Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NO. KES: KB-22NCvC-28-08/2025 ANTARA BINA DARULAMAN BERHAD (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 199501003751) … PLAINTIF
KB-22NCvC-28-08/2025
High Court of Malaysia25 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a gratuitous licence. Such a bare licence without any contractual term in favour of the licensee can be revoked at the will of the licensor. See Winter Garden Theatre Ltd v Millennium Productions Ltd [1948] AC 173. Di dalam kes yang sama Choor Singh H juga menyatakan: **Note : Serial number will be used to verify the o”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NO. KES: KB-22NCvC-28-08/2025 ANTARA BINA DARULAMAN BERHAD (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 199501003751) … PLAINTIF
1
INDIVIDU YANG MENGENALKAN
2
GOVINDAN (NO. KP: 69020302546) INDIVIDU YANG MENGENALKAN DIRI SEBAGAI POH SIAM ENG
3
SEMUA PENGHUNI-PENGHUNI YANG NAMANYA TIDAK DIKETAHUI DAN/ATAU ORANG-ORANG YANG TIDAK DIKENALI WARIS-WARIS KEPADA PENGHUNI-PENGHUNI DAN ORANG-ORANG YANG TIDAK DIKENALI YANG TELAH 28/04/2026 11:16:03 KB-22NCvC-28-08/2025 Kand. 48 MEMASUKI DAN/ATAU MENDIAMI MEMBINA PENEMPATAN, RUMAH, KEDAI, STRUKTUR KEAGAMAAN, GEREJA, KUIL, TOKONG MONUMEN PERKUBURAN DI ATAS TANAH YANG DIPEGANG DI BAWAH NO. H.S.(D) 69190, NO. PT 2335, MUKIM SUNGAI ULAR, DAERAH KULIM, KEDAH DARUL AMAN DAN NO. H.S.(D) 69192, NO. PT 2337, MUKIM SUNGAI ULAR, DAERAH KULIM, KEDAH DARUL AMAN. … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 12)
1
Ini adalah notis permohonan Plaintif di bawah Kandungan 12
Preamble
menurut Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) untuk penghakiman terus terhadap Defendan Ketiga (D3) untuk mendapatkan milikan kosong hartanah beserta relief sampingan yang lain.
2
Alasan Plaintif bahawa mereka adalah pemilik berdaftar atas hartanah diduduki oleh D3 tanpa kebenaran/dan atau keizinan Plaintif.
3
Setelah membaca dan mempertimbangkan notis permohonan, kesemua afidavit serta hujahan bertulis yang difailkan oleh pihak-pihak, Mahkamah telah membenarkan notis permohonan Plaintif ini dengan kos.
4
D3 yang terkilan dengan keputusan Mahkamah membenarkan notis permohonan Kandungan 12 tersebut telah memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini.
5
Plaintif dalam tindakan ini, Bina Darulaman Berhad, merupakan pemilik berdaftar yang sah ke atas dua plot tanah yang dipegang di bawah hak milik No. H.S. (D) 69190 (PT 2335) dan No. H.S.
d
(D) 69192 (PT 2337), Mukim Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah.
6
Hartanah tersebut, yang pada asalnya merupakan sebahagian daripada kawasan perladangan kelapa sawit, telah diperoleh oleh Plaintif daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) melalui satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 4 September 2014.
7
Susulan jual beli tersebut, Plaintif telah melantik Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd. (KLPK) sebagai ejen pengurusan melalui Perjanjian Pengurusan bertarikh 29 Januari 2019.
8
Terdapat tiga pihak Defendan dalam tindakan ini iaitu:
i
Theavarajan a/l Govindan (D1), iaitu seorang yang mengenalkan diri sebagai wakil kuil Sri Ramar iaitu sebuah kuil yang terletak di atas tanah Plaintif;
II
(ii) Poh Siam Eng, iaitu seorang yang mengenalkan diri sebagai peniaga dan penghuni rumah atau kedai yang terletak di tanah Plaintif; dan
III
(iii) D3, iaitu penghuni-penghuni serta waris tidak dikenali yang menduduki tanah Plaintif.
