk menentukan isu ini selaras dengan keperluan dalam Seksyen 91 Akta 333 yang memperuntukkan tentang requirements in respect of policies. [23] Seksyen 2 Akta 333 memperuntukkan tafsiran jalan – means any public road and other road to which the public has access… [24] Manakala perkataan use dalam seksyen 2 Akta 333 ditafsirkan sebagai use of any road. [25] Dalam konteks peruntukan seksyen 91 Akta 333, polisi insurans yang dikeluarkan oleh defendan ketiga untuk motorlori tersebut akan melindungi defendan kedua dan ketiga terhadap liabiliti – which is caused by or arising out of the use of the insured vehicle on the road. (rujuk Law of Motor Insurance by S. Santhana Dass, perenggan 2.8). [26] Saya juga merujuk beberapa otoriti yang memutuskan isu tentang tafsiran jalan. Hal ini kerana tafsiran jalan menurut kes Othman bin Taib v PP [1972] 1 MLJ 261 merupakan persoalan fakta. [27] Dalam kes RHB Insurance Berhad v Twe Lai Poh & Ors [2023] 2 MLRH 762, isu yang berbangkit adalah sama ada Tapak Pembinaan Gamuda Paya Indah Sepang adalah jalan menurut maksud statut. Mahkamah dalam kes tersebut telah memutuskan kriteria jalan tidak dipenuhi kerana tiada karakter fizikal jalan dan jalan tersebut tidak dibuka untuk awam sebagai akses laluan menghubungkan satu tempat ke tempat lain. [28] Mahkamah ini selanjutnya merujuk kes Zurich General Insurance Malaysia Berhad v Lailin Sinin & Anor and Another Case [2024] 3 MLRH 349, suatu kes berkaitan kemalangan yang berlaku di jalan utama dalam kem tentera. Isu yang berbangkit adalah sama ada jalan yang terletak dalam Kem Syed Sirajuddin terjumlah kepada jalan menurut seksyen 2 Akta 333. Mahkamah telah memutuskan bahawa dua kriteria jalan tidak dipenuhi dalam kes tersebut iaitu Kem Syed Sirajuddin tidak dibuka kepada awam selain orang awam tidak mempunyai akses dan ia tidak menghubungkan satu tempat dengan satu tempat lain. [29] Manakala dalam kes Gopal Nagaiah v Am General Insurance Bhd [2015] 2 MLRH 191 telah diputuskan bahawa penggunaan kenderaan di atas jalan adalah yang mana orang awam mempunyai akses. [30] Persoalan berkaitan dengan takrifan jalan turut disentuh dalam kes Amgeneral Insurance Bhd (juga dikenali Kurnia Insurans (M) Bhd) v Wakil Diri kepada Harta Pusaka Amir Farris Ahmad, Simati dan Satu lagi [2019] MLRHU 2003. Mahkamah memutuskan bahawa tempat kemalangan tidak memenuhi sifat definable way between two points over vehicle could pass kerana tidak menghubungkan dua titik dengan adanya bongkah batu yang merintangi atau menyekat seluruh jalan tersebut. [31] Setelah memberi pertimbangan terhadap fakta kes ini dan lokasi kejadian kemalangan berlaku selain perbandingan dengan fakta dalam kes-kes yang dirujuk di atas, serta dapatan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dalam menentukan isu ini, saya berpandangan –
i
Kemalangan berlaku dalam premis bengkel yang terletak dalam kawasan persendirian yang berpagar.
II
(ii) Tempat yang mana motorlori diperiksa dan diuji adalah dalam bengkel tersebut. Kawasan bengkel ini pada hemat saya adalah kawasan yang berisiko dan tidak sesuai dimasuki oleh orang awam.
III
(iii) Tiada keterangan yang bertentangan bahawa defendan pertama ketika memasuki premis tersebut telah mendapatkan kebenaran pemilik premis.
IV
(iv) Meskipun bengkel tersebut terletak berdekatan dengan jalan utama, namun saya mendapati ia tidak memenuhi kriteria definable way between two points over vehicle could pass. Lokasi kemalangan tersebut berlaku tidak menghubungkan satu tempat dengan satu tempat yang lain. [32] Hakim Mahkamah Sesyen turut merujuk kes Pelita Rasa Sdn Bhd & Ors v Theevban Vengadesh a/l Govintarau [2015] MLJU 110 yang menyatakan bahawa – [31] It seems to me that the interpretation of road must be given a broad contextual meaning. The principal and dominant requirement is that of public access. [33] Saya merujuk maksud public sebagai bermaksud the general public seperti yang diputuskan dalam kes Cutter v Eagle Star Insurance Co Ltd Clarke v Kato and Others [1998] 4 All ER 417, iaitu – I think that, when the statute speaks of the public in this connexion, what is meant is the public generally, and not the special class of members of the public who have occasion for business or social purposes to go to the farmhouse or to any part of the farm itself. [34] Kembali kepada fakta kes ini, nama bengkel tersebut pada hakikatnya menggambarkan kewujudan akses adalah lazimnya kepada kumpulan yang ingin mendapatkan khidmat membaiki motorlori atau kenderaan sahaja. [35] Dengan hormat, saya mendapati Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah nyata khilaf dalam dapatannya bahawa bengkel tersebut disahkan oleh SP2 dan defendan pertama boleh dihubungi melalui jalan dari Jalan Rawang – Batu Arang yang merupakan suatu jalan awam. Ujian yang perlu diguna pakai adalah adakah jalan tersebut (iaitu tempat dimana kemalangan berlaku) terjumlah kepada akses laluan yang menghubungkan satu tempat ke tempat lain. [36] Justeru persoalan sama ada kawasan tempat kejadian iaitu bengkel MK Speed Lorry Body Builder adalah terangkum dalam definisi jalan menurut seksyen 2 Akta 333 dijawab secara negatif. Saya mendapati tempat kemalangan berlaku bukanlah jalan menurut seksyen 2 Akta 333. Ini bermaksud liabiliti yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen adalah terhad kepada defendan pertama dan kedua sahaja. KESIMPULAN [37] Setelah membaca rekod-rekod rayuan dan hujahan bertulis kesemua pihak dan setelah mendengar hujahan lisan, mahkamah ini membenarkan Notis Rayuan Kandungan 1. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan balas defendan diketepikan dengan kos RM5,000.00 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 27 November 2025. Ditandatangani ...................................................... Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam Bagi Pihak Perayu: : Rosmaria binti Daud Tetuan Naicker & Assoc. (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) Bagi Pihak Responden Pertama : Gowri A/P Govinda Raju Tetuan Nith Gowri Lachman & Partners (Petaling Jaya, Selangor) Bagi Pihak Responden Kedua dan Ketiga : K. H Kung Tetuan K.G. Chan, Kung & Company (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.