9
Susulan penyempurnaan serahan dokumen dan kegagalan D1 dan D2 untuk memasukkan kehadiran dan memfailkan pembelaan dalam tempoh dibenarkan, Plaintif telah memfailkan perakuan ketidakhadiran bertarikh 8 Oktober 2025 dan seterusnya merekodkan Penghakiman Ingkar Kehadiran di Mahkamah pada 6 November 2025 terhadap D1 dan D2.
10
D3 telah diwakili peguam sejak peringkat awal prosiding dan telah memasukkan memorandum kehadiran pada 22 September
2025
Pemfailan pembelaan juga telah dibuat oleh D3 pada 15 Oktober 2025 selaras arahan diberikan oleh Mahkamah.
11
Setelah penghakiman ingkar ketidakhadiran direkodkan terhadap D1 dan D2, D3 telah memfailkan permohonan ini bagi mengetepikan penghakiman ingkar ketidakhadiran tersebut.
12
Antara intipati penting dalam pembelaan D3 adalah pendudukan mereka di atas Tanah Tersebut adalah dengan kebenaran dari pemilik terdahulu atas kapasiti mereka sebagai pekerja ladang.
13
Di atas keizinan tersebut, D3 telah mendirikan pelbagai struktur tetap di atas Hartanah Tersebut yang merangkumi rumah kediaman, gereja, kuil, tokong serta monumen perkuburan.
14
Menurut Plaintif, bagi mendapatkan milikan kosong Tanah Tersebut, Plaintif telah mengeluarkan beberapa notis pengosongan bertarikh 15 November 2023, 8 Februari 2024 dan 7 Julai 2025 yang disampaikan kepada semua pihak-pihak yang menduduki tanah Plaintif.
15
Walau bagaimanapun, setelah tamat tempoh masa telah diberikan melalui notis-notis tersebut, pihak-pihak tersebut masih gagal mengosongkan tanah Plaintif.
16
Di atas kebuntuan tersebut, Plaintif telah memulakan tindakan undang-undang bagi mendapatkan milikan kosong melalui perintah Mahkamah.
17
Plaintif seterusnya telah memasukkan permohonan ini bagi mendapatkan penghakiman terus terhadap D3.
18
Permohonan penghakiman terus di bawah Aturan 14 KKM 2012 adalah untuk membolehkan Plaintif memperoleh penghakiman tanpa perlu melalui proses perbicaraan penuh.
19
Namun, sebelum sesuatu permohonan penghakiman terus boleh dibenarkan, Plaintif mestilah mematuhi syarat-syarat awal seperti ditetapkan dalam kes National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn. Bhd. [1984] 2 MLJ 300 di mana Seah FJ (menyampaikan penghakiman Mahkamah Persekutuan) menyatakan seperti berikut: “We think it appropriate to remind ourselves once again that in every application under Order 14 the first considerations are (1) whether the case comes within the Order and (b) whether the plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under Order 14. For the purposes of an application under Order 14 the preliminary requirements are:
i
the defendant must have entered an appearance;
II
(ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and
III
(iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of Rule 2 of the Order 14. Seah FJ seterusnya menyatakan: If, however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he become entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him [see Order 14 Rules 3 and 4(1)]. (Rujuk juga kes Mahkamah Persekutuan dalam Cempaka Finance Bhd v. Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544)
20
Bersandarkan pada prinsip tersebut, Plaintif perlu memenuhi syarat-syarat awal bagi membuktikan kes prima facie seperti berikut:
i
Defendan telah memasukkan kehadiran;
II
(ii) penyata tuntutan telah disampaikan kepada Defendan; dan
III
(iii) afidavit sokongan Plaintif mestilah mematuhi Aturan 14 Kaedah 2, iaitu mengesahkan fakta tuntutan dan menyatakan kepercayaan Plaintif bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan.
21
Sebaik sahaja beban tersebut dipenuhi, maka Defendan perlu menunjukkan pembelaan bermerit atau isu yang perlu dibicarakan.
22
Di dalam kes Bank Negara Malaysia v. Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400 Mohamad Azmi SCJ (pada ketika itu) menyatakan: “In our view, basic to the application of all those legal propositions, is the requirement under O 14 for the court to be satisfied on affidavit evidence that the defence has not only raised an issue but also that the said issue is triable. The determination of whether an issue is or is not triable must necessarily depend on the facts or the law arising from each case as disclosed in the affidavit evidence before the court. A complete defence need not be shown. The defence set up need only show that there is a triable issue”. (Rujuk juga kes Pengurusan Danaharta Nasional Bhd v. Miri
23
Kewujudan satu isu sahaja untuk dibicarakan sudah mencukupi untuk Mahkamah menolak permohonan penghakiman terus seperti diputuskan dalam kes South East Asia Insurance Bhd. v. Kerajaan Malaysia [1998] 1 CLJ 1045 yang menyatakan seperti berikut: “If a defendant in an O.14 application succeeds in raising even a single triable issue, it will not be a fit and proper case to order summary judgment. It is only in plain and obvious cases where there are no issues to be tried that recourse should be had to O.14”.
24
Mahkamah juga mengambil perhatian bahawa penghakiman terus hanya boleh dibenarkan bagi kes yang jelas dan tidak memerlukan perbicaraan penuh.
25
Permohonan ini tidak sesuai bagi kes di mana terdapat isu undang-undang dan fakta yang rumit (Rujuk kes United Malayan Banking Corp. Bhd. v. Palm & Vegetable Oils (M) Sdn. Bhd. [1983] 1 MLJ 206).
26
Berpandukan pada prinsip undang-undang seperti di atas, Mahkamah akan meneruskan dengan analisis lanjut bagi permohonan ini. Bantahan mengenai ketidakaturan prosedur dan identifikasi D3
27
Sebelum penelitian lanjut bagi isu utama permohonan ini diteruskan, Mahkamah akan memutuskan terlebih dahulu mengenai isu ketidakaturan prosedur yang dibangkitkan oleh D3.
28
Ketidakaturan prosedur tersebut didakwa berlaku akibat kegagalan Plaintif menamakan setiap pihak dan setiap individu secara khusus dalam permohonan dan hanya merujuk mereka secara kolektif sebagai “semua penghuni-penghuni yang namanya tidak diketahui serta waris mereka”.
29
Plaintif pula telah menghujahkan bahawa kewajipan untuk mendedahkan identiti sebenar terletak sepenuhnya kepada D3 sebagai individu-individu yang tidak dinamakan selaras dengan Aturan 15 kaedah 10 dan Aturan 89 kaedah 5 KKM 2012.
30
Menurut Aturan 15 kaedah 10 KKM 2012 menyatakan seperti berikut:
10
Actions for possession of immovable property (O. 15 r. 10)
1
Without prejudice to rule 6, the Court may at any stage of the proceedings in an action for possession of immovable property order any person not a party to the action who is in possession of the immovable property (whether in actual possession or by a tenant) to be added as a defendant.
2
An application by any person for an order under this rule may be made by ex parte notice of application, supported by an affidavit showing that he is in possession of the immovable property in question and if by a tenant, naming him.
3
A person added as a defendant by an order under this rule shall serve a copy of the order on the plaintiff and shall enter an appearance in the action within such period, if any, as may be specified in the order or, if no period is so specified, within seven days after the making of the order, and the rules as to the entry of appearance shall apply accordingly to an entry of appearance by him.
31
Seterusnya Plaintif juga merujuk pada Aturan 89 kaedah 5 KKM 2012 seperti berikut: Application by occupier to be made a party (O. 89, r. 5) Without prejudice to Order 15, rules 6 and 10, any person not named as a defendant who is in occupation of the land and wishes to be heard on the question whether an order for possession should be made may apply at any stage of the proceedings to be joined as a defendant.
32
Bagi menyokong hujahan ini juga, Plaintif telah merujuk pada kes Orang-Orang Yang Menduduki Rumah Dan Setor-Setor Papan Yang Didirikan Atas Sebahagian Tanah Yang Terkandung Di Bawah Hakmilik Geran No. 26977 Bagi Lot 4271 Dalam Bandar Johor Bahru, Johor v. Punca Klasik Sdn. Bhd. & Other Appeals [1997] 4 CLJ 540 di mana Mokhtar Sidin JCA menyatakan: “From the above it is clear to us that an unnamed person has no locus standi until he identifies himself by name and applies to the court to be joined as a defendant. He could do so at any stage of the proceedings. Until he does so he is a non-identity and he has no locus standi”.
33
Plaintif berhujah bahawa kegagalan D3 bagi memfailkan apa-apa permohonan untuk dinamakan sebagai Defendan-Defendan adalah sesuatu yang fatal mengakibatkan D3 tidak mempunyai locus standi bagi menentang permohonan Plaintif ini.
34
Mahkamah berpendapat bahawa D3 sebagai pihak-pihak yang tidak dikenali mempunyai tanggungjawab bagi mencantumkan diri mereka ke dalam prosiding ini untuk dinamakan.
35
Di dalam bantahan mereka, D3 meletakkan tanggungjawab tersebut terhadap Plaintif dan Mahkamah berpendapat hujahan D3 ini telah tersalah arah.
36
Ini jelas bertentangan dengan ketetapan di bawah A. 15 k. serta A. 89 k. 5 KKM 2012 bahawa seseorang yang tidak dinamakan sebagai Defendan tetapi menduduki tanah boleh memohon untuk dicantum sebagai Defendan pada mana-mana peringkat prosiding.
37
Namun, tiada sebarang permohonan oleh seorang yang mengaku sebagai wakil D3, Sateshkumar a/l Dheivasigamani (wakil D3) untuk dimasukkan dalam tindakan ini.
38
Oleh itu kegagalan menamakan setiap D3 tidak menyebabkan kecacatan pada kes Plaintif malahan menjadi tanggungjawab kepada D3 pada mana-mana peringkat boleh memohon untuk dimasukkan sebagai pihak-pihak dalam tindakan.
39
Namun ianya tidak dilakukan oleh D3 sehingga kini.
40
Sehubungan itu, Mahkamah berpendapat bahawa bantahan D3 ini tidak dapat dipertimbangkan memandangkan jelas bahawa D3 tidak mempunyai locus standi di dalam prosiding ini. Sama ada Plaintif berjaya membuktikan kes prima facie
41
Selaras dengan prinsip ditetapkan dalam kes National Company for Foreign Trade (supra), Plaintif perlu memenuhi tiga pra syarat untuk membuktikan kes prima facie iaitu:
i
Defendan mestilah telah memasukkan kehadiran;
II
(ii) penyata Tuntutan mestilah telah disampaikan kepada Defendan; dan
III
(iii) afidavit sokongan Plaintif mestilah mematuhi Aturan 14 Kaedah 2, iaitu mengesahkan fakta tuntutan dan menyatakan kepercayaan Plaintif bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan ke atas tuntutan.
42
Setelah kesemua syarat-syarat tersebut dipenuhi, barulah beban beralih kepada D3 untuk menunjukkan pembelaan bermerit atau isu yang memerlukan perbicaraan.
43
Mahkamah telah meneliti keseluruhan dokumen dan rekod prosiding di dalam kes ini dan mendapati Plaintif telah berjaya memenuhi ketiga-tiga syarat awal tersebut.
44
Yang pertama, Peguamcara bagi D3 telah memfailkan memorandum kehadiran pada 22 September 2025 dan seterusnya memfailkan pembelaan pada tarikh 15 Oktober 2025.
45
Di dalam afidavit sokongan bagi permohonan ini, Plaintif juga telah mengesahkan fakta dan menyatakan tiada sebarang isu untuk dibicarakan atau pembelaan bermerit terhadap tuntutan mereka.
46
Oleh itu, ketiga-tiga syarat awal telah dipenuhi oleh Plaintif bagi dalam permohonan penghakiman. Dengan ini, beban pembuktian beralih kepada D3 bagi menunjukkan terdapat pembelaan bermerit atau isu untuk dibicarakan.
47
D3 hanya perlu menunjukkan terdapat satu isu untuk dibicarakan untuk Mahkamah ini menolak permohonan penghakiman terus.
48
Namun, pembelaan Defendan mestilah bersifat bona fide dan isu yang ditimbulkan juga bukanlah sekadar penafian semata-mata. Sama ada D3 mempunyai pembelaan yang bermerit Status pendudukan
49
Intipati utama dalam pembelaan D3 adalah pendudukan mereka di tanah tersebut adalah dengan kebenaran daripada pemilik asal hartanah iaitu PKNK.
50
Menurut D3, penduduk-penduduk tersebut adalah bekas pekerja-pekerja ladang kelapa sawit yang telah berkhidmat dengan pemilik hartanah terdahulu dan tidak pernah diusir oleh pemilik terdahulu sepanjang pendudukan mereka.
51
Hujahan D3 lagi, Plaintif mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai kewujudan komuniti pemastautin yang sah serta struktur-struktur keagamaan dan monumen di atas tanah tersebut semasa mengambil alih hartanah tersebut dari PKNK.
52
Namun Plaintif menafikan kebenaran bagi menduduki tanah tersebut dan mengambil pendirian bahawa meskipun jika benar terdapat kebenaran daripada pemilik terdahulu, ia hanyalah lesen tanpa balasan yang boleh ditarik balik. Hak untuk menduduki berasaskan lesen tersebut tamat sebaik sahaja notis pengosongan dikeluarkan oleh Plaintif.
53
Mahkamah mengambil perhatian bahawa pada peringkat ini, isu dibangkitkan tidak akan diputuskan secara merit sebaliknya hanya berdasarkan penelitian secara menyeluruh dari segi fakta dan sama ada fakta atau isu memerlukan penentuan lanjut melalui perbicaraan.
54
Melalui fakta dalam pembelaan, D3 telah sendiri menyatakan bahawa mereka adalah para pekerja dan memperoleh keizinan menduduki tanah diberikan oleh pemilik terdahulu.
55
Secara tidak langsung ini menjelaskan status mereka di atas tanah tersebut adalah sebagai pekerja di mana pendudukan dan kebenaran menghuni adalah tertakluk pada keizinan majikan mereka iaitu pemilik tanah terdahulu.
56
Tiada sebarang fakta dalam pliding menunjukkan D3 memperoleh kebenaran dari Plaintif sebagai pemilik baru untuk terus menduduki tanah tersebut.
57
Sebaliknya, Plaintif telahpun menyerahkan Notis Pengosongan bertarikh 15 November 2023, 8 Februari 2024 dan 7 Julai 2025 yang menzahirkan hasrat mereka untuk mendapatkan milikan kosong atas tanah mereka.
58
Tindak tanduk Plaintif dan surat menyurat dikemukakan adalah konsisten dengan fakta yang diplidkan oleh mereka. Meskipun sekiranya terdapat kebenaran diberikan oleh pemilik tanah, ia telah tamat apabila notis pengosongan dikeluarkan oleh Plaintif.
59
Choor Singh H (pada ketika itu) di dalam kes Wee Kang Whye & Anor v Lee Woon Tong [1974] 1 MLJ 7 menyatakan: “The arrangement under which the defendant was permitted to construct his temporary structure on the plaintiffs' land amounted in law to a gratuitous licence. Such a bare licence without any contractual term in favour of the licensee can be revoked at the will of the licensor. See Winter Garden Theatre Ltd v Millennium Productions Ltd [1948] AC 173. Di dalam kes yang sama Choor Singh H juga menyatakan: Under the circumstances of this case the defendant had no legal right to remain on the plaintiffs' land after he was requested to move out. ... In my judgment the defendant became a trespasser when he refused to move out after due notice”.
60
Tiada fakta yang menunjukkan D3 telah didorong oleh pemilik tanah untuk membelanjakan wang dan membuat binaan dengan diberikan harapan dapat terus tinggal di atas tanah tersebut. Maka, tidak timbul isu ekuiti di dalam tindakan ini yang memerlukan penelitian lanjut melalui bicara.
61
Status milikan tanah serta kedudukan D3 juga jelas dan tiada keperluan untuk Mahkamah meneruskan penentuan mengenai isu ini melalui perbicaraan. Tempoh pendudukan di atas tanah
62
Menurut D3, mereka telah tinggal di atas tanah tersebut dalam tempoh yang lama tanpa diusir keluar oleh pemilik terdahulu. Ini disokong oleh dokumen seperti bil air dan bil elektrik atas nama mereka, sijil kelahiran, sijil perkahwinan, sijil UPSR, slip gaji, laporan polis dan gambar-gambar lama.
63
Walau bagaimanapun, Plaintif sebagai pemilik berdaftar tanah telah mengeluarkan Notis Pengosongan bertarikh 15 November 2023 dan 7 Julai 2025 keatas semua penghuni Tanah Tersebut. Pihak-pihak berkenaan telah diberikan masa selama 30 hari dari tarikh notis bagi mengosongkan tanah tersebut.
64
Ini disokong oleh surat Plaintif yang telah menolak permohonan dari wakil penganut Sri Ramar melalui surat bertarikh 4 Februari 2024 bagi mengekalkan tapak kuil di atas tanah tersebut.
65
Fakta ini dikuatkan lagi dengan tindakan Plaintif yang telah memasuki perjanjian sewaan bertarikh 15 Mei 2025 dengan sebuah syarikat untuk membangunkan kilang konkrit di atas tanah mereka. Ini menunjukkan niat jelas Plaintif bagi membangunkan Tanah Tersebut dan keperluan bagi mendapat milikan kosong.
66
Berdasarkan Seksyen 340 Kanun Tanah Negara (KTN) pemilik berdaftar mempunyai hak yang tidak boleh disangkal ke atas sesuatu tanah yang didaftarkan. Milikan ini tidak boleh dinafikan melainkan terdapat bukti berlakunya penipuan atau fraud di dalam pindah milik hartanah.
67
Seksyen 340 KTN memepruntukkan seperti berikut:
340
Registration to confer indefeasible title or interest, except in certain circumstances.
1
The title or interest of any person or body for the time being registered as proprietor of any land, or in whose name any lease, charge or easement is for the time being registered, shall, subject to the following provisions of this section, be indefeasible.
2
The title or interest of any such person or body shall not be indefeasible-a) in any case of fraud or misrepresentation to which the person or body, or any agent of the person or body, was a party or privy; or b) where registration was obtained by forgery, or by means of an insufficient or void instrument; or c) where the title or interest was unlawfully acquired by the person or body in the purported exercise of any power or authority conferred by any written law.
68
D3 menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui bahawa Plaintif adalah pemilik hartanah atau bagaimana Plaintif mendapatkan pemilikan Hartanah Tersebut dan telah tinggal di situ dengan kebenaran pemilik terdahulu sejak 60 tahun yang lalu.
69
Walau bagaimanapun, tempoh pendudukan yang lama tidak secara langsung memberi hak kepada D3 untuk terus menduduki tanah Plaintif. Ianya jelas bahawa tanah tersebut mempunyai pemilik sejak 60 tahun lalu dan milikan tersebut kini telah berpindah kepada Plaintif.
70
Merujuk pada kes Ahmad Shazilly Ismail Bakti v. Nil Salma Zaidan Hj Wan Mohd Zaid [2014] 5 CLJ 817 Mahkamah Rayuan menyatakan: [89] We further note that the defendant in her pleading and testimony had claimed that she had been staying in the house since it was constructed in 1985 and has the right to remain on the said house and the said land. In our view, the idea of a gratuitous licensee being able to occupy an alienated land owned by someone else permanently or perpetually, after being given due notice to quit, is repugnant to the concept of indefeasibility of title of a registered proprietor as provided under s 340 and the concept against adverse possession of land by occupation, as explicitly stated in s 341 of the NLC, ...”.
71
Mahkamah seterusnya merujuk kes Toh Kheng Heng & Anor v. Ahmad Fauzi bin Mohd Taufek [1994] 1 MLJ 356 di mana Selventhiranathan PK (pada ketika itu) menyatakan: “The defendant himself did not seek to confer or claim any higher status as to his occupation of the land than as a licensee. He was therefore a gratuitous licensee and, in that capacity, his licence to occupy the land was properly terminated when the notice to quit was served on him. Thereafter he became a trespasser on the land and the plaintiffs were entitled to apply under O 89 for the defendant to be evicted”.
72
Penghuni yang diberikan kebenaran tidak boleh terus tinggal di atas sesuatu tanah apabila telah diserahkan dengan notis pengosongan oleh pemilik tanah yang sah.
73
Plaintif sebagai pemilik berdaftar mempunyai hak bagi menamatkan pendudukan tersebut melalui Notis Pengosongan. Notis bertulis yang diserahkan oleh Plaintif juga secara efektif telah menamatkan sebarang kebenaran yang diperoleh dari pemilik terdahulu.
74
Mahkamah mengambil perhatian bahawa D3 telah membangkitkan isu bahawa mereka juga mendapat kebenaran untuk tinggal di atas tanah tersebut dari agen pengurusan iaitu
75
Namun, berdasarkan surat menyurat, permohonan keizinan tersebut telah dihantar kepada Plaintif dan bukan KLPK di mana secara jelas telah ditolak oleh Plaintif.
76
Surat bertarikh pada 29 September 2019 oleh wakil KLPK juga hanyalah bagi kebenaran sembahyang dan bukan untuk mengekalkan tapak binaan di atas tanah. Surat tersebut tidak boleh digunakan sebagai bukti menunjukkan kebenaran untuk terus menduduki tanah Plaintif.
77
Mahkamah berpendapat bahawa D3 telah menduduki tanah tersebut tanpa keizinan Plaintif apabila Plaintif telah mendapat hak milik mutlak melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh 4 September 2014 dengan PKNK.
78
D3 tidak mendapat keizinan dari Plaintif untuk terus menduduki tanah tersebut setelah keizinan pemilik tanah terdahulu telah luput apabila Plaintif telah menjadi pemilik tanah yang sah.
79
Hak milik dan kepentingan Plaintif ini dilindungi di bawah s. KTN yang tidak boleh disangkal.
80
Oleh yang demikian, tiada pembelaan yang bermerit dikemukakan oleh D3 bagi membolehkan perbicaraan penuh diadakan.
81
Mahkamah sedia maklum mengenai kesan dari penghakiman ini dan bersimpati dengan pihak-pihak yang terjejas.
82
Namun, hak Plaintif sebagai pemilik tanah juga tidak wajar dinafikan dan perlu dilindungi selaras peruntukan di bawah s.
83
Setelah meneliti keseluruhan notis permohonan, afidavit-afidavit dan hujahan bertulis pihak-pihak, Mahkamah mendapati bahawa:
i
D3 tidak mempunyai locus standi bagi menentang permohonan Plaintif ini kerana tidak dinamakan sebagai pihak-pihak;
II
(ii) Plaintif telah berjaya memenuhi keperluan bagi penghakiman terus; dan
III
(iii) pembelaan D3 adalah tidak bermerit dan tiada keperluan untuk diteruskan dengan perbicaraan penuh.
84
Sehubungan itu, Mahkamah membenarkan notis permohonan Plaintif bagi Kandungan 12 untuk memasukkan penghakiman terus terhadap D3 dengan kos sebanyak RM10,000.00 (kos secara global bersama Notis Permohonan Kandungan 18). Bertarikh 24 April 2026 (DARMAFIKRI BIN ABU ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sungai Petani Kedah Darul Aman Peguam bagi pihak Plaintif: Muhammad Asyraf bin Abd Aziz (Tetuan Zain, Megat & Murat) Peguam bagi pihak Defendan Ketiga : Ahilan a/l Natarajah (Tetuan N. Ahilan & Associates)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